Batu Bersurat Singapura bersepai. Serpihannya mendarat di atas kepala pembesar istana. Tanjak di kepalanya terlucut dan dipijak oleh Gabenor dalam suasana yang membingungkan itu. Dia terpaku. Tiba-tiba dia merasakan sejarah tidak akan melupakan dan mengampunkanya.
"Masyghul sangat hatiku melihat manusia ini. Hidup di dunia tidak, akhirat pun tidak, duduk dengan mengeraskan hawa nafsu sendiri sahaja. Seperti kata Arab: jahil murakab, ertinya jahil bersusun dua kali, bodah sekali, bodoh tiada tahu, dua kali bodoh, orang memberitahu pun dia tiada mahu turut." kata- kata Munsyi Abdullah terhadap orang Melayu Singapura.
Isa Kamari mengadun sejarah pembukaan Singapura pada abad ke-19 dalam bentuk naratif cerita yang epik: berani, imaginatif dan provokatif. Novel ini memberi rasa dan haruman baharu terhadap untung nasib bangsa Melayu pada masa kini.
A very readable historical fiction of how Singapore was founded and the struggles of the diverse Malay classes/groups in dealing with the new “masters of the land”. It piqued my interest to want to find out more.
Sejarah kerajaan Melayu yang dipelajari semasa tingkatan satu selalu mencabar pemahaman kerana bukan sahaja setiap kerajaan mempunyai nama raja-raja yang sama tapi ternyata sebab kejatuhan kerajaannya juga tidak jauh berbeza. Ternyata zaman kegemilangannya berlaku ketika mereka melaksanakan islam keseluruhannya dan apabila islam ditinggalkan, itulah antara penyebabnya. Ditambah lagi dengan penguasa yang sangat berkuasa dan tamakkan harta.
Singapura juga tidak terkecuali. Ceritera bermula dengan kemangkatan Sultan Mahmud di Johor. Sepatutnya Tengku Hussein menaiki takhta, malangnya baginda tiada kerana menguruskan perkahwinannya di Pahang lalu Pakciknya Yamtuan Muda Tengku Jaafar melantik adindanya Tengku Abd Rahman sebagai sultan baru. Tengku Hussein tidak berpuas hati lalu membuang diri ke PUlau Karimun.
Pada masa sama, Temenggung Abd Rahman menjemput Raffles ke Tanah Ujung(Temasek). Di Temasek Tengku Hussein/ Tengku Long bergabung dengan bapa saudaranya bertemu dengan Raffles dan wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Di sinilah segala duka bermula dan cerita sedihnya berulang-ulang hingga kini.
Siapa yang perlu dipersalahkan, penguasa yang terlalu inginkan kuasa dan harta atau Raffles yang licik dan penuh dengan strategi. Bukankah Saidina Ali pernah berpesan, kebenaran yang tidak tersusun bisa ditumpaskan dengan kebatilan yang penuh strategi.
Membaca buku ini mengingatkan saya lagu Warisan yang sering dinyanyikan zaman anak-anak. Dulu menyanyi kerana suka sebab liriknya indah tanpa memahami apa yang tersirat tapi kini menyanyi kerana sedih dan pedih, hati berlagu pilu.
Selepas membaca naskhah ini, tidak... sepanjang aku membaca naskhah ini perasaan aku bercampur baur antara marah, sedih, geram, benci, malu dan duka tentunya.
Mungkin sejarah pun takkan mengampunkanku... sebab aku dah mula komfius dengan apa yang pernah aku baca, aku dengar dan aku tahu tentang Temasek dan kawasan sekitar...haha..ok..kalau Hikayat Abdullah Munsyi dan/atau Sulalatus Salatin, ramai antara kita yang pernah dengar sebab dah jadi bahan kajian pemikiran dan budaya orang melayu waktu tu...tapi, kalau sebut siapa Habib Nuh, ramai yang tak tahu (tak terkecuali aku)...bila google baru tahu.. bak kata kawan aku, kalau mahu alternatif dan sedikit radikal, baca la Duka Tuan Bertakhta... dah habis baca, berdoalah sejarah mengampunimu...~
Terima kasih Tuan Isa Kamari kerana menyarankan saya membaca buku ini... Ternyata banyak yang kita tidak ketahui, banyak yang disembunyikan dari pengetahuan khalayak... Tiba masanya kita celikkan mata, minda dan jiwa anak bangsa.
I find that the writing itself (word choice, syntax, flow, etc) is not up to par. It is often choppy, with formatting and grammatical issues (reading the ebook from the library), and made of many 2-4 sentence paragraphs. Quite repetitive too, using 3 paragraphs where the 2nd and 3rd are simply rephrased and add nothing new. Whether this is from the author or the translator is unclear. The characterisation seems quite inconsistent, as in the case of Raffles, Wak Cantuk, etc. - if it's intentional, there may be some interesting things to note about that! It is worth noting that there are many Malay words and traditions in the book. While that is super cool and represents Singapore, it could be a high barrier for people not already familiar with these cultures (like the names in Crime and Punishment). I did appreciate the character list at the end though! The ending caught me completely by surprise...still thinking about that.
While the writing itself was 1 star, the concept (the entrance of the British into Singapore, from the perspective of the Malay population) brought it up to 2 stars.
(The intentional inclusion and exclusion of dates may be worth considering on a reread, as it invites the reader to question the nature of time in this narrative.)
If you're looking at what it felt like to be in the year 1819 in Tanah Melayu and Singapore; then do pay attention to this book. I love the way the writer plot the story, based on the real truth about the Malay Rulers back in the days: the malay culture, malay thinking, Islamic religion practiced, power struggle and the strategies opted by the British to rule Malaya back during the days. Full of witty and sarcasm, we learn some things never change even in the year 2020!; especially true on the power struggle; still very much the same :)
Buku ini membuatkan aku ... memang duka dan menginsafi masyarakat di bumi bertuah ini. Dalam keadaan mengetap bibir, hidung kembang kempis, mata bergenang air. Tak mahu nangis tapi... mahu bangkit. Allahu Akhbar! Aku simpan dulu komenku. Memang kena tajuk buku ini "Duka Tuan Bertakhta". Memang duka walaupun aku tak sanggup menggunakan perkataan "tuan bertakhta" tapi, itulah... Itu tak bermakna kami lemah. Kami kuat! Ya, kami kuat. Insha Allah, kami kuat.
1819 by Isa Kamari is a historical fiction thinkpiece that tells the story of the founding of Singapore from the separate perspectives of British colonialist Stamford Raffles and Muslim saint Habib Nuh. Kamari incorporates many elements of mysticism and folklore and depicts the struggles and aspirations of the Malay community through a sentimental and deterministic lens.
An interesting account of the history of Singapore, which features the perspectives of the different parties involved and also mentions issues such as religion.
Readable fictionalising of Singapore's colonisation by the British, notable for its balanced depiction not just from the British point of view but from the local Malay population's perspective.