Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
* * * * Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Aduhai...selesai membaca muka surat terakhir novel ni jiwa masih terbuai-buai. Mana taknya...bahasanya..penceritaannya...penuh dengan kelembutan. Noor Suraya...semakin dalam cintaku pada karyamu!(hehehe)
Duha Hafa...hujan renyai di waktu dhuha. Gadis comel yang periang. Berkawan dengan Umair...tetapi hanya melalui perbualan jendela.
Sepuluh tahun berlalu...Umair kembali semula ke rumah ini. Cuba mencari kembali Duhanya. Duha yang dirindui sepanjang 10 tahun perpisahan. Namun Duha sudah tidak seperti dulu. Wajahnya kini tertutup oleh purdah hitam...hanya menampakkan sepasang matanya yang redup, sayu seperti mata unta di padang pasir.
Umair berusaha mendekati Duha. Ingin mengembalikan kemesraan mereka sepuluh tahun dulu. Malah, impiannya lebih dari itu. Dalam tempoh 10 tahun itu, hanya Duha yang bertakhta di hati!
Akhirnya usaha Umair membuahkan hasil. Duha sukakan bahasa dan sastera melayu. Duha mula membuka kembali jendelanya. Bicara Langsir Biji Remia. Itulah nama bicara mereka.
Duha masih menjaga tertibnya. Bicaranya hanyalah berkisar tentang hal ilmiah...terutamanya yang membabitkan bahasa dan sastera Melayu. Suatu hari nanti sudah pasti mereka akan berbincang tentang hati dan perasaan pula, bisik hati Umair memujuk.
Hati perempuannya terusik. Pintu hatinya sedia dibuka untuk Umair. Namun, Duha sedar kekurangan dirinya. Dia mahu Umair tahu siapa Duha Hafa yang sebenarnya. Apa yang disembunyikan selama ini. Ternyata, Umair tidak bisa menerima Duha yang tidak sempurna! Duha yang berwajah hodoh. Mukanya dari bawah hidung hingga ke dagu cacat akibat melecur dalam kebakaran tiga tahun lepas.Duha pasrah. Dia sedar siapa dirinya, Si Buruk yang tidak layak untuk bergandingan dengan Umair yang amat mementingkan kesempurnaan.Duha terkilan dengan sikap Umair yang cuba menghindari dirinya setelah mengetahui keadaan sebenar.
Subhanallah...Maha Suci Allah. Pemergiannya menunaikan umrah bersama babahnya banyak membantunya mengembalikan keyakinan dirinya...lebih-lebih lagi setelah kecewa dengan sikap Umair terhadapnya. Pengalamannya sepanjang menjadi tetamu terpilih di rumah Allah menguatkan azam Duha untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Biarlah buruk di mata manusia, asalkan indah pada pandangan Allah.
Tabahnya Duha! Tak terjangkau di fikiran jika terjadi pada diri. Minta-minta dijauhkan. Walaupun sempurna sebagai manusia, cuma tak berapa sempurna ikut standard manusia..tu pun dah rasa rendah diri. Dah rasa malu. Malu pada manusia yang sama-sama tak sempurna ni tahu...tapi...malu pada Allah...buat-buat tak nampak jer.
Air mata bergenang masa ikut Duha merasai pengalaman menunaikan umrah dan ziarah tu. Minta-minta dimurahkan rezeki untuk ke sana juga. Amin.
Pengakhirannya...memang terasa nak melompat-lompat kegembiraan walaupun mata bertakung. Mungkin Umair dihadirkan untuk menambahkan kemanisan apabila Duha bertemu Ahmad Muhsin. Ya la...jika dirinya tidak ditolak oleh Umair, mana mungkin dia dapat menyelami keihklasan Ahmad Muhsin.
'Hatinya jadi sejuk dan tenang memandang wajah anak Pakcik Hud itu. Muhsin kembali solat dan sujud syukur dan menambah doanya, semoga dia memandang 'indah' dan reda pada Duha setiap hari, sekiranya mereka ditakdirkan menjadi suami isteri.'
'Biarlah semua orang tak nampak cantik pada Duha pun, dia sentiasa nampak Duha tu indah. Subhanallah. Ajaibkan kejadian hati ini, apabila Allah ajar kita untuk faham erti bersyukur.'
Sejujurnya aku amat mengagumi watak Duha Hafa [Duha]. Anak gadis yang periang yang ramah. Si mata bundar yang cantik tersembunyi di balik purdah hitam. Gadis yang walaupun pada mulanya takut dengan kelemahannya sendiri tetapi bangkit semula. Andai saja memang wujud gadis seperti ini, memang aku pergi meminang untuk adik lelakiku [mengarut! Abaikan kih5 :P].
Benar kata orang, cinta kalau hanya di mata tidak kekal lama. Dulu Umair pernah sukakan Duha. Mereka berdua adalah teman bicara jendela. Saling berkongsi cerita dan tawa, tetapi itu dulu. Kisah sepuluh tahun dahulu. Dan bila saatnya dia bertemu dengan Duha Hafanya yang baru, suasana tidak sama seperti dulu.
Menyingkap kisah Duha, tidak dapat tidak aku jadi geram dengan Umair. Pemuda yang aku kira cukup pandai mencipta alasan. Katakan saja kalau tak suka, tak perlu pusing sana, pusing sini. Sudahnya? Bukankah hati kecil Duha terluka lagi?
Namun mungkin dengan wujudnya Umair, barulah kita sedar mungkinkah kita sendiri seperti Umair? Suka dengan kecantikan, biasa dengan keindahan dan bila ia tidak serupa dengan apa yang kita jangkakan, mudah saja rasa suka itu pergi. Berganti pula dengan rasa benci. Aduh, hati! Mudah saja ia dibolak-balikkan.
Mujur saja ada watak Ahmad Muhsin yang berjaya meneutralkan keadaan kecewaku pada Umair :D Sejuk je bila nampak nama Muhsin di halaman-halaman seterusnya. Lebih-lebih lagi bila di ayat ini:
Apa yang saya hendak kata ini, tak perlu tulis. Sudah ada dalam hati, lama sudah [page 243]
Waktu ini aku rasa bagus pula Umair itu tak jadi dengan Duha. Yalah, kalau tidak siapa pula yang sesuai nak dipadankan dengan peguam syarie yang ala-ala jiwang seperti Ahmad Muhsin? kih5 :P Tetapi kalau Duha menahan tawanya bila mendengarkan gelaran ‘saudari’, aku pula dah menyeringai. Tak tahu nak cover langsung hik3 lalala5 :D ‘Saudari’ - serius, masih adakah golongan Adam yang memanggil Hawanya begitu?
Penamatnya aku cukup suka. Tak perlu cerita panjang cukup dengan hanya sebaris ayat [soalan lebih tepat lagi :D].
Pada mulanya aku letakkan 4 bintang, tetapi bila meneliti sasaran pembacanya – siri Si Manis 17 [ala-ala novel chitlit seperti keluaran PTS :D], aku tambah satu bintang lagi. Untuk adik-adik manis, LBR memang sesuai untuk kamu. Belajar melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Belajar bagaimana mahu mensyukuri apa yang kamu ada :))
Bila angin menari, hatiku pun berlari [page 1]
Jiwaku sudah tahu berlagu Dia di balik awan Apa kamu dengar nyanyian lagu rindu? [Gobokairina, 2011]
Tak tahu malu. Rima berterabur ada hati mahu sambung kata-kata puitis Kak Su kih5 Jadi kamu-kamu yang membaca anggap saja yang aku tulis di atas itu hasil daripada SS [syok sendiri] hik3 lalala5 :P
Korang… kalau nak cari buku yang betul² wow, yang buat hati rasa penuh dan dalam masa sama ajar tentang adab & nilai hidup... F rasa karya Noor Suraya memang level dia lain. Serious arrr...
Bahasa dia puitis giler sampai F yang biasanya jiwang ni pun terus jadi karat sekejap
Cara dia susun ayat, lenggok bahasa dia... buat F rasa macam automatically jadi sopan. Ya Allah, malu² pun ada baca. Sampai benda yang F tak faham, F siap pergi Google sebab nak faham betul².
F won't spoil much but honestly, Duha memang patut ditakdirkan dengan orang lain. Umair tu dari awal nampak luaran je, tak nampak nilai sebenar. And the ending? Kifarah dia memang kena.
Part Umair terdiam tengok perubahan muka Duha tu… geram okay. Nyampah tul F... meyumpah² F tau
And Duha… walaupun digambarkan hodoh tapi dia diangkat tinggi oleh suami & anak² dia.
F pun terkejut sikit sebab description pasal rupa Duha agak straight forward, especially masa kat Mekah. Tak ada lapik sangat... memang cakap dia tak cantik but her akhlak... MasyaAllah, memang tinggi.
Watak Muhsin pula muncul dekat hujung² cerita but the impact... best². That man is a whole green flag. Memang A+ untuk Duha.
Overall, this is not just a love story... this is a story about nilai, sabar and what real beauty actually means. Worth every emotion.
Alangkah bagusnya jika novel ni dijadikan buku sastera masa sekolah dulu. Jalan cerita yg quite straightforward dan menarik dan bahasa yg tersusun walau agak literature sikit. Namun masih mudah untuk di hadam.
Novelnya juga tidak tebal. Fonts is readers friendly. Tak sakit mata nak squint. Kisah jodoh tak kesampaian kerana memandang luaran di lanjutkan ke anak pulak. Communications melalui tingkap berlangsirkan biji remia.
Saya tak akan mengulas panjang tentang hubungan Umair dan Duha. Saya ingin bercerita tentang perbualan di antara anak mereka. Amar, anak kepada Umair bersama Tamara dan juga Zara, anak Duha bersama Ahmad Muhsin.
________*****________
Initial stage ---------------------- Ahmad Muhsin to Duha ketika ingin mendengar keputusan Duha tentang lamarannya :
"Duha, Duha selalu sahaja melihat kekurangan diri tanpa lihat orang lain pun ada kekurangan juga. Yang Maha Sempurna itu hanya Allah."
Jika Duha rasa rupanya buruk akibat musibah dari kebakaran dulu, Ahmad Muhsin pula mempunyai 12 jari.
________*****________
Anak2 Umair lebih suka balik ke kampung halaman Umair berbanding bercuti bersama keluarga hanya kerana mereka berasa lebih nyaman di kampung dengan adanya Zara dan Duha sebagai Tok Selampit kampung. Sementelah lagi Tamara bukannya ada masa untuk mengasuh anak sendiri. Dari monologue Umair rasanya dia segan nak membantah arahan Tamara. Sayang sangat kut sebab bila Tamara tak mengizinkan anak2nya ke rumah Duha, Umair terpaksa turutkan.
Amar and Zara conversations. (Kindly note that while perbualan ini berlangsung, Umair bersembunyi sambil mengintai Duha dan anaknya bersama Zara. Serasa bagai melepaskan kerinduan pada Duha dan ingin mendengar perbualan kanak2 yg berumur 10 dan 8 tahun itu. Tak salah sayalah dalam usia itu agaknya. Dua2 pintar.)
Amar : "Kenapa muka ibu awak macam tu?" Zara : "Terbakar. Dulu muka ibu saya cantik sangat." Bersungguh2 Zara cuba meyakinkan sahabat barunya melalui jendela.
Amar : "Ibu awak pakai muka palsu ke?" Zara menggeleng.
Amar : "Maksudnya?"
Zara : "Err..nanti kalau awak datang, saya tunjuk gambar ibu waktu muda.
Amar : "Saya percaya dia cantik, sebab nampak muka awak cantik, Zara."
Zara : "Ayah sentiasa suruh saya lihat wajah ibu lama2. Dengan cara itu, kita akan lihat ibu cantik sangat. Cantik itu datang daripada hati kata ayah, bukannya hanya pada muka. Orang ikhlas dan mulia nampak cantik. Amar : "Hemm."
Zara : "Amar, papa awak pernah kasi tahu tak, dengan lihat wajah ibu kita...kita akan dapat 30 kebajikan, setiap kali." Amar : "Ooo." Amar menggeleng.
Zara : "Awak hendak kahwin dengan orang cantik ke dengan orang mulia, Amar?" (Umair juga ingin mendengar jawapan yg akan diberi anaknya. Sebenarnya Amar ni agak pendiam budaknya.)
Amar tersenyum. "Saya tidak kisah, asalkan orangnya baik macam ibu awak..." dan awak, kata2 yg sebahagian hanya terlafaz dalam hatinya sahaja.
Amar tersenyum senang. Umair pula terkedu.
Beauty lies in the eyes of the beholders. Jika cari kecantikan, kecantikkan akan pudar. Itulah perbezaan kecantikkan yg di nilai di antara Umair dan juga Ahmad Muhsin. Itu yg membuat Umair rasa kesal mengenang khilaf dia yg akan ditanggung hingga ketua. Bolehkah dia membimbing isteri serta anak2nya sebagaimana Ahmad Muhsin membimbing keluarganya? Ceritanya tak gantung tapi kehidupan Umair tu tergantung dengan rasa gusar di hati serta kesal melalui his monologues.
Bersungguh saya ingin membacanya, lantas segera saya hubungi rakan saya, Hany untuk meminjam novel si manis 17 ini.
Kalau cerita sedih, saya selalu menangis. Langsir Biji Remia mampu membuatkan saya mengalirkan air mata.
Cerita Umair & Duha. Dua rakan baik sedari kecil. Mereka sering bermain bersama malahan berbual bersama melalui tingkap rumah masing-masing. Akhirnya terputus hubungan taktala Duha mengikut keluarganya balik ke India. Dan barangkali (ini andaian saya), Umair sambung belajar di sekolah asrama. Tika itu, Umair 13 tahun & Duha 10 tahun. Umair akhirnya pulang ke rumah setelah bertahun-tahun menimba ilmu malahan menamatkan pengajian di New Zealand di dalam jurusan perakaunan.
Umair rupanya 10 tahun menyimpan rasa kepada Duha, tetapi tidak diketahuinya Duha yang dikenalinya sudah jauh berubah dari dahulu. Duha yang kini berpurdah, yang sentiasa mengelak bertemu orang. Umair yang kononnya ingin menjadikan Duha suri hidupnya membuat keputusan meninggalkan Duha dek hanya satu perkara - wajah Duha yang buruk!
Itu serba sedikit cerita Umair & Duha. Yang saya rasakan plus points novel ini ialah:
1. Kupasan perbincangan Umair & Duha tentang sastera Melayu. 2. Watak-watak Tok Nenek memang hidup, boleh saya bayangkan tok Duha membebel kepadanya. 3. Perjalanan Duha & babahnya mengerjakan umrah. Saya menangis membacanya kerana saya sangat rindu dengan tanah haram. Betapa lakaran penulis mengingatkan saya kepada tanah suci itu, seolah-olah bayangannya berada di hadapan mata saya. 4. Yang ini yang utama, penulis mengajar kita bahawa kecantikan fizikal itu tidak hakiki, dan kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan!
Masih ada lompang yang saya kira boleh diperbaiki, cerita Ahmad Muhsin, seperti biasa, penulis gemar menggandingkan si lelaki yang warak pekertinya & tulus hatinya - sungguh membuatkan saya rasa rendah diri. Apa yang Duha rasa, itulah yang saya rasa, kerana mungkin saya tiada kecacatan fizikal, tetapi....banyak sebab yang boleh membuatkan saya relate dengan Duha - rendah diri, rasa tidak mungkin berkahwin, sehingga kininya masih begini.
Dan saya bersyukur dengan apa yang ada. Susah tau untuk bersyukur kalau kita ditimpa ujian, tetapi bukankah Allah timpakan ujian untuk menguji kita hamba bersyukur/sebaliknya?
Banyak 'pendidikan' dalam Langsir Biji Remia. Untuk Si Manis 17, tentulah terbuai dengan Si Duha, Umair dan Mukhsin. Tentu terkesan dengan gelora rasa Duha, manisnya si Mukhsin dan masamnya si Umair. Tentu sedar istilah cinta yang sebetulnya x semanis mana....
TAPI... untuk pembaca macam aku yang dah berzaman meninggalkan manisnya 17, amat-amat terasa ketika menghadam karya Noor Suraya.
Sindiran Noor Suraya pedas sekali.... (seperit sindiran Duha terhadap Umair). Sinis sekali penulis ini melaungkan pendirian berkaitan letak duduknya kesusasteraan melayu dalam pendidikan kini.
Apapun, aku bangga kerana selemah-lemah pelajar sastera, berjaya jugak mengkaji Hikayat Hang Tuah yang tebalnya mengalahkan Oxford Dictionary. Sesastera kami, dapat jugak menghabiskan Sejarah Melayu (Salatus Salatin) yang nipisnya boleh dikhatamkan x sampai 2 jam, tapi perit memahami isinya boleh buat sampai x tidur malam.
Dan... aku bangga kerana Langsir Biji Remia bukan hanya buku suka-suka. Walaupun jalan ceritanya biasa-biasa saja, realiti plotnya ada dimana-mana....., tapi cuma yang mampu 'berfikir' saja yang tahu di sebalik Bicara Jendela, ada pintu yang perlu dibuka.....
Apabila rupa jadi ukuran , itulah akhirnya. Sungguh aku suka ending cerita ini ;) endingnya bagai ada cerita baru selepas ini ;))
walaupun at first , saya juga seperti Duha , tersentuh hati dengan tindakan Umair. Tampak gentleman dan setia. Namun sekejap aja , terus rasa menyampah. haha nak tahu kenapa , kena la baca ;) tapi jujurnya watak Umair tu watak common lelaki yang saya jumpa. Awalnya tampak setia yang amat ,bila dah tahu kekurangan perempuan tu cepat je berubah hati. Mudah benar. Bunyinya macam si lelaki tu sempurna sangat sampai nak memilih dan berubah hati begitu. Emosi kejap :))
overall saya sangat suka cita ni. Suka watak Duha yang tabah. Suka juga watak Kak Ain ( watak dari Keranamu Ain) yang makin tabah dengan dugaan mendatang. juga suka watak Kak Hada yang sporting dan protective yg amat pada Duha. dan pastinya suka pada watak Ustaz Muhsin (^_^)
Kak Su, antara penulis yang aku kagumi. Aku jatuh cinta dengan bahasa Kak Su yang lembut menyapa mata. Teratur dan berseni. Kak Su bercerita, menegur dalam sinikal yang halus. Tulisan Kak Su sentiasa ada pengajaran.
Seperti novel-novel Kak Su yang terdahulu, novel ini juga tidak menghampakan aku. Kisah hidup Duha Hafa yang berliku. Penuh dengan dugaan. Kak Su mengajar aku bahawa kekurangan itu bukan untuk merendahkan diri. Tapi kekurangan itu merupakan satu kelebihan yang mungkin tak kita sedar.
Novel ini pada aku, secara sinikalnya juga menyampaikan kepada pembaca agar jangan terlalu menganggungkan budaya atau sastera barat kerana sastera Melayu itu juga tidak kurang hebatnya. Tamadun Melayu itu juga tidak kurang gahnya.
Terima kasih pada teman mayaku, Aiman! yang mengenalkan aku dengan Kak Su. Dengar karya-karya Kak Su secara lebih spesifik lagi. Pada anda yang gemar membaca, tulisan ini merupakan recommendation ku kepada kalian kalau anda ingin mencari sesuatu.
Bahasa Kak Su seperti biasa, santai dan penuh santun. Lembut menyapa rasa. Mudah difahami tanpa perlu ditelah maksudnya.
Penulis: Noor Suraya Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd ISBN978-967-0201-13-9 Harga: RM 17.00 M/S: 263 Cetakan 1 – 2011
Duha, pandanglah mataku yang berbisik…
Blurb:
Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan peramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
Kak Chik menukil:
Aduhai… membaca kisah Duha Hafa membuat Kak Chik tersedu dalam masa yang sama bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah Taala kerana kita tidak pernah tahu sama ada nikmat itu akan selalu kekal bersama atau ia boleh pergi dalam sekelip mata.
Kisah Duha-Umair sudah bermula bertahun dulu ketika mereka masih anak-anak kecil yang mentah. Perkenalan ketika Duha berumur 10 tahun dan Umair menjejak 13 tahun itu begitu tertanam kejap di hati Umair kerana sejak bertahun itu Umair telah ‘menyerahkan’ hatinya kepada Duha. Perhubungan mereka melalui bicara jendela itu terjadi kerana suatu sebab. Walau terpisah dalam jangka masa 10 tahun selepas abah Umair ditukarkan ke Singapura dan ketika itu Duha pulang ke kampung neneknya, hati Umair tetap pada Duha.
Setelah 10 tahun, Duha sudah berubah menjadi anak remaja. Dalam perubahan yang ketara ialah Duha sudah berpurdah, menutup seluruh wajahnya kecuali matanya yang bundar sayu seperti mata unta di padang pasir itu. Duha juga sudah tidak mahu berbicara jendela lagi dengan Umair.
Lalu peluang kerja di kedai buku Ceritalah Lagi telah menjadi titik tolak untuk Duha menyelak kembali langsir biji remia. Mereka kembali ke zaman 10 tahun lalu. Umair tetap mahu ‘mengikat’ Duha sebelum dia berangkat selepas mendapat tawaran kerja di Labuan. Lamaran melalui Kak Hada dan Kak Ain telah member peluang kepada Umair untuk menatap wajah cinta hati selepas 10 tahun.
Namun, kenapa selepas peristiwa makan malam di rumah Dr. Hud itu Umair menjauhkan diri dari Duha? Jijikkah dia dengan Duha Hafa yang sungguh polos itu? Setiakah cintanya yang bertahun-tahun lalu selepas itu?
Aduhai…rasa macam nak cepuk-cepuk saja kepala si Umair yang ‘jahat’ itu. Sungguh kasihan pada Duha yang sentiasa merasa rendah diri itu. Duha masih mengumpul kekuatan selepas 3 tahun peristiwa hitam itu terjadi. Duha dalam perjalanan untuk menguatkan hati untuk reda dengan ujian ini, sedangkan Kak Ain itu sungguh reda dalam menguruskan Nik kecil dan Abang Adam seorang diri.
Lalu, apakah doa babah di Jabal Rahmah untuk anak tunggalnya ini? Babah… mami, Duha jenis sedar diri (sungguh sedih dengan ayat ini).
Sungguh…karya Kak Su yang ini menyentap rasa sendu yang bukan sedikit. Tahniah, Kak Su!
P/S: Kak Su…apa pengakhiran untuk Ain Najwa-Nik Adam? Selepas 2 kemunculan, Kak Su masih meninggalkan tanda soal di hati Kak Chik.
Sebelum beli buku ni, tertanya-tanya juga, apa bendalah biji remia ni.. Yang terbayang kat fikiran ialah langsir yang digantungkan sekali dengan biji remia tu... Lepas baca buku ni barulah tau apa remia tu.. Rupa-rupanya remia tu buah kundang.. Biji remia tu biji buah kundang.. Langsir biji remia tu langsir yang berwarna biji kundang ataupun warna ungu.. Jauh betul perginya dari kundang ke remia... hehe.. . Bila baca kisah bagaimana muka Duha sebegitu, meleleh juga airmata.. Teringat kisah aku yang pernah alami perkara yang lebih kurang sama.. Sebulan aku terlantar di hospital.. Sampai sekarang parutnya masih ada.. . Bila masuk bab Umair pula, padan muka hang..! Dok memilih sangat..! Akhirnya tersalah pilih.. . Duha bagaimana..? Bacalah sendiri ya... hewhewhew...
Duha dan Umair jiran dari kecik.. masa Duha umur 10thun, dorang terpisah sehingga laa masing² umur 20 & 23thun..
Bila Umair nampak Duha rasa pelik kenapa Duha pakai purdah kan.. dia cuba dekat dengan Duha.. bila tahu keadaan muka Duha, terus Umair turn off..
Serius Umair nie baran eh bila baca.. i cannot laa this guy.. kau tak suka.. tapi kau mintak masa dan peluang.. siap bagi hadiah suruh hang kat tingkap.. kenapa buku nie tajuk Langsir? Sebab dorang selalu borak kat tingkap bilik masing² dan tingkap Duha ada Langsir Remia nie..
Masa Duha pergi buat umrah dengan ayah dia.. terjumpa pulak satu keluarga nie.. anak bongsu Haji Amirudin nie belaja kat Madinah.. dia ada luah kan hasrat nya untuk satu kan anak dia dengan Duha..
Tapi nanti family tu senyap jee.. sebab ada bende yang terjadi.. lepas beberapa bulan, anak bongsu Haji Amirudin - Muhsin datang jumpa dengan family Duha, nyata kan hasrat untuk jadi kan Duha isteri dia.. terus kene reject kat situ.. yee laa.. Muhsin cakap itu permintaan ayah dia.. Duha nak laa kan Muhsin tu cakap ‘saya suka anak pakcik’ aduhaii Duha nie.. dalam sopan, ada jugak nakal dia.. hahaha..
Kifarah yg Umair dapat tu saya tak berapa puas hati.. tapi memang padan laa muka dia.. penting kan kesempurnaan luar dari dalaman..
Muhsin is another level of guy.. greenflag +++++++ Cukup rasa.. Duha nie di angkat tinggi oleh suami dan anak² dia..
Basically cerita nie tentang nilai adab.. kene ada kesabaran yang tinggi.. orang cakap biar muka buruk, jangan buruk akhlak.. muka tak elok tu bukan buat kita tak bahagia.. kita yang corak kan bahagia kita tu sendiri..
Selaku pembaca, saya memang akan menjadi tamak bila nak minta penulis panjangkan lagi buku ni..hahaha
Saya suka dengan: 1. Penceritaannya kadangkala membuatkan saya selami diri sendiri. 2. Ilmu pengetahuan yang saya perolehi dari naskhah ini. Penceritaan tentang isu bahasa menambahkan dan meluaskan perspektif saya tentangnya. 3. Watak Muhsin yang tulus menerima Duha. 4. Umair yang sedar diri akan salahnya namun hanya mampu monolog dalam hati je dengan khilaf-khilafnya terhadap Duha tu. Awak bagi orang tu harapan kot. 5. Duha yang tak tergesa-gesa memberi hatinya. Dan saya tak salahkan Duha..Sebab sebagai seorang perempuan, saya faham bila sedikit sebanyak hati akan terusik dengan janji,perbuatan dan perkataan seorang lelaki walaupun tiada cinta di hati..Ewahhh😂..macam berpengalaman je kan 6. Dialog antara anak Duha dengan Umair di jendela tu…Menggamit kembali betul kisah diorang.
Tapi saya ada sedikit pengharapan agar ditambah tentang Tamara. Macam dialog dan layanan dia terhadap suami, anak dan mertua.Curious di situ ye dan macam mana Umair tiba-tiba boleh kahwin dengan dia ni🤔
p/s: Semoga kita semua dilindungi dari memperlekeh mereka yang kurang dari segi sesuatu sama ada dari segi perbuatan, percakapan atau mungkin dari body language dan air muka kita sekali pun dan dapat melihat kecantikan itu dengan mata hati dan senantiasa muhasabah diri sendiri juga☺️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Noor Suraya tidak pernah mengecewakan saya, dan ini terbukti dengan penulisan beliau yang satu ini. Bahasanya dan teknik penulisan beliau yang lembut ibarat membuai- buai tika saya membaca buku ini. Serasanya seperti sayalah si Dhuha Hafa yang cacat sebelah muka itu; yang masih lagi mengharap pada Huud Zafran itu. Membaca naskhah nukilan kak su sentiasa membuatkan saya kagum bagaimana menariknya sesebuah cerita itu dapat disusun dengan baik sekali. Aduh, sungguh saya terbuai ;)
Satu elemen penting yang sangat saya gemari dalam cerita ini ialah realiti hidup itu sendiri. Anda tidak akan berjumpa dengan kisah wanita cantik yang sempurna berkahwin dengan jejaka kacak berkerjaya hebat, malah si jelita Dhuha di awal cerita menjadi cacat dek kebakaran yang tak diundang.
Selain itu, saya juga sukakan tradisi dan budaya masyarakat gujerati yang kak su tonjolkan dalam cerita . Saya masih ingat dengan juadah josh roban dalam cerita ini. Lima bintang untuk kisah menarik ini ;)
Bila Kak Su yang menulis, saya sangat menghayati keindahan bahasanya. Saya jadi jatuh cinta dengan bangsa Melayu semula. Mencintai indahnya bahasa orang Melayu, indah tutur bicara, adab-adabnya. Saya jatuh cinta bagaimana seorang dara itu menyimpan rasa cintanya dengan rasa hormat kerana maruah diri, terus belajar mengenali dirinya dan berusaha yang terbaik untuk Allah, Nabi dan keluarganya. Kisah Duha Hafa dan Umair hanyalah dua watak dalam banyak-banyak karya Kak Su. Saya lebih menghayati jalan cerita dan bahasa indah beliau.
Kalau hati ini memang sebatang pen, dia akan ambil pelangi tujuh warna sebagai tintanya, dan akan dikirimkan sepucuk surat pada Duha Hafa, bercerita tentang kasihnya pada 'si hujan renyai waktu duha' itu.
Mula-mula saya kenal Umair dulu dari muka surat pertama hinggalah duk pening-pening pikir pasal Duha dan segala macam ayat puitis dah dia benam dalam otak tak terluah asyik ulang jerit ‘tak boleh!!!’ sehinggakan saya bermati-matian hampir putus nafas sangka dialah HERO IDAMAN di balik Langsir Biji Remia tapi cerita konar ikut lain pulak dah.
Umair yang sorot matanya hanya pandang kecantikan luaran wajah Duha. Cantik dipasakkan untuk selamanya cantik. Saya penat dengan Umair sebenarnya. Kalau cantik yang dicari, kenapa harapkan yang hodoh untuk jadi cantik? Setelah berayat indah dalam penantian, apa gunanya semua rindu, sayang, kasih kalau secebis cinta sejati tetap tak ada?
Dahlah tu je yang dia runsing merentas lautan buat timbang tara. Nak kata ada masalah besar seluas alam lain tak ada sangat pun.
Betul, karakter Umair membuka perspektif yang berani dan saya kena ready dengan kehendak dia. Biasalah buat perangai cenggini lepas tu mula berbelah bagi dan tarik diri. Okey, Umair tetap Umair. Tak boleh buat apa. Tak boleh ubah. Dan pada masa yang sama, saya tak boleh menafikan kekecewaan Duha - Umair, seorang lelaki yang mempermainkan sekeping hati perempuan.
Ha, tu dia. Ringkas dan tepat.
I know that’s the whole point jadi saya terpaksa mencemuih dia sedua tiga empat perenggan. Marah memang marah tapi saya cuba bersopan santun dalam menyusun kata 😭🙌🏽 (risau dicop bukan-bukan nanti).
Selain Umair, mesti ada seorang lagi watak lelaki datang memberi salam pertemuan. Nasib baik, bukan cinta tiga segi.
Setulus cinta Ahmad Muhsin. Tapi kenapa ‘tak cantik’ cuma boleh menerima yang ‘tak cantik?’ Kenapa…. :’(((
Untuk Duha, saya terbuat independent thoughts dengan memilih dalam tak memilih. Tak ada Umair, saya lega. Tak ada Muhsin, saya rasa lapang. Tapi sampai satu masa saya hilang rasa dah. Saya mengalah di 3/4. Ikut pandai Duha nak buat apa pun. Disebabkan percintaan jadi penentu kisah, saya kena terima yang dia berhak membuat keputusan dalam hidup berteman.
Watak-watak sampingan pulak berpandangan lagi jauhhhhhh berbanding Umair, Duha dan Muhsin. Perlu tau orang-orang sekeliling yang makan garam lebih dalam menghulur pendapat. Bukan takat bergerak solo, suka hati main redah mengetuk pintu hati perasaan orang.
Khas untuk Bab 11. Rasanya, saya kena baca kisah Kak Ain dalam buku dia sendiri. Lain macam sedih tu. Patutlah ada Kak Ain dalam hidup Duha.
Banyak saya dapat belajar dari Ceritalah Lagi dan seisinya. Ada jugak momen bermakna semasa Duha menunaikan umrah. Ada yang saya tak tahu jadi tahu. Ada yang saya tahu sikit dah berubah jadi banyak sikit. Ada nasihat dan teguran setepek kena kat saya sendiri (saya tak terkecuali guna code-switching dan masih tak insof, maafkan saya 😞☝🏽). Ada beberapa persoalan saya perlukan penjelasan - yang ni tak apa, saya dah pasrah.
Watak utama dan jugak konflik keseluruhan terasa lain (tak serasi) dengan buku-buku Puan Noor Suraya yang saya dah baca sebelum ni.
Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, she's one of my fav authors nevertheless.
Sekian daripada saya yang bagi 5 bintang untuk Gadisku, Wan Adnin ✌🏽✌🏽
Asalnya saya bukan peminat novel. Tapi saya kenal penulis ini melalui surat ungu untuk nuha. Itu pun buku kawan. Seterusnya jaja dan din-Buku pertama kak su yang saya ada. Lepas tu lamaaa saya tak follow up tentang novel kak su. Sehinggalah mahadewi terbit. Saya beli kerana mahu baca tentang nuha. Dan pada masa yang sama saya baca juga tentang dahlia sebab mahadewi sequel 2 novel tersebut. Itu pun saya baca dahlia lepas beberapa bulan saya selesai baca nuha. Mahadewi saya beli 2016 rasanya. Dan 2017 baru setel baca kedua dua sequel. 😂 Dan selepas baca tentang dahlia saya menjadi penjejak novel2 kak su yang berjaya. Segala kedai buku on9 saya redah tanya ada stok baru atau preloved buku dahlia dan nuha. Dan akhirnya kedua2 jadi milik saya. Selepas tu pemburuan bersambung.
Buku LBR ini novel ke 7 ksu yang sampai ke tangan saya dalam masa sebulan pemburuan novel2 kak su. Haha. Gila. Penuh rak buku2 beratoq tunggu turn.
Kalau ikut storyline mmg simple. Straight foward. Awal baca boleh agak umair memang pandang kesempurnaan sbb ksu ada mention banyak kali yang umair ini orang yang tersusun. Kewujudan muhsin sebagai 2nd hero yang osem dan sweet. Dah bagi ceramah kat duha sekali dia belikan juga tasbih merah batu kawi. Walaupun watak muhsin sekejap saja tapi kewujudannya memang terkesan. Sebab dia lelaki sopan yang tak pandang pada kecantikkan wajah. Itu cerita dari sisi yang sweet. Relationship duha dengan ayahnya juga sweet. Relationship duha dengan kak ain dan kak hada pun sweet. Dan dari sisi menyentuh perasaan selain kesabaran duha dan kak ain adalah sepanjang duha menjalankan ibadah umrah. Penceritaan ksu tentang situasi dan suasana mengerjakan umrah tu terasa menyentuh hati sekali. Rasa ingin juga mengerjakan umrah suatu hari nanti(in sya allah). Tak terbayang bila ayat terpandangkan kaabah tu. Itulah kelebihan kak su. Novel kak su bukan novel kosong. Walaupun ada lenggok cerita yang lemah lembut. Ada pesanan dan perkongsian yang tersurat dan tersirat. Last word - LBR best!
Kalau baca karya Kaksu, jangan tertipu dengan nipisnya muka surat buku. Nak habiskan karya setebal 200+ ni pun memakan masa hampir seminggu, ditambah lagi dengan mood malas membaca. .
Kisahnya, dulu, waktu kecil, Duha dan Umair bersembang melalui tingkap rumah mereka yang saling berhadapan. Oh ya, langsir rumah Duha warna ungu iaitu warna biji remia tu la. .
Sampailah dah remaja, mereka dah tak bersua. .
Sekarang, Umair dah habis belajar, dan ternanti-nanti untuk bercakap semula dengan Duha. Tapi Duha yang sekarang dah bertutup dengan purdah hitam. .
Tapi kesungguhan Umair, membuatkan hati Duha terbuka untuk menerima lamarannya. Namun, setelah melihat di sebalik purdah hitam Duha, Umair meminta masa. .
Dan di sebalik masa yang dipinta, Duha masih setia menanti jawapan sedangkan Umair memilih untuk berkahwin dengan wanita lain. .
Dan hadirnya Muhsin. Dalam istikharahnya yang berkali-kali dilakukan, Duha yang menjadi jawapannya. Tapi Duha ni degil ya. Bertahun jugak la Muhsin menunggu. .
Dan lepas kahwin, sesungguhnya Muhsin dan Duha deserve each others. .
Okay, sejujurnya Umair ni tipikal jantan tak guna yang hanya memandang rupa. Tak salah kalau pilih pasangan bersandarkan rupa. Yang salah, bila kau memberi harapan. Kalau tak nak, cakaplah tak nak. .
Oh ya, aku sebenarnya hampir saja memberikan 3 bintang untuk buku ni disebabkan buku ni agak slow. Tapi rating naik setelah hadirnya Muhsin. haha. Aku suka scene kat Mekah Madinah tu. .
p/s: kepada yang masih menanti dan mencari, semoga adanya Muhsin untuk kita.
Selepas sepuluh tahun, Duha Hafa kini mengenakan purdah menutupi wajah. Manakala Umair yang sejak dulu menyukai Duha, mula memasang angan untuk menyunting Duha menjadi suri hatinya.
Namun tatkala purdah tersingkap, Umair pula sukar menerima. Ada apa di sebalik purdah itu hingga membuatkan Umair mula menjauhkan dirinya.
Cerita yang bermula agak perlahan. Namun selepas satu demi satu tersingkap, kisah Duha dan Umair mengundang pilu di hati. Keberangkatan Duha ke Mekah untuk menunaikan umrah serta Umair yang mula bekerja jauh di Labuan, mengubah haluan cerita ini.
Aku geram betul la dengan Umair. Tapi benarlah, "kata diamlah yang paling sukar dia telah." Oh, kata-kata ini seperti turut memukul aku di dada.
Tapi sungguh, aku suka betul dengan pengakhiran cerita ini. Di sebalik kesulitan, pasti terselit kebahagiaan dari Tuhan Yang Maha Esa.
Sebuah buku yang sesuai untuk bacaan remaja. Saya tidak meletakkan rating yang penuh bagi naskhah ini mungkin disebabkan genre seperti ini kurang masuk dengan citarasa saya.
Secara keseluruhan, cerita cinta antara Duha, Umair dan Muhsin ini menarik sebab 'plot twist' di penghujung cerita. Cumanya (maaf ya Kaksu), pembacaan saya agak terganggu disebabkan pengunaan kata ganti nama babah, mami, dadi, tok, abah.
Duha Hafa. Cantik nama tapi malang menimpa membuatkan Duha menjadi seorang gadis yang merendah diri. Lebih-lebih lagi bila Umair yang kononnya sukakan Duha dari kecil memandangnya tidak seperti dulu. Geram sangat dengan Umair, and he deserved that Tamara Talib Winstedt.
Hanya Ahmad Muhsin yang memandang si cantik Duha. Kak Suraya kali ini bawa saya bersyahdu syahdan dengan kisah hidup Duha. Haihhhh, tenang dalam gelora juga baca Langsir Biji Remia ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya menyukai novel ini pada separuh pertama. Tentang perbualannya dengan Umair di jendela berkenaan dengan sastera melayu. Saya lebih suka sekiranya novel ini mendalami watak Duha Hafa sebagai pelajar sastera Inggeris di UIA berbanding kisah cintanya yang tak jadi dengan Umair dan Muhsin itu.
kisah ini buat aku insaf diri dan aku mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Subhanallah, kisah ini betul-betul menginsafkan aku dan menyedarkan aku yang selalu terlupa dan leka dengan nikmat dunia yang mengasyikkan.