Jump to ratings and reviews
Rate this book

DENDAM

Rate this book
Sinopsis : Dendam
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi
setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara
-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya
dari sifat lamanya?
Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?


_________________
Novelis : Afifuddin Omar
Affifudin Omar dilahirkan di Jitra, Kedah. Berpendidikan Inggeris di dalam bidang Sains Pertanian & Sains Sosial sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah. Beliau mula menulis novel dalam Bahasa Melayu pada tahun 2009, dan Dendam merupakan novelnya yang keenam. Novel-novelnya bertemakan persoalan-persoalan ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu.



Editor : Khairulnizam Bakeri

Cetakan Pertama : Jun 2011

309 pages, Paperback

First published May 26, 2011

6 people are currently reading
234 people want to read

About the author

Affifudin Omar

15 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (27%)
4 stars
86 (23%)
3 stars
112 (30%)
2 stars
45 (12%)
1 star
20 (5%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
March 12, 2012
Melihatkan tajuknya aku kira ia akan jadi perkara yang sangat mengerikan. Tetapi penulis menterjemahkan cerita dendam itu secara minima. Simple and straight forward. Tiada twist yang mengujakan. Klimaksnya pun macam ada-ada-tiada saja.

Kisah bermula apabila ayah Khalil Gibran menjadi cacat kerana dipukul oleh Sarjan Mejar Samad. Dia menyimpan dendam terhadap polis yang mengganyang ayahnya. Dalam melunaskan dendamnya, Khalil Gibran menjadi polis. Dendam menjadikan watak Khalil Gibran buas, ganas, dan tiada empati. Malah dia digeruni kerana terkenal dengan teknik interogasi yang sangat-sangat ekstrem.

Takdir politik membuatkan Khalil Gibran perlu bersara awal daripada dunia kepolisian. Khalil Gibran mula berjinak-jinak dengan perniagaan yang akhirnya menjadikannya seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Dia bukannya setakat handal di arena usahawan malah juga master dalam hal-hal wang haram-halal. Dia bijak. Akalnya meluas. Dalam sekelip mata dia bisa adakan benda yang tiada kepada ada.

Namun keterujaannya semakin merundum bila saja anak lelaki sulungnya ditembak oleh pasukan polis dalam satu kejadian kejar-mengejar. Ketika ini aku terasa ceritanya balik-balik dengan polis… hmm, mood aku juga jatuh merundum mengikut mood Khalil Gibran. Walaupun pada mulanya Khalil Gibran mahu bertindak menuntut bela tetapi bagaikan ada rahmat yang turun kepadanya. Peri kemanusiaannya datang menjengah kalbu. Dia bagaikan diseru-seru untuk berubah.

Ada terselit tentang kisah Khalil Gibran yang mahukan title ‘Dato’ dengan cara membayar seseorang yang katanya ada bau-bau bacang dengan sultan. Akhirnya dia ditipu. Duit dikebas habuk pun tarak. Kelakar. Sinis. Di tengah-tengah cerita, penulis boleh membuatkan aku senyum ke telinga.

Tetapi akhirnya, dendam tidak akan membawa manusia ke mana-mana. Ibarat kata Affifudin, manusia yang tidak bertuhan juga boleh merasa insaf. Kalau tak silap aku, inilah antara buku Fixi yang punya ending lengkap dan tidak dibiarkan tergantung. Mungkin kerana dendam sudah terkubur. Makanya tiada apa yang perlu dibahaskan lagi. Ya, mungkin.
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
November 5, 2019
This!

This is how you write a story, ladies and gentlemen.

Terima kasih kepada penulis kerana berjaya menulis karya yang mengangkat tema keinsafan yang tidak terlalu menjengkelkan. Sarat dengan plot menarik dari awal hinggalah ke penghujung. Tiada saat yang membosankan langsung. Saya dapat rasa apa yang watak utama sedang lalui. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
January 29, 2013
Dendam bukanlah kegemaran ramai bagi sesetengah pembaca FIXI. Ia tiada keterujaan dan mendatar dalam sepanjang perjalanan naratifnya. Mungkin permulaan perlahan membunuh pembacaan mereka yang mengharapkan kelainan seperti yang biasa FIXI terbitkan. Aku juga tak terkecuali memberi pendapat serupa semasa cuba menghadamnya. Namun selepas menyelesaikan buku ini, ada beberapa point yang menarik dipertontonkan dan tidak mendatangkan kerugian untuk membaca.

Bagi mereka yang cukup dewasa dan mempunyai pemikiran terbuka dalam politik Malaysia, pasti akan merasa kesinisan yang disengajakan dan bersetuju dalam beberapa kritikan yang sememangnya tepat ke sesetengah dahi masyarakat. Kisah perjalanan wataknya mencerminkan norma-norma kehidupan dan penyelitan masalah penipuan dan penindasan, skandal dan seks, duit yang membeli kebahagiaan, salah guna kuasa, kerosakan yang memberi impak kepada organisasi nyata memberikan sense dan dipersetujui umum.

Dan pengalaman penulis bukan sebarang calang. Datuk Affifudin Omar yang bertahun lamanya berkecimpung dalam arena politik sebagai timbalan menteri kewangan dan sumber manusia menyuntik inspirasi dan pemerhatiannya ke dalam buku ini dan beberapa perkara baru dan yang belum difahami dijelaskan di dalam ceritanya sebagai contoh money laundering yang tidak asing di dalam mana-mana negara tetapi ramai yang masih tidak mengetahuinya.

Perjalanan buku ini lancar dan kitaran emosinya seperti pusingan. Konflik, dendam dan keinsafan yang berputar-putar merupakan suatu kelainan pada aku.

Bacalah dengan penuh sabar.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
April 29, 2013
Novel Fixi ini memaparkan kisah kehidupan Khalil Gibran seorang anggota Polis sehinggalah dia menjadi tokoh yang berjaya. Ia memaparkan DENDAM Khalil Gibran terhadap orang2 yang berkuasa, setelah melihat kekejaman orang2 tersebut terhadap ayahnya, hingga menyebabkan ayahnya menjadi OKU…malahan ayahnya menggalakkan pembalasan secara berhemah terhadap orang2 tersebut…

Kehidupan Khalil yang sedikit lalai terhadap tanggungjawab Pencipta di paparkan dalam novel ini…zina, curang, & rasuah merupakan rencah dalam ini…walaupun di hadapannya tertera “ini adalah rekaan semata2 & tiada kaitan dengan mana2 indivitu”…sedikit sebanyak mengingatkan aku kes budak yang kena tembak dengan polis tu…malahan nama2 watak & syarikat seperti Normah, Dato’ Ishak & TV13 juga…adakah ianya sindiran pada orang2 kenamaan??? Hmmm…penulis menginteprasikan kehidupan golongan2 elit untuk pandangan pembaca…

Bab2 terawal pembacaan, aku sedikit terganggu dengan gaya penulisan penulis…sebab aku keliru bilamana ceritanya melompat2 pada masa terdahulu (flashback) dengan watak2 pembantu…tapi lama kelamaan kita akan faham apa yang hendak di sampaikan oleh penulis...novel ini juga memaparkan hubungan suami isteri & sedikit kekeluargaan...kisah hidup bermadu Sharifah Maznah, isteri kepada Khalil Gibran...malahan unsur2 thriller tak di lupakan...hubungan Khalil Gibran dengan Dorai & Saad (merupakan orang suruhan nya dalam melakukan aktiviti2 gelap)...& humor pada bab nak dapatkan pangkat "Dato" membuatkan aku ketawa...sedikit kelakar dialog antara Khalil dengan Shahimi...

Novel ini membuatkan aku ingin mencari2 karya drpd penulis Affifudin Omar yg lain...
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
December 27, 2012
Membaca Dendam hasil nukilan Affifudin Omar mampu membuat pembaca menyelami sisi gelap dunia perniagaan, konspirasi dalam perundangan dan keadilan, dan semestinya konflik pergolakan perasaan manusia. Tidak dilupakan elemen mistik dan spiritual yang kuat menjadi tunjang utama kepada intipati novel ini. Usai membacanya sekitar jam 3.30 pagi tadi, Dendam dapat dikonklusikan kepada dua poin yang utama, iaitu:

1. Ia hampir seperti membaca sebuah manual tentang all things evil (teknik menginterogasi, perancangan menyeludup dan memanipulasi wang, bagaimana hendak merompak bank dalam tempoh kurang dua minit dan oh banyak lagi!).
2. Menyiksa dan mendera tidak mampu menyelesaikan segala-galanya.

Kita diperkenalkan dengan Khalil Gibran, seorang lelaki berkumis yang punya daya penarik yang tersendiri; berkarisma dan pintar. Dari awal introduksi novel lagi kita ditambat dengan rentetan bagaimana dendamnya terhadap perlakuan orang di sekelilingnya secara tidak langsung telahpun memberikan foreshadowing tentang apa yang bakal berlaku ke atasnya dan juga orang-orang di sekelilingnya pada masa akan datang. Khalil Gibran menjadi saksi kekejaman berlaku ke atas ayahnya sendiri. Secara tidak langsung, Khalil Gibran sebenarnya sudah dipupuk dengan perasaan dendam yang menebal sejak kecil lagi, dan perasaan itulah yang mengheret dirinya menjadi seorang manusia yang kejam dan sadis.

Plot cerita terungkai dengan baik, pembaca didedahkan dengan sedikit imbas muka oleh watak utama, mencukupi untuk mengekalkan momentum cerita. Permasalahan berpenjuru yang terdiri daripada dilema menjugel cinta, keluarga, harta, pangkat dan pendirian berbaur dengan agak baik dan konsisten sepanjang pengupasan plot. Namun hakikatnya Dendam merupakan novel yang sudah boleh dijangka. Separuh jalan membaca aku sudahpun dapat menghidu akan berlakunya happy ending yang klise. Aku akui, ini merupakan pertama kali aku membaca novel dalam Bahasa Malaysia yang bergenre sedemikian, makanya aku ada menaruh satu tahap ekspaktasi yang agak tinggi terhadap novel Dendam.

Walaubagaimana pun, aku amat menggemari bagaimana penulis amat bijak dan kreatif menceduk elemen dan kisah realiti yang benar-benar terjadi (seperti kes pegawai polis yang menembak mati seorang remaja yang memandu kereta, kisah VIP yang ditangkap menyimpan perempuan simpanan, rompakan bank bersenjata dengan menggunakan van sekuriti dan banyak lagi). Kesemua cuplikan kisah ini dirombak dan dipergunakan dalam penceritaan dan dimuatkan dalam Dendam, menjadi naratif yang berkronologi dan menarik untuk dibaca. Pembaca terpanggil untuk mengingat kembali kisah-kisah realiti itu kerana pembaca akan berkata; “Macam pernah baca kat surat khabar dan tengok kat TV.”

Rentetan hidup Khalil Gibran selama lebih dua dekad dipersembahkan dalam naratif yang sarat dengan informasi tentang hal-ehwal dunia kepolisian, ekonomi dan serba-sedikit tentang Asia Tenggara. Ini membuktikan bahawa penulis seorang yang berpengetahuan luas, kuat membaca dan mempunyai kuriusiti yang tinggi. Aku bersetuju dengan pemerintah kuku besi, pujian harus diberi kerana turut memasukkan fahaman Karl Marx dan Friedrich Nietzsche (antara nama yang aku ingat).

“… Greek myth panggil orang-orang jahat – subhumans. Saya pun dulu kira subhumans la,”
- Khalil Gibran: bab 40, halaman 242


Seperti novel Pecah, aku berharap benar agak Dendam lekas-lekas difilemkan (atau mungkin dijadikan rantaian drama?) kerana aku dapat lihat potensi ia dizahirkan kepada bentuk visual bakal mampu menarik minat audiens untuk menonton.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
February 20, 2012
Khalil Gibran merupakan seorang jutawan yang mempunyai sebuah empayar bisnes yang besar didalam dan luar negara. Dari kecil beliau disemaikan dengan dendam terhadap penguasa oleh ayahnya. Beliau memasuki polis semata-mata untuk membalas dendam bagi pihak ayahnya. Beberapa tahun kemudian beliau berhenti dari polis untuk mengelakkan diri dari menteri yang pernah diseksanya. Beliau kemudiannya memulakan bisnes dengan wang haramnya yang disimpan di Thailand. Empayarnya semakin berkembang dan terus berkembang dan beliau semakin hanyut dengan kekayaan dan maksiat. Pada suatu hari anak lelakinya telah ditembak polis dalam satu kejadian kejar mengejar. Dan hal ini telah merubah 100% sikap dan pendirian beliau. Salah satu novel Fixi yang agak gagal. Jalan cerita yang terlalu biasa dan membosankan. Tiada langsung kejutan atau plot yang membuatkan pembaca tertunggu-tunggu untuk ke muka surat seterusnya. Hasilnya gua mengambil masa selama 4 hari untuk menghabiskan buku ini. Oh ya! Ini yang gua panggil slot Samarinda TV3. Kah kah kah.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Shafiq Shahari.
1 review
November 3, 2013
Karya pertama dari Buku Fixi yang saya baca. Ini buku Fixi saya yang pertama, jadi saya tidak boleh membandingkan DENDAM dengan karya Fixi yang lain. Affifudin Omar mengeluarkan segala pengalaman dan pengetahuannya dalam arena politik dan golongan atasan dan mencurahkannya dalam novel ini.

Olahan watak Khalil Gibran yang sejak kecil mengenal erti dendam, pembalasan, hukuman dan bersifat sadistik terhadap sesuatu, adalah sangat baik. Roda takdir yang berputar sekeliling Khalil Gibran berjaya Affifudin Omar jalankan.

Khalil yang membalas dendam bagi pihak ayahnya, kini melakukan korupsi dan kesalahan sama seperti orang-orang yang dibencinya dahulu. Roda takdir akhirnya membawa balasan terhadap dirinya, dan orang sekelilingnya.

Namun, dengan plot yang mendatar dan jalan cerita yang perlahan tanpa elemen twist atau suspen yang kuat mungkin akan membuatkan sesetengah yang membaca DENDAM akan menutupnya, dan membuat perkara lain yang mungkin lebih menyeronokkan.

Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Khalil Gibran dari zamannya mula bekerja sebagai polis hingga kejayaannya sebagai usahawan. Walaupun tajuknya dendam, tapi punca dendamnya hanya 1 dan telah pun dulunaskan pada awal-awal cerita. Lebih separuh daripada buku cuma bercerita tentang dirinya yang mula berhijrah, dan bertaubat. Lebih kepada biografi. Mungkin pada awal cerita nampak menyeronokkan tapi pada pertengahan cerita, plot sudah agak longgar dan tanpa arah tujuan. Daripada tajuk dendam lebih sesuai jika letak tajuk hijrah, sebab hampir keseluruhan cerita berkisar tentang penyesalan dan keinsafan. Not a really good one by Fixi.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
May 15, 2012
Aku cuba baca juga buku ini walaupun sudah penat membaca tulisan yang melibatkan Dato', Datuk dan Tan Sri kerana amat penat dan menjengkelkan bila perlu menyebut dalam hati gelaran-gelaran mereka dalam kadar yang kerap.

Ciri-ciri sinikal di dalam novel ini jelasnya diinspirasikan daripada peristiwa yang tak asing dan pernah menghuni dada akhbar dan media elektronik selain disertakan dengan karakter Khalil Gibran yang pandai berfalsafah.

Siapa sangka buku sinipis ini terkandung hayat cerita yang dirasa agak panjang.
Aku turut tertarik dengan pengolahan naratif penulis yang mampu menerbitkan keinsafan.
Profile Image for Ariff Yusoff.
14 reviews
March 4, 2012
novel ni pada aku mungkin lebih kurang sama dengan drama drama samarinda dekat tv3, tapi lebih detail. segala urusan koperat yang aku tengok dalam drama nampak macam mudah macam kacang. tapi bila baca novel ni baru aku tau, the real meaning of koperat. buku ni juga memberi penjelasan macammana dalam tv tu ada banyak rancangan rancangan sampah, terutamanya astro.
Profile Image for Ahmad Hidayat.
3 reviews1 follower
May 14, 2013
aku tak tau kenapa jalan cerita dia slow sangat.
banyak meleret. dan aku tak eksaited untuk sambung membaca.
unsur suspen tu kurang/tak ada/aku sendiri tak perasan.
tapi aku berjaya habiskan dalam 4/5 hari.
terpaksa.
kalau tak membazir. haha.
tapi masa tang ending dia tu sikit tacing la. sobs sobs.
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
February 1, 2012
gaya penceritaan pantas dalam scene2 pendek.
satu kritik sosial secara halus terhadap sistem-sistem sosial dalam masyarakat dari penulis yg melaluinya sebagai rencah kehidupan.
kurniaan darjah, rasuah, fikrah polis, kemewahan datin dan lain-lain digarap dengan kick.
Profile Image for Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin.
19 reviews7 followers
August 10, 2012
Sekalipun orang kata macam Samarinda, tapi aku bagi 5 bintang sebab penulisnya memenangkan orang yang baik. Karya yang bagus mestilah menjentik nurani pembaca ke arah kebaikan.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
October 23, 2013
simple. tapi kurang memuaskan. terlalu straight forward. tapi saya suka bagaimana penulis menceritakan perihal perniagaan-politik . lepas tu tambahan fakta, maka cerita bukan setakat cerita. :)
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 18, 2021
Kisah mengenai Khalil Gibran yang mempunyai dendam dengan pihak berkuasa. Penuh dengan sisi gelap politik. Plot agak mendatar, tapi bergerak sangat laju. Setiap bab bermula dengan konflik dan diakhiri dengan penyelesaian. Belum terlambat untuk bertaubat.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
May 6, 2013
Membaca DENDAM tatkala bahang PRU13, memang benar-benar membuka mata. Perihal rasuah-kroni, kekejaman pihak polis yang menyalahgunakan kuasa, perempuan simpanan dan seks, ahli politik, kelab-kelab malam, arak, dadah berleluasa terlepas masuk dalam negara, title dato' palsu dan bermacam lagi, membuatkan aku bersetuju bahawa benda-benda macam ini memang tidak dapat lari dalam dunia kita. Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia khususnya.

Itulah, ujian dari Allah Ta'ala kepada orang berkuasa. Sepertimana Khalil Gibran, peneraju utama DENDAM, punyai wang berkepuk kepuk banyaknya hasil haram-halal, kekayaan yang melimpah ruah tanpa perlu dirisaukan soal duit untuk membeli kereta mewah, kondominium mewah, perempuan simpanan yang tak pernah putus untuk melunaskan nafsu serakah, terlepas dari hukuman dunia bial menggunakan kekejaman kepada tahanan sewaktu menjadi polis, keluarga yang dibina bersama isteri hasil ditangkap khalwat-- (walau punya anak tiga sekalipun, tapi tiada perasaan, cinta, kasih dan sayang antara satu sama lain, apalah gunanya).

Kaya itu satu ujian, miskin juga satu ujian.

Tapi, itulah Khalil Gibran. Bila seawal usia 13 tahun lagi menanam sifat tidak berperikemanusiaan dalam diri (seksa kucing sampai mati), sampai ke tua sifat kejam itu tidak dapat dihakis. Mujurlah, sempat sedar sebelum ajal.

DENDAM, bermula dengan agak perlahan, aku kira. Berkali-kali aku mengeluh, tutup buku, buat kerja lain sebelum menyambung pembacaan.
Di pertengahan, barulah jiwa aku rasa selesa dengan jalan cerita, perkembangan watak dalam DENDAM ini.

Aku tak suka watak Khalil Gibran, yang mana, selepas bertaubat, masih lagi tidak dapat meninggalkan perkara yang telah menjadi darah daging sewaktu zaman jahil- contoh; mengupah orang untuk membunuh Fadin atas alasan menuntut bela kematian anak sendiri, masih lagi tidak meletakkan batasan dengan Normah (page 263-Normah pula merangkul lutut Khalil memohon ampun) dan juga masih lagi berhubung dengan Shireen.

Apapn, mujurlah, Khalil sedar di atas kealpaan masa lalu. Mujurlah, sebelum terlambat, nampak juga cahaya Illahi.

Aku kira, ending kali ini aku amat berpuas hati-tidak tergantung seperti mana Buku Fixi yang lain. Bak kata lain, tak ada bahagian 'mind-blowing' ni.

Jadi, sepertimana kita telah ketahui keputusan pilihanraya, besarlah harapan aku sebagai rakyat biasa--golongan marhaen ini, sekiranya Menteri-menteri atau orang atasan, mengelakkan gejala yang paling membimbangkan seperti rasuah khususnya demi mencapai hasrat ke arah negara yang lebih baik.
(Mohon, jangan dipandang sebelah mata dengan perempuan simpanan jua kerana wanita ialah senjata paling bahaya untuk kaum lelaki)

Sekian. ;)
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 23, 2012
Straight-forward, lancar dan matang - itulah yang dapat hamba ulas tentang 'Dendam' secara keseluruhannya. Tiada masalah untuk hamba hadam apa yang cuba disampaikan oleh penulis kerana membaca ceritanya ini seperti memandu di atas jalan lurus sepanjang 50 kilometer tanpa selekoh, bukit mahupun simpang dan tanpa kesesakan lalulintas juga :-P. Lagipula, ada beberapa isu politik yang dimuatkan dalam buku ini pernah kita dengar makanya kita tidaklah 'cultural shock' apabila membacanya (hehehe).

Sejujurnya hamba mengharapkan buku ini boleh menjadi lebih menarik. Hamba akan sangat menyukainya jika ada sedikit twist atau elemen kejutan yang boleh menaikkan bar keterujaan hamba untuk membaca. Namun, seperti yang hamba katakan tadi, buku ini straight-forward dan lancar-lancar saja walaupun hamba suka dengan suasana politik yang diketengahkan oleh penulis meski realitinya hamba akan skip ke bahagian sukan terus apabila membaca surat khabar. Mungkin hamba suka untuk menganggap politik kotor ini hanya fiksyen semata-mata. Huhuhu.

Jalan cerita dan gaya bahasa 'Dendam' tidak memberi masalah pada pembacaan hamba. Pada pandangan hamba semuanya baik-baik saja walaupun interpretasi dendam itu digambarkan dengan agak minimal tidak sejajar tajuk bukunya. Namun, hamba suka membaca kisah Khalil Gibran (oh, hamba suka nama ini) keseluruhannya, bermula dari dunia politiknya sehinggalah detik keinsafannya. Dan, hamba jadi terfikir-fikir sendiri, di luar sana berapa ramai agaknya ahli politik yang bersara dan 'terlepas' seperti Khalil Gibran ini. Hmmm...

Walaubagaimanapun, gaya penulis bercerita dengan sangat simple tetapi matang itu membuat hamba mula berkira-kira untuk membeli lebih banyak buku dari penulis lelaki selepas ini. Mungkin hamba sudah mulai suka dengan buku yang kurang 'beremosi' tetapi tetap menyampaikan sebuah cerita menarik yang boleh dinikmati dengan aman. (^_^)



p.s Hamba sebenarnya tak ada idea nak review buku ni tapi beginilah hasilnya selepas berkubang dengan sang Toshiba selama lebih dua jam. Hehehe.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
March 6, 2012
Seperti biasa, saya tidak berasa kecewa bila membaca buku terbitan Fixi! Tahniah saya ingin ucapkan kepada Team Buku Fixi yang bijak memilih penulis.

Buku Dendam ini telah berjaya menceritakan bagaimana perasaan dendam ini boleh membuat sesorang melakukan sesuatu diluar jangkaan, walaupun pada asalnya mangsa kejadian bukanlah watak utama dalam novel ini.Dendamnya kepada orang lain telah membuatkan dia 'terpsaksa' melakukan perkara yang kurang menyenangkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan dendam utamanya. Kehidupan, hati dan kepercayaan seseorang telah di hancurkan oleh watak utama , Khalil Gibran.

Saya juga telah didedahkan bagaimana sesorang yang mempunyai kuasa dan wang mampu mendominasi sesebuah kerajaan dan negara. Wang ringgit dan kekayaan dapat mengaburi mata sesiapa, termasuk yang alim, warak dan patuh pada 'rules and regulations'

Ahamdulillah, novel ini juga dapat memberi panduan kepada mereka yang ingin kembali kepangkal jalan.

Plot ceritanya menarik dan membuatkan saya tidak senang duduk sebab ingin tahu apakah nasib Khalil Gibran di dalam 'permainan-permainan minda nya'.



Masa yang diambil untuk membaca buku ini hanyalah dua hari.
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
December 29, 2013
mungkin bagi sesetengah buku tanpa plot yang jelas, tanpa unsur konflik yang twist jalan cerita menjadikan sesebuah naskah itu hambar dan mendatar. tapi tidak untuk Dendam. aku rasakan jalan cerita novel bukan semata fiksyen tetapi tentang traveog kehidupan. kisah tentang transformasi Khalil Gibran memanusiakan diri. falsafah kehidupan yang dibawa Gibran membuat aku terbawa-bawa sehingga setelah aku menutup pembacaan.

"to err is human, to forgive is divine"

bagaimana sebenarnya dalam kehidupan setiap apa yang dilakukan akan mendapat pembalasan seperti Khalil yang akhirnya termakan santau sendiri.

jadi untuk jalan cerita yang tersangat kurang dialog, sebahagian besar penceritaan namun langsung tak membuatkan naskah ini bosan untuk dihabiskan. memang sesuai untuk bersantai tanpa memikirkan konflik yang berat. aku beri 5 bintang.
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
December 11, 2011
"Kadang-kadang ia begitu jinak mematuk-matuk sekoi di tangan pengunjung. Tetapi harus kita ingat, sejinak-jinak merpati, walaupun jinaknya sampai boleh mematuk di atas tangan tetapi masih juga liar."

Novel ini bersama plotnya bergerak dengan sangat mudah. Walaupun lingkungan tema dan latarnya sangat besar. Wataknya sangat ramai, tetapi boleh diingati dengan berkesan. Mungkin kerana bahasanya yang ringan maka dengan selamba penulis secara tiba-tiba dapat memusingkan apa jua situasi perenggan ceritanya sebanyak 360 darjah, seperti seorang pelajar kuliah yang memusing-musingkan pensil di tangannya.

http://wp.me/pP6kX-sh
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
Penulis banyak bercerita daripada dialog. Dendam merupakan karya pertama yang saya baca yang menggunakan sedikit dialog dalam penceritaannya. Penulis lebih banyak menerangkan setiap apa yang berlaku di dalam Dendam. Dari awal bab sampailah ke akhir bab, sangat sikit dialog yang digunakan. Saya rasa, apa yang penulis tuliskan disini based on his experience dalam dunia perniagaan dan politik. Well, maybe ada yang dia ubah kan untuk menyedapkan cerita. So, untuk Dendam saya bagi 3.5 bintang (insert fireworks – kena beli fireworks ni. Nak habis dah fireworks saya). Boleh layan.
Profile Image for Topek Ketopekan.
32 reviews4 followers
July 25, 2011
Apa yang menarik di dalam karya keenam Affifudin Omar ini ialah beliau mahir mengadaptasi kebanyakan tragedi penting yang berlaku di sekeliling kita. Bagi individu yang acap kali mengikuti perkembangan isu semasa dan politik negara, buku ini mampu mengukir senyuman di bibir anda secara tidak sengaja.

Karya yang sinis ini membuatkan saya terseyum hampir setiap kali membacanya. Pada pengamatan saya, Affifudin Omar telah mencoretkan satu penulisan karya dengan baik sekali.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
May 22, 2012
Dendam menceritakan balik peristiwa2 terkenal dan dekat dgn diri kita semua cos byk scene semua tu kita tahu..n die menggarap crite dlm buku ni mejadi menarik...sgt bez..kehidupan politik dan polis dpt kite pahami..ending die menginsafkan tu byk memberi pengajaran kpd kite semua..

ingatlah jgn lah kite berdendam kerana ia akan dtg semula kat kite..
terbaekk...
affifudin omar mmg pndai menulis lagi2 ttg politik..oleh itu, aku akan membaca paradoks karya die gak xlama lagi
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
February 13, 2013
At certain points of the story, I came across a few events that are quite familiar with the real events that we may have read in the national newspapers. Perhaps, the author is trying to explain and reveal his thoughts about those national issues that people always talk about on their backs and not able to publicly say it up front.

Read: http://2010rantings.blogspot.com/2011...
Profile Image for Lyla Ibrahim.
194 reviews6 followers
July 8, 2011
Out of all 4 Fixi books I've read, this is by far the best. It has everything rolled up to make a very good story. The evolution of Khalil Gibran, from a kid filled with sense of revenge and suddenly turned into a cold-hearted man, and finally repented and live in harmony and calm. Lots of good values in this one. Oh, you can learn about politics too..heh. Kudos to Affifudin Omar. Nice one.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
March 14, 2017
Penceritaan yang okay walaupun story line bergerak pantas. 4 bintang sebab aku tidak minat politik (heh!) walaupun aku tak nafikan hati aku tertanya-tanya juga tentang realiti sebenar politik di Malaysia selepas habis baca novel ini but anyhoo, another good novel from Fixi.
Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
February 20, 2012
Novel pertama Fixi yang aku ada dan baca. Secara keseluruhan, sangat terbaik. Bahasa sempoi. Cerita laju tak meleret-leret. Setiap bab buatkan aku teruja nak tahu apa jadi. Politik semasa, keadaan yang berlaku dekat negara kita. Memang osem.

Terbaik!
Profile Image for Yusoff.
6 reviews
March 29, 2012
Cliche.

Topik dendam tu dijadikan sebagai esen utama cerita dalam novel ini. cara penceritaan sedikit mendatar walaupun perkembangan watak Khalil Gibran tu boleh diperhatikan dengan jelas seiring dengan perkembangan cerita. Salah satu cubaan penulisan yang jujur.
Profile Image for SinudaMN.
40 reviews1 follower
May 21, 2011
Membaca buku ini memerlukan saya untuk berhenti mengambil nafas beberapa kali. Bergerak dengan cepat, sarat dengan konflik. Seronok.
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.