SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.
"Aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila...aku mengoyak hati sendiri."
Anis Ayuni dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).
Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini terus aktif menulis setelah novel pertamanya, Suara Hati (2002) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca.
Dalam menghasilkan karya kreatif, beliau sedar garapan haruslah berupa gandingan antara fantasi dan realiti. Namun beliau sangat menitikberatkan logik dalam menggarap satu-satu peristiwa. Seboleh mungkin beliau cuba mengaitkannya dengan realiti yang biasa terjadi dan bukannya sekadar khayalan atau mimpi. Namun novel-novel beliau tidak lepas dari membicarakan soal cinta, sokongan ibu bapa dan keluarga serta prinsip seseorang dalam membuat keputusan. Dalam tawa, ada air mata dan sengketa. Itulah ramuan yang menyebabkan pembaca tidak jemu menatap hasil penulisan beliau.
Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shahriman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shahriman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shahriman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.
“Aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila, aku mengoyak hati sendiri.”
Kak Chik menukil:
Karya terbaru dari Anis Ayuni masih lagi membawa topik utama cinta pertama. Kisah cinta anak remaja yang menjejak alam dewasa antara Laila Nabila dan Mir Shahriman namun penulis bercerita dari sudut diri aku iatu kata ganti diri untuk Laila Nabila. Jadi garapan penulis lebih banyak kepada perjalanan hidup dan rasa yang dirasa oleh Laila Nabila.
Laila Nabila dan Mir Shahriman sudah kenal sejak bertahun-tahun yang lepas kerana hubungan persahabatan orang tua mereka. Hubungan yang terjalin antara kedua keluarga berada ini bagaikan memberi ruang yang lebih kepada mereka berdua sepanjang meniti hari-hari remaja. Mereka banyak melalui percutian ke tempat-tempat menarik di luar negara bersama apabila keluarga mereka bercuti.
Walaupun mereka terpisah benua, Laila di Australia dan Mir di Amerika kerana masih menuntut, jarak tersebut tidak pernah memisahkan mereka. Mereka bagaikan mempunyai pertalian yang amat dalam sehingga mereka tidak perlu berkata-kata untuk menyatakan sesuatu. Cukup hanya mata yang berbicara. Namun apakah biasan mata mampu menenangkan hati Laila apabila percutian mereka ke Turki disertai dua beradik, Nia dan Nieda yang selalu mendampingi Mir sehingga Laila tersisih ke tepi. Laila terus makan hati sepanjang 10 hari percutian mereka itu.
Namun janji yang termeterai antara mereka di angkasa lepas dalam perjalanan pulang dari percutian tersebut bagaikan menoktahkan bahawa rasa mereka tetap sama. Lalu janji setia diikat bersama dengan jari manis Laila tersarung cincin lambing ikat setia mereka. Perhubungan yang mereka meterai masih menjadi rahsia sehingga tidak terhidu oleh keluarga.
Ketika mereka di ambang bahagia, dugaan datang bertimpa-timpa. Mir bagaikan hilang terus tanpa khabar berita dan Laila terus tertanya-tanya. Kehadiran Raid walaupun merimaskan, sekali sekala mampu juga membuat Laila tertawa.
Apakah janji setia Laila dan Mir mampu terus dipegang Laila setelah setahun Mir menyepi diri? Mampukah Laila menerima kejutan yang Mir lakukan demi kasih setia cinta mereka? Kalau nak tahu apakah cinta pertama tetap bahagia ke akhir, sila beli novel ni ya!
Sudut pandang Kak Chik:
Membaca karya terbaru Anis Ayuni ni, bagaikan membaca buku panduan pelancongan pula rasanya. Kak Chik rasanya lebih teruja untuk ‘menjelajah’ tempat-tempat menarik yang digambarkan oleh penulis daripada mahu mengetahui keluh kesah Laila sepanjang percutian tersebut kerana pada Kak Chik, Laila kadang-kadang bagaikan hilang identit diri demi menarik perhatian Mir. Banyak ulasan penulis berkisar tempat-tempat menarik di Turki dan Australia. Wah, rasa macam Kak Chik dah ‘terjejak’ di sana pula. Perasanlah pulak…
Bagi Kak Chik, garapan penulis terlalu berkisar perasaan Laila sehingga watak Raid langsung tidak mampu menjadi sesuatu yang ‘menakluk’ Laila sepanjang kehilangan Mir. Rasanya kalau penulis memberi ruang yang lebih luas pada watak Raid mungkin kisah ini mampu membeli emosi Kak Chik.
Apa pun satu kisah yang masih penuh dengan pengorbanan dan reda dengan takdir ILAHI tetapi kadang-kadang takdir juga mampu kita ubah jika kita mahu berusaha.
Buku ini dibaca secara lompat kijang, apa yang Cik Pah boleh ulas adalah kisah 'aku' yang merujuk kepada Laila dalam diam menyimpan perasaan buat abang sahabatnya. Aku cukup cemburu kerana sidia sering melayan 2 beradik yang turut bersama menjelajah bumi Turki. Aku sangka Mir terpaut dengan salah sorang daripada mereka. Rupa2 aku tidak bertepuk sebelah tangan kerana Mir juga turut mendendangkan lagu yang sama. Janji antara kami adalah untuk menyimpul kasih setelah habis belajar. Namun Mir menyepi setelah beberapa tahun menyulam rindu berjauhan demi menggenggam segulung ijazah. Ada sesuatu yang aku tidak tahu tentang sepinya Mir. Walaupun terputus namun hati ku masih tidak dapat menyambut huluran salam kasih dari lelaki lain, Raid. Maaf. Cinta ini hanya untuk Mir sehinggalah kebenaran terbentang didepan mata, dirimu lumpuh kesan kemalangan, namun kasihku tidak lumpuh buat Mir sehingga aku rela bergelar isteri Mir. Mir, percayalah, jangan disangsi rasa ini dan cemburumu bakal mengoyak hatimu. Hanya sekeping kad dari insan berpangkal R, dirimu yang berasa rendah diri dengan ketidakupayaan termakan dengan bisikan syaitan. Kadang sinis, kadang membisu , kadang berang membuat diri aku juga kadang hanyut dengan gelodak dihati apatah lagi berbadan dua. Akhirnya aku bersyukur, saat kecemasan untuk melahirkan puteri untukmu, Allah memberi kudrat dan keajaiban kepada mu untuk berjalan. Syukur.
Di awal pembacaan, saya sudah merumus untuk memberi 2 bintang. Masakan tidak, hati begitu kecewa kerana permulaanya terasa hambar, banyak meleret dan banyak pula babak melayan perasaan.
Kisah percutian Laila dan Mir di Turki sepatutnya mengujakan hati pembaca. Malangnya, penceritaan latar tempat yang berlebihan membuat siapa juga yang membacanya pasti berasa seperti membaca tour guide! Membosankan! Dan tentulah membaca melompat-lompat.
Mungkin kalau penulisnya orang lain, saya sudah lama simpan dalam rak! Tapi saya cuba bersabar. Layan dan layan sampailah Laila dan Mir tamat pengajian. Di sini barulah ada rasa sedikit best. Dari 2 bintang jadi 3 bintang sebab rasa seronok bila Laila dan Mir macam bermain tarik tali. Sayang tapi malu. Rindu tapi macam benci. Cinta tapi macam serba tak kena!
Apa-apa pun, buku ini hanya sesuai untuk pembaca yang 'sabar' kerana bagi saya keseronokan membaca itu hanya akan wujud setelah di pertengahan cerita.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Walaupun bahagian permulaan cerita ni terlalu fokus pada holiday keluarga Lia and Mir, N tetap dapat rasa chemistry antara mereka. For me, that's the best part of they story. Selepas pertemuan kedua antara Lia dan Mir, N jadik rasa annoyed. N rasa Lia sangat immature and pentingkan diri sendiri. Dalam keadaan Mir begitu, tetap nak mengada-ngada. Rasa macam nak debik kaw-kaw jer.
7 tahun dh usia novel ni.. pada permulaan sangat meleret sebab banyak bercerita tntg percutian keluarga laila n mir... banyak skip2. dalam page 15x baru la dapat ikut rentak novel..dan seterusnya novel ni mampu memikat hati aku untuk terus membaca sampai ke akhirnya...
Feel like being cheated throughout my read. I`ve always love Anis Ayuni`s book..Her Bayangan Rindu was one of my all time favourite.. But this one, CYK, it felt like the name was just being pasted for commercial purposes, so people would buy this one.. Before explaining further, I wanted to say that I feel bad for writing this especially for a malay novel. I never gave a book two stars before too..But I need something to vent this madness out or else I might stop reading cause this one scares me..Made me afraid that someday, I might accidentally buy something like this again, and regret it for at least a month..And I just did. === SO this is a story about a girl who was madly in love with her childhood friend..their parents were friends too, so they were close together.So one day, the boy got into an accident. Without any notice, the girl was left hanging without knowing anything about her lover`s condition except that it was severe.
A few months later, after being back to her homeland, she was shocked to hear the real condition of the man..And someone else was poking for her attention too.. ===
So, first point to star deduction..
1)Conventional plot and too much of cheesy lines -I`ve read a lot of this...Same old..same old..So, I mostly scanned through pages..Sorry..
2)Too conscious/bipolar main characters -I don`t really like Laila here, and Mir..The former was too conscious about her feelings, thinking that her love toward Mir will prevail it all..Except for one fact...They weren`t lovers yet..She was just holding her crush..and yet she`s imagining all sort of things..Like weird things.Luckily the guy haboured the same feeling too..And the guy, Mir..He`s a bipolar..I`ll explain this thing..His physical disabilities cause him to be mean toward Laila..Acting nice to her when there`s someone else that made him jealous, and be mean to her when she was treating him nicely..His lack of emotional control that cause him to criticize Laila`s work also irked me..He purposely did that so that she`ll notice him..Totally unprofessional..
3)Poor development of the story and too much of unnecessary fillers Yes..The latter was the biggest flaw..I think what the author was trying to do was actually putting some interactions between the main chars..So that it would be natural for them to feel certain depth of emotional connection in each other..BUt to be honest, they were quite boring..I felt like reading a travel guide book instead of a romance novel..And after the trip passed, it felt much like a diary of someone...I felt like banging my head for buying this book..I could have buy something else..Like Bikash Nur Idris`s or something..anything..
So basically, all these three major factors had contributed to my low ratings..Despite all this being more of a rant instead of a proper book review, I still hope that there are some others who might as well find this book to be enjoyable..
TQ.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah Laila dan Mir, dari kawan bertukar kekasih, kemudian bertukar hubungan pekerja-majikan, dan terselit kisah cinta tiga segi. Sebenarnya takdelah bersegi sangat sebab Laila tidak beri harapan pun pada Raid. Cuma aku rasa novel ni anti klimaks, kurang umph. Nak kata cinta sejak mula, tak rasa mana cintanya, tahu-tahu sudah isytihar bercinta. Nak kata benci, pun tak nampak bencinya. Ceritanya tidaklah buat rasa menyampah, cuma tidak mampu buat aku rasa teruja. Aku habiskan bacaan sebab memang niat nak membaca, bukan sebab tak sabar nak tahu pengakhirannya macam mana. "Rasa" itu tidak sampai. Agak kecewa kerana Manisnya Cinta tulisan penulis antara novel kegemaran zaman sekolah.
Aku dapat tahu novel ni dijadikan siri drama di TV2. Tak pernah tengok, jadi tak pasti adakah drama lebih baik.
Permulaan yang agak mendatar dan membosankan *ini pendapat peribadi aku je tau*... Itu yang buat aku macam malas jer nak teruskan bacaan. Cuma bila dah melepasi 3/4 jalan cerita baru aku rasa tak sabar nak tahu penghujung cerita.
Agak kecewa juga dan berharap yang lebih baik pada novel yang akan datang...