Suria Mohd Hashim asalnya seorang anak yang nakal tetapi cerdas akal. Jodoh yang hakiki menemukan Suria dengan Tengku Haizal, tetapi cinta mereka sakit, cinta mereka payah sekali. Lantas Suria menjadi pelarian cinta yang tegar. Merentas dunia atas nama ilmu Suria berkelana merentas benua lari dari cinta hingga akhirnya pulang ke tanah air. Tetapi cinta Suria tetap kelat. Persis berpatah arang berkerat rotan. Hidup Suria terus berkelana, semakin jauh dia lari dan dia bertekad untuk tidak akan sekali-kali dekat lagi dengan cinta. Antara persoalan-persoalan yang mampir di minda Suria setiap hari; Aku ni lari dari cinta atau lari dari bayang-bayang sendiri?
Naskah ulang baca dan tersenyum kerana 'rasa' yang ditinggalkan biarpun pada pembacaan kali ke-2 masih terkesan di jiwa..... (ayat jiwang x boleh blah!). TAPI... jujur naskah punya kelasnya yang tersendiri :)
18.11.2014
I'M IN LOVE.....
Jarang sekali dijodohkan dengan naskah kurang daripada 800 m/s yg mampu membuai perasaan.
Jika KERANA TERPAKSA dipandang sebagai karya pertama penulis ini, i'm impressed! Untuk naskah sulung - tiada cacat celanya.
Aku rasa semua orang pernah merasai pengalaman monyet bercinta. Cuma se-extreme mana monyet tersebut, hanya tuan badan saja yg mampu menarafkannya..... :)
Termasuklah cinta 'Antara 2 Darjah' Dr. Suria dan Tengku Haizal. Cinta zaman remaja dilakar sesegarnya oleh penulis (aku dah tersengih2!). Campur tangan si Mak Dara memisahkan suami, isteri dan anak. Aku kagum sekali dengan cara penulis mewarnakan watak 'Mak Dara'. Cukup mantap 'lakonannya'.....
(for me).....
i) Naskah ini mengingatkan aku pada Sehangat Asmara karya Aisya Sofea. Tema yg sama diangkat oleh penulis ini. Perkahwinan tanpa restu keluarga semasa masih menggalas tanggung-jawab sebagai pelajar. Cuma naskah ini lebih meluas 'liputannya'. Mungkin atas dasar 3rd person POV yg digunakan. Peribadi Suria yg degil dan keras hati dibentuk secukupnya oleh penulis dengan latar belakang keluarga yg biasa-biasa, ke-genius-annya, kesopanan lakunya - semuanya lengkap untuk digandingkan dengan Yang Mulia Tengku Haizal yg amat berbeza. 'Opposite attraction' dijadikan pengikat antara Suria dan Haizal. Kisah cinta yg meruntun rasa DAN.... dialog dengan perkataan 'cinta' jarang sekali digunakan dalam naskah ini. Mungkin sbb itu, naskah ini 'masuk di kepala'... :)
ii) Penarafan untuk 'taatnya seorang anak' dan 'kuasa seorang ibu' digariskan dengan pertembungan norma keluarga Suria dan Haizal. Puan Khatijah digambarkan sebagai seorang ibu yg tegas tapi amat memahami jiwa anak2nya. Terkesan dengan ayat ini - "kalau buntu, kalau tersekat jalanmu. Baliklah ke rumah. Kami masih ada nak" m/s 290. Berbeza dengan kuasa veto yg dipegang Raja Habibah. Hitam katanya jgn mimpi akan putih jadinya. Situasi yg sama dengan pendekatan yg berbeza.
Derhakakah seorang anak yg 'mengejar' kebahagiannya tanpa restu keluarga? Taatkah seorang anak menurut perintah ibunya dengan mengorbankan kebahagiaan diri sendiri? Ini persoalan yg cuba dirungkai dalam naskah ini.
iii) Jarang sekali penulis yg berjaya meletakkan hubungan saudara 'kena pada tempatnya' seperti hubungan Suraya dan Suria. Cara Suraya mendidik dan melindungi Suria membuktikan 'darah merah' lebih dominan daripada 'noda hitam' dalam berkeluarga.
iv) Perincian persekitaran dilakarkan seadanya. Penulis berjaya 'menyuluh' imaginasi pembacanya.
v) Dalam naskah ini Suria adalah seorang doktor perubatan dan penulis berjaya men-doktorkan Suria dengan cemerlang...
vi) Bahasanya? BM... boleh dipuji keindahannya. BI... well said.
vii) Setiap bab punya 'tajuk' tersendiri. Aku suka ini.... :)
CUMA....
i) Pelarian Suria agak melelahkan. Alangkah indahnya jika 10 tahun di Melbourne disingkatkan mungkin ke 10 bulan. Mungkin penulis ingin memberikan peranan kepada Ammar untuk menyatukan kembali Suria dan Haizal, tapi (for me) sedikit mengganggu keindahan naskah ini....
ii) Penulis ini masih samar2 dalam meng-individu-kan pelakunya. Monolog dalaman dengan ayat yg sama digunakan untuk 2 watak yg berbeza, terutamanya untuk ayat "......... perempuan". Kelemahan yg amat ketara bagi penulis yg memilih untuk menggunakan 3rd person POV.
DAN....
Aku terkilan (sesangat) dengan penggunaan ayat ini...
"kalau aku tak suka, dia perangai macam Siti Aishah pun aku tetap aku tak suka".
Mungkin ada perumpamaan lain yg boleh menggantikan seperti yg di atas untuk cetakan seterusnya?
Kerana Terpaksa mengisahkan seorang gadis, Suria dan seorang pemuda, Tengku Haizal. Mereka bertemu, berkenal dan menyulam kasih ketika masih di bangku sekolah. Suria hanya seorang anak gadis yang lahir di dalam sebuah keluarga biasa, golongan orang kebanyakan yang perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi. Tengku Haizal pula datangnya dari generasi berdarah biru yang tak kenal erti susah.
Kata orang, enggang sama pipit manakan terbang bersama. Sejak dari mula, hubungan antara Suria dan Tengku Haizal mendapat tentangan maha hebat dari bonda Tengku Haizal. Dugaan demi dugaan mendatangi sepasang kekasih ini, dari zaman persekolahan hingga ke universiti dibawa hingga ke alam dewasa. Rasa kasih, cinta, ragu dan marah berlaga dari masa ke semasa. Tak pernah perhubungan mereka dilanda tenang.
Membaca Kerana Terpaksa seolah-olah seperti sedang menonton sebuah drama Melayu di TV3. Ada orang baik, ada orang jahat. Ada orang biasa, ada Mak Datin. Ada cerita cinta. Aku orang kebanyakan, maka aku rasa aku serasi dengan watak Suria. Aku faham dengan dilema Suria, dengan kekeliruan dan keraguan Suria. Dan aku juga faham dengan kekerasan hati dan kedegilan Suria. Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Begitu pepatah Inggeris yang aku rasa Suria gunapakai.
Secara keseluruhannya, bagi aku, sebagai sebuah percubaan pertama, Kerana Terpaksa mampu menandingi novel-novel Melayu dalam genre yang sama yang sedia ada di pasaran. Tiada yang kompleks, yang renyah tentang Kerana Terpaksa. Aku enjoy membaca hasil pena penulis ini. Aku menyumpah-nyumpah si bonda Tengku Haizal dengan onarnya. Aku berfikir sejenak bila pilihan bonda Tengku Haizal mengatakan bahawa "Love is overrated". Itu maknanya penulisan Ilham Kalsom berkesan. Dan bagi aku, itu sudah cukup bagus.
cerita dan lenggok bahasa novel ni mengingatkan i pada novel2 awal 2000 dulu. ingat ni novel lama tapi bila belek tahun terbitan.. 2011? takda la lama sangat pun.
kisah cinta dua darjat antara suria dan tengku haizal, bunyi macam klise kan? tapi adunan cerita yg baik oleh penulis membuatkan kisah ni tak rasa klise dan berjaya meninggalkan satu 'rasa' selepas tamat bacaan. juga garapan peredaran masa yg kemas oleh penulis dapat dirasai bilamana dapat dilihat perubahan suria dari usia remaja hingga ke usia awal 40an. tahniah.
Kerana terpaksa adalah novel percubaan pertama Ilham Kalsom dengan Buku Prima. Cinta yang diketehgahkan oleh Ilham Kalsom adalah cinta antara dua darjat.
Cinta yang tercipta yang diselusuri oleh Suria Mohd Hashim dengan Tengku Haizal. Bermula dari sekolah menengah lagi, Tengku Haizal menyatakan rasa cintanya kepada Suria yang berhati keras ketika itu.
Cinta Suria dengan Tengku Haizal, kelat dan sangat perit. Dipenuhi dengan onak dan ranjau yang titipkan oleh bonda Tengku Haizal sendiri, Raja Habibah. Ditangkap berdua-duaan dengan rakan Tengku Haizal adalah permulaan kepada satu episod duka Suria, seorang anak daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja.
Sebelum sempat cinta bersemi, Raja Habibah sudah mengekang rasa antara mereka yang mulai membunga di awal remaja. Hukuman telah dijalankan, malah ia tidak adil dan berteraskan berat sebelah sahaja. Hanya kerana Tengku Haizal anak orang kaya dan keluarganya banyak menyumbang dana berbentuk material, dia telah terselamat dari terkena hukuman. Sebaliknya hukuman tersebut dikenakan kepada Suria, hanya kerana dia hanya insan yang biasa-biasa sahaja, seolah-olah semuanya yang berlaku berpunca daripadanya.
Setiap hubungan pasti aka nada pasang surutnya. Begitulah yang berlaku kepada Tengku Haizal dan Suria, apabila sekali lagi Raja Habibah tidak sudah-sudah mahu menduga perhubungan anaknya dengan wanita yang sama sekali tidak sama taraf dengan keluarga mereka.
Jauh berlari beribu batu sekalipun belum tentu ia mampu untuk menyelesaikan segala yang terjadi. Apabila dua hati yang menyejuk membeku bertemu semula, ia bagaikan simbahan api yang marak menyala, mencairkan apa yang berada dalam lingkungan mereka. Si lelaki dengan tetap akan merayu pada si perempuan supaya kembali kepada mereka bersama jaminan, sang lelaki akan tetap teguh pertahankan hubungan yang terbiar layu ini. Kerana rasa cinta yang semakin sukar dibendung, akhirnya mereka bernikah di peratauan. Jauh dari keluarga, apatah lagi jauh dari Raja Habibah.
Wanita berkerabat, Raja Habibah itu bukanlah terlalu bodoh untuk tidak mengetahui bahawa anaknya itu sedang menyantun semula takdir cinta lama di belakangnya. Amarah bagai meledak-ledak apabila dia sendiri mengetahui anaknya sudah bertindak terlalu jauh.
Lakonan persis pemenang anugerah berprestij, benar-benar berjaya menipu pandangan mata jua hati di hadapan anak-anaknya itu. Suria juga sudah berubah anggap dengan merasakan wanita yang suatu dahulu pernah membencinya kini sudah berubah, namun sekali lagi dia tersilap dan ditinggalkan sepi untuk sekali lagi bersama tanda yang sudah membenih dalam dirinya.
Bertahun-tahu semua itu berlalu, bersama anak di sisi; Amar, bukanlah satu pengalaman yang mudah. Terselit pahit getir di setiap jalan seorang wanita tunggal yang belum tiba masanya. Kedegilan untuk tidak memberitahu Tengku Haizal bahawa antara dia dengan Tengku Haizal ada satu ikatan yang keras ditambah lagi dengan kepercayaan Tengku Haizal yang ditabur-tabur oleh insan sanjungannya, Raja Habibah berjaya sekali merenggang perhubungan itu.
Bertahun duduk berkelana di tanah asing belum mampu lagi untuk meredakan segala-galanya. Cinta yang tergantung itu semakin lama semakin menyesakkan manusia bernama Raja Habibah. Namun wanita keras itu tetap tegar dengan pendiriannya untuk menikahkan anaknya dengan anak teman karibnya. Pedulikan semua rasa sengsara. Pedulikan semua yang bersarang semakin bernanah, yang penting hajat akan dikabulkan. Sampai bila harus berkelana, Suria? Berlari-lari dari satu rasa indah bernama cinta. Cinta? Meskikah akan membahagiakan pada hidup seorang insan yang sering mendambakannya, Suria? Perlukah dia mengelak dan menafikan sekali lagi yang cinta sang suami takkan pernah membahagiakannya?
Tahniah buat penulis dengan naskah yang indah ini. Novel ini tidaklah tebal dan kisahnya begitu padat, bagaikan saya membaca kisah cinta yang panjang, berketebalan 1000 muka surat. Penulis bijak mewarnakan tempat-tempat asing dengan indah sekali. Berjaya untuk menarik saya berada dengan Suria dan Tengku Haizal dan menyaksikan sirah cinta mereka. Alangkah bagusnya kalaulah saya dapat ke sana. Untuk sekali lagi, tahniah buat penulis. Saya tidak sabar menantikan karya kedua anda!
Macam citer "Ibu Mertuaku" versi perempuan yang merana..
Semasa zaman persekolahan Suria-Tengku Haizal..
Rimas Suria dibuatnya. Sekejap lagi, bila kelas mereka digabungkan dalam latihan amali kimia, tahulah Suri untuk mengajar budak bernama Tengku Haizal yang kurang asam tidak putus-putus berkiriman salam itu. :)
Tengku Haizal (TH): "Kenapa lari?"
Suria: "Siapa lari?"
TH: "Kamu."
Suria: "Lari dari siapa?"
TH: "Dari saya."
Suria: "Kalau dah tahu aku lari, kenapa suka dekat?"
TH: "Su, tak semestinya orang yang nak dekat dengan kamu itu jahat."
Suria: "Sekarang nak apa?"
TH: "Saya cuma nak berkawan, kenapa garang sangat awak ni?"
Suria: "Bukan satu sekolah ni berkawan ke? Tak payahlah nak berkirim-kirim salam, selit-selit kertas dalam buku saya."
TH: "Saya senyum, awak jelirkan lidah. Saya tegur, awak buat tak tahu. Saya kirim salam, awak tak pernah jawab. Jadi, saya tulislah!"
Suria: "Kalau macam tu, maknanya saya tak suka! Sudah!"
Banyak ranjau dan duri telah Suria tempuhi.. Dari zaman sekolah, universiti dan alam perkahwinannya.. Akibat perbuatan ibu mertuanya, Raja Habibah.. Tapi jodoh antara Suria & Tengku Haizal kuat.. Jodoh yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz..
TH: "Kalau saya tahu awak kat sini atau awak dah tak marah lagi, dah lama saya sampai. Kenapa dera saya selama itu?"
Suria: "Bukan mendera. Saya mencari diri sendiri. Tapi diri sendiri saya tak pernah lengkap tanpa awak. Mungkin inilah yang orang tua selalu kata itu, suratan jodoh kan?"
TH: "Ingat tak masa tayar kereta awak pancit empat-empat tayar sekali satu hari tu?"
Suria: "Ingatlah. Apasal pulak tak ingat?"
TH: "Sebenarnya sayalah punya kerja tu. Kalau tak buat macam tu, saya tak boleh hantar dan ambik awak balik kerja."
Suria: "Apa??" :)
Ada part yang bikin saya tertawa dan hampir juga menangis.. Sedeh & sadis..
Syabas penulis! Geraf cerita yang baik.. Mula dengan baik dan pengakhiran yang di'letakkan' dengan baik juga..
Nota: Saya terkesan dengan perkataan Inggeris yang di'Melayu'kan dalam novel ni.
Apresiasi = penghargaan
Kalau boleh, setiap penulis di Malaysia ini, gunakan lah Bahasa Melayu jati. Cari kata akarnya.. Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat indah. Jangan terlalu ghairah menggunakan perkataan Inggeris yang di'Melayu'kan seperti yang terjadi kepada negara jiran kita. Takut nanti kita terlupa.. Bangga lah dengan Bahasa Melayu.
Novel ini berjaya meluahkan dan membawa pembaca menelusuri rasa cinta asli yang ditinta kebodohan muda, kedegilan remaja dan keegoan dewasa Suria dan Tengku Haizal.
Oh tidak dengan cara penulis menarikan katanya yang akan membuatkan pembaca berlari mengejar dari muka ke muka. Pembinaan rasa yang menegang dan mengendur pada masa yang tepat membuatkan klimaks bacaan menjadi deraian airmata. Mungkin emosi rapuh wanita, tetapi saya juga tahu ada pembaca lelaki yang hatinya sama tersagat dengan episod tragis cinta Suria dan Haizal. Bermula di bangku sekolah sehingga adanya Tengku Haizal Junior cintanya tetap utuh. Suria lari dan lari...katanya kepada Haizal..biar saya yang meninggalkan awak bukan awak yang meninggalkan saya.
Cinta Suria dan Tengku Haizal yang berputik sejak zaman remaja sering dilanda onak duri. Pelbagai halangan yang ditempuh oleh mereka menjadikan Suria semakin matang dalam menerima cinta Tengku Haizal. Namun cinta mereka tetap bersatu akhirnya.
Sangat2 mendera jiwa..Ku sangkakan setelah pertemuan pertama setelah berpisah bertahun-tahun Haizal dan Suria akan bersatu, rupanya sangkaanku meleset sama sekali.
Hati perempuan mana yang mampu bertahan bila luka yang ditinggalkan masih belum sembuh dirobek lagi buat kali kedua.
Penulis berjaya membuatkan hati saya tersentuh dengan penulisan beliau ini. Jika ini adalah penulisan sulung beliau, saya percaya karya-karya akan datang pasti lebih mantap. Syabas!
37 Novel Kerana Terpaksa nukilan Ilham Kalsom ini punya jalan cerita yang menarik. Tidak ada helaian yang membosankan. Penulis berjaya menghidupkan watak-watak yang ada.