Jump to ratings and reviews
Rate this book

Quartet

Rate this book
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.


Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.

471 pages

First published April 1, 2011

1 person is currently reading
47 people want to read

About the author

Saidatul Saffaa

4 books83 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (32%)
4 stars
48 (38%)
3 stars
27 (21%)
2 stars
6 (4%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 19, 2011
Ini kisah Misa dengan empat lelaki dalam empat musim yang berbeza. Kisah Misa yang mudah jatuh cinta. Hatinya lembut dan kerana itu bila saja bertemu lelaki yang dirasakan mampu membimbingnya, hatinya mudah jadi suka.

Misa membawa diri ke US apabila kekasihnya; Fadhil kemudiannya memilih Aina; rakannya sendiri. Di sana ketika Misa cuba melarikan diri dengan pertanyaan ‘Sami Yusuf’ ibunya, dia bertemu dengan Bilal. Tasik Mendota menjadi saksi kepada quotes Bilal yang menyentuh hati Misa. Mereka berdua kemudiannya saling berhubung di laman blog tetapi sangkaan Misa tentang Bilal rupa-rupanya salah. Hanya Misa saja yang termimpi-mimpi tentang Bilal sedangkan lelaki itu tunangan orang.

Di Melaka ketika Misa menghabiskan sisa cuti musim panasnya dia bertemu Ustaz Mustaqim. Sekali lagi hatinya dibuai rasa. Disangkakan semua ustaz itu seperti Ustaz Din [Jaja & Din], namun sangkaannya meleset. Taring Ustaz Mustaqim yang sebenar terserlah ketika dia terserempak lelaki itu sedang merokok. Tetapi apa yang lebih menyakitkan kata-kata Ustaz Mustaqim itu. Aduhai! Hati Misa terluka lagi.

Di musim terakhir ketika Misa sudah belajar memperbaiki diri, dia mula dihimpit dengan E-Van [Irfan]. Pengungjung setia blognya itu cuba mengintainya. Misa tak mahu hipokrit, akhirnya menoktahkan hubungan alam maya mereka. Tetapi takdir menemukan mereka kembali. Misa sudah penat membaca hatinya sendiri, jadi dia tak mahu tersalah lagi. Si Irfan pula kini tak pasti. Antara mahu dengan tidak, mana pilihannya?

Keseluruhannya cerita ini tersusun di mana setiap musim digambarkan dengan jelas. Kisah Misa dan empat lelaki yang berjaya menyentuh hatinya pun diceritakan dengan sempurna. Cuma di awal-awalnya saja yang membosankan. Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah pengisian penulis. Dalam melayari kisah empat musim Misa, kita juga sebenarnya dibawa mengenal diri sendiri. Sebagai seorang wanita muslim, ada lagi ruang yang bisa diperbaiki untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Praktikal bukan hanya sekadar teori. Namun apa yang pasti, dalam kita sibuk mengejar cinta manusia, di mana letaknya cinta kita pada Tuhan? Tanya hati anda :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
December 24, 2013
Sejujurnya... aku manusia yang kurang kesabaran. Aku prefer bas ekpress daripada bas lompat-lompat. Significant-nya, (for me) kisah si gadis dengan 4 'perhentian' adalah sesuatu yg merobek kesabaranku yg tipis senipis kulit bawang... dan ternyata aku 'kalah'!
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
June 13, 2019
Kisah Misa dan dugaan yg dihadapi Misa. Kisah putus cinta berkali,itu kisah biasa.Tapi yg luar biasanya,cara Misa menghadapinya.Nasihat dan support kawan2 misa,seakan dekat di hati. Juga memujuk hati saya yang ditimpa dugaan bertimpa jugak.
Suka nak ulang ayat Quran yang diulang-ulang dlm Quartet ini :
" Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah (dgn mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yg menyusahkannya).Dan memberinya rezeki daripada jalan yg tidak terlintas di hatinya.(ath-Thalaaq:2-3)

Love it ❤️❤️❤️
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
July 24, 2015
Penulis: Saidatul Saffaa
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-60-9
Harga: RM 20.00 / RM 23.00
M/S: 471
Cetakan 1 – April 2011

Blurb:

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu
jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah

*****
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Kak Chik menukil:

Misa melalui empat musim cinta yang memilukan. Namun setiap musim itu mempunyai kisah yang berbeza. Musim pertama cintanya ketika Misa masih anak remaja yang terbuai dengan segala keseronokan dunia. Dia terluka apabila si cintanya tega berpaling arah kepada temannya sendiri. Lalu Misa membawa kelukaan itu bersama ke bumi asing. Lalu Misa terleka dengan angka-angka yang menjadi temannya saban waktu.

Namun ketenangan Misa tergugat apabila mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Eh, sejak bila pula mak kenal Sami Yusuf ni? Lalu ajakan Azra ke tasik Mendota yang sedang membeku bakal melukakan hati Misa lagi. Kenapa ‘Yusuf’ tega menolak ‘Zulaikha’ sedangkan dia sedang berusaha untuk menjadi makmum yang lebih untuknya? Sedang diuji lagikah dia?

Percutian ketika musim panas di Melaka, di rumah nenek pula telah menemukan Misa dengan ustaz muda yang menarik hatinya. Lalu Misa telah merancang plan ’30 hari mencari menantu untuk mak’. Namun mampukah kesempurnaan Ustaz Mustaqim selamanya terlayang di depan mata Misa?

Dan siapa pula e-Van yang kadang-kadang Misa gelar van elektronik itu? Diakah yang bakal mampu memiliki hati Misa yang terlalu senang jatuh cinta? Apakah si dia itu mahu menyambut huluran kasih yang Misa bentangkan? Atau selamanya hati Misa terluka lagi.

Sudut pandang Kak Chik:

Karya ketiga daripada Saidatul Saffaa selepas Kemilau Mutiara Raudhah dan Damai. Karya yang senang dan lancar dengan kisah yang tidak bercelaru kerana penulis sudah membahagikan kisah itu kepada empat musim yang terasing.

Kisah perjalanan kehidupan Misa yang berubah untuk sesuatu yang lebih baik memang sesuatu yang patut dijadikan contoh walaupun dia sering kali teruji. Walaupun setiap kali terluka, dia bagaikan hilang semangat hidup sehingga terpaksa mendapat khidmat doktor psikologi. Dia diuji dan terus diuji, namun Misa tetap bangkit dengan semangat yang sering ditiup teman yang tidak pernah menilainya melalui zahirnya. Lalu Misa menemui jalan yang lebih tenang apabila dia menemui cinta Allah.

Penulis menulis kisah Misa dengan kemanisan yang ditemui selepas segala kepahitan yang ditempuhi.


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
October 5, 2012
Patutlah aku rasa nak baca buku ni dan nak habiskan buku ni dulu dari buku-buku lain. Awalnya, aku suka watak misa ni, I mean, the first half of the story brought in a theme of some typical broken hearted love novella, but the way penulis ni bawa cerita with watak misa yang free hair tu is deep. the way the author convey all her feelings.

But the second half turn me out of degree of the fiction itself. This is not rumaisa from the story.

Patutlah.

But when is this?

Before? Or after?

I have no idea. From the timeline, this is the before.

Aku rasa nak pergi balik memory lane, nak lalu balik kenangan-kenangan lama tu, nak menjengah balik blog yang dah seratus tahun tak buka 'langsung!'.

Ada something yang masih belum selesai. InshaAllah.

Anyway, aku benci betul bila misa balik kalaysia. Sebab totally hilangwatak azra. aku suka gila org mcm azra. damn cool. thanks sebab buat watak azra ni takde nk bercinta juga. And aku rasa watak milah yang sipi2 tu patut di up kan. Aku rasa watak org rumah misa patut dijadikan star. Tapi of courselah terpulang dekat penulis dia, mesti ada sebab tersendirikan.

Aku doakan penulis buku ni pun jumpa jodohnya yang terbaik. Seriously.

Dont just put in book! Make it real!

p/s: Memang pelik review aku kali ni sebab ada banyak sangat regret sekarang. Apsal aku tak mumpa buku ni awal2?

To the author, please dont stop writing. Put it in words. You're best at that, by not knowing it.
Profile Image for Fffeewl.
9 reviews4 followers
January 25, 2015
this is all about misa yang busy cari peneman hidup. saya pun tak tahu kenapa beli buku ni? haha sebab saja google kot ada yang bandingkan dia dengan any malay author luar sana. memang ada. tapi alah chill lah, belum tentu sama 100%.

maybe saya letak expectation yang tinggi, makanya ia merudum sedikit demi sedikit kerana plot dia yang agak lambat. kadang rasa nak tukar buku lain tengah2 membaca. dengan Misa yang seolah terumbang ambing dan keliru dan terlalu cepat sangat jatuh cinta?

ending dia pun saya macam haha this is life! kita tak expect orang yang entah sape ntah ceruk mana datang, boleh jadi that somebody someone yang penting. ape pun ending dia mmg saya suka. dengan watak hero dia tu macam aci tenggelam, ada tak ada je mmg tak boleh agak (melainkan selak bab akhir nak tahu dia dengan siapa)

apa pun saya memang jenis bukan penyabar nak main nak tak nak T_T kalau awak suka, ini naskah untuk awak hihi
Profile Image for Fatin Azira.
90 reviews2 followers
April 21, 2020
Aku rasa penulis dah mampu sentuh at least satu hati sekarang ... hati aku. Mula-mula aku rasa cerita dia a bit bare di awal cerita dan kita sendiri tahu betapa kritikal bab 1-5 dalam setiap novel sebab bab bab itu akan menentukan sama ada novel tu dapat menarik minat atau tidak. But I keep reading anyhow, only because aku pun taktau.

Ini novel pertama yang aku baca dari penulis, jadi aku tak familiar sebenarnya dengan cara penulisan saudari Saidatul Saffa. She did great anyhow. Ada sesuatu dengan cara dia bercerita, ada sesuatu dengan cerita Misa ni sendiri yang buat aku tetap membaca. Ada sesuatu dengan cerita Misa yang sentuh jiwa aku.

Heck, she makes me listened to Sami Yusuf. She moves something in my heart.

Dan aku sebenarnya suka scene Irfan sanggup belajar gitar untuk 'perform' depan Misa di hujung
cerita. Mungkin tak significant bagi orang lain tapi it makes me realized how Irfan and Misa's relationship had always been <3
14 reviews
Read
September 12, 2019
Hi. Sy nak letgo this book rm10. Masih dlm plastik. Good condition 10/10. Reason nak letgo sbb sy ada lebih dari satu buku.
COD area ampang, wangsa maju.
Berminat boleh email nabihah.mn@gmail.com
Atau ws 0173238257
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
June 1, 2016
Quartet by Saidatul Saffaa (MY REVIEW CONTAINS SPOILER)

Mungkin Allah tak nak Misa kenal Allah tu sendiri melalui seorang lelaki. Allah nak Misa sendiri yang pergi pada Dia. Tanpa ada orang lain pun tolong pimpinkan. Tapi... Allah nak your heart push yourself towards Him.

Memang kau akan rasa lemah sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi... afterwards, we're much stronger to face this life. You can't have happiness without pain, and you can never have beautiful rainbows without rain.

A true migrator is the one who abandons what Allah has prohibited. This is what our beloved Prophet has said. That is the true Hijrah . We leave behind all unlawful acts.

It's almost been a year I haven't write any review because I'm too busy to read. Okay, luckily I found this book.

TBH, I love it. Why? Because it describes Misa's life in a great way. At first, I think Misa is kinda naive because she tends to fall in love easily just because of one have a good character and somehow she ends up hurting herself, her heart is broken into pieces.

THE FIRST GUY
I thought and I hope Misa and Bilal would end up as a "thing" in the end but my interpretation is totally wrong. I kinda get my hope high. But starting from the part where Bilal is seeking for help from "someone" which is not mentioned in the book, I sorta figure out that Bilal already has someone special in his life. Yup, it's true. Haih, poor Misa. Well, this is the beginning where Misa start to change herself not because of a guy. G double O D JOB, Good Job MISA!

THE SECOND GUY
Ustaz Mustaqim whatsoever his name is. I hate him. I totally hate it when Misa is totally into him. An Ustaz and Smoking for me are the worst combination ever. Luckily, Misa finds out the ugly truth of this bloody guy. Stupid! IDK why I hate him, it doesn't feel right when Misa plans her strategy to find her so-called JODOH. Oh, btw, it's quite shocking that Abg Long is getting married to Maksu Bib. Ha! I thought Abg Long will fall in love with Misa instead. LOL. But I like Abg Long. Hahahaha.

THE THIRD GUY
Fadhil. I don't wanna elaborate more on this. Just so you know, an ex is forever an ex. Don't expect more than that. I don't like Fadhil. Luckily, Misa too. Hahahaha

THE FOURTH GUY
E-van @ E_vainity or Irfan. I'm lovin it. Hahaha. Okay, when E-van character pop out in the book, I kinda sense there would be something. My intuition is right. A frequent visitor and commentor of Misa's blog. When he asked Misa to wait till 4 or 5 years, I kinda in a state of disbelief. Well, luckily, he changed his mind just because he saw Misa in person during Kak Wafaa wedding. MY HOURI! OH SWEET MAN! I can't get enough of his character. I sorta hope the writer would add in more Irfan's part.

Okay, enough about the four guy. Let's get back to the part of why u should and shouldn't read this book.
1) I would recommend this book to people who are seeking for something fun yet meaningful in life. It does teach you something. Feeling motivated by reading this book
2) If you are not patient enough, I think this book is not suitable for you. Because I think the story is kinda slow.

Well, that's it. I'm too tired to write anymore. Btw, thanks a lot to my cousin for lending me her book. Ha! Happy Reading EVERYONE! See ya.
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
January 30, 2012
Quartet = 4, itu perkara pertama yang terlintas apabila melihat tajuk novel ini. Misa, seorang wanita yang berdepan dengan ujian dipertemukan dengan 4 orang lelaki di mana hatinya jatuh cinta. Tapi, siapakah sebenarnya yang bakal menjadi peneman hidupnya sehingga ke Jannah nanti? Adakah Bilal, Ustaz Mustaqim, Fadhil atau Irfan? Seharusnya Misa berjumpa dengan orang yang salah sebelum menghargai seseorang yang telah ditakdirkan buatnya.

Bayu yang bertamu bersama titis salju,

Dinginnya membeku hangat kalbu,

Lantas, bilakah hati bertunas harapan aku dan kamu…

Jejaka 1 adalah cinta pertama Misa. Jatuh hati kerana harapan ibu yang mahukan bakal menantu seperti Sami Yusuf. Ciri-ciri itu ada padanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Misa dan jejaka 1 membuatkan Misa merasa yang jejaka 1 juga menyintainya. Tetapi, telahan Misa silap kerana rupanya jejaka 1 akan berkahwin tidak lama lagi. Patah hati hanya Tuhan yang tahu. Tetapi, ini juga rupanya langkah permulaan perubahan Misa.

Kudupnya mekar mewangi,

Syahdu jernih embun meratib sunyi,

Cuma hati bertanya sangsi,

Mengapa digapai pelangi nan tinggi,

Saat hujan masih belum mahu berhenti.

Jejaka 2 membuatkan Misa jatuh cinta kerana ‘title‘ ustaz yang dibawanya. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Kali ini betullah kata pepatah Inggeris ‘don’t judge book by its cover‘. Jejaka 3 adalah bekas kekasih Misa semasa zaman jahiliahnya dahulu dan Jejaka 4 adalah peminat rahsia Misa yang hanya menghubungi Misa tanpa pernah berjumpa bertentangan mata. Hanya laman sesawang menjadi penghubung mereka. Siapa yang mendampingi Misa? Semuanya di Quartet.

Sinar yang membahang,

Bak mentari di tengah rembang,

Menyubur malar rimbunan cinta kukuh di tunjang.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
September 21, 2011
Misa, Irfan, Ustaz Mustaqim, Bilal & Fadhil

Bak kata orang, "kalau dah jodoh... tak ke mana". Begitulah yang terjadi dengan Misa, siapa sangka insan yang hanya diketahui namanya yang meminatinya di zaman persekolahan dulu dan ber'kawan' pula di alam maya itu jodohnya. Namun dalam nak menyampai ke klimaks jalan ceritanya...banyak suka duka yang telah dilalui Misa yang sekali gus menjadikannya seorang Muslimah yang ideal (The Ideal Muslimah).
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
October 13, 2011
Misa & Irfan

Memang Allah temukan kita dgn org yg salah sebelom dipertemukan dgn org betul.. ;)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Maha Adil..
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
December 13, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.