Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menjadi Penulis Hebat: Langkah Demi Langkah

Rate this book
Kita telah mempelajari proses menulis sejak daripada bangku sekolah lagi. Tetapi, apa yang sebenarnya kita perlukan adalah produk penulisan. Penulisan yang memberi gred yang baik, memberi impresi yang baik atau esei yang mencabar.

Menjadi Penulis Hebat: Langkah Demi Langkah membantu mentransformasikan proses penulisan dengan empat langkah mudah sistem POW! memberikan anda skil dan keyakinan untuk menulis dengan mudah, kurang stres dan hasilnya lebih baik.

Kesan menggunakan sistem POWer adalah kualiti penulisan menjadi lebih baik, kurangnya stres, dan kita berkuasa menentukan masa sendiri.

Begitulah juga proses menulis. Sebaik kita bermula, dan disokong pula sistem POW!, kita pasti tertanya-tanya mengapa kita tidak bermula segera.

Bobbi DePorter adalah pengasas bersama SuperCamp dan presiden Quantum Learning Network (QLN). QLN yang beribu pejabat di Oceanside, California, adalah pelopor pembelajaran global dan telah mengubah lebih 2 juta remaja dan dewasa daripada 50 negeri dan 80 negara dengan program untuk kejayaan peribadi dan akademik.

66 pages, Paperback

First published November 1, 2000

5 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Bobbi DePorter

13 books20 followers
Roberta "Bobbi" DePorter is the President of the Quantum Learning Network (QLN) and co-founder of the SuperCamp program.

In the late-1970s, DePorter was co-founder of the Burklyn Business School in Vermont – an avante-garde school that taught traditional business subjects in a non-traditional manner. DePorter studied with Dr. Georgi Lozanov, who developed accelerated learning, and applied his methods at the school.

In 1982, DePorter teamed-up with Eric Jensen and Greg Simmons to co-found SuperCamp – a summer camp program designed to introduce teenagers to accelerated learning academic skills and valuable life skills. The SuperCamp program is now run by QLN and is held annually at several locations across the United States and around the world. Since 1982, more than 50,000 students worldwide have attended SuperCamp.DePorter's books have been published in several countries, including the United States, the United Kingdom, Germany, Russia, Indonesia and Brazil.

DePorter is a past President of the International Alliance for Learning, and a past Chairman the San Diego Chamber of Commerce's Business Roundtable for Best Educational Practices.

Bobbi DePorter is the mother of Grant DePorter, a Chicago restaurateur who came to worldwide prominence in 2004 when he paid US$113,824.16 for a baseball which a fan had unwittingly deflected out of the hands of a Chicago Cubs player (thus contributing to the team's defeat in the 2003 National League Championship Series), and then having the ball blown-up in a nationally televised event intended to help end the "Curse of the Billy Goat" which had afflicted the Cubs since 1945.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (34%)
4 stars
22 (27%)
3 stars
23 (28%)
2 stars
8 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 17, 2018
Yang bagusnya, ini buku teknikal dan bukan motivasi menulis semata-mata. Namun, penjelasan yang terkandung agak sukar diikuti. Boleh jadi hasil kualiti terjemahan kurang berkesan. Mungkin saya patut cari versi asal dalam usaha menyerap intipati secara lebih efektif.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
April 6, 2021
Judul asal dari buku ini adalah Quantum Writer oleh Bobbi Deporter dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Ruwaidah Kamarudin. Bobbi Deporter adalah pengasas bersama SuperCamp dan presiden Quantum Learning Network (OLN) yang beribu pejabat di Oceanside, California. Beliau telah mengubah lebih dari dua juta remaja dan dewasa daripada 50 negeri dan 80 negara melalui pembelajaran secara global. Kesemua buku beliau dicetak ke dalam tujuh bahasa dan diedarkan ke seluruh dunia.

Di dalam buku ini penulis berkongsi empat formula bagaimana menulis dengan mudah, cepat dan berkesan. Empat metode yang di kongsikan penulis adalah :

1. Prime it (Aktifkan)

– Dalam bab ini penulis berkongsi dua strategi pemula iaitu strategi kluster dan tulis pantas, bagaimana mencamba idea melalui gambaran, perasaan serta merekodkannya dalam satu perkataan ke perkataan yang lain dan kemudian  mengembangkannya. 

2. Organize it (Susun)

– Dalam bab kedua ini disebut sebagai organize it (susun) di fasa ini kita sudah mempunyai bahan, hanya perlu menyusun mengikut kreativiti sebagai penulis, dalam bab dua ini, penulis juga berkongsi dua strategi bagaimana menyusun idea supaya ia selari dengan apa yang kita ingini. 

– Dua strategi itu di panggil sebagai Peta Minda dan Struktur. Tony Buzan pencipta pertama strategi ini. Kerana ia cara yang lebih baik bagi menggambarkan, mengaitkan, dan mengembangkan idea. Menurut penulis kaedah ini dipakai oleh ramai penulis profesional.

a. Peta Minda – bekerja sebagai penyusun dan membina kaitan antara isi-isi mereka tulis. 

b. Strategi Struktur – kaedah ini membantu menulis satu perenggan padat dan kaya dengan idea-idea. 

3. Write it (Tulis)

– Seperti yang kita sedia maklum memulai sesebuah tulisan adalah perkara yang sukar, namun dua cara yang telah di kongsikan di atas memudahkan kita menulis kerana kita telah mempunyai maklumat sebelum, dengan itu kita tahu bagaimana mengaktifkan minda kreatif, mencamba point utama dan melihat kaitan antara kesemua informasi yang sedia ada.

4. Wow it (Hebatkan)

– Di fasa yang di sebut Wow it (Hebatkan) ini adalah penambahan unsur Wow! dalam penulisan kita, kemudian siapkan berdasarkan tiga strategi yang telah dipelajari sebelumnya bagi menyampaikan idea yang terbaik dengan menggunakan kaedah terbaik. Dua lagi strategi yang dikongsi penulis dalam bab ini bagi menghebatkan dan menyemak ketepatan penulisan. 

a. Kreatif Wow – cara efektif menyampaikan makna kepada pembaca adalah mencipta gambaran dalam minda mereka.

b. Kritik Wow – menyemak bagi menambah atau membuang bahagian yang kurang elok bagi mencantikkan lagi penulisan. Kemungkinan terdapat kesilapan kecil yang kita terlepas pandang. Bayangkan diri sendiri seorang pengkritik bagi menilai penulisan sendiri dan boleh juga berkongsi dengan teman baik yang dipercaya untuk menyemak, kemungkinan ada pandangan dari sudut lain yang boleh diselitkan dan diperbaharui.

Banyak lagi tip dan kaedah yang pembaca boleh dapati dari buku ini, bagi pemula seperti saya membaca buku-buku sebegini serba sedikit memberi dukungan dan sebagai “guru” dalam dunia penulisan yang tentunya memerlukan ilmu dan pengetauhan yang luas.

Harapan saya semoga buku ini dapat membantu saya dan juga penulis-penulis baharu di luar sana bersinar dan menerang pada tempat yang lebih baik dari sebelumnya.

Teruskan usaha, dan mencuba. Selamat membaca!
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 24, 2014
saya tercari-cari buku panduan menulis untuk menyiapkan tugasan tentang DArwa. Lantas saya jumpa buku nipis ini dicelah-celah rak. Buku, teman yang tak pernah mengecewakan, sentiasa ada ketika diperlukan.

Mentelaah buku dalam rengekan Harith Iman. Namun saya sempat mencoretkan beberapa ringkasan.
Profile Image for Lailaturrahmi.
154 reviews18 followers
January 13, 2015
Bahasanya ringan, mudah dicerna, serta dilengkapi ilustrasi yang memudahkan pembaca untuk mengaplikasikan Quantum Writing dalam kehidupan sehari-hari. Memang butuh tahapan yang lebih banyak, tetapi sepertinya akan sebanding dengan hasil tulisan yang didapatkan.

Bagi pembaca yang ingin menulis dengan lebih baik dan produktif, buku ini sangat layak untuk dibaca :)
Profile Image for Ahmad.
2 reviews1 follower
June 12, 2012
permulaan bagi mereka yang nak start menulis. memang best. banyak yang sudah diamalkan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.