Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menepati takhta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan sejagat,malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah,dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.
Saidatina Aisyah r.a.,seorang "ikon" pejuang kemurniaan peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas,buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah r.a. dalam merungkai permasalahan wanita,namun buku ini bertindak senagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat syumul Islam,secara tersusun,ringkas tetapi padat. InsyaAllah.
Sejujur kata, saya merasakan buku ini berat dan susah di fahami. MUngkin kerana tersangat ceteknya ilmu islam di dada menyebabkan istilah-istilah mudah pun kurang diketahui.
Walaupun begitu, buku ini masih tetap bermanfaat dan berguna kerana meliputi tajuk perbincangan fikh yang personal. Disokong oleh hadis-hadis yang jelas pangkatnya ditulis.