Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Right to Differ: A Biographical Sketch of Lim Kit Siang

Rate this book

180 pages, Paperback

First published January 1, 2011

3 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Ooi Kee Beng

29 books1 follower
Dr Ooi Kee Beng was born and raised in Penang, Malaysia. He is the Deputy Director of the Institute of Southeast Asian Studies, editor of the Penang Monthly, and Visiting Associate Professor at the Department of Public and Social Administration at Hong Kong City University. He was also Adjunct Associate Professor at the Department of Southeast Asian Studies at National University of Singapore (2009–11). A prolific writer, his books include the award-winning The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time (2006); In Lieu of Ideology: An Intellectual Biography of Goh Keng Swee (2010); Between UMNO and a Hard Place (2010) and The Eurasian Core and Its Edges: Dialogues with Wang Gungwu on the History of the World (2015).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (29%)
4 stars
11 (40%)
3 stars
6 (22%)
2 stars
2 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ali Bukhari Amir.
5 reviews2 followers
February 24, 2012
24 Februari, 2012

Saya pulang ke ibu kota dengan menempuh perjalanan panjang, lebih kurang 6 jam perjalanan dan 'jam' di lebuh raya sekitar tol menuju ke Ipoh.

Suatu kemujuran juga, saya bertindak bijak apabila membawa buku berjudul 'Hak Untuk Berbeza Pendapat' (Lim Kit Siang) yang dikarangtulis oleh Ooi Kee Beng ini.

Antara catatan menarik yang termuat lewat buku ini adalah debat mengenai kebudayaan antara Lim Kit Siang dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Garis pemisah hujah antara mereka adalah persoalan Persuratan Malaysia ini mestilah ditulis di dalam Bahasa Melayu. Hal ini ditegaskan oleh SMN Al-Attas, manakala Lim menolak hujah ini.

Selain itu, yang menarik minat saya secara peribadi adalah persoalan PRK di Serdang pada 1968 yang menyaksikan SMN Al-Attas keluar daripada parti Gerakan ini. Setahun selepas itu, jika tidak salah ingatan saya, saudara beliau; Syed Hussein Alatas pula yang seolah-olah 'tersingkir'.

Saya peminat tegar Al-Attas tentu sahaja saya membaca coretan mengenai Lim ini dengan menyimpan rasa belas kasihan kepada Al-Attas, mengurung rasa simpati yang tidak berbelah bahagi kepada guru saya secara diam.

Buku ini memang jelas membicara suatu sosok mengenai keperibadian Lim. Tetapi, suatu hal yang tidak pernah luput daripada ingatan semua ialah Lim memahat namanya setelah suratkhabar menyokong hujahnya ketika dia berentap hujahh dengan SMN Al-Attas itu.

Hal ini turut dibangkitkan oleh pengarang buku ini; Ooi Kee Beng yang menyentuh sekilas dalam wawancaranya bersama Lim Kit Siang pada laman 16. Maka, antara yang turut disebut oleh Ooi adalah seperti berikut:-

"Di akhir tahun 1960-an, setiap parti pembangkang terpaksa menjarak diri daripada rakan mereka. Salah satu isu besar ialah bahasa ibunda. Anda mengambil pendirian keras dalam soal itu.

"Ini mengingatkan saya kepada debat terkenal antara anda dengan Syed Naquib Al-Attas yang mewakili Gerakan. Akhbar-akhbar menganggap hujah-hujah anda lebih meyakinkan."

Lalu, Ooi Kee Beng menambah, "...Setelah kegagalan Gerakan di Serdang, Naquib keluar daripada parti..."

Maka, daripada suatu sudut lain, Lim seperti tidaklah menolak bahawa bintangnya bersinar kerana debat beliau bersama SMN Al-Attas itu.

Maka, 'jasa' dan 'saham' SMN Al-Attas memang ada dalam mengangkat Lim sebagai bintang baharu yang menyinar di arena pentas politik tanahair.

Ini kerana, sebelum itu, kelibat Lim tidaklah dikenali ramai orang.

Buktinya, pengarang buku ini, Ooi kemudian bertanya lagi, "Jadi adakah ini titiknya di mana Lim Kit Siang - pendatang baru dalam politik - menarik perhatian pengundi-pengundi Malaysia?"

Maka, terhadap pertanyaan ini, Lim pun berkata...

"YA, BENAR. Anda boleh menganggap bahawa itu adalah kali pertama saya tampil sepenuhnya di depan orang ramai. Debat itu berlangsung pada 24 November di Auditorium Mara di Kuala Lumpur.

"Saya masih ingat Naquib mendesak agar diadakan debat selama lima jam. Waktu itu saya tercengang. Ahli-ahli akademik ini betul-betul suka bercakap [ketawa]. Tetapi, akhirnya debat itu berlangsung lebih lama daripada itu. Seingat saya, ia bermula pada jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 4:30 petang. Ia mendapat liputan yang baik oleh akhbar."

Jadi, Lim sendiri turut mengakui bahawa debat itu seolah-olah menjadi satu 'turning-point' untuk beliau bangkit menggalas nama besarnya pada masa kemudian hari. Hal ini, tentu sahaja tidak beliau lupakan.

Walaupun tidak serupa contoh tamsilan ini, maka tetaplah saya berikan juga contohnya. Misalnya, dalam pertarungan Talut dan Jalut, orang tak mengenali seorang askar biasa bernama Daud.

Dengan tiba-tiba Daud bangkit bingkas bangun lalu melontar sebiji batu ke bahagian kepala Raja Jalut, lalu raja itu meninggal dunia.

Jadi, oleh usaha seperti itulah, maka nama Daud a.s dibina dan menjadi terus terpahat secara tiba-tiba dan serentak dengan itu, nama Daud pun terukir lalu ia mengharum bagaikan kelopak bunga di dalam hati manusia.

Demikianlah halnya dengan Lim dan SMN Al-Attas itu. Tetapi, tentu saja dalam hal ini, Lim bukanlah Daud a.s dan Al-Attas bukannya Raja Jalut.

Sementara itu, bagi menunjukkan betapalah panas dan hangatnya hal ini, maka ia terbawa dalam hari penamaan calon, kempen dan hari pembaungan undi di Serdang pada 1968 itu.

Bukti betapa pilihan raya kecil di Serdang pada tahun 1968 ini penting untuk mengukuhkan kedudukan politik Lim dan DAP yang masih baharu itu, maka Lim turun juga berkempen dan buku ini turut menyertakan fotonya.

Pada helaian muka surat 81, saya mendapati ada dua keping gambar yang disisipkan ke dalam buku Hak Untuk Berbeza Pendapat ini. Kedua-duanya, adalah gambar Lim bersama teman-teman partinya yang turun berkempen ke Serdang dalam pilihan raya kecil pada tahun itu.

KEMAHASISWAAN: ANTARA POLITIK KEPARTIAN ATAU POLITIK KENEGARAAN?

Barangkali, antara hal yang tidak kalah menarik untuk dibincang ialah perihal forum anjuran Students Union di Universiti Malaya bertarikh, 2 April, 1968 dengan judul Mahasiswa dan Politik.

Lim di sini, menurut hemat saya, telah hadir dengan mengetengahkan hal yang melibatkan takrifan politik baharu untuk disesuaikan dengan hidup mahasiswa itu sendiri. Beliau memperkenal ungkapan politik kenegaraan; atau non-partisan dan keduanya, politik kepartian.

Sebagai siswa,kata Lim, dan tentunya atas kedudukannya sebagai manusia yang bertanggungjawab,Lim mendahulukan ideanya dengan memandang kepada politik kenegaraan terlebih dulu dan kemudian baru berkhutbah mengenai kedudukan politik kepartian.

[fuh,, panjangnya, bersambung -> ] 2:45 pagi, kelaparan dinihari sudah memaksa diri ini keluar ke MM Bistro. Bersambung insya-Allah Ta'ala...

"Out to Revolt!" Gie Fansuri, (1977 - 20??)
Profile Image for Saravanan Ramasamy.
18 reviews
December 10, 2017
Started reading this book with much enthusiasm but couldn't muster the interest to flip beyond the first few pages. The entire book is filled with Questions and Answers. It's an interview based storyline and I just lost interest.

I would love to read the memoirs of Lim Kit Siang, the political icon. His struggles would most definitely make a fantastic read. But another time, another book perhaps.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
October 29, 2020
Sebuah buku lakaran biografi Lim Kit Siang yang dituliskan oleh Ooi Kee Beng, seorang pakar sejarah politik di Malaysia. Di dalam buku ini, Ooi Kee Beng membuat sesi temubual bersama Lim Kit Siang di rumahnya di Penang. Pelbagai persoalan yang telah ditujukan kepada Lim Kit Siang terutama sekali tentang latar belakang kehidupannya dan juga memori beliau di dalam arena politik. Terdapat pelbagai kisah menarik yang terdapat di dalam buku ini. Salah satu kisah menarik tersebut adalah dimana Lim Kit Siang pernah berdebat persama tokoh intelektual di Malaysia iaitu Syed Naquib Al Attas tentang permasalahan budaya dan juga persuratan Malaysia di mana debat itu berlangsung dari pagi hingga petang. Ada juga beberapa peristiwa menarik yang terjadi ketika pasca 13 Mei yang diberitahu oleh Lim Kit Siang seperti di mana Harun Idris telah menggetak ahli parliment jika mereka tidak meluluskan rang undang undang usul, beliau akan membawa 10,000 pengikutnya dan mereka akan mengepung bangunan parlimen.
Profile Image for Ahmad.
21 reviews8 followers
December 24, 2012
Buku yang sangat bagus untuk menentang fitnah jahat UMNO terhadap DAP.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
May 12, 2011
Buku yang mengandungi wawancara dengan Lim Kit Siang dan juga petikan ucapan dan arikel dan pendapat beliau. Ucapan dan pendapat beliau semasa era 60-an terutama di sekitar peristiwa 13 Mei 1969 sangat menarik untuk dibaca. Saya kagum dengan semangat dan tekad beliau dalam memperjuangkan apa yang beliau pegang dan percaya.
Profile Image for Azi Abdullah.
8 reviews
June 7, 2015
Politics from the opposition perspective will give you an idea how malaysian politics works
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.