Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
i) Tak 'paham' dengan segala watak antoganis yang berduyun2 dlm naskah ini. ii) Tak 'paham' dengan watak Mak Leha yang x pernah diberi cahaya keinsafan biarpun bermacam petunjuk dan tragedi demi tragedi yang berlaku dalam keluarganya. iii) Tak 'paham' dengan watak Mia yang di-twist-kan 360 darjah (mulanya jahat ya amat, last2 jadi watak adiwira pula). iv) Tak 'paham' dengan watak Khuzairi yang terlalu di-putih-kan, namun berkali-kali dipandang terlihat betapa tebal kedayusannya sebagai seorang lelaki/suami.
Cuti raya selama dua minggu ternyata tidak memberi hamba 'bonus' masa yang cukup untuk menulis review novel ini yang sudah lama tertangguh. Jemari hamba juga terasa beku untuk menaip reviewnya, mungkin kerana novel ini secara purata menerima empat bintang dari pembaca lain. Dan, perlu kiranya hamba memberitahu ini sekadar pendapat peribadi hamba yang baru pertama kali 'berkenalan' dengan tulisan Siti Rosmizah.
Baiklah, pertama-tama hamba menyukai kisah kekeluargaan dalam novel ini. Siti Rosmizah tidak menyajikan sebuah kisah kahwin-paksa semata-mata tetapi juga kisah kekeluargaan yang hamba pasti sangat biasa (atau paling tidak pernah) kita dengar dan lihat di sekeliling kita. Konflik suami-isteri, adik-beradik, menantu-mertua, anak-ibu/ayah, semuanya sedia terhidang dan itulah yang hamba kira menjadikan 7 Hari Mencintaiku istimewa dari novel-novel lainnya.
Namun, hamba tidak merasakan plot novel ini perlu ditarik sebegitu lama dan panjang seakan-akan drama TV. Hamba kurang gemar apabila novel ini membuat hamba merasakan kembali perasaan 'lelah' menonton drama/sinetron/telenovela yang panjang dan meleret-leret. Ini mungkin jatuh pada pendapat peribadi hamba saja kerana hamba sudah lama 'pencen' mengikuti drama/sinetron/telenovela dan hamba pun tidak sebegitu gemar lagi menonton TV (selain perlawan bola sepak tentunya :-P).
Selain itu, gaya bahasa dan susun kata yang digunakan penulis juga tidak begitu mengesankan pada hamba membuat hamba kadang-kala sekadar membaca ayat yang tercetak dengan mata tetapi tidak merasainya dalam hati (cheewah! :-P). Mungkin juga, hamba saja yang tidak tahu menghayati dan tidak memahami cara penulis memberi perasaan melalui tulisannya.
Walaubagaimanapun, hamba sangat kagum dengan Siti Rosmizah. Menulis dan menyiapkan sebuah buku setebal 500 muka surat saja pun bukan tugas yang mudah, inikan pula sebuah buku dengan muka surat lebih seribu. Tahniah untuk itu. Memang mengagumkan! (^_^)
p.s Jika ada acara memilih heroin yang perlu disekeh laju-laju selama satu jam, Mia Adriana pastinya berada dalam kelompok tiga teratas pilihan hamba. Geram!
Dan, jika benar lelaki sesabar Khuzairi wujud di muka bumi ini hamba dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa hamba akan menghantar mak dan babah pergi meminang dia. Hehehe. Gatal!
Permulaan cerita membuatkan sy menyampah gila2 kat semua watak..bukan setakat Mia je sy menyampah..Khuzairi pun samaa.. smpai berhari2 nk habiskan disebabkan ke'menyampahan' tersebut..haha..ingat nk bg 3 bintang je..tp bila dah nak habis cerita time Buntat meninggal..Mia pun mula menyesal..Khuzairi dah x layan Mia..n then nk kawin dgn org lain.. dan masa 7 hari sebelum Kuzhairi nk kawin..masa tu lah part yg paling menyentuh hati..terus sy rasa Mia dimaafkan oleh si pembaca ini walaupun keseluruhan cerita buat sy menyampah kat Mia.. so up lg satu bintang sebab buat sy meleleh air mata..hehe..
Dear God. Finishing this was a journey! How did I manage to go through all 1,048 pages of this.
Okay so... the main characters.... how did I tahan? Not only were they egoistic, they were soooo hypocritical. It was almost impossible to bear reading about them.
I understand why this was adapted to a drama series. There's just so many things that happened in the book. But the MOST prominent scene was when the wife was drugged by her spiteful brother-in-law and only to be saved by her husband who took advantage of her unconsciousness "sowing the seed". Sounds familiar, Simon? Daphne? The Duke and I. There's just too much drama!
But am I surprised? Nope. Malaysians (and Indonesians) are indeed experts in melodrama.
I didn't really like the redundancy of certain words/phrases in the book. Words/phrases like "lelaki bernama ___" and "___ tak sedar diri"
Overall, this book gave lelaki bernama Akhmal Aiman massive headaches
Silap aku juga, kerana jatuh cinta Insan sepertimu, seanggun bidadari Seharusnya aku, cerminkan diriku Sebelum tirai kamar aku buka Untuk mengintaimu…
Blurb:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampong yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Kak Chik menukil:
Novel ke-4 dari penulis berbakat ini memang tebal, sekali tengok dah macam kamus dewan. 7 Hari Mencintaiku juga merupakan novel kedua yang diterbitkan oleh SR Publication.
Menelusuri karya ini membuatkan emosi Kak Chik turun naik, sekejap rasa terlalu sedih sampai merembes air mata, sekejap rasa geram yang teramat sangat, sekejap rasa terlalu gembira, sekejap rasa macam nak cepok-cepok aje watak-watak dalam karya ni.
Pertemuan Khuzairi dengan Mia Adriana selepas 12 tahun terpisah telah mengikat mereka pada suatu pertalian yang tidak pernah terimpi oleh kedua-duanya. Khuzairi yang sedari dulu menyimpan hati pada ada Megat Idrus tidak pernah menyimpan walau sebesar hama untuk berdamping dengan gadis itu. Mia Adriana terlalu menbenci Khuzairi kerana peristiwa surat cinta dan juga status diri Khuzairi sebagai orang kampung. Mia Adriana terlalu angkuh dan berbangga diri sebagai anak orang kaya. Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya; Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan papanya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka dan papanya telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya.
Mia Adriana terpaksa rela kerana dia tidak mahu papanya terluka lagi dengan sikap degil dan keras kepalanya.
Dan seterusnya, bermula hidup Mia Adriana sebagai seorang yang tiada harta benda. Khuzairi nekad untuk membawa isterinya balik ke kampung setelah mendapat tahu Puan Hayati mahu membawa Mia Adriana ke Australia. Khuzairi menggunakan kuasanya sebagai suami demi melindungi maruah Mia Adriana selepas mengetahui kisah sebenar yang terjadi di sebalik keruntuhan rumah tangga Puan Hayati dan Dato’ Megat Idrus.
Sepanjang berada di kampong, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Aduhai pelbagai kata-kata kesat yang meniti pada mulut-mulut mereka, pantang bersua muka pasti terjadi perang besar.
Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Selepas selesai satu masalah pasti ada masalah lain yang ganti. Memang tidak pernah aman dari masalah perhubungan mereka ni. Khuzairi pula terlalu mengikut segala kehendak Mia demi menjaga hati Mia dan tidak mahu Mia bersedih lagi. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
Karya ini memberi peluang yang seimbang kepada semua watak yang wujud walaupun terdapat sesetengah watak ada yang mati di bahagian tertentu plot cerita. Garapan watak-watak yang mendapat hukuman daripada setiap kesilapan juga menjadi salah satu kekuatan karya ini. Dan pada bab-bab terakhir ni kita akan selalu dihidangkan dengan ungkapan, “Abang sayang isteri abang ni.”
LiFe iS a LoNG JouRNeY -Kak Chik- (^__^)
Nota kaki: Jika karya ini dibaca pada masa kini, KakChik yakin nilai bintangnya merudum teruk. Karya terakhir dari penulis yang dibaca setakat ini. :(
terbaik okeh. hehe. Alhamdulillah, boleh baiki persepsi sy kat SR lps baca TIMA dulu. huhu. this book not bad, malah mmg terbaik!
1 - heroin yang tak-tau-nak-describe-camane, prefer to call her BAD GIRL kut, sangat rare boleh jumpa. suka tahap apa ntah baca bab Mia berbalas kata dengan Mak Leha, mak mertua dia tu. Part paling suka, masa tengah nak jawab soalan Khuzairi pasal hukuman yang akan dikenakan kalau Helmi menyerah kat polis. Sempat lagi tu dia makan asam dalam pada nak manjawab! --> I LIKE.
2 - Khuzairi tu toooo baik lah rasanya. Rasa macam certain part tu, dia tak patut remain senyap jeh. Heh. Baik sangat, dan Mia, overr sangat. Khuzairi patut tunjuk sikap seorang suami. Dia dok asyik dengan tak sampai hati, terlalu cinta dengan Mia sampai tak leh nak tegur tu, Mia tak solat pun dia boleh tunggu Mia nak sampai seru dulu. Rasa macam... tak suka! [adeh... pulak.] ---> DISLIKE
3 - Mia yang BAD GIRL tu, lepas diduga, berubah over sangat. Rasa macam 180 darjah dia berputar. Nak baik dengan Mak Limah, Buntat, Mak Andak tu, tak kisah. Tapi dengan Mak Leha, masa Mak Leha dok caci maki dia boleh pulak dia tunduk sebak cakap lemah lembut mohon maaf. Heh. Maaf selamba badak sudahlah, kalau orang tak sudi. MAK LEHA kan! Haha. --> a bit DISLIKE.
4 - Cerita yang meleret tu, ya kut. Tapi, rasanya tang tebalnya cecah seribu ms bukan sebab jalan cerita meleret kut. Tapi sebab SR selitkan jugak kisah orang lain dalam ni. Kisah Helmi, Mama Mia, Puan Roziah, much more. Sampai kadang-kadang, bila time baca part Mia dengan Khuzairi, rasa nak skip cari bab orang kampung. Sebab bab orang2 kampung tu terkadang lebih menarik dari sesetengah bab hero-heroin. --> LIKE
Dah diadaptasi ke bentuk drama pun lakonan Siti Saleha sebagai Mia. Walaupun saya peminat tegar Siti Saleha, saya tak tonton pun drama tu. Tapi Encik Suami pula yang beria-ia.
Alkisahnya Mia dinikahkan dengan Khuzairi. Tapi kisah cinta satu hala ni banyak sungguh rintangan. Selalunya si suami yang tak cintakan si isteri tapi kali ni sebaliknya. Dan panjang benor ceritanya sampaikan dah tiba satu tahap tu saya rasa patut tamatkan saja tapi meleret pula.
Ramai yang tak suka dengan Mia. Tapi saya suka. Memang patut pun Mia macam tu kalau dia nak bertahan dengan ramainya watak jahat dalam kisah ni. Pernah tonton sinetron yang watak utama baik dan biar je diri dibuli watak jahat. Haa korang takkan jumpa dalam cerita ni. Setiap kali Mia buka mulut berbahas dengan watak jahat, saya dah ibarat pom-pom girl bagi sokongan.
Perubahan Mia saya rasakan terlalu drastik. Trauma sebab kejadian malam tu ke? Tapi macam over sangat. Lain la kalau Mia ada a bit of emotion dengan si Buntat. Babak tu yang penulis patut perincikan. Baru saya nampak kesungguhan Mia tu. Contoh, si Buntat ada tinggal surat ke kat dia yang menyentuh kalbu.
Khuzairi pula hero yang sebenarnya knight in shining armor. Tapi bila dia bagi sokongan dan percaya pada Mia sepenuhnya, memang terbaik. Ini baru betul lelaki yang tersepit antara ibu dan isteri.
Saya tak dapat bagi lebih dari 3 bintang sebab cerita meleret. Saya baca dialog saja. Ada bahagian tu boleh potong pada pendapat saya.
aku memang suka giler kat novel nieee.....i love the hero'khuzairi' and the heroin'mia adriana'....memang patut beli n patut baca...khuzairi nie memang seorang yang sangat sabar smpaikn feeling dia sendiri tak de orang nk care.......mia pulak seorang yang sangat angkuh...maklumlah orang bandar kan.haha,,tapi,one day,,khuzairi pergi ke satu lawyer company utk solve kan masalah adik dia yang tolo..ckit'helmi'tp dia tak tau pulak yg mia kerja kat situ..terkejut punya terkejut dia dgn 'zaidi'bila tau yg mia kerja kat situ...tapi masa tuu,mia ni dah jadi tunang org tp bukan org jauh pun cousin dia sndiri'khalil'...disebabkan cinta dia kat khalil tu strong larr katakan waima prasaan tu tak pernah exist smpaikn mia sangup bagi duit kat khalil yg mana duit tu bukan duit company dia,,,,but duit customer...korang tau tak brapa jumlah duit tu??x silap sy larr dlm 3 juta kut,,not sure sbb tak brapa ingat...sorry. mia ni boleh dkatakn benci giler kat khuzairi,meluat menyampah semua ada,,,,sbb.......tak boleh ckp..nk tau kena laRr baca...novel nie memang thick but every moment dia tu susah nk lupa n boleh dikatakan always bear in mind,,haha..
#KHUZAIRI ~alangkah bertuah nyer kita klu dpt peneman hidup seperti Khuzairi...penyabar thp gaban...penyayang...bertanggungjawab...dan baik giler!...
#MIA ~Mia memang krg ajar...tp...kadang2 tindakan dia betul jugak...dah klu mak mertua(Mak Leha) selalu buat panas hati dia...memang lah dia marah...klu aku pon aku akn marah jugak...
#MAK LEHA ~mcm mane menantu tak krg ajar klu perangai mak mertua pon dua kali lima jer dgn menantu...sepatut nyer sbg org tua, kena lah nasihatkan menantu...ni? sama2 krg ajar dgn menantu...makin berapilah menantu tu...
#SYAKILA ~walaupon nampak Mia perempuan yg krg ajar, tak de adap...tp hati Mia tak sebusuk Syakila...Syakila? nampak baik jer...sopan-santun...pakai tudung...tp! hati mcm longkang!
#HELMI ~aku memang benci watak Helmi mase dia jahat...tp bila dia dah jadi baik...aku suke giler dgn watak dia!...part yg plg aku suke...mase dia nk bunuh Syakila Setan tu...pergh! giler molek mase kat part tu! Helmi mengamuk habis-habisan!
#KHALIL ~lelaki pengecut! sanggup jd pak sanggup! padahal hati kamain cintakan Mia...bila Mia jd isteri org...mulelah nk terhegeh-hegeh merayu kat Mia...last2 jd pembunuh isteri sendiri...
Garapan cerita yang menarik hasil gabungan idea2 dari 3 novel sebelum ini. Tidak menjemukan walaupun ceritanya sehingga 1047 muka surat untuk dihabiskan.heheheheheheeh.bersengkang mata untuk habiskan sampai deman2 hehehehehehe. Ermmmm Bahagia kan dapat teman hidup macam watak khuzairi tu....dicintai dengan sepenuh jiwanya. Menerima cinta yang hadir dalam hidupnya tanpa mengharapkan kesempurnaan. Hanya sekelumit bahagia sudah mencukupi. ERmmmm ada ker lealki seperti itu dalam dunia hari ini yer.....
Storyline, draggy. too many antagonist. Banyak tukang cucuk. But Heroin Jahat, I like. Will buy coz Kuzairi to me is sweet a husband behind a Nauzubillah wifey that turned loyal after time. Thank you Pak Samad for being the catalyst to this marriage. Mak Leha & Helmi & Puan Hayati... Diorang buat aku baca cerita ni dgn geram... Hehehe.. Will soon buy this book.
Kuzhairi and Mia Adriana ❤ Both makes the tale going without boring and as a spice add up like Kuzhairi mom dad and more Villain characters but as usual a happy ending. What I love most is even though Mia is arrogant lady but she know how to bring herself unlike Syakila hypocrite -_-
Jalan cerita sama je macam yang lain-lain tapi yang ini si heroin yang jahat, tapi taklah jahat mana dia cuma buat perangai je. Macam-macam dia buat kat suami dia...
first thing I said after reading the last page of this book: ARGH FINALLY!
7 Hari Mencintaiku is the first Siti Rosmizah book that I read. Usually, for most books, saya akan skip beberapa mukasurat sebab it gets boring or meleret in the midst of the book - but not for 7 Hari Mencintaiku. Penulis berjaya membuat saya selak setiap mukasurat dan baca hampir setiap line in the book. Seriously, very few books have made me do that so it's a very good thing.
I really love the characters in the book. Kesemua watak ada peranan masing-masing dalam cerita ini so maybe that's why cerita tak meleret sangat. But of course, I have a few comments: 1) I have to agree with some of you here - a guy like KHUZAIRI in real world? Macam susah nak percaya kan? So patient, masya Allah. If you meet one who's like him in real life, he's a keeper alright guys. Cuma ada perubahan bila MIA tinggalkan his daughter and him macam tu je, but still 2) Perangai MAK LEHA memang I tak boleh terima. Seriously, saya rasa perangai Mak Leha ini harus menjadi teladan dan pengajaran bagi kita semua - janganlah mengutuk, menghina dan membuat andaian tentang seseorang berdasarkan keturunannya atau keluarganya sebab kita sendiri tak boleh pastikan jika keluarga kita itu sesempurna dan sesuci para malaikat. 3) I have to salute NADIA & PAK SAMAD. Walaupun Mia banyak buat perkara yang menyakitkan hati, yang memang biadap, tetapi mereka tidak menghamburkan kata-kata kesat atau membalas perbuatan-perbuatan Mia. Malah, mereka masih menyayangi Mia dan menganggapnya sebagai ahli keluarga sendiri.
Sebenarnya banyak lagi watak-watak yang saya suka - ZAIDI & SOFI: orang-orang yang senantiasa berada di samping sahabat karib mereka tatkala susah & senang, MAK CIK ROZIAH & NURUL AIN etc. tetapi tidak mengapalah, mereka yang baca akan tahu sendiri keistimewaan watak-watak dalam buku ini.
Pengajaran-pengajaran dari buku ini sememangnya banyak dan bermanfaat. 1) Sabar. Sabar. Sabar. Macam pepatah Inggeris yang berbunyi "Good things come to those who wait". Dalam naskhah ini, salah satu sifat hero yang memang saya kagumi ialah sifat penyabarnya. Sabar dengan kerenah isteri, masalah-masalah antara ibu dan isteri dsb. Memang #tabik! Tapi ya lah, kesabaran pun ada hadnya. Kita harus tahu tahap kesabaran orang-orang yang kita sayangi, janganlah membuat sesuatu yang akan menghilangkan kesabaran itu.
2) Naskhah ini sememangnya menekankan makna ayat 26 Surah An-Nur: "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Jelas terlihat bahawa Mia sememangnya ditakdirkan untuk Khuzairi - walaupun Mia mempunyai perangai yang semenggah (seperti yang selalu diperkatakan oleh Mak Leha), dia sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik, suci. Juga dapat dilihat antara Sofi dan Helmi.
3) Perubahan. Change. It can happen to anyone, at anytime if given a chance. And that sometimes, we need extremism to change. Contohnya, Mia berubah hanya bila Buntat terbunuh disebabkan sedang menyelamatkannya daripada Khalil. Ya, jika dalam realiti, kita akan dengar orang berkata "Alah, bila dah terjadi, baru nak menyesal. Dah tak ada guna lagi pun..." tetapi inilah realiti kita. Manusia hanya akan sedar ketika kita kehilangan sesuatu kerana kita jarang menghargai. So, please appreciate what you have and constantly improve yourself to be a better person. Insya Allah.
tl;dr - I am really satisfied with the book. Congratulations to the writer! Also, I'm really looking forward to the drama adaptation on TV3 Akasia. Have fun reading guys - I can guarantee that you will not regret reading this book!
Mengisahkan Dr Khuzairi yang jatuh cinta pada Mia Adriana sejak sekolah rendah lagi...walaupun hanya setahun saja mereka bersekolah di sekolah yang sama, rasa cinta dalam hati Khuzairi kekal hingga dewasa. Mia ni anak orang kaya, sombong, berlagak, angkuh serta sangat-sangatlah memandang hina kepada orang miskin, orang kampung, orang yang tak berpelajaran. Mereka bertemu semula selepas bertahun-tahun berpisah...Mia yang akan berkahwin dengan lelaki pilihan akhirnya menerima takdir Allah terpasa berkahwin dengan Dr Khuzairi yang amat dibencinya sejak dulu lagi kerana tunang Mia menghilangkan diri pada hari perkahwinan yang telah ditetapkan.Dr Khuzairi menerima permintaan ayah Mia bagi menggantikan tempat tunang Mia bagi menutup malu. Start dari hari mereka berkahwin hinggalah mendapat cahayamata , memang banyak sangat perkara yang Mia ni buat untuk menyakitkan hati Dr Khuzairi, tak nafikan saya yang tengah membaca ni rasa nak bagi pelempang je pada Mia ni, mulut dia sangat-sangat la berbisa. Dr Khuzairi ni digambarkan sebagai seorang lelaki yang sungguh sabar, uji la dia dengan macam-macam makian, dia masih cool. Dia sayang isteri,dia juga sayang mak dia...dia cuba melakukan segala yang terbaik untuk mereka yang dia sayangi...sekalipun dia menjadi tak tentu hala dibuat dek mereka-mereka ni semua. Dan novel ni pon buat airmata meleleh bila part Buntat seorang kanak2 lembab yg sgt dibenci Mia menyelamatkan Mia daripada Khalil sehingga mengakibatkan kematiannya. Memang sedih part ni.. Dan selepas peristiwa tu Mia mula berubah & tak lagi hina org kampung & ketika tu dia cuba kembali ke kampung utk menagih kembali cinta suaminya Khuzairi dlm masa 7 hari sebelum Khuzairi bernikah dgn Syakila gedik tu... Dalam masa 7 hari tu la mia memohon khushari utk mencintainya. Sebab tu la tajuknya 7 hari mencintaiku. Tapi part time Khuzairi nak nikah dgn Syakila gedik tu sedih giler.
Saya mula membaca novel ini ketika saya tengah rasa 'down'. Part mula tu saya rasa terlalu meleret cerita ini. Tapi, saya tetap cabar diri untuk membaca novel ini kerana saya ingin tahu betapa agungnya kesabaran Khuzairie. Selepas kematian buntat, saya sudah rasa cerita ini semakin gempak dan khuzairie yang penyabar itu telah bertukar kepada seorang manusia biasa, yang mempunyai hati dan perasaan untuk merasa sakit hati atau pun marah.
Jadi, saya masih teruskan untuk menghabiskan cerita ini. Sehingga Mia berubah menjadi baik, sehingga saya merasa 'touching' kerana seorang perempuan yang berlagak, nakal, jahat jugak mampu berubah. Dan seorang lelaki yang begitu tinggi kesabarannya juga boleh menjadi kejam hingga ingin berkahwin lain dan mengaibaikan perasaan isterinya.
Akhirnya, kerana penyesalan Mia dapat mengubah hati khuzairie dan takdir hidup hidup nya. Percayalah, semua orang boleh berubah. Cuma, mereka perlukan seseorang yang tepat untuk merubah mereka untuk menjadi yang lebih baik. Hm, saya dah terjebak menangis sekali kerana kisahnya sangat seakan dengan saya. Cumanya, novel ini diciptakan oleh manusia dan kisah hidup saya dicipta oleh yang maha Esa. Saya juga belum tahu apakah kesudahan cerita saya. Insyallah, semoga saya dapat berkongsi cerita 'reality' saya bersama semua orang dan dapat membuat novel sendiri. Karena itulah hobi dan niat saya.
Terima kasih, kerana telah memberi ilham dan menguatkan lagi perasaan saya untuk terus yakin dengan diri saya untuk mencipta novel sendiri. Aamiin <3
CONTAINS SPOILERS First of all, I actually do like this novel even though it was extremely draggy there were too many extra characters like Mak limah, Husin , Syakila's parents, Mak Andak, Pak Andak. Honestly there some parts of the story I find it extremely boring and repetitive especially the parts where Mak Leha can't keep on stopping her mouth on blabbering and cursing about Mia. But some parts did took me by surprise, Like Khalil's murder on Rita, Him killing himself, his dead went psycho , Syakila was actually pregnant during the akad nikah, Khuzairi didn't accept Mia during the 7 days He had to love her, Well Sofi ended up with Helmi , Oh especially the ring, Khuzairi thought Mia was surely gonna leave him after the box was given back to him but to his surprise Mia showed up to his room and showed him the ring she worn on her wedding finger. I am absolutely satisfied at the end when Khuzairi and Mia finally ended up together then okay fine Mak Leha realizes her mistake and apologetically beg to her But yeah I can accept that ,then well , The story about Mak Andak , Pak Andak and Buntat is like no no i gotten bored of that, But story about Khalil yeah not bad cause he ended up being lunatic and actually thrown himself into suicide. Well other that , I did enjoy the story cause its my first malay novel . Well Anyways maybe or maybe not I would continue to the 2nd book . Kudos!
First of all, aku rasa novel ni mengarut. Terlampau meleret. Baca buat sakit hati dan sakit kepala mencari kerelevanan plot cerita ni.
Mia Adriana- aku tak kisahlah kau anak orang kaya ataupun muka kau lawa macm bidadari, but seriously? a person can be shameless and rude like her? Mungkin ada la kan, tapi aku tak nampak sebab untuk SR tulis 3/4 daripada buku ni pasal keburukan je kan and just an overnight she changed 360 . seriously? Then kemudian, kau minta suami kau cintakan kau selama 7 hari sebelum dia kahwin. Bila dia tak jadi kahwin nak baik semula dengan kau, kau acah merajuk, perlukan masa pulak. Jual mahal. Nilah perempuan, ingat kekejaman org lain kat dia, tapi kekejaman diri sendiri kat orang lain kau tak kisah, kan? Padahal khuzairi tu sabar gila dengan kau.
Khuzairi- Watak lelaki paling bodoh pernah aku jumpa. Dahlah bodoh, dayus pulak tu. kau jatuh cinta dengan muka Mia yang lawa bak bidadari (penulis yg ckap, bukan aku) walaupun perangai dia x semenggah? serious ke ada lelaki macam ni? Adalah kot, tapi aku bukan salah seorangnya lah.
khatam untuk kali kedua rasanya...novel sr kalau baca memang sok sek sok sek...tangkap leleh orang kata... apapun suka watak khuzairi waktu dia layan mia.caring sangat.rasanya dlm realiti nk jumpa lelaki macam watak khuzairi ni 1 dlm sejuta kot. tapi tak suka sikap dia yg terlalu ikutkan cakap mak tiri dia sampai tak berani nak bagitau pendirian dia.. suka dengan watak mia walaupun mulut n bahasa dia ya ampun...tapi ada terselit kebenaran dlm apa yg dia cakap n sindir...memang bertemu buku dan ruas la kalau dgn mak leha tu.. kalau jumpa mak leha nnt i nak pelangkung kepala mak leha dulu!annoying sangat!oo tak lupa jugak syakilla..
Baca bertahun lama dah and lepas dpat tahu dibuat drama, x rasa nak tengok BUT lepas tertengok scene Mia gaduh Mak Leha di 7HMK2 terus tengok drmaa dia LOL. NOVELnya kuat tapi dramanya lebih awesome dengan chemistry antara Saleha dan Shukri.