BAB 1 : SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS
- Gerakan Islam dunia - Ikhwan Muslimin, Perintis gerakan Islam dunia - Indonesia dan gerakan PKS - Algeria dan gerakan FIS - Palestin dan seruan ‘intifadah’ - Pejuang pembebasan Moro, Filipina - ‘Parti Allah’ di Lubnan - Gerakan Islam mencetak tokoh - Peranan gerakan Islam di dalam sebuah negara - Sorotan gerakan Islam di Malaysia - PAS dalam politik tanah air Malaysia
BAB 2 : SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
- Kelahiran, keturunan dan keluarga - Ayahanda dan bondanya - Sekitar sejarah Islam di negeri Kelantan - Sekolah ‘pondok’ - Budaya berniaga rakyat Kelantan - Pendidikannya - Pulang ke tanah air menabur bakti
BAB 3 : PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN
- Menabur bakti di tanah air - Terjun ke gelanggang politik - Dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS - Dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan - PAS di Kelantan - Menjadi Menteri Besar Kelantan - Menteri Besar yang sederhana - Perubahan sedikit demi sedikit - Mengubah rohani dan fizikal negeri Kelantan - Ikon ‘Perpaduan Nasional’ - Selepas 20 tahun Kelantan bersama Islam
BAB 4 : PEMIKIRAN tuan guru DATO' HAJI nik abdul aziz bin nik mat Dalam ISU semasa di malaysia
- Konsep pemikiran dan berfikir - Pemikiran dan kaedah pendekatan berfikir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
1. Isu penggunaan ‘kalimah Allah’ untuk orang bukan Islam - Pendekatan uruf dan memahami waqie - Pemikiran yang ‘dekat’ dengan bukan Islam
2. Isu perpaduan dan hubungan antara kaum di Malaysia - Insiden perarakan kepala lembu ke SUK Selangor dan kebijakan beliau - Terbuka asalkan ‘Islam’ - Bukan Islam sebagai ahli PAS?
3.Kontroversi perlaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan - Kesungguhan menegakkan syariat Hudud - Memberi faham, bukan memaksa - Berpandangan jauh
4.Pengharaman judi dan arak di negeri Kelantan - Pendekatan faham rasional dan beransur-ansur. - Mengaitkan dosa dan pahala dalam setiap pandangan
5.Isu muzakarah antara PAS dan UMNO - Tegas dengan prinsip dalam isu kerjasama
6.Menjemput Mawi ke konsert di Kelantan - Membawa hiburan alternatif generasi muda
7.Kontroversi ‘Allah samseng’ - Menggunakan pendekatan ilmu bahasa Arab
8.Royalti hak rakyat dan kerajaan Kelantan - Kronologi pembabitan royalti minyak Kelantan - Menjaga hak rakyat Kelantan
9.Orang bukan Islam baca ayat suci al-Quran - Berdakwah dengan ‘mengutus surat’
10.Orang bukan Islam masuk ke Masjid - Meluaskan pandangan sisi agama berkenaan orang bukan Islam
Sejenak menghayati pantun Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
PENUTUP
GALERI TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
RUJUKAN
SINOPSIS
Tuan Guru, Pemikirannya luar biasa, Meneliti bukan sekadar menuruti, Menghalusi bukan sekadar meneladani, Meneliti masalah, menuruti syariah, Menghalusi mehnah, meneladani sunah.
Tuan Guru, Peribadinya santun lagi mulia, Meraikan setiap keturunan Adam, Dijaganya lelaki mahupun wanita, Tidak kira Islam mahupun bukan, Pada wajah semua, terukir senyuman.
Tuan Guru, Kepimpinannya terpandu dan istimewa, Terselit tegas dalam kelembutan, Cukup kaya dengan kesederhanaan, Beroleh taulan kerana kesantunan, Agungnya Tuhan menjadi pengakhiran.
Melihat wajah Tuan Guru..., Terasa nyaman dalam jiwa, Terhening sejuk pandangan mata, Beliau permata antara semua, Sinarnya berkilauan nan luar biasa.
Bab pertama cuba memberi perspektif bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang tokoh yang lahir daripada perjuangan politik Islam dan dari sinilah personalitinya disorot.
Buku ini sesuai untuk pembaca umum yang belum pernah mengenali susuk peribadi Tuan Guru secara dekat serta mengetahui pandangan Tuan Guru Nik Aziz mengenai isu2 semasa berkaitan politik dan agama di Malaysia, misalnya isu kepala lembu, kalimah Allah, orang bukan Islam membaca ayat suci Al-Qur'an dan masuk ke masjid.
Bagi pembaca Kelantan yang memang mengikuti dengan dekat mengenai Tuan Guru merangkap MB mereka, buku ini agak hambar dan gagal memberi sisi-sisi baru mengenai pemikiran Tuan Guru. Pembaca berharap dapat membaca sesuatu yang bersifat lebih mendalam dari segi penyelidikan dan kekritisan.
Namun perlu ditimbang juga buku ini adalah hasil daripada kajian sarjana muda, bukan tesis sarjana atau PhD.
Sebelum ini beliau hanya saya tahu sebagai seorang tokoh politik dan seorang yang memperjuangkan penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang di Kelantan, membawa kembali kegemilangan dan peradaban Islam. Ini pertama kali saya baca buku khusus mengenai Tuan Guru. Saya jadi suka dan kasih. Sesungguhnya Allahyarham seorang pemimpin yang baik. Gambar cover dan di belakang buku bagi saya terlalu cocok menggambarkan pemikiran Allahyarham Tuan Guru, gambaran ketenangan dan komitmen untuk hanya memberi sumbangan ke jalan ALlajh demi Allah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Membaca buku ini pada zaman Kerajaan PH, terasa sungguh janggal. Kebanyakan tokoh yang disebut di dalam buku ini sudah berada di pihak yang berseteru dengan pihak Tok Guru.
Satu #bacaanumum yang bagus untuk inspirasi tentang ketokohan seorang agamawan dan pemimpin tempatan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Tesis sarjana yang disesuaikan dengan penulisan buku, mudah difahami, tidak membosankan dan bersifat ilmiah.
Banyak info sekitar isu dan salah faham yang pernah timbul berkaitan kenyataan dan tindakan Allahyarham yang diberi pencerahan. Ternyata banyak berlaku penyelewengan dan salah faham yang tersebar melalui media massa tentang pentadbiran di Negeri Kelantan. Anehnya, banyak amalan pentadbiran yang dipelopori Negeri Kelantan, tidak diketahui umum seperti cuti bersalin, amalan menutup surat dan Majlis ilmu di kalangan kakitangan Kerajaan, skim bantuan rakyat, pembinaan projek Perumahan wajib 3 bilik dan sebagainya.
Aku baru sedar, banyak kontroversi yang timbul tentang kenyataan Beliau, tidak di jelaskan sepenuhnya dengan adil. Banyak pemikiran Beliau melalui tindakan yang unggul dan berkesan setelah diamalkan di Negeri Kelantan. Jelas sekali keunggulan Allahyarham sebagai seorang tokoh yang berfikiran jauh, adil dan mencintai Islam. Moga Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempat di kalangan orang beriman, insyaallah. Terima kasih writer dan#PTSPublishing untuk satu buku yang sangat inspirational, well reccomanded👍 #fatimahmanaf #timahbacaapa #malaysiamembaca
Bab pertama buku ini adalah tidak sesuai untuk dimasukkan bersama kerana ianya tidak terus masuk perkaitan dengan Tuan Guru malah mungkin dilihat sekadar menebalkan buku. Maaf Aizat..
Saya tidak dapat melihat dengan jelas pemikiran tuan guru selepas membaca buku ini. Sewajarnya Aizat menukar tajuk buku ini kepada "pemikiran Tuan Guru terhadap Isu Semasa" kerana kebanyakan perkara berkaitan pemikiran yang disentuh adalah isu semasa. Malah boleh dikatakan Aizat tidak banyak membahaskan pemikiran Tuan Guru secara lebih kritis. Semuanya baik-baik belaka namun mungkin ada yang boleh dikritik sedikit mungkin..
Saya seolah sekadar membaca rentetan kenyataan2 yang pernah di buat oleh Tuan Guru sahaja.
Mungkin kerana saya juga pernah terlibat dengan GAMIS dan pantun yang beliau masukkan bersama didalam buku ini telah dibacakan semasa konsert gamis semasa zaman kepimpinan saya jadi saya tidak merasakan kepentingan pantun ini dimasukkan di dalam buku ini. Tetapi saya tetap suka pantun-pantun ini sekiranya isi pemikiran lebih banyak berbanding isi sampingan yang tidak wajar saya dapati dari buku ini.
Namun, tahniah kepada penulis yang berjaya juga menulis buku berkenaan Tuan Guru hasil dari kajian tesis beliau.. Buku ini tetap bagus buat mereka yang tidak tahu langsung tentang Tuan Guru.. Buku ini bagus juga bagi mereka yang tidak pernah mengetahui politik Tuan Guru..
Saya tetap suka buku ini cuma, buangkan bab pertama sahaja.. Pendapat peribadi..(^_^)
walaupun terdapat kelemahan pada buku ini, tapi karya yang berjaya cuba dihasilkan walaupun tidak semua dlm buku ini, mengulas dan mempamerkan akan gaya pemikiran TGNA.. apa2 pun ianya adalah terbaik.. penulis juga maybe lebih dekat dengan sejarah gerakan islam, bilamana saya membaca buku ini.. mabruq