Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.”
Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan.
Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”
Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.”
Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan.
Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.”
Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.
Buku ini katanya novel tetapi mengenai hidup dan perjuangan Shamsiah Fakeh, seorang yang memang nyata ada dan perjuangannya juga betul berlaku. Ini bermaksud, buku ini genre fiksyen atau bukan fiksyen? Hartal 20 Oktober 1947.
Selepas membaca, saya terfikir, askar Melayu berjuang habis-habisan menentang komunis, atas arahan / propaganda penjajah British? ...strategi British? Sir Edward Gent isytihar darurat untuk matikan langkah parti-parti kecil berhaluan kiri demi menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. Sir Henry Gurney aturkan supaya lebih 400,000 orang Cina dipindahkan daru kawasan terpencil ke 'kampung baru' di seluruh Malaysia yang lengkap dengan segala kemudahan dan dikawal, 'Rancangan Briggs 1950' supaya mereka putus hubungan terus dengan anggota PKM di dalam hutan - Gerakan Kelaparan - objektif, supaya ahli PKM kebulur. Ada confusion bahi saya, yang paling mudah, bukan semua komunis ahli PKM di Tanah Melayu itu jahat.
Menamatkan buku ini semalam. Saya membaca buku ini setelah membaca buku Memoir Shamsiah Fakeh.
Rupanya memang bentuk penceritaan memberi kesan emosi yang lebih berbanding memoir yang dalam format non fiksyen.
Penulis menggunakan bahasa mudah, ayat ringkas dan padat. Plot penceritaan dari tokoh lahir hingga meninggal dunia melengkapkan cerita tokoh ini dan memberi kepuasan kepada pembaca.
Setiap bab juga padat dan ringkas. Tidak meleret-leret.
Saya semakin mengenali dan mencintai Shamsiah Fakeh ini. Saya letak tepi beliau memilih komunis atau tidak. Kerana beliau tetap pejuang dengan jalan tersendiri yang sangat hebat.
Buku yang menceritakan kisah hidup suka dan duka Srikandi negara Shamsiah Fakeh. Buku ini adalah novel dan bukan sebuah memoir atau diari Shamsiah Fakeh itu sendiri. Di dalam novel ini, diceritakan kisah hidup Shamsiah dari kecil sehingga lah ke nafas terakhir beliau. Dari beliau menerima pendidikan agama di Indonesia sehinggalah ke tahun di mana beliau mahu pulang ke Malaysia ketika beliau tinggal di China. Novel ini sarat dengan kandungan dan maklumat sejarah, khususnya tentang Parti Komunis Malaya dan gerakan gerakan kiri yang lain
Buku ini, yang ditulis dalam bentuk novel sejarah, merangkum perjalanan hidup Shamsiah Fakeh, yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia menceritakan bagaimana beliau terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British. Penglibatan Shamsiah Fakeh bermula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), diikuti dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebelum beliau menyertai PKM dan akhirnya tersingkir dari parti tersebut. Ketabahan dan keberanian Shamsiah Fakeh sebagai seorang wanita dalam menghadapi pelbagai rintangan sebagai pejuang kemerdekaan sangat mengagumkan.
Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya buku ini adalah bacaan penting. Walaupun perjalanan Shamsiah Fakeh mungkin tidak termasuk dalam silibus buku teks sekolah, sumbangannya dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tetap signifikan. Buku ini mengupas sisi positif Shamsiah Fakeh, memberikan pembaca pandangan menyeluruh tentang perjuangannya yang sering kali terpinggir. Dengan mengambil pendekatan yang lebih seimbang, buku ini bukan sahaja memaparkan cabaran yang dihadapi Shamsiah Fakeh tetapi juga semangat juang dan komitmennya terhadap kemerdekaan negara.
Penceritaan yang santai diseliti dengan peristiwa-peristiwa bersejarah. Menceritakan perjalanan, pengorbanan seorang tokoh wanita yang sangat bersemangat dan berani demi memerdekakan tanah melayu.
Actually, this book deserved 2 stars. However, i am giving it 3 considering the author tried her best to tell about Shamsiah Fakeh in her own style. It's not a memoir, mind you but it's like a story with fast pace writing. The author may lacking in her plot and it is reflected in some chapters in the book. It is not poorly written but i wish she would polished a little bit. Anyway, it was a great journey knowing how Shahsiah Fakeh lived her own life as a freedom fighter. She believed and stay true in her own cause. Some may abandoned their principle but based on this book, she's not one of them. There's few words in malay that i only knew what it meant after reading this book like 'hartal' and others. I wish the author would research more about Shamsiah Fakeh before writing about her. It may enhance the character depth and it would help in turning this book to be a great book. Besides, if you did read our history textbook in school, you know how one sided that book can be - condemning other freedom fighters (who is not a pro government at that time being), their causes and associating them with communist party. This book may gives an example of 'There's always two sides to every story '.
Antara wanita gigih memperjuangkan kemerdekaan negara. Banyak cerita yang tidak benar tersebar sebelum beliau kembali ke tanah air. Ini membawa kepada penulisan buku mengenai beliau sendiri.
Katanya, "Aku berjuang di dalam hutan, sedangkan kamu sekalian duduk di dalam rumah dan mendengar propaganda dari penjajah yang tidak benar."
Babak yang paling terkesan pada saya dan membuatkan saya terdiam dan berhenti berfikir sejenak adalah ketika Shamsiah dikejar oleh tentera British. Melarikan diri dari tujahan peluru bersama anak yang baru dilahirkan dalam dukungan dan sesat di dalam hutan tebal tanpa makanan berhari-hari lamanya. Hanya bertahan dengan minum air hujan dan duduk dengan pacat yang lapar darah manusia. Shamsiah dan anaknya masih hidup ketika ditemui oleh rakannya. Setelah dibawa pulang ke penginapan mereka, komunis meminta bayi itu diserahkan kepada keluarga angkat yang kaya raya. Memikirkan itu yang terbaik untuk pembesaran anaknya, dengan berat hati Shamsiah menyerahkan bayinya itu, dan tidak dapat menahan pilu apabila mendapat tahu yang dirinya ditipu dan anaknya dibunuh dengan kejam.
Sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang, maka galilah sedalam-dalamnya agar kita tahu hujung pangkal perkara sebenar.
Mengenali tokoh wanita melalui novel ini, itu pasti. Tapi memandangkan konsepnya novel, pada aku penceritaan kisah hidup Shamsiah Fakeh yang penuh liku dan cabaran ini terlampau rushing untuk diceritakan dalam naskhah senipis ini. Gaya penulisannya macam tergesa-gesa. Aku juga tak rasa yang watak itu ialah Shamsiah Fakeh. Ia cuma seorang yang 'cuba' menjadi Shamsiah Fakeh. Emosi watak juga tidak digambarkan dengan bagus. Membaca novel ini masih ada baiknya. Baiknya, kita tahu siapa sebenarnya wanita bernama Shamsiah Fakeh ini.
tak membawa aku ke suasana zaman 40an, 50an, 60an mahupun 70an. dan sama sekali tak selari dengan gambaran sejarah kiri menurut buku2 yang aku baca .. tapi aku faham, ini syamsiah fakeh dalam bentuk novel, bukan biografi.
Keseluruhannya adalah baik, syamsiah fakeh ini digambarkan sebagai seorang perempuan melayu beragama islam yg bersemangat berjuang membebaskan tanah air. Dan ini adalah satu penghormatan buat seorang pejuang yang tak didendang.
not bad. ringkas sebab ini terang-terangan adalah novel. bukan memoir. memang tak berapa nak detail la penceritaannya.
secara jujurnya seronok sebab wpun penulis tak membawa kita nak feeling suasana dalam hutan, zaman penjajah tu suma. keseronikannya bila kita dapat tahu, ouh shamsiah fakeh ni macamni2 rupanya. kira macam cerita dia ringkas, cepat, mudah difahami sekaligus menjawap segala persoalan tentang shamsiah fakeh yg banyak dihebohkan kat media tu.
penekanan telah di beri bahawa ini adalah novel, dan bukannya memoir..
jadi, penyampaiannya tidak memberi kan rasa perjuangan tu kepada pembaca. membaca buku ini tak memberi sebarang rasa, dan penggunaan istilah yang tak sesuai sangat2 membunuh rasa.
jujurnya, buku ni masih boleh dibaca, tapi jangan mengharap apa2 yang menarik..
terlalu banyak yang mahu diceritakan, jadi tak sempat memghayati sesuatu situasi tiba-tiba sudah masuk satu situasi yang lain. bab anaknya dibunuh 3 bintang tiga itu sepatutnya meruntun perasaan, tetapi penceritaannya agak bersahaja.
aku suka baca novel tentang seseorang yang benar. so bila nampak novel ni, aku ambil. aku suka kulit novel. macam epic. hehe. apa2 pun novel ni okay untuk dibaca. boleh la tahu sejarah sikit2..