Jump to ratings and reviews
Rate this book

Derik Kerisik

Rate this book
Kalian fikir kalian saja yang letih, ya?
Aku tak lelah?
Aku tak mengah?
Aku tak bosan dan jemu?

Ini kisah yang letih, yang lelah, yang mengah dan yang jemu...
Orang kita ditindas dan ditindas dan ditindas...

Sampai lelah, sampai mengah, sampai tak terlafaz apa-apa... tinggal derik saja

Derik Kerisek menggabungkan tiga drama pentas Faisal Tehrani. Tentang kehidupan dan semangat perjuangan

serta pahit getir kehidupan manusia yang bergelar muslim



Kandungan

1. Rintih Chicago

2. Angin Madinah

3. Derik Kerisek

182 pages, Paperback

First published January 1, 2011

8 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (9%)
4 stars
29 (45%)
3 stars
23 (35%)
2 stars
4 (6%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
September 2, 2019
Mungkin bukan genre buku yang saya gemari. Ada tiga drama di dalam ini dan kesemuanya seperti bertemakan Jihad. Jalan ceritanya agak sukar untuk saya fahami.
Profile Image for 'izzati Idris.
43 reviews7 followers
June 23, 2015
Jarang benar skrip drama menjadi bahan bacaan pilihan.Entah kenapa tertarik untuk membaca yang ini.Mungkin kerana penulisnya (?) haha. 3 drama dan 3 latar tempat yang berbeza namun bermodalkan topik yang sama, jihad.Membuka mata, sungguh.

Paling kesukaan tentunya drama terakhir, derik kerisik."Kerja Tuhan siapa yang tahu?"(:
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
July 21, 2021
Sebuah karya yang mengumpulkan tiga sketsa drama pentas yang menyentuh berkenaan kehidupan manusia. Atau, lebih tepat berkenaan konsep jihad dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
.
Tiga drama pentas yang dinukilkan oleh penulis, semuanya berkesinambungan di antara satu drama dan satu drama yang lain. Bahkan, pengolahan suasana keadaan dan pembawakan watak sangat memberi kesan kepada pembaca.
.
Sehubungan dengan itu, konsep penulisan Faisal Tehrani, bagi aku masih sama, yakni berkenaan isu hak asasi kemanusian. Daripada aspek jihadisme yang disentuh di dalam buku ini, dapat membuka mata melihat konsep jihad itu dalam konteks yang lebih meluas.
.
Bahkan, penerangan konsep jihad ini di dalam bentuk drama pentas ini, sangat menarik. Hal ini kerana, ia akan memudahkan pembaca untuk lebih memahami secara terperinci mengenai jihad itu bukan sahaja terletak kepada berjuang untuk mempertahankan Palestin, bahkan jihad itu juga meliputi kepada mempertahankan negara tumpahnya darah kita.
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
March 20, 2012
"Ini kisah yang letih, yang lelah, yang mengah dan yang jemu...
Orang kita ditindas dan ditindas dan ditindas...
Sampai lelah, sampai mengah, sampai tak terlafaz apa-apa... tinggal derik saja" Faisal Tehrani

Saya meminati karya FT kerana banyak fakta sejarah yang boleh dinikmati. Selain daripada 'cover' buku ini yang unik. Buku ini memuatkan 3 Drama tentang umat ISLAM yang ditindas di bumi PALESTIN,KASHMIR dan PATTANI. Semua berbicara persoalan JIHAD yang jarang dikupas secara realitis. Walaupun penyampaian dalam bentuk skrip drama, tapi mesejnya cukup kuat. Kita akan dapat merasai betapa teruknya rasa menjadi 'penonton jarak jauh' kepada penindasan umat ISLAM.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
September 4, 2012
u can expect more from Faisal Tehrani..& FT xkan pernah mengecewakan..kita belajar dari perakam waktu, kita belajar dari sirah nabawi...kita tak boleh berdamai kerana kita telah letih..humanity & peringatan dari Tuhan bukan benda suka2.. ~
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
December 20, 2011
Kisah rasa jerih di negeri orang di saat negeri sendiri, dalam kes ini Palestin, Kashmir dan Patani, diganyang oleh orang-orang zalim. Apa rasanya menjadi penonton jarak jauh boleh didapati dalam ini.

Tak ada rasa macam disyarahkan. Kisah pertama pada awalnya saya ingat klise, dah nak marah dah ni, tapi akhirannya mengharukan. Pada saya ia representasi terhadap orang Islam yang hidup di Amerika/Barat yang memang berisiko dikambinghitamkan, disangkaburukkan. Realiti yang pahit sebab kita fikir Barat dalam kemajuan falsafahnya tentang kebebasan manusia sepatutnya boleh lebih terkehadapan dalam menilai dan menjatuhkan hukuman.

Tariq Ramadan kata Muslim di Barat kena blend in dan lebih berperanan menjadi anggota masyarakat itu sendiri. Bukanlah sampai minum wain itu semua maksud beliau. (abihla ada orang cop aku liberal!) Saya rasa pendapat beliau ada betulnya.

Kisah kedua dan ketiga saya dapat sedikit ilmu fasal Kashmir dan Iqbal, dan kemudiannya Patani. Membuka mata dan semoga lebih berkesedaran tentang derita manusia lain di pelusuk dunia lain, yang juga macam kita ada emak anak keluarga, yang mahu merdeka tetapi dirampas hak kehidupan mereka. Saya takut nak cakap lebih-lebih sebab saya bukannya berdaya hendak mengangkat senjata selepas ini, hendak derma duit mungkin insya Allah. Saya sendiri harap bukan derma air liur saja macam yang saya suka buat di Goodreads ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kamarudin Mamat.
45 reviews8 followers
Read
May 21, 2013
Aku pun tak pasti. Kenapa aku beli buku ini. Aku jarang beli. Aku jarang baca skrip drama. Tapi bila nampak penulisnya Faisal Tehrani. Aku capai dan bayar je. Semalam aku mula menalaah. Rupa-rupa best juga. Rupa-rupanya menarik juga. Ada tersisa lagi. Dah tak banyak.

Menarik. Ada fakta sejarah yang aku kabur. Lagi pun kisahnya bukan pasal Malaysia.
Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
February 20, 2012
Cerita yang berkonsepkan teater. Ada tiga cerita yang berkisarkan pergolakan dunia dan perjuangan manusia.

Ambil masa juga untuk aku habiskan sebab bagi aku, jalannya agak berat untuk diproses oleh otak slow aku ni. Btw, tetap thumbs up.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
January 13, 2012
Ada tiga drama. Saya paling suka yang ketiga iaitu Derik Kerisik. Tentang sejarah perjuangan Melayu Patani. Sheikh Daud Al Fatani pun ada wataknya di dalam drama ini,
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.