Peti derma Masjid Victoria tidak boleh dibuka kerana nombor kombinasinya entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu, Zahra perlu berhadapan dengan penduduk Kampung Nabawan Vitoria yang aneh-aneh.
Bukan sahaja perlu menyiasat, Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian putih. Penyiasat yang sentiasa mendahului Zahra. Namun, tanpa mereka sedari, semua langkah mereka sudah diperhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.
Apa seterusnya yang terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?
Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile, Mawar Astakona Harum Berlima dan L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.
Sebuah buku bergenre penyiasatan. Macam biasa pasti ada lawaknya. Haha. Lelas dah baca banyak buku tuan BB, rasanya aku dapat terima beberapa lawak dan adegan dan dialog yang banyak 'tiber'. Hahahaha.
Nak kena beli buku yang pertama nampaknya ni. Tajuk detektif bertudung hitam.
Kisah penyiasatan utama mengenai tabung masjid namun di sulamkan dgn beberapa kes sampingan yg lain. Bacaan yg ringan dan santai namun tidak sah tanpa lucu dan nasihat bermakna daripada penulis. Banyak pengajaran bermakna ttg kehidupan dpt di ambil. Plot twist juga menarik. Yang penting, letakkan malu di tmpt sepatutnya. Malu berbuat jahat, dan tidak malu menegakkan kebenaran. Ini slh satu pengajaran yg blh di perolehi melalui bacaan ini. Sgt di sarankan serta berbaloi utk di baca semula kisah ini, moga satu hari nanti ada kes penyiasatan lain oleh Penyiasat Masjid ini.
Ada adegan dan dialog yang lucu serta plot yang memang lain daripada lain (atau lebih tepat, pelik). Itu yang buat buku ini istimewa. Cuma, gaya penulisannya tidak kena pada citarasa saya. Selain daripada bermuka serius, tidak ada raut wajah lain, perasaan lain atau gaya lainkah yang boleh digambarkan? Penat baca buku ini sebab watak-wataknya asyik bermuka serius sahaja.
Detektif Bertudung Hitam : Penyiasat masjid.... Az-Zahrah diberi kepercayaan oleh En. Zabidi mengetuai dan menyelesaikan dua kes yang diterima Syarikat Siasat-siasat Sdn. Bhd iaitu kes calon isteri Abdullah Fakhrul Izam dan pengganggu Masjid Victoria.
Berbekalkan tunjuk ajar cikgu Roslan Ana (teknik ponorogo) dan buku manual penyiasatan yang diberikan oleh En. Zabidi. Zahra dan rakan-rakannya bekerjasama menyiasat kes kecurian kombinasi nombor kod peti derma Masjid Victoria yang telah dicuri, di dalam peti derma itu telah terkumpul berjuta-juta wang untuk membina Masjid baru di Kampung Nabawan Victoria. Masjid tersebut akan di bina di sebidang tanah yang telah di wakafkan oleh arwah bapa orang kaya Hussaini Senin. Pada masa yang sama, Zahra juga mempunyai seorang pesaing dalam menyelesaikan kes Masjid Victoria iaitu Farhan Khamis dari Syarikat Penyiasat Terhebat Sdn. Bhd. yang gemar berpakaian serba putih.
Selain menyelesaikan kes Masjid Victoria dan calon isteri Abdullah Fakhrul Izam. Zahra dan rakan-rakan juga dapat menyelesaikan masalah Reena Scaran seorang ahli silap mata yang memiliki sebuah Restoran 'Inilah Hati' yang sentiasa bergelap kerana bekalan elektrik kerap terputus akibat disabotaj.
Zahra juga dapat menyelesaikan masalah dirinya sendiri dengan bantuan rakan karibnya Mia dan Mawar Astakona Harum Berlima...Siti Rahmah Mokhtaruddin,Anne Dahlia, Wawa Najwa,Zulaikha Harunnarrasid dan Atie Anniesaa (eh..cam pernah dengar la nama last tuh..hehehehe...), dimana dia sering diganggu oleh wanita berambut kerinting yang sering mengungkit kisah lamanya.
Namun, cuma misteri suara dari tingkat dua pejabat Syarikat Siasat-siasat Sdn. Bhd yang kerap menegurnya sahaja belum terungkai..
Siri kedua dari Detektif Bertudung Hitam ini memaparkan kematangan penulis. Kali ini Zahra ditugaskan untuk menyiasat kehilangan nombor kombinasi peti derma masjid bersama rakan-rakannya yang pemalu. En Zabidi menugaskan Zahra sementelah dia menyelesaikan kes lain di Indonesia. Di samping kes ini, ada juga kes Reena Sceran, mahupun kes Abdullah yang ingin menyelidik bakal jodohnya. Ada slapstick humour yang merupakan trademark penulis, yang serba sedikit menggeletek perasaan.
Kisah yang agak merenggut perasaan, sudah semestinya kisah mencari nombor kombinasi yang hilang. Banyak permainan teka-taki yang tidak terungkai akal sehingga dibuka satu persatu. Ada ketika Zahra dan rakan-rakannya mati akal untuk meneruskan kes tersebut akibat kehilangan petunjuk, malahan ada pula saingan dari Farhan Khamis yang turut diupah untuk menyiasat kes yang sama. Seperti biasa, tulisan Bahruddin penuh kisah aneh yang tidak terfikir kita pengajarannya.
Cuma satu yang saya agak terkilan, ending yang begitu mudah terhadap kes nombor kombinasi peti derma masjid.