Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Okay, N tak berapa nak suka dengan cerita ni. Which surprises me sebab walaupun tak banyak novel FA yang N dah baca, seingat N, N tak pernah rasa tak suka dengan novel FA.
But this one buat N berasa berapi jer dengan Jad dan Arumi.
I honestly believe yang Jad sebenarnya gila dan ada masalah jiwa dan mental. Entahlah, bila baca bab Jad and baca tentang tingkah laku dan pemikirannya, N rasa dia patut dikurung somewhere and kunci yang kurung Jad tu harus dibuang jauh supaya dia tak boleh lepaskan diri.
N tak faham bagaimana Arumi masih boleh nak dengan Jad sedangkan he is abusive. Very abusive. Pada N, hubungan Jad dan Arumi sangat toxic. Tapi Arumi seolah-olah buta untuk nampak sisi Jad yang itu walaupun anak kena belasah dengan Jad di depan mata sendiri. Still Arumi asyik ingatkan diri yang Jad itu sebenarnya baik bla bla bla bla.
Bak kata orang zaman sekarang, I cannot brain this.
Penulis: Fauziah Ashari Penerbit: Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf ISBN978-967-0184-48-7 Harga: RM 25.90 / RM 28.90 M/S: 598 Cetakan 1 – 2011
Cinta yang berbisik di hati kan kusulam Menjadi bait-bait gelora beralun rindu.
Blurb:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mertuanya jauh dari kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang keluarga mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula membenci pada Jad yang dianggapnya menjadi punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbatkan ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi ‘menantu hantu’. ~ Tuan Akalil
“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku tak suka bela pelacur. Kau duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~ Jad Izzuddin
“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat system barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa.” ~ Banin Arumi.
Kak Chik menukil:
Karya terbaru daripada novelis terkenal Fauziah Ashari ini memang tidak mengecewakan kerana Kak Chik sering didesak untuk membaca dan membaca hingga ke patah terakhir.
Arumi anak tunggal kepada pasangan Tuan Akalil dan Puan Mayamin. Arumi yang sedang menunggu keputusan SPM telah dihantar ke kampung neneknya sebagai hukuman di atas kesalahan yang dilakukannya. Di Kampung Jiwa, Arumi ditinggalkan bersama dengan nenek dan nenek saudaranya, Nek Aji dan Nek Muya. Nek Aji dan Nek Muya sentiasa mencuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam diri Arumi walaupun Arumi sering saja membentak benci. Jad Izzuddin pula anak bujang kepada Imam Imran, iaitu imam di kampung tersebut. Jad memang talam dua muka kerana di depan keluarga dia berperangai baik tetapi tanpa pengetahuan keluarga dia seorang yang teramat ‘nakal’ sehingga pernah pecah masuk rumah orang kampung dan mencuri wang tunai RM 15,000.
Kerana sikap mereka berdua, mereka telah ditangkap dalam keadaan yang mengaibkan sehingga keluarga membuat keputusan untuk menikahkan mereka. Jad tertanya-tanya, kenapa dia boleh tertidur di katil dengan cucu Nek Aji dalam keadaan separuh bogel? Arumi pula tetap menafikan yang dia tidak bersalah tetapi keadaan mereka tetap mencurigakan.
Selepas tujuh tahun peristiwa itu, mereka bertemu kembali dalam keadaan yang amat berbeza. Arumi terpaksa kembali ke Malaysia selepas 7 tahun di London, melarikan diri dari segala masalah dan Jad. Jad pula telah menjadi usahawan dengan membuka restoran selepas dua tahun meringkuk di penjara kerana kesalahannya. Namun, dendam di hati mereka tidak pernah padam walaupun setitik.
Arumi terus terperangkap dalam ‘kurungan’ Jad. Jad begitu berdendam dengan Arumi kerana perempuan itu tega melarikan diri tujuh tahun lalu sedangkan dia terpaksa menjual tanah ayahnya dan kehilangan kereta kesayangan demi menyelamatkan maruah mereka selepas diugut Yahya, kawan Jad yang telah berpaling tadah. Apakah yang dijadikan senjata oleh Yahya sehingga Jad sanggup berhabis beribu ringgit?
Pertemuan Arumi dengan Fakhri pula menjadi titik hitam dalam hidup Arumi sehingga Jad sanggup meletakkan maruah Arumi sebagai orang gaji di rumahnya. Dalam masa yang sama, kehadiran Nada yang pada mulanya merimaskan Jad telah menyebabkan Arumi makin terluka. Jad sanggup membawa Nada ke biliknya di depan Arumi tanpa merasa bersalah walau sedikit pun.
Dan…siapa pula yang dalam diam tetap memburu Arumi? Siapa yang membunuh Wilson, kenalan Arumi dari London? Kenapa kebanyakan mangsa bunuhnya hampir menyerupai paras Arumi?
Mampukah kehadiran anak yang dikandung Arumi mencairkan hati Jad yang sudah hampir menerima isterinya itu?
Dan…penyudahnya? Sangat suka kerana setiap watak dalam BBG menerima pembalasan pada akhirnya.
Karya yang sungguh cantik dengan susunan bahasa yang teratur. Perjalanan plot-plot yang kemas dan penuh dengan emosi serta ayat-ayat Quran sebagai peringatan juga tidak melalaikan semasa menyusuri perjalanan selama 12 tahun Jad dan Arumi bergelar suami isteri.
Percaya. Tuhan selalu punya rahsia – Faisal Tehrani
Aku tak ingat dalam buku apa petikan di atas tetapi ini sudah cukup aku gambarkan keseluruhan kisah BBG. Ya, ada masanya kita kalah dengan rasa hati. Cuba menidakkan takdir yang membelenggu. Hati-hati. Mungkin apa yang kita mahukan itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Percaya. Tuhan memang selalu punya rahsia.
Banin Arumi anak tunggal dalam keluarga Tuan Akalil. Mungkin kerana terlalu dimanjai oleh isterinya, Arumi membesar menjadi gadis yang nakal dan lincah. Gagal mengawal anak sendiri, Tuan Akalil menghantar Arumi ke kampung. Mengharapkan suasana baru dapat mengubah perilaku Arumi.
Namun lain pula yang jadi. Arumi ditangkap basah bersama Jad Izzudin. Arumi dikahwinkan tanpa kerelaannya. Lagipun tiada siapa yang peduli akan kebenaran kata Arumi yang mereka berdua sebenarnya diperangkap. Namun perkahwinan dengan Jad umpama mala petaka. Lelaki itu ditahan polis sebaik saja akad dilafazkan. Lebih malang apabila ibu bapa Arumi meninggal selepas menghadiri pernikahannya. Akhirnya Arumi tekad membawa diri jauh daripada Jad.
Selepas 7 tahun Arumi kembali semula ke Malaysia. Sehabis mungkin dia mengelak daripada bertemu Jad. Bagaikan sudah ditakdirkan, Jad langsung tidak memberi peluang untuk Arumi melarikan diri. Masing-masing ego, membuatkan hubungan suami isteri makin dingin. Apatah lagi pertemuan pertama Jad-Arumi berlaku ketika Fakhri cuba menodai Arumi. Itu membuatkan Jad berprasangka yang Arumi gadis yang suka berpeleseran. Masih bersuami tetapi tetap keluar dengan lelaki lain.
Arumi sendiri sukar memaafkan Jad dengan apa yang berlaku. Sementelah kata-kata nista yang sering keluar daripada mulut Jad. Malah kehadiran Akif Alaudin membuatkan Jad makin sakit hati. Dia tak mahu mengaku Akif itu anaknya walaupun Arumi bertegas yang itu anaknya bersama Jad.
Lalu di manakah penghujungnya rumahtangga mereka yang suram itu? Mungkinkah bertambah sukar dengan kehadiran Nada? Mampukah Akif mendapat kasih seorang ayah? Kenalah baca novel ini untuk tahu kesudahannya.
Sejujurnya aku tak begitu menggemari BBG. Plot cerita yang melompat tahun menyebabkan rasaku pun ‘terlompat-lompat’ juga. Nampak seperti penulis kekurangan idea dan mahu cepat menamatkan kisahnya. Padaku OR lebih menyerlah. Namun buat peminat setia FA, jangan lepaskan peluang mendapatkan buah tangan terbaru beliau.
Mengambil terlalu banyak masa untuk aku menamatkan pembacaan. 12 hari, lama kan? Tak tahu sama ada novel ini atau pun mood membaca aku yang jatuh merundum.
cerita yang agak banyak konflik. tapi okey je rasanya baca tanpa banyak masalah mungkin dah menjadi "trademark" penulis suka buat watak hero yg menyakitkan hati.
Sebuah novel cinta tp diselitkan juga elemen thriller. Novel yg penuh emosi. Penuh suka dan duka. Takdir yg menyatukan Jad Izzuddin dan Banin Arumi, takdir juga memisahkan mereka dan akhirnya menemukan mereka kembali.
Arumi, gadis nakal dihantar oleh ayahnya pulang ke kg sementara menunggu result SPM. Di kg, Arumi tinggal dgn neneknya iaitu Nek Aji dan Nek Muya. Di sinilah Arumi bertemu dgn Jad, pemuda kg yg agak nakal. Krn satu peristiwa, Jad dan Arumi dinikahkan walau tanpa kerelaan mrk berdua. Demi menutup malu padahal mereka tak bersalah.
Sebaik saja dinikahkan, Jad telah ditangkap polis krn tuduhan merompak. Mmg Jad pernah berbuat demikian bersama kawan-kawannya tp kejadian yg melibatkan polis itu dia tak terlibat. Tp oleh krn pihak polis menjumpai dompet Jad, jd Jad adalah suspek utama. Jad dipenjarakan. Siapa sebenarnya dalang atas penangkapan Jad?
Ayah dan ibu Arumi pula telah terlibat dlm kemalangan dan meninggal dunia. Bg Arumi itu semua salah Jad, membuatkan Arumi bertambah benci pd Jad. Sedang Jad dipenjarakan, Arumi buat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
7 thn berlalu, Arumi pulang semula ke Malaysia krn dihantar oleh sykt dia bekerja tp Arumi tetap tidak memberi khabar kpd Nek Muya di kg. Nek Muya sendirian setelah Nek Aji meninggal. Jad juga sudah bebas dan kini menjadi usahawan restoran yg berjaya.
Pertemuan semula Jad dgn Arumi byk menimbulkan salah faham. Jad melabelkan Arumi sbg perempuan murahan krn mudah dgn lelaki lain sedangkan dia masih status isteri Jad. Pd Arumi pula, kehidupan berubah setelah bertemu Jad. Malang bertimpa-timpa. Bg Arumi Jad lelaki jahat. Kalau dah namanya perompak itu pasti jahat.
Krn mempercayai sahabatnya Fakhri, Arumi terpedaya. Jad pula menyangka Arumi berlaku curang. Sejak itu hati Jad penuh dendam. Bila Arumi pregnant, Jad tak mahu mengaku itu anaknya krn fikir Arumi curang, sedangkan Arumi telah diperkosa oleh Fakhri. Jad membuat perhitungan, Arumi hny akan dianggap sbg org gaji. Sampailah anak mrk berusia 3 thn, Jad melayan mrk dgn teruk. Arumi tetap bertahan di situ krn mahu menyimpan wang utk pembedahan Akif, yg mengalami sakit jantung.
Mampukah Arumi terus bertahan dgn sikap baran Jad? Apa reaksi Jad bila mengetahui apa yg terjadi pd Arumi dan Akif adalah anak kandungnya? Muncul watak Nada yg gedik tergila-gilakan Jad. Watak lelaki yg buat kisah ni makin suspen krn terlalu obses dgn Arumi sampai sanggup membunuh demi utk memiliki Arumi. Emo sgt aku baca novel ni terutamanya part Jad memarahi Akif.
Bisik-Bisik Gelora Intens Idea International Sdn Bhd / 615 mukasurat Fauziah Ashari
Banin Arumi seorang anak yang terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan kesenangan hidup. Hidup mewah dan selesa di kota besar menyebabkan dia lupa akan asal-usulnya. Ini sangat membimbangkan kedua orang tuanya iaitu Encik Akalil dan Puan Maya. Jalan penyelesainya Arumi harus dihukum dan diberikan sedikit pengajaran. Kedua-duanya sepakat untuk menghantar Arumi tinggal dikampung bersama Nek Aji dan Nek Muya buat sementara waktu dan berharap satu-satunya anak tunggal kesayangan mereka akan insaf dan ingin berubah.
Dikampung itulah Arumi dipertemukan dengan Jad Izzuddin seorang pemuda kampung yang boleh tahan juga kacang hantunya. Dan mungkin juga sudah tertulis takdir buat mereka berdua sama-sama terjebak dengan sebuah perkahwinan tanpa cinta dalam satu suasana yang cukup mengaibkan. Mereka dituduh melakukan maksiat walaupun hakikat sebenarnya mereka teraniaya. Malang menimpa diri Arumi, dihari perkahwinannya, kedua orang tuanya ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal ditempat kejadian. Berat benar dugaan yang menimpa Arumi, lalu dibawanya diri dan hati yang terluka jauh berkelana ke bumi London, berharap agar ada secebis bahagia yang bisa dikecapi disana.
Masa terus berlalu dan tibalah masanya untuk Arumi kembali ke tanahair atas tuntutan kerja. Dan sekali lagi dia dipertemukan semula dengan suami yang ditinggalkannya selama ini. Pertemuan yang sangat dinantikan oleh Jad dan takkan sesekali dia akan melepaskan Arumi pergi begitu saja meninggalkannya sekali lagi. Ada perhitungan yang belum lagi dilangsaikan Arumi dengannya. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar difikiran Jad yang menuntut sebuah jawapan.
Tetapi bisakah mereka menemui jalan bahagia jika hubungan mereka berdua hanya berlandaskan rasa benci, dendam dan salah sangka? Apakah akan terjadi dengan rumahtangga mereka? Namun dalam tak sedar disebalik dendam terselit rasa cinta dihati, dalam benci ada rindu yang menyesakkan dada.
Sebuah kisah pergolakkan rumahtangga yang penuh dengan onak dan duri. Berkali-kali Arumi dan Jad diuji dengan pelbagai ujian dan dugaaan. Suka dengan olahan semula BBG kali ni. Beribu-ribu tahniah saya titipkan buat kak Fauziah Ashari. Cukup serba-serbi perisanya dan saya suka. Sebuah novel yang berbaloi untuk dimilikki dan dibaca. Sangat puas hati.
Salah satu buah tulisan fauziah ashari yang tidak dpt disangkal kehebatannya. Bukan sekadar novel cinta monyet. Setiap novel beliau terdpat konflik yang tersendiri dan bebaloi untuk dijadikan koleksi.
Kisah Banin Arumi dan Jad Izzuddin yang mengecapi bahagia yang sebenar setelah 10 tahun. Jad disatukan dgn Umi apabila ditemui dalam keadaan yang mencurigakan. Umi ketika itu dihantar kekampung dengan harapan dapat mengubah perangainya yg nakal. Jad ditemui ketika menemani neneknya di surau tapi mengetahui Jad hnya berpura baik di hadapan keluarganya sahaja. Mereka berdua menafikan apabila mereka ditangkap dan Jad merasakan ini satu perangkap yang dirancang. Tujuh tahun mereka ditemukan kembali setelah umi keluar negara apabila ibubapanya meninggal dan Jad pula dipenjarakan selama 2 tahun. Umi menganggap Jad punca kematian ibu bapanya dan membawa malapetaka dalam hidupnya. Jad pula berdendam apabila terpaksa melindungi Umi dalam diam apabila rakannya selalu memaksa akan menyebarkan aib Umi. Semua tanah pusaka dan kereta kesayangannya digadaikan demi melindungi kehormatan Umi.
Lebih menyakitkan apabila dia menemui Umi setelah 7 tahun dalam keadaan yang mencurigakan bersama Fakhri. Jad berfikir tidak salah jika dia meniduri isterinya sendiri kerana dia masih sah sbg suami tambahan pula kesucian Umi belum tentu untuknya. Namun dia silap Umi bukanlah seperti perempuan berpeleseran yang lain. Sejak dari itu dia mula menyanyangi umi walaupun umi membencinya kerana memaksa.
Kisah Jad yang pelindung dan pada masa yang sama mencurigai kesetiaan si isteri. Kisah si Umi apabila mengharapkan suami menjadi pelindung diri tetapi akhirnya dia terpaksa menangunggnya sendiri.
Akif kewujudannya tidak diterima walaupun diberitahu berkali-kali oleh Umi itu anak Jad. Jad binggung kerana kisah 3 tahun lalu dia ternampak bilik tidurnya dengan si isteri berselerakan. Lebih malang Jad menjawab panggilan daripd Fakhri melalui hp Umi. Fakhri menyatakan dia akan bertanggungjawab dengan Umi kerana sudah terlanjur. Dengan keadaan bilik yang tidak terurus menguatkan lagi kata-kata Fakhri itu benar tanpa meminta apa2 penjelasan Umi. Kerana Jad memilih untuk tidak percaya, Umi terpaksa mengambil keputusan meminta Jad membayarnya upah setiap apa yang dia lakukan. Umi mengungkit Jad masih tidak membayarnya apabila mereka tidur bersama dulu.
Mengapa Umi berbuat begitu? Apa yang mendesak umi sehingga tidak mempertahankan maruahnya malah meletakkan serendah2 maruah di mata Jad. 3 tahun Umi terpaksa menanggung pandangan jijik si suami. Setiap kali mereka bersama, Jad akan membayarnya. Umi akur jika ini balasan yang terpaksa ditanggung atas dosa lampaunya dulu.
Jika benar Umi bersalah kenapa Umi tidak memilih Fakhri yang sanggup mebayarnya ratusan ribu dalam masa sehari? Benarkah Umi bersalah atau Jad telampau lama melayan egonya? Betulkah Akif anak Jad atau anak Fakhri? Silapkah Jad tidak bertanyakan Umi tentang kejadian sebenar? Siapa pula yang berdendam dengan Umi? Fakhri? Nada?Wafi? Siapa yang membongkarkan rahsia ini?
Sila dapatkan novel ini untuk ketahui kesudahan. Sumpahhhh bestt!❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Amatured! Memeranjatkan kerana Fauziah Ashari adalah novelis yang terkenal dengan trilogi Ombak Rindu yang dikira sangat berjaya hingga diadaptasi ke layar perak. Masih berkuasa memberi kesan walaupun dibaca berulang-kali.
Lain halnya dengan novel terbaru Bisik-Bisik Gelora ini yang mempunyai jalan cerita klise dan tidak kuasa dibahas lagi. Namun garapan, penulisan dan dialognya sangat berbeza dengan novel-novel Fauziah Ashari yang lain. Ianya seolah-olah ditulis oleh penulis amatur yang baru menerbitkan novel pertama. Unbelievable. Berkali-kali di campak dan di ambil semula. Meneruskan pembacaan dengan hati bosan. Adegan-adegan klise yang memualkan.
Sasaran novel ini adalah lebih kepada remaja belasan tahun adalah alasan yang lebih baik untuk pembaca 'matang' seperti saya. Sesungguhnya sedikit sukar menjadi pembaca matang dan mencari bahan bacaan ringan yang sesuai usia ketika ini. Pasaran novel berbahasa melayu di Malaysia juga agak kecil yang menumpu kepada julat usia tidak melebihi 25 tahun.
Tahniah buat cik penulis Fauziah Ashari...best citer ni...bad boy yang sgt nakal....masuk penjara , menjadi suami yg sgt menyakitkan hati tapi masih tidak mampu melepaskan si istri...kata-kata dan perbuatan yang amat menyakitkan...namun bahagia masih milik mereka...bagiku citer ni lebih ohsem jika penulis merendahkan sedikit ego sihero di saat kebenaran terungkai....lagi tambah ummph jika hero menunjukkan sikap yang lebih sweet di akhir citer...namun ku suka citer ni 4.2*..Tahniah!!!
Ohhmyyyygoddd. It was painful to start with. Honestly, the first quarter of the book was full with quarrels, resentment, hatred and all the negative things. However, I couldn’t admit that the plot was very engaging.
Love the development character of the Arumi. From young and unmatured girl to a lady kind of adults and lastly the motherhood and wifey kind of lady. Really love to see the character development went very smoothly but I guess the compliment not applicable to the hero. The hero is constantly very arrogant arghh, I hate him. Kind of awkward to see the direct change of character from arrogant uncle to a loving father toward their son. I wish to see more loving side of him instead, because he hardly showed it, egoist! But I guess that is the main characteristics of the hero, can’t do anything about it but at least make the character development change become a bit smooth so that I won’t be as shock as or even much shock than Arumi though lulz
Finished the rest of the book in one day. Thumbs up, author! This book won’t disappoint. I wish this book is longer than it is haha thank you for the wonderful work. I had fun reading it!
Beli e-book sebab enjoy tengok drama Akasia. I mmg pembaca setia novel FA satu ketika dulu tp satu masa tu berhenti jadi miss novel ni. Seperti biasa novel FA memang mengasyikkan. Tapi agak kurang suka watak yang suka membuli perempuan dan menganggap perempuan seperti orang gaji dan paling benci bila watak memukul anak kecil. Apatah lagi lepas tu boleh jadi baik seolah-olah senang-senang je nak lupa kejadian pukul tu. I harap novel melayu berhentilah dari potray lelaki yang membuli perempuan apatah lagi memukul anak kecil. Kalau ada pun tolong beri pengajaran yang sangat keras. Bukan senang-senang pengakhiran tetap jadi hero. Jalan cerita mmg terbaik dah betul2 buat kita tak boleh berhenti membaca.
Cerita macam ni yang aku suka sebab tak klise langsung! Realistiknya cerita ni membuatkan aku macam OMG accurate gila! And novel ni jugak buatkan aku rasa cam lucky tak pernah terlibat dalam alam percintaan so memang novel ni bagi banyak pengajaran dan peringatan! Versi eBook yang aku baca telah menambahkan lagi level excited tu sehinggakan aku rasa macam Ya Allah seronoknya baca eBook ni! Nah link untuk eBook ni:- https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Sinopsis tak mencerminkan character sebenar dalam buku. Watak Arumi terlalu penyabar dan lemah tapi asalnyer lincah dan terpelajar? A bit frustrated sb ending cliche and as usual men still get away with things.
Buku ni memang best jalan cerita dan tidak membosankan. Memang lain dari yang lain watak utama cerita ini iaitu Jad dan Arumi. Babak romantis banyak dalam buku ini dan sweet sangat.