Bukuzin ini sudah lama dalam koleksi aku. Dah pernah baca lama dulu. Tapi kadang-kadang bila bosan ada juga aku belek baca satu dua helai mana yang aku suka.
Mungkin boleh kata ini bukuzin kegemaran aku. Paling suka bahagian rebiu buku. Seingat aku, aku beli buku Skeleton Crew sebab rebiu di bukuzin ini (memang jenis senang terpengaruh). Kalau bab esei aku suka tulisan Ruhayat X, "Bagaimana Kamu Boleh Jadi Awesome Macam Saya". Penuh sarcasm yang sungguh lucu (dan masuk akal juga). Aku tak berapa gemar sangat puisi-puisi dalam bukuzin ini sebab pada aku biasa-biasa saja.
Dan benda yang paling aku ingat pasal bukuzin ini ialah cerpen dari Fairul Nizam Ablah - Tren Emas. Satu-satunya cerpen berkenaan elarti yang aku suka gila sampai aku frustrated bila baca ending Aadi dan Aishah. Dunia percintaan sungguh kejam. Sobs!
Pertama; ada beberapa isiannya tak begitu 'mesra' dengan pengetahuan saya terutama perihal musik dan filem. Mungkin kerana buku ini dibaca agak lewat dari tahun pencetakannya; 2008.
Kedua; ada beberapa muka surat dalam buku ini yang hilang menyebabkan graf keseronokan membaca saya yang baru saja menaik telah menurun secara total. - Ini paling mengecewakan.
Lepas 10 tahun diterbitkan, baru aku berpeluang beli dan baca. Bukuzin ni ada beberapa parts macam puisi, rebiu buku, cerpen dan beberapa lagi. Ada yang aku baca dari mula sampai habis, ada yang aku baca gitu-gitu dan ada yang aku skip je. Ada yang menarik dan ada yang tak kena dengan selera aku. Mungkin kena dengan selera orang lain. Biasalah tu, bila ada banyak writers memang begitulah lumrahnya. Huhu...