Novel ini telah memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Jepun.
Former teacher, Khadijah Hashim (born 20 April 1942 in Batu Pahat, Johor, Malaysia) is a Malaysian novelist, scriptwriter and journalist. She has worked as a teacher, also as a journalist with local newspapers Utusan Melayu (1974–1976) and Berita Harian (1976–1985). She is more well known as a novelist, and has produced 19 novels. She also expanded her creativity in the field of short stories, radio drama scripts, children's books, rhymes and poetry. The children’s rhyme book “Sayang Sayang” has been selected to be on Honour List of the International Board on Books for Young People (IBBY) in Basel, Switzerland (2002) and “Semerbak Poetry” in Macau, China (2006). Khadijah continues her interests in writing rhymes, which led to her latest creation of “Putera-puteri Malaysia”.
Several of Khadijah’s short stories and novels have been adapted to TV dramas. Amongst them were "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, and “Badai Semalam” and “Dekat Disayang Jauh Dikenang” novels. “Laila Azwa Gadisku” novel was adapted to television film. Meanwhile, “Mira Edora" and "Pelangi Pagi” novels have been made into movie films with the title of "Mira Edora" and "Bicara Hati" respectively.
Her first and one of her most well-known novel “Badai Semalam” (1968) was used as school textbook in Singapore and Malaysia.[3] The novel has been translated into English, “Storms of Yesterday”, by Mahani Abdul Hamid in 1991 and Spanish, "Tormentos del ayer", by Alberto Balanza and Yahia in 2010. “Badai Semalam” was republished several times and the latest was in 2006 by Alaf21 in the nostalgic novel series. The English version was also republished in 2009 by Institut Terjemahan Negara Malaysia under the Malaysian Literature Series.
“Merpati Putih Terbang Lagi” novel won a consolation prize in a writing contest in the celebration of ten years of Malaysia’s independence. The novel has also been translated into Japanese by Tatsun Hoshino. “Exiled” novel has been nominated for the International IMPAC Dublin Literary Award in 1997. Her “Langkah Pertama” novel has won the Mobil-MABOPA Children's Book Award in 1995. Khadijah was the recipient of Southeast Asian Writers Award in 1999 and had undergone the International Writing Program at Iowa University in 1994. Her children's story book series, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” and “Siri Teladan dari Rimba” have been translated into English by the Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).
Khadijah Hashim is amongst of the earliest female novelist get attention and place of the novel fans in Malaysia. - - - - -
MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan KHADIJAH HASHIM.
Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya.
Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi guru agama. Beliau pernah mengajar di Sekolah Seri Pelangi, Batu Pahat. Tetapi selepas itu pekerjaan sebagai wartawan lebih menarik minatnya dan beliau diterima berkhidmat di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1974. Beliau memulakan tugasnya sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu. Di samping menjadi wartawan, Khadijah mengelolakan ruangan `Dialog Kecil’, iaitu menulis kisah-kisah mengenai masyarakat yang berlaku sehari-hari. Di samping itu Khadijah
hari tu ada sorang teman bertanya, baca buku apa. ada unsur politik tak? tiba-tiba teringat buku ni. kali pertama baca masa darjah dua, pinjam buku kaklong.berulang kali baca sebab suka sangat. tapi entah mana dah buku tu. dan bila tau terbit semula tu yang terus beli.
kisah 10 tahun selepas merdeka. masyarakat melayu yang masih mundur dan pemimpin yang suka menggula-gulakan orang kampung yang masih ketinggalan. janji ditabur tapi untung masuk poket sendiri. farid, yang pada mulanya hanya mahu membantu pak ciknya, ramli mencari kerja kemudian diterjah orang kampung atuknya yang dihurung kemiskinan. kesedaran timbul dalam hati farid, bila dia mahu membantu? hidup pula dalam keluarga yang bermacam gelagat terutama ayahnya, encik halim yang sangat tidak adil dalam melayan anak-anak. yang pandai disanjung, yang tak bijak dihina...
orang kampung mula sedar dan mahu bangkit. tapi manusia seperti budin yang konon orang harapan wakil rakyat menyeleweng, baik dari segi duit persatuan mahupun aduan. segalanya perlu 'duit kopi'. sejak dulu kan kisah sebegini ada. tak hulur maka tak adalah bantuan. encik mulok yang mula berasa goyang datang konon mahu menabur lagi janji seperti tapi dia sendiri terpana dengan 'amaran lembut' masyarakat yang mula sedar dan mahu bangkit dari kehidupan yang miskin dan terhimpit..
sebuah novel yang sarat berisi pengajaran dan nilai masyarakat yang harus ada. mahu jadi pemimpin, boleh. tapi tertanggungkah dengan segala beban dan amanat? apatah lagi AMANAH. tak bosan baca berulang kali karya puan penulis lagenda, Khadijah Hashim....
I am once again amazed at how fluid Khadijah Hashim writes. Hers is a languid story-telling, almost no difference between 'penceritaan' and 'persuratan'. The plot is probably nothing new, but thought-provoking nonetheless. Loved it.
Novel karya novelist terkemuka tanah air tidak senestinya berkualiti dan hebat menarik sepenuh perhatian pembaca. Merpati putih terbang lagi memang berkualiti dan begitu konsisten dari awal hingga akhir memaut perhatian saya. Kisah masyarakat semasa tahun 1960an, katanya hampir sepuluh tahun selepas merdeka. Kisah anak muda berjiwa besar dan kisah orang bernafsu besar. Sentimen perkauman ada, tapi bukan kah ianya suatu realiti, apa yang disebut berpandukan kenyataan? Saya fikir amat releven. Kita dapat ilmu, dan tidak payah menggambarkan keadaan hidup orang kampung di pinggir bandar ketika itu. Penceritaan jelas dan lancar. .. cuma sedikit komen; saya amat besar hati dan tumpang bangga bila Farid memutuskan untuk membuka kedai buku. Dalam banyak-banyak cabang perniagaan, kedai buku jadi pilihan. Saya suka sangat. Pasti sukar ketika itu namun ianya merupakan suatu penghargaan untuk mereka yang amat sayangkan ilmu. Pengakhiran cerita tidak menjelaskan status kedai buku Farid. Saya nak tahu jika beliau berjaya mencatat untung dan mampu membayar semula wang yang dipinjam daripada tabung Haji Maktua. Saya juga nak tahu kesudahan cita-cita Salha untuk membuka kedai menjahit.
Akhirnya dapat baca buku ini. Pinjam daripada perpustakaan uni. Penceritaan yang bagus dan isu yang sampai sekarang masih relevan. Sebelum ini saya pernah baca tulisan penulis untuk novel Alun Hidup (The Waves of Life). Sangat-sangat mengesankan saya. Harap suatu hari nanti, saya juga dapat menulis sesuatu yang dapat betul-betul menyentuh hati pembaca. Tidak perlu jalan cerita 'out of this world' atau terlalu 'bombastic' tetapi hanya dengan pemerhatian hidup dan disulami dengan ayat-ayat yang indah, sudah cukup membuai hati pembaca.
Ini kisah masyarakat Melayu sekitar tahun 60an. Sarat dengan soal kemunduran ekonomi, politik kroni, pegawai kerajaan makan gaji buta, dengki sesama sendiri, malas bekerja, kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran, dan sikap gemar meminta-minta dan mengharapkan bantuan...
Diselitkan juga, kisah cinta tak kesampaian dan pergolakan hubungan dalam keluarga.
Tema yang berat, tapi digarap dengan penceritaan yang bersahaja oleh Khadijah Hashim.
Menonjolkan jati diri, motivasi dalam menghadapi cabaran serta boleh dijadikan sebagai membakar semangat untuk mengharungi sebarang masalah (Farid). Selain dari itu ianya juga menunjukkan semangat perpaduan masyarakat kampung selain daripada sikap tamak haloba sebahagian dari mereka (anak ketua kampung) dalam pertarungan politik semasa, begitu dalam jabatan Kerajaan. Yang lemah tidak semestinya gagal di sini Farid membuktikan Agus boleh berjaya jika diberi dorongan.
Kisah keluarga, kisah masyarakat kampung, kisah politik, kisah seorang anak muda yang berjiwa besar..ingin melihat masyarakat kampung yang mundur itu maju dan keluar daripada kemiskinan dengan hasil usaha sendiri. Tulisan Khadijah Hashim selalu serasi dengan jiwa saya.. Novel ini bukan kisah sedih tapi endingnya mampu membuat saya menitis air mata.
Saya tak ingat bila saya membaca buku ini; pastinya semasa saya remaja dan tidak berapa mendalami subteks garapan Puan Khadijah. Tapi yang saya masih ingat, ianya penuh dengan pahit manis kehidupan.