Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khalifah-Khalifah Yang Benar #1

Khalifah-khalifah Yang Benar

Rate this book
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat."

Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi.


Inilah kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga.

Abu Bakar as Siddiq, lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.

Umar al Khattab, lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

Uthman Affan, lelaki yang mengahwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

Ali bin Abi Talib, lelaki yang punyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.

Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah, khalifah-khalifah yang benar.

770 pages, Hardcover

Published June 1, 2010

11 people are currently reading
150 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (59%)
4 stars
24 (30%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Anis Khairi.
15 reviews1 follower
May 16, 2017
Terima kasih pak latip kerana membuatkan sy terus mengenang dan mengkaji sejarah Islam. Teruskan berkarya!
Profile Image for Cikin R.
21 reviews
March 2, 2020
Sesuai untuk adults & kanak-kanak. Banyak ilmu baru & kisah-kisah sahabat yang dapat kita tau. Cuma bahagian Ali agak pendek. Tapi apa apa pun, great read!
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
January 26, 2013
Sesungguhnya kisah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat ini perlu sentiasa dikenang buat pengajaran sepanjang zaman. Kisah-kisah seperti inilah yang perlu sentiasa dikongsi bersama anak-anak sebagai contoh teladan...betapa hebatnya iman mereka...betapa hebatnya akhlak mereka dan betapa mereka memilih untuk tidak hidup secara bermewah-mewah yang melampau-lampau walaupun mereka mampu melakukannya...
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 12, 2012
dah baca semua... mmmm.. terpaksa bagi 3 star sebab kisah Usman r.a dan Ali r.a terlalu pendek dan kurang menyerlah seperti nampaknya penulis hanya bersemangat ketika kisah Abu Bakar r.a dan Umar r.a tapi bila sampai 2 sahabat terakhir ni, dia dah macam hilang touch dah... huhu.. worth reading but better read Ibnu Katsir if you want the real detail one. Great!
Profile Image for Muhammad Shafiq.
8 reviews5 followers
July 7, 2013
its great .... it shows the life story of the khulafa urrasyidin, their life and how they accepted islam. Good reads for those who wants to know how islam changed them. How it makes them great person in history.
Profile Image for Shah.
4 reviews1 follower
June 7, 2012
cerita yang hidup dan banyak mengalirkan air mata..
sangat menginsafkan..
Profile Image for Julia.
4 reviews5 followers
March 17, 2015
Terpaksa memberikan rating yang kerana terdapat fakta sejarah yang agak mengelirukan. Saya berhenti membaca setengah jalan sbb tak nak bertambah keliru.
Profile Image for amnhkm.
11 reviews
December 27, 2013
Jasa Khalifah Ar-rasyidin kepada umat Islam. Dapat di lihat betapa mudahnya musuh Islam menyebarkan fitnah dan menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.