Jump to ratings and reviews
Rate this book

KASINO

Rate this book
Sinopsis : Kasino
Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.

Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke Badan Pencegah Rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Mohd Narcissus Yussof, 39, is a suave entrepreneur who enjoys all the finer things in life. But when his political patrons are replaced by a new set of people, he is in trouble. He needs to recover RM3.8million or be charged in court. He then remembers his casino memberships ... KASINO is a picaresque journey into the heart of the Malaysian
business elite.


__________________
Novelis : Saifullizan Tahir
Saifullizan Tahir dilahirkan di negeri Johor. Arkitek landskap yang turut mengendalikan perniagaan pegurusan acara dan latihan di Damansara. Hasil tulisan beliau yang lain termasuk cerpen, sajak dan esei pernah tersiar di Dewan Budaya, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Penglibatan dalam bidang kesenian termasuk sebagai juri teater untuk Kakiseni Boh Cameronian Awards 2003-2007. Antara anugerah yang pernah dimenangi adalah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxon-Mobil dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim.



Rekabentuk/letak : teckhee.blogspot.com
Fotografi : Pang Khee Teik
Model : Rusyan
Perunding : Uthaya Sankar SB

Cetakan Pertama : Julai 2011
Cetakan Kedua : November 2011
Cetakan Ketiga : Mei 2012
Cetakan Keempat : Mac 2013
-

280 pages, Paperback

First published June 11, 2011

19 people are currently reading
497 people want to read

About the author

Saifullizan Tahir

4 books34 followers
I judge people by the books they read, because I'm shallow like that.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
180 (29%)
4 stars
200 (33%)
3 stars
150 (24%)
2 stars
59 (9%)
1 star
17 (2%)
Displaying 1 - 30 of 98 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
791 reviews106 followers
October 11, 2015
Rasanya tajuk Kasino sangat tak sesuai. Narcissus lagi sesuai kot...


Agak teruja nak baca buku ni lepas baca review Gobokairina. Sangat janggal rasanya bila dikatakan seorang yang minum arak, mengamalkan seks bebas, rasuah dan berjudi tapi tidak meninggalkan solat. I was like...what?? Really?? So not gonna believe it. Jenuh juga la Cherina nak jawab soalan saya, macam la dia yang tulis buku ni, padahal dia tukang baca dan review jer..hehehe..*sorry ye Cherina :-P *

Dari situ saya masukkan buku ni dalam wish list saya. Nak beli teragak-agak juga, tapi rasa nak tahu sangat-sangat apa sebenarnya cerita dalam Kasino ni. Setelah lama menunggu, akhirnya berjodoh juga saya dengan buku ni...

Benar seperti kata seorang sahabat, sekiranya penulis menceritakan tentang dirinya atau perkara/persekitaran yang dekat dengan dirinya, maka cerita tersebut akan lebih hidup. Mungkin kerana apa yang diceritakan adalah pengalaman langsung atau tidak langsung penulis sendiri. Penulis mempunyai pengetahuan yang luas tentang apa yang ingin diberitahunya kepada pembaca.

Dalam 20% yang pertama, saya amat mengagumi penyampaian penulis. Sehinggakan saya memejamkan mata sahaja terhadap perlakuan watak utamanya terutama tentang tabiat suka menyumpah tu. Tapi lama kelamaan saya menjadi semakin bosan dengan adegan sama yang berulang-ulang. Penulis menggunakan teknik penceritaan yang menunjukkan dengan sangat teliti setiap perbuatan watak utamanya. Bangun pagi, gosok gigi basuh muka pakai seluar dalam jenama apa, baju seluar warna dan jenama apa, stokin apa, kasut mana...pendek kata semua diceritakan dengan sangat detail setiap hari selama 14 hari tu (dalam erti kata lain satu buku). Malahan Dato Narcissus juga boleh mengetahui jenama apa pakaian dan minyak wangi setiap orang yang berurusan dengannya (kecuali jenama murah, memang dia tak kenal). Hebat, sangat hebat. Walaupun sibuk dengan bisnes arkitek landskap dan lain-lain perniagaan, Dato' masih sempat nak mengenal fesyen-fesyen terkini barangan berjenama (tak kira lelaki atau perempuan) dan juga segala macam bau minyak wangi yang ada di pasaran. Agaknya dia pernah jadi Buyer untuk mana-mana butik kot...

Disebabkan peralihan tampuk pemerintahan Negeri Tualang daripada BN kepada PR, maka projek-projek yang telah dipersetujui dan diluluskan sebelum ini menghadapi masalah akibat tekanan dari pihak2 tertentu. Dan disebabkan itu juga, projek perasmian secara besar-besaran Marina yang sepatutnya dijadualkan pada minggu hadapan dibatalkan dan dia diminta memulangkan semula semua wang kerajaan negeri yang telah dikeluarkan dalam masa 14 hari. RM 3.8 juta! Dah la kewangan syarikatnya tak berapa stabil sekarang kerana kekurangan projek.

Buku ini menceritakan dengan terperinci apa yang dilalui oleh Dato' Narcissus setiap hari sepanjang 14 hari tersebut. Mengenai apa yang beliau lakukan untuk mencari wang sebanyak RM 3.8 juta itu.

Mulanya saya ingatkan Dato menyertai pertandingan judi antarabangsa yang dibuat di kasino dan apa persediaan dan helahnya untuk memenangi pertandingan tersebut ..hehe. Rupanya bukan. Setiap hari dihabiskan dengan berhibur, masih lagi membuang duit ke sana sini, mungkin kehidupan golongan ini memang begini kot, serabut nk cari duit, tapi dalam masa yang sama tetap maintain dengan kehidupan terlampau mewah sehinggakan rasanya RM 50,000 pun dihabiskan sekelip mata jer, malahan tak merasa apa pun. Kalau macam tu ketika serabut dan takut kena tangkap oleh SPRM, masa biasa macam mana pula agaknya. Setiap pagi dimulakan dengan arak (dah lupa nama dia), by 10 am kadang-kadang dah habis sebotol atau 2, lunch minum wine juga, berapa gelas ke berapa botol entah, by 4 pm agaknya dah 5 botol arak habis, malam berbotol-botol lagi. Yang herannya dia x pernah mabuk atau hangover. Cool jer..huhu. Walaupun minuman ruji tu arak, Dato' Narcissus sentiasa solat. Siap buat solat tahajud lagi. Tapi rasanya solat Subuh jer yang dia tinggal. Yang lain macam cukup jer. Bila ke luar negara untuk berjudi pun, Dato' masih menunaikan solat secara jamak dan qasar, keistimewaan untuk musafir...Dan saya, rasa nak menjerit setiap kali baca pasal solat ni...saya tak nampak signifikannya apa yang penulis nak sampaikan dari perbuatan ini. Jahat tapi masih ingat Tuhan, mungkin?

Dan akhirnya...Dato' berjaya mengumpulkan jumlah tersebut melalui kasino. Tu jer la kesinambungan cerita dan tajuk.

Giler abrupt ending. I was like....huh?

Additional note -11 October 2015

Saya rasa langkah Fixi untuk melabelkan buku-bukunya hanya kepada pembaca matang adalah satu langkah yang tepat. Tujuannya mungkin sebagai salah satu cara untuk menghentikan komen-komen negatif berkaitan buku-buku terbitan Fixi. Orang baca, nak baca jugak ye, bila dah baca komen x sesuai pula...huhuhu.

Untuk buku ini, saya memang sangat2 mengharapkan sesiapa yang dah baca atau yang lebih matang fikirannya supaya memantau rakan-rakan lain terutamanya adik-adik yang masih lagi tercari-cari arah tujuan. Yang masih belum dapat berfikir jauh dan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang nampak 'hot' tapi dia sendiri x faham apa.

Sekiranya kebaikan walaupun sedikit, tapi pahala yang diperolehi akan berterusan selagi ianya membawa kebaikan kepada orang lain. Yang selalu dilupa adalah dosa juga akan berterusan sekiranya perbuatan tidak baik itu turut diikuti oleh orang lain.

Dan ada pernyataan-pernyataan di dalam buku ini yang pada pandangan saya boleh memberi impak negatif sekiranya dibaca oleh mereka yang kurang ilmu dan pemikiran yang cetek.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
October 2, 2017
Aku pun terpinga-pinga by the end of this book. Tapi ini jenis realisme orang kaya that I like, probably a little exaggeration tapi speaks a whole lot of truth.

Gaya penceritaan pun bersahaja dan tidak membosankan.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 19, 2011
Memetik kata-kata Fixi penerbitan yang memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masa kini. Judulnya pun hanya satu perkataan sahaja. Bikin ia gempak dan nampak boombastik. Dan jujurnya bila salah satu terbitannya ada di genggaman, aku mengharapkan sesuatu yang lebih ‘luar biasa’.

Kasino membawa kisah Dato Narcissus; seorang usahawan Bumiputera yang cukup berpengaruh. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi apabila tampuk pimpinan bertukar, dia sedikit tersepit. Lebih parah apabila satu projek meganya sudah ditarik balik. Akibatnya dia kini terhutang lebih kurang RM3.8 juta dengan kerajaan negeri. Dalam masa 2 minggu, dia perlu melangsaikannya atau dia akan dihadapkan ke badan pencegah rasuah.

Dan dalam setiap bab yang mewakili satu hari [14 hari] yang dilalui oleh Dato Narcissus dalam usahanya mencari wang bagi membayar hutang tersebut. Dia perlu mencuba sehabis daya dalam menyelamatkan reputasinya. Dan ikhtiar terakhirnya adalah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Berjayakah Dato Narcissus mengumpul RM3.8 juta dalam masa 14 hari? Hanya Kasino ada jawapannya.

Mungkin cerita ini jujur dalam maksiat, jujur dalam perkara dosa yang dibuat. Ada ‘hero’ yang berpersonaliti unik - usahawan berjaya, suka minum arak, main perempuan tetapi tak tinggal solat. Nampak hampeh tapi jujur aku katakan, watak sebegini akan memberi kesan kepada para pembaca sepanjang mereka menghadam naskah ini. Apa pun tahniah penulis kerana menghidupkan watak Dato Narcissus dengan jayanya. Dia bukanlah hero pujaan Malaya romantis seperti Seth Tan dalam Kasih Yang Suci, tetapi awas karismanya tetap dapat mencairkan hati wanita. *smirk*

Kesalahan ejaan yang bukannya sedikit membunuh setiap rasa yang ada. Mungkin pihak editor perlu ‘bekerja keras’ sekiranya ada cetakan kedua.

There should be a 'break' before and after this para, to mark a new location [page 205] – apa relevannya ayat ini?
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
December 27, 2012
Aku agak terlambat untuk mendapatkan Kasino karya Saifullizan Tahir, novel kelima keluaran Fixi hanya kerana toko-toko buku di Pulau Pinang masih belum mengambil stok naskhah judul tersebut. Makanya aku kira ulasan ini kira-kira sebulan lewat daripada ulasan-ulasan yang telahpun blogger lain sediakan.

Satu perkara yang sering aku lakukan di bawah sedar sebelum aku mulakan apa-apa pembacaan (tambah-tambah lagi kalau penulisnya kurang aku kenali, maaf Encik Saifullizan!), aku akan mengugel dan mencari karya-karya beliau yang sebelumnya dan aku ketemu dengan cerpen Kota Itu yang telah tersiar di Mingguan Malaysia pada 14/01/2007 [BOLEH BACA CERPEN ITU DI SINI]. Kenapa aku gigih untuk berbuat sedemikian rupa? Saja. Aku mahu ambil feel dan rentak penulisan penulis itu sendiri.

Membaca bab pertama novel Kasino yang dilungsurkan di laman sesawang rasmi Fixi pada mulanya tidak begitu menggiurkan aku untuk membaca keseluruhan novel ini. Usai baca bab pertama, aku simpulkan bahawa Kasino ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan yang kerugian besar dan satu-satunya metod untuk dia kembalikan keuntungan yang hilang itu adalah dengan berjudi di kasino.

Hakikatnya kesimpulan yang aku buat itu hampir akuret sebenarnya. Kasino mengisahkan tentang Dato’ Mohd. Narcissus Yusoff: seorang usahawan, lelaki (semestinya, d’oh!), lurus (walaupun ada juga beberapa momen dia bersama lelaki-lelaki jambu - sila rujuk Bab 7, halaman 148, baris 21), kaya (oh, butik Ermenegildo Zegna hantar SMS kepadanya memberitahu yang koleksi pakaian terbaru sudah siap dimuatkan di butik. Nampak sangat dia antara pelanggan tetap yang shopping sakan di situ!) dan punya hanya empat belas hari untuk mencari RM3.8 juta bagi mengelakkan diri daripada dihidu oleh SPRM.

Aku amat menggemari bagaimana plot Kasino terungkai; setiap bab diceritakan dalam bentuk satu hari dan pembaca dibawa menelurusi empat belas hari penuh naik turun Dato’ Narcissus dalam objektifnya mendapatkan duit berjuta-juta ringgit itu. Dalam bergelut dengan masa dan pelbagai masalah, sempat juga Dato’ Narcissus ini terbang ke Australia, bermain golf sana-sini, hadiri parti yang mewah-mewah dan semestinya berjudi di kasino.

Perkara yang aku tidak suka tentang novel ini:
Mungkin antara perkara yang menjengkelkan aku sepanjang pembacaan adalah bagaimana watak utama iaitu Dato’ Narcissus ini terkadang aku lihat seperti seorang cyborg dari planet lain (ruj: Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger) kerana hanya dengan melihat, Dato’ Narcissus sudah boleh mengetahui dres itu jenama apa, kasutnya cap apa, sampailah subang, rantai dan gelang yang perempuan yang dia pandang itu pun dia dapat tahu jenamanya. Menjadi seorang metroseksual itu adalah trademark kepada Dato’ Narcissus, cuma aku terfikir: banyak pula masa orang tua ni nak baca, belek dan hafal jenama-jenama pakaian dan aksesori wanita. Mungkin tidak akan kelihatan kelakar kalau deskripsi itu hanya pada apa yang dia pakai dan bukannya apa yang orang lain pakai (sebab secara logiknya mestilah tuan punya badan tahu jenama pakaian yang dikenakannya, betul tak?).

Banyak terma-terma sukan golf dan istilah-istilah yang eksklusif hanya digunapakai di kasino digunakan di dalam novel ini. Aku akui yang aku seorang yang buta golf, kalau tengok permainan golf di televisyen satu haram apapun aku tidak faham. Sistem skor, jenis kayu golf yang perlu digunakan, pakaian dan sebagainya diceritakan di dalam novel, tetapi terasa agak asing bagi aku (sehingga terpaksa mengugel). Namun begitu, usai membaca, sekarang aku sudah boleh berlagak sedikit kerana sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan par, birdie, eagle dan albatross. Oh, istilah kasino jangan cakaplah, terlalu banyak dan complicated sehingga ada satu bab aku terasa seperti mahu sahaja langkau kerana tidak faham walaupun membacanya berulang kali. Acapkali pembaca akan ketemu perkataan seperti croupier, shoe dan banker. Jujur, kalau mahu angkat dan baca naskhah ini, bersedia dengan Google di sebelah untuk membantu (melainkan anda sendiri pernah berjudi di kasino, makanya tiada masalah di situ).

Perjalanan ceritanya agak ringkas dan linear, terkadang terasa agak bosan. Watak utama perlu cekau RM3.8 juta dalam tempoh dua minggu atau dia diheret ke badan pencegah rasuah, watak utama pinjam sana-sini, dan akhirnya gadaikan nasib di meja pertaruhan di kasino. Konklusinya, adakah Dato’ Narcissus (yang berulang kali menegaskan dirinya seorang yang amat kacak) berjaya mengumpulkan wang itu dalam tempoh yang ditetapkan? Aku enggan dedahkan, spoiler pula nanti. Teehee…

Perkara yang aku suka tentang novel ini:
Menurut Wikipedia, Narcissus digambarkan sebagai seorang yang amat tampan dan sehingga pada suatu ketika obses dengan ketampanan dirinya sendiri. Masuk bab ketiga baru aku faham kenapa penulis meletakkan Narcissus sebagai nama watak utama novel ini. Dato’ Narcissus bukan sekadar tampan, malah ada beberapa ketika agak riak dan mengagung-agungkan ketampanannya (yang pada gambaran aku tidaklah sekacak mana, cuma dia memang seorang lelaki yang perasan lebih) dan tidak habis-habis mahu tegaskan yang dia kaya dan punya ‘senjata’ yang juga besar. Berketepatan dengan pemilihan nama Narcissus yang diangkat dari mitos Greek.

Aku akui tidak begitu mengikuti perkembangan politik lokal, hanya cukup sekadar tahu siapa yang jatuh bangun, siapa yang tuduh apa, siapa yang hanya omongan kosong dan siapa yang berkobar-kobar menegakkan benang yang basah. Dan aku angkat topi buat Kasino kerana berjaya menduplikasikan realiti sebenar dunia politik lokal. Sepanjang pembacaan, kita akan disajikan dengan karekter-karekter dua muka, kehidupan golongan VIP yang berbelit-belit dengan perempuan, arak, korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Terkadang aku seperti dapat rasakan yang Kasino ini merupakan suatu tempelak yang subtle terhadap apa yang berlaku di tanah air sekarang.

"Apa yang aku rasa Malaysia perlu baiki adalah dari segi hospitality. Orang Malaysia secara amnya berat mulut dan agak memilih bila nak berbuat baik dengan orang. Kalau dengan orang putih, atau orang asing, bukan main hormat dan tunduk lagi. Tapi denagn orang senegara, liat nak senyum. Sombong bodoh; kalau pandai macam aku tak apa juga."
- Bab 12, halaman 233.


Aku tidak habis-habis akan tertawa setiap kali tukang cuci Dato’ Narcissus yang bernama Mariska memunculkan diri. Bukan apa, aku asyik teringat akan Mariska Hargitay, bila teringat akan pelakon itu aku akan terbawa pula untuk terfikir akan filem jenaka The Love Guru lakonan Mike Myers dan Jessica Alba. Secara automatik setiap kali aku terbaca perkataan ‘Mariska’ di dalam Kasino, aku akan terpanggil untuk menyebut “Mariska Hargitay” sebagai ucap selamat seperti yang dilakukan di dalam filem tersebut.

Aku suka penyudah cerita novel ini walaupun sebenarnya ia memang sudah dijangka dari awal lagi. Okay, cukup. Aku tidak mahu ulas lebih lanjut kerana seperti yang aku tegaskan di atas, aku tidak mahu sajikan spoiler.

Yang pasti, Kasino bukanlah untuk bacaan semua orang. Isinya berat, tidak mungkin boleh diterima kebanyakan orang (yang aku kira tidak begitu tolerant dan terbuka lebih-lebih lagi menyentuh bab agama dan pendirian). Bagi aku, Dato’ Narcissus merupakan seorang lelaki yang in denial. Dia tahu apa yang dia lakukan (minum arak, seks bebas, berjudi dsb) itu sebenarnya salah tetapi tetap melakukannya hanya kerana dia mampu dan mahu. Ironinya dia juga seorang lelaki yang menjaga solatnya. Ada beberapa ketika, Dato’ Narcissus terus ambil wuduk dan kerjakan solat sebaik sahaja selesai bersenggama, dan ada juga ketika solat dikerjakan ketika dia dalam keadaan mabuk.

Kontradiksi pendirian yang dipaparkan dalam Kasino adalah benar. Aku sendiri mengenali beberapa individu yang menjalani hidup seperti Dato’ Narcissus (oh, cuma minus memakai pakaian berjenama dan tidak memandu Porsche). Mereka menganggap yang dengan menjaga solat makanya diri mereka akan terpelihara dan sejahtera selalu, walaupun pada ketika-ketika lain mereka menggelumangkan diri dengan arak, perempuan dan segala macam maksiat lain. Aku juga tidak begitu pandai dalam bab-bab agama, namun aku tahu yang itu bukanlah cerminan Islam yang sebenarnya.

Apa-apapun, tepuk dada, tanya selera. Betul tak?
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
October 13, 2015
KASINO sangat menangkap perhatian pada permulaan cerita, namun agak bosan dengan babak-babak berikutnya. Cerita yang ditulis berkisar kehidupan sehari-hari Dato' Narcissus yang digambarkan penulis sebagai seorang yang agak kacak, hedonis dan judgmental orangnya. Walaubagaimanapun, aku suka plotnya, agak kreatif dan berbeza.

Pertama sekali, aku suka bagaimana penulis perincikan setiap perkara tentang watak utamanya, Narcissus. Seolah-olah aku mencuri baca diari Narcissus, dan aku tahu serba-serbi tentang dirinya. Tentang keluarganya, skandalnya, pandangan peribadinya, taste-nya dan macam-macam hal lagi. Seperkara yang aku sedikit 'menyampah' dengan perangai Narcissus ialah betapa dia meneliti manusia sehingga mampu menyenaraikan jenama perhiasan diri, daripada baju hingga ke kasut. Kadang-kadang rasa perempuan pun boleh kalah dengan Narcissus!

Sebenarnya aku agak keliru dengan beberapa perkara dalam KASINO. Narcissus digambarkan sebagai seorang yang tidak kisah halal haram seperti berzina, minum wain, main judi (sekadar menyebut beberapa contoh), namun pada masa yang sama penulis turut menyebut beberapa perbuatan Narcissus menunaikan ibadah solat. Tidakkah hal ini membuatkan pembaca terdetik (mungkin), "Oh boleh je buat macam ni", seolah-olah segala dosa tidak menjadi soal besar, yang penting solat yang menjadi tunggak Muslim itu tidak ditinggalkan. Aku keliru di sini, apakah motif penulis menggambarkan sedemikian rupa. Okay, aku faham, manusia ni memang hidup ada kala ingat Tuhan, ada kala lupa pula pada Tuhannya, namun bagi aku penulis gagal memberikan satu impak yang mengesankan terhadap hal ini. Ada beberapa kali aku pun terdetik juga, menarik saja penulis mendedahkan sisi dosa dan sisi pahala Narcissus, yang mana biasanya dalam sesebuah naratif cerita tidak begitu disingkap dengan adil sisi baik dan buruk sesebuah watak utama. Akan tetapi penulis dengan adil mendedahkan sisi maksiat dan sisi ibadah oleh Narcissus. Atau mungkin Narcissus sebenarnya memang seorang yang patuh pada agama, namun disebabkan dia gagal mendapatkan jawapan tentang beberapa persoalan tentang agama itu sendiri akhirnya dia berpegang pada perkara yang dia percaya sahaja (seperti solat), begitukah? Dan lagi satu, perlukah diperjelaskan babak seks dengan sejelas-jelasnya? Adakah FIXI berniat mahu melariskan jualan KASINO melalui pendedahan perbuatan seks?

Apapun, aku suka dengan beberapa pandangan peribadi Narcissus terhadap politik, bisnes, sosial dan lain-lain lagi. KASINO bukanlah bacaan ringan yang dibaca sembarangan orang (sebab aku sendiri tak faham keseluruhannya).
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
May 12, 2013
Aku dapat rasakan tajuk buku ini tidak sesuai di letakkan sebagai Kasino, mungkin perkataan "Jenama" tu lagi menarik...Pertamanya, terlalu banyak penulis memperkatakan jenama sesuatu barang...terperinci hinggakan seluar dalam pun di ceritakan...Keduanya, 2 bab terakhir baru di selitkan perihal Kasino bila watak utama Dato' Narcissus pergi berjudi di Singapore...Ketiganya, walaupun mengalami masalah hutang, watak utamanya masih tidak lokek berbelanja...Keempatnya, pinjaman yang di beri kepada Idrose untuk "Pinjaman Ah Long", telah dapat faedahnya setelah beberapa hari, sedikit tak logik di situ...

Watak utamanya seorang usahawan & kenamaan...seorang yang mementingkan kesempurnaan sehingga rumah tangganya pun hancur...mengisahkan Dato' Narcissus yang berusaha mencari RM3.8 juta dalam tempoh 2 minggu untuk membiayai hutangnya...malahan rumah tangga beliau juga mengalami kehancuran di samping wanita2 simpanan yang tidak setia..

Jika di lakukan perbandingan, Novel Dendam lebih berbaloi untuk di baca berbanding dengan novel ini...
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 23, 2016
it is a good thing that I neither have the mood nor the inclination to review any books at the moment.... I will leave my comment at that.

but.... i must say... at the risk of being bashed by either the author or the dhf, i honestly wont recommend this book to any one. *PEACE*
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 28, 2016
27/10/2016
Aduhai..susah betul saya nak faham..dah 3 minggu saya mula masih kat chapter yg sama..its like starting to read malay novel all over again..merangkak2 saya baca just to understand..bukan penggunaan bahasa tapi the details on certain thing and correlation with the losses he had to cover. Saya tak suka biz and politics being mixed but itu mmg lumrah pun. Trying to avoid it at all cost. Kalau cakap pasal quotations and untung rugi tu masih bolehlah faham. Macam tengah lihat Donald Trump Versus Hillary Clinton and Melania Trump dan Michelle Obama buat speech pulak. (ini kebetulan saja saya ambil tahu sebab tersebar on the net.)

Dan apa kepentinganlah cakap pasal all those branded goods that u are wearing. I admit appearance matters but to what extend? Datok Narcissus kumpul branded items macam saya kumpul novel..you know, the feeling of reading rated content in english is different from reading it in malay walaupun tak begitu detail..khairan betul dengan my double standard..jgn kecam saya..kerja keras mlm ni nak habiskan novel ni sebab esok dah nak pulangkan to NLB. TBC

28/10/2016
I thought changing of management wont affect the WIP. Proper takeover is important. Dah terang2 awalnya mereka serahkan pada DN to proceed as he wish then suka suki buat claim ganti rugi..Saya bab biz ni mmg lemah..belajar mmg senang..tapi untuk perusahaanlah kalau negara or negeri terlibat sama mmg tahap blur tak ingat.

Saya tak rasa DN begitu kaya. Pendapat saya, he can be considered as the poorest among the rich..even gaji pekerja pun kadang tertunda..biar papa asal bergaya ni mcm prinsip hidup dia. Image as a bizman harus dijaga. Dah darurat pun perbelanjaan dia tak dikawal. Money and prestige will never be enough. Salah satu tabiat dia yg saya suka dia tak lokek walau dalam keadaan terdesak. When u are a fashion fanatics, at a glance u can tell what a person is wearing. Teringat dua tiga teman saya punya experience. Saya kagum dengan diorang..they can tell head to toe whether its fake or genuine. Bab beg, kasut dan barang kemas, my SIL mmg pro..Bab minyak wangi tu sebab saya mmg suka, jadi bauan yg dah familiar dengan rongga can be detected easily. Well different people ada different hobby and their line of work permit this kind of knowledge where at time it come in handy.

Dont know what went wrong in his marital life..sebab dari apa penulis listkan, isterinya seperti a man's dream. Maybe he was too busy kut itu yg berubah hati..or maybe to top it all, dia curang. I mean b4 the 2 yrs seperation. Dolly needs his love, Salmah wants his reputation and wealth..between these too, I voted for Dolly at least she was sincere and patience with his antics. Mageedha (tak ingat spelling), entahlah nak cakap apa..bab wanita dia tak yakin..dia hanya membeli cinta as what he pointed out b4.

Saya rasa jika DN curb his vices (womanising, drinking habit and towards the end, bribery), dia dah almost perfect. In lieu of his corrupted world, sholat tak tinggal juga. Tahajud lagi..bab ni saya salute him..cuma bab jamak je macam kelakar bunyinya sebab we are talking about living in Msia where Musholla are everywhere except highway. Sebenarnya sholat boleh mencegah maksiat tapi DN ni lain sikit. Laju je dia lakukan without qualms. Saya pernah dengar seorang ustaz kata, jika iblis sendiri tunduk kepada Allah kerana takut kenapa manusia pula tak buat yg sama? Jadi orang yg tak sholat tu lebih teruk dari iblis. Sejahat2 DN lengkap juga sholatnya..so urusan itu btwn him and the Almighty.

Saya pun dah macam retarded pulak boleh suka watak DN. In a way dia jujur sebab tak pernah berjanji apa2 pada sesiapa. Case Salmah and Dolly. Another attributes amidst his immorality, he kept his words once given.

3.5* for this sebab berjaya bawa saya keluar dari my comfort zone after so long. Started FIXI sebab ingin tahu what the raves all about..among 2 or 3 FIXI, this is most I like..belum baca lain lagi..Ending fixi always neutral.
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
June 30, 2011
Cerita fasal bagaimana seorang narcisistic, babi chauvinist yang berusaha keras mendapatkan duit kerana berada dalam shithole ditangkap penguatkuasa undang-undang. Memang meralitkan dibuai dunia mewah Dato ini, membayangkan gaya dan kehidupannya, tetapi citarasa tanpa falsafah sebenarnya cuma mengikut acuan yang ditetapkan oleh individu-individu lain. Boleh dikatakan setengah dari buku ini adalah perincian tentang jenama jenama designer, walaupun sayangnya banyak juga yang tersalah eja. hahaha

Sampai ke 3/4 buku aku sudah jadi tak sabar. Aku mula membayangkan ending yang bukan bukan terjadi keada Dato. Aku mula membayangkan dia akhirnya akan dipenjara dan disodomi kerana kekacakannya, aku mula membayangkan 'batang bengkoknya benanah dan gugur patah'. Ini malangnya tidak berlaku.

Plotnya juga straightforward dan tidak mencabar otak. Ini memang macam Alaf 21. Editing / proofreading nya juga harus diperbaiki sekiranya ada cetakan kedua. Entah apakejadah tiba tiba ada 'There should be a 'break' before and after this para, to mark a new location.' WTF???

Pendeknya, KASINO adalah cerita sangat mudah tentang Dato kaya dalam masalah kewangan yang mengusap naluri mono budaya konsumer global insan insan berjiwa kosong bertuhankan benda. Walaupun si Dato ni sembahyang aku percaya dia cuma menipu dirinya sendiri. Tak payahla nak impress sangat. *mono budaya tu aku pinjam Ridhwan Saidi).

2 bintang kerana membuatkan aku ralit. Tetapi amat sedikit pencerahan dari pembacaan ini. Maaf aku tidak boleh memberi lebih.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 17, 2013
Ini buku kedua daripada Buku Fixi yang saya baca selepas Zombijaya. Bila habis membaca buku saya yang berasa lega. Sebab sebenarnya semua tu hanyalah permainan dunia politik semata. :p

Mengisahkan perjalanan selama 14 hari Dato' Mohd Narcissus Yussof, seorang usahawan bumiputera yang terpaksa mencari alternatif untuk memulangkan kembali wang yang terhutang kepada kerajaan negeri Tualang sebanyak RM 3.8 juta. Wang itu sebenarnya adalah wang pendahuluan pembayaran untuk majlis perasmian projek bernilai jutaan ringgit di Kuala Tualang.

Dalam tempoh 14 hari ni memang jauh perjalanan Dato' Narcissus ni. Dari Malaysia membawa ke Australia dan akhirnya ke Singapura. Yela, cuba kita bayangkan kalau kita sendiri yang duduk dalam situasi ini. Mesti kita akan cuba sehabis daya untuk dapatkan juga wang yang kita perlukan kalau tak mahu dihadapkan ke SPRM. Heh.

Percaturan terakhir Dato' Narcissus adalah dengan mencuba nasib di kasino antarabangsa. Adakah dia berjaya mengumpulkan wang yang diperlukannya itu?


Komen saya: Agak mengagumkan sebab saya berjaya habiskan pembacaan buku ni dalam tempoh sehari sahaja. Amaran awal sekiranya hendak membaca buku ini, silalah buka minda anda seluas-luasnya supaya dapat menghadamkan apa yang disampaikan di dalam buku ini dengan sebaiknya.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
March 3, 2012
Aku gemarkan unsur politik yang bersifat realistik dan unsur arkitektur yang kadangkala bersifat trivial dalam novel ini, bagi aku agak menarik untuk diambil tahu.

Aku juga sebenarnya jemu dengan tabiat karakter utama yang tak jemu-jemu asyik mengungkit jenama pakaian, wangian dan aksesori yang dia kenakan pada tubuh sepanjang 14 hari ikhtiar akan wang sejumlah RM3.8 juta.

Ini mengingatkan aku akan babak awal karakter Patrick Bateman di dalam kondominium dari filem American Psycho lalu bikin aku beranggapan bahawa karakter utama adalah seorang narcissist. Paling ketara bila ada beberapa babak dia melihat pantulan diri pada cermin. Kena dengan nama, Narcissus.

Dari segi jalan cerita, laju memang laju tapi seolah ada terlanggar lopak air di kala pertelaahan melaju. Sebabnya ada sesuatu yang gemar diungkit contohnya seperti aku nyatakan dalam perenggan sebelum ini.

Sedikit lucu dalam novel ini, di mana Narcissus seolah tak pernah gagal menjenamakan apa jua benda yang dikenakan pada tubuh orang lain. Barangkali dia seorang yang teliti.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
May 6, 2023
Santai baca ni. Tak terasa tegang tapi rasa ingin menyusuri setiap alur cerita yang penulis bawakan. Watak utama sangatlah menarik lagi lagi part sentiasa solat dan cari kiblat. Konsep dan prinsip yang watak utama terapkan dalam hidup juga menarik. Cuma 2 hal yang boleh diperbaiki. Tajuk kasino maybe boleh tukar ke nama watak utama. Sbb part kasino tu hanyalah 20% daripada bahagian cerita. Kedua, pengakhiranya yang buat kita terpinga dan macam gitu je?
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
January 27, 2012
Is it weird? I like it.

Its a fairytale story about a life of a promiscuous, spendthrift man who had his life turned upside down when he found himself owed money to the government and had to pay them under 14 days or risked being investigated by the IRS (or SPRM). Emphasize on fairytales, jeez, people do like take things too serious.

Almost immediately, I thought the obvious brand endorsement and the narcissism was a tribute to the anti-hero legend.....

I hope I'm not the only one who micro-second-laughed when there was that name that out of nowhere suddenly pop up in one page.

Honestly, the name "Narcissus" is what probably the character think himself as. Like what "Fight Club" and "A Clockwork Orange" main character call themselves in. The MC's name was probably different and common (what does his mother think to call him that? its like calling your kid, Scorpius, Draco, Narcissa, Sirius, Severus...etc). But this book is the story about his life. His little world of his own. So who are we readers to say anything about it.

For all he is, I do wish he would be more adventurous, psychopathic, highly functional sociopath thing... keep more skeletons in his closet than Mikael Blomqvist's woman's collection.

Actually I'm quite fine with female portrayals in this book. It does balance out the overwhelming male force of the main character. Hey, I'm not all feminist the whole time.

Problem with the book is that - the story is too slow. I like the Norman Bates thing but from the first chapter, I would have jump to chapter 10 (around page 200) just to see where the story goes according to the title. I couldn't say the book is quotable but at certain points along the way, I do appreciate the snide sarcasm through the book. Unhealthy as it is.

In some near future, I would try to find this author's other books in bookstore. I really like his writing.... especially in a sort of obsessive compulsive way he had with labels and matching up with his side characters. Its very creepy and I like creepy author. And yay, the author didn't mess up with too many characters with too many baggages as side characters in his book. I always hate that happen...

The sex innuendoes were very funny. I don't know but plainly, as crude as it literally possible, all the sex scenes in this book is very humorous. I don't know why people would think it was too 'hot' for some people. Pretty, mind-boggling because that would imply really2 high level of imagination for little non-graphical phrases to make you high while reading this.


Hmmmm?

I would have renamed the title to something else, calling it "Kasino" had given me a free spoiler to the book considering it didn't happen 80% in the book. Honestly, it would be totally fine to call the book as 'Narcissus'. The main character calling his book with his name... I had no problem since.... obviously it IS the proper name for the book.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
September 7, 2012
The story line is different, creative and turn hedonistic character excellently but too much information on branded items and annoys when the way he (Narcissus) preparing himself in the morning takes two pages !

But I enjoyed the background, the fun time, and all the sins which too familiar with myself and I can feel the joys and pleasure.

The ending wasn't cliche at all but boring as not as expected ; a bit thrilling maybe?
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 4, 2015
cerita yang mendatar dan penuh dengan nama-nama jenama yang aku tak pernah kenal. seronok juga sekali-sekala layan cerita orang-orang kaya ni. Dato' Narcissus nampak macam seorang yang perfectionist tapi bagi aku dia banyak songeh.
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
June 9, 2016
Mendatar je ceritanya..
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
September 27, 2022
Padu cerita ni, tolak tepi la carutan, semua semua aksi panas dalam cerita ni.

Aku yakin penulis ni dia seorang yang sangat detail. Aku boleh bayangkan dengan jelas setiap perkara yang dia ceritakan ya. Dato tu hensem gile!

Aku suka cerita ni sebab cerita ni memang realiti sebenar tentang korupsi yang berlaku tak kisah la kau dari Jabatan Kerajaan, Pak Haji, Kontraktor, Supplier ke.

Lagi satu realiti kehidupan yang biasa kita tengok zaman la ni ialah solat tak tinggal, tapi perangai mengalahkan setan. Jahanam!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
May 15, 2021
Tentang Narcissus yang perlu melangsaikan hutang sebanyak RM3.8 juta dengan kerajaan negeri dalam tempoh 2 minggu. Pelbagai cara digunakan Narcissus antaranya dengan berjudi. Isu politik, perniagaan, Pakatan Rakyat, gundik diselang-seli dalam cerita. Pengakhiran yang nais.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
May 27, 2025
To me, this is a notorious masterpiece.
The contradictions, phew. Kesudahan yang paling cun dalam otak aku, Dato' Mad ni kahwin dengan Mageedah. She's too cool to be just a gundek.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015

i don’t even know how to begin.

permulaan cerita yang sangat sangat tak menarik perhatian aku. seriously? banyak sangat cakap pasal politik. tapi aku gagahkan jugak nak teruskan.

sampai part tengah, okay. it’s getting better.

aku try nak bayangkan seorang lelaki yang handsome dan muda. tetapi bila gundek dia pun dah 16 years younger, terus aku terbayang Robert Downey Jr. handsome la jugak kan.

obsesi penulis terhadap jenama. interesting bagi aku. sebab macam macam brand dia tahu. man’s. woman’s. memang nak gambarkan yang watak Narcissus (omg. nama dia ni kalau sebut banyak kali sumpah kelakar. kahkah) seorang yang menjaga penampilan dan gaya. tapi ada 2 pages yang aku skip sebab the whole pages duk describe pasal brand and apa yang Narcissus ni buat time nak mandi, pakai baju semua. aku dah start yawning.

aku suka watak Narcissus ni sebenarnya. dia seorang yang realistik, optimis, tak cepat give up. despite all the bad things he did, dia tak pernah tinggal solat. siap buat tahajud sekali. i’m impressed. but i didn’t say that it’s okay to do all those things asalkan kau tak tinggal solat. menyimpang sangat ajaran ni. kahkah.

dan ending yang aku tak faham. kenapa Narcissus tak cakap pape? kenapa dia tak maki hamun? kenapa dia tak marah? sebab dia dah beria cari duit, gamble duit semua untuk ganti balik hutang, then all of sudden that majlis perasmian is going to be held as planned? sumpah aku tak faham. and that deal with that secretary. dia merasuah mamat tu ke apa? argh. aku tak suka la bila tak faham ending cerita ni.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
March 14, 2017
Ini pertama kali aku baca buku yang punya watak utama bernama Narcissus. Jalan cerita menarik dan tidak diceritakan dengan keterlaluan dan meleret. Otak aku tidak se'stress' seperti membaca Kougar (iya! tak boleh nak bandingkan dua buku Fixi ini - memang tak adil tapi lantaklah).
Aku kagum dengan watak Narcissus sebenarnya bukan sebab the fact yang dia kaki minum dan ke kasino bermain baccarat namun masih bersungguh mencari arah kiblat untuk tunai solat bila masuk waktu, tetapi wataknya sebagai seorang entrepreneur yang aku salut. He knows how to balance fun, leisure and work (boleh buat teladan heh!). Jalan cerita Kasino dari mula sudah buat aku tak sabar nak tahu apa jadi di akhir cerita - lebih kepada tak sabar nak tahu macam mana Narcissus nak gagau cari duit. Perkembangan setiap watak juga bagus - tidak keterlaluan dan tidak terlalu sedikit munculnya. Last but not least, kalau nak suruh aku baca Kasino lagi sekali pun aku sanggup. 5 stars!
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
January 28, 2012
Ok novel Fixi lagi. Jangan jemu jangan segan kerana 7 lagi entri akan datang juga gua akan review novel Fixi. Pada bab pertama gua sudah melebelkan novel ini sebagai slot Samarinda TV3 versi buku. Jalan cerita yang berkisarkan wang, pangkat, golf, rasuah, seks dan ya semua elemen yang selalunya ada pada orang-orang kaya. Novel yang menceritakan kisah hidup Dato Narcissus sebagai seorang usahawan Bumiputera yang berpengaruh. Mempunyai pakej yang lengkap; wang, rupa dan kote(?). Kisah bermula apabila beliau terpaksa melangsaikan hutang RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada kerajaan negeri, yang akhirnya membawa beliau ke Kasino. Ada 1 persoalan yang gua rasa gagal di jawab dengan sempurna. Pegangan agamanya. Hubungan beliau dengan Mageedah juga sedikit tergantung. Apa-apa pun masih lagi worth-to-read bagi gua. Oh ya, selesai menghabiskan muka surat terakhir novel ini membuatkan gua mahu menonton porno. Serius.

Next!

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
July 4, 2011
Hmmm... apa yang aku boleh katakan tentang Kasino? Jujurnya, jalan cerita novel Fixi yang ini memang ada kelainan, ada pelbagai benda baru. Ia adalah satu pengenalan kepada dunia bisnes dan politik. Dan tentunya, dunia kasino. Dan, dunia seorang orang kaya yang narsisis.

Tapi, jujurnya, kesalahan ejaan yang bukan sedikit menjejaskan pengalaman keseluruhan membaca novel ini. Dan aku rimas sebenarnya, dengan segala macam jenama yang dicampakkan dalam Kasino. Ya, aku tau Dato Narcissus orang kaya yang punya citarasa, tapi aku rasa tak perlu kot setiap kali nak ulang dia pakai jeans Alexander McQueen warna coklat atau kemeja Prada hitam atau seluar dalam Hugo Boss. Ya, aku tahu dia kaya.

Secara keseluruhannya, aku rasa Kasino adalah satu bacaan yang menarik. Tapi cukup sekali sudah aku membacanya.
Profile Image for Yusoff.
6 reviews
March 29, 2012
Aku agak skeptik untuk membaca buku ini pada mulanya. Tapi aku dah mula baca, susah pulak nak berhenti. Banyak mesej sinis terkandung dalam buku ini terutamanya apabila berbicara soal realiti politik di Malaysia - watak Dato' Narcissus Yusof ni pada aku, satu watak yang 'poyo', detail gila menceritakan apa yang jenama baju, seluar, tali pinggang, aftershave, kasut yang dipakai beliau sampai aku rasa dia ni seorang gay metroseksual. overall, ending cerita ni sedikit tergantung lah. Aku tak puas hati dengan ending cerita Kasino ni - seriously.

A good attempt for an honest writing.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
April 18, 2014
menarik, tapi terlalu details tentang jenama2 yg mahal, penting utk gambarkan, dalam buku ni terlalu perinci. sampai jenama boxer dan kaler apa lagi. kahkahkah aku tak enjoy pada permulaan, lambat. Tengah plot dan penamat aku suka. Simple dan nice. hidup ini seperti judi, kena pilih nak jadi banker atau player. nasib je si Mod ni pandai memilih utk jadi apa. apa2 pun, tahniah utk penulis. It was a great piece.
Profile Image for Nuruddin Abu Bakar.
Author 3 books3 followers
December 10, 2012
Idea tentang Kasino ini bagi aku amat sempurna dan menarik disusun oleh Saifullizan. Jalan cerita yang moving. Aku cuma sedikit agak kecewa dengan ending yang kurang memukul. Aku sebenarnya amat berharap Saifullizan boleh buat lebih dari itu. Ada beberapa helai sahaja yang berkisar tentang Kasino dan ini tidak adil. Maaf.
Author 21 books44 followers
May 21, 2014
with Cekik, ini antara buku FIXI yang paling kelakar,lucu. Kenapa tak ada orang yang sedar tentang ini?
Profile Image for 'izzat Ibrahim.
11 reviews74 followers
November 11, 2015
Sisi pandang manusia yang menghalalkan segala cara untuk capai matlamat dan cita-cita. Dan berpandangan apa sahaja asalkan kena dengan logik aqal dan yakin.
Displaying 1 - 30 of 98 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.