Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pei Pan

Rate this book
KHIANAT. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali aniaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.

Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan.
Pei Pan kisah dunia koporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.

443 pages, Paperback

First published January 1, 2002

21 people are currently reading
637 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
148 (44%)
4 stars
103 (31%)
3 stars
69 (20%)
2 stars
9 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
February 27, 2018
found a copy of this at my uni's library. the pages were yellow, the cover creased and the spine cracked. it was GORGEOUS.

karya sulung RAM (klw x silap). however, karya pertama yg sy baca drpd RAM adalah Ungu Karmila.

pei pan = khianat

why I prefer RAM's thriller books compared to FIXI's; his books will ALWAYS lead you back to religion (compared to FIXI with their tendency to religion-shame).
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
September 11, 2021
Reaksi awal sebaik merampungkan novel ini setelah lewat malam:

Aku bergadang semata-mata untuk ending macam ni? ARGHHH stress!

- Ulasan penuh akan menyusul selepas emosi kembali pulih -

***

Ulasan penuh apabila fikiran kembali jernih:

MASIH. TAK. PUAS. HATI. KENAPA. NOVEL. INI. DIAKHIRKAN. BEGITU.

Premis asal novel ini ialah tentang pembunuhan di banglo Dato' Karim. Dato' Karim dituduh membunuh isterinya Mimi dan pembantunya, Johnny. Atas nasihat peguam belanya, dia mengaku bersalah apabila kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan dihukum penjara 15 tahun.

Walaupun novel ini digambarkan sebagai novel thriller dengan tajuknya menggunakan perkataan Mandarin 'Pei Pan' yang bermaksud pengkhianatan, saya dapat merasakan fokus utama novel ini ialah tentang Karim — bagaimana hidupnya berubah menjadi insan yang lebih baik setelah mendekam dalam penjara.

Sejak awal lagi sebenarnya RAM sudah memberi gambaran siapakah pengkhianat sebenarnya yang dipanggil 'abang besar' oleh mereka yang mahu menjatuhkan Dato' Karim. Saya rasa pembaca-pembaca lain pun dapat menerka siapa dalangnya. Namun RAM sangat bijak mengolah naratif kerana berjaya mengekalkan momentum dan melanjutkan perasaan ingin tahu saya sehingga ke noktah terakhir.

Seperti dalam buku-bukunya yang lain, selain menerapkan nilai-nilai spiritual dan kembali kepada Tuhan, RAM turut berkongsi ilmu tentang undang-undang, tentang penjara, tentang saham dan perniagaan.

Tapi sebenarnya terdetik juga di minda, semasa di penjara selain diganggu Darus si penagih, kenapa Karim tidak mendapat gangguan yang lain? Tidak benarkah cerita-cerita yang saya baca dan tonton selama ini tentang kehidupan dalam penjara di luar negara? Memang tidak adakah 'abang besar' dalam penjara di Malaysia yang mengacau banduan baharu? Memang tidak wujudkah amang seksual di penjara? Atau kerana Karim sudah berusia maka dia tak menghadapi gangguan seumpama itu?

Saya sebenarnya berpuas hati sepanjang pembacaan NAMUN menjelang pengakhiran, emosi saya terkacau. Mengenangkan masa yang dihabiskan terutamanya sehingga larut malam demi mengkhatamkan buku ini, saya rasa dikhianati. Walaupun selepas itu RAM seakan 'memujuk' dengan potongan surah Al-Ankabut ayat 2-4, saya masih terluka kerana RAM memilih untuk menamatkan novel ini begitu. Tambahan pula selepas itu pengakhirannya hanya dinoktahkan dengan catatan-catatan pendek seperti diari.

*mengeluh*

Buku yang saya baca ialah cetakan pertama dan ada kesilapan pada halaman 34 yang mana tarikh 9 Januari sepatutnya 9 Februari. Mungkin kesilapan ini sudah dibetulkan dalam cetakan berikutnya termasuklah Pei Pan 2.0 yang baru sahaja diterbitkan.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
November 13, 2012
Pei Pan.

Pengkhianatan dari seorang kawan yang paling dipercayai.

Siapa?

Orang terdekat Dato' Karim.

Siapa Dato' Karim?

Orang berpengaruh, bisnesman yang berjaya tetapi keadaan yang memaksa beliau untuk bertindak di luar kawalan dengan membunuh.

Bunuh siapa?

Hasmimi dan Johnny.

Betul ke?

Kalau tak betul, kenapa dia disabitkan bersalah hingga dipenjara selama 15 tahun?

Sudah terbukti salah Dato' Karim?

*Pause.

Awal- awal lagi, dapat teka bahawa Basri itu pengkhianat. Tengok sajalah bila dakwaan terhadap Dato' Karim dibuat. Adakah dia bersungguh- sungguh untuk membela Dato' Karim?

Dan rupa- rupanya, jangkaan saya, ehemm, sila baca sendiri!

Dari bergelar Dato', dilucutkan gelaran.
Lalu tinggalkan Karim di balik tirai besi.
Dugaan makin hari makin bertambah.
Bisnes rugi, ayah mertua meninggal, dibenci anak, maruah makin hilang, bisnes terpaksa dijual, hinggakan, satu ketika, sanggup membunuh diri!
Tapi dapat diselamatkan.

Di balik tirai besi itu, telah mengubah Karim kepada seorang 'manusia'.
Walhal, selepas dibebaskan, peluang sentiasa ada untuk membalas dendam.
Tapi disabarkan.

Sepuluh tahun hidup dalam teka- teki dan salah anggap terhadap bekas setiausaha, akhirnya kebenaran terbukti bilamana pasu bunga pecah.

Hasmimi-Johnny-Julia-Datuk Chew-Lydia-Hasrun-Tony-Mustapha.

Seorang demi seorang terbunuh dan menerima hukuman, lalu bagaimana dengan nasib si dalang di sebalik kejadian?

Orang jahat, tak selamanya di atas.

Orang yang sabar, akan dapat balasan.



Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
January 3, 2022
Banyak pengajaran yang dapat diambil. Antaranya, jangan sesekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Yakinlah Allah Maha Pemberi Balasan yang setimpal atas setiap perbuatan yang dilakukan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 12, 2020
Buku yang ohsem..
Kisah pengkhianatan dalam perniagaan sehingga ada nyawa tak bersalah terkorban..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 27, 2022
novel ni ada versi yang lama. yang 2.0 ni melalui fasa penambahbaikan dan penambahan cerita. yalah. kalau ikut yang lama, ia terhenti gitu. fasa penghianatan dan dengki manusia yang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

akak suka dengan watak dato' karim. pergerakan watak dia selari dengan apa yang perlu ada dalam sesebuah novel yang timeline nya menuntut masa yang panjang. ha... kan dah mention tadi, pei pan 2.0. kisah bertambah hingga 20 tahun kemudian.

awalnya kisah dato' karim yang terjebak dalam kes pembunuhan. kalau teliti, kes awal itu, kematian mimi dan johnny sebenarnya terhenti setakat itu. tak tahu sama ada betul atau tidak kedua-duanya mati di tangan dato' karim. hampir hujung novel baru dapat tahu kisah yang sebenar yang terjadi pada malam tragedi itu. atas sebab pengakuan bersalahnya, dato' karim dihukum penjara 15 tahun. dia memang kecewa yang teramat sangat hingga mahu membunuh diri. mujur rakan satu sel sempat selamatkannya.

sarja hassan yang bantu sedarkan dato' karim bahawa dugaan yang dilalui itu semata-mata kerana Allah tidak mahu dia terjerumus dalam kancah dosa yang lebih dalam. tambah bantuan rakan sel yang sama menginsafi diri, karim mula berubah.

keadaan di luar? huh! saling dengki dan busuk hati tetap bermaharajalela. hasrun, adik ipar karim pun sama tamak. tapi akhirnya memakan dirinya juga.

banyak info ilmu yang tuan penulis masukkan di dalam karya ini. tentang saham... fuh! berpeluh jugalah baca. jenis-jenis saham dalam pasaran, turun naik... ehh... banyaklah. walaupun kalau ikutkan sebenar banyak kisah 20 tahun lampau tatpi tetap relevan untuk dipelajari.

kalau makna pei pan ialah pengkhiantan, di hujung kisah ada ditambah xin ren iaitu percaya. memang kalau ikutkan graf cerita ini memang turun dengan cantik di hujung cerita, cuma yalah... tak sangka akhirnya begitu.

akak terjentik juga hati masa lalu di bab tentang kisah anak-anak dato' karim. betapa kuatnya hati mereka bila dikutuk dikata tentang ayah mereka seorang banduan. mungkin seorang iaitu mustapha, anak sulung dato' karim sukar menerima sementelah dia teruk dicaci dengan rakan sekolah tapi kebangkitan watak mereka bertiga sangat baik.

mira? watak ini pula tumpuan hanya di permulaan dan di penghujung. nak kata dia pegang tampuk cerita... tak. tapi watak ini memang perlu ada untuk sebuah pembuka cerita yang mendebarkan dan penutup yang sangat terasa keikhlasannnya.

apa pun dalam hidup ini, segalanya dalam aturan Yang Maha Kuasa. manusia dipersiapkan dengan perasaan dan akal untuk laluinya. sama ada dengan cara paling buruk atau cara paling murni.

pilih.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
October 3, 2021
(34/2021)

Buku: Pei Pan 2.0
Penulis: Ramlee Awang Murshid

Akhirnya... Novel ini diterbitkan semula. Teringin benar membaca karya-karya awal penulis. Alhamdulillah penulis mendengar suara pembaca. Gitu.

Berkisar mengenai Karim yang mula mengenal makna kehidupan saat dia dipenjara. Keinsafan mulai mengisi ruang hati. Perlahan-lahan dia menjadi seorang insan yang lebih baik. Setelah dibebaskan, kehidupan Karim sedikit diuji saat dia tahu siapa yang membuatkan dia hilang segalanya. Namun, Karim tidak memilih dendam. Dia memilih sabar. Apakah dihujungnya Karim bakal menemui bahagia yang dia inginkan?

Ini antara karya awal penulis. Saya kira unsur thriller itu tidak begitu terasa berbanding novel beliau saat bernaung di bawah Alaf 21. Novel ini lebih kepada membawa kita mengenal kisah hidup seorang pendosa. Bagaimana kerana kesilapan yang tidak disengajakan, dia berjaya menjadi seorang hamba Allah yang lebih tenang jiwanya.

Ditambah lagi dengan penggunaan lenggok bahasa yang tersusun cantik membuatkan naskhah Pei Pan ini begitu memberi kesan saat kita membacanya. Nasihat-nasihat yang diberikan melalui watak yang ada sedikit sebanyak berjaya menjentik hati saya sebagai pembaca. Saya kira itu memang kelebihan RAM.

Kesimpulannya, novel Pei Pan 2.0 ini antara naskhah yang memang wajib dimiliki bagi penggemar novel Melayu di luar sana. Cinta, pengorbanan, air mata, pendustaan semuanya dikarang dengan baik dalam novel ini. Tahniah buat RAM atas kelahiran novel ini. Dan saya mendoakan agar penulis diberikan kesembuhan dan sentiasa berada dalam lindunganNYA.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
November 20, 2021
Pei Pan, antara karya awal Ramlee Awang Murshid. Buku dengan tajuk Pei Pan kini berstatus amat sukar dijumpai dan mahal harganya. Saya bernasib baik menemuinya lama dulu dan lama juga naskah isimewa tersebut tersimpan dalam peti buku. Kini setelah terbit Pei Pan 2.0, baru saya fikir nak baca Pei Pan. Cadang nak baca back to back. Kini telah selesai Pei Pan saya khatam.

Cerita dalam buku Pei Pan merupakan kisah masyarakat, kisah manusia, yang berselaput tamak haloba, nafsu serakah terhadap harta dan kekayaan, hati yang gelap hitam diulit sergahan dan bisikan Iblis, jauh dari cahaya Iman. Ada juga manusia yang alpa setelah berjaya menakluk kekayaan dan kemasyhuran, tidak lagi mahu mengingati Tuhan yang menjadikan manusia, lantas mudah diperdaya oleh manusia berhati binatang. Pembunuhan kejam, pengkhianatan dalam persahabatan, tipu data dalam perniagaan, semuanya menurut telunjuk Iblis.

Orang kaya Karim, gelaran Dato' ditarik balik lantaran dia disabit kesalahan melakukan jenayah pembunuhan adalah watak utama. Karim dituduh membunuh isterinya Mimi ketika perempuan itu dikatakan berpoya-poya dengan Johnny, orang kepercayaan Karim, di bilik tidurnya sendiri. Basri yang merupakan sahabat rapat sejak zaman sekolah Karim, menjadi peguam yang berjaya melepaskan Karim dari hukuman gantung sampai mati. Basri mencadangkan Karim mengaku bersalah atas pertuduhan manslaughter, membunuh tanpa niat. Maka Karim dijatuhkan hukuman Penjara 15 tahun. Thrill dalam cerita Pei Pan pada saya bermula sewaktu Karim menjalani hukuman penjara, sedangkan Lydia yang diberi tanggungjawab menyelamatkan syarikat dikatakan songlap duit menghilangkan diri, adik Mimi iaitu Hasrun bertengkar dengan Julie adik kepada Johnny. Julie mati dibunuh ketika bersama sugar daddynya. Lydia mati dibunuh tanpa sempat menyampaikan video rakaman jenayah yang boleh menyelamatkan Karim, tanpa bertemu ibu dan abangnya di Kuching. Hasrun juga. Tony adik bongsu Johhny dan Lydia juga. Beberapa kematian lagi mengiringi cerita Pei Pan.

Yang baik terus baik, atau dari jahat berubah jadi baik. Yang jahat ada yang kekal jahat, ada yang menjadi semakin jahat. Jarang yang baik berubah jadi jahat, jika tidak dibelengu masaalah jiwa yang berantakan, atau hati diselaputi dendam kesumat.

Buku ini mula diterbitkan pada tahun 2002. Saya jangka ia ditulis sekitar 2001? Pada waktu itu, elemen forensic belum begitu advanced agaknya? Berdasarkan keterangan Mira mengenai perilaku Mimi dan Johnny pada malam pembunuhan, minuman wine yang diteguk Karim kena spiked with something. Keterangan ini disebut di mahkamah sewaktu perbicaraan. Mengapa polis tidak buat semakan jika dalam badan Karim ada racun atau dadah? Mungkin selepas beberapa minggu ia tidak lagi boleh dibuktikan? Mungkin juga gelas gelas wine yang digunakan oleh Mimi, Karim dan Johnny pada malam itu, belum dicuci pabila banglo lokasi kejadian disiasat. Satu lagi dalam bedah siasat Lydia, polis perasan ada DNA asing di kuku Lydia, sepatutnya boleh digunakan untuk menahan Hasrun? ASP juga nampak pipi Hasrun ada kesan cakaran kuku. Atau keterangan bohong Sabariah memberi alibi kepada Hasrun lebih significant?

Okay nak baca Pei Pan 2.0
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 2, 2013
Dunia ini sarat dengan cerita manusia. Dipenuhi fitnah dan pendustaan. Pengkhianatan menjadi tunjang impian setiap tipu daya. Sedangkan dunia ini ibarat bangkai yang dihurungi lalat. Dan lalat itu ibarat manusia yang terlalu mencintai dunia- pg 443
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
October 1, 2018
Suka dengan bahasa yang digunakan. Ala-ala bahasa DBP. Jalan cerita yang baik cumanya rasa macam tergantung. Ada beberapa persoalan tiada jawapan.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
February 7, 2022
Februari 2022: Pei Pan

Apa maksud Pei Pan?
Pengkhianatan dalam bahasa Mandarin.

Menarik bagi saya:
- Dato' Karim menemui ketenangan hati semasa dalam penjara, banyak dibantu watak Sarjan Hassan.

- kesian Lydia dibunuh kerana setia dengan majikannya

- Watak pelbagai kaum. Ada dialog dalam bahasa Mandarin dan Bidayuh Biatah

- belajar kisah mahkamah, saham, penjara. Tapi masih tak puas kisah dalam mahkamah mungkin boleh dipanjangkan lagi

- Perkataan baharu: terpihit, merarau, ulah

Tipulah saya tak teruja dapat pegang dan baca buku yang harganya hampir cecah rm400 ni.

Kisah² khianat memang buat kita sakit hati. Tapi bila baca buku ni tak rasa sangat. Mungkin setting cerita jauh dari dunia saya? Pengakhiran kisah agak meleret bagi saya. Saya menyimpan hasrat melihat plot twist di mana Mira itulah 'Abang Besar' sebenarnya😆
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
October 11, 2021
Bittersweet ending I guess
Walaupun yang jahat dibalas dengan setimpalnya
Kesian dengan Mira ... Terkejut tapi macam boleh agak

Cuma Tony tu ... Api kemarahan tak menjadi bara dan akhir dengan abu ....

Khianat ...
Hmmmm
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Nuraishah.
14 reviews5 followers
January 22, 2021
Pada pandangan saya. Untuk buku yang pertama dengan alur cerita dan gaya bahasa penulis. Buku ni amazing. Memang best. Tapi banyak sangat kematian yang berlaku dalam cerita ni. Paling menyayat hati kematian Lydia. Seriously memang tak boleh letak buku ni bila start baca. Memang tepatlah buku ni menjadi buku langka.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
September 6, 2011
Pemenang Hadiah Sako. Saya mengambilnya dari himpunan buku2 yang ayah terima sebagai hadiah merasmikan program. Sejak membaca novel ini saya mula meminati RAM.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
March 6, 2017
Dunia ini sarat dengan cerita manusia. Dipenuhi fitnah dan pendustaan.Pengkhianatan menjadi tunjang impian setiap tipu daya. Sedangkan dunia ini ibarat bangkai yang dihurungi lalat .Dan lalat itu ibarat manusia yang terlalu mencintai dunia.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
July 10, 2017
Karya RAM tak pernah menghampakan!
2 reviews1 follower
Want to read
December 18, 2009
still looking for this novel...
anyone??
where can i buy this novel??
4 reviews
February 10, 2022
Second book 2022.

Pei Pan
Ramlee Awang Murshid
Ramtypewriter
462 halaman

Hehehehe.
Entahlaa.
Tak tau nak tulis apa.
Huhuhuhu.
Hmmm.
Biasa je.
Jalan penceritaan yang straight forward kut bagi aku.
Cuma satu je la yang sedikit saspen.
Identiti sebenar si "Abang Besar".
Hehe.
Sebab aku main baca je sambil nak isi masa dan alih perhatian huhuhu.
Macam xserius sangat pun bacanya.
Rilek2 je santai.
So begitulah.Tapi kan, banyak la dapat kutip kata-kata hikmah dalam cerita ni yang berkait dengan apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni. Hehe.
Dan satu lagi, macam baca buku baru dari RAM.
Tapi rasa macam lain.
Lepastu baru teringat.
Ouh ye la.
Buku lama la.
Cerita lama.
Cuma terbit semula je.
Hehehehehe.
Begitu je lah.
Ehek.
Sekian.

"Dendam itu barah, Marah itu api".

Bella,
28/01/22,
Hillpark yang bakal ditinggalkan.
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
February 9, 2024
Pei Pan bermaksud pengkhianatan dalam bahasa Cina. Dunia korporat tidak begitu jauh berbeza dengan dunia politik. Kuasa dan harta yang mengemudi perjalanan kedua-duanya.

Segala kejahatan bermula daripada hati. Hati yang tidak pernah bersyukur dengan ketentuan Ilahi. Hati yang sering membanding-bandingkan nikmat yang diperoleh. Semoga kita terpelihara daripadanya.

Penulisan buku RAM kali ini begitu datar kisahnya. Agak berbeza berbanding buku-buku yang lain. Awalnya saya menyangka, berkemungkinan kerana buku ini ditulis pada tahun 2002 (tahun-tahun awal RAM menulis), namun apabila diperiksa, ADAM: Aku Darah Anak Malaysia ditulis lebih awal iaitu pada tahun 2001. Sedikit musykil. Tapi, mungkin juga yang menarik ialah bukan semua kisah perlu berakhir dengan good ending. Penulis menyedarkan pembaca mengenai hakikat ini.

Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
October 1, 2017
Pei Pan by Ramlee Awang Murshid.

- Novel RAM semua bergenre thriller, termasuklah novel ni.

- Bila sebut thriller je, macam tak best. Tahu tak thriller tu apa dia ?

- Pei Pan ni bahasa Cina yang bermaksud pengkhiantan. Khianat yang dilakukan ni bukan orang jauh, tapi orang yang paling kita percaya.

- Bila kuasa dan harta menjadi buruan, membunuh pun kau sanggup lakukan.

- Ni novel lama, dah takde jual dah kat kedai buku biasa. Dan tak silap aku, bukan novel first RAM. Novel ni aku jumpa atas rak library kat Usim. Tak niat nak cari pun tapi terjumpa. Dah jumpa, ambiklah baca.

- Satu tips nak baca novel RAM ni, jangan mudah percaya dengan watak-watak dalam cerita tu. Tak semestinya di awal cerita watak tu baik, sampai akhir cerita pun dia baik.

- Hati-hati dengan jalan cerita. Jangan tertipu. 😏

- Sejak baca novel RAM ni, semua watak aku syak jahat, dan kali ni sangkaan aku tidak sama sekali meleset. * bangga HAHA *.

- Bacalah. Konfem ketagih.

#BOOku
#buku
#ramians
#RAM
#bukuduapuluh
Profile Image for NatalieMZ.
176 reviews6 followers
October 26, 2022
Ending. Arghhhhhhhhh stress plak ending dia. Tapi yg bagusnya, senang nak baca buku ni. Laju je walau saya skip certain parts lebih2 bab explaination tentang undang2, ekonomi. Bagus sebab penulis mmg research with details utk tulis buku ni. Good job. Cuma ending je. Stresss plakkkkkkkk
Profile Image for Puspa Mazuina.
17 reviews
September 23, 2023
Pei pan ni kalau aku ranking, aku lebih suka ungu karmila. Mungkin aku lebih sukakan elemen supernatural & psiko thriller. Cerita ni lebih pada cerita kekeluargaan walaupun ada kes² pembunuhan & jenayah bisnes.
Profile Image for Salahuddin Salim.
38 reviews1 follower
May 22, 2024
Habis dalam 3 kali baca. Memang tak boleh nak brenti. Lepas satu bab, satu bab, tak perasan dah pukul 2 pagi.

Pei Pan, kisah pengkhianatan. Recommended pada yang minat RAM atau yang minat thriller .
Profile Image for Amnani.
4 reviews
February 15, 2022
Seperti kebiasaan, Tuan RAM berjaya mewujudkan jalan cerita yang sangat menarik. Kisah pengkhianatan yang berpunca daripada perasaan hasad dengki. Si pengkhianat itu sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan orang yang dibencinya merana. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua, si pengkhianat menerima balasan juga pada akhirnya.

#AmnaniReads #PeiPan2 #RAMfans
Profile Image for Lia.
45 reviews
November 7, 2021
Ending tergantung atau memang sengaja dinoktahkan begitu? Tapi masih tak berapa puas hati dengan pengakhirannya.

Memikirkan Pei Pan antara karya terawal RAM,plot ceritanya dapat diteka dan agak 'smooth' kalau dibandingkan buku-buku beliau yang lain(penuh unsur kejutan dan plot twist). Namun,ia masih 'enak' dibaca sebab gaya penulisan RAM yang mengajak pembaca untuk sentiasa kembali pada Tuhan.

Ada beberapa peristiwa yang tak dijelaskan. Saya menyangkakan dendam Amri (pegawai penjara) terhadap Karim Taha namun kejadian tersebut 'dimatikan' begitu saja. (Taktaulah pulak kalau Amri dah insaf). Persoalan tentang Mira dan Tony pun terhenti pada penghujung cerita.

Tapi overall,best je buku ni. Ada banyak input tentang saham perniagaan,undang-undang,penjara. Sedikit sebanyak pembaca dapat ilmu mengenainya.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.