Jump to ratings and reviews
Rate this book

Beduk Diketuk #1

Beduk Diketuk

Rate this book

280 pages, Mass Market Paperback

First published April 1, 2011

34 people are currently reading
238 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
214 (55%)
4 stars
141 (36%)
3 stars
31 (7%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 6, 2012
Tertarik dengan cover buku ini. Dan juga kata katanya. Ketukan Beduk Mampu Membangunkan Dirimu dan Menyeru Orang Lain. Kisah-Kisah yang diberi nafas ISLAM yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan.

Setakat nih [5/1/2012] baru baca sampai m/s 40. Saya amat tertarik dengan cara penulis menekankan kepentingan SOLAT. Tidak semestinya seorang muslim yang sempurna solatnya adalah seorang muslim yang sempurna atau baik. Saya rasa ramai di antara kita yang dapat lihat segelintir masyarakat di luar sana yang solat 5 waktu tapi suka mengumpat, membangga diri, riak , mencuri dan sebagainya. Ini kerana solatnya tidak sempurna...Solat sebenarnya bersangkut paut dengan semua ...ekonomi , prestasi kendiri , .."Solat adalah latihan untuk fokus hati bagi mengingati Allah. Kehidupan ini pun mesti fokus kepada matlamat - mission driven."[m/s24] ..banyak kelebihan SOLAT. Saya akan cuba menyempurnakan atau memperfectkan solat saya..."Solat yang sah tidak berkesan mengubah peribadi. Hanya solat yang khusyuk mampu memberi kesan kepada keperibadian...kerana solat yang khusyuk sahaja mampu menyentuh hati" [m/s25]
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
July 28, 2012
One of the best written books by Ustaz Pahrol mohd Juoi. This is from my opinion, the 2nd best book after Nota Hati Seorang Lelaki. Stories with lots of different perspectives about life, work, love and so many things. I envy the way he thinks :))
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
April 7, 2014
Antara buku motivasi yang saya suka selain La Tahzan. Tidak silap saya, ini adalah kompilasi ruangan Beduk Diketuk dalam Majalah Solusi kemudian dirangkumkan menjadi satu buku. Di sini saya quote beberapa ayat yang menarik untuk dikongsi.

"Jangan ditunggu sinar cahaya dari langit yang dilihat di Bumi Makkah, tetapi cukup sekadar cahaya pelita yang berkerdip di surau sepi desa sendiri. Dan jangan dicari sayup-sayup azan di angkasa lepas, tetapi sahutlah seruan azan yang begitu jelas menusuk di jendela rumah kita." - Beduk 15

"Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusanku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusanku dengan Allah tidak selesai. " - Beduk 21

"Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seseorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja. Golongan workholic juga mesti disedarkan melalui proses yang sama iaitu menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. " - Beduk 21

"Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik." Beduk 23



Profile Image for Mali.
210 reviews
September 12, 2017
Buku ni I respect sbb dia always go back to kepentingan solat. klw org tu buat salah. mesti tak solat. klw solat tapi buat salah jugak, solat mesti tak cukup kualiti. if negara tak maju, reflect balik ibadah2 kita.

this book berjaya meningkatkan semangat pembacanya (saya) untuk meningkatkan lagi kualiti ibadah.

walaupun saya bg buku ni 4 stars, saya rasa buki ni seharusnya dibaca oleh semua orang.

note: semalam nak beli barang at kedai buku uni but then ternampak stall jual buku islamik dekat tepi then check2. nmpk je buku ni ada along with the second volume, without a second thought, beli terus. buku ni nampak tebal but boleh habiskan dalam.masa sehari. :)
Profile Image for Ain Sakinah.
26 reviews30 followers
February 16, 2021
The book aged 9 years, MashaAllah, but the content is still 100% relevant to current issues.
If you are a fan of Ustaz Hasrizal, then this book is almost similar on what topic they try to arise.
Simple. Straight forward. Deep.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
April 11, 2013
saya suka membaca buah tangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi (walau beliau tidak menggelarkan dirinya ustaz) kali ni. Penulisannya bukanlah berbunga-bunga namun kenapakah hati ni begitu tertarik? Sungguh, Beduk Diketuk ini adalah bahan bacaan yang bukan sahaja santai tapi membina. Banyak persoalan dikupas disini. Buku ini sememangnya memaparkan 'kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan' (rujuk cover depan buku).
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews130 followers
September 10, 2012

'Diketuk' bertubi2. Lebih faham dan lebih tahu tentang keadaan masyarakat kita sekarang yang sedang berada di dalam zon 'kritikal'

Penulis juga telah menjawab berbagai persoalan2 yg sering bermain di dalam kepala, dengan menggunakan contoh yang mudah untuk difahami.

Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
August 26, 2015
Terkesan teguran Ustaz pasal solat. Solat itu menghalang kemungkaran. Kalau kita tak tepati masa, meeting datang lambat, curi tulang... bermakna ada yang tak kena dengan solat kita. Solat lewat waktu, tak khusyuk, wudhuk tak betul, tajwid dalam bacaan salah. Ada yang tak kena dengan solat kita.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
May 8, 2018
Penulis menampilkan kisah-kisah teladan yang mempunyai perkaitan rapat dengan diri kita dan juga alam sekeliling. Setiap paparan cerita digarap dengan warna warni kehidupan serta ditulis dengan bahasa yang bersahaja serta mudah difahami...
Profile Image for Chum Nurimaan.
5 reviews
October 8, 2020
Pahrol mohd Juoi one of my fav. Hasil seni bahasanya mampu menyedarkan kita yg terleka. Dan ini buku yg paling mudah dibaca dan akan dibuka setiap masa. Petikan pendek yg menarik dan bisikan nasihat utk semua golongan.
Profile Image for Sarafarisreads.
36 reviews1 follower
October 4, 2021
Sangat bagus dalam memberi nasihat secara halus tetapi tidak menyakitkan hati. Buku ini ditulis dalam bentuk menceritakan kembali pengalaman beliau handle people dan kisah-kisah mereka. A very great read. I really recommend people to read it!
Profile Image for Noor Fatin.
11 reviews
December 28, 2022
Buku ini mengisahkan tentang kisah2 dan ragam2 manusia yang pernah penulis lalui. Penulis juga mengaitkan kisah2 hiduo ini dengan sirah2 nabi dan ayat2 al-quran serta hadis. Penulisan yang sangat baik dan sangat santai, juga mesejnya sampai.
Profile Image for Edi Rozaidi.
132 reviews
April 20, 2024
Beduk Diketuk

Sebuah buku motivasi islamik yang santai. Memang banyak pengajaran dan sangat sedap dibaca.
Profile Image for Hakimi Mustafa.
17 reviews6 followers
May 14, 2020
Buku yang agak menarik. Membincangkan isu2 agama tetapi dengan lebih santai melalui situasi dan juga dialog

Diselit jgk dgn gambaran kartun supaya pembaca tidak merasa bosan
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
March 20, 2012
"Ketukan Beduk Mampu Membangunkan Dirimu dan Menyeru Orang Lain. Kisah-Kisah yang diberi nafas ISLAM yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan"

Pelbagai genre cerita dalam kehidupan yang membawa kita berfikir dan menilai dari kaca mata orang yang mahu mengajak orang lain merasa 'keselamatan' dan 'kesejahteraan' ISLAM.

Banyak istilah dan ilustrasi yang membuatkan kita tersenyum dan tersindir. Buku ini disarankan kepada mereka yang berurusan dengan jiwa manusia, berurusan untuk membawa jiwa manusia kembali mengenal ALLAH.
Profile Image for AriffHidayah.
37 reviews1 follower
March 29, 2013
Alhamdulillah selesai membaca buku ini. Buku ini adalah satu kompilasi kisah-kisah kehidupan seharian yang banyak menyentuh hal-hal iman dan akidah, permasalahan masyarakat,dan kekeliruan masyarakat Islam tentang kefahaman dan amalan Islam. Setiap kisah yang diceritakan, memberikan satu jentikan halus kepada pembaca kerana setiap kisah diberi pandangan dan kritikan berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam. Buku ini harus dibaca berulang kali sebagai peringatan dan motivasi buat diri ini agar tidak lupa dan alpa.
Profile Image for Azmir Ismail.
210 reviews
January 1, 2013
Saya suka buku ini kerana penulis, Tuan Pahrol Mohd Juoi, adalah seorang pendakwah dengan gaya yang tersendiri dalam memperjuangkan dakwah Islamiah. Kisah - kisah yang dipaparkan dalam buku ini adalah kisah perbincangan beliau dengan pelbagai kawan penuh ragam mengenai isu - isu semasa umat Islam. Yang menarik bagi saya ialah kejayaan beliau mengaitkan pentingnya amal ibadat yang sempurna dengan kejayaan umat.
5 reviews
October 31, 2013
Buku yang menarik untuk dibaca khususnya untuk umat Melayu Islam. Antara kupasan yang boleh dikaitkan adalah konflik antara adat, budaya dan agama sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dari sampingan menjadi kebiasaan seterus diangkat menjadikan kemestian dan akhirnya menjadi kewajipan dalam. Semoga buku ini dapat mengetuk hati jiwa kita agar tidak terkongkong dengan kebudayaan bangsa semata-mata sebaliknya meletakkan tuntutan agama lebih utama.
Profile Image for Liana Taj.
24 reviews
December 18, 2014
Buku yang harus dibaca oleh semua umat Islam di Malaysia. Gaya penulisan yang santai, namun isi yang penuh makna dan memberi kesan di hati. Penulis cuba menceritakan & mengubah pemikiran tipikal Melayu Islam supaya berfikir sebagai orang islam. Penulisannya membuatkan kita berfikir di sebalik norma masyarakat dan memahami islam dengan lebih mendalam.
Profile Image for Afifah.
21 reviews
August 24, 2011
bacaan santai yang penuh ilmu...mengulas isu-isu agama yang berkitar dalam masyarakat kini bg membentuk peribadi islam yang sebenarnya dalam setiap individu muslim...kartun-kartun yang dilukis juga sangat menarik!
Profile Image for Minn Edina.
6 reviews20 followers
September 16, 2013
Buku ini mengetengahkan pelbagai topik-topik menarik dalam bahasa yang santai dan bersahaja. Isu-isu yang dibawakan sangat releven dengan masyarakat sekarang untuk dihayati. Buku yang benar-benar mengetuk jiwa dan akal.
Profile Image for Sarah.
55 reviews
May 25, 2014
This book had helped me through understanding the true value of Islam. Kadang kadang benda sekecik-kecik pun dalam Islam amik kisah. The society should change instantly, like asap.So tak rugi kalau baca!
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
February 1, 2016
Buku ini boleh mengubah cara kita bercakap dengan berfikir dahulu sebelumnya. Lunak sungguh bahasa Ustaz Pahrol, susah untuk mendapat sisip bicara indah dalam buku ringkas seperti yang ditulis oleh beliau.
Profile Image for adila_alim.
8 reviews
October 18, 2011
Alhamdulillah, banyak nasihat dan teguran yang disampaikan melalui analogi yang santai, disini saya sedar bahawa kualiti solat seseorang sangat2 mempengaruhi cara hidup seseorang.
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
Read
November 5, 2012
bacaan bagus untuk mengetuk minda kita yang selama ini tidak sedar banyak 'penyakit' yang membarah dalam masyarakat.
Profile Image for Aszifa Aris.
14 reviews2 followers
February 6, 2012
Baru beli buku ni tadik. Bagi kat papa. :) Sesuai lah kot... harap2 papa suka baca buku Ustaz Pahrol yang mengetuk jiwa dan akal ni...

Nice book! :)
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 21, 2012
An Interesting book.
Profile Image for sarah diyana.
8 reviews
Read
June 17, 2012
buku yang sungguh bermanfaat dan pada masa yang sampai penulis menyampaikannya dalam keadaan yang santai.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.