Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Tiga Suku

Rate this book
SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

512 pages, Paperback

First published August 23, 2010

52 people are currently reading
607 people want to read

About the author

Herna Diana

6 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
204 (46%)
4 stars
129 (29%)
3 stars
71 (16%)
2 stars
19 (4%)
1 star
17 (3%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
February 4, 2015
I read this novel ages ago. Tak ingat bila... Tapi I did a bit of re-reading few weeks back.

I perasan yang Herna Diana banyak membuat repetition dalam penulisannya. In this one scene, penulis menggunakan “selama ini” berulang kali. Mungkin bagi sesetengah pembaca, tu bukanlah satu masalah tapi bagi I, ianya agak menganggu fikiran. Dah feel sangat dengan bacaan, lepas tu terstop pulak pasal terlampau terfikir dengan dua perkataan tu. 2 kali tu, I can accept... tapi bila dah lebih dari tu, it can ruin your concentration.

Lagi satu “kecacatan” dalam novel ne... Penggunaan bahasa Inggeris yang salah. I perasan banyak penggunaan bahasa Inggeris yang salah. Salah satu daripadanya bila Julia pujuk Arie untuk kembali kepangkuannya, “I know we can happy together likes before” yang sepatutnya be “I know that we can be happy together like before”. Patutnya I rasa menyampah dan marah tapi bila I baca that small part, I tersenyum lah pulak. Then ada part when Arie said something like “she very special to me” (“she’s very special to me”). Ada lagi penggunaan yang salah tapi lets not get there... I think it's funny when seorang pilot dan doktor spoke broken English though. Kadang2, kesalahan sedikit ne boleh membawa makna yang lain dari sepatutnya.

On to the good parts:

Apa yang paling I suka sangat2; character2 dalam cerita ne. I suka perwatakan Iman dan Arie. Kedua2nya mempunyai perwatakan yang agak sama dan sebab itu agaknya I rasa mereka ne serasi sangat2. Sometimes persamaan itu ada yang tak kena, but that's not the case in this novel.

Iman kuat menyakat orang dengan loyar buruknya, and I found that bila Arie mengenakannya to be quite brilliant. It's like Iman ne hebat dalam sesuatu, tapi her to be other half is better than her at most time. I suka these two characters; they complement each other quite perfectly and very compatible with one another. These two characters sering buat I ketawa macam orang gila.

Kepercayaan Iman terhadap suami jarang ada dalam watak utama novel. Iman seorang yang manja dan nakal, tetapi sangat matang dalam pemikiran. Selalunya, watak perempuan ne mudah aje melenting bila nampak husband mereka dengan perempuan lain.

When it comes to Arie, I understand why dia terus sangka yang bukan-bukan. What happened with Julia must have affected him deeply.

Contras from Iman and Arie, watak Suhaila dan Dr. Razif ne matang dan penuh dengan ciri2 yang ada pada ibu bapa. I like how mature they are being and how it affects Iman yang kekurangan kasih sayang (before mereka tahu yang Iman ne ada ibu dan ayah). I suka sangat dengan kelakuan mereka sebelum dan selepas kahwin; they’re like the perfect couple. Part yang I suka bila Dr. Razif first time nampak Suhaila tanpa tudungnya. I found it really sweet. (which is why I will never read Herna Diana's book yang baru-baru ini diterbitkan :'()

I love how Amir fits into this story; acting not more than a friend to Iman. Then hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Razif dengan Arie tu I found very endearing and brilliant; keluarga tidak semestinya ada pertalian darah.

Also, I don't know if I like the fact that Iman easily fits into her family... Tiada perkembangan with this "jejak kasih" part, macam semuanya sudden. A bit kebudak-budakan in my way of thinking....

Needless to say, highly recommended.

Sinopsis:

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Profile Image for Mslvoe.
2,080 reviews201 followers
March 29, 2013
I don't have much to say about "Cinta 3 Suku" , so I'll keep this short ya.

Sha dalam dilemma tak tahu nak beri rating berapa. Nak kata cerita ini best, bolehlah layan. Nak kata tak best, cerita dia santai dan tidak perlu kita berfikir. Nak kata cerita ini kelakar, watak Iman ni memang suka buat loyar buruk, terhibur dengan tingkah laku dia.

 photo b_zps98bc0229.gif


Tak perlu kot nak karang review panjang² sebab mood ke laut
Jika sudi boleh baca serba sedikit ceritanya disini : Airina's review


 photo u_zps693c0e7b.gif
Ada beberapa point yang ingin sha kemukakan.


 photo t_zpsf2a0c1c1.gif
1. apa cerita tentang Munah yang melarikan Iman semasa kecil. cerita tergantung, tidak tahu apakah sebabnya.

 photo d_zpsb31517af.gif
2. rasanya tidak perlu bercerita tentang mata Iman yang tiada penapis. masa ini sha cuak jugak, dahlah baca tengah malam.


 photo cute_zpsa0326766.gif
Cubaan Iman mengurat lelakinya, Arie buat sha tergelak² sambil tersengih².


Pandai Iman.. tidak pernah mengaku kalah. Sikap Iman yang sentiasa berfikir baik, memang sha salute!!  photo 279453_zpsa241816b.gif


Overall, I enjoyed it. The characters were perfect especially the heroin, Iman. The plot was ok, takdalah thrill sangat. The ending was sweet.
 photo tumblr_mf5lplPQbO1rau3sd_zpsd141ee81.gif
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 15, 2011
Iman dan Arie bertemu kerana insiden perlanggaran. Masing-masing keras kepala, ego melangit hingga menjadikan semua pertemuan mereka yang berikutnya bagai medan perang antara si Minah Sewel dan si Mamat Tiga Suku. Mereka berdua tak pernah sehaluan. Tetapi siapa sangka kerana perbezaan itulah yang menjadi titik-tolak kepada keserasian pasangan ini.

Iman gadis comel yang agak nakal. Berperwatakan tomboy semata-mata mahu melindungi dirinya sendiri. Ayah Iman sudah tiada, meninggalkan dia sebatang kara manakala ibu tirinya pula tidak menyukai kehadirannya. Itu yang membuatkan Iman membawa diri ke kota dan di sini dia bertemu Suhaila. Menumpang kasih pada Suhaila yang dianggap sebagai kakak sendiri. Di situ juga dia bertemu Dr Razif, yang kemudiannya turut menyayangi Iman seperti adik sendiri.

Tanpa diduga Arie pula merupakan teman baik Dr Razif. Kawan sepermainan semenjak kecil. Jadi nak tak nak, terpaksalah mereka berdua berbaik-baik dan lama-lama memang kamceng habis. Nak dijadikan cerita pula Dr Razif ni juga sedang mencari adiknya yang hilang. Ha, dapat teka tak siapa adiknya? Ya... Iman adalah adik yang dicari-cari selama ini dan bila dah bertemu kembali, hubungan Arie dan Iman makin rapat hinggakan datuk Arie meminta Arie mengahwini Iman. Arie yang ketika itu baru berpisah dengan kekasihnya; Julia hanya menurut permintaan datuknya.

Lewat episod seterusnya berkaitan kisah rumah tangga Iman dan Arie. Ada juga beberapa plot yang buat aku tersenyum disebabkan cubaan Iman yang mengurat Arie. Nak mengurat sang suami yang belum bersedia menerimanya sebagai isteri bukannya senang. Tabik spring la sebab Iman sanggup buat apa saja demi suami tercinta.

Keseluruhannya padaku cerita ini biasa-biasa saja. Mendatar daripada mula hingga ke akhir dan ada masanya sedikit membosankan ‘melayan’ fiil Iman. Kemunculan Julia di akhir-akhir plot cerita sekadar ada saja, kalau tiada pun rasanya tidak mengapa sebab impaknya sangat kecil. Mungkin sesuai untuk mereka yang mahukan cerita santai tetapi tak begitu ‘masuk’ dengan jiwaku.
Profile Image for Rya Rizyana.
8 reviews14 followers
April 19, 2011
Myreview: Novel paling sekejap aku baca. Penulisan dan ayat2 dia simple dan tak berat utk dibaca. Cerita tentang Minah Sewel dan Mamat tiga suku yang bertemu secara tidak sengaja lepas Arie (mamat 3suku) melanggar belakang moto Iman (minah sewel). Sejak itu diorang asyik terserempak secara terlanggar dan tiap kali itu juga mereka akan bertekak.

Dari awal cerita hingga hampir setengah buku, cerita berkisar ttg abang iman dan kekasihnya saja. Kisah Iman dan Arie cuma menyelit2 je. Rupanya Arie tu kawan baik abang Iman, dan sejak itu diorang kamcing tp xde perasaan terhadap masing2.

Kedua2 keluarga Iman dan Arie mmg baik sebab sekampung. Nak jd cerita, Tok wan Arie sakit dan dia buat permintaan spya Iman dan Arie berkahwin. Arie yg br putus cinta dgn Julia terpaksa ikut wlupun ssh nak terima Iman sbgai isterinya.

Iman sejak bergelar isteri, tekad untuk mengorat suaminya sampai berjaya. Lps akad nikah, Arie dah putuskan dia takkan sentuh Iman selagi tak wujud perasaan cinta dalam hatinya. Iman cuma menurut dan bagi masa utk suaminya. Malam pertama suaminya pulak yang gabra lebih mengalahkan pompuan..

Akhirnya Arie mula cintakan Iman dan mereka hidup bahagia sampai la Julia kembali menuntut cintanya. Tp Arie tak balas cintanya dan mulalah Julia psg perangkap dgn hantar gambar curangan pd Arie dan Iman kononnya.

Dipendekkan cerita.. they live happily ever after slpas Iman melahirkan kembar..

Ceritanya monotonous je.. Takde klimaks kecuali pada muka2 terakhir je Julian muncul. Sesuai utk pembaca yang tak nak memberatkan kepala otak..

Mystar: 3.5/5
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
SUPERB..BEST...Her novels ada Sedih,Kelakar,Geram.. very sempoi..All feeling ada.. ~ Iman Brutal Yang Comel = MiNah SeWel
~Abg Arie = MaMaT TiGa SuKu

Tu lah org tua2 kata,jgn terlampau benci..Iman & Arie disatukan tapi hati Arie lum leh terima Iman sebagai isteri kerana selama ni dia anggap Iman mcm adik dia...Iman mintak izin Arie untuk "pikat" hati Arie & terima Iman seadanya...
Novel ni mengisahkan tentang gadis yg bernama Nurul Iman..Dia seorang gadis yg berperwatakan kasar macam tomboy tapi mempunyai hati yg baik..Dia hidup yatim piatu setelah bapa angkatnya meninggal dunia..

Wujudnya gelaran Minah Sewel pd Nurul Iman selepas dia accident dengan Arie pada suatu malam.. Mereka kemudian menjadi musuh dan Arie digelar Mamat 3 suku…tapi kecelakaan yg telah menimpa Iman akhirnya membawa dia bertemu dgn Dr Razif iaitu doktor yg merawatnya malam dia ditimpa kemalangan..Hubungan Iman dan Dr Razif menjadi rapat selepas malam itu.

Dr Razif ni pula sedang mencari adik kandung dia yg hilang sejak kecil..pertemuan dia dan Iman telah membuatkan hatinya terdetik yg Iman adalah adiknya..Dengan bantuan kakak angkat Iman, Suhaila Dr Razif berjaya membuktikan bahawa DNA Iman adalah sama dgnnya..

Arie pula rupanya teman baik Dr Razif dan mereka juga bersaudara, selepas Iman tahu perkara itu Iman dan Arie pun berdamai..Hubungan mereka kemudiannya rapat seperti abg dan adik..Pada suatu hari Iman telah dikejutkan dgn berita yg Dr Razif adalah abgnya dan ibubapa kandungnya masih lagi ada..Selepas Iman dipertemukan semula dgn keluarga kandungnya hubungan dia dan Dr Razif sekeluarga kembali terjalin..begitu juga dgn keluarga Arie.

Bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, tok kepada Arie telah meminta dia mengahwini Iman, kebetulan pula pada masa tuh Arie baru saje putus cinta dgn teman wanitanya..Iman dan Arie akhirnya berkahwin bg tdk melukakan hati tok mereka..Arie pula masih tidak mempunyai cinta terhadap Iman tetapi lama kelamaan Iman berjaya membuatkan Arie jatuh cinta padanya..tapi hubungan mereka nanti tiba-tiba diduga apabila diganggu oleh bekas teman wanita Arie..
Profile Image for araws.
20 reviews1 follower
May 28, 2014
cerita yang sangat ringan. tapi bahagian iman jumpa abang dia tu macam tak berapa nak kena sangat lah. macam tup tup terus jumpa abang kandung. tak dinafikan, memang dunia ni kecil tapi kalau Kak Herna detail kan lagi mungkin okay kot.

jalan cerita yang agak cliche tapi still okay lah kan. cerita yang santai sesuai untuk yang suka cerita kelakar. ^^
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 10, 2011
Lucu dan sungguh 'entertaining'. Cuma rasanye tak perlu ketengahkan cerita yang Iman ada kelebihan 'melihat' benda ghaib. Suka baca bila Iman ada kelebihan serta kekuranganya. Buat dia lebih realistik. Dah baca dua kali dan rasa nak baca lagi...
55 reviews2 followers
December 23, 2021
Antara novel fav aku sejak dari sekolah menengah. First time baca masa tu dalam bilik kaunseling and ada sudut bacaan yang cikgu kaunseling sediakan. Sampai sanggup aku beli novel ni sebab dah terpaut dengan kisah dia masa mula2 baca dulu.

First time baca pada tahun 2012 dan 2021 aku ulang baca kembali. Ada banyak perbezaan yang aku dapat rasakan. Tahun 2012, zaman remaja aku lebih suka akan kisah gaduh-kawan-cinta ni. Dan aku amat terhibur dengan Iman yang brutal tapi comel. Kisah cinta yang manis tahap potong kaki Razif-Suhaila dan Arie-Iman juga membuatkan aku pada tahun 2012 sangat suka.

Tapi tahun 2021, ada bezanya dari segi aku semakin tak suka dengan sikap Arie hahaha. Jangan salah faham. Dulu aku tak suka tapi sekarang lagi tak suka. Kenapa dia senang2 percaya cakap orang luar aka ex girlfriend dia berbanding isteri dia sendiri? Dia tak buat keputusan dengan rasional dan aku sangat sakit hati. Dan sekarang aku kurang suka sikit dengan kisah cinta manis bergula. Faktor usia, mungkin?

Tapi scene yang paling aku suka dari dulu sampai sekarang adalah bila semua tahu tentang kebolehan Iman.

Dari segi jalan cerita aku suka. Tapi bagi aku sebagai seorang pembaca, cara penyampaian ada kekurangan tapi boleh diperbaiki.
Profile Image for Yan.
120 reviews2 followers
November 7, 2022
Secara jujurnya, sepanjang saya baca novel nie, mendatar jer saya rasa. Takder naik, takder turun.

Iman & Arie. Kedua2 nie watak utama. Tapi, somehow, saya tak minat pun dengan kedua2 watak nie.

Even side characters pun biasa2 jer.

Watak orang jahat pun hujung2 baru nak muncul. Diadakan pun sebab untuk plot cerita. Kalau takder pun takper.

Banyak sangat kebetulan dalam novel nie. Sampai satu masa, saya rasa macam senang sangat benda tue berlaku. Terlampau mudah.

Ada masa saya rasa jalan cerita dia dragging. Tapi, ada juga saya rasa, jalan cerita dia cepat…😅😅😅

Satu lagi, untuk watak Iman, dia boleh nampak makhluk ghaib. Untuk apa yer? Sebab rasanya tak perlu untuk plot cerita pun. Untuk nampak dia hebat? I don’t know.

And banyak sangat skinship berlaku sebelum berkahwin. Somehow, rasa tak selesa bila baca. And Iman, senang2 jer sentuh orang lelaki yang2 sah bukan mahram. Padahal sebelum tue, ada scene dia belasah boss dia sebab boss dia cuba menggatal and nak buat benda tak baik pada dia. So, memang a bit turn off. Macam tak consistent charaxter / personality dia nie.

Setakat tue jer review dari saya. Apa2 pun saya bagi 3 🌟🌟🌟 sebab ada juga scene yang bagi saya agak entertaining.
Profile Image for intan.
30 reviews
September 25, 2017
Used to love this book when I was eleven. Buat double reading lepas terjumpa novel ni dekat rumah kawan. Dan baru ai sedar banyak kesalahan dalam novel ni.
First, penggunaan bahasa Inggeris yang salah dari segi grammar dan present/past tense. Agak mengecewakan sebab tertanya-tanya mana kerja editor dlm tugas dia menyelenggara nashkah ni. Nashkah ini boleh jdi menarik kalau spoil tang english.
Cerita cinta yang ringkas, kalau tak suka part air-air mata, bolehlah baca novel ni.
4 reviews
September 9, 2022
Novel ini banyak isi tersirat yang menunjukkan realiti kehidupan dari segi perpecahan keluarga,penyatuan hubungan kekeluargaan dan last sekali penerimaan orang baru dalam kehidupan.novel ni gambarkan pepatah don't judge a book by its cover.first time Baca masa sekolah menengah now dah 20s pon still repeat sebab not too cringy and sangat suka gaya penulisan author.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
June 7, 2016
Tak sangka, buku dengan tajuk macam ni boleh menggamit minat ku cukup kuat hingga habis sehari. Buku pertama Herna Diana ku baca dan tak menyesal. Buku ni ditulis tahun 2010 dulu, lama dah, dan selepas baca buku ni rasa macam ada beberapa ayat dan konsep lawaknya ku jumpa kat dalam sekurang-kurangnya satu novel popular yang baru kubaca. Satu yang ku tak berapa minat ialah berulang disebut "Iman yang comel". Memang nak bagi gambaran kepada pembaca bahawa Iman tu sewel tapi comel, tapi macam tak perlu kot guna cara sebutan berulang. Apapun novel ni memang kira really not bad juga dalam kategori novel cinta kelakar yang pernah kubaca (tak lah banyak sangat pun setakat ini). Watak utama pula iaitu Nurul Iman (minah sewel) kebetulan pula nama dan karakternya tak jauh beza dengan Nur Farisha Iman dalam buku Cinta Kau dan Aku yang baru tadi habis kubaca. Dalam buku ni pun kebetulannya pulak, banyak sungguh disebut peri cantiknya lesung pipit Iman..... kebetulan kot ehh
Profile Image for Nurina Feeza.
30 reviews5 followers
July 16, 2015
Iman yang brutal dan sengal..Arie yang senget.. masa mula2 baca novel ni, memang tak boleh nak stop..lepas tu, tersengih2 sorang diri..kelakar sangat2..parent Iman pun 2x5 mcm dia, especially ayah Iman..

tapi part klimaks tu memang menyentuh jiwa..Julia memang jahat..sanggup menfitnah semata2 x ske tgk kebahagiaan Arie.. Arie pulak bulat2 percaya..kesian Iman.. tapi Allah tu Maha Adil..orang jahat ni biasanya cepat dpt balasan..puas hari saya sebab akhirnya watak Julia mati..

saya nak bagi 5 bintang untuk novel ni..memang tak menghampakan..novelis idola saya ni..
Profile Image for Suraya Hani.
33 reviews
November 6, 2025
Cerita apa benda aku baca ni. Mengarut betul.

Katanya Iman tu pakai pakaian macam lelaki sebab tak lelaki ganggu dia. Tapi bila jumpa doktor eh boleh pulak menggedik macam tu siap salam sbb dah anggap macam abang sendiri. Walaupon doktor tu memang abang kau sendiri yg hilang dulu tu. Tapi masa kalau dok salam2 doktor dia kau belum tau yg dia tu abang kau tau.

Lepas tu baru je dua kali jumpa terus jadi abang angkat ek. Wah senangnya engkau.
Memang mengarut la novel ni.
Profile Image for Ain.
32 reviews
January 15, 2014
the story very straight forward and fast track. Boleh lah kalau nk layan.

Komen, seriously aku tak boleh terima keje pilot tp bawak toyota vios dan lepas kahwin dgn Iman, still biar kan Iman pergi kuliah naik motor. Iman pulak dlm masa setahun belajar karate boleh dpt black belt. Sungguh tak lojik.

So, cik penulis lain kali sila buat homework dulu utk watak2 di dalam cerita anda.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 14, 2014
Book #31 - 2014

Asalnya nak baca oh mama tiriku but read in reviews that buku cinta 3 suku ni kesinambungan oh mama tiriku. I just want to say, MENYESAL TAK BACA BUK NI AWAL-AWAL! I had this book in my shelf since 2011! romantic comedy at its best. You can totally rely on herna diana if you want light reading! Betul! Bedosa kalau menipu
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016
Pergh... memang best r novel nie.. superb beb.... boleh buat kita rase geram... kelakar.. sedih... Lawak jer bila bacanye... Satu minah sewel satu lagi mamat tiga suku.... hahaha... Pada aku yang nak santai minda mmg aku suka r baca... tapi pada orang lain aku x pasti r... Iman karekter yang chomey.. Menepati citarasa hati yang ingin bersantai...
Profile Image for Azam.
66 reviews2 followers
July 17, 2012
Mula2 baca ok je skali...Baca sekerat jalan je psl dh smpi sekerat jalan br pasan yg buku ni bosan! Jalan cite sgt cliche mcm drama melayu n terlalu predictable. Watak2 plk smua suka mengelamun. Agak2 si penulis suka mengelamun kot. :P
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
September 17, 2014
Mungkin kesilapannya, saya baca Akhirnya Aku Kahwin terlebih dahulu. Expectation agak tinggi.

Cinta 3 suku pada saya agak mendatar. Tarikan cuma pada watak Iman yang kelakar dan agresif. Hero - Arie yang tak berapa nak hero.

Maaf, saya lebih terpikat dgn Akhirnya, Aku Kahwin......

Profile Image for Zeeqa.
6 reviews3 followers
May 27, 2011
Mamat 3 Suku dan Minah Sewel. Itu lah gelaran Iman dan Arie. Gelagat mereka yang lucu menambahkan lagi perisa dalam novel ini
Profile Image for Mohd Najib.
1 review
July 26, 2011
novel melayu pertama yang aku baca, dan aku berpuas hati...Nurul Iman memang BRUTAL TAPI COMEL!!
2hari je beb aku baca...terus setel...sanggup tidur lewat walaupun esok kerja haha
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.