Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasih Benar Kasih

Rate this book
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

550 pages, Mass Market Paperback

First published June 9, 2011

3 people are currently reading
72 people want to read

About the author

Aleya Aneesa

28 books83 followers
Marwati Wahab atau Aleya Aneesa merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 16 Mei 1980. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kemudian dia meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas menamatkan Pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik, Aleya bertugas di Jabatan Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tenggara.

Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebenarnya Aleya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis novel. Namun minatnya timbul bila cerpen pertamanya berjaya dimuatkan dalam majalah Media Hiburan pada tahun 1996 dan cerpen kedua dalam Majalah Remaja pada tahun 2002. Sejak itu minatnya semakin bernyala-nyala.

Bersama ALAF 21, Aleya telah menghasilkan tiga buah novel iaitu Semusim Rindu, Kasih Antara Kita dan juga Janjiku Bersamamu. Harapannya semoga novel ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa murni. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Demikian pandangannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (25%)
4 stars
39 (30%)
3 stars
44 (33%)
2 stars
9 (6%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
October 2, 2015
Kak Chik menukil:

Pasti rimas kan kalau soalan yang sama menimpa kita bila setiap kali bertemu? Dan soalan itu jawapannya bukan ada pada kita. Kenapa kadang-kala kita selalu terleka dan terlupa atau buat-buat terlupa tentang hakikat yang satu itu?

Kesian Annura dan Dinzley. Kerana mahu menggembirakan orang tua dan tidak mahu digelar anak derhaka mereka terpaksa rela untuk mencuba membuka hati menerima seseorang yang langsung tidak dikenali.Annura dalam terpaksa tetap mencuba walaupun Dinzley itu tidak sesekali menunjukkan suka padanya. Apatah lagi Dinzley tidak pernah mahu berbincang dan suka buat keputusan sendiri. Sudahnya Annura yang tersepit sendiri.

Dinzley pandai-pandai sendiri menetapkan tempoh itu kerana dia tahu Annura tidak akan mampu untuk membantah. Tetapi saat kedua-dua mereka sudah mula merasai getar menunggu hari bahagia, kehadiran Syirin telah meranapkan segala. Annura terluka dan menanggung malu kerana Dinzley sanggup menolaknya di hadapan semua ahli keluarga kerana perempuan yang telah empat tahun meninggalkannya.

Apakah sebab sehingga Dinzley sanggup memenuhi syarat Syirin? Sedangkan dia sudah pasti getar rasa cintanya sudah tiada untuk Syirin. Tegakah Annura menerima Dinzley setelah dia terluka lagi? Kenapa terlalu payah bahagia yang mahu digapai Annura sedangkan rasa cinta tidak pernah padam buat orang yang dikasihi?

Sudut pandang Kak Chik:

Lamanya buku ni terperap dalam almari KakChik, alih-alih sampai terlupa yang ada buku ni. Rasanya beli hari tu masa Karnival Buku Karangkraf Jun 2011. Dah setengah tahun terperuk.

Karya ini antara karya yang menarik minat KakChik kerana isu yang ditimbulkan dan rasanya memang mereka yang selalu menolak takdir bahawa jodoh itu aturan Maha Pencipta harus membaca karya ini. Kasi insaf sikit.

Suka kulit depan yang comel dan muka sedih arnab putih. (Rasa macam arnab Dr Dinzley je tu)

Pssttttt….. KakChik rasa nak cepuk-cepuk kepala Syirin yang mengada-ada itu. Kalau nak tahu sebabnya kena la baca, ye….

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 17, 2012
Menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Mencecah usia 30an dan belum berkahwin akan menyebabkan wanita itu dipandang serong. Seolah-olah kalau lambat berkahwin itu satu dosa. See... kasihan kan?

KBK cuba membawa isu ini ke dalam bahasa yang lebih mudah. Bagaimana menjadi Annura yang masih belum berteman walaupun sudah berusia 29 tahun. Lantas ibu bapanya membuka jalan supaya dia mengenali Dinzley, lelaki yang dah cukup umur untuk berkahwin tetapi masih lagi menyendiri. Tiada paksaan dalam perhubungan namun harapan yang digalas cukup besar. Dan kerana tak mahu mengguris hati orang tua, mereka berdua cuba mencari titik keserasian yang seakan sukar dicari.

Annura bukannya tidak manis malah rasaku lengkap serba-serbi. Begitu juga Dinzley, tak susah untuk terjatuh hati pada doktor haiwan itu. Cuma Annura cukup tak berkenan dengan Dinzley yang suka memainkannya. Tetapi saat hati sudah dicarik kasih, Dinzley menangguhkan perkahwinan mereka hanya kerana bekas kekasihnya; Syirin dikatakan sedang sakit. Annura terasa terhina.

Dinzley pula tanpa sedar bukan saja sudah melukai hati Annura, malah hatinya juga yang sarat menanggung rindu pada keletah Annura. Bukan mudah untuk meyakinkan kembali keluarganya supaya meminang Annura kembali dan bila saja Annura bersetuju menerima, hatinya berbunga-bunga. Cuma apa yang dia tak tahu ada sesuatu yang sudah tertanam di hati Annura. Menyebabkan Annura tegar membalas dendam terhadap seorang suami.

Namun kesabaran Dinzley begitu menyentuh hati. Walau berkali-kali diuji, dia masih setia. Biarpun ditolak banyak kali, Dinzley masih bisa menerimanya dengan senyuman. Wujudkah lelaki yang begitu sabar ini? Sampai bila Dinzley harus mengalah dalam menundukkan amarah dan ego seorang isteri?

Jujurnya aku lebih menyukai kisah cinta Hajar-Ikhman dalam Semusim Rindu. Aku lebih suka bagaimana Hajar menangani masalah cintanya dengan suaminya itu. Lebih baik tiada di depan mata kalau ada pun menyakitkan hati. Berbeza dengan KBK, aku tak sukakan cara Annura melayan suaminya. Memang Dinzley tu patut kena luku laju-laju tetapi bila amarah Annura tak surut-surut juga, aku jadi sedikit bosan. Bab-bab akhir kebanyakannya berkisar amarah Annura yang sudah menjadi dendam. Tak best lah! Aku lebih suka kisah Annura-Dinzley ketika sebelum berkahwin. Mereka kelihatan seperti ala-ala sweet couple gitu.

Walau bagaimanapun novel ini masih berbaloi untuk dimiliki oleh para peminat AA. Jangan lupa jadikannya sebagai koleksi anda :D
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 18, 2015
Annura adalah seorang gadis yang pendiam dan hormatkan orang tua. Usianya yang menjangkau 28 tahun buat dia lebih sensitif. Dinzley pula seorang yang penyayang dan prihatin akan hati orang sekelilingnya. Mereka masing-masing pernah putus cinta daritu orang tua mereka ingin menjodohkan mereka. Mereka mula berkenalan dan lepas itu bertunang. Bila hari perkahwinan mereka sudah hampir, Syirin (bekas kekasih Dinzley) muncul untuk merebut Dinzley. Bila dia sedar hati Dinzley sudah tiada untuknya, dia mereka cerita yang sakitnya berulang lagi dan dia hanya menunggu maut. Dinzley tersepit antara simpati dan kasih. Dia memilih untuk menangguh hari pernikahannya di saat akhir. Annura sangat terluka dan menjauh diri. Bila penipuan Syirin terbongkar, Dinzley memujuk Annura untuk meneruskan pernikahan mereka. Dia akur bahawa dia akan melalui masa yang lama untuk memujuk hati Annura. Tetapi dicekalkan hatinya kerena sayangnya untuk Annura dan rasa bersalahnya. Setahun berlalu dan Annura telah dinikahi tetapi dia tetap berdendam walaupun ada perasaan sayang untuk Dinzley. Orang tua mereka tidak mahu hubungan mereka berlanjutan bermasaalah. Lalu mereka merancang untuk menggunakan khidmat Syirin untuk menyatukan Annura dan Dinzley. Annura mula cemburu dan Dinzley pula bingung. dia takut akan kehilangan Annura dengan kehadiran Syirin. Annura akhirnya dapat memaafkan Dinzley dan mereka akhirnya bahagia menunggu kelahiran anak sulong mereka.
Dinzley telah membuat pilihan yang salah yang sangat melukakan hati dirinya dan Annura. Aneh, untuk seorang yang bijak memilih untuk memegang janji yang tidak pasti. Tidak pula dia mahu menyelongkar kesahihan cerita Syirin. Tapi sifat sabarnya menyerlah. Rancangan orang tua mereka juga agak keanak-anakan. Cuma yang baiknya kita boleh pelajari dari cerita ini ialah tentang kesabaran, keikhlasan dan saling memaafkan. Masalah juga akan senang dihadapi dan diselesaikan jika ada komunikasi. Dinzley patut lebih terbuka dengan Annura dan keluarga. Kawan Dinzley serta adik Syirin juga patut jujur pada Dinzley dan bukan hanya memihak kepada Syirin padahal mereka tahu bahawa Dinzley telah dilukai dan lama menderita. Sanggup mereka lihat kawan serta orang yang tak bersalah menderita. Too many mistakes done by so many people... Sigh
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Annura dan Dinzley berkenalan disebabkan kedua ibu bapa mereka ni kawan baik. Oleh kerana masing-masih masih belum berteman di kala usia sudah layak berkahwin, jadi mereka disuruh berkenalan untuk sesuaikan diri. Pada mulanya Annura memang menolak cadangan kedua ibu bapanya sebab dia merasakan yang tiada keserasian antara dirinya dan Dinzley. Mana taknya, Dinzley tu sangat kuat menyakat sampai buat Annura rasa jengkel. Sungguh pun macam tu, diorang ni nampak sangat comel as a couple.

Memang tiada paksaan dalam hubungan mereka berdua ni, tapi harapan yang digantung oleh kedua orang tua mereka sangat sukar untuk ditolak. Jadi akhirnya Annura menerima Dinzley sambil mencari titik keserasian antara mereka. Namun di saat Annura sudah mula merasakan kehadiran Dinzley dalam hidupnya, Dinzley pula mahu menangguhkan perkahwinan disebabkan bekas kekasihnya yang kononnya sedang sakit. Heh. Masa ni memang saya kesian sangat dengan Annura sebab silapnya Dinzley, dia terus nyatakan hasrat nak tangguhkan perkahwinannya kepada keluarga mereka tu tanpa berbincang langsung dengan Annura. Manalah Annura tu tak rasa terhina dan rasa dimalukan depan keluarga mereka?

Namun, setelah kebenaran terbongkar Annura tetap menerima Dinzley sebagai suami. Cuma yang tak enaknya Annura bersetuju untuk berkahwin dengan Dinzley hanya kerana nak balas rasa sakit yang dia pernah rasa tu pada Dinzley. Walaupun dah setahun berkahwin dendam Annura pada Dinzley masih tak surut. Sampai bila agaknya Dinzley mampu bersabar melayani kerenah isteri yang dingin tu.?

Komen saya : Realitinya ada ke lelaki yang sesabar ni eh? Haha. Kisah mereka ni agak smooth dan tak banyak konflik. Kisah kali ni tak ada juga bahagian yang mampu merembeskan air mata bagai nak rak macam kisah-kisah nukilan AA yang lain. Cuma saya suka pengakhiran yang melibatkan keluarga Annura dan Dinzley dalam memperbaiki hubungan mereka berdua ni. :)
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 15, 2017
3.8* NLB

Saya suka cerita ni..my feel of the story sama macam Intan's review. Rating je beza. :) Masalah lack of communication, ketaatan, kasih dan sayang serta janji terdahulu hampir sahaja buat Dinzley kehilangan Annura. Sekurang2nya nak juga Annura nikah dgn Dinzley. Yalah, siapa yg tak sakit hati bila hari pernikahan ditangguhkan disebabkan bekas kekasih hati..Habis kesahihan cerita pun tak check..hmm..nanti kalau saya cakap org akan kata bahasa saya kasar atau saya tak berperikemanusiaan. Bila difikirkan balik, kalau rasa dah nak mati, janganlah ganggu org yg sedang bahagia. Kita tunggu hari je kan..kata cinta takkan selfish.
Profile Image for Hana Efryna.
23 reviews10 followers
November 18, 2013
hehehee.. love dinzley. phew.. hero novel hana ade nama dinzly jugak. ekekeke. best sgt akak. thumbs up!!
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 27, 2014
Annura dan Dinzley. Kisah yang sweet sour gitu. Suka dengan watak Dinzley yang nakal dan sabar dalam mendepani sikap Annura yang suka sangat marah padanya.
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
December 28, 2014
novel ni agak santai dan xheavy so xrasa terbeban bila baca...best jugak wlwpon ada beberapa part yg bg sy 'kureng' ckit tp msih boleh diperbaiki di masa akan datang...overall saya suka novel ni....
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.