Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bogel Menuju Tuhan

Rate this book

108 pages, Paperback

First published January 1, 2011

10 people are currently reading
198 people want to read

About the author

Zahiril Adzim

1 book8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (20%)
4 stars
70 (33%)
3 stars
74 (35%)
2 stars
19 (9%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for Fazrol Bin Che Isa.
13 reviews
August 31, 2013
Tanggapan pertama aku mengenai tajuk buku jauh meleset.

Ianya lebih kepada kisah perjalanan kehidupan beliau sebagai seorang pelakon. Segala entri yang beliau coretkan lebih kepada peribadi dan entri berkaitan isu semasa cuma pandangan peribadi beliau.

RM30 untuk sebuah naskah himpunan puisi yang tak sampai 100 muka surat. hmmmm mungkin kerana ia ditulis oleh selebriti...
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews334 followers
July 19, 2024
"Bogel Menuju Tuhan" oleh Zahiril Adzim adalah sebuah koleksi penulisan yang dibukukan daripada blogspot penulis itu sendiri. Nak kata puisi, erm, ia lebih kepada luahan perasaan dan emosi penulis menggunakan anyaman bahasan yang puitis kot, Haa, lebih kurang macam tu lah.

Dalam buku ini Zahiril tak lokek tekan. Dia menggunakan seluruh kamus penuh seni milikinya untuk menyusun perkataan dengan intuitif, berani dan segar. Ada tulisan yang akan buat kau pening kepala, tertanya-tanya apa sebenar yang hendak disampaikan, ada juga yang akan buat kau tersentuh hati.

Buku in nipis je, dan bagi yang baru kenal dunia "sastera alternatif", ini adalah titik permulaan yang menarik untuk korang, Ia adalah pengenalan kepada dunia penulisan yang baru - mentah, jujur, kritikal dan ekspresi yang jauh lebih cool berbanding apa yang mungkin korang baca di zaman sekolah dulu. Ini bukan sastera formal, ini sastera tanpa format.

Ia adalah peluang peminat Zahiril Adzim mengintai di sebalik tirai dan melihat Zahiril yang sebenar, di mana segala kegembiraan, kesedihan, dan renungan kewujudannya didedahkan. Ia adalah penerokaan mendalam ke dalam jiwanya yang bogel, dan memberi inspirasi untuk kita meneroka jiwa kita sendiri.

3.5 / 5 stars.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 18, 2018
Bila baca tajuknya, ingatkan bogel di padang mahsyar menemui Allah untuk dihisab. Tapi sebenarnya.....................

Korang kena baca sendiri.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
February 10, 2020
Himpunan puisi yang pada pendapat saya lain dari yang lain. Tak tertumpu kepada satu topik tapi lebih kepada luahan perasaan penulis bergantung pada situasi. Mungkin sebab saya dah terbiasa dengan puisi Edgar Allan Poe yang berkonsep 'gelap', maka puisi yang agak ceria ni, membawa nafas baru.

Kosa kata penulis memang banyak. Penulis berani bermain dengan kosa kata ni. Saya akui ada sesetengah puisi yang agak bosan. Untuk himpunan puisi ni diangkat menjadi karya sastera di sekolah, tipis amat. Mungkin kalau penulis banyak menulis tentang masyarakat, ya ada peluangnya.

Saya abaikan yang penulis ialah pelakon. Saya jarang menonton tv atau wayang. Jadi saya tidak tahu bakat penulis sebagai pelakon. Yang saya tahu, penulis telah berjaya membuatkan saya tersenyum terutamanya puisi romantis yang penulis tujukan kepada sang isteri.
Profile Image for Sarah Z..
40 reviews
March 1, 2016
Mungkin ada yang rasa tajuk buku ini sangat extreme, sangat menjengkelkan, dan sebagainya yang lebih ke arah negative atas faktor perkataan ‘Bogel’ dan ‘Tuhan’ di situ. Tapi tidak bagi aku. Aku lebih nak mengetahui isinya.

Memang aku agak baru tahun lepas menjadi follower Zahiril Adzim di blognya. Tak dapat nak disangkal, penulisan beliau sangat brilliant! Beliau adalah penulis online kedua yang aku rate terbaik after seorang penulis barat yang juga seorang artis.
“Menulis, dan juga berkata-kata, ibarat seperti berbogel. Setiap apa yang kita tulis memperlihatkan apa yang berada di dalam kita. Minda kita terutamanya." – Zahiril Adzim.

Bercerita tentang Bogel Menuju Tuhan, seperti yang aku cakap, setiap bait-bait ayat adalah sangat mendalam maksudnya menusuk dan mungkin boleh tertembus. Boleh dikatakan almost semua entri menjadi favourite aku. Membacakan tulisan beliau membuatkan kau berfikir yang tak terfikir, terjaga dari mimpi dan menjangkau yang tak terjangkau dek limitasi imaginasi. Itupun kalau imaginasi ada limitasinya.
“Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci." – Fared Ayam

Tulisan yang baik adalah apabila kau sanggup baca berkali-kali benda yang sama dan rasa nak quote every sentence yang ada dalam karya tersebut tak kira dalam apa keadaan sekalipun. Dan aku takut terhadap diri aku sendiri apabila aku akan lakukan itu terhadap karya ini tanpa ragu-ragu.

"Kerana membaca bukan budaya orang Malaysia, kita jadikan budaya untuk diri kita sendiri." - Zahiril Adzim.
Profile Image for Wfx.
25 reviews
May 16, 2012
sejujurnya aku merasakan lakonan zahiril dalam KAMI agak mantap. aku ada juga mengikuti beliau selepas itu. tapi aku agak terkilan kerana aku tak sempat menonton Bunohan. aku pasti lakonan beiau dalam filem tersebut mantap seperti selalu.

oh, bercakap soal buku ini, ia dipenuhi dengan puisi-puisi dan catatan yang aku tak tahu sama ada berdasarkan kisah sebenar ataupun fiksyen rekaan dia sendiri. apapun ia masih seronok dibaca.
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
August 1, 2011
Tak dapat dinafikan, Zahiril adalah pelakon yang mempunyai bakat menulis yang hebat. Cuma buku ini adalah himpunan catatan dan puisinya yang saya pernah baca dalam blognya. Tidak ada kejutan. Cuma beberapa puisi masih terus menangkap jiwa. Kita perlukan pelakon yang berjiwa sakarstik begini!
Profile Image for Najwa .
33 reviews5 followers
March 8, 2017
Aku sebenarnya tak tahu nak review macam mana sebab aku memang suka dengan Zahiril Adzim dan itu mungkin sedikit bias. TAPI, aku kenal dia sebagai pelakon selama ni so ini pertama kali aku baca tulisannya. Aku dah cuba buang fikiran yang mana aku tahu siapa penulisnya. Maka, aku cuba tumpu pada karyanya semata.

Ternyata, aku suka dengan apa yang dipamerkan. Ada yang deep, ada yang santai, ada yang kelakar, ada yang macam "ouch sakitnya".

Personal favorites aku adalah Rasukan Persoalan Terbiar (paling mencabul minda aku), Tergelincir Kepatuhan (hebat sungguh boleh kaitkan tentang matahari terbit dan ketegapan iman!), Realiti Dari Realiti TV (oleh kerana aku gelak besar aku sebarkan juga kepada tiga kawan untuk baca sebab aku nak ketawa itu berjangkit), Toleh dan Haron Tak Aaron?. Yang lain-lain juga aku suka tetapi yang lima inilah yang paling aku suka.

Quotes favorites aku pula:
"Antara memilih dan dipilih, yang mana akan kamu pilih?" - Fared Ayam

"Dari kecik sampai besar, kerja kita adalah meniru. Bila mak bapak kita nak ajar kita pakai baju, kita tiru cara mak bapak kita pakai baju. Cara, bukan gaya. Inspirasi juga selari dengan konsep peniruan. Jangan gunakan alasan ni untuk meniru dalam dewan peperiksaan."

"Mengapa susahnya kita melihat manusia sebagai manusia dan bukan bangsanya?"

"Malah ada yang seakan duit itu adalah agama mereka kerana kepercayaan yang dahsyat terhadap duit. Silalah sembah Tuhan Duit kau itu dan berimanlah pada ia."

"Apakah syaitan tidak pernah menghasut matahari supaya tidak terbit untuk sehari?"

Ya pada mulanya terdetik juga dalam otak aku, "boleh ke dia menulis?". Sekarang harapan aku, janganlah berhenti menulis, Zahiril. Tulis, tulis dan tulis lagi. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syara.
13 reviews
November 30, 2014
Tajuknya mengujakan dan menggamit untuk dibeli. Muka depannya yang kusam perlu ditolak ke tepi.

Untung untuk aku kerana tidak pernah membaca blog Zahiril. Tiada isu bosan dan unsur pengulangan kerana aku membaca buat kali pertama. Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian; sajak dan catatan. Aku agak 'struggle' untuk mendalami sajak lalu aku baca sekali lalu.

Berbeza dengan catatan, (aku memang suka coretan panjang) setiap isi tulisan aku dapat rasa emosi. Mungkin ada sesetengah yang 'blur' tapi bahagian catatan merupakan 'favourite'. Lihat saja dalam Bogel Menuju Tuhan, Jangan Jadi Pelakon Malas, Kita Peniru Profesional, Tergelincir Kepatuhan, Orang Lain, dan Sila Letak Diri Anda... Di Mana? ; garapan yang mudah tapi penghujungnya membuat kita tersedak. Atau mungkin terduduk?

Secara keseluruhan, aku boleh kata so-so untuk buku ini. Kalau aku buka semula, tuju terus pada yang buat aku teruja.
Profile Image for Akif Jebat.
2 reviews2 followers
December 29, 2014
secara jujurnya, aku boleh katakan yang buku ni la yang berjaya ketuk pintu hati untuk meminati bidang penulisan dan sastera. Buku ini merupakan buku indie pertama yang aku baca, jadi bagi aku, sebagai seorang yang baru mahu mengenali dunia penulisan alternatif pada waktu itu, aku rasa buku ini telah berjaya membangkitkan minat aku untuk membaca buku terutamanya buku2 alternatif. Kepada sesiapa yang baru meminati buku2 alternatif ini, 'Bogel menuju Tuhan' sangat sesuai sebagai salam perkenalan untuk anda sebelum anda mengkaji lebih banyak buku2 indie yang lain.
Tapi jika dibandingkan buku ini dengan beberapa buku indie karya penulis lain, aku rasa buku ini agak sedikit ke belakang berbanding beberapa buku indie yang aku baca selepas itu....
Profile Image for _baiti.
1 review1 follower
August 3, 2014
Aku mula nampak sesuatu yang unik tentang Zahiril Adzim ketika menonton Daim dalam drama Juvana. Sejak itu aku ikuti karya lakonannya dan juga blognya yang masih wujud hingga kini. Makanya, suka aku katakan disini buku Bogel Menuju Tuhan ini bacaan santai ketika aku mengalami masa-masa lapang dan tidak jemu walau sudah berapa kali aku ulang baca. Aku bukanlah sejenis manusia yang suka baca puisi tetapi BMT ini kena pulak dengan jiwa aku. Mungkin setiap patah kata ZA mudah untuk aku hadam. Sekian.
Profile Image for Syamim.
67 reviews
September 9, 2016
Bukunya barangkali nipis. Mungkin ada yang beranggapan harga tidak setimpal bilangan muka surat. Namun, isinya berat. Banyak yang perlu difikirkan. Atau mungkin tidak perlu difikirkan. Entah. Ikut masing-masing mahu fikir atau tidak. Setiap butir perkataan dipilih bersebab. Mengapa Jingga? Saya tidak tahu. Mungkin jangan berharap akan difahami buku ini, tetapi berharaplah kadar menghargai nilai penulisan penulis akan meningkat.
Profile Image for SinudaMN.
40 reviews1 follower
June 19, 2011
Buku ini ialah kumpulan puisi dan catatan taipan zahiril adzim di blognya, ada juga tulisan baru (atau mungkin saya yang terlepas baca). Keseluruhannya, saya suka kerana banyak puisi dan catatan kegemaran saya turut dimuatkan. Paling suka? Maaf, semua. Boleh baca ulang-ulang sebelum tidur. Atau waktu bosan. Atau waktu rindu.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
November 24, 2015
buku daripada seorang artis mungkin menjadi asbab mengapa buku ini laris. Bagi aku tiada kelebihan pada buku ini melainkan gambar gambar. Lebihnya buku ini sebab bergambar tapi.. sapa kisah ada gambar? Nipis. Mungkin harga yang dikenakan boleh dikata mahal sebab nipisnya buku tu. Anyway, boleh try baca
Profile Image for Fariza Nurbaya.
19 reviews
July 16, 2011
Buku ini merupakan himpunan tulisan penulisnya daam blog beliau, http://zahiriladzim.blogspot.com/. Hmm.. tulisannya simple dan mudah. Judul buku ini agak menarik, iaitu salah satu tajuk catatan dalam blog beliau. Mungkin penulisnya orang teater@ artis maka bukunya jadi perhatian. Bolehlah..
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
waa..never this part of him ever existed..one of few actors yang aku rse ade sumthing bile brlakon and now reading this..poem bogel menuju Tuhan sgt enlightening..as i was reading, i was nodding and smiling..a refreshing reading material..and inspiring too..should ask the same question too..
Profile Image for Fatin Syuhada.
2 reviews1 follower
February 25, 2013
kata-kata yg digunakan bagi puisi dan catatan dalam buku ini adalah santai dan bersahaja juga jujur.selain itu, terdapat puisi yang romantik sebagai contoh puisi buat kekasihnya Shiera Ayob.catatan yang santai dan membuka minda,penuh dengan motivasi tersurat da tersirat.
Profile Image for Haani Hidayah.
10 reviews12 followers
February 9, 2014
Bahasa puisinya biasa-biasa saja. Tapi maksud disebaliknya menunjukkan Zahiril Adzim bukan jenis pelakon biasa. Dia ada fahaman yang tersendiri - realiti hidup ni banyak yang berlaku bukan menurut dugaan kita.
Profile Image for Fadhli.
42 reviews7 followers
December 5, 2011
Blook Zahiril, himpunan entri entri dari blognya. Menarik. Bertambah menarik bila memikirkan penulisnya orang seni sendiri.
Author 3 books9 followers
May 23, 2013
Cukuplah bagi saya, apa yang saya faham mengenai tajuknya; Bogel Menuju Tuhan.

Antara isinya yang saya suka;
sebahagian puisi-puisinya.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
November 23, 2015
mungkin sebab aku peminat dia sejak dari dia belum kahwin, sejak dari dia tulis blog. dan lepas itu semua orang nk tulis buku puisi, buku indie..
Profile Image for aqqi.
21 reviews
February 5, 2016
A poet book by Zahiril Adzim,
Nice words and be open to read it,
don't judge a book by its cover!!
Profile Image for Kluxorious Kluxces.
152 reviews2 followers
April 27, 2016
read this back in 2012 and was quite surprise at how talented Zahiril is. I have a new found respect for the guy
Profile Image for Mardhiah.
18 reviews3 followers
Read
March 20, 2013
boleh tahan.beli sampai 5 buku aliran alternatif sebab nak baca buku ni
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.