What do you think?

Anaknya Anakku Jua
Nisa'... hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada di dalam tangannya. Luka lama berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat oleh uminya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukah pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali?
"Sampai hati umi... Hana anak yatim piatu, umi. Berdosa kita membencinya!"
Irfan... silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya selagi nyawa dikandung badan, walau apa juga taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban.
"Lepas kahwin, kita cerai. Jadi awak boleh jaga Hana, kan?"

662 pages, Paperback
First published June 1, 2011
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
January 14, 2013
Nisa' & Irfan
Watak Nisa' mengingatkan saya akan seorang kawan di opis yang juga memelihara anak yatim piatu.. Mulia sungguh pekerjaannya..
Nisa: Ramai yang memandang serong atas usahanya untuk memelihara Hana, walaupun ibu kandungnya sendiri..
Irfan: Seorang duda, yang kehilangan isteri dan anak yang masih dalam kandungan kerana kemalangan atas kecuaiannya.
Entah bila hatinya terpaut, dia tidak sedar, dia tidak pasti. Seriak wajah yang beriak tenang, dan memancarkan ketabahan yang menggunung..
"Saya sayangkan awak dan saya betul-betul cintakan awak. Sejak sebelum kita berkahwin lagi, saya dah berniat, saya takkan ceraikan awak, melainkan dengan kemahuan awak sendiri. Sekarang, boleh saya tahu, sudi tak awak, Nisa' Haji Bustaman, untuk sehidup semati dengan saya, Irfan Khalid, suami awak, buat selama-lamanya?"
Irfan: "Bila pulak awak tersangkut dengan saya?"
Nisa: "Masa di hospital. Kerana awak, saya tak boleh tidur langsung tau."
Irfan: "Ye ke? Apa yang saya dah buat?"
Nisa: "Awak tidur atas katil saya. Sempit...sesak."
Irfan: "Dan awak, awak bukan pengganti... tapi awak insan kedua yang telah membuka hati saya untuk kali kedua. Awak dan Zila, kalian berbeza, dan kedua-duanya miliki tempat yang sama di hati saya. Ada hikmahnya kita bertemu selewat ini, sebab mungkin saya akan sakit jiwa kalau kedua-duanya ingin saya miliki."
Ewwwwww.. :)

May 13, 2014
Kerana kesibukan diri..hari ni baru dapat habiskan..kalau x dah lama dah khatam...
cerita ni bg saya sgt best..sy terdetik nak baca pun sebab bila sy baca novel 2nd writer..(masa tu ingtkan Lulu Marjan tu novel 1st).. lepas tu usaha cari last2 jumpa kat pbkl 2014. masa tu tggal 2 bijik je..
cerita bg ni bg sy pasal kehidupan.. Nisa yang memelihara anak bekas kekasihnya Badri. Hana adalah anak yatim. Disebabkan tekad Nisa utk jaga Hana, Nisa sanggup putus dgn Daniel. Tapi halangan yang paling besar, adalah umi Nisa yg tidak membenarkan Nisa pelihara Hana kerana tidak mahu Nisa tiada masa depan. Sangat terharu bila Nisa ckp yang dia sanggup tidak berkahwin.
Irfan seorang duda yang kehilangan isteri dan ank dlm kandungan dlm sekelip mata akibat kemalangan membuatkan dunianya gelap. Setelah 3 tahun dia hidup dlm kemurungan, dia kembali bersemangat bila bertemu dgn Hana. Dan bila dia tahu Hana adalah anak yatim membuatkan dia semakin sayang akan Hana dan bila dia kenal dgn ibu angkat Hana, timbul perasaan cinta dlm hatinya.
Atas desakan ibu Nisa, Nisa sanggup berkahwin dgn Irfan yang memberikan cadangan supaya berkahwin. Tetapi perkahwinan mereka adalah sementara. Tapi bg Irfan dia hanya mencadangkan utk bercerai selepas itu, tp sebenarnya dia tidak akan melepaskan Nisa. Dia buat cadangan itu semata2 utk jadikan Nisa dan Hana sbg milikknya..
Sweet Nisa dan Irfan ni..Dgn bantuan Mala kwn Nisa, Irfan dpt berkahwin dgn Nisa. Lepas tu mulalah Irfan buatkan isterinya untuk jatuh cinta..
Tapi lepas dah bahagia ada pulak langau yg x puas hati..hehe

June 11, 2014
3.8 bintang
November 16, 2014
Ada sesuatu tentang buku ini.
Dari sudut cerita, bagi saya buku ini biasa-biasa aje. Tak ada yang luarbiasa. Boy meets girl. Terpaksa kawin atas alasan yang tidak boleh dipandang remeh. Ada yang cemburu dan berhasrat untuk memisahkan. Ibu tidak setuju. Tiada apa yg luarbiasa.
Tapi ada sesuatu tentang gaya penulisan. Itu pada saya yang menarik. Kelancaran bercerita. Kesinambungan cerita. Cara bercerita. Itu yg istimewa. Saya suka. Ada style tersendiri.
Saya akan cari novel kedua penulis. Untuk memastikan adakah gayanya masih sama? Atau ada pembaharuan yg di bawa..
Tahniah Anarif....

October 9, 2023
Agak mnyampah dgn watak nisa ni. Entah2 apa perangai. Spoil mood nk baca. Xboleh ke dia hormat irfan tu? Dah la irfan tu tlg dia masa susah. Baru m/s 322.. tapi nisa asyik buat perangai. Nk menangkn dia ja
October 26, 2011
nisa' & irfan
March 11, 2015
#02 untuk 2015 walaupun buku dah lama. haha
first time baca nvel aku yg stress.
good job utk first novel ni beb. tunggu aku baca nvel kedua ang and aku tunggu ibc.