"Astaghfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris. "Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? Anak haram?"
Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah? Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?
Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta cintailah dia dengan hatimu yang tulus Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!
* * * *
Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.
Penulis: Nazurah Aishah Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd ISBN978-967-5118-63-0 Harga: RM20.00 / RM23.00 M/S: 513 Cetakan 1 – Julai 2011
Blurb:
“Astaghfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?” Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris. “Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? Anak haram?”
Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah? Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Elllina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapakah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?
Tetapi… bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat menbencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta cintailah dia dengan hatimu yang tulus. Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!
Kak Chik menukil:
Ini kisah Ellina Azura Abdullah; anak gadis yang tidak pernah tahu sejarah kejadiannya sehingga dia sering terluka dengan pelbagai tohmahan dan kata keji. Tidak mengapa kalau orang luar yang berpandangan begitu tetapi kalau orang yang dianggap ayah sendiri tidak pernah berhenti memandang keji, kuatkah dia untuk terus bertahan?
Kisah cinta Ellina-Ehsan yang sedari awal ditentang hebat oleh Haji Idris kerana status Ellina walaupun Hajah Maisarah memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memberi keputusan. Hajah Maisarah tidak berdaya untuk membuat keputusan kalau suaminya telah menutup segala peluang untuk Ehsan-Ellina untuk bersatu walaupun Ehsan telah berusaha memujuk.
Lalu tindakan Ellina menjauhkan diri dari Ehsan sebagai jalan penyelesaian menyebabkan Ehsan jauh hati. Pencarian Ellina asal usul ayahnya juga menemui jalan buntu apabila lelaki yang disanjung masyarakat itu tidak pernah mahu mengakui bahawa Ellina itu zuriatnya.
Petunangan Ehsan dengan gadis yang lebih sopan meremukkan hati Ellina. Diakah yang curang atau Ehsan yang tidak setia? Kehadiran Shahrul juga menyebabkan Ehsan sakit hati?
Lalu manakah jalan yang akan dipilih Ellina, antara Ehsan, Shahrul atau Hannan Fakhri? Yang pasti jodoh pertemuan itu aturan Allah selepas kita berusaha yang terbaik.
Sudut pandang Kak Chik:
Karya yang sarat dengan air mata. Menyusuri perjalanan hidup Ellina Azura sungguh tidak termampu untuk memikul beban perasaan. Antara kasih kepada mama yang sedari kecil yang dianggap sebagai ibu, cinta kepada Ehsan yang menjadi pelindungnya sejak bertahun dulu dan rasa hormat kepada ayah yang telah memberi dia tempat teduhan dan makan minum, Ellina lebih sanggup kehilangan cinta Ehsan. Walaupun hatinya terhiris halus apabila melihat Ehsan berdamping dengan wanita lain yang pada hemah ayah lebih sopan dan tahu asal usul.
Keadaan Ellina yang kadangkala keliru antara cinta kepada Ehsan juga menjadi plot utama walaupun banyak lagi plot-plot yang yang memaku mata Kak Chik untuk membaca ke baris ayat yang terakhir.
Cara perkenalan Ellina dan Shahrul juga antara kriteria utama namun pada Kak Chik karektor Shahrul tidak terlalu kuat untuk menakluk hati Ellina. Apatah lagi dengan ‘penolakan’ ayah Shahrul pada kali pertama bertemu Ellina. Namun pada Kak Chik, Ellina tidak sepatutnya terlalu mempercayai Shahrul walaupun lelaki itu banyak membantu ketika dia mencari maklumat tentang ayahnya. Sikap Ellina yang terlalu pemurah dan senang tertipu dengan helah Shahrul sedikit mencalar hati Kak Chik kerana pada Kak Chik lelaki sebegitu memang bukan lelaki yang baik.
Antara yang menarik hati Kak Chik sayu ialah Puan Maisarah. Bagaimana dia tersepit antara kebahagian anak-anak dan kekerasan hati Haji Idris. Namun dia cuba untuk tidak menidakkan larangan suaminya kerana hormat walaupun hatinya turut tersiat luka. Kadangkala Kak Chik merasakan Hajah Maisarah meletak Ehsan ke tepi demi menjaga hati Ellina. Kesian pula pada Ehsan!
Kekerasan Haji Idris menolak sedari awal kehadiran Ellina dalam keluarganya juga agak keras sehingga dia tidak mengizinkan Hajah Maisarah untuk menyusu Ellina. Walaupun Haji Idris tinggi ilmunya tetapi status Ellina bagaikan barah yang mahu dihindar daripada mencemari waris zuriatnya.
Yang masih menjadi tanda tanya pada Kak Chik, kenapa Ehsan tega menerima Aqila menjadi tunangannya? Hal ini tidak digarap teliti oleh NA. Mungkin ia hanya kejadian sampingan dan hanya sedikit NA menggarap rasa itu dari hati Ehsan berbanding Ellina.
Karya kali ini juga menidakkan cinta pertama. Namun kadangkala pengorbanan itu perlu untuk sesuatu yang lebih baik untuk orang yang kita sayang kerana bahagia itu tidak semestinya bersatu!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Maybe because penulis novel ni is Nazurah Aishah, jadi expectation N memang setinggi langit. Jika mahu dibandingkan dengan dua novel penulis yang pernah N baca, BMJ terasa kurang mantapnya.
Tapi apa yang mantain adalah titisan air mata yang mengalir. Everytime baca novel NA, kalau tak menangis, rasanya memang tak sah! Walaupun N sudah boleh agak-agak kesudahan seorang watak itu, N tetap terasa hiba dengan kehilangannya kerana N convince yang cinta antara mereka berdua memang tulus.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ~Surah Al-Baqarah 216~
Next from Nazurah Aishah. Dan karya Nazurah Aishah berjaya mendapat anugerah koleksi kesayangan dari saya🥰
Kali ni kisah Ellina Azura Abdullah, anak angkat kepada Hajah Maisarah dan Haji Idris. The real keluarga toksik jatuh pada keluarga Haji Idris. Mereka menambah rasa pada perasaan tidak senang dengan kehadiran Ellina dalam keluarga Haji Idris. Haji Idris juga menjarakkan hubungan Ellina dan Ehsan dek kerana Ellina anak yang tidak diketahui tarafnya.
Kecewa, Ellina mmembawa diri dan berkenalan dengan Shahrul Suhaimi. Sakit hati dengan ulah Shahrul ni. Ellina pulak melayan je kerana Ellina menghargai sikap Shahrul yang sering menghiburkan hatinya. Tapi bukan lebih dari kawan. Hannan hadir bersama talian hayatnya dalam hidup Ellina. Kehadiran itu berjaya mengubat sedikit kedukaan Ellina dengan pertunangan Ehsan.
Penulis mmg suka menyeksa watak ciptaan beliau. Haishhhhh, kita tak boleh tau😭 Overall mmg best cuma saya rasa di awal cerita agak draggy.
Jadi, mari kita hunting novel terakhir tulisan penulis ni untuk lengkapkan koleksi yeahhhhh!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
seronok buku ni jalan ceritanya disusun cantik penyudahan cerita yang menarik walaupun ada part yang sedih tapi tak dapat mengundang air mata sebanyak yang ditumpahkan untuk lili buat najah.
cerita ni agak kurang sikit duka lara, kurang meruntun jiwa aku nih dan airmata aku yang keluar kali ni pun kurang tertumpah. Di harap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.