Jump to ratings and reviews
Rate this book

Srikandi vs Arjuna

Rate this book
Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

436 pages, Paperback

First published June 1, 2011

2 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Izza Aripin

20 books70 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (32%)
4 stars
6 (13%)
3 stars
16 (37%)
2 stars
6 (13%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 4, 2015
Apa yang saya suka pada karya-karya Izza adalah pada watak heroinnya yang 'gagah' hehehe. Jangan silap tafsir pula, gagah di sini bukanlah yang bermaksud gagah yang tidak senonoh, tapi gagah pada pendirian dan tindak tanduknya.

Saya suka pada watak wanita yang tidak terlalu bergantung pada lelaki! Ya, pastinya kita harus taat pada suami (yang dah bersuami laa), tapi setakat mana ketaatan kita bergantung kepada sejauh mana mereka (lelaki) menjalankan tanggungjawab mereka terhadap kita kaum isteri. Selagi mereka tidak mendatangkan memudaratan pada kita kaum wanita yang 'lemah' ini, ya saya akan taat setia hingga ke hujung nyawa. Saya sudah muak membaca kisah-kisah para isteri yang didera mental dan fizikal tetapi masih 'pasrah' dengan takdir. Pleasee laaa... hehehe dah melalut pula saya.

Berbalik pada novel ini, saya sukakan karya Izza Aripin bersama Alaf 21 ini. Sentuhan majis penulis masih lagi dapat saya rasakan walaupun berlainan penerbitan. Transformasi Ridd – Zarida – Ridd dapat saya terima. Perubahan Ridd yang brutal kepada Zarida yang menurut perintah saya akur sebab musababnya.

Watak heroin yang di awal cerita dipotretkan sebagai seorang gadis yang lincah, teguh berpendirian dan kental sifat juangnya mula berubah apabila dia berkahwin. Watak Zarida yang berubah menjadi 'saya yang menurut perintah' tanpa sebarang bantahan, saya akur situasinya. Ya, dia hanya ingin jadi anak yang menurut kata pada ibu bapanya walaupun dia harus korbankan rasa hati dan pendiriannya.

Namun apabila kedudukan anaknya terancam, dia mampu berubah menjadi wanita yang berjiwa kental walaupun nyawa menjadi galang gantinya. Hidupnya hanyalah untuk anaknya. Saya dapat rasa jiwa dan semangat yang ditiupkan oleh penulis dalam diri Zarida. Saya bagaikan berjuang bersama Zarida untuk menegakkan keadilan demi mencari bahagia dia sendiri.

Watak Zaihan sebagai lelaki pembengis, ego, sombong dan berhati beku, ada alasannya. Sementelah sepanjang tempoh pembesarannya dia dikelilingi oleh sosok lelaki - datuk & pakciknya hatta 'pengasuh-pengasuh'nya juga adalah lelaki. Jadi saya tidak salahkan Zaihan bila dia bersikap sedemikian. Namun perkenalan dan sekaligus jatuh cinta pada Zarida telah merubah persepsinya terhadap wanita. Walaupun dia dikeciwakan oleh Zarida, namun dia tidak dapat membenci wanita itu.

Kemunculan Shahrein, lelaki yang ‘nampak’ budiman menjadikan cerita ini lebih variasi. Di awal-awal kemunculannya lagi perasaan tidak suka sudah ada dalam hati saya. Jadi saya agak bias dengan watak Shahrein. Tapi saya ada alasan ya! Saya benci Shahrein kerana dia adalah lelaki berhati binatang yang bertopengkan manusia. Cuma andai dirungkaikan sedikit rahsia kenapa Shahrein seakan membenci anaknya sendiri pastinya lebih menarik.

Bacalah! Moga ada manfaatnya untuk anda juga... :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
February 5, 2020
Kisah mengenai Ridd dan Zaihan yang bermusuh kemudian berkawan dan akhirnya jatuh cinta.. Namun cinta tidak berjaya kerana mak bapa Ridd tak bersetuju, akhirnya berpisah.. Ridd berkahwin namun suami pilihan bapanya bukanlah lelaki yang baik.. Ridd terdera namun bangkit melawan bila keadaan semakin meruncing dan Zaihan muncul semula..
Kisah pergolakkan rumah tangga Ridd dan Shahrein yang dipaparkan penulis pada Sha sangat menarik sebab ada je berlaku dalam masyarakat kita namun tak ramai yang bertindak.. Sekurang-kurangnya bila ada dipaparkan dalam novel bolehlah dijadikan tauladan..
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
January 28, 2017
Melihatkan tajuknya serta kulit buku yang agak ceria, saya menjangkakan ini kisah yang ringan. Tambahan pula, ianya dimulakan dengan kehidupan Zarida (Ridd) dan kumpulannya - Deja, Elliot dan Sheba di zaman universiti, zaman riang-ria remaja yang baru mendapat kebebasan.

Di UWB (Universiti Wilayah Barat) inilah Zarida bertemu Zaihan. Bagai buku bertemu ruas. Dari bermusuh, mereka berbaik-baik sehingga mencambahkan bibit-bibit cinta. Namun terpaksa dicantas di tengah jalan kerana Zarida telah ditunangkan oleh keluarganya dengan Shahrein.

Tujuh tahun kemudian, mereka dipertemukan semula tapi dalam suasana yang tidak pernah diduga. Zarida yang kini seorang isteri dan ibu kepada Irfan, sedang berusaha untuk melepaskan diri dari suaminya Shahrein, binatang yang bertopengkan manusia. Zarida dipaksa menurut segala kehendaknya tanpa diberi ruang untuk membuat keputusan sendiri. Dari luar nampak seperti cukup segalanya, tapi hakikat sebenar amat perit untuk dilalui.

Penderaan seksual dalam perkahwinan. Isu yang jarang diketengahkan dalam novel arus perdana berunsur cinta. Zarida dipukul dan diseksa hanya kerana ingin memuaskan nafsu Shahrein. Lebih-lebih lagi setelah kelahiran Irfan. Shahrein seolah-olah cemburu pada darah dagingnya sendiri. Tidak senang hati bila Zarida memberi perhatian kepada anaknya melebihi layanan kepada dirinya.

Perkembangan watak yang seimbang dengan perjalanan cerita. Plotnya teratur menjadikan pembacaan lancar. Tidak meleret walaupun bahasanya mungkin dianggap skema pada masa sekarang. Saya lebih sukakan susunan plot seperti ini berbanding teknik imbas kembali yang digunakan oleh sesetengah penulis. Agak menyakitkan hati bila setiap penerangan setiap bab menggunakan penceritaan imbas kembali sehingga mencacatkan tumpuan pembaca. Ada yang berjaya bila menggunakan gaya seperti itu, tapi lebih banyak yang menimbulkan rasa jengkel!

Walaupun saya menyukai buku ini, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak mampu saya biarkan sahaja terutamanya bila melibatkan isu moral (dan agama). Dan hal inilah yang membuatkan saya tidak mampu memberi rating yang lebih tinggi.

Sejahat mana pun Shahrein, sebaik mana pun niat Zaihan, tetap tidak merubah hakikat bahawa Zarida masih isteri Shahrein. Walaupun Zaihan dan Zarida masing-masing mempunyai perasaan cinta, seharusnya mereka tetap menjaga batasan dalam perhubungan.

Dan mungkin lebih baik jika penulis dapat memasukkan maklumat-maklumat yang lebih terperinci dan langkah-langkah yang dapat diambil oleh para isteri di luar sana yang didera seperti Zarida. Mana tahu, secara tidak langsung dapat membantu mereka yang punyai masalah sama untuk keluar dari 'neraka' rumahtangga mereka. Isu sebegini biasanya didiamkan sahaja kerana rasa malu atau tidak tahu ke mana harus mereka laporkan. Salah langkah, mungkin akan didera lebih teruk, tidak mustahil membawa kematian.
9 reviews
May 29, 2018
Berkisahkan tentang Zarida dgn Zaihan di alam uni...Zarida ni bg aku agak kasar...Zaihan pulak disbbkan kisah silap dia jadi seorg yg tak suka perempuan,yg kejam...Zarida dgn Zaihan mcm anjing dgn kucing selalu bergaduh sampai satu tahap depa fight sesama sendiri...Dua2 ni masuk Taewkondo...Tapi lepastu depa bercinta...Yg sedihnya bila tahun akhir Zarida belajar ayah dia bgtau suruh dia kahwin dgn pilihan ayah dia...Ayah dia tak terima Zaihan...Memang menantu pilihan ayah tu kaya tapi perangai aduhhh...Kesian kat Zarida selalu kena pukul dgn suami dia...Suami dia pulak bg aku mental sbb dgn anak pun jeles...dahla anak depa tu ada penyakit asma...Tapi memang mental pun suami dia...Zaihan pulak still tunggu Zarida...Depa jumpa balik masa Zarida nak masuk kelas belajar Taewkondo...Zaihan yg tukang ajar dia...Zarida nak mempertahankan diri dari kena pukul lg dgn suami dia...Zaihan tau semua kisah Zarida lepastu..Dia banyak tolong Zarida...Masa suami Zaruda larikan anak depa sbb alasan taknak lepas Zarida,Zaihan lah yg tolong...Paling menyakitkan hati ialah watak ayah zarida...Dia nampak menantu dia pukul zarida depan dia tapi dia blh bt taktau...Akhirnya zarida bercerai jugak dgn suami dia...Dia nak kahwin dgn zaihan tapi sekali lg ayah dia tentang..Taktau apa masalah ayah dia...Zaihan tu bg aku dah kira baik selamatkan zarida tapi ayah dia kata kononnya zaihan punca anak dia bercerai....Aduhhh tapi akhirnya ayah dia setuju jugak lepas sedar kesilapan sendiri..Banyak pengajaran...Jgn mengejar kekayaan sbb belum tentu bahagia..contohnya mcm ayah zarida ni nak menantu kaya last2 anak dia memderita...tapi zaihan pun kaya...Tahniah penulis...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
February 26, 2018
Entah kenapa saya rasa novel ini ada kekuatan tersendiri. Ridd dan 3 orang geng brutal di uni memang lucu dan persahabatan mereka hingga beranak pinak sungguh sweet. Zaihan ni saya tak sure nak suka atau tak tapi he's much better than Zafril dalam novel Cintaku Seluas Samudera Biru. Suami Ridd si Shah tu, mangkuk hayun kelas internasional. Padan muka dia akhirnya.
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
September 26, 2020
Terima kasih penulis kerana mengambil kisah tentang penderaan rumah tangga dan bagaimana seorang wanita boleh bangkit kembali dari segala kesengsaraan yg telah dilaluinya. Bahagian yang saya paling suka dalam novel ni👌

Ingatkan cerita ni ringan-ringan sahaja, namun hubungan Zarida dan Zaihan berterusan hingga bertahun selepas mereka habis kolej.

Penulisan dia ok lah, tapi kadang2 tu penulis suka ulang perkara yang sama. Sy suka bila penulis selit2 sikit tentang apa yang dipelajari tentang Watak2 ni, contohnya kalau Zaihan belajar undang-undang, diselitkan sikit tentang ilmu undang-undang tu. Nampak lah realistik skit.

Overall, cerita ni just ok.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.