Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
Babak 1: Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!
Babak 2: Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.
Babak 3: Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
* * *
KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.
Seperti mengembara ke tanah Andalusia. Ya, memang ini satu pengembaraan. Bersama-sama penulis mengenali erti makna pejuang. Kagum kerana semangat penulis yang mahukan para pembacanya turut mengenali erti ‘pejuang’ yang sebenarnya wujud dalam diri kita.
Kisah Dina pada awalnya agak tipikal. Kisah si gadis bebas bersosial yang kemudiannya mengalami rasa rusuh dalam jiwa setelah pemergian neneknya. Dina didatangi mimpi aneh berulang kali menyebabkan dia mula rasa tak tenteram. Bersama-sama temannya; Najihah mereka merancang percutian ke Sepanyol dan di sini, persepsi Dina tentang hidup mula berubah.
Dina bertemu dengan Aaron yang tiba-tiba menjadi ‘pemandu pelancong’nya kerana kenalan mereka, Joaquin ditimpa kemalangan. Najihah pula yang sudah jatuh hati pada Joaquin memutuskan untuk menjaga si buah hati. Tinggallah Dina dengan Aaron yang ‘sombong’ dan ‘menjengkelkan’.
Tiada pilihan, Dina mengikut saja pelan Aaron yang membawanya ke Granada. Di situ, Dina berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Aaron. Tanpa disangka, Dina bertemu Miguel, adik Aaron yang seiras wajah lelaki dalam mimpinya. Dia juga dikejutkan dengan potret seorang wanita yang saling tak tumpah seperti raut wajahnya.
Apa erti kesemuanya ini? Apakah benar mimpi aneh dan keluarga Aaron itu bukanlah satu kebetulan? Siapa diri Dina sebenarnya dan kaitannya dengan potret wanita itu? Nak tahu? Apa tunggu lagi, cepat cari novel ini :D
Kekuatan cerita ini pastinya pada plotnya yang begitu smooth. Teratur daripada perjalanan Dina hingga menemui Aaron, kisah perjuangan dan cinta Salma-Shuaib hinggalah pertemuan ringkas Dina dan Aaron di bumi Mukarramah, kesemuanya dijalin dengan baik hingga terasa aku ini seperti bayang-bayang si Dina. Cuma sedikit terganggu dengan kesalahan minor seperti “Granada” yang sepatutnya Gharnatah di halaman 312 & 313, dan “Sarah” yang sepatutnya Salma di muka surat 204 & 465. Siapa Sarah? Adakah KO teringat-ingat Sarah dalam Dame Zoete Sarah? :P
Oh, ya! Seperti novel KO terdahulu, jangan harap ada kisah cinta uda dan dara ya. Tiada. Cuma yalah, terselit juga kata-kata yang bisa mencairkan hati si dara yang keras. Misalnya ini:-
Second novel yang ku baca karya Khairyn Othman.. Ruginya aku tidak mengenali karya2 beliau dari awal...agak ketinggalan diri ini.
Pada awalnya novel ini agak longgar. Menceritakan seorang gadis melayu & islam yang sibuk mencari keseronokkan dunia tanpa mengenal halal haram.
Novel ni semakin padat ketika Dina, berkunjung ke Madrid & seterusnya ke Granada. Di situla permulaan cerita yang sebenar.
Perkenalan dengan lelaki bernama Aaron menyelongkar apa yang terjadi beberapa ratus tahun yang dahulu.
Ia semakin padat apabila kisah Salma & Shuaib dikenalkan. Kisah yang berlaku di Kota Andalus pada tahun 1400an. Perjuangan seorang lelaki yang berasal dari timur & dikatakan daripada keturunan Hang Kasturi. Semangat juang yang tinggi pada Agama Islam. Bagaimana ia berjuang habis- habisan demi mengelakkan negara mereka dijajah.
Salma,seorang gadis yang memang berasal dari kota Andalus, yang handal dalam memanah & menunggang kuda. Perkahwinan antara Salma & Shuaib atas wasiat keluarga & di dalam keadaan negara yang huru hara.
Dalam novel ni, aku sangat2 tertarik dengan kisah Salma & Shuaib berbanding kisah Dina itu sendiri. Aku boleh tau tentang selok belok kota andalus.
Serius memang tak rugi pon baca novel ni. Thumbs up kepada penulis sebab mampu melahirkan novel yang sebegini instead of novel cinta romantik.😅
Cuma, pada pengakhiran sedikit la aku agak kecewa sebab terlalu pendek..kalau dipanjang sikit lagi..mesti lagi ummpph..
Aduh... review saya terpadam.. Ok saya mulakan sekali lagi. Bismillahirrahmanirrahim
Buku ini latarnya sangat bagus, saya larut dengan tulisan Khairyn Othman kerana ianya berlatar belakangkan Tanah Andalusia. Penulis bijak mengadun latar dengan watak cerita. Saya yang pernah mengembara di sini larut dengan penceritaan penulis. Memang nampak bahawa penulis sangat teliti apabila mengkaji dan menulis untuk novel ini.
Di bawah ini, antara gambar dari koleksi peribadi saya ketika mengembara di Tanah Andalusia
Antara ukiran di dalam Istana Nasyrik, kota al-Hambra, Granada
Ini pula kubu pertahanan al-Hambra
Dan ini adalah gerbang kota Medinat al-Zahra, kota pemerintahan umat Islam yang terletak di kota Cordoba, Spain
Dan di hadapan masjid Cordoba yang dijadikan gereja selepas zaman kejatuhan Islam di Tanah Andalusia. Struktur masjid ini sangat unik kerana adanya dua kefahaman agama yang bertembung.
Ini pula Real Seville di Seville, Spain. Ukiran dilakukan oleh Mudejar - orang Islam yang mahir bertukang, dan mereka membuat seni ukiran untuk Ratu Isabella selepas Andalusia ditawan dan orang Islam diusir keluar dari kota ini.
Saya larut dengan penceritaan Salma-Shuaib, ternyata ianya lebih mengesankan dari kisah Dina-Aaron walaupun dua kisah ini adalah dari zaman berlainan. Cinta Salma dan Shuaib kepada Allah melebihi cinta mereka sebagai suami isteri. Lantas Salma sendiri ditinggalkan Shuaib selepas baru sehari bernikah untuk berjuang ke jalan Allah.
Antara perkara yang agak klise bagi buku ini, setelah saya pernah membaca Zahrah de Tigris hasil karya penulis yang sama, adalah watak hero merupakan lelaki asing yang akan jatuh hati kepada heroin iaitu perempuan Melayu. Bagi saya, ianya agak bosan di situ. Dan kisah Dina - Aaron saya harapkan agar penulis dapat garap dengan lebih mendalam agar lebih berbekas di hati walaupun kisah mereka ini sangat-sangat klise. Saya lebih mengharapkan di penghujung cerita adalah sesuatu kesudahan yang tidak terjangka.
Saya lebih suka sekiranya penulis menggunakan teknik mundur (zaman dahulu) dan maju (zaman sekarang) dengan lebih teratur. Ini novelnya seperti terputus-putus antara dua zaman. Mula novel, kisahnya antara Dina dan Aaron, kemudian 3/4 dari novel ditujukan kepada kisah Salma-Shuaib, kemudian baru kembali ke kisah Dina-Aaron di penghujung. Jadi nampak berantakan plot dua zaman ini dan kesinambungannya tidak mantap.
Antara buku yang saya rasa menggunakan teknik maju mundur dengan baik adalah Bidadari-bidadari Syurga karya Tere Liye. Beliau menulis berselang-seli bab antara kisah zaman sekarang dan kisah zaman dahulu.
Ada sebuah buku lagi yang saya rasa teknik maju mundur diolah dengan baik sekali, di mana kisah zaman dahulu dan zaman sekarang kemudian bertembung selaku klimaks novel iaitu The Book of Secrets karya Tom Harper. Walaupun saya memberikan rating rendah (2 bintang) tetapi penulis berjaya menyambungkan plot kisah zaman lampau dan kisah zaman sekarang selaku titik pertemuan antara dua cerita.
Nyata 3 bintang ini sebenarnya saya berikan dengan komen-komen yang saya rasakan menyebabkan novel ini kurang berkesan berbanding Zahrah de Tigris. Walau bagaimanapun, novel ini menarik kerana kisah Salma-Shuaib itu digarap dengan penuh rasa hati.
buku ni buat aku rasa aku yang berada dalam cerita ni... ini cerita yang tak ada kena mengena dengan jiwang karat... aku terbuai-buai dengan kisah di taman andalus dan membuatkan keinginan ku untuk menjejak kota andalus...
Penulis: Khairyn Othman Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd ISBN978-967-5118-62-3 Harga: RM20.00 / RM23.00 M/S: 511 Cetakan 1 – Jun 2011
Blurb:
Babak 1: Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat rasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!
Babak 2: Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.
Babak 3: Shuain, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
***** KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.
Kak Chik menukil:
Percutian Dina ke bumi Sepanyol bersama Najihah telah menemukan dia dengan Aaron Mauricio yang pada pandangan pertama Dina seorang yang sombong dan sukar dijangka. Kerana Najihah berkeputusan untuk tinggal di Madrid untuk menjaga si buah hatinya, Joaquin yang cedera kerana kemalangan. Dan Dina terpaksa mengikut Aaron ke Granada kerana lelaki itu telah membuat keputusan untuknya.
Kedatangan Dina ke daerah lama Albayzin disambut dengan lelaki dan wanita yang sering mengganggu lena malamnya dengan ucapan, “ Bienvenida a casa, Dina.”
Siapakah lelaki dan wanita itu? Apa yang mereka mahu dari Dina? Apakah kaitannya diri Dina dengan rumah tua di daerah lama Albayzin ini?
Sudut pandang Kak Chik:
Penulis menggarap kisah yang berbeza zaman dan peradaban yang merentasi benua namun tujuannya tetap sama, berjuang ke jalan Allah.
Watak Dina sebagai anak gadis moden yang sudah terlalu jauh tersasar dengan cara hidup Islam yang sudah lama ditinggalkan. Cara penulis menghubungkaitkan antara dua kisah yang berbeza zaman ini adalah melalui mimpi yang dialami Dina. Dan dihubungkan lagi dengan percutian Dina ke bumi Sepanyol yang konon-kononnya untuk mencari ketenangan.
Karya ini memplotkan hampir ¾ jalan ceritanya tentang perjuangan Shuaib dan Salma. Penulis banyak menghuraikan perjuangan-perjuangan yang dilalui Shuaib dan Salma untuk mempertahankan bumi Andalus dan agama suci, Islam daripada dirampas Raja Castille. Pelbagai teknik peperangan dan ilmu peperangan yang dirungkai sehingga Kak Chik bagaikan membaca kisah sejarah perjuangan umat Islam terdahulu untuk mempertahankan agama Islam. Selain itu, diselitkan juga kisah cinta Shuaib-Salma yang meredakan cinta mereka di jalan Allah. Betapa teguh kecintaan mereka pada YANG SATU.
Aaron-Dina pula perlu meneruskan perjuangan tersebut. Walaupun Dina dibesarkan dalam kemodenan yang menenggelamkan kehebatan agama yang suci, Islam namun dia dengan hidayah Allah terbuka hati untuk kembali ke jalan Allah kala mendengar mamanya mendengar Surah Muzammil dari komputer riba.
Perjuangan kita bukanlah seperti umat terdahulu yang terpaksa menghurus senjata demi mempertahan agama dan tanah kelahiran tetapi perjuangan kita adalah untuk terus kekal dalam agama yang suci dan berpegang teguh pada ajaran yang benar menuntut bukan sedikit perjuangan.
Walaupun kadangkala sedikit terganggu dengan perkataan-perkataan yang tidak difahami namun glosari di belakang muka surat belakang dapat membantu tapi kena belek banyak kali juga.
Tahniah pada penulis untuk satu karya yang penuh sejarah!
membaca buku ini memang seperti mengembara ke andalusia.banyak tempat yang mana penulis menghuraikan dgn tertalu detail sehinggakan saya rasa bersalah kalau x search di internet ttg tempat tersebut( sebab xleh nak bayang) haha
perasaan pertama semasa membaca buku ini eperti saya dah boleh agak apa jalan ceritanya iaitu dina yang sangat sosial yang terpesong jauh dari landasan islam kembali kepada fitrah islam.tapi di pertengahan cerita rupa rupanya ada cerita lain dalam cerita yang memceritakan sejarah salma dan shuaib( undur balik masa ke belakang)
pembacaan menjadi semakin lambat kerana agak berat dgn sejarah mempertahankan andalusia jatuh kembali kepada tangan orang kristian.sungguhlah penulis sangat kreatif dgn meletakkan watak utama iaitu shuaib yang merupakan anak pahlawan melayu tbilang iaitu hang kasturi yang bersungguh2 ingin mempertahankan andalusia walaupun bukan merupakan anak jati tanah andalusia.
buku ini sangat sarat dgn tema perjuangan ingin mempertahankan tanah air dari jatuh kepada tangan org yang tidak sepatutnya lebih2 lagi kepada tentera kristian.ruh perjuangan terasa meresap ke dalam diri semasa membaca buku ini. mula2 rasa rugi baca tapi sebenarnya ada banyak yang tersirat di sebalik novel ini.novel pemikir yang patut dibaca utk rasa izzah dgn islam itu sendiri.
Tajuk buku : Nuansa Kota Merah Penulis : Khairyn Othman Keluaran : Jemari Seni Halaman : 511 m/s
Sinopsis Kulit Belakang :
Babak 1: Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat rasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!
Babak 2: Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.
Babak 3: Shuain, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
Ulasan ainsabrina :
Dina, dari mula kisahnya nyata dia sudah terpesong jauh dari agama. Kelab malam seakan rumah keduanya. tempat untuk melampiaskan rasa dan tekanan yang ada.
Kematian nenek yang agak rapat dengannya satu ketika dahulu, memberi impak yang besar pada Dina. Dia seakan ada rasa kekurangan dalam hidupnya dan menyalahkan takdir atas kematian neneknya.
Selepas kematian neneknya, Dina seringkali didatangi mimpi yang sama. Mimpi sepasang suami isteri, yang lelakinya berpakaian arab dan yang perempuannya berpakaian kebaya tradisional. Resah dengan mimpi itu, Dina akhirnya menerima cadangan Najihah untuk bercuti di Sepanyol.
Setibanya di sana, mereka disambut Aaron yang pada penglihatan luar Dina, Aaron adalah jejaka yang sombong dan suka membuat keputusan untuknya.. Sepatutnya mereka disambut kekasih Najihah, Joaquin tetapi Joaquin ditimpa kemalangan yang membuatkan Dina terpaksa bercuti sendirian apabila Najihah membuat keputusan untuk menjaga buah hatinya.
Aaron, 'tour guide' Dina, membawa Dina ke Granada. Di Granada, Dina ditempatkan di rumah Aaron yang menemukan Dina dengan ahli keluarga Aaron. Tanpa dia sangka dia ditemukan dengan Miguel, adik Aaron yang mempunyai wajah seiras lelaki dalam mimpinya. Dia juga dikejutkan dengan potret seorang perempuan yang seiras dengannya yang bernama Adeen.
Siapa Adeen dan siapa pula lelaki dan perempuan yang muncul dalam mimpinya?Apa kena-mengena mereka dengan Dina?
komen ainsabrina :
Membaca cerita ini seakan membawa saya ke dimensi lain. Penceritaan Khairyn Othman seakan saya betul-betul berada di Sepanyol khususnya di Andalusia dan membuatkan saya teringin sekali ingin ke sana suatu hari nanti.
Kisah ni ada unsur islam dan keinsafan dalam kisah Dina. Juga ada kisah perjuangan membela Islam dan kisah pengorbanan dalam kisah Shuaib dan Salma. Semua unsur dan nilai-nilai murni ini digarap penulis dengan baik sekali seakan saya betul-betul berada dalam dunia Dina, Salma dan Shuaib.
ada potongan kata-kata dalam novel ini yang saya suka :
Terbalik. Entah kenapa dia teringat juga kisah Shuaib dan Salma yang diceritakan kepada Najihah. Orang timur pergi ke barat dan orang barat datang ke timur. Orang Islam yang lahir sebagai Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam tetapi orang barat yang nampak akan kecantikan Islam itu lalu mengikut cara hidup Islam, malah sudah pun menganut agama Islam. Terbalik.
it's 2am and I have to give it a 5🌟🌟🌟🌟🌟kerana ini pertama kali aku baca karya penulis ini. Nuance yg diterapkan sangat menarik. Awalnya kisah ini lebih kepada Dina dan Aaron tapi ternyata the star of this book is Shuaib dan Salma. I've always been a big fan of history and this book, fits the bill. Yang unik adalah excerpt tentang Hang Kasturi. relationship Shuaib dengan pahlawan Melaka itu... Perjauangan di mereka yg terpisah 600 tahun dulu dan mereka in the present world. I am happy with the ending.
Thank you Khairyn Othman for such a beautiful journey through time. Thank you Allah kerana mememukan karya ini padaku.
Suka buku novel ni. Bacanya bagaikan berada pada zaman peperangan Andalusia. Cara penulis menggambarkan tempat-tempat menarik di Sepanyol pun dah best sangat. Walaupun saya belum jejak lagi ke situ, tapi dapat rasanya betapa cantiknya tempat-tempat yang diceritakan terutama Istana Al-Hambra tu. Bagus cara penulis memasukkan elemen sejarah yang buatkan rasa ingin tahu lebih mendalam sejarah Andalusia. Saat Islam mula bertapak di Sepanyol sehingga kejatuhan Islam & Kristian mengambil alih bumi Sepanyol. Tahniah buat penulis kerana dapat mengetengahkan konsep sejarah dalam novel.
Menyesal tak baca lebih awal.Dalam tempoh PKP ini,dalam masa 2 hari aku mampu menghabiskannya.Kita dibawa ke zaman kerajaan Islam terakhir di Andalus, yang berpusat di Granada atau nama arabnya Gharnatah.Penulis pandai membawa pembaca merasai suasana dan latar zaman ketika perang Granada melalui watak Shuaib dan Salma. Sejarah yang dinovelkan dalam bentuk ini lebih memudahkan pembaca menghadam sejarah dalam bentuk lebih menarik.
terbuai dengan kisah sejarah para mujahid Islam terdahulu yang penuh dengan nilai-nilai murni yang patut diteladani dan ambil peduli. Bukan sekadar kisah yang sarat dengan pengajaran dan menyedarkan malah untuk dijadikan muhasabah diri. T.E.R.B.A.I.K.
Lama tak baca novel cinta tragis. Termenung sekejap memikirkan hidup lepas baca novel ni. Adakah kita memanfaatkan setiap nafas atau hidup kita selama ini hanyalah perjalanan waktu yang sia-sia? Kena renungkan. Perfect for history enthusiast.
Salam Novel ini saya sedari merupakan cerita dalam cerita yang berlatarkan bumi Granada. Dan selok belok seorang gadis bernama Dina yang suka ber clubbing dan minum arak. Perjalanan seorang insan yang sudah jauh dalam kegelapan. Dalam kegelapan itulah dia mengenal asal-usul keluarganya yang berasal dari Granada.
Dalam kekalutan dan waktu yang singkat, Dina cuba memahami suasana. Perjalanan Salma dan Shuib memang menyentuh hati. Perasaan halus yang hadir antara mereka adlah semangat untuk meneruskan pembacaan novel ini.
Perasaan halus yang masih dijaga agar tidak melebihi CintaNya adalah satu teladan kepada umat masa kini yang sering menyanjungi cinta pada manusia lebih dari cinta padaNya. Gambaran suasana sekitar Paris dan Granada amatlah memuaskan hingga membuatkan hati saya terdetik untuk melangkah ke sana mengamati sendiri suasana seperti yang digambarkan penulis.
Syukur ke hadrat ilahi kerana sekiranya saya tidak membaca buku ini saya masih menganggap bahawa Granada tersebut berada di negara Arab, rupanya berada di Sepanyol. Hehe, silly me.
Tapi buku ini punya jalan cerita yang menarik berkenan kisah islamik yang sedikit sebanyak mengaitkan sejarah melayu itu sendiri. Cuma saya takut sekiranya mereka yang membaca buku ini mempunyai tanggapan yang berbeza kepada sejarah. Namun betullah juga kata penulis :
"sejarah itu cerita dari mulut ke mulut, Tuhan jugalah yang tahu segalanya"
Wallahualam. Keindahan bahasa yang digunakan dalam menghasilkan novel ini saya puji sepenuh hati. Cuma kadang-kadang sukar untuk membezakan mana satu teknik imbas semula dan mana satu hanyalah monolog sendiri.
Syabas dan terima kasih kepada penulis. :)
p/s : Sebenarnya apabila membaca bab pertama di Jemari Seni sdn bhd lah saya tergerak untuk mencari novel ini.
alhamdulillah! habis dh bce buku nie!seronok sgt..perjalanan shuaib seorg pemuda asing di negeri yg asing.dan salma seorang anak dagang yg mahir dlm memanah dan berkuda.penerangan penulis tentang negara dan tempat watak itu berada sgt teliti.terkesan di hati dan fikiran.juga cara penulis menggambarkan suasana peperangan itu amat teliti.sy dpt membyngkan bgmna pejuang cuba memperthnkan tnh air mereka drpd di jajah..genre buku yg amat sy minati.alhamdulillah x sia2 sy membeli buku ni.buku ni jgk memberikan pengajaran kepada sy apb watak dina dan ibunya akhirnya kembali ke jln yg benar.tp ada sedikit cerita tergntng di dlm nie tntg watak fairus yg melamarnya di mekah.apa jdk pd dia?itu persoalan sy slps hbs membce buku ini.mngkn penulis tidak mahu terlalu fokus dengan percintaan tiga segi (wujudkah?) antara aaron, dina n fairus.
buku ni sesuai utk mereka yg ingin mencari dan memperjuangkan kebenaran,yg tidak suka novel yg mempunyai tema yg begitu fokus kepada cinta antara manusia dgn manusia yg lain. buku ini jgk menceritakan tntg pengorbanan dan kecintaan kepada tuhan yg begitu mendalam oleh seorg hambanya.
Menghabiskan pembacaan sambil mengimbau kenangan di Spain 4 tahun lalu.Seperti baru semalam kami menelusuri lorong kecil Albayzin menuju ke Masjid Granada untuk menikmati pemandangan Alhambra dari puncak bukitnya. Syabas buat penulis untuk penceritaan yang sangat terperinci.
kisah pasangan mujahid-mujahidah itu yang buat aku gugur manik manik putih. dua abad yang berbeza tapi satu matlamat yang sama hingga ke akhir yang sama.