Jump to ratings and reviews
Rate this book

Natural Born Fighter

Rate this book
Enam pembunuhan. Enam mangsa. Enam kematian. Licik, oportunis dan sentiasa satu langkah di hadapan. Dia seperti predator yang memburu manga dan terus bermaharajalela.

Tapi untuk pertama kali, dia lakukan kesilapan. Dia fikir dia berjaya tetapi ternyata tidak. Gadis itu masih bernyawa.

Dari seorang pemburu... dia kini diburu.
ASP Ziyad Sidqi sedar, dia bertarung dengan masa. Dia harus bertindak pantas. Pertaruhan semakin tinggi. Emosi meledak menuntut pembalasan. Untuk kali terakhir, penguasaan Angel harus ditamatkan.

Gadis itu ada jawapan. Gadis itu bakal menamatkan segala-galanya. Dan tugasnya memastikan gadis dan semua mangsa dapat pembelaan.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang.
Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah kemaafan dan perjuangan.

540 pages, Paperback

First published February 1, 2023

3 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Dhiya Zafira

23 books191 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (66%)
4 stars
16 (31%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
June 25, 2023
Ari ni selain tak mendengar kata dia jugak sangatlah ketegaq orangnya rasa nak ruqyah dia 3 hari 3 malam 😞. Sid, ASP Ziyad Sidqi penyabar sangat orangnya, mana nak cari satu? Mungkin faktor umur yang agak berbeza (9 tahun) kita boleh nampak kematangan, kesabaran, ketenangan Sid yang luar biasa berbanding Ari yang hmmm.

Pastu first time bila baca novel rasa nak suruh Sid, watak utama & lelaki merajuk dan bawak hati yang tersakiti lama sikit dengan Ari sebab kerana mulut badan binasa tahu? Dalam hati yang masih terasa dengan kata-kata Ari, Sid masih mengutamakan keselamatan & keselesaan Ari. Tapi, itulah kalau merajuk lama2 tak kemanalah ceritanya. Tapi, nak marah ke Ari lama-lama sangat pun tak boleh jugak sebab dah tahu kenapa jadi macam tu.

Walaupun dah setengah buku dibaca & dah tahu kemana hala tuju cerita tapi tetaplah best, tak bosan langsung, cerita bergerak dengan laju. Dan cerita ni dibahagikan kepada 2 bahagian, bahagian pertama berkaitan kes pembunuhan Angel & macam mana Ari boleh terlibat dalam kes tersebut dan ohh hubungan antara Ari & Sid. Bahagian kedua pulak lebih kepada Sid yang cuba untuk meminta maaf & melembutkan hati Ari, told ya dekat sini kita boleh rasa menyampah gila dengan Ari, sudahlah tak dengar cakap selalu sangat buat tuduhan melulu demi nak sakitkan hati Sid.
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
October 16, 2025
Kenapa 2 bintang je?

1.Lelah nak habiskan cerita ni
2.Heroin bodoh
3.Heroin terlalu bodoh

Itu saja.
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
April 14, 2023
Ya Ampun.. penyabarnya Sid. F try baca slow² tapi laju jugak habisnya.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
791 reviews228 followers
October 14, 2025
Sebab I baca buku-buku DZ ni backward kan, so first time kenal Sid thru CSE. Oh, begini cerita seorang Ziyad Sidqi.

Dalam semua siri Komando dan spin-off versions-nya yang I dah baca so far, Ari ni la heroin yang paling annoying sekali ya Rabbi. Tak faham macam mana dan kenapa Sid ni boleh bersabar macam tu sekali. Ok la sebab sayang kan, tapi maybe sebab zaman bahagia diorang tu secoet je kita dapat baca, so I cam takleh nak root for these two too much. I cuma sokong Sid sebab nak dia happy ecewah.

Pastu kan, the villain in this one is actually very scary, so best gak la baca case ni. And i like how the romance bits and the action bits are balanced, unlike CIA.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
June 29, 2023
Rate: 4.5⭐️

Buku karya Kak Dhiya as usual, kena dgn my jiwa dan raga ha gitcheww (tiber gedik 🤣🤣). Kalini aku suka sbb the backstory for the villain lebih mendalam. Plot cerita yang menarik.

Walaupun, daripada awal cerita kita dah tau the villain, tapi tak menjadikan buku ni bosan, sebab macam aku cakap the backstory tadi, dan the way it ends. I like yang dia tak end gitu ajee. 👍🏻 Btw, watak FL tu agak menggeramkan ya, tapi at the same time rasa kesian. Sama macam ML. 😢 Insan2 tersakiti. And idk la sebelum ni aku pernah baca tak buku yg relationship bermula dgn sgt cepat. 🤔 Tp this book bagi aku mcm satu rekod la jugak, sebab hubungan ML dan FL sangatlah fast paced. I mean fast by really fast. 🤣🤣 Tiberr je kannn. But i guess maybe benda camtu boleh je terjadi bila masanya dah tiba hahahha 🙊

Btw, i like relationship between Jahn and Zarin. Diorang ni la bagi aku penghibur dalam novel ni, memandangkan kisah ML dan FL sangatlah penuh dengan kesakitan dan kesuraman hahahhah. 🤧 Overall, it was a nice read 💕 #emptycanvashida
Profile Image for Elurine.
85 reviews2 followers
January 18, 2025
Sumpah best gilaaaa buku niiiiiiiiii. Kenapalah lambat sangat baca buku ni 🥹. Buku yg sarat dgn emosi, jalan cerita pun best dooh dooh. Plot twist dalam plot twist, saya yg baca ni pun pening kejap mana satu angel yg sebenarnya. Kalau sebelum ni karya kak dhiya banyak tentang askar tapi kali ni tentang polis. ASP ZIYAD SIDQI TERPALING ON TOP! Okay highlight utk buku ni mmg SID je.

Untuk semua hero hero kak dhiya yg kita dah rasa cukup hijau tapi tidak sebab Sid ni paling hijau antara semua hero kak dhiya 😭😭🫶🏻🫶🏻🫶🏻 mana nak carik lelaki yg sesabar sid ni?!?! Dia punya tahap sabar tu serius eh mmg kalah abang abang komando tu 🥹 saya sangat lurve dgn sid 🫶🏻🫶🏻 walaupun rasa mcm tak logik kenal 2 minggu dah boleh kahwin tapi tetap kena terima sbb dia yg ajak kawin tu SID orangnya. Sid ni apa yg dia nak dia tak bergurau. Apa yg dia nak dia akan pastikan dia dapat. Walaupun sikap dia mcm tu tapi tak pernah sekali pun dia memaksa Ari 😭😭 nasib baik member tu sedar silap dia kalau tak haih tak tahulah bila nak bahagianya.

Ari ni ikutkan tak letak apa apa expectations sebab ada terbaca review dkt sini yg perangai Ari ni agak menguji kesabaran 🤣 mula mula tu mmg boleh terima apa yg Ari tu buat tapi bila dah nak penghujung buku tu dia buat perangai lagi Ya Allah mmg geram. Rasa nak sekeh sekeh je kepala si Ari tu. Dalam hati kata menyesal, takut takde peluang bagai tapi bila bersemuka dgn Sid lain jadinya. Nasib baik Sid tiba tiba merajuk, hilanglah kejap geram dgn Ari tapi rupanya ada lagi benda bodoh si Ari ni buat 😭😭 ko tahu tak ko tu perempuan, tolonglah jangan bertindak tak guna otak. Sumpah faham Ari ni sayang sesiapa sahaja yg bergelar family kecuali Sid tapi tolonglah guna otak. Nasib baik ko selamat tau Ari, kalau tak saya yg membaca ni yg meroyan kalau sad ending 😔

Sid tu arghhhh dgn hayabusa dia lagi, tolonglah hot betul anak kak dhiya yg sorang ni. Dia punya tahap baik & sabar tu ada sekali je dia merajuk dgn Ari itu pun alahai sekejap betul. Sid sendiri tak mampu nak merajuk lama lama dgn bini. Dengar bini nangis je dia dah tak keruan. Tak boleh imagine macam mana dia boleh hidup selama Ari tak sebumbung dgn dia 🥹 pastu mmg kesian dkt Sid ni sbb Ari tu mmg tak bagi peluang langsung dkt Sid utk bagi penjelasan. Pastu yg Sid ni pulak seumur hidup lah agaknya rasa bersalah kalau tak jumpa Ari balik. Padahalnya dia takde salah apa pun. Sid ni menjadi erti yg orang setia tu mmg wujud. Tolonglah nak sorang mcm Sid ni 🥹🥹 Semoga saya dan awak yg baca ni jumpa seseorang yg macam Sid di dunia nyata 🥹🫶🏻

Buku fav/on top saya yg pertama di tahun 2025! Tapi satu je kurang buku ni, momen bahagia dan manis Sid, Ari tu secoet je 😭😭 kenapa kak dhiya buat momen manis tu secoet je? Patutnya kena tambah lagi tapi papepun cukup je sbb kisah hidup diorang ni ya Allah tragis betul ya 😔 masa angel dah kena tangkap tu rasa mcm dah lega tapi pelik sbb halaman yg tak baca lagi tu still tebal. Terfikir gak yg belakang ni apa lah rupanya the plot twist is twisting. Sabar jelah tapi seronok sbb kak dhiya berjaya hasilkan cerita yg buatkan saya rasa nak tahu lagi dan lagi.

And proper closure utk family Ari. Rasa mcm kesian sikit jelah dkt anna tu but she deserves it. Ending yg membahagiakan utk semua watak. Tapi lagi seronok kalau dapat tahu secara details kisah Jahn & Yin. Ish comel betul dua orang ni 🤣 dah lah comel tapi jelas jelas je tunjuk dkt abang tu yg diorang ni suka sama suka hahahahaha rare betul. Okay sesiapa yg ada buku ni SILA BACA SEGERA! 🫶🏻
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
September 6, 2023
Habis akhirnya. Ingatkan skejap shj dpt habiskan tpi tak. Sibuk betul. Curi-curi baca bila ada waktu kosong ja tu pun sikit benar.

Aihh rasa geram sentiasa baca buku ni ya. Walaupun aku ni org kata jenis penyabar tpi pergh Sid laaaagiii penyabar. Rasa nak dihentak-hentak buku ni masa baca tapi tak boleh, sayang buku hehe yang geramnya lagi bila bertindak tak berfikir elok-elok taw. Aduh sakit hati. Dengan si Ari ni kan kita kesian tapi aduh geram betul lah nyah. Syukurlah dapat Sid yg penyabar tu.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
February 18, 2025
Dulu saya sangat suka baca Hati Bergetar Rindu. Tapi cerita tu sudah lama. So saya tak berapa ingat lagi details cerita tu macam mana. Yang saya tahu, saya memang sangat² suka. Sebab itu saya beli Natural Born Fighter.

Tapi bila saya baca NBF kenapa perasaan panas hati dengan Ari tu meluap²? Adakah sifat Ari ni sama macam HBR? Omg. Nampaknya saya kena baca balik HBR. Sius. Saya cannot brain dengan sikap Ari. Kenapa degil nak mampus? Dia nak apa sebenarnya? Oh Sid. Macam mana awak boleh bersabar dengan Ari?

Ada positif n negatif bila Ari bersikap ketegaq macam ni. Positifnya bila pembunuh sebenar memunculkan diri. Sebabnya Ari adalah saksi dan mangsa hidup seorang Angel. Negatifnya bila dia buat degil dia tu, dia sudah melibatkan keselamatan orang lain. Ntah la. Apsal susah sangat nak dengar nasihat si Ari ni. Elok diikat si Ari ni kat pokok rambutan lah. Biar dia behave tak kemana²🫡

Cerita ini ada plot twist. Ingatkan bila Angel ditangkap segala penderitaan telah berakhir. Tetapi anda silap ya. Si Angel tetap wujud di luar sana. Jadi siapa Angel yang sebenarnya? Adakah ianya adalah copycat atau itu adalah pembunuh yang sebenar? Dan siapa pula Angel yang ditangkap itu sebenarnya?

Actually Angel itu tidaklah sekuat mana. Tetapi dia punya tahap licik memang di luar akal. Walau Angel itu licik macam mana sekalipun, dia tetap tak boleh menandingi kebijaksaan dan ketangkasan Ziyad Sidqi. Lebih² lagi Sid punyai partner kerja yang sangat bagus, Jahn. Ermm Jahn tu bukan sahaja orang bawahannya tetapi Jahn tu merangkap kawan baiknya plus bakal adik ipar🤭

Pengakhiran? Of course la happy ending walau terlalu banyak kesabaran yang Sid perlu tanggung. Ari? Ya. Dia juga terluka dengan apa yang berlaku. Cumanya dia terlalu sibuk dengan kelukaan yang dia tanggung sehingga dia tidak sedar kepahitan yang turut dirasa oleh orang lain. 

Namun untuk hidup yang lebih tenang, belum terlambat untuk Ari memaafkan dan melupakan. Itu lebih baik dari terus mengenang suatu kisah yang akhirnya kesalahan itu bukan berpunca dari Sid. Siapa yang bersalah sehingga rumahtangga mereka berantakan? Siapa yang membuka ruang untuk orang luar masuk dalam kisah mereka? Ermm
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
May 8, 2023
Sangat thrilling dan fast-paced. Tidak mengecewakan. Kisah Tengku Arissa Nur Adalia dan ASP Ziyad Sidqi. Ada hati yang terluka walaupun sangat menyayangi. Ada bahaya yang dekatkan mereka. Bolehkah mereka maafkan silap masing-masing dan pada masa yang sama selamatkan orang yang disayangi?
Profile Image for Walking  Woo.
18 reviews
February 26, 2023
Ya aampun penyabar betul sid sama macam jimmy..mana nk dapat laki macam sid n jimmy ni🥺
Profile Image for sadeliphium.
233 reviews
September 23, 2023
Easiest 5 stars I had to give. Though there were a lot been taken out from the original (which due to the circumstances I understand completely), the essence of these characters are still there. More refined dialogues that portrayed the kind of love that they had for each other.

I however preferred the original one because of the emotional attachment I had with some of the scenes and those prominent scenes really rips me apart in a way that some might understand and some don’t. This is in no way are saying this version was not great. It is. The original ones just brought a lot of comfort and I’m sure this one will for others as well.

Abe Sid for me will always be the epitome of man with certain level of patience and love that I love. He and Abe Rif will always be the top tier men in DZ’s heroes that ultimately make my heart go crazy 🥹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
November 24, 2023
My thoughts?

1. Written by my favourite author, of course la best 😆 Very fast paced, sedar tak sedar baca dah habis sekali hadap. Tak sempat bosan langsung. Feeling macam tengah layan Netflix dowh.

2. Sid - ohh how I love this guy! Takde lagi kut hero kak Dhiya yang aku tak love hahah. Serius dengan tugas and protective too.

3. Ari - I like her but kinda hate her too 😂 sebab dia indenial gila. Geram lak bila dia takmau terima Sid balik siap keluar rumah. Tapi bukan ke heroin2 kak Dhiya memang jenis susah nak dipujuk semua, lupa pulak aku 😂

4. The plot twist was good! Aku macam tak sangka. Pakcikk tuuu...how could you 😂 I thought he was a good guy all along sebab memang nampak terang2 anak dia je tak betul 😂

Personal rating:
🩷🩷🩷🩷.5 /5
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 14, 2025
[BOOK 17_2025]

Natural Born Fighter by Dhiya Zafira.
.

Sukaaaa....
.

hahhaa. Mungkin sebab dah selalu sangat dihidangkan dengan cerita askar komando, so, bila baca cerita abang polis, rasa fresh la. Benda baru.
.

Aku suka sebab rasa eh cam cepat je hubungan Sid dan Ari ni. Tetiba berjodoh, tetiba gaduh, pastu merajuk, pastu jenuh la pujuk dan bersabar.
.

Watak Sid tu penyabar orangnya. Memang sabar sungguh lah dia handle Ari tu.
.

Dan paling suka part penyiasatan tu. Aku rasa mind blown bila part plot twist si Angel tu. hahaha. hebat sungguh. Tak terjangkau di fikiran aku.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
January 22, 2025
Inilah kisah Sid yang ada buat cameo dalam Siri Komando 3 dan 4.. kalau tak silap sayalah. Abang polis yang bekerjasama membanteras kejahatan dengan geng-geng komando beliau. Saya memang suka baca kisah mereka yang saling berkait rapat di antara satu sama lain ni. Rasa macam member sendiri pulak. Sebab dah kenal dalam pembacaan sebelum ni kan.

Ada banyak typo jugak.. moga dapat diperbetulkanlah untuk cetakan yang akan datang sekiranya ada. Apa-apa pun, teruskan menulis lagi ya kak dhiya zafira!
34 reviews
October 24, 2023
pada mulanya aku jatuh cinta pada Haq,
lepas tu bila aku mula masuk ke dunia JKP, aku terperangkap dengan Rif. bila saat aku masuk ke dunia CTK aku terpaksa lupakan Haq dan terpaksa memilih antara Jimmy dan dan Rif. Tiba2 aku terpesona dgn Eddie dalam CIA. begitu protective dan setianya Eddie ni. 🤣🤣🤣
Tapi bila je aku mula bacaan dengan NBF ni, semua abg komando tercampak. aku xtau lah Sid ni kalau betul wujud pastinya ‘elok’ teruk orgnya. aduhaiii😅
Profile Image for Yan.
120 reviews2 followers
July 4, 2024
Nohhhh, kalau ada abang polis yang hot, jatuh cinta dengan kita pun, kita mesti akan jadi annoying juga. Supaya dia sentiasa datang selamatkan kita berkali2…😝

Rating: 🌟🌟🌟🌟.8

Seorang pembunuh bersiri yang dinamakan ANGEL, telah membunuh 6 orang wanita. Mangsa wanita ketujuh yang disangkakan mati, terselamat dan menjadi satu2 nya saksi yang telah melihat wajah ANGEL. Pegawai polis yang sedang menyiasat kes pembunuh bersiri ANGEL ini pula mempunyai hubungan rapat dengan saksi tersebut. Dalam hendak menyelamatkan diri dari ANGEL, pasangan ini cuba selesaikan pertelingkahan di antara mereka berdua yang telah tergantung selama 3 tahun.

Dapatkah persengketaan mereka berdua selesai, dan seterusnya menangkap pembunuh bersiri ANGEL ini? Nak tahu, kenalah baca buku nie…😍

ML - Ziyad Sidqi / Sid
One word. HOTNESS!! 🔥 Seorang inspektor polis. Tegas. Tenang. Tangkas berlawan. Penyabar. And paling penting, sangat2 setia dengan FL.

“𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒃𝒊𝒍𝒂-𝒃𝒊𝒍𝒂?” 𝑺𝒊𝒅 𝒕𝒐 𝑨𝒓𝒊.

Oiiittt, Ari, kalau tak nak Abang Sid tue, pass mai kat kita. Kita nak Abang Sid…❤️💛💖😍

FL - Tengku Arissa Nur Adalia / Ari
Degil. Sentiasa membina tembok untuk melindungi hatinya. Bila ada masalah, suka melarikan diri. Sepanjang dia hidup, sentiasa dikelilingi oleh kekecewaan. Yang menyebabkan dia susah nak percaya dengan orang. Trust me. Kalau kita di tempat FL pun, agaknya lagi tinggi kita bina tembok tue. Jadi saksi sebab FL jer yang nampak muka sebenar ANGEL.

Baca buku nie, emosi dah macam roller coaster dah. Sekejap kat bawah, sekejap kat atas, lepas tue berpusing2 dah. Sekejap duduk. Sekejap berdiri. Lepas tue keluar bilik sebab nak tenangkan hati. Haa, gitew perasaan kita bila baca buku nie…😂

Backstory ANGEL. Perfect. Memang nampak bagaimana bila seseorang yang ada trauma dari masa kecil, boleh mengubah karakter seseorang sehingga sanggup membunuh. Sebab tue, trauma nie jangan dipandang ringan. Kalau you ada trauma, please jumpa doktor pakar untuk nak heal kan diri you from the trauma. You need to see pakar, supaya you boleh berbincang and luahkan perasaan you. Jangan sesekali pendam. Tapi, jangan salah orang plak kalau kita nak luahkan perasaan kita. Nanti, akan jadi macam ANGEL nie. Jadi pembunuh bersiri.

Satu mesej lagi yang cuba disampaikan dalam buku nie, bila nak kahwin, jangan belakangkan keluarga kita. Mak ayah kita. Memang perkahwinan nie perlu restu dari parents kita. Kalau tak, jadilah macam ML dan FL. Kahwin sekejap jer. Dah macam2 dugaan dah. Sampai 3 tahun haaa, pertelingkahan antara mereka tak selesai2. Sorang ego dan degil, sorang lagi tak rasa diri boleh dimaafkan…😫 Dierorang berdua nie dok main tarik tali macam tue lah.

Buku nie ada banyak flashbacks. Tapi, pembacaan smooth jer. Melalui flashbacks nie lah kita akan belajar what happened to ANGEL masa dia kecil. And what happened to ML & FL 3 tahun yang lepas.

Bahagian aksi memang terbaik. Part ML selalu selamatkan FL, dengan kita2 sekali berangan nak jadi FL. Especially part bila ML cakap, “𝑰’𝒎 𝒉𝒆𝒓𝒆, 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈.” Ehhh, hello, kita nak Abang Sid ikat tepi satu, please…😜

Part thriller dia pun mantap. Part bunuh, part FL kena torture, lepas tue part last yang ML cari FL, fuhhhhh, berdebar dia sampai nak terkeluar jantung nie…😤😵😮‍💨 Eh, you all baca lah buku nie. Biar rasa thrill sama2.

Jalan cerita tak meleret. Penulisan memang mantap lah. Author nie kalau tulis cerita thriller, memang boleh sampai ke hati, thrill dia tue. Plot pun best. Ada plot twist bagai. Kita pun tak sangka yang rakan subahat ANGEL adalah, jeng jeng jeng…😱😳 Suspense sungguh lah.

Ada satu bahagian, di mana ayah FL, bernama Tengku Zain Johari. Normally, orang akan panggil dia Tengku. Tapi, ada satu bahagian, ada yang panggil Tan Sri. Mungkin kesilapan typo dari author? Masa kita baca tue, kita macam, eh? 🤔 Other than that, yang lain semua okey. For me, buku nie, antara buku yang kualitinya memang terbaik. Kesalahan ejaan memang kita tak perasan langsung. Good job untuk author, editor and proofreader yang memainkan peranan untuk menjaga kualiti karya ini…👏🏻

Baca buku nie membuatkan kita jatuh cinta lagi sekali dengan genre action romance. This book is the perfect example untuk thriller action romance. Sebab semua cukup. Balance. Feeling kita baca buku nie, sama dengan feeling baca buku ‘HAQ’…😍

Tak sabar nak tunggu buku terbaru dari author. I need to complete my reading of her Commando series. Aihhh, masa, bila lah nak ada masa membaca nie…😅 Apa2 pun, untuk author, all the best untuk karya akan datang…👏🏻👍🏻
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
May 2, 2023
review from ig @azie.librocubicularist
✨ Natural Born Fighter (NBF) by Dhiya Zafira✨
Siapa sebenarnya Angel? Apa yang terjadi tiga tahun lepas di Oxford? Dan apa kaitan Sid, Ari, Angel dan insiden yang membuatkan mereka terpisah?
.
Waiting a long time for this novel, and it is worth the wait! Cuma ambil masa 2 hari untuk habiskan novel ni dan sumpah tak ada langsung rasa bosan waktu baca dan rasa thrill tu tak hilang dari bab ke bab yang seterusnya.

5🌟:
Sejujurnya, jalan cerita NBF tentang saksi pembunuhan bersiri dan hubungan watak heroin dengan watak hero sebagai pegawai polis yang menyiasat kes bukan sesuatu yang baru. Mungkin sebab saya pembaca baru yang membaca versi revamp padahal novel asal HBR dah keluar lama. Tapi, sumpah cerita ni tak membosankan langsung dan plot cerita bergerak laju. Bahagian konflik pun tak meleret sangat. Rasa nak tarik rambut sendiri bila sampai bahagian konflik tu tapi tak lama pun sebab cepat je semua tu selesai.

Novel ni boleh dibahagikan kepada 2 bahagian. Jalan cerita untuk bahagian pertama fokus kepada misteri pembunuh bersiri Angel dan hubungan rahsia antara Sid dan Ari. Saya lebih tertarik kepada sub-plot novel ni iaitu misteri hubungan antara Sid dan Ari. Masa pertama kali Sid cam Ari kat hospital, macam-macam teori muncul dalam kepala. Crush Sid dulu ke? Atau ex-girlfriend? Bermula daripada situ, flashback kisah mereka di Oxford diterangkan dalam novel. Tapi, banyak flashback yang tergantung dan buat kita tertanya-tanya apa yang jadi pada hubungan mereka sampai Ari tak dapat maafkan Sid dan larikan diri selama tiga tahun.

Bahagian kedua novel ni pula tentang Sid yang menagih kemaafan dari Ari daripada kesilapan lampaunya. Pening juga baca bahagian kedua sebab Ari memang degil betul tak nak maafkan Sid walaupun terang-terang dia masih cintakan Sid.Tapi tulah, Ari memang susah nak move on dan kembali pada Sid sebab dia rasa kepercayaan yang dia bagi dikhianati. Kat bahagian kedua ni lah kita dapat jawapan untuk kesemua persoalan yang ada dalam novel ni. Tak sangka, rupa-rupanya Angel tu pernah ada hubungan dengan seseorang yang Ari kenal.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.