Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sperma Cinta

Rate this book

142 pages, Paperback

First published January 1, 2011

16 people are currently reading
267 people want to read

About the author

Aisa Linglung

9 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
77 (23%)
4 stars
90 (27%)
3 stars
100 (30%)
2 stars
46 (14%)
1 star
10 (3%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
February 15, 2013
Sperma Cinta. Tengok tajuk memang tak rasa nak beli. Sebelum ni ada juga yang cadangkan novel ni, tapi memang tak rasa nak beli. Bukan takat rasa, jeling pun tak mau. *gelak*. Almaklumlah... tajuk tu macam emmm... entah. :p

Lepas tu nak dijadikan cerita pergilah PB1M hari tu. Kebetulan pulak ada member nak borong Fixi. Makanya, bila dah lama melepek kat situ terpandanglah novel ni. Bila tengok tagline dia yang 'Lebih kelakar dari Hantu Kak Limah' tu, jemariku terus mencapai ia. *gelak lagi*. Maklumlah, memang minat dengan cerita2 Mamat Khalid tu. Tapi ni bukan Mamat Khalid yang tulis. LOL.

Ekceli, baru tau yang Aisa Linglung ni seorang pria rupanya. Ingatkan gugurl yang namanya Aisah. Lepas tu diglamourkan menjadi Aisa *gelak guling2* sebab tu la tak berani nak beli novel ni dulu. Takut sikit nak beli novel yang tajuk macam ni kalau penulis wanita yang tulis. Takut sebab apa? Err... entah la. Senang cakap, seriau :p

Ni baru ulasan pasal novelnya. ^^
Kesimpulannya... memang tak rugilah beli. Sebabnya, bila baca nyaris2 juga gua nak kena kejutan usus. Lawak sangat okey. Tapi tadak lah semua ceritanya lawak. Ada juga cerita yang macam kurang umph sikit. Tapi cerita2 dia yang mula2 memang best dan kelakar. Suka bila dia cerita waktu zaman dia kecik2 dulu. Rasa macam sama2 mengulit kenangan. Waktu zaman mula2 masuk sekolah dulu. And suka bila dia dedikasikan cerita untuk mak dia. Teringat mak gua beb kat kampung tu *nangis* .

Lepas tu cerita2 tentang cinta monyet dia. Zaman-zaman dia duduk asrama. Buat pedajal sana-sini dengan budak dorm. Best la. Memang secara automatiknya, kita pun ingat balik zaman2 tu.

Cumanya... bila masuk cerita tang dia dah dewasa tu dah kurang unsur humour. Ada yang meleret2 juga.Tapi overall best la. Kelakar. Semput jugak gelak. Kalau2 tengah putus cinta/tengah mood tadak boleh la baca. Memang hilanglah sat semua benda tu. Untuk sementara ja la. Tapi lepas tu mesti kita akan ingat balikkan masalah2 stress semua tu. Gua tak cakap, novel ni boleh hilangkan stress. Sebab kalau nak hilang stress bagai better baca Al-Quran idok? Cuma gua nak cakap, cerita-cerita dalam ni bolehlah kurangkan stress. Nak bagi ringan sikit kepala otak tu. Dari pikir yang bukan2 kan? Dan dari pikir benda yang berat2 tu.

Bahasa dia pun santai mantai (perkataan ni memang tak wujud rasanya... okey abaikan) :D

P/s 1: saya gunakan kata ganti gua sebab cerita ni guna gua. hahahaha. (review ikut style penulis bercerita okey)

P/s 2: cerita ni mengandungi certot, cerkon dan macam2 cer yang pendek2 belaka. Bukannya cerita panjang yang dalam novel2 okey.

P/s 3: Dan buku ni tersangatlah nipisnya.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 27, 2014
Gua baca buku ni on-off. Kejap baca, bila tak ada mood, stop baca dan cari buku lain. Hampir beri 2 bintang sebab rasa gua buku ni biasa-biasa je. Kisah seorang Aisa dalam bahasanya. Sesetengah cerita kategori 'bolehlah', yang mana gua baca kenkadang rasa 'offensive' , kenkadang senyum, kenkadang rasa 'indifferent' (rujuk pada emoticon dlm hp) dan sebab ini catatan peribadi, rasanya tak semua gua suka baca.

Tapi, sampai 'alang alang bermimpi biar sampai syurga'. Cerita buat bintang itu naik satu. Ada beberapa motivasi buat gua. Tak semua sia-sia.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
February 22, 2013
Kalau tak gelak baca cerita ini, memang tak sah! Orang tengok tajuk kata bahaya, tapi cuba belek dulu isi di dalamnya. Itulah yang orang selalu kata, Dont judge a book by its cover.

Tabik spring lah untuk penulis! ;)
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
August 31, 2013
Cepat-cepat gua habiskan baca buku ni lepas beli. RM 20 sekarang terasa gua nak balik. Gua tak ketawa langsung sepanjang baca. Bukan level gua buku ni. Gua ingat memang nak bacaan ringan hari ini, Sabtu; tapi bacaan ringan gua tu kurang- kurang boleh tolong tambah iman gua ataupun bagi benda dan ilmu bari kat gua tapi gua tak dapat semua tu lepas baca buku ni.

Nothing bro.

Ada beberapa cerita je yang gua boleh accept, Raisa dgn dua tiga muka surat last sekali sebelum penulis tutup cerita dia.

Gua ingat gua pun nak tulis juga macam brader ni, sebab gua pun banyak juga benda nak cerita, tapi aemua cerita gua lah, gua jual dalam RM20. Amacam?

Nak beli?
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 22, 2016
Bila baca review on MPH website, saya ingat ia betul2 kelakar tapi saya agak hampa..ada bab memberi nasihat, ada yg kelakar, tapi selebihnya mcm berbual kosong.
Profile Image for Sharah.
33 reviews17 followers
September 1, 2016
Kenapa sampai 5 bintang bagi ni? Ewah ewah. Sebab cerita dia padu. Dari first page sampai ke last page dibacanya bersulamkan gelak tak henti sampai Twitter pun sebelah mata pun tak pandang

Alkisah buku ini dibeli ketika melawat booth Fixi di The Curve pada jam 2 petang, pulang UM pada jam 6 petang. OTW balik dalam kereta sempat membaca 1 2 cerita sambil berdekah-dekah ketawa sementara menunggu traffic light hijau. Bila lampu sudah hijau, teman disebelah mengambil alih pembacaan lantas turut serta ketawa pada frekuensi yang sama. Sampai bilik terus sambung baca. 2 jam je dah habis, dan penat gelak. Puas hati.
Profile Image for Hanani Natasya.
Author 2 books8 followers
September 1, 2014
bila dah baca buku ni, aku terus jatuh cinta. Best gila buku ni. Aku start baca dalam tren nak balik Seremban. Cerita dia lawak gila sampai aku berdekah dalam tren. Nasib baik keliling aku semua member sendiri. So, takde lah malu nak gelak pun.

Ada banyak cerita dalam ni. Ada cerita pasal zaman budak,zaman sekolah,zaman kerja penulis ni sendiri. Ada jugak cerita yang memang penulis ni reka sendiri. Macam kat cover ni tulis, 80% cerita dalam buku ni cerita benar. Tak kisah la cerita betul ke tak, yang penting semua best dan kelakar. Kalau tak boleh buat kau gelak pun paling kurang buat kau sengih jugak la.

Sebenarnya cerita-cerita dalam ni (cerpen semuanya) takdelah lawak mana. Biasa-biasa je tapi cara penulis dia menulis tu yang buat lawak. Cara dia nak ekspres kan perasaan dia tu. Lawak dia semua sampai lah. Macam aku boleh bayang time dia cakap tu ekspresi dia macam mana.

Aku rasa penulis dia ni memang kelakar orang dia. 5 daripada 5.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
August 13, 2015
1. buku ini dibaca kerana ingin mengkaji topseller lejenpreas. buku ini nomor dua kalau tak silap.

2. sebelum dipuji, eloklah dikritik tajuknya dahulu. saranan saya, usahlah menggunakan tajuk yang tak sesuai bagi budak dan malah bagi orang dewasa sekalipun. perkataan sperma terpampang di kedai buku bukanlah sesuatu yang baik.

3. adapun kontennya separa baik. ada yang saya puji stailnya yang berbentuk teguran satira. ada nasihat yang boleh diambil, dan dipersembah dalam bentuk lawak.

4. adapun begitu, banyak tulisan yang kosong tanpa makna dan ada juga (saya rasalah) sekadar menambah bilangan muka surat.

5. overall, kalau penuh dengan nasihat yang tersirat dan ditukar tajuk, saya sudi memberi 4 bintang dan akan recommend pada orang lain.

tajuknya sangatlah tidak bagus.
Profile Image for Nabihah Norisham.
18 reviews8 followers
May 21, 2013
Buku ni kalau baca tapi tak ketawa, itu orang gila. Tak pun dia depressed tahap telan selipar. Baca jek buku ni terus teringat balik zaman dulu dulu masa kecik. Bab kentut pun dijadikan cerita. Kesengalan terserlah dekat situ. Tapi bila dah masuk pertengahan buku, cerita tu agak serius sikit sampai nak ketawa pun tahan tahan.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 20, 2013
Humor yang terkandung sekadar melonggarkan ketat muka aku di suatu pagi yang tak akan diimpikan oleh sesiapa pun. Sekurang-kurangnya Sperma Cinta mampu berfungsi sebagai terapi yang mengurangkan ketepuan isi kotak fikir. Bukan sebagai kapsul ketawa sampai usus keras.
Profile Image for Umiko.
10 reviews3 followers
May 24, 2013
Kalau baca di khalayak ramai di Malaysia orang kata saya lucah padahal ini lucu, jadi saya baca di khalayak ramai di Subway dekat Seoul. Gelak macam mana pun orang tak kesah. Penulisan santai dan mengelikan hati.
Profile Image for Mus.
6 reviews1 follower
August 11, 2012
Gua ingatkan buku ini ada kisah yang fresh. Rupanya semuanya mengandungi kisah benar si penulis. Apa apa pun, buku ni ada pengajaran dia untuk diri gua yang kerdil ini.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 11, 2013
Takdelah kelakar sangat. Sikit2 jer. Yang tak kelakar pun ada.
Cerita kisah hidup yang disampaikan secara santai anak muda.
Profile Image for Syukri.
158 reviews9 followers
June 3, 2013
Buku ni sangat bagus untuk orang yang tengahri stress baca. Mesti tergelak sorang-sorang bila baca buku ni. Penulisan yang sangat sempoi untuk dibaca :)
Profile Image for Rehan Abd Jamil.
655 reviews34 followers
March 6, 2017
Buku pertama ni ok banyak dari buku kedua. Tapi macam naik bukit turun bukit la juga. Permulaan agak flat, dambar, pertengahan dah mula lawak tetapi ending kembali bosan.
10 reviews
June 6, 2020
Ada lah dua tiga cerita yang boleh terima.. tapi bukan semua lawak. Bagi aku tak capai la expectation peribadi. Apa-apa pun well done
Profile Image for Zarifah Adilla Adilla Zulkiflee Laurcal.
18 reviews28 followers
March 11, 2017
3/4 menceritakan tentang pengalaman kehidupan penulis. dan selebihnya cuma angan-angan penulis:D penulisannya santai, penuh dengan humor dan ada juga satira diselitkan (yes! i am a fan of sarcasm. huhu~) bahan bacaan yg ringan; tapi masih penuh mesej. (asal otak kau tetap warna pink lah. macam dalam kartun sana~)
just finished reading this one. buku pinjam:) (kadang-kadang seorang dils pun tiada duit mau beli buku; bukanlah seorang pencinta buku yg tegar~)
awalnya ndak mau baca sebab tajuk dan kulit buku yg menyeramkan ini. sekali baca, terus abis:'D lumayanlah buat bahan bacaan sambil berehat baca karya attar sekejap:)

"terus sampai bila kita mau duduk ampai-ampai tunggu orang suapkan nasi kalau perut lagi berkeroncong kann ?~"
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
April 13, 2016
2 jam lebih je sebenarnya, dari pukul 11 lebih start baca n habis jam 1.23 pagi.

unexpected, rupanya ni kisah pendek, atau pun quote dari penulis.
penceritaan agak santai, ada part yang memang buat kita ketawa, ada yang 'makan dalam', terimbau kenangan di sekolah dulu etc. pendek kata, memang cukup rencah, memang menghilangkan stress!

rasanya, ini buku pertama lejen yang saya puas hati (saya hanya baca beberapa buku lejen setakat ini, lainnya banyak fixi...tapi banyak je yang da beli but still pending list...).

gud jobs penulis!
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
koleksi cerita pendek yang agak ok bagi aku.
takde la pulak aku tergelak beria sangat.
mostly tentang kisah hidup penulis.
ada la selit kelakar sikit. mungkin kelakar la kot. (dah orang beria cakap macam tu)

okay la kalau kau tengah cari bacaan ringan kan,
yang tak buat kau fikir berat sangat,
yang kau boleh baca secara santai.

Profile Image for Nellza Azura.
20 reviews2 followers
August 28, 2013
Buku indie pertama aku ini dihadiahkan oleh penulis sendiri sebab aku tak menang kontes dia. Kontes menulis cerpen kot tak silap..hahahha.
Buku blog ni adalah himpunan kisah2 benar dan kurang benar penulis, pengalaman hidup dari kecil hingga dewasa. Kurang benar tu bila ditokok tambah penyedap cerita la. Tapi sumpah, banyak kelakor daripada serius.
Profile Image for Mardiah.
22 reviews3 followers
September 29, 2015
Cerita pendek-pendek sahaja ada di dalam buku ini. Agak sukar dan kekok untuk membaca bahan 'indie' seperti ini. Kebanyakan cerita (ada fiksyen, ada berdasarkan pengalaman sebenar) mungkin boleh dijadikan jenaka kepada sesetengah orang, tapi pada pendapat saya, buku ini agak tipikal. Namun begitu, ada juga selitan cerpen yang menusuk kalbu dan menggelikan perut... sedikit.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
May 5, 2014
aq tertipu dgn review2 kat sni..sbb mmg xde aty nk beli..tgk review sume ckp ohsem..klako..bile aq bace..aq rse..oh why aq tertipu..erghh..xdelah gelak sampai usus kejang..ade la jugak yg boleh buat aq sengih2..tp xnk la beli sengih kerang 2..sekian
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
June 13, 2016
Biasa biasa sahaja penulisannya. Lebih mirip kepada penulisan Pipiyapong dalam naskah Kawah tapi ada sesuatu yang kurang. Mungkin cara penjelasan dan susunan ayat dalam penulisan beliau. Aku baca dan tak dapat gelak. Maaf.
Profile Image for AlexiaAqram.
6 reviews30 followers
May 8, 2012
gua salah tekan sebenarnya, tu yg jadi 5 bintang. hang gila? buku ni patut dapat lebih dari 5 bintang!
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.