Mila menyesal. Tapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya... pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya. Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian... itulah satu-satunya lelaki yang mencintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh... dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi.
Gelora Ma Lee Chuswan
Penerbit Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Alaf 21) - 1996 983-837-053-3
Penerbit Kaki Novel Enterprise - Jun 2011 ISBN 13: 9789675067822
Ma Lee Chuswan, mula mewarnai dunia penulisan novel popular sekitar pertengahan 1990-an hingga beliau ditempatkan dalam kelompok penulis bukan Melayu yang mampu menghasilkan novel yang agak bermutu.
Bermula dengan sebuah cerpen berjudul 'Begitu Suratan Takdir' yang dimuatkan di dalam majalah tahunan sekolah, MLC cuba menggilap nama sebagai seorang penulis novel santai tanahair. Pilihan MLC ialah novel popular yang mana dianggap lebih memenuhi cita rasa pelbagai golongan pembaca. Novel sulung beliau ialah novel cinta berjudul 'Putik-Putik Rindu' dan disusuli dengan novel kedua berjudul 'Gelora' pada hujung tahun 1996. Tidak pernah menghadiri sebarang bengkel atau kursus penulisan formal, MLC telah menghasilkan enam buah novel.
-petikan Hassan Omar, wartawan sastera & budaya Berita Harian, 2003.
Sejak akhir-akhir ini, aku agak selektif dalam memilih novel keluaran Kaki Novel. Bukan apa kebanyakannya indah khabar daripada rupa. Maaf, agak kasar bunyinya. Namun bila saja terpandang nama penulis senior ini, aku tak keberatan untuk membelinya.
Gelora merupakan naskhah yang mudah dan ringkas. Rasanya tak mudah untuk menghabiskannya dalam masa sehari kerana teknik penceritaan yang tidak terlalu meleret. Alih-alih eh, dah habis! Membawa kita mengenali Adam dan Mila yang saling bercakaran kerana salah faham dan prasangka.
Adam tersalah duga apabila menerima surat cinta daripada Mila. Padanya Mila masih keanak-anakan ketika menulis surat cinta itu. Mila pula langsung tak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Sudahnya, Mila dihantar belajar ke luar negara. Mila tiada daya untuk menolak, pergi bersama perasaan geram dan marah. Dia menyangka dirinya dibuang oleh keluarga sendiri. Malah dia percaya Adam itu hanya berlagak baik di depan ayahnya, sedangkan Adam ada misi untuk merampas kekayaan keluarganya.
Sekembalinya Mila ke tanah air hanya menambah rasa sakit hatinya pada Adam. Pak Mus; ayah Mila memang dah berkenan lama dengan Adam. Padanya Adam adalah pilihan terbaik untuk Mila sekaligus orang harapan untuk meneruskan legasi perniagaannya. Mila cuba menolak tetapi kesihatan ayahnya menghalang Mila untuk bertindak lebih lanjut. Menjadi isteri Adam menuntut kesabaran yang tinggi kerana Adam lelaki yang cukup berkarisma dan digilai oleh ramai wanita.
Salah faham antara mereka makin meruncing, apatah lagi kedua-duanya cepat cemburu. Mila pula tak habis-habis dengan syak wasangka. Membuatkan Adam makin lama makin menjauh. Apa kesudahannya? Ha, kenalah baca ya!
Jujurnya, karya-karya orang lama ini ada sentimental value yang tersendiri. Walaupun jalan ceritanya agak klise, tetapi sentuhan mereka tetap menimbulkan kelainannya. Memang elok dijadikan sebagai pengubat rindu.
Bukan dia yang menaruh harapan. Tapi disebabkan tindakan insan yang dia benci, tanpa sedar ada hati yang menaruh cinta. Mila tidak pernah cintakan Adam. Tapi, Adam tetap terus mengejar dia. Jadinya, harus bagaimana lagi Mila perlu lakukan? Gelora ada jawapannya...
Benarlah kata orang, nukilan penulis pada era 90an lebih bersifat matang, berterus terang dan lebih 'cakap lepas'. Novel Gelora ini saya kira merupakan antara karya cinta yang 'berani'.
Memang nampak ketara lenggok bahasa penulis senior seperti Ma Lee Chuswan berbanding penulis muda pada hari ini.
Secara kesimpulannya, novel ini punya plot penceritaan yang menarik. Bukanlah novel 'manis'. Itu yang boleh saya berikan. Bersesuaian dengan tajuknya Gelora.
Deja-vu. Itulah perasaan pertama hamba sewaktu mula membaca bab pertama Gelora. Terasa seakan hamba pernah membaca kisah Adam Geofrey dan Mila Nur Adam ini. Namun, memandangkan nashkah pertama Gelora yang diterbitkan pada tahun 90-an, hamba menafikan deja-vu yang hamba rasakan kerana waktu itu hamba masih bergelumang dengan Siri Hadi. :-P
~ Gelora mengisahkan tentang Mila Nur Adam yang membenci abang angkatnya, Adam Geofrey yang disangkanya hendak merampas harta ayahnya, Dato' Mustaffa. Kebencian Mila terhadap Adam seakan tidak bertepi apatah lagi dengan sikap mengawal Adam terhadapnya. Adam dilihatnya cuma hendak mencari kesalahannya. Dan, apabila mereka dijodohkan oleh Dato' Mustaffa, Mila terpaksa bersetuju tetapi prasangkanya tidak berhenti di situ. Semakin hari, dia semakin keliru dan mungkin semakin buta juga. Dan, Adam, sabarnya ada had. Mila tidak pernah celik mentafsir hatinya. ~
Ini merupakan novel pertama tulisan Ma Lee Chuswan yang hamba baca. Hamba juga baru tahu beliau bukan Melayu dan menjadi novelis sejak tahun 90-an. Mulanya hamba fikir Ma Lee Chuswan sekadar nama pena. Apa-apa pun, adalah sangat mengkagumkan untuk seorang penulis bukan Melayu menulis novel berbahasa Melayu dengan baik. :-)
Tentang Gelora, novel ini biasa-biasa saja pada hamba. Tidak terlalu menarik dan tidak juga membosankan. Berada di paras selamat :-). Hanya carta pendirian watak Mila saja yang bagi hamba sedikit 'kacau'. Sekejap memuji paras Adam secara berlebih, sekejap lagi membenci habis-habisan. Cara ayat-ayatnya digubah mungkin menjadi puncanya.
Novel yang paling best pernah baca. Terlalu suka dengan watak Mila dan Adam. Suka dengan penulisan penulis, gaya penceritaan dia buat I rasa macam in real. But I read the 1st edition novel. Yang ini edition yang dah di edit, sebab 1st edition tu bahasanya terlampau. Apa pun, i love this novel so much.
Saya baca buku Gelora sejurus selepas baca buku Lamaran Kedua. Siapa yang pernah baca dua-dua buku ni, rasanya boleh faham; kisah cinta yang entah ada entah takde. Kalau dalam Lamaran Kedua Nina terkedu (dan mula cemburu sakan) bila Jeff yang dicintainya 6 tahun membawa awek baru pulang dari oversea, dalam Gelora, Mila balik dari oversea dan keliru about feelings dia terhadap Adam Geogrey (anak angkat kesayangan bapa Mila). Dia benci sebab Adam si diktator itu sudah brainwash Dato Mustaffa untuk train Adam sebagai orang yang akan ambil alih empayar perniagaan keluarga. Mila cemburu sakan bila tengok awek lain meleser dengan Adam. Adam tahu sebenarnya ... apa lagi bila dia dapat curi baca luahan Mila dalam diarinya "Perasaanku terhadap A.G. tak pernah berubah". Sebab itu Adam buat perangai macam-macam, sengaja bikin Mila bengang tapi sayang yang sebenarnya tertanam jauh di sudut hati. Sweet Adam bagi pokok bonsai sebagai birthday gift Mila.
Ending pun about the same juga .... tapi Gelora pasti satu bintang lebih sedap dibaca berbanding Lamaran Kedua.
Saya ingat author baru rupanya dah lama..tapi saya suka ngan beberapa cover novelnya yg telah diberikan nafas baru. Tentang ceritanya pula, apa yg saya boleh katakan, ia lebih meninggalkan constant aching feeling of 'dont-know-what-am I-missing-about' even if kesudahannya selesai ngan baik.