Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kebebasan Kehakiman: Singa di Bawah Takhta Dijerat

Rate this book
Buku "KEBEBASAN KEHAKIMAN" ini ditulis sendiri oleh Tun Haji Mohd. Salleh Abas bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dari peistiwa pemecatannya sebagai Ketua Hakim Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 8hb. Ogos 1988.

Dalam buku ini Tun Salleh secara terbuka mempertikaikan dan sama ada pemecatan dan peraturan pemecatannya itu mengikut kehendak Perlembagaan dan prinsip keadilan. Beliau malah merasakan apa yang berlaku merupakan satu kezaliman.

"Jika pemecatan saya ini bukan zalim, kenapakah Perdana Menteri dengan sendirinya telah membuat komen menidakkan kezaliman?" tanya Tun Salleh. Pemecatan Tun Salleh telah menjadi isu semasa yang menggemparkan. Berita pemecatannya telah mendapat liputan mass-media secara meluas di dalam dan di luar negeri.

Namun apa yang tersirat di sebalik pemecatan itu tidaklah begitu jelas kerana terlalu banyak perkara yang sengaja disembunyi punca hingga menjadi tanda tanya yang tidak berjawab.

Buku ini juga menjelaskan banyak perkara menyentuh peranan Badan Kehakiman yang tidak begitu difahami oleh masyarakat umum terutama masyarakat Melayu.

419 pages, Paperback

First published March 1, 1989

7 people are currently reading
85 people want to read

About the author

Mohamed Salleh Abas, Tun Haji

2 books3 followers
Tun Haji Mohamed Salleh bin Abas was the former Lord President of the Malaysian judiciary famous for being sacked while in office during the 1988 judicial crisis. His sacking was considered by many as an assault against the independence of the judiciary.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (72%)
4 stars
1 (9%)
3 stars
1 (9%)
2 stars
1 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
May 18, 2015
Krisis Kehakiman 1988 merupakan satu titik hitam bagi sejarah sistem kehakiman di negara kita. Bertitik tolak dari peristiwa inilah, sistem kehakiman kita semakin dipertikaikan orang terutamanya berkenaan dengan kebebasannya dalam membuat pengadilan.

Antara mangsa krisis 1988 ini sudah tentulah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara ketika itu. Beliau dikenakan pelbagai pertuduhan oleh tribunal yang bertugas bagi 'mengadili' beliau.

Buku setebal 419 muka surat ini merupakan satu penceritaan semula apa yang berlaku di sebalik krisis ini, bagaimana ia bermula, dan bagaimana liciknya permainan golongan Eksekutif dalam merendahkan martabat badan kehakiman negara. Ia merupakan satu catatan dari Tun Salleh Abas sendiri. Penceritaan dibuat dengan sangat teliti, seperti membaca afidavit. Namun begitu bahasa dan gaya penceritaan sangat mudah difahami.

Menerusi buku ini pembaca bakal dapat mengetahui punca-punca sebenar krisis ini. Bermula dengan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kerajaan, akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir ketika itu tidak putus melancarkan serangan yang bertujuan bagi merendahkan martabat badan kehakiman negara. Ini termasuklah memperlekehkan tugas badan kehakiman untuk mentafsirkan peruntukan perundangan. Sebagai respon kepada serangan ini, akhirnya para hakim di Kuala Lumpur telah bersidang bagi mencari jalan untuk membela maruah badan kehakiman. Akhirnya telah dipersetujui bersama bahawa Tun Salleh Abas akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Dan dari situlah, bermulanya komplot untuk menjatuhkan Tun Salleh Abas.

Secara teliti, Tun Salleh Abas menceritakan semula bagaimana tribunal yang ditubuhkan bagi menyiasat salah laku beliau telah berjalan dengan penuh keraguan, ditambah lagi dengan sikap mahkamah yang sengaja melambatkan permohonan beliau bagi mencabar keabsahan tribunal tersebut. Dan ketika inilah, negara dikejutkan lagi dengan penggantungan lima hakim Mahkamah Agong (dua akhirnya dipecat) kerana dituduh memberontak dengan mengadakan sidang mahkamah tanpa kebenaran pemangku Ketua Hakim Negara.

Segala pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau telah dijawab secara panjang lebar berserta lampiran dokumen berkenaan. Adalah menghairankan bilamana kita membaca jawapan Tun Salleh Abas, kita akan dapati bahawa segala pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, adalah dusta semata-mata, contohnya tuduhan bahawa beliau cuba untuk menggantikan sistem perundangan negara yang sekular kepada sistem perundangan Islam. Segala pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh Abas, didasarkan kepada bukti-bukti yang diolah untuk menunjukkan bahawa beliau sememangya bersalah, seperti memotong-motong ucapan beliau yang panjang kepada potongan yang pendek bagi menunjukkan bahawa beliau telah mengatakan perkara yang tidak sewajarnya dikatakan oleh seorang ketua hakim negara. Sangat menyedihkan apabila mengenangkan bahawa ini semua dilakukan oleh mereka yang berpendidikan dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat.

Adalah tidak keterlaluan untuk disimpulkan bahawa segala yang berlaku dalam peristiwa ini adalah satu kezaliman terhadap Tun Salleh Abas. Demi memuaskan nafsu segelintir manusia, akhirnya seorang Ketua Hakim Negara dijatuhkan dengan zalim dan maruah badan kehakiman negara kekal tercalar sampai ke hari ini.

Wallahua'lan.
----
"Buku Tun ini sangat dialu-alukan oleh kerana sekarang pada kali pertamanya rakyat Malaysia mendapat peluang mengetahui sebab-sebabnya mengapa pada hari ini negara-negara yang bertamadun menganggap Malaysia tidak lain dari negara-negara Dunia Ketiga di Afrika." Tun Mohamed Suffian, 4 Januari 1989.
Profile Image for Shi-Hsia.
53 reviews
July 25, 2011
This book is an absolute must read for those of us who were children in the 1980s, those born later, or those who simply weren't paying attention as the once-respected Malaysian judiciary was gutted by Mahathir Mohamed with the connivance of the then-King (the late Sultan Mahmud Iskandar of Johor). It is quite readable, although the timeline and the Dramatis Personae can get a bit confusing so I suggest taking brief notes to keep all of them straight.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.