Jump to ratings and reviews
Rate this book

40 Hadis Palsu Popular

Rate this book
Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud di kalangan masyarakat kini.

Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

236 pages, Paperback

First published January 1, 2011

16 people are currently reading
164 people want to read

About the author

Abdul Razak Muthalib

7 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (41%)
4 stars
30 (34%)
3 stars
14 (16%)
2 stars
5 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Wafa.
98 reviews21 followers
February 15, 2013
Sebelum saya menyedari sebenarnya saya memiliki buku ini di rak buku saya di rumah, terdapat seorang rakan saya yang sering merujuk buku ini semasa memberikan kultim (kuliah tiga minit) pada waktu tazkirah di asrama saya sekitar tahun lepas.

Buku yang sangat menarik dan patut di hadam oleh setiap lapisan masyarakat.

Isi yang paling menarik dalam buku ini adalah pada hadis 32; Bercakap Urusan Dunia di Dalam Masjid. Pada muka surat 184 terdapat dua hadis sahih yang sangat menarik,

pertama: Larangan melakukan urusan berjual beli di dalam masjid.

BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) sering kali menggunakan masjid sebagai tempat menjual buku-buku, al-Quran atau apa sahaja yang boleh menambah dana kelab mereka.

Dan saya teringat setiap kali terdapat kes histeria di sekolah, ustaz-ustaz yang datang akan mengambil kesempatan tersebut untuk menjual minyak kasturi yang kononnya mampu melawan jin dan syaitan.

hurm...

kedua: larangan sesorang itu membuat iklan untuk mencari barang yang hilang di dalam masjid.

Walau apapun, buku ini sangat menarik untuk diletakkan di rak-rak buku perpustakaan seluruh dunia.

"...barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka" - Sahih Bukhari
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
September 15, 2023
Tanpa aku sedar,aku ada dua buku yang sama. Satu warna ungu edisi 2016, cuma edisi ungu tak tebal macam yang warna jinga/coklat ni. Best isi dia, tanpa sedar masa sekolah pun cikgu atau penceramah pun terguna juga hadis palsu ni.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
December 11, 2012
Banyak hadis2 palsu yg kna sudah biasa dengar dlm kehidupan harian...antaranya;

- Menuntut ilmu hingg ke negeri China
- Menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad
- Apabila isteri menuntut cerai bergegar tiang arasy
- Rejab bulan Allah, Syaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku
- Kelebihan setiap kali solat tarawih
- Tiada hadis yang mengalakkan membaca yassin pada malam jumaat, tp..surah sebenarnya
surah khafi.
dan lain2...
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
April 15, 2012
like it very much
230 reviews4 followers
April 15, 2022
Satu usaha yang sangat baik dan dialu-alukan. Penjelasan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami. Sekurangnya-kurangnya orang biasa macam saya lebih faham apa yang membuat sebuah hadith itu dikatakan palsu dan bahayanya menyebar-nyebarkannya. Semoga 40 contoh hadith palsu yang dihuraikan meningkatkan lagi kesedaran orang awam untuk tidak mengambilnya sebagai sandaran atau amalan. Contoh-contoh ini juga membolehkan kita untuk lebih peka tentang ciri-ciri hadith palsu supaya jika menemui hadith yang seakan-akan hadith sedemikian, kita akan lebih berhati-hati untuk menerimanya.
Profile Image for Syafiq Drahman.
3 reviews
July 5, 2017
Argumen-argumen yang menarik terutama mengenai hadis yang meresap ke dalam adat atau kelaziman Melayu Malaysia
Profile Image for Asmahan Abd Halim.
7 reviews
March 15, 2012
Banyak hadis palsu yang ternyata digunakan sehari-hari dalam kehidupan. Alhamdulillah, bersyukur bertemu buku berharga ini. Sangat membantu dalam ibadah seharian, saya syorkan untuk semua, WAJIB baca buku ini.
Profile Image for Syafiqa.
145 reviews10 followers
February 2, 2014
I honestly think this is a very good book, and explained in a manner that's easy for general public to grasp. A lot of the 'hadis palsu' I've heard before and it's good to find out it's true status.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.