Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenajung merupakan prekuel kepada Novel Nirnama sebelum ini.
Karya ini membawa pembaca menelusuri 19 hikayat yang terpisah tetapi saling berkait. 19 hikayat ini tertumpu kepada watak-watak dan peristiwa yang pernah dinyatakan di dalam Novel Nirnama, tetapi dengan latar masa sebelum berlangsunya kejadian bagai yang diceritakan dalam Novel Nirnama.
Pembaca akan dibawa menelusuri kisah-kisah seperti bagaimana Jagat Suci mula bersihir, hari-hari awal Adiwaja menempuh hidup sebagai insan cacat, Tuha dan Taming Sari, Kasturi menjadi laksamana termuda Semutar Putih, Jebat dan Tanggang, Nadim di Perkampungan Medini, pertelingkahan Santubong dan Sejinjang, Nirnama saat pertama kali bertarung dengan wakil dari Indera Kayangan, dan beberapa cerita yang akan membuatkan para pembaca menyelam lebih dalam ke alam karya Nirnama ini.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Membaca himpunan hikayat ini membuatkan saya lebih mengerti mengapa dan bagaimana watak-watak dalam novel Nirnama menjadi siapa diri mereka dalam novel tersebut. Watak yang paling saya tak sangka akan dirungkaikan latar belakangnya ialah Sang Kelembai. Benarlah, jika kita sering menidakkan teguran Allah, Dia akan semakin membiarkan kita sesat. Bukan salah Tuhan kalau kita yang tak sudi, berkali-kali.
Sama halnya dengan Tuha. Hubungan Tuha dan Jebat yang semakin renggang malah tegang membuatkan saya sedih. Sekali lagi benar bahawa kita tak mampu memberikan hidayah kepada siapa yang kita sayang; hanya Allah yang mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Seberapa ramai pun orang baik di sekeliling kita, mereka tidak berkuasa atas jiwa kita sekiranya bukan kita sendiri yang berusaha menguatkan diri di atas jalan kebenaran.
Dua watak yang hikayatnya mengalirkan air mata saya ialah Adiwaja dan Cendana. Saya seperti dapat memahami konflik dan kekesalan mereka. Saya juga suka bagaimana penulis memperlihatkan bahawa segalanya memerlukan proses. Sebagai manusia, usaha terbaik kita masih ada kekurangan dan kesilapan. Ia lumrah. Yang lebih penting adalah bagaimana kita menghadapinya dan bangkit semula.
Walaupun ini prekuel Nirnama, saya cadangkan pembaca untuk membaca Nirnama terlebih dahulu. Himpunan hikayat ini seperti menjawab semula persoalan-persoalan dalam Nirnama. Tak dinafikan, selepas membaca buku ini saya terasa seperti ingin mengulang baca Nirnama.
Naskah ini adalah prekuel kepada Nirnama. Oleh itu ia memaparkan kisah sebelum kewujudan Nirnama. Kisah bermula ketika Jagat Suci masih lagi berupa bekas Sultan yang sudah tua renta. Namun masih enggan melepaskan tampuk pemerintahan secara keseluruhan. Masih menjadi bayang-bayang pemerintah yang sedang memerintah.
Beberapa persoalan di dalam Nirnama kini telah terjawab. Contohnya seperti bagaimana Jagat Suci boleh terpasung di hutan tersebut, bagaimana Jagat Suci memperoleh kesaktiannya, kisah dan asal usul Tuha, Jebat dan Kasturi serta sebagainya.
Niat andai tidak diperbetulkan sebelum melakukan sesuatu pastinya ada akibatnya. Sebagai mana niat Tuha yang ingin menjadi Laksamana hanya untuk nama dan kekayaan. Malah Adiwaja meminta Nirnama untuk membuang dendam dan membetulkan niatnya.
Dalam naskah ini telah jelas menunjukkan perwatakan Tuha hingga dengan mudah dia diperdaya dan dipergunakan. Hingga sanggup mengkhianati sebuah perjuangan yang suci. Watak dan perawakannya tidak berubah meskipun semasa menuntut dengan Adiwaja dan menjadi-jadi selepas tamatnya pengajian dan diangkat menjadi Laksamana.
SH faham dengan kekecewaan Cendana terhadap Panglima Hamzah juga terhadap bondanya sendiri. Dilahirkan sebagai perempuan membuatkan mereka menyekat kemajuan dan kemahuan Cendana. Stigma perempuan hanya perlu duduk di dapur sememangnya sering terdengar seiring perjalanan waktu. Seperti mana Kartini yang disekat berkarya hanya kerana dia seorang wanita. Walaupun di zaman sekarang ini stigmanya sedikit berlainan namun masih ada yang berpegang kepada stigma ini.
Cuma penceritaan untuk naskah ini lebih perlahan berbanding Nirnama dan agak kurang aksinya. Ini boleh difahami kerana ia adalah prekuel. Sebelum perang dan pertempuran ke atas Jagat Suci. Tapi masih seronok untuk dibaca kerana menjawab segala persoalan yang tergantung di dalam naskah Nirnama.
".... Tetapi kerana aku perempuan, kalian memandang aku tidak layak memimpin. Kalian bahkan tidak mahu pun berbincang denganku, mendengar suaraku. Apakah kerja perempuan hanya melahirkan anak? Pandangan dan buah fikir kami tidak bermakna apa-apa?" - Puteri Cahaya Bulan.
Idola betul Cendana ni. Memang watak kegemaran aku dalam novel Nirnama. Buku ini pula umpama prekuel kepada Nirnama. Mengumpulkan 19 hikayat yang menceritakan kisah disebalik watak-watak yang ada dalam novel tersebut. Macam back story merekalah dalam bahasa mudah.
Buku ini sama seronok dengan Nirnama. Plot yang tersusun, jalan cerita setiap watak yang menarik. Aku paling suka kisah Laksamana Kasturi, kisah dua puteri kembar Serawa, kisah Sang Kelembai dan Puteri Gunung Ledang, kisah Cendana dan tak ketinggalan kisah Nirnama sendiri. Kisah watak-watak yang lain pun menarik juga. Juga tidak lupa diselitkan pengajaran-pengajaran yang bermakna di setiap kisah mereka tersebut.
Terjumpa di library terus saya pinjam dan pertama kali saya membaca siri Nirnama. Saya faham buku Nirnama:Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini merupakan prekuel kepada Nirnama (yg belum lagi saya baca 😅 dan sekarang dah ada keluar Nirnama 2). Harap boleh jumpa Nirnama pula di library lepas ni.
Seperti siri HSSS, saya suka!!! Saya sukakan konsep cerita Nusantara yg diketengahkan. Dengan lenggok bahasa orang dulu-dulu, jalan cerita yg menarik serta pengajaran yg mendalam. Aksi memang dahsyat lah kalau cerita-cerita dari Hilal Asyraf kan. Tapi setakat ini saya boleh terima sebab dia bagi dengan 'rasa' sekali.
Saya kira bacaan saya ini merupakan pengenalan kepada watak-watak yg ada, sebab belum membaca Nirnama. Jadi ada rasa tergantung dan ingin tahu apa yg akan jadi seterusnya kepada sekian-sekian watak yg ada. Nirnama sendiri muncul di hujung-hujung bab dalam novel ini. Jadi belum puas saya mengenali sosok Nirnama itu. Apakah nanti Nirnama akan bertemu gadis berani Cendana?
Dalam novel ini saya sangat mengagumi watak Adiwaja yg sangat kuat. Penderitaan yg diterimanya menjadi senjata kekuatannya. Hebat. Ya, sebelum mengenali anak didiknya nanti, bagus juga mengenali gurunya terlebih dahulu 😁
Watak Tuha juga meninggalkan kesan bagi saya. Pelajaran yg diberi penulis sampai ke dalam jiwa. Menjadi seorang yg lupa diri setelah memiliki apa yg dihajati. Boleh bayangkan rasa kecewa di hati Jebat.
Sangat berhajat untuk membaca Nirnama pula selepas ini. Semoga tertunai 😊
1. Siapa yang follow review aku sejak awal2 dulu mesti tahu - Nirnama is one of my ultimate favourite book. In my top 10 list, precisely top 5. Finally aku baru dapat baca buku prekuel dia. Dalam ni menceritakan event2 sebelum Nirnama.
2. Aku baru perasan illustrator untuk Nirnama prekuel bukan Hani Raimi. Ada rasa frust sikit. Lain sikit feel dia huhu.
3. Sedih dapat tahu backstory Adiwaja. Macam mana dia boleh hilang tangan dan mata. And I hate his wife Puspa so much ! Dasar tak kenang budi. Nak hidup senang bersama je, susah takmau 😤
4. Aku dapat tahu backstory watak2 dalam Nirnama. Macam mana Tuha dan Jebat boleh end up berguru dengan Adiwaja. Tuah yang paling junior. Masa tu dia bukan lagi Nirnama seperi dalam Nirnama 1. Perangai tak sama ye 😆
5. Tuha whyy oh whyy kau boleh terpesong. Geram betul aku. You have so much potential, but you end up making a deal with the devil. Si Alauddin tu lagi satu. Nak jadi sami pulak dah 😩 tak pepasal takhta jatuh ke tangan Mahmud. Sultan Mansur punyalah hebat, tapi anak2 dia semua hopeless.
6. Aku dapat tahu backstory Sang Kelembai aka Tatang jugak. Macam mana dia boleh dapat power tukarkan orang jadi batu. Dia ada adik perempuan, nama Ratna. Dia partner dengan adik dia bila bunuh orang. Diorang buat aku teringat kat Gyutaro & Daki dalam Demon Slayer.
7. Aku baru tahu backstory Cendana. Macam mana dia boleh jadi hebat bertarung dan start mengembara, lepas tu end up jumpa Nirnama tu.
5. Banyak lagi la backstory yang korang akan dapat tahu dalam buku ni sampailah ending dia Nirnama start adventure dia seperti yang korang baca dalam buku Nirnama 1.
6. In conclusion, Nirnama series ni memang best gilaaaaaaa. Serius cakap. Tak tipu langsung. Tolonglah baca. Aku memang sentiasa amazed dengan penulisan Hilal Asyraf. Dia boleh buat aku so invested in the book sampai sedar tak sedar tiba2 je dah habis.
7. Adakah aku dah bersedia untuk Nirnama 2 ? *tarik nafas dalam2*
Akhirnya berjaya juga habiskan, terlalu sibuk sampai ambil masa yang sangat lama untuk habiskan.
Bila baca buku ni buatkan saya rasa untuk baca semula buku Nirnama.
Buku ini menceritakan sebahagian cerita yang tidak diceritakan dalam buku nirnama. Kisah mengenai watak2 lain diperincikan dalam buku ini. Menarik bagi saya. Selepas membaca buku Nirnama dan Nirnama himpunan hikayat semenanjung, dua buku ini membantu dalam mendakwah diri saya sendiri dan saya harap orang lain yang membacanya juga.
setiap hikayat ditulis untuk kita mengenali latar belakang dan 'backstory' setiap watak yang terlibat dalam novel nirnama.
bagi saya penulisan dan plot sangat memuaskan. ilustrasi di beberapa halaman juga dilukis dengan sangat cantik ataupun 'eye-pleasing', juga membantu memberikan kita bayangan tentang bagaimana sesuatu scene itu berlaku.
hikayat kegemaran saya adalah hikayat tentang adiwaja, cik cendana dan tiga laksamana semutar putih iaitu kasturi, jebat dan tuha. sebab saya memang curious dengan latar belakang watak-watak ni.
saya dapat tahu, penulis menulis himpunan hikayat ini SELEPAS menulis nirnama kerana sambutan luar biasa terhadap nirnama yang asalnya novel tunggal. namun tiada bahagian yang kekok, seolah-olah penulis memang berhasrat untuk menulis hikayat ini sebagai prekuel. hebat! saya amat berpuas hati. semoga tuan Hilal terus menerus direzekikan idea yang melimpah ruah untuk menulis lebih banyak novel yang sedap dibaca dan memberikan manfaat kepada kita.
Wow..just wow. Once you start, you wouldn't be able to put this down
Macam biasa, bukan buku Hilal Asyraf la kalau tak best
Buku ni mengisahkan tentang latar belakang watak ii dan peristiwa yang berlaku sebelum adanya novel Nirnama. Pendek kata, ini buku prekuel dia lah. From this book juga kita boleh tahu bagaimana Jagat Suci mula bersihir, perbalahan antara Santubong dan Sejinjang, kisah Adiwaja dan lain ii.
- I just love how this book can make me think so much. Nirnama, officially, has a place in my heart forever😽 Cuma agak confuse sikit dengan umur watak ii dalam buku ni. I would say buku Nirnama yang pertama lagi best and gempak than this one hehe. If you're looking for a book to read, please read this 🙏🏻
semalam start harini habis 😮💨🤌🏻 this one deserves more than 5⭐️
bila baca prekuel ni baru tahu oh kenapa ini jadi villains. oh kenapa ni boleh jadi muda dari tua. kenapa itu kenapa ini. menarik. saya suka cerita yang flashback ni sebab baru senang nak nilai the characters.
oh and yes, every villains stories start with a young, naive, hopeless character. thats true.
p/s;; marry me kasturi 😮💨😮💨🙂↔️🙂↔️🧎🏼♀️➡️🧎🏼♀️➡️ i have a special spot for an archer hehe
Tindakan penulis mengeluarkan prekuel sebelum siri kedua Nirnama bagi saya adalah tindakan yang tepat. Sebelum siri ini dipanjangkan lagi ke beberapa episod (jika ya), pengukuhan watak diadun sebaiknya oleh penulis dalam Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung (HHTS).
Watak Jagat Suci berkembang dengan baik. Garis masa Sultan Mansor sedikit mengelirukan, tapi sekurang-kurangnya gambaran tentang Semutar Putih menjadi lebih jelas. Asas cerita dan misi Nirnama menjadi lebih difahami.
Cuma bila Nirnama dan HHTS dibaca dalam tempoh yang dekat, ada beberapa keterangan dalam kedua-dua buku ini sedikit bercanggah. Mungkin itu cabaran menulis prekuel, perincian-perincian kecil dalam buku pertama perlu diteliti agar cerita di prekuel tidak bercanggah dengan buku pertama. Saya cuba lebih relaks, kerana ini hanya buku fiksyen yang tak perlu terlalu dipeningkan dengan kesilapan-kesilapan kecil.
Tahniah penulis, berjaya membina universe Nirnama. Semoga Nirnama lebih berkembang dan sukses dan menjadi bacaan yang bermanfaat untuk generasi muda.
Saya suka bagaimana hikayat-hikayat di dalam buku ini menceritakan tentang apa dan bagaimana sesuatu hal terjadi terhadap watak-watak di dalam novel Nirnama. Memang lengkap dan puas hati.
Saya acapkali mengurut dada dan beristighfar pada sesetengah babak, tidak menyangka begitu halnya boleh menimpa watak tersebut. Naik turun iman pada watak-watak tersebut digarap dengan penuh manusiawi. Tidak hairanlah novel Hilal Asyraf digemari segenap lapisan masyarakat.
Nak ingat balik satu satu watak, azab rasanyanya. Yela, kalau satu dua nama je tak apa lah. Berpuluh nama dalam satu buku. But bila aku boleh ingat nama nama dengan masing masing punya cerita, kira ngam la kan??
Nak sambung NIRNAMA 2, bagi aku tarik napas jap. Best woiiii! Best gila.
Buku neh tentang apa? Tentang latar belakang setiap watak watak dalam NIRNAMA. Kagum yer aku membaca 19 hikayat dlm buku ni. Olahan, penceritaan tentang setiap watak. Bestt sangat!
Okay. Bertenang jap.
Sebelum lupa, lukisan2 setiap watak dihujung buku..Cantiksss amaddd
If you want to see the illustration of the characters, buy this book (lawa sangat). To be honest kalau tak baca buku ni pun tak pe sebab dia prekual (sebelum Nirnama berlaku). cuma kalau tak baca Nirnama : Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ni kita tak akan tahu lebih detail untuk character tu pada situasi sebelum Nirnama . contohnya mcm kehidupan Adiwaja, Alauddin, Tuha, Jebat, Kasturi, Sultan Mansur dan Mahmud, Sang Kelembai dan adik dia, Jagat Suci and few more characters. kisah hidup Adiwaja la paling kesian huhu..
Good Anthology book tapi cerita- cerita dia macam pendek sangat for it to be its own book. Tapi sebagai buku pendamping untuk Nirnama, memang cukup sangat.
Akhirnya, habis juga aku baca Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung. Biasalah, baca perlahan-lahan, ambil masa hampir 3 bulan juga nak selesaikan novel yang berhalaman lebih 500 muka surat ni 😂
Satu prekuel yang amat baik untuk novel pertama Nirnama. Banyak persoalan dan peristiwa yang disebut dalam novel pertama, dijawab dan dipaparkan dalam HHTS. Kekuatan utamanya adalah backstory yang lebih terperinci kepada setiap watak penting dalam novel pertama. Kalau korang sukakan novel pertama, prekuel ni memang wajib untuk korang dapatkan.
Tapi, beberapa kritikan aku terhadap novel pertama, nampaknya masih wujud dalam HHTS. Contoh terbesar adalah character development untuk setiap watak yang aku boleh katakan terlalu linear dan terlalu hitam dan putih. Tak perlulah aku ulas panjang isu ini, mungkin boleh baca review aku untuk novel pertama: https://twitter.com/faiztobeng/status...
Tapi soal "hitam dan putih" tu hanyalah preference aku. Macam aku cakap tadi, kalau korang sukakan novel pertama, pasti korang akan suka juga HHTS.
Selain itu, ada satu babak Jagat Suci tu aku ada sikit ralat (SPOILER SIKIT). Bila JS dah dapat dikalahkan, kerajaan Semutar Putih tak dapat nak bunuh JS sebab ada sihir yang menghalang. Tapi aku pelik kenapa bila dah dipasung tu, kerajaan masih beri makan kepada JS. Adakah kalau tak bagi makan JS akan mati? Biar je lah JS mati, kan lagi bagus? Mungkin penulis boleh jawab babak ni 😂
Satu lagi, pasal pokok getah ada disebut dalam HHTS. Ya, aku tahu universe Nirnama ni alternate-history. Tak perlu ikut sejarah tepat sangat pun, But just a fun fact, pokok getah hanya wujud di Tanah Melayu selepas British membawanya masuk. Jadi, kalau nak ikut latar belakang universe Nirnama yang ambil inspirasi zaman Kesultanan Melaka, macam tak berapa sesuai. Tapi ni aku nitpicking je la, bukan isu besar pun hahaha
Namun, ada juga kelemahan dalam novel pertama dah ditambahbaik dalam HHTS. Misalnya, penulis mula memperkenalkan kerajaan luar dari konteks sempadan Malaysia moden, iaitu Majapahit. Ini sesuatu yang baik dan lebih realistik dengan tema dan latar belakang Nusantara yang digunakan. Aku harap dalam perkembangan seterusnya (novel, komik atau lain-lain), lebih banyak kerajaan Nusantara lain dimasukkan.
Akhir kata, sama juga macam review aku untuk novel pertama Nirnama, aku sentiasa kagum dan tabik dengan segala usaha yang digerakkan oleh penulis terhadap karya-karya beliau. Walaupun aku tahu yang beliau takkan ubah cara penulisan beliau soal "hitam dan putih" itu yang membuatkan aku sedikit rasa bosan, kerana itu memang gaya penulisannya, aku tetap akan sokong apa jua karya-karya beliau seterusnya, terutamanya yang berkait universe Nirnama. Tak sabar nak tengok pelancaran komik Nirnama, sebab ilustrasi dalam novel pun yang ada sikit-sikit tu pun dah lawa. Aku tak sabar nak tengok macam mana rupa world building nya nanti.
Novel ni merupakan prekuel kepada novel Nirnama. Since novel ni aku beli sewaktu tempoh pre-order, aku ada versi rumi dan jawi dan disebabkan aku on time crunch masa baca novel Nirnama, aku decide untuk prekuel ni, aku baca yang versi rumi je. And surprise surprise, sehari setengah je dah habis baca haha.
Kisah dalam ni merupakan kisah sebelum Jagat Suci bebas daripada pasungan, bahkan sebelum dia mula bersihir. Bukan saja kisah Jagat Suci, tapi semua watak-watak sampingan dalam Nirnama, kisah mereka diceritakan, sebelum apa yang jadi dalam Nirnama. Kisah yang paling dekat dalam hati aku haruslah kisah Adiwaja yang mulanya seorang pendekar gagah diangkat menjadi Laksamana Utama Semutar Putih dan hilang segala-galanya selepas pertembungan terakhir dengan Jagat (sebelum dia dipasung). Sama macam Nirnama, dalam prekuel ni ada juga ilustrasi-ilustrasi dalam celah helaian.
Sebelum baca Nirnama, aku terfikir juga untuk baca prekuel dulu tapi nasib baik aku tak buat. Kalau tak, confirm aku dah spoil nama sebenar Nirnama yang menjadi rahsia, dan segala elemen-elemen kejutan yang ada dalam Nirnama. And aku akan especially get attached dengan relationship Nirnama dengan kekanda-kekanda dia. Lepastu, baca Nirnama, konfem aku akan kecewa teruk dengan apa yang jadi to one of them. So, bersyukur jugalah aku baca Nirnama dulu dan bukannya prekuel ni.
19 hikayat (bab/chapters) yang diberikan sebenarnya tak bersambung-sambung macam Nirnama sebab setiap hikayat akan dicerita tentang watak-watak yang lain tapi semuanya saling berkait. Lebih kurang macam kau tengok teaser untuk movielah. Sikit-sikit je tapi bezanya, prekuel ni menceritakan sebelum movie (in this case, Nirnama) tu berlaku.
Aku sangkakan, Nirnama ni akan jadi solo projek untuk penulis, since novel-novel beliau yang lain semuanya bersiri tapi rupanya Nirnama pun siri! Ahhh, tak sabarnya nak tunggu Nirnama 2! Buku daftar maklumat yang diberikan sekali dengan package pre-order bagi aku sikit insight on how and why penulis jadikan satu-satu watak tu. To those yang wondering perlu ke tidak baca prekuel ni kalau dah baca Nirnama, well, aku akan kata tak pun sebab cerita dalam ni berlaku sebelum Nirnama mula mengalahkan Bagak Durjana tapi kalau tertanya-tanya the whole back story macam mana si Jagat Suci terpengaruh untuk bersihir dan macam mana kehidupan Adiwaja sebelum Nirnama, by all means, bacalah.
Semesta Nirnama dh nampak semakin berkembang dalam buku ni,makin banyak watak,makin banyak kisah yang diungkap.mmg bukan buku tuan Hilal la kalau x best kan..buku ni membuatkan kita teringat balik buku Nirnama setelah setahun berlalu....tapi,,untuk dapat lebih vibe,aku baca balik buku Nirnama yg first tue,yeah...so mmg lagi mendalami buku ni...tapi,ambik masa jugak untuk habiskan....a few months..sedangkan Nirnama yg first tue only five days..maybe terkesima masa awal2 dulu baca buku HA kan...bukan nk kata buku nie x best,,,tapi mungkin aku yg x mendalami,dkt tgh2 tue dh rasa boring...and end up baca buku lain...tapi bila kau dh start baca betul2 buku ni...x sedar tiba2 dh habis...ok enough with kisah aku
Watak dalam buku ditambah and semesta dia makin besar,kisah silam setiap watak yg menarik terutamanya Nadim..walaupun kisah dia agak lawak,tapi masih terselit nasihat agama yg mendalam.,kalau remaja boleh la relate...hahaha.yg kedua,of course,kisah yang paling menyayat hati,Sang kelembai(Tatang Gumil) dan Puteri Gunung ledang(Ratna Gumilah),kanak2 gelandangan....kadang2 terfikir,apa nasib kita kalau ditempat mereka,mungkin kita rasa,kita akan mengikuti jalan Allah SWT yg sebenar dan tidak percaya bantuan syaitan.Anda yakin?adakah kita akan percaya bulat-bulat Islam kalau kita x dididik dari kecil?mungkin ya mungkin tidak,itu semua takdir Allah SWT..jadi sentiasa lah bersyukur kita dilahirkan dalam keluarga Islam, bukan kafir dan bukan sesat,Alhamdulillah
himpunan 15 or something kisah dlm satu buku ni menjadikan kita x boring baca..betul??but bukan bagi aku....yeah im weird....mungkin kelemahan diri la agaknya..
Ilmu-ilmu agama yg terselit dalam ni sememangnya buatkan aku terkesan,Personaliti watak terutamanya Nirnama yg sejak buku pertama lagi yg alim dan banyak ilmu agama,memang adore sgt dengan dia,tapi tulah,nk sampai tahap tue kita ni entah sempat entah tidak,tapi tu takdir tuhan,so just pray and pray...Insya-Allah
overall buku ni mmg tidak dinafikan best...so sila beli....now tgh tunggu Nirnama 2 yg dlm proses pengarangan lagi(agaknya)
Sejujurnya, bila dah mula baca memang susah nak berhenti. Tapi.... saya nak suggest 2 perkara kepada semua yang belum/baru nak mula baca untuk lakukan perkara ini sebelum mulakan pembacaan:
1) Mesti habiskan dulu bacaan Nirnama dan hadamkan jalan cerita dan watak-watak di dalamnya. Baru nanti ada feel "Ooooooo macam tu rupanya!"
2) Baca bersama-sama rakan. Lepas @ommimembaca memperkenalkan kaedah buddy read, kami pun cuba. Ternyata pilihan buku untuk cubaan pertama ini tepat! Kami beli sama-sama, baca sama-sama, bincang pun sama- samaaa. Disebabkan dah lebih kurang dalam tempoh setahun selepas baca Nirnama, jadi kami memerlukan satu sama lain untuk perbincangan semula kisah dan watak yang ada.
Pertama: 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 - watak sampingan yang mempunyai peranan besar. Tidak dikenali, malah hanya sebentar sahaja kewujudannya dalam dunia hikayat ini. Namun dialah permulaan kepada sebuah perjuangan.
Kedua: 𝐀𝐝𝐢𝐰𝐚𝐣𝐚 - watak utama dengan konflik yang besar. Sangat terkesan dengan perkembangan wataknya yang bermula dengan seseorang yang mempunyai tujuan hidup yang materialistik dan kemudian diuji hebat atas tujuan hidupnya tadi.
Secara keseluruhannya, lepas baca memang sukar betul nak move on dari dunia Tanah Semenanjung ni! Sekarang pun tengah reread Nirnama 😆.
Terima kasih Hilal Asyraf atas naskah yang membina jiwa.
InsyaAllah, sokongan penuh dari saya kepada @hilalasyraf dalam penghasilan projek-projek Nirnama seterusnya! Semoga dipermudahkan urusan 💪.
Buku ini sesuai dibaca selepas Nirnama dan sebelum anda sambung membaca Nirnama 2. Buku ini mengisahkan latar belakang setiap watak yang terdapat dalam Nirnama, apa yang berlaku semasa awal kejatuhan Tanah Semenanjung, serta bagaimana Jagat Suci menjadi kebal.
Bagi I, buku kali ini sangat character driven, dengan mungkin sekitar 40% fokus pada plot. Tetapi tetap menarik sebab buku ini membuatkan I rasa sangat dekat dengan semua watak dalam siri ini. Semua watak mempunyai kekurangan dan ketidaksempurnaan masing-masing. Hampir semua watak dalam buku ini adalah individu yang tersakiti dan mereka semua membawa luka mereka dengan cara yang berbeza. Hal ini menjadikan mereka sangat realistik dan kompleks💯
I’m soo happy akhirnya dapat baca latar belakang Kasturi, dan buku ini membuatkan I semakin suka dengan Kasturi. Dia memang sangat genius yaa🤩 Umur dia baru 10 tahun dalam buku ini, tapi dia licik dan cerdik gilaaa😚
Cerita Adiwaja sangat menyayat hati I🤧 Kisah dia membuatkan I overthink hahaha. Adakah I akan jadi seperti Puspa, meninggalkan pasangan I jika dia kehilangan upaya atau I sanggup untuk terus menjaga dia apabila dia kudung, tanpa kaki dan tangan😢 I sangat kagum dengan semangat Adiwaja dalam buku ini. Dia kuat sangat sangatt🫂
Kisah Cendana pula membuatkan I adore gila!!🥰 I suka walaupun dia dilarang memegang senjata dan mempelajari seni mempertahankan diri disebabkan dia seorang puteri yang dianggap hanya ditugaskan untuk melahirkan zuriat dan menyambung keturunan, dia tetap bangkit dan memutuskan yang dia mampu melakukan lebih daripada itu. Watak Cendana bagi I sangat powerful dan memainkan peranan penting dalam kebangkitan Wilayah Sekebun Serendah dan Tanah Semenanjung!!
I beli Nirnama and HHTS sekali so I fikir. maybe I patut baca HHTS dulu sebab buku ni tentang sebelum kejadian Nirnama. Tapi I tengok review disyorkan baca Nirnama dulu baru baca HHTS. So I baca Nirnama dulu kemudian HHTS and baru I faham kenapa.
Kalau I baca HHTS dulu maybe akan jadi spoiler besar bila I baca Nirnama nanti and takde timbul tanda tanya and debaran sebab dalam HHTS dah siapa cerita tentang setiap punca kejadian and kenapa benda itu terjadi.
So better baca Nirnama → HHTS
First Adiwaja, guru was actually sado and macho once upon a time tapi disebabkan jagat yang tak berapa suci itu menyebabkan dia jadi cacat begitu.
Puspa you don't deserve Adiwaja. I hate you!
Sultan Mansur thanks for encouraging Adiwaja for not giving up easily. Love you for that.
Tuha and Jebat... haih... both of you're awesome and thank you jadi kekanda Nirnama.
Untuk Tatang dan Ratna, kalau diorang terima ajakan pakcik tua tu maybe Tuha masih hidup dan masih berada di jalan yang benar.
So far I boleh faham setiap hikayat yang diceritakan oleh Hilal Asyraf. Mudah untuk I hadam baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel berbentuk prequel ini menjelaskan rahsia watak-watak dari novel Nirnama yang pertama.
Maka saya lebih memahami kenapa Jagat Suci menjadi sedemikian rupa. Segalanya kerana ketaksuban pada pangkat dan kuasa disertai dengan ketakutannya.
Jagat Suci takut jasanya dilupakan orang. Awal hidupnya sebagai pemerintah, dia disanjung kerana membantu meningkatkan taraf kehidupan Tanah Semenanjung. Sultan-sultan yang lain turut mengakui sumbangannya namun dia merasakan segala yang diilhamkannya adalah miliknya secara mutlak dan tidak mempercayai orang lain untuk mengendalikan hala tuju dan masa depan Tanah Semenanjung.
Pengajaran dan hikmah yang disampaikan oleh Encik Hilal Asyraf dalam novel ini dan novel Nirnama wajar diteladani oleh kita semua.
Akhirnya sy dah habis baca walaupun ambil masa 3 bulan lebih untuk habiskan. Suka bc semua hikayat2 yg ada dalam buku ni.
Ada dua kisah yg paling sy suka.
1) Kisah Tatang Gumil dgn adiknya Ratna Gumilah yg akhirnya menjadi Sang Kelembai dan Puteri Gunung Ledang. Kisah ni lain dari yang lain di mana dua beradik ini terus menjadi jahat sampai dewasa walaupun pernah diselamatkan oleh pakcik yg ada dekat masjid.
2) Kisah Cendana. Mestilah sy suka kisah ni sebab boleh relate perangai Cendana macam sy. Haha! Seorang yg tak suka perempuan direndah-rendahkan. Cendana ni org yg cekal, keras kepala (mcm sy jugak la...hahaa!) dan tidak putus asa.
Sy tak sabar nak baca Nirnama 2 pula nanti! Terima kasih Encik Hilal atas hikayat yg sgt seronok dibaca!
Setelah 2 tahun selesai membaca novel Nirnama, baru kesempatan untuk membaca novel prekuel Nirnama ini. Kisah-kisah yang diceritakan membawa pembaca memahami dengan lebih mendalam latar belakang watak-watak di dalam novel Nirnama, membuatkan para pembaca lebih mendalami semesta Nirnama ini. Kisah dinyatakan sungguh menarik dah penuh aksi, apabila dikaitkan dengan novel asal, dapat menjawab pelbagai soalan yang timbul. Sekarang, menanti masa untuk projek semesta Nirnama yang seterusnya, terutama Nirnama 2 dan Komik Nirnama yang sudah di pre-order tiba.
Cumanya, pada syair terakhir Nadim di Hikayat 18 versi jawi sedikit berbeza dari versi rumi. Tapi perbezaan itu tidaklah mengganggu kelancaran bacaan.
Dah habis baca baru tahu ini novel prequel. Ingatkan Nirnama yang first edition 🙂↔️
Tapi betul enjoy baca walaupun tiap bab sentiasa keluar watak baru & watak watak tu kita kenal kisahnya dari kecik lagi. Kalau ikutkan rasa tiap penceritaan satu kisah ke satu kisah macam tergantung, tapi itu buat kita nak baca lagi. Also wonder macam mana Jagat suci boleh terlepas, macm mana Tuah boleh lepaskan dia sebab memerlukan darah ikut kepada perjanjian itu. Kena baca Ninama 2 pula la gini 😁
Sebelum baca, terfikir dari mana penulis amik tajuk novel mi. Bila baca, baru lah tahu - Perkataan Nir diambil dari bahasa melayu purba, jadilah Nir-nama (Tiada nama) rasa klasik sangat ! 🤩
Once kalau buat review tu mmg maksud dia best gila nak mampus😭😭okay imo u guys should read nirnama 1st untuk rasa 'relate' dia tu. Satisfying sgt bila dpt tahu setiap cerita diorang. Lagi ii Adiwaja. Make me cry😤 tapi apa ii pun bukan nak bagi 5 bintang. It should be ♾️/5.
Scene Nirnama tak banyak but still bestt, how setiap crita tu ditegakkan psl Islam. Dan certain dialog tu jugak boleh dijadikan pengajaran semua.
Sorry lah tak reti sgt buat review tapi mmg best sgt ii😭 500++ pages are not enough
Berbanding Nirnama, rasanya buku ni lagi banyak aksi kut (if I'm not mistaken). Nirnama Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ni prekuel kepada Nirnama. Menceritakan back story kepada watak2 yang ada dalam Nirnama.
Saya paling tersentuh dengan kisah hidup Adiwaja. Menitik jugak air mata saya masa baca bab lepas pertarungan Adiwaja dengan Jagat Suci.
Bab paling tercuit hati, masa Jebat dengan Tuha mengusik adinda seperguruan mereka tu. Betul2 macam abang mengusik adik. Comel je.
Puas hati baca naskhah ni. Terus rasa macam nak baca Nirnama sekali lagi.