Six Degrees of Separation, teori yang mengetengahkan idea bahawa seseorang itu berkait atau mempunyai hubungan dengan sesiapa sahaia di dunia ini melalui suatu rangkaian perhubungan yang hanya dipisahkan dengan enam orang atau kurang daripada itu.
Itu teori Orang Barat. Yang semestinya bolen bawa berdebat 44 hari. Tapi ada sesuatu yang Syazreen memang pasti... Qada and gadar yang membawa kepada pertemuannya dengan DO buat entah-ke-berapa-kali.
"I baru sedar yang I tak perkenalkan diri lagi. Call me DO. Nice to meet you again, miss... Nak guna nama bunga lagi ke?" - DO
"Kali ni, kita guna Syaz. Tapi I sumpah tak kisah kalau you nak panggil Mawar." - Syazreen Rose
Orang kata kalau jatuh cinta, IQ seseorang akan jatuh terbenam di bawah tanah. Tapi kalau nak ikut kes Syazreen, kalau dia jatuh cinta, memang tahap kesedarannya automatik jatuh menjunam ke dalam gaung.
Glasgow Coma Scale (GCS) yang digunakan untuk mengukur tahap kesedaran seseorang, sah-sah jatuh tergolek dari skor tertinggi; 15 dalam masa yang singkat. Nasib baik tak sampai skor terendah; 3. Sebab kalau koma begitu, memang sungguh layak dikambus dalam tanah.
Apa terjadi apabila mereka bertemu semula di negara kincir angin selepas lima tahun?
Bagaimana dengan status mereka yang kini berubah?
Antara kata hati dan jawapan Dia, yang manakah menjadi pilihan kalbu?
Apabila dipersoalkan 'sayang' it terletak di bawah kategori apa, reaksi yang diberikan hanyalah...
Sebuah kisah tentang Syazreen dan DO. Sebuah kisah merentas masa dan benua yang bikin hati jadi rawan kerana keadaanlah yang jadi pemenangnya.
Friendship - 40% Love story - 30% Family - 20% Cinta tak kesampaian - 10% (that hurt me so much😩) Medic case - sangat banyak sebab hero heroin doc! Haha. But not to worry, footnote disediakan gaisss.
Parents dorang sumpah sporting namampos.
Plot twist paling win sepanjang 25 tahun dia hidup. - Syazreen. But sorry Syaz, saya dah dapat agak plot twist itu dari awal lagi. Hehe.
"You know what? The first time we met, you introduced yourself as Mawar. The second time we met, you introduced yourself as Syaz. The third time we met, you introduced yourself as Doctor Syazreen. The fourth time we met, Dania introduced you as Rose. Apa nama sebenar you dalam I/C ni?" - DO. Yes. Jodoh korang memang kuat.
Punyalah fokus aku baca novel ni sebab ayat-ayat dia sangat santai & memang boleh buat aku gelak-gelak baca. Terbaik author.
Part khatam aa+bb buat kali ke-188 and die hard fans Hlovate tuuu omaigod… 🫣
“Hlovate tu kira satu-satunya novelis Melayu yang legend tahap tak ingat tapi masih kekal mesteri.”
Ladies and gentleman, inilah buku yang menceritakan tentang life doktor yang sebenar. Dari jadi student sampai ke houseman. Aku yang baca ni pun rasa perit dengan cabaran jatuh bangun nak jadi doktor ni.
Bukan senang ok nak jadi doktor. Ingatkan best jadi doktor sebab ada title, rupa-rupanya tak. Kalau nak tau betapa barai jadi doktor, boleh la try baca karya ni. Aku suggest baca yang ni dulu baru FNF.
Novel ni BUKAN macam cerita doktor dalam drama pukul 7 petang dengan kerja bercinta je tau, pastu topik sembang bermodalkan topik persenyewaan. Dalam novel ni TAK ADA ya scene tak senonoh gitu.
Ada kupasan tentang agama berkaitan kerja seorang doktor dengan lebih detail. Pastu banyak jargon medical terms yang digunapakai. Sampaikan my brain isn’t braining. Sebab medical bukan bidang aku. Hahahaha. 😂
Ok, back to main character. Syazreen dibelengu dengan dua orang jejaka iaitu DO dan Adam, dalam pada masa yang sama, dia dah ada someone special. Jadi dia tersepit dengan perasaan sendiri.
Sedikit sebanyak aku suka chemistry antara mereka. Bukan setakat cinta je tau, kawan-kawan seperjuangan pun penting juga sebab ada bila susah senang macam Warda, Husna dan Tina.
I like character Dazrin. Dia buatkan aku teringat dekat Dzariff dalam FNF. But Dazrin ni merajuk dan cemburu kuat mengalahkan perempuan tau. Satu hal la cik buah hati nak pujuk pak cik ni🥲.
Last but not least, the book cover is chef kiss. 🤌🏻
Ok tu je, saya nak tunggu kelahiran Dandelion pula. (Tak boleh move on dengan Dzariff)✨
ANOTHER 5🌟 READ FOR THIS YEARRRR trope(s); slow-burn romance, doctor x dentist, he fell first and both fell harder, strangers to lovers
A realistically cute love story between Syaz and DO🌷 I suka cerita ni, eventho fening faler mak sebab penuh dengan medical jargons (I fr said to myself, once I get in medical school I akan bukak buku ni balik🤣) but this one can be good for someone yang sukakan light reading! Takde plot twist yang boleh pecahkan function cerebrum and cerebullum you (khannn dah keluar perumpamaan Science gue HAHAHAHA)
I simply love how the plot is going. From “Mawar” as member punya gf punya kawan to Syaz as buddy travel at Amsterdam to Doctor Syazreen yang tiba2 jadi hero of the day kat restoran to Rose as his unexpected fiance 😭 the fact that DO once placed her as his one-day-crush (stuporously🫣) and thought after 2 years of dentistry at the UK the feelings faded itself, but oh well. Her name was engraved… herein DO’s heart. Wow poeticnya I? HAHA
I love how pure Syazreen’s friends ft. the environment as a med student. “The Three Mighty Flowers” suka gilaaaa ya dengan friendship Syaz, Warda and Tina! Healthy, tak toxic. Jenis meluah sesama sendiri and always there for each other. Cerita ni walauoun banyak watak yang perlu dikenali tapi setiap watak tu hidup dan ada functionnya which shows the reality kita kan kenal ramai manusia dalam dunia ni! I feel so seen ya buku ni banyak betul comforting wordsss lagi2 scene Adam confessed his love indirectly tu weh sumpah sentappp nok can relate teruks🥹🥹🥹🥹🥹🥹🥹
Suka jugak how random DO and Syaz brought their conversation masa jumpa balik dekat Amsterdam tu. Cerita pasal doctor’s life, expression, melibatkan Allah dan Rasul and I LOVE THE WAY DO RESPONDS! dia macam—weh jantan ni takde sekor ke kat Malaysia ni? A hot yet cute with otak geliga dentist can agree with Syaz’s mature-tyoe-thinking-of-mind, in one way full package weh mamat nii 😔☝🏻
Trope buku ni boleh dikategorikan dalam medical romance. When it relates to medical romance mestilah ada scene2 doctor tolong patient dekat ER and so on right? Of course there will be sad scenes too yang buat I nangis. I nangis kat bus stop, pinjam bahu kawan hagahahah. What i want to say is, kalau kita yang kehilangan orang kita sayang ni pon boleh jadi macam orang hilang akal apatah lagi doctors yang handle ramai pesakit? :) “Terima kasih… Doktor Syazreen.” -ayat ni. This one sentence je dah shed me into tears. Heartbreaking gila that scene. Yang baca je tahu.
Marriage problems! The reason they fight sampai DO merajuk tak balik rumah seminggu HAHAHAHA! Kenapa I gelak? Sebab I rasa DO merajuk dengan bini dia comel. Punyalah cair Syazreen buat suara lembut siap puppy eyes and ALMOST CONFESS—tapi tetap kekalkan riak beku sebab tak nak kalah awal😭🫵🏻 Oh yes, the reason they fight bagi I sangat typical but these are the things that most couple will experience. The scene where I rasa nak masuk dalam buku and hug DO because he’s so… precious? 🥹💘 yang nampak je nampaklah how i ranting teruk2 kat igs sebab kata2 DO sangat impactful dia macam jatuhkan bom bukan dekat Syaz je me as a reader pon terkedu mat😭
Last but not least, I sukaaaa ending dia! COMEWLSSSSSS 😭😭😭🫶🏻🫶🏻🫶🏻 What I want to conclude, this story is perfect! Secukup rasa juga rencahnya🤍 its my first time baca karya Nadrinaline Rush so im impressedddd!!! Penulisan author kena dengan tekak I, simple yet funny and heartwarming🥹🌷
di sini saya lampirkan ruangan ranting untuk seorang Dazrin Omair yang hijau—☘️🤗
A DENTIST WITH AN ARTISTIC HAND??? CAN PLAY ANY MUSIC INSTRUMENTS??? ACT OF SERVICE GUY??? A POTTERHEAD WITH A MIX OF KDRAMA FANBOY? CALLS HIS WIFE “AE-IN” AS IN “SWEETHEART” IN KOREA BECAUSE HIS WIFE INSISTED TO???? 😭😭😭☝🏻☝🏻☝🏻 man, i desperately want to sign up as your second wife 🤗SORRY YA SYAZ, KITA KONGSI! HAH HAH HAH 😋 well, DO taklah perfect sampai tak ada flaw langsung. He knows when to get angry but still can control his tone and expression, in a way i can say he’s veryyy softspoken with the people that he loves (read: his wife)😮💨
THIS BOOK IS SAUURRRRR UNDERRATED LIKE HELLAURR BUKU NI WAJIB DIKENALI LEBIH RAMAII SAYA NAK LUASKAN EMPAYAR DAZRIN NIII korang kalau dah ada buku ni no doubt go grab and selamat dating dengan DO!
Cerita ni best actually, cute dan terlalulah slow burn-nya sementara nak sampai ke watak utamanya. Banyak info tentang perubatan & I enjoy baca benda macam tu buat tambah ilmu sikit. Bonding antara Syazreen dengan housemate dia pun I lurvee. Cumanya banyak sangat watak yang ada sampaikan I pun macam 'ehh jap dia ni siapa ehh, yang mana satu?ada ke watak dia tadi ni?'. Pastu ada satu scenes yang buatkan I marah gila sebab melanggar boundary, tak kiralah awak tu kawan baik saya pun, awak tak ada hak nak buat macam tu. Benda bila dah kata rahsia & tuan punya badan sendiri dah declare benda tu dah lama terkubur jangan memandai nak bukak cerita kononya takut buat keputusan yang salah. Teruk benor postivitity tu rasa nak marah. ohh, ada jugak yang saya agak pening bila baca sebab tak sure sekarang POV siapa sebenarnya sebab dah bercampur.
walaupun cerita ni best tapi saya agak rasa uncomfortable yang bukan level biasa dan turn off bila baca. The writing styles and even the conversation, sentences too similar dengan Hlovate and I tak boleh nak brush it off. And I can even pinpoint scenes mana yang sama dengan Hlovate punya cerita, dejavu sangat. Sayanglah, sebab saya enjoy baca cerita ni tapi personally sangat terganggu dengan what i feel when I read the book. Saya harap lepas ni penulis ada identiti sendiri yang boleh buatkan pembaca regonize penulis punya gaya penulisan tersendiri.
As someone whose name also Syaz and love tulips, i feel represented!!! Tapi aku bukan Dr la.. Lol🤣
Memang banyak medical jargon ya, lama betul nak tunggu deme jumpa balik, i wish we had more sweets moments between DO dgn Syaz sbb aku tak puas.. mcm takkan tu je..🥲 btw vibe buku dia reminds me about Jemari Seni book
Cuma my main gripe is i wish at least author make it clear whose POV kita tgh baca skrg, sbb certain chapter yang POV bercampur sampai aku confuse kita ada dlm kepala siapa skrg ni😵
Kenapa lepas habis baca cerita ni ada perasaan nak reread Aa+Bb eh?haha..rindu kot.Anyway sedap sangat kisah ni.manis semua cukup rasa.Banyak medical term dalam ni yang aku belajar. 1 benda yang aku tabik dengan karektor shaz dan DO ni time depa redha dengan pilihan family.sangat rileks okay. Kuddos to Author utk naskah yang sangat terbaik nih!
Habis baca Tulip pada 27/6/2023 dengan gelak yg masih x habis + face palm 🤣terhibur terok !
Asalnya Tulip memang ada dalam list to-buy ku masa PBAKL 2023, tapi lps meredah lautan manusia sambil cari kt booth fajar pakeer...Tulip habis! TQ author real-life houseman sudi bagi kita copy of novel ni 😍 Novel Tulip ni stand-alone, tp sangat la berkait rapat dengan Fight n Fly (her 1st book) sebab.... Ini adalah kisah cinta abang Dania bernama DO & kakak Haraz, Syazreen feat. their whole family & friends! Family yg sempoi + kelakar & member masing² pun masuk air 🤣🤣 sbbtu aku dengan sukanya sambung FNF (alang² deme tgh main pingpong mencarut nama ubat)
Enough.. now back to 🌷🌷🌷!
Setting dia Syazreen & the girls yg tengah final year tunggu posting housemanship, sama mcm DO & the boys. Jumpa 1st time sbb teman bff dating (moment ni sumpah lawak!) Dua orang ni sama je la mcm adik² dia, diam² jatuh hati tapi in denial sampai ke sudah sampailah best friend lelaki yg dia dah lama minat datang balik nak bercinta dgn dia plk, tp dia dah....move on tp nangis juga (he made her cry again ! 😑🤦🏻♀️).
There comes DO (bro i love your name! xde kena mengena dengan DO Kyungsoo heheh), jejaka yg handsome, spontaneous,and masih xdpt lupakan Mawar dia dari 1st meeting 7 tahun lps 😳 Dah jd tunang, tp x kenal tunang sendiri, jumpa Syazreen balik masa pergi bercuti (kebetulan eh?😏), and the rest is.... korang kena baca! Betul 6° of separation budak 2 orang ni..
Now that he knew his Mawar is sooooo close to.him but she's too stupor to be in love 😂
Stupor: hampir xsedarkan diri/ pengsan/ blur katak / kebingungan. Syazreen terlalu blur utk cerna dia dah jatuh cinta atau cakap pasal hal ehwal bercinta 😅😂😍
Ohh..sebelum lupa, ada sesiapa pernah baca Paresthesia? Tina pun ada kat sini, salah seorang bestie Syazreen & one of 3 flowers 🤣✌🏻
Friendship - college - love - vibe punya cerita Tulip : SIL started dengan kisah life Syazreen dgn DO masa zaman kolej. Sorang buat medic, sorang lagi dentistry. Masa ni, takde byk sgt pun momen Syaz-DO sebab Syaz is really not into relationship kinda of thing. Tapi kisah masa kolej diaorang ni I loikeeee sebab masa ni banyak advices.
-Kau terlupa nak ambil kira rezeki yang Dia masih pinjamkan dekat kau, sebab kau dah dibutakan dengan benda kecil yg Dia tarik daripada kau
-What has been done cannot be undone
-Don't ever disregard what you've achieved before even though you have to start anew from zero - fav
-Kita hanya akan tahu ke mana arah tujuan kita bila kita ada destinasi yang nak dituju
When you think God is giving you a bad test, please know that others have it worst. Part Warda cerita dekat Syaz n Tina what actually happened to her made me cry hard 😭 everyone has their own problems that they hide cuz they don't want to burden others. Just. Literally. Everyone. There's always a sad story behind a smile. I wanna rant more on this scene sebab scene ni tiba2 n bammmmm, I CRIED! 😭 i wasn't ready for that. Huhuhu
N Syaz n DO terjumpa balik after years tanpa sedar siapa diri masing-masing yg sebenarnya 😂 Diaorang punya conv. masa ni, kita rasa macam meaningful sgt. Bincang pasal braces n mental heath in medical n Islamic punya view. Kita baca sambil sengih kut. Padahal bukan scene sweet pun🤣 entahlah aku ni
And I was screaming menantikan saat-saat bilaaaaaa deme dua ni nak tahu psl diri masing-masing ni haaaa?
Apapun, cite ni best. Walaupun byk juga medical explanation that I will never understand, kita still enjoy baca Tulip: SIL🎉
✨Tulip:Stuporous in Love by Nadrinaline Rush✨ Stupor:a state of near-unconsciousness or insensibility. . I actually bought this book for its beautiful cover and title but ended up falling in love with the plot and characters.My review might not do this book justice but I'm still going to rant why I liked TSIL anyhow!
Cerita TSIL tentang dua pelajar perubatan,Syaz dan DO yang bertemu semula di Holland dan perjalanan mereka untuk menjadi doktor.Jalan cerita tak berat dan lebih fokus pada kisah struggle mereka masa belajar dengan diselitkan sikit pasal kisah crush Syaz-Adam dan DO-Syaz.
Walaupun cerita simple dan predictable tapi beberapa benda yang penulis masukkan seperti isu kesihatan mental, tema persahabatan dan trip mereka di Holland buatkan jalan cerita jadi menarik.Banyak contoh kes medikal yang ada dan boleh bayangkan macam mana kehidupan HO kat hospital sebab memang nampak real sangat bila baca.Thanks to the footnotes at the bottom of the page,it help me to understand each medical terms simply.
𝐈𝐬 𝐢𝐭 𝐭𝐫𝐮𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐬𝐢𝐱 𝐝𝐞𝐠𝐫𝐞𝐞𝐬 𝐚𝐩𝐚𝐫𝐭? Syaz-DO are two strangers who will keep walking on different paths if not for their having mutual friends and contacts.Mereka cuma pernah jumpa sekali sebelum bertemu di Holland semula selepas lima tahun tapi mereka ada banyak kenalan yang sama.Terlalu banyak kebetulan antara mereka dan ini yang TSIL cuba sampaikan kepada pembaca.Kalau dah jodoh,pusing mana pun jumpa balik.
Saya suka sangat dengan watak Syaz-DO sebab karakter mereka yang matang daripada cara berfikir, pembawakan diri dan interaksi mereka dengan kawan-kawan.Both had their faults but I adored how eerily similar their personalities were.When they talk it can occasionally be deep yet it full of jokes and funny remarks.
TSIL guna dual pov-Syaz dan DO jadi pembaca dapat memahami kedua watak dengan lebih dalam. Baca pov DO akan buat korang rasa yang doktor gigi ni hero terpaling sesuai dibuat calon suami.DO ni green flag tapi tu lah bak kata Syaz cepat merajuk.The only thing I'm complaining about is that different pov appeared in the same chapter and confused me.It is better to write it separately.
The best thing for me while reading is how relatable this book to me; the struggle and memories during undergraduate days.Walaupun tak tahu berapa banyak kali menangis sebab tertekan waktu belajar dulu tapi kawan-kawan sebenarnya banyak main peranan untuk bantu kurangkan tekanan sama macam apa yang penulis tulis dalam TSIL.
P/s:Lepas tu kan nak cakap yang bila baca cara penulis tulis kisah Syaz dan kawan-kawan HO yang lain struggle teruk dalam TSIL, dapat rasa yang cik penulis macam luahkan semua perasaan yang dia simpan masa belajar. I can really feel how she is feeling in that moment and I wanted to really thank her for that since it touched me. 😘😘😘
Novel ni okay je, penulisan yg baik, sgt byk menggunakan bahasa medic. Dia mcm ala2 drama tauuu! Sngat berbeza dgn novel melayu yg I pernah baca.
Kisah dari Syaz and DO ni study smpai la dh jdi bekerja di hospital. Perjalanan hidup diarang, and seronok jugak baca scene dlm hospital and yg part sesi menyelamat kat hospitak tu! Terus teringat kdrama Dr. Romantic.
Cuma I wish dpt baca lagi scene romantic antara Syaz and DO. Buku ni mcm 80% on friendship & kerja sbg doc and 20% on romance story. Bg I, rsa chemistry main character mcm kurang.