Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
“Tiga mentari. Tiga purnama. Seratus bintang. Seribu kegelapan. Toh Rimpun Alam terimalah korbanan ini. Yang terzahir. Yang terselindung. Yang maha kuasa. Toh Rimpun Alam bangkitlah daripada tidurmu. Kami di hujung menjulang takhtamu.”

Terpinga-pinga Detektif Hawa dan Chaira mendengar terjemahan Ezani itu. “Itukah maksud ayat-ayat yang membentuk lingkaran itu?” tanya Detektif Hawa.

“Lebih kurang begitu,” jawab Ezani dengan wajah berkerut. “Cuma bahagian yang mengaktifkan mantera ini aku langkau. A little bit of change in context.”

“Toh Rimpun Alam?” tanya Chaira pula.

“Bapa laut. Ketua kepada segala hyang. Dewa. Kepercayaan Melayu sebelum Islam bertapak. Apa yang jelas, ia bukan syaitan yang kita buru sekarang. Ini lebih purba… arkaik.”

“Lebih purba, maksudnya?” tanya Chaira lagi.

“Kita tahu yang usia menentukan kekuasaan. Jika Sang Ghaib berusia ribuan tahun, maka Toh Rimpun Alam yang dimaksudkan ini jauh lebih purba.”

* * *

Tahun 2311

Samudera Mega menenggelamkan bumi. Memisahkan manusia ke dalam dua golongan; penghuni kota langit dan penghuni puing. Tika kekayaan merajai penghuni kota langit, penghuni puing pula bertunjangkan ketakutan kepada para dewa untuk meneruskan kehidupan.

Ezani dan Chaira, dua orang kasyaf berhasrat untuk menamatkan manipulasi entiti ghaib ke atas manusia.

Kebangkitan Toh Rimpun Alam membuka suatu dimensi kebenaran yang sekian lama dinafikan oleh Ezani.

Batara Guru. Kelahiran semulanya menuntut beberapa perkara.

Mampukah Ezani mendepani hakikat masa silamnya yang pekat gelap?

152 pages, Paperback

First published March 14, 2023

5 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (16%)
4 stars
25 (42%)
3 stars
24 (40%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
608 reviews427 followers
June 6, 2023
"Malangnya hakikat manusia yang tertindas dan disisih membuatkan mereka jauh terperosok ke dalam lohong kesesatan. Ia ditambah pula dengan suatu hakikat di mana ajaran-ajaran sesat ini dipelopori oleh konglomerat-konglomerat yang diketuai oleh bilionair yang mengenakan topeng agama demi melindungi kejahatan mereka itu."


Permulaan kepada siri baru Kronikel Dewata, Batara Guru merupakan kisah aksi paranormal fantasi- berlatar belakangkan Kuala Lumpur yang sudah musnah dan hancur, dan dunia dipisahkan kepada Dunia Langit dan Dunia Darat. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan dewa-dewa lama, ia menjadi titik permulaan yang menarik kepada sebuah dunia fantasi yang mengerikan dan akan mencabar kepercayaan seseorang jikalau tidak teguh pegangannya kepada agama.

Personal Ratings : 3.75🌟

Aku rasa agak tertarik novella ini kerana ia telah dipecahkan kepada beberapa buku baru dan aku kira ending kepada buku pertama ini telah meninggalkan pembaca dengan tanda tanya dan rasa berkobar untuk lebih tahu apa yang telah terjadi. Adakah perkara yang berlaku semua ini betul-betul terjadi atau ia hanya permainan penulis dengan mengaburi pembaca dengan perspektif dan angle yang berbeza terhadap penceritannya.

Aku kira dari segi Gaya Penulisan dan Transisi daripada satu babak cerita ke babak cerita lain ; ada sedikit rasa carca merba yang bakal menimbulkan confusion kepada pembaca, namun ia bukanlah suatu masalah yang besar dan tidak menghalang enjoyment untuk menghabiskan buku ini. Buku ini aku kira sangat fast-paced dan bahasanya tidak terlalu susah untuk difahami, dan novela ini boleh dihabiskan sekali harung dalam one seating .

World-building cerita ini agak menarik kerana ia mengambil scene dunia kita sekarang tetapi yang sudah dibahagikan kepada dua dunia yang berbeza. Tambahan juga dengan watak utama cerita yang sangat berpegang teguh kepada agama - ia memberi perspektif dan pengajaran yang agak straightforward ; iaitu, orang yang baik dugannya banyak tetapi jikalau kepercayaan kepada Ilahi itu kuat, nescaya akan ada jalan penyelesaiannya. Aku rasa flow cerita senang untuk dibaca dan rasa kagum kerana penulis berjaya memasukkan unsur-unsur dewa purba yang wujud ke dalam cerita ini.

For a novel with less than 200 pages, it has managed to exceed my expectations. Paired with the beautiful cover, it did great as the first book in the series. I do think that the author can explain a bit more on what has happened to some things , but that may be explored in the later books in the series.

Kepada anda yang suka kepada animasi Jujutsu Kaisen dengan tambahan unsur pahlawan Islam, buku ini adalah buku terbaik untuk anda. Definitely an intriguing read and I can't wait to read the rest of the series .

Terima kasih kepada pihak Penerbit X dan PTS Media untuk naskhah buku ini!
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 5, 2023
Sebuah distopia: bah besar menenggelami bumi. Manusia terpisah kepada dua golongan: penghuni kota langit dan penghuni puing. Yang di langit selesa dimodenkan teknologi, yang di bumi melarat dihempas ombak setiap hari.

Batara Guru adalah fantasi gelap + Islamik + misteri + fiksyen sains dalam satu naskhah!

Jauh sebelum segalanya bermula: ada sebuah entiti purba yang sangat berkuasa. Lebih menggerunkan dari Iblis dan Syaitan. Berjuta-juta tahun terlena, ia bangun dari tidur yang panjang untuk menghancurkan dunia.

Cerita lebih bertumpu kepada pergerakan plot (dan agak berterabur sebenarnya) berbanding perkembangan watak mahupun pembinaan dunia. Selepas separuh novel, saya jadi “semput”. Batara Guru penuh aksi-aksi menentang dewa, iblis dan syaitan; sekejap-sekejap lawan. Selang beberapa mukasurat bergocoh lagi.

Kalau sayalah Ezani dalam cerita ni, memang haru biru betul hidup ya. Hidup kena berwaspada setiap saat; ada sahaja bahaya mengintip dari segenap sisi.

Satu karya yang buat kita banyak fikir sekaligus mengundang pelbagai pertanyaan. Kesudahannya kompleks dan tergantung (jadi saya fikir, sama seperti siri Kru Paranormal; Penerbit-X dan Lokman Hakim sengaja begitu dan jawapannya akan muncul di sekuel-sekuel seterusnya, huh)

Tetapi saya hal yang saya tabik, Lokman sangat berani bereksperimen dengan idea-idea “what if” yang sangat gila! (Lokman memang dari dulu lagi macam tu).

Saya suka idea sebuah kultus yang berselindung atas nama agama; tetapi hakikatnya merekalah penyembah Syaitan terbesar. Menuduh orang lain sebagai pentaksub Dajjal, sebaliknya mereka sendirilah golongan yang benar-benar tersesat.

Batara Guru mengajar kita untuk berpegang teduh pada tali Aqidah. Kita sendiri pun tahu, menuju pengakhiran zaman: garis antara Haq & Batil semakin kabur. Banyak dugaan dan ancaman yang mengelirukan. Khurafat dan syirik berleluasa dalam keadaan kita sendiri tidak menyedarinya.

Seperti Ezani; yang dalam apa jua hal: senang apatah lagi susah; lidahnya sentiasa basah dengan kalimat Allah.

Batara Guru mungkin menceritakan peperangan fizikal. Darah berhamburan, korban bergelimpangan. Ia realiti yang asing pada pengalaman harian kita (kerana Malaysia bukan negare bergolak, Alhamdulillah).

Namun, setiap Muslim tahu tahu bahawa di hujung usia dunia nanti, sebelum kita pulang ke negeri Abadi, ada satu perang maha dahsyat menanti.

Mungkin kita sempat melalui “the Great Battle” itu, mungkin juga generasi selepas kematian kita yang melaluinya.

Apa yang pasti. Kita perlu sentiasa bersedia dan bersiap siaga. Kerana peperangan yang lebih besar, adalah memerangi diri sendiri. To hold on to your Faith. Akhir zaman adalah zaman penuh pancaroba.

Hanya yang berpegang teguh pada taliNya akan kekal dipandu ke jalan yang Benar.

Anyway, tak sabar nak baca sekuel Batara Guru. Tolong cepat-cepat terbitkan ya.

Banyak persoalan perlu dijawab ni, ahaha.

#kronikeldewatabataraguru #malaysiamembaca #islamicfantasy
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
June 12, 2023
Rate: 3.5⭐️

Buku pertama from Penerbit X yang aku try baca dan juga author ni. Buku ni nipis je so sekejap je habis baca.
Overall, buku ni menceritakan penyiasatan, misteri, melibatkan paranormal dan ada elemen Sci-fi.

Buku ni mengingatkan aku pada Serunai Maut, karya Kak Leena Syiha. Sebab melibatkan penyiasatan yang lebih kurg sama, cumanya berbeza la kalau ikutkan watak2 yang ada dan plotnya. Buku ni secara keseluruhan, ideanya menarik dan jalan ceritanya pun ok. Cumanya, bila ada babak imbas kembali, sedikit mengelirukan untuk orang macam aku ni. Hahahah. 😂 Sikit2 aku selak ke belakang lepas tu selak muka depan balik, ha macam tulah sepanjang aku baca cerita ni. Sebab aku confuse dgn timeline dia. 😅 Untuk watak pulak, aku masih lagi tak tahu banyak, contoh latar belakang Chaira, tapi mungkin sebab buku ni secara bersiri, jadi kita akan tau sedikit demi sedikit 🤔

Btw, buku keduanya dah keluar, cuma aku belum baca lagi. Maybe, kat situ akan terjawab lebih banyak benda 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 16, 2023
Kisah Ezani, pemilik kedai buku, penerbitan buku dan dalam masa yang sama turut bekerja dalam membasmi kejahatan yang melibatkan spiritual.

Bila baca sahaja muka pertama, saya boleh agak kisah ini latar belakangnya distopian bercampur horror.

Pertama kali saya baca buku yang menggabungkan distopian + horror jadi fokus ceritanya haruslah selari dengan plot dan mesej yang cuba disampaikan penulis.

Tapi, saya sangat terganggu dengan setiap babak, kejadian yang terjadi kepada Ezani. Terlalu banyak yang berlaku, dari satu peristiwa ke pristiwa yang lain tanpa penjelasan yang baik. Penulis melompat dari satu babak ke babak yang lain dengan tidak memfokuskan keadaan sekeliling Ezani, lebih kepada Ezani yang tidak akan putus asa, Ezani seorang yang akan mencari jalan etc. Saya jadi sangat terganggu disebabkan ini dan saya tak nampak penerangan yang jelas dengan serangan demi serangan yang terjadi kepada Ezani.

Saya kira ianya plot hole yang penulis terlepas pandang. Perkenalan watak-watak antagonis di dalam cerita ini juga tidak begitu baik sehingga saya lupa siapa yang ada di dalam Tuan Rose, siapa yang Toh Rimpun Alam begitu juga sebaliknya.

Pengakhiran buku ini, membuatkan saya lebih keliru. Tiada penjelasan dan backstory yang baik bagi plot cerita ini. Saya jadi macam, eh so Ezani ni kenapa? Apa yang aku terlepas baca ni?

Sepanjang pembacaan, saya boleh katakan saya pembaca yang keliru haha.

Banyak yang perlu ditambah baik, penulis perlu latih diri untuk "show" berbanding "tell".

Saya bagi 3 ⭐
Profile Image for azry.
46 reviews38 followers
April 1, 2023
Cerita ini mengisahkan “Dewa” lama, yang dikatakan lebih hebat daripada iblis dan syaitan telah bangkit daripada lena yang panjang untuk membinasakan segenap manusia.

Jalan cerita yang membina dipenuhi dengan aksi-aksi menentang dewa, iblis dan syaitan, plot yang tidak terlalu berat, turut dilengkapi dengan unsur-unsur dan kesenian Islam, dan diakhiri dengan plot twist yang tidak dapat dijangkakan.

Pertama sekali, pembinaan dunia (world building) dalam kisah ini amatlah memukau. Cuba bayangkan bandar Kuala Lumpur terpisah dua, satu di langit, satu di bawah langit, yakni betul2 atas laut (kerana dunia telah dilanda bah/ banjir yang sangat dahsyat).

Jikalau mahu ke atas/ turun dari langit, pembaca akan naik sejenis lif moden, dan dijaga oleh siborg. Ala, yang macam Terminator tu. Sangat cool, bukan? Tapi tak cool kalau tiada duit untuk menaiki lif tersebut. (kena baca sendiri kenapa 🤐)

Untuk watak, kita diperkenalkan dengan dua watak utama yang akan mempengaruhi keseluruhan siri buku (penulis menyatakan ada sejumlah 12 buku), tetapi masih samar-samar dengan karakteristik mereka berdua untuk buku pertama ini.

Beberapa persoalan yang timbul; berapakah umur Ezani dan Chaira sebenarnya? Dalam Bab 5 dikatakan Ezani berumur 7 tahun, maka mengikut kiraan, umur Ezani pada tahun 2311 ialah 30 tahun. Umur 30 bersuarakan seperti seorang remaja yang menentang kejahatan? Boleh jadi.

Kedua, Ezani dan Chaira sebenarnya buat apa? Sudah bekerja? Bekerja mengubat orang? Tapi mereka bukanlah ustaz dan ustazah. Detektif persendirian mungkin? Agak keliru juga disini. Penulis cuma menyatakan Ezani dan Chaira ialah dua orang kasyaf.

Pembinaan watak (character development) agak kurang dalam cerita ini. Kerana fokus utama buku ini terletak pada makhluk halus serta dewa yang berkuasa. Dewa yang mahu bangkit daripada tidur.

Serta banyak lagi persoalan, tetapi mungkin ini buku pertama, maka sengaja penulis menimbulkan banyak tanda tanya.

Yang pasti, buku ini sarat dengan unsur dan keberadaan Islam, aksi-aksi yang amat gentar dan menyeramkan, dari kulit hadapan hingga ke kulit belakang.

Meletakkan harapan yang tinggi untuk buku seterusnya!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 18, 2024
Pergh!! Lain macam perjalanan cerita dia.. Tak disangka betul.. Tapi tu lah.. Bersambung pula..
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
April 4, 2023
Semua orang kenal Lokman Hakim (LH) sebagai seorang penulis yang prolifik. Novel yang ditulisnya berbelas (berpuluh?). Dan satu benda yang aku suka tentang LH dan keprolifikannya adalah, setiap idea novelnya, lain daripada yang lain dan LH tak takut untuk berksperimen.

Setiap kali LH akan terbitkan buku baru, aku mesti tak sabar nak tahu premis novel tersebut. Sebab aku tahu, idea-idea LH takkan menghampakan dan siri Kronikel Dewata: Batara Guru (BG) ini tak terkecuali!

Kau bayangkan tentang makhluk-makhluk purba yang berebut nak menguasai dunia. Tetapi sebelum dapat nak kuasai dunia, mereka perlu berhadapan dengan Ezani yang boleh kata The Chosen One.

Asalnya, Ezani diperkenalkan sebagai orang biasa yang dibuku deria keenamnya (dia boleh nampak hantu!) tapi as the story progress, kita makin kenal dengan Ezani ni dan dia bukanlah manusia biasa.

Buku ni ada magic system yang unik (dan aku rasa akan diperkembangkan lagi dalam buku-buku yang seterusnya). Ada orang yang boleh guna mantera, dan satu lagi yang unik adalah penggunaan doa sebagai "magic system". Ezani bukanlah gunakan doa untuk buat sesuatu yang tiada kepada ada, tetapi nak kata LH ni bijak sebab dia buktikan bahawa doa itu dan pengharapan kepada Tuhan Yang Esa tu adalah yang terbaik daripada pengharapan kepada magic system yang ada. Dia cam, bagi tamparan kepada aku yang menulis cerita fantasilah. Ciptalah magic system macam mana sekali pun, Tuhan lah yang akan paling berkuasa.

Latar tempat dan masa dalam BG ni pada masa hadapan. Perubahan iklim dah makin teruk. Banjir selalu melanda, sampaikan manusia mengasimilasikan dengan keadaan alam semula jadi yang sakit dengan membina kota di langit (untuk yang mampu). Tetapi mereka yang tak mampu, terpaksalah tinggal di bawah, menghadapi banjir setiap kali ia melanda.

Fiksyen iklim (climate fiction) macam ni patut diperbanyakkan lagi penulisannya oleh penulis sebab itulah realiti yang kita lalui sekarang. Bumi makin tenat. Dan latar dalam BG ini secara tak langsung mengkritik sifar haloba manusia terhadap iklim tu sendiri.

Sebagai buku pertama dalam siri Kronikel Dewata, aku boleh katakan BG ni satu pemula yang mantap. Pace nya laju, banyak persoalan ditimbulkan dan dijawab, tetapi makin banyak persoalan yang terjawab bermakna banyak lagi soalan baru yang tercipta.

So kau akan intrigued untuk baca seterusnya apa yang akan berlaku. Penulisan LH pun kemas, dan dialognya tak kekok. Overall aku puas baca BG!

Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
December 8, 2023
Di dunia yang manusia dipisahkan oleh kedudukan di langit dan bumi, Ezani dan Chaira dua manusia istimewa sedang berusaha membanteras kumpulan ajaran sesat yang berleluasa.

Banyak betul persoalan yang tinggal seusai membaca naskah yang pertama ini. Walaupun baru berada di permulaan namun sudah banyak tanda tanya yang ditinggalkan tergantung. Perwatakan Ezani dan Chaira sendiri masih banyak yang boleh dipersoalkan.

Walaupun naskah ini agak nipis namun penuh dengan babak pertempuran dan pertarungan. Terutamanya untuk Ezani. Seolah-olah hidupnya tidak pernah aman. Sentiasa perlu berwaspada. Tiada masa untuk lengah walau seketika.

Di masa menuju akhir zaman ini yang penuh godaan, SH sangat sukakan watak seperti Ezani. Walaupun ada kekurangannya namun sentiasa cuba mengukuhkan kebergantungannya kepada Allah. Lidah sentiasa basah dengan zikir.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
August 29, 2024
Batara Guru merupakan permulaan bagi siri Kronikel Dewata. Berkisah tentang Ezani dan Chaira yang punya kelebihan sebagai kasyaf menentang entiti ghaib. Tetapi untuk buku ini, ianya lebih kepada watak Ezani. Plotnya bergerak tidak tetap, banyak juga babak imbas kembali, memang pening sedikit bagi aku untuk tangkap semula. Apa-apa pun aku agak kesian dengan Ezani sebab asyik kena berlawan je, penat lelah tak habis sampai kesudah. Menuju ke penghujung, aku macam "Eh, what!?", sedikit terkejut dengan plot twist oleh penulis. Seperti biasa, banyak persoalan belum terjawab.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
April 3, 2023
"Perseteruan dengan iblis bermaksud mendepani rentetan tipu daya yang dahsyat."

Sebuah kisah masa hadapan di mana dunia mengalami perubahan ketara setelah dilanda bah besar. Dunia sudah tidak lagi seperti sekarang, terbahagi kepada dua bahagian. Kota Langit untuk golongan kayangan, manakala rakyat marhean merempat di Kota Lama.

Ezani mewarisi keupayaan misteri yang membolehkan dia melihat apa yang manusia lain tidak dapat lihat. Hijabnya dibuka. Toh Rimbun Alam, makluk purba yang memburu dan mencabut nyawa orang-orang yang beriman. Kota Lama semakin kucar kacir. Tragedi pembunuhan beramai-ramai di Puing Kampung Baru itu amat mengerikan.

Novel pertama dalam siri Kronikel Dewata ini buatkan aku berdebar ketika membacanya. Ceritanya bergerak pantas, watak-watak muncul satu demi satu dengan pelbagai persoalan. Apa sebenarnya punca pertelingkahan dan mengapa Ezani yang mereka cari. Siapa dalang kejahatan yang bermaharajalela di Kota Lama. Mengapa begitu ramai yang menjadi mangsa.

Permulaan kisah ini dibina dengan cantik kerana sebaik saja membacanya, aku tenggelam ke dunia fantasi ciptaan ini.

Menariknya, gabungan elemen-elemen yang berbeza seperti konflik taraf hidup, isu kekeluargaan dan keagamaan dijalin dengan kemas tanpa membuat ceritanya rasa janggal. Setiap elemen itu diadun dengan baik, sesuai dengan situasi dan peranannya.

Batara Guru adalah pembuka kepada siri Kronikel Dewata. Permulaan sebuah pengembaraan ke alam mistik dan futuristik. Bukunya tidak tebal, penggunaan bahasa yang lunak dan boleh dibaca dalam masa yang singkat.

Buku pertama berakhir dengan cliff hanger yang membuatkan aku tak sabar menanti sambungan seterusnya. Apa sebenarnya yang terjadi kepada Ezani?

"Meskipun ramai keluarga yang tidak berkemampuan di puing ini, ia tidak membataskan mereka daripada menikmati apa yang mereka lalui, yakni kehidupan.Kebahagian tidak terletak pada kekuasaan dan harta."
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
March 30, 2023
Buku ini mempunyai 145 muka surat, cukup nipis tapi penuh dengan adegan aksi dan seram penuh misteri. Jalan cerita buku ini berbentuk fast paced yang disulam dengan kisah silam watak utama iaitu Ezani. Segala-galanya terasa bagai di di alam mimpi dan diluar kawalan, entah terjadi atau tidak semenjak Ezani dan Chaira melawat kawasan kes genosid.

Ini juga kali pertama saya membaca karya penulis, dan saya perlu masa untuk menyesuaikan pace bacaan saya kerana bagi saya buku ini bergerak laju, kekadang sukar dan terasa lost track dimana keberadaan saya sekarang. Dunia yang sudah sedia porak peranda tambah membingungkan dengan watak-watak yang tiba-tiba mati dan hidup semula (telah dijawab di akhir cerita).

Zaman yang penuh dengan pelbagai kesusahan dan jerat hidup menjadikan perjalanan seorang kasyaf Ezani bertambah rumit, namun keyakinan kepada Allah SWT tidak pernah luntur meskipun diuji dengan pelbagai dugaan yang menyesakkan. Ini sedikit sebanyak memberi pengharapan kepada Ezani yang entah tidak akan bernasib baik di akhir cerita ini nanti (nak tahu kenalah baca 🤭).

Penulis berjaya mencorak satu dunia yang kacau dan bertambah dahsyat ujiannya dengan kewujudan entiti gelap. Namun ada rasa sedih dan kecewa kerana beberapa golongan manusia akan buat apa saja untuk keluar dari lembah kesusahan meskipun melanggar Akidah, nauzubillah min zalik, semoga kita yang muslim ini dijauhkan dari perbuatan tersebut.

Satu karya yang mengundang pelbagai pertanyaan dan mengajak kita untuk berfikir, meski kesudahannya agak kompleks dan tergantung tapi perasaan ingin tahu telah pun membuak dengan jayanya. Hati saya sudah tidak sabar untuk membaca karya seterusnya.

Buku ini sesuai dibaca di waktu santai, cuma ada beberapa adegan darah yang membuatkan buku ini hanya sesuai untuk pembaca matang.

Terima kasih Penerbit X kerana memberikan buku ini.
Profile Image for Adibah Atiqa (persephtiyareads).
197 reviews203 followers
September 29, 2023
“Kena ingat bahawa dalam dunia ini, bukan kita sahaja yang ada. Tapi ada makhluk lain yang kita kena lihat betul-betul. Lihat dengan hati.”

🗡 Batara Guru: Kronikel Dewata I membawa kita ke tahun 2311 dimana bah yang dahsyat, Samudera Mega menenggelamkan kawasan rendah bumi. Manusia sama ada menjadi penghuni kota langit (yang dapat hidup selesa tanpa kerisauan peningkatan paras air) atau penghuni puing (yang bersedia dengan rumah apung serta sauh).

“Mereka yang berada di bawah disuguhkan dengan idea-idea pembebasan daripada derita. Menjadi alat para penguasa kota langit supaya melakukan kerja-kerja kotor demi mengekalkan kuasa.”

🗡 Aku sangat suka buku ini mengetengahkan ‘insight’ dimana naluri manusia ingin berpegang kepada sesuatu kepercayaan yang lebih besar daripada diri mereka. Dan dalam huru-hara, pasti ada yang mengambil kesempatan dan mewujudkan kultus (cult) untuk memenuhi kepentingan sendiri.

“Iblis senantiasa menanamkan keraguan di dalam hati manusia. Keraguan adalah senjata yang merapuhkan perjuangan mereka yang berpegang pada tali Allah SWT.”

🗡 Kita mengikuti kisah Ezani dah Chaira, dua orang kasyaf yang juga merupakan penyiasat alam ghaib. Mereka dipanggil jika terdapat kes paranormal di luar kemampuan pihak authoriti untuk menyelesaikannya. Satu per satu misteri terungkai sepanjang mencari jawapan entiti yang tidak peduli nilai nyawa manusia. Dan antara mereka berdua, apakah rahsia silam akan meretakkan kepercayaan antara satu sama lain?

“Kegelapan ini suatu kejahatan atau kebaikan?”
“Kegelapan melangkaui lebih daripada itu.”

🗡 Batara Guru: Kronikel Dewata I merupakan introduksi yang agak kukuh untuk siri ini. Cumanya transisi antara dua garis masa boleh diperbaiki tetapi ‘overall’, sebuah konsep yang sangat menarik dan aku nak tahu lebih lagi mengenai Ezani sertai Chaira. Dengar kata ada 12 lagi buku kesuluruhannya 👀✨(jadi, aku mengharapkan ‘in further story for character’s growth’)

🗡 ‘World building’ yang berlatarbelakangkan dunia distopia ini diperkenalkan dengan baik kerana dapat memberi gambaran ‘believable future scenario’ serta berkait rapat dengan perjalanan karakter. Aku juga sangat menghargai setiap ‘social commentary’ dunia ini.

🔖 Jika korang dah terbiasa dengan fiksyen media seperti Shadowhunters yang berkonsepkan ‘demon-hunting’ tetapi ‘make it Islamic version’, korang patut ‘consider to pick this up!!’

Terima kasih @penerbitx untuk pemberian naskhah ini 💘
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
October 9, 2023
Melangkah masuk ke dalam penceritaan ni terus membuatkan perasaan ingin tahu membuak buak sangat. Apa sebenarnya yang terjadi ni? Kenapa mereka diserang? Siapa Toh Rimpun Alam yang membunuh orang orang beriman ni. Bab 1 sudahpun memberikan terlalu banyak persoalan bermain difikiran. Saya suka dengan banyak persoalan yang bertubi tubi ni sebab ia membuatkan cerita ni lebih menarik dan sedikit pun tidak boleh kita leka.

"Perkataan 'bernyawa' dan 'entiti' itu tidak tepat untuk menggambarkan Kegelapan. Ia sesuatu yang...lain."

Berlaku pada tahun kedepan iaitu tahun 2311 dimana manusia telah dipisahkan kepada 2 golongan iaitu penguni kota langit dan penghuni puing. Yang mana penghuni puing hidup dalam ketakutan dan beraja kan para dewa. Nak turun ke puing ni ada lif spesial yang di jaga oleh siborg dan ada askar Dzolem berlegar di puing dan mereka harus membayar upah. Sejujurnya untuk membayangkan hidup dipuing sangat menakutkan. Manakala di kota langit merajai kekayaan dan mempunyai pacuan kendera apung. Tapi disinilah kita dapat melihat, ada yang mereka sanggup buat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan walaupun melanggar akidah mereka.

Ezani dan Chaira ini mempunyai misi dan hasrat yang besar untuk menamatkan segala manipulasi entiti ghaib yang berlaku pada umat manusia. Mereka berdua merupakan kasyaf yang mana mereka boleh melihat sesuatu yang orang lain tidak boleh. Perjalanan yang penuh onak dan duri serta sangat rumit buat Ezani. Meskipun begitu, Ezani berpegang teguh pada Allah SWT.

Tempo penceritaannya yang cukup cantik. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Mudah diikuti cerita walaupun ada timbul kekeliruan akan tetapi masih mudah dibaca dan ikut penceritaannya. Dengan ada unsur sihir, bangkitnya dewa dewa purba membuatkan jalan ceritanya yang penuh debaran, persoalan, plot cerita yang tidak dijangka langsung. Cukup rencahnya tapi saya perlukan jawapan kepada persoalan seperti apa identiti Ezani sebenarnya. Banyak misteri yang perlu dirungkai. Tak sabar nak sambung siri yang seterusnya!

Terima kasih Penerbit X untuk nashkah buku ini.
Profile Image for Naadhira Zahari.
Author 5 books96 followers
March 30, 2023
BOOK REVIEW

Kronikel Dewata I: Batara Guru by Lokman Hakim is a paranormal thriller set in a dystopian background of Kuala Lumpur. As the first book in a series, it captures more of the world building and back story of the main character as well as paranormal sightings of supernatural creatures throughout the story.

The writing style is pleasant and it’s just giving a tad sastera vibes. The vocabularies used in this book isn’t like the BM novels that I’m used to which is a nice surprise. It’s even more complimentary to be paired with a dystopian setting that I’m a big fan of.

Usually, in the first book, it would be more about introducing the setting including the premise of a story. But this one definitely isn’t like that at all. It immediately went in head first to the important link of the book and continued on from there. It even goes back and forth to the past and present in order to better establish the main character, Ezani.

There are also a lot of twists that you couldn’t expect even right to the very end which makes it an overall interesting read. But at times, it can get too overwhelming as there are simply way too many things going on so you have no choice but to give your entire concentration towards this story.

Frankly, I was never a fond of books or even movies and tv shows about supernatural creatures. Especially if it includes jins and syaitans. But I hoped this book would make me choose my mind somehow. Unfortunately, we just don’t match so I won’t even begin to make myself enjoy something in which I could not make myself like. Although, the Islamic aspect commends well with the supernatural and it shows a better perspective in dealing with the creatures in the right way.

All in all, this was still a very interesting read and one I would still recommend you to try and give it a go. I might not highly recommend it but it’s still worth a read.
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
April 1, 2023
“Tiga Mentari. Tiga purnama. Seratus bintang. Seribu kegelapan. Toh Rimpun Alam terimalah korbanan ini. Yang terzahir. Yang terselindung. Yang maha kuasa. Toh Rimpun Alam bangkitlah daripada tidurmu. Kami di hujung menjulang takhtamu.”
 
This is an epic, yet mystical story of Ezani and Chaira in fighting against the devil and supernatural entity that try to dominate the world of the living and spread evil.
 
Both are gifted with Kasyaf, which is the ability to see the unseen.
 
Set in the distant future of Kuala Lumpur, where the world at that time is in the brink of extinction and destruction yet human beings still making the efforts to survive within the harsh mother nature that no longer can contain civilizations.
 
This chronicle combines the elements of Malay paranormal with the hints of ancient black magic, sci-fi, dystopian, low fantasy and thriller all in one story.
 
I found it impressive and not gonna lie, I immerse myself a little bit too deep within the storyline.
 
The overall reading experience of this book gives me a sense of chill especially when I read it at night.
 
As someone who is not used to this kind of genre, it has successfully escalates my level of fear towards ghosts and the supernatural entity.
 
The image representation within the story is vivid that I can picture it myself in my mind. Which is, amazing for someone like me who lacks imagination haha! Hence the reason why I rarely read fantasy.
 
There are a lot of unanswered questions from my end. As I was told by the publisher, there will be a continuation for this series. I can’t wait to read the next book!
 
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
April 4, 2023
"Terlalu banyak kebejatan yang merosak dunia, tetapi terlalu sedikit hero yang mahu menamatkan petaka ciptaan manusia itu."

Kronikel Dewata: Batara Guru, sebuah novela dalam siri Kronikel Dewata bergenre fiksyen sains/fantasi, mengisahkan dua insan yang mempunyai kelebihan kasyaf iaitu Ezani dan Chaira dalam menghapuskan penguasaan para dewata yang ditakuti penghuni puing seperti mereka. Tanpa Ezani sedari, dirinya juga menjadi buruan kerana sesuatu yang dimilikinya akan mengubah hidup.

Novela ini bermula dengan sejarah ringkas bagaimana terbentuknya dua kelas manusia iaitu penghuni kota langit dan penghuni puing juga sedikit gambaran bagaimana hierarki kuasa di dunia Pasca-Samudera Mega. Penulis nampaknya begitu menitikberatkan binaan dunia berdasarkan mitologi dunia sebenar seperti Toh Rimpun Alam dan Batara Guru, yang secara tak langsung memberi kesan realisme. Tempo penceritaannya yang laju dan sarat babak mengujakan seperti misteri pembunuhan Kultus Tok Baki yang penuh saspens dan pemburuan Ezani dan Chaira oleh kuasa jahat yang penuh aksi menjadi kekuatan novela ini. Cuma kelemahan pada susunan plot yang dirasakan sedikit berterabur kerana terdapat banyak tahun yang boleh mengelirukan sesetengah pembaca. Namun, penulis bijak mengacah pembaca dengan pembongkaran konspirasi sebenar yang lebih dahsyat dan identiti sebenar Ezani yang membuatkan pembaca ingin tahu kisah silamnya dengan lebih mendalam pada penghujung cerita menjadikan kekurangan tadi tidaklah begitu signifikan. Antara perihal yang disentuh ialah kekukuhan iman individu ketika perkara khurafat dan syirik berleluasa dan ketekunan individu dalam mencari jawapan.

Secara keseluruhannya, sebagai seorang pembaca yang telah lama mengikuti karya penulis merasakan novelanya kali ini masih mengekalkan elemen fantasi dan fiksyen sains disulami sebilangan ilmu teologi yang menjadikan pembacaan lebih menarik. Walaupun ada sedikit kekurangan, tetapi Batara Guru dianggap berjaya sebagai pengenalan kepada siri Kronikel Dewata yang dirasakan bakal menyajikan sebuah epik yang sarat aksi dan falsafah pada sekuelnya.

4🌟/5🌟
Profile Image for Harizharz.
23 reviews
June 2, 2024
Batara Guru tells the story of Ezani and Chaira who are on duty as police officers dealing with mystical events that occur in the sky city and the ruins of the old city are framed by heretical cults. The Tok Baki cult is one of the cults that is so famous in any mystical event that occurs. With the privilege of kasyaf owned by Ezani and Chaira, they have the responsibility to unravel all the mysterious events that happen. When the Tok Baki cult is making a mess, a supernatural entity known as Toh Rimpun Alam and Batara Guru appears who adds to the challenges and opposition they have to face.

🔸For me, the genre and combination elements between fantasy, futuristic, dystopia, mystical, paranormal and Islamic in this novel are very interesting to explore. The narration for me is quite fast, compact and with a small number of pages, so I can finish it in a short time.
🔸As an introductory novel to this series, I could see the emergence of various questions at the end of the reading that attracted me to continue the next reading.

- Mysteries about a supernatural entity present?
- The life history of Ezani and Chaira, how can they be involved in all this?

🔸Seriously, I can't predict for the ending and how they are going to complete their mission. The reason is that the powers and abilities possessed by these supernatural entities are beyond the limits for normal humans to deal with. Fortunately, Ezani and Chaira are not ordinary.
🔸What I can say is that it is a unique read but due to the shortness of the novel, it is a little less satisfying to read. It is recommended to buy all the series kronikel dewata at once.
.
Overalls,
Rating: 3.5
Profile Image for Elle Houri.
82 reviews1 follower
October 30, 2023
Mindblowing! Rasanya kalau buat movie memang gempak sebab boleh faham sikit. Kena ulang baca 2 3 kali untuk faham tapi serius best! Plot twist dia, persoalan dan macam-macam lagi. Rasa macam tengok movie Christopher Nolan pun ada.

Banyak persoalan yang berlegar-legat di ruang fikiran. Orang kata plot hole? Mungkin akan dijelaskan dalam novel seterusnya.

Bahasa yang digunakan agak jarang kita dengar. Terpaksa rujuk maksud di google untuk faham apa ya g disampaikan. Tapi aku hargai penggunaan ayat sebegini. Boleh tambah ilmu dan tingkatkan tatabahasa kan.

Kudos untuk penulis! Boleh fikir cerita yang di luar kotak macam ni.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
174 reviews3 followers
January 4, 2025
Buku pertama utk Siri Kronikel Dewata and I must say that the book was so good… dan utk ketebalan hanya 145m/s, I just love how the author put every story in it and mcm mna kta turut dibawa utk mengimbas balik kisah watak utamanya Ezani…

Dan bgmna watak2 lain mencantikkan lagi kisah ini… btw I terbeli buku nie sbb racun Kak Hanim and yes I agree with her yg buku nie mmg best.

So, now I need to read the second book in this series… hehe
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
October 14, 2023
Mula² baca, macam susah sikit nak faham background cerita. Tapi lama² tu, dah faham struktur tempat dan sebagainya, makin khayal baca sampai tak sedar habis satu buku.

Buku 1 ni boleh dikatakan sebagai permulaan sahaja untuk kronikel dewata.

Time for the next book!
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
July 12, 2023
kinda heavy for me but there are so many beautiful quotes in this book and lokman hakim's writing style never fails to amaze me. i hope the second book will be better.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
November 10, 2023
Mula mula macam Bleach n Jujutsu Kaisen. Dengan sentuhan saifai. Tapi lama-lama jadi lain. Jadi Lokman Hakim. 🤣
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
August 13, 2025
Re-read.
Rating masih sama dan kenapa kena baca balik bila bagi rating rendah? Sebab nak tahu apa jadi (walaupun ada lagi 3 buku belum keluar untuk bagi complete)

Cerita dia macam berputar belit jadi kalau nak faham kena tengok tahun dalam cerita. Itu sangat penting.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.