“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.
***
Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.
Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.
Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! — Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.
Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?
'Terima Kasih, Luka' ambil masa dua tahun untuk ditukang. Cerita ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup sendiri. Ideanya dikembangkan dari tema perasaan 'terbeban dengan keluarga sendiri'.
Saya percaya ada kalanya kita berperang dengan perasaan begitu. Saya berharap 'Terima Kasih, Luka' dapat meyakinkan anda bahawa perasaan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang perlu digerunkan, serta memberi harapan bahawa 'ingatan' akan selamanya menjadi pengikat hubungan kita terhadap keluarga.
Terima Kasih Luka, membawa pembaca mengikuti kisah tiga watak utama iaitu Poji, ayahnya Karim dan adik perempuannya Naura. Emak Poji meninggal dunia sejurus selepas melahirkan Naura. Sejak dari tu, Karim seolah-olah makin menjauh dari keluarga.
Naura hidup dalam keadaan dia rasa dialah punca emaknya mati. Dan abahnya menjauh sebab dia benci Naura menyebabkan isterinya mati. Poji terpaksa menjadi ‘substitute’ parents terhadap Naura sebab Karim makin menjauh. Dia cuma menjalankan tanggungjawab mencari nafkah tapi dari segi perhatian dan kasih sayang, seolah-olah jadi tugas Poji. Karim pula seolah-olah tak mampu nak melepaskan kehilangan isterinya atas perasaan serba salah. Dia yang selama ni menyerahkan hal jaga anak kepada Munirah jadi hilang punca bila ditinggalkan bersama dua anak kecil.
As usual, kita memang boleh harapkan Hasif untuk tulis emosi yang kompleks dengan gaya penulisan yang senang nak dihadam. Cuma, mungkin Hasif nak cuba gaya penulisan baru yang lebih ‘puitis’ kadang-kadang aku rasa macam a bit try hard and it loses Acip’s ‘writing soul’ that I knew and loved from Khayalan. Tapi aku nak complain lebih-lebih bab ni, rasa macam tak perlu sebab penulis sentiasa evolve and I can’t expect him to keep tulis Khayalan. Cuma for now, gaya penulisan tu masih baru dan a bit janggal for me to read from him. Good try, though.
TAPI! When it comes to the dialogues! This is where Hasif stands OUT! Dialogues dia begitu raw dan sarat emosi walaupun simple. And it helps that dialogues dia ditulis dalam dialek Kelantan which adds in the realness. Aku SUKA!
Aaand kalau kita nak cakap dari segi plot pulak kan.
Plot OK bagi aku. And seronok tengok Acip try something new, which is ada element crime dalam ni. Cumaaaaaa backstory Ayu dan how the story ends tu macam dah rushed. I think Ayu punya cerita tu boleh jadi satu cerita lain yang separate sebab there are too many unexplained things. But I give it a pass lah sebab motive utama novel ni adalah berkenaan keluarga Poji. Soooooo buku ni mampu lah merungkai konflik utama ni.
All in all, good effort from the author. I recommend!
Sebuah novel yang penuh emosi. Dari awal plot lagi agak panjang lebar Hasif menganyam emosi sebelum dia tekan habis - habisan, iaitu sebelum Naura lari dari rumah dan selepas Naura maafkan ayahnya di hospital. Middle part is the essence of the entire story, and berjaya hook kan emosi aku sehingga menghabiskan buku ni.
Bagi aku Hasif mahir menzahirkan perasaan yang komplex dengan prosa kata yang kaya cuma adakalanya sedikit meleweh sedangkan jalan cerita dia simple je. Hampir half of this novel is about hati dan perasaan Poji, Karim, Naura dan Ayu. Naratifnya berkenanan kasih sayang seorang ayah yang wujud, tapi tak hadir; dan abang yang over protective & terlalu self-love. Aku suka premise ni.
Dan aku boleh rasakan class Hasif dan exposure-nya terhadap seni tapi budak kampung dengar lagu Frank Turner? Ada beberapa contoh lain yang sedikit menimbulkan tanda tanya dan menarik aku keluar dari focus sekejab sebab ade sedikit kesangsian aku terhadap watak sebenar Poji melalui cita-rasa dia.
Ditambah pula dengan pengunaan Bahasa kelantan - pongoh? Bengkeng? … yang aku tak faham tapi rupanya ada rujukan di bahagian belakang buku itupun selepas habis baca baru aku perasan. Ok part ni masalah aku sendiri.
Bahasa yg digunakan Hasif luar biasa indah, garapan simbolisme juga impactful, cuma secara peribadinya, ada sedikit berlebihan. Less is more, ia tak mengganggu pengalaman pembacaan aku cuma agak penat juga otak berlari mencari makna keseluruhan bila ayatnya panjang - panjang.
Perubahan watak Karim ketara selepas Naura masuk hospital tapi aku sedikit terganggu bila jati diri wataknya turut berubah. Sepatutnya cukuplah setakat sikapnya handle Naura dan Poji yang berubah dek tuntutan plot. Bila Karim seorang ayah yang tegas dan keras asyik menangis dengan dialognya yang melancholic tu bikin garu kepala aku.
Buku ni sold out 3 hari sebelum berakhirnya pbakl23 di booth Iman. Aku tau sebab aku orang terakhir yang berjaya sambar buku ni hari tersebut. Agak tinggi expectation aku disebabkan hype buku ni dan nyata, ia tidak mengecewakan.
My favourite character has to be Awut. I don’t know, maybe aku nampak adik aku dalam Awut, wataknya hidup dan realistic antara lain. Dia simple tapi dia berperanan penting dalam kelangsungan novel ni.
Ending, hmmm I am guessing ada part II. Hasif patut buka plot baru untuk Ayu. Takkan camtu je habis, a lot of us wanted more.
Overall, still a good novel to go with. A good try from Hasif. 3.9 / 5 stars.
Terima Kasih, Luka sesuai sangat kalau diangkat sebagai novel Raya Aidilfitri.
Bukanlah maksudnya, novel ini bertemakan raya. Tapi sebab alang² kita baru sahaja berhari raya kan.
Acip memang mahir genre slice-of-life ini
Sebab dia memang penggemar karya² Jepun yang ada vibe sebegitu.
Cerita TKL ini mudah. Tentang dua beradik yang terasa hati dengan ayah mereka.
Seolah² kematian ibu adalah salah mereka. Si ayah bersikap acuh tak acuh setiap kali berinteraksi dengan anak²: seolah² mereka tidak wujud (gilaaaa, memang kacaulah keyakinan & keperibadian anak yang sifar kasih sayang ibu bapa, really messed them up :'))
TKL mengajar & mengajak pembaca untuk belajar mengesahkan (validate) perasaan.
Kita layak untuk marah, sedih, kecewa. Kerana kita manusia. Sebagai manusia, kita punya rasa
Setiap rasa itu pula datang bersebab: tak mungkin tiba² datang.
Sama ada disebabkan keluarga, kawan, atau kehidupan sendiri.
Sebab kita manusia dan kita hidup bersama.
Saya suka satu dialog (dah paraphrase sikit) dalam novel ni:
"perasaan awak tu sahih, tetapi ia juga berat sebelah"
Validating, at the same time putting the context as it is
Sebab kita tak hidup sorang² atas dunia ni. Kadang² kita terlalu nak validate, terlalu nak ikut kan hati & menangkan perasaan sendiri, sampai tak sedar ia menyinggung orang lain
Self love yang keterlaluan sehingga ia menjadi selfish.
Itulah poin penting yang menjadi titik lebur segala konflik di dalam TKL
Setiap rasa itu sah. Tetapi kita juga perlu fikir orang lain.
Walaupun TKL ni nampak baca novel yang memujuk, yang healing² gitu, tapi Acip masukkan juga konflik jenayah
Macam dalam masakan, tak bolehlah manis je. Kena ada pedas² sikit, barulah kick!
4 per 5 ⭐!
Terima Kasih, Luka kerana mengajar saya bagaimana caranya hidup berkeluarga, dan bagaimana caranya mengendalikan rasa sebagai seorang manusia 🙌🏻
Please bear with the first ten chapters..Pace bermula dengan agak perlahan jadi agak bosan disitu..Jalan cerita berkembang setelah berlaku sesuatu kepada Naura..Novel yang bermain/berperang dengan emosi dalam sebuah konflik kekeluargaan..
Ada jugak bahasa kelantan yg berulang tetapi tiada dalam glosari..Anyway, applause to the author for writing this kind of genre, I know its not easy to bring the emotion into writing..Keep it up
Satu habit aku is baca without knowing much about the book, sbb aku suka feel bila baca tanpa tahu byk, perasaan dia akan lebih excited. 🫢 Buku ni best sbb ada unexpected thing yg berlaku dalam ni. For me la. 👀
Watak Poji tu 🫶🏻 Aku suka, sbb kdg tu rasa comel betul watak dia ni 🤣 Buku ni buat aku realized how important communication is. Tapi tak mudah ya, sebab nak berkomunikasi ni kita kena kuat sebab tak semua orang mampu luahkan apa yang dia rasa. Dalam nak menyimpan dan memendam rasa luka, boleh jadi orang lain turut terluka dengan apa yang kita buat. Itu yang selalunya terjadi. 🤧 Watak Karim, I can’t say i hate him fully, sebab i can feel jugak side dia. Watak Naura also sgt kesian. 😣 Aku suka jugak watak Ijat, seorg sahabat yg ada dlm susah dan senang. Watak Rahayu (what can i say 😞). Overall, aku suka jalan cerita dia 👍🏻
Idk about other people, but i like the ending. I can say it neither too happy nor too sad, because life is a continuous journey dan hidup dorang belum berakhir. 😌 Aku anggap gitu la. Hoho. #emptycanvashida
Karim dan toxic parenting - dadah Awut - dunia polis dan penglibatan pegawai dalam mengedarkan dadah - persahabatan Poji dan Ijat yang mengharukan - Rahayu yang sewaktu kecil didera oleh ibu dan teman lelaki - broken family - peluang kedua - usaha Karim dalam meruntuhkan ego sebagai seorang bapa - bumi Kelantan
What a great experience!
Krisis anak lelaki dan ayah. Sedih sangat sebab memang wujud ayah yang tunggang status bapa untuk raih penghormatan walaupun peranan yang dibawa tidak lebih daripada sekadar bagi duit. Karim tidak pernah ada untuk Poji dan Naura dari segi emosi, rohani dan intelek. Mungkin ada antara kita yang pernah berada di tempat Poji. Mujur Karim berusaha untuk berubah juga walaupun sangat awkward.
Boleh rasa betapa kecewanya Poji dengan abahnya Karim. Runtun hati. Penulis seolah-olah ada first hand experience sehingga mampu menulis dan menyampaikan emosi kepada pembaca. Sesuai dengan tajuk. Dengan saya sekali terluka.
Dari segi penulisan, banyak dialek Kelantan digunakan. Mujur saya orang Kelate. Memang feel dialog dia bila guna dialek Kelantan. Pedih tu terasa. Lawaknya pun sampai. Saya sangat suka dengan lawak tiba-tiba antara Poji dan sahabat baiknya, Ijat. Situasi dan dialognya serius, di mana nyawa mereka hampir terancam, tapi sempat lagi salah-seorang mereka buat lawak. Mungkin untuk meredakan tekanan.
Sedih la buku ni. Emosi yang saya rasa kuat sungguh! Terima kasih penulis untuk buku ini. Saya harap ia difilemkan. Mesti ramai boleh relate dengan isu toxic parenting.
***
"Sesetengah orang tua benar-benar percaya bahawa permainan kuasa dengan menggunakan kekerasan dan kederhakaan ialah cara untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan daripada anak mereka."
***
Wajahnya menunduk, kala dia berkata, “Abah tak terkejut kalau mu ada simpan rasa benci pada abah. Abah takkan pertikai apa yang mu rasa itu salah. Abah sedia terima.”
Terima Kasih, Luka mengisahkan kisah kekeluargaan dan persahabatan dan diselitkan dengan topik semasa seperti kes penjualan dadah.
Poji ialah seorang remaja yang baru sahaja tamat sekolah dan sedang menunggu keputusan untuk sambung belajar di Universiti. Poji tinggal bersama ayahnya Karim dan adiknya, Naura. Setelah kematian ibunya saat melahirkan Naura, Poji mengambil tugas menjaga Naura kerana Karim sibuk dengan alasan mencari nafkah untuk keluarga.
Poji dan Karim sering bertekak dan suatu hari telah babitkan Naura dan sejak itu Naura cuba untuk tidak membebani abang dan ayahnya.
Dalam cerita ni, kita dapat lihat betapa pentingnya nilai kekeluargaan dan persahabatan yang disampaikan oleh penulis. Semasa Naura hilang, Poji pergi mencari adiknya dan ditemani oleh Ijat, kawan baiknya dari kecil. Ayah Ijat, Razlan juga berkawan rapat dengan ayah Poji dan merupakan rakan sekerja ayah Poji.
Saya amat sukakan watak Ijat. Seorang yang kelakar. Dialog santainya memang menghiburkan hati walaupun dalam situasi yang serius. Poji juga apa kurangnya cumanya saya rasa dia terlalu keras kepala dan egonya tinggi sedikit cuma boleh berlembut dan fikir secara positif dengan orang yang dia suka. HAHAHAHA. Korang akan tahu sendiri bila korang baca buku ni. Saya juga amat tersentuh hati akan nasihat-nasihat yang diberikan oleh Razlan kepada Karim. Boleh nangis, mat!
Selain itu, apa yang membuatkan saya suka dengan plot cerita ni ialah apabila penulis menyelitkan element misteri dan sedikit action. Dari situ saya memang tak mahu berhenti membaca. Plot twist terbaik. Saya suka jalan cerita dari awal walaupun ceritanya agak panjang.
Terima Kasih, Luka ialah buku pertama yang saya baca dari Hasif Rayyan dan akan memberi peluang kepada karya beliau yang akan datang. Terima kasih, Hasif.
Kenapa agaknya saya rasa begitu 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘵𝘢𝘣𝘭𝘦 bila membaca Terima Kasih, Luka?
Oh ya..kerana saya juga membesar tanpa mengenal ibu. Saya jelas nampak inilah ia bila tiada sosok seorang wanita dalam sebuah keluarga. Rapuh dan masing-masing terbuai dengan luka sendiri. Apa yang terjadi pada Karim, Poji, Naura dan juga Rahayu, sungguh saya faham. _____________________ Cerita yang digayakan penulis bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia terasa segar dengan pilihan situasi yang realis. Urutan plot walaupun sudah dapat diteka tapi masih memberi kesan. Mungkin ia cerita tentang perasaan. Tentang untuk meletakkan diri kita dalam situasi orang lain.
Tidak wajar untuk saya katakan cara penulisan Hasif Rayyan kaku, jika ia beberapa kali menyebakkan hati saya. Daya ekspresi Hasif Rayyan lebih baik dari penulis popular IMAN yang lain. Nyata ada ketulusan untuk menjadi penulis yang mengambil berat tentang industri penulisan. _____________________ Saya percaya novel ini tidak ditulis sekadar menjadi bacaan anak-anak. Para ibu bapa turut disyorkan membaca Terima Kasih, Luka.
Tahniah Hasif Rayyan. Semoga sentiasa menulis dan berjaya. _____________________
“Seseorang hanya akan mendengar dan memberi perhatian apabila kesedaran terpaksa disampaikan dalam keadaan yang melukakan.” (hlm. 289)
100% setuju dengan kenyataan di atas. Terkadang keadaan yang menyakitkan/melukakan akan menyedarkan kita yang sebahagian daripada kelakuan/tindakbalas kita adalah salah. Dan apabila seseorang itu tersakiti dan jujur tentang perasaannya, kita terputus kata-kata dan lebih fokus untuk mendengar. Setiap manusia itu mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Penerimaan setiap individu itu juga berbeza-beza. Boleh jadi ia baik untuk dia tapi tidak untuk kita. Boleh jadi ia baik untuk kita tapi tidak untuk dia. Dunia sarat dengan mulut-mulut tapi tidak dengan telinga-telinga. Maka, banyakkan mendengar daripada bercakap.
Banyak perkara yang saya suka tentang novel ini walaupun pada mulanya saya tidak berharap tinggi (sebab penat dikecewakan haha). Penulis bukan sahaja mengetengahkan perspektif Poji tetapi juga Karim dan Naura. Jadi kita akan nampak dan faham apa perasaaan Poji sebagai anak sulung yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam mengurus keluarga; memahami kerenah Karim sebagai ayah yang masih dalam fasa grief disebabkan kehilangan isteri tercinta dan juga mengatur hidup anak-anaknya tanpa mendengar suara mereka; membuka cara pandang kita terhadap Naura yang kehadiran dan suara dia juga perlu didengari. Tiga-tiga watak ini membawa kita kepada pentingnya komunikasi dan kefahaman antara satu sama lain. Pendam tidak menyelesaikan masalah. Pendam membawa padah yang apabila suatu hari nanti meletus, ia akan menyakiti orang lain. Bila cakap pasal pendam, ini juga berkait dengan ego. Seterusnya, ego berkait dengan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, pendam adalah satu sifat yang sangat tidak bagus untuk fizikal, mental mahupun rohani.
Ada beberapa soalan dan kata-kata daripada penulis melalui watak-watak dalam buku ini yang menyentak hati saya sebab mungkin boleh dikatakan yang saya persis Poji. Tidak 100% seperti Poji— kerana saya anak sulung dan saya faham beban yang ditanggung sebagai anak sulung. Tapi ini menyedarkan saya yang kita perlu juga dengar dan faham perasaan adik-adik yang lain. Termasuk ibu bapa kita sendiri.
ini adalah buku cerita bahasa melayu yang pertama saya baca selepas bertahun tak baca buku bahasa melayu. saya sangat suka ye buku ni. the amount of anger i had in me when i started reading this book was ridiculous. the plot twist after plot twist had me gasping every single time.
as a first child, i can relate so much to Poji and i feel pain for him. i like how Naura was really forgiving. Ijat was such a GOOD BEST friend Poji ever had. and Rahayu... how do i put Rahayu in words... she doesn't deserve any of those. i feel bad for Ayu wanting to leave but if i were to be in this family, i would let her go. Rahayu paling terluka. Rahayu kena pergi heal.
overall, i love this book so much. it is so so so well written, a total page turner. thank you, Hasif Rayyan.
Buku ini mengisahkan mengenai Poji, Naura dan Karim yang masing-masing tenggelam di dalam luka peribadi dan akhirnya saling menyakiti antara mereka.
Poji, anak sulung kepada Karim dan abang kepada Naura, merasa terbeban dengan tanggungjawab yang perlu dipikul di dalam keluarganya. Karim, bapa mereka berdua masih berduka dengan kehilangan isterinya. Naura si bongsu dalam keluarga mereka, tidak tahan lagi dengan pertengkaran ayah dan abangnya dan merasakan mereka menganggap dia sebagai beban. Daripada konflik mereka bertiga ini, maka muncullah kisah ini.
Aku suka buku ini, tapi sejujurnya, terlalu banyak slanga dan dialek Kelantan yang digunakan sehingga aku yakin aku tengah baca buku dalam loghat Kelantan sebenarnya ni. And me being a Kelantanese myself, aku tak perlu belek glosari di belakang buku sebab aku memang dah faham haha. Ada moleknya juga glosari itu diletak sebagai footnotes agar pembaca lain tidak perlu membelek ke bahagian belakang buku setiap kali membaca.
Jalan cerita yang agak menarik, tetapi ada bahagian yang agak slow. Aku juga rasa macam watak Rahayu kurang memberangsangkan sangat dalam buku ni. Ini pendapat aku sahajalah.
- Terima Kasih, Luka ini diolah dan ditulis dengan rasa yang cukup sempurna. A book that made me feel grateful with what I have especially family. Buku ni memang buat I tak sedar pun about my surroundings sebab asyik focus dekat cerita ni je. Aduhh memang heart-wrenching yee. I is kenot when it comes to a broken family punya kisah. Sis ni hati tisu jadi memang mudah tersentuh lah bila baca buku ni. Cerita ni 'hooked' my attention dari awal hingga akhir with the dialogues terutamanya part pergaduhan mulut antara Poji dan Karim, memang you rasa macam you're watching a drama la. Plus, benda yang membuatkan buku ni jadi laaagi best is bila you tak expect pun buku ni akan menarik minat you. Oh dan juga ya, ada beberapa bab yang boleh dikatakan sebagai peluru yang menusuk hati sendiri. Gaya penulisan penulis memang nice ! Santai tapi kita masih dapat menjiwai setiap watak yang ada.
-Ini merupakan kali pertama saya membaca karya tuan penulis and for sure this won't be the last.
me buying this book about daddy issues using my dad's money. papa ftw! one thing about malay novels are all or none. If it's sad, then I would end up bawling so hard until my stomach is all turned over. But if it's...okay..then..it's meh. And this book is the previous one. I cried a little bit too hard damn. after reading this book, I'm convinced I can speak kelantan (I'm kidding I don't even understand what they're saying if it's not for the translation)
Luka mental dan fizikal pada watak-watak utama. Ada juga watak penting sampingan yang terluka mental dan fizikal. Dan ada watak sampingan yang hanya terluka fizikal.
Bila fikir balik, rasa macam hampir semua watak penting dalam cerita ni ada luka masing-masing, dengan satu ke dua pengecualian.
Okey. Serius, serius.
Ini cerita Poji dan keluarga yang bergelut untuk hidup sebagai sebuah keluarga yang berfungsi selepas kematian arwah umi.
Keseluruhannya, saya suka cerita ni. Saya suka babak-babak awal yang memperkenalkan saya kepada watak-watak utama dan dinamik antara semua ahli keluarga Poji dan dinamik antara Poji dan watak-watak sampingan lain.
Laras bahasa novel ni pun saya okey saja. Saya juga tak kisah sangat dengan perkataan-perkataan dalam dialek Kelantan yang digunakan sebab saya boleh faham dan teka maksud daripada konteks.
Ada dua benda saja saya kurang puas hati dengan novel ni: 1- Saya tak cukup peduli pada watak Rahayu walaupun selepas saya dapat tahu kisah hidup dia yang cukup tragis semasa zaman kanak-kanak. Saya rasa ini sebab cara watak Rahayu ditulis pada separuh pertama cerita.
2- Ini pandangan peribadi saya. Saya kurang gemar dengan peranan watak Jamal yang dibataskan hanya kepada watak jahat tersembunyi (istilah lebih tepat ialah “twist villain” sebenarnya saya rasa, tapi saya tak tahu terjemahan BM untuk frasa ni apa). Kalau saya tak salah, hampir ¾ awal cerita, tak ada satu pun interaksi atau cerita Jamal pada masa kini. Jadi, saya macam tak puas hati sikitlah tiba-tiba dia didedahkan sebagai watak jahat utama.
Terima kasih Luka yang mengajar erti kehidupan. Terima kasih Iman @imanpublication yang memberi ruang pengajaran.
Novel terbaru Iman Publication yang masih tidak lari dari tema berdamai dengan hati. Plot ceritanya mudah, straightforward, aku rasa seperti menonton cerekarama TV3 dengan elemen-elemen bapa garang, anak berontak, pergolakan jiwa, kecundangan nafsu.. jus oren takda sebab yang tu slot Akasia 🤣 (ok kita serius kembali)
Cuma bagi aku, bab lilin & Rahayu tu masuk awal sangat, dah jadi antiklimaks sebab boleh jangka plot seterusnya. Kurang uhm! Tapi bila aku pandang dari skop yang lebih besar, mesej di akhir lebih penting sebenarnya. Aku suka nilai tersirat dalam novel ini: pentingnya figura seorang bapa/ ibu. Dan penulis berjaya menampilkan tiga figura bapa yang berbeza!
Dan daripada tiga figura itulah, pembaca boleh selami tiga keluarga yang berlainan perwatakan. Benarlah sabda Nabi, anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Karim & Poji, bapak dengan anak tu babil getumo lalu! Tokse aku dudok serumoh dgn sek demo 🤦🏻♀️ dgn Ijat takpo, dia fun 💃🏻
Amboi kemain nyah kecek kelate. Maaf kalu Grammar saloh. Kito ddk Panta Timur lama gak tapi xpernah apply kecek pun. Sebab tu aku rasa penggunaan loghat Kelantan dalam novel ni satu inisiatif yang baik. Dialog tak janggal malah rasa lebih dekat di jiwa 🙌🏻
Oh ye. Mungkin aku kurang arif bab ni tapi apa yang berlaku pada Naura macam aneh sedikit. Kenapa dia lebih kepada gangguan bipolar bukannya ketagihan? Pakar tolong jawab (kalau baca)
Natey. Buku ni buat saya berjerik tengah malam pukul 3.32 pagi. Alang² saya habiskan terus sampai subuh mata bengkak, suami ingat saya tahajjud. Tahajjud seorang taubatters. Padahal sedih ke Karim.
Mula-mula saya doubt jugak cerita ni sedap. Bakpe ramai rate tinggi ni padahal bab-bab awal rasa meleret sangat. Ada bosan-bosan sikit taktau nak teruskan ke tak.
Lama-lama, lepas 1/2 buku makin geram, makin lancar bacaan sebab makin banyak benda yang hati kita nak diorang selesaikan. Pace dah laju, benda meleret pun takde. Conversation diorang pun best-best belaka walaupun kadang rasa macam terlalu dewasa untuk budak remaja. Tapi overall, logik je.
Sepanjang bacaan ni rasa macam, kalau jadi movie ni, best terox!! Buat vibe slow pace movie, ala-ala Yasmin Ahmad. Ah tambah berjerik kite dengan hanya membayangkannya. Kbai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
tw: absent parent drug abuse withdrawal symptoms kidnapping mention of human trafficking taking hostage
what's in this book: slice of life family drama broken family lack of parental support and guidance emotional and behavioral problems facing a loss 5 stages of grief
my thoughts?
Baca buku ni buat aku rasa nak peluk semua orang 🥹 Poji, Naura, dan abah. Everyone suffered from facing a loss, and the lack of communication made everything worse.
I love this book. It's real, it's close to us, and it's what we're facing every day. There's so much you can learn from it. Please read this book.
Disebalik buku yang comel ini terlalu banyak pengajaran yang dapat diteladani. Penulis berjaya menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk dinikmati.
Hendak diingatkan bahawa ini adalah pendapat peribadi semata-mata, mana yang keruh boleh jauhkan.
🎂 Featuring in Terima Kasih, Luka by @hasifrayyan :
- Kehidupan anak beranak Karim (si bapa), Poji dan Naura telah banyak berubah semenjak kematian ibunya. Ketiga-tiganya memainkan peranan, figura seorang bapa yang lemah dalam menanggung tanggungjawab keluarga apabila isterinya telah tiada, Naura yang dahagakan kasih bapanya dan Poji yang terpaksa menggalas kewajipan kedua-dua ibubapa sekaligus dengan keadaan bapanya yang menjauhkan diri. Prinsip mereka dalam kehidupan telah membentuk jalan cerita yang menyesakkan tapi disebab keadaan dan support sistem mereka yang mantap, mereka berjaya memperolehi jalan keluar.
- Biarpun fokus utama buku ini adalah keluarga Poji, namun beberapa keluarga yang ada dalam buku ini juga mempunyai sisi pengajarannya yang tersendiri. Contohnya anak beranak Razlan dan Ijat yang menjadi sahabat kepada anak beranak Karim dan Poji, saling tak tumpah nasihat yang diberikan dari Razlan dan Ijat kepada sahabat mereka. Begitulah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Beruntung Poji dan Karim kerana mempunyai sahabat yang sentiasa menjadi tempat untuk bersandar, saya juga agak amazing dengan Poji dan Ijat biarpun kita anggap mereka masih di fasa remaja yang fikiran kebudak-budakkan tapi apabila bercerita tentang tindakan dan kematangan dalam befikir, fuhh, macam ketinggalan zaman pula saya. Tapi semua kematangan tersebut boleh difahami dengan keadaan Poji dan Ijat yang sudah di ajar tentang cara untuk berdikari sedari mereka kecil.
- Perjalanan plot santai, disulami humor antara Ijat dan Poji menjadikan cerita ini sesuatu yang meringankan dada meskipun banyak perkataan menyalahkan diri sendiri diulang di setiap bab. Sesungguhnya ini adalah buku healing sebenar, kalau sudah hati mampu menerima diri sendiri barulah kita dapat menerima kebaikan orang lain.
- Penggunaan loghat Kelantan yang menghiburkan. Sedikit sebanyak membuka peluang untuk mempelajari loghat ini biarpun pada awalnya saya mempunyai kesukaran dalam memahaminya, mujur ada index, senang nak tahu apa maksudnya.
- Air liur sentiasa meleleh kerana hampir semua episod ada makanan 😂. Kalau baca masa malam memang terasa laparnya.
- Saya suka mesej yang disampaikan di sisi Munirah, tentang pilihan yang dibuat, dan kebahagiaan yang ingin dia kecapi sendiri meskipun terpaksa berkorban nyawa. Kita tidak seharusnya rasa bersalah dengan pilihan orang lain, tapi benar, sesuatu kehilangan itu juga perlu diterima secara pelahan-lahan bak kata pepatah biarlah masa menyembuhkan semuanya.
Kisah ini adalah kisah yang panjang but worth it, step by step kenapa masa untuk berdamai dan membuka hati dengan episod kehidupan yang baru akan tiba, bab epilog yang mengembirakan, dan wajar di hayati oleh semua lapisan masyarakat, tentang kemaafan dan mencari kedamaian di hati sendiri. Satu kisah yang membanggakan juga Hasif, I truly enjoy the process, the mystery and the plot twist, kekadang menyedarkan kita, manusia boleh sahaja memasang topeng muka tersenyum tapi kesakitan yang ada dalam hati dan hidup mereka hanya Allah sahaja yang tahu, always do good with whoever you meet cause we dont know the kind of fight they are fighting for.
Terima kasih @imanpublication atas pemberian buku ini dengan sebuah ulasan jujur.
berjaya bawak saya keluar dari reading slump yang sangat teruk. minat dengan penulisan encik penulis. lancar, mudah faham, emosi sampai.
sebenarnya mengharapkan proses reconcile karim & poji lebih sikit berbanding scene poji & rahayu. sebab terasa macam cara dua beranak tu berbaik ringkas sangat sebab terfokus pada rahayu pula. cara karim & naura berbaik dah molek sangat dah, sampai banjir air mata.
Mengisahkan kehidupan seorang remaja, bernama Poji yang kehilangan ibunya dan tingkah laki abahnya berubah sedari ibunya meninggal dunia. Perbagai onak dan ranjau Poji perlu hadapi untuk kembalikan kebahagiaan keluarganya.
Tema besar bagi novel Terima Kasih, Luka ialah kekeluargaan. Konflik kekeluargaan dan konflik peribadi yang tercetus mempengaruhi setiap watak sama ada watak utama mahupun watak sampingan. Novel ini mengetengahkan dialek Kelantan dalam setiap dialog bagi setiap watak dan tidak mempengaruhi dialog secara keseluruhannya.
Namun begitu, cerita novel ini secara peribadi rentaknya bermula pada muka surat 170 (lebih kurang 1/4 buku). Ditampilkan dengan babak yang beremosi disulamkan bersama babak yang seakan-akan memberi sinar kegembiraan. Graf emosi naik dan turun apabila bab demi bab. Kebanyakan plot twist dapat dibaca kerana diberikan klu pada bab-bab sebelumnya. Dan, ada beberapa plot twist yang tak dapat ditangkap klu-klu yang diberi.
Dari sisi lain, aku lihat buku ini merupakan satu kritikan sosial terutamanya kepada ibu bapa. Rata-rata ibu bapa pada hari ini sibuk mencari rezeki sehingga terlupa tanggungjawab untuk menjadi sistem sokongan buat anak-anak.
Malah, elemen kepercayaan merupakan asas paling penting di dalam sebuah kekeluargaan. Hilangnya kepercayaan, runtuhnya institusi kekeluargaan.
Secara keseluruhannya, aku melihat buku ini penulis banyak menumpahkan jiwanya terhadap novel ini. Namun, penggunaan beberapa perkataan puitis yang terlalu banyak agak menjanggalkan jalan ceritanya. Tidak juga dapat dinafikan Terima Kasih Luka ini rentaknya bermula dengan agak perlahan sehingga pengamatan awal pembacaan menimbulkan satu intrepretasi bahawa adakah magis Hasif tidak diselitkan di dalam Terima Kasih, Luka.
Buku ni mengisahkan tentang poji naura and karim sekeluarga. Hidup mereka jadi tidak tenteram lebih lebih lagi selepas kematian si mak. Dalam rasa tertekan dan terbeban, naura ni cuba untuk tolong jual satu barang ni untuk dia escape dari rasa bebanan tu. But who would thought everything would go downhill by after that.
Baca buku ni macam main puzzle you know. You get one piece of puzzle, and then you get another one.. and makin lama, lama kelamaan, kepingan puzzle tu akhirnya bercantum. And bila akhirnya semua puzzle sudah bercantum, gambar keseluruhan puzzle tu akan tinggalkan mulut para pembaca terlopong luas. Unbelievable.
Ha begitulah ringkasan novel ini.
I like everything about this book. The plot line? It was written beautifully. Semakin aku baca buku ni semakin worser pressure and debaran yang dirasa. Buku ni pun very unique sebab menggunakan dialek Kelantan dalam percakapan dialog. Tapi dia jadi tak suka sebab asyik asyik kena selak page glosari tu untuk rujuk makna words yang dibaca 😭 Bukan apa cuma dia jadi mengganggu and distracting untuk rujuk and cari makna perkataan tu you know :(
But other than that I am happy dapat belajar dialek Kelantan ni. Ending dia pun satisfying la sebab finally family tu dapat bonding well akhirnya. But I do feel bad for Rahayu though. It must be hard for her :( 3
Anyway, walaupun topik buku ni sangat berat, I think it left us some good pengajaran after reading it. Overall, I am satisfied reading this novel. :)
Mula mula risau nak baca sebab dekat blurb ada dialek Kelantan. Saya tak faham sangat. Tapi alhamdulillah bila baca tak mengganggu pun. Boleh je follow dan faham walaupun mungkin tak faham perkataan tu.
Menarik ada unsur negeri ni. Siap ada mention menu-menu negeri tersebut. secara tak langsung pembaca jadi kenal dan tahu. Kalau dapat masukkan lagi unsur budaya dalam watak dan jalan cerita mesti lagi menarik.
Suka bagaimana emosi dan watak dalam novel ini digarap dan bagaimana cermat penulis menyusun dialog respon terhadap emosi - emosi watak.
Struggle anak sulung lelaki dan ayah antara tema yg jarang disentuh. Ditulis oleh penulis lelaki sendiri, novel ini memberi sentuhan yang tersendiri.
Buat yang suka novel bertemakan kekeluargaan, atau anak yang telah kehilangan salah seorang ibu bapa pasti akan sangat sukakan novel ini.
Tahniah penulis! Banyak sangat improvement dari novel khayalan. Bangga saya membacanya. Keep writing ok Hasif!
Novel ni antara yang agak susah untuk aku cari semasa di PBAKL, asyik sold out. Mulanya aku sangka ia cuma tentang konflik antara anak lelaki sulung dengan ayahnya, yang mana si anak bongsu yang terkena tempias. Tapi tidak, ianya lebih dari itu. Awal-awal penulis bagi tenang je, lepas tu terus jadi macam rollercoaster - ada turun naik emosi, diselitnya sekali dengan jenayah pula. Dua watak utamanya memang buat aku geram. Dua-dua keras kepala, masing-masing tak nak mengalah sebab ego. Kadang ada rasa macam nak tutupkan je mulut si Poji tu. Walaupun novel ni agak tebal, bila sampai dipertengahan, tak terasa langsung, pace semakin laju.
Love love love buku ni! Mengisahkan ttg hubungan atr poji, naura dan juga ayah mereka dan bagaimana mereka menyelesaikan konflik yang melanda dlm keluarga mereka
Apa yg saya peroleh:
1)Setiap org ada luka yg tersendiri and kalau bole jgn dipendam sesorg, luka mmg xleh nak dihilangkan tapi bole dikaburkan itula yg pentingnya berterus terang jikalau kita tak berpuas hati dgn sesorg..... 2)kita salahkan diri kita sendiri sbb kita x bole baca fikiran org tersebut.... Sbb tu pentingnya kejujuran 3)life must go on after peristiwa hitam berlaku to heal yourself
What a good read , mmg recommend utk baca!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penceritaan yang perlahan perihal anak² yang dibesarkan bapa tunggal. mujurlah Karim sedar kesilapannya dalam membesarkan anak². Pelbagai peristiwa yang berlaku mengeratkan hubungan mereka
A good book. Easy to read. But i wish there is more character development for Karim. Cerita yang membawa kepada hidup kekeluargaan dan persahabatan. Have some plot and klimaks yang tak heavy.