“Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ….”
“Saya ni kenapa, mak?” jerit Intan, tangannya menggigil.
***
Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
“Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan anaknya bahagia?”
Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti.
Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat kesekian kali?
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Sejak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi bila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Cambiasa, author still w his signature style, buku yg penuh dgn makanan. Again, berjaya buat kita lapar & craving kopi Vietnam baca ni EXCEPT this time, it’s beyond pastry & coffee!
Perempuan & insecurities takpernah pisah. Dah ada sifat sempurna serba serbi pun masih rasa takcukup. Takcukup kurus, takcukup flawless, takcukup cantik — Jadi macam mana, nak rasa cukup, dengan benda yang kita takpernah ada in the first place? Macam Intan, yang tak ada rahim & takboleh melahirkan macam perempuan lain? Rasa hancur, kan? 💔
Thus mesej utama buku ni mudah, it is all about acceptance. Hidup tanpa rahim is a life that she never ask for, but to live on with it is something that she capable of. But, does she manage though? Baca 😿
See all the tabbings? Banyak kan? Banyak tabbing = banyak nangis 🥲☝🏻. Hahah tak tak, pain tabs + new knowledge tabs ofc. I can say author really did his homework thoroughly & pandai spread info MRKH ni dalam buku buat kita nampak penerimaan patient & ppl around them. Simptom penyakit, stigma masyarakat, how to deal with it, semua author ada cerita moderately tapi cukup untuk kita faham struggles patient ni — IT WAS DEVASTATING 😭🌧️
Personal takeaway kita dari buku ni — ✉️ 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝘁𝘂 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗯𝘂𝘁 𝗶𝘁’𝘀 𝗮 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽 𝘄𝗼𝗿𝗸 ✉️. Yes sure berat bahu memikul but how about us as family, do we really be there for them?
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Coffee lover, you’ll learn something new. But to all GIRLS & WOMEN out there, you’ll learn A LOT — PICK THIS BOOK UP!
Living with a rare condition is not easy for Intan. You know what hurts the most? Her mother’s attitude. She might just want the best for her daughter but the projection really came out wrong.
Women are not defined by marriage and their ability to have a child.
Now repeat after me.
WOMEN 👏🏻 ARE 👏🏻 NOT 👏🏻 DEFINED 👏🏻 BY 👏🏻 MARRIAGE 👏🏻 AND 👏🏻 THEIR 👏🏻 ABILITY 👏🏻 TO 👏🏻 HAVE 👏🏻 A 👏🏻 CHILD 👏🏻
I personally believe this is a good book. Got me thinking a lot after finishing it.
Lama rasanya tak update baca buku. Buku ni aku pilih untuk baca sbb aku tgh in reading slump, so byk jugak buku yg terhenti di pertengahan jalan. So aku decide to try this one. And i finished it 🙌🏻
Buku ni vibe dia lebih kurang macam mawaddah ilmi ingin pulang, kisah di mana kalau kita mencintai diri kita, barulah kita mudah menerima perkara, orang dan segala yang hadir dalam hidup kita. Gitu la lebih kurang. Buku2 vibe mcm ni mmg aku suka and kena dgn jiwa aku 🤧 Buku ni sedikit sbyk bg aku ilmu yang baru. Coffee ☕️ Byk betul pasal Coffee, walaupun aku bukan Coffee lover, tapi menarik jugak bila baca. I guess sama la jugak macam tea 🍵 kan, mesti ada info yang best2 jugak. Hopefully jumpa plak buku yang masukkan info pasal tea 🫢🫢
Kisah ni banyak pengajaran, kisah Intan yang besar ujiannya, sedikit sbyk kita menyelami perasaan orang yg mungkin mempunyai masalah yg sama seperti Intan ni. Dapat ilmu baru jugak. Selain tu, berkait dengan stigma orang kita berkaitan perkahwinan dan sebagainya, kisah hubungan ibu dan anak, kisah hidup yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan. 😖 Buku yang memberi satu rasa ‘healing’ dalam masa yang sama. 🫶🏻 Overall, memang aku suka 🫰🏻#emptycanvashida
Kopi menyimpan kisah dan cerita. Hitam tidak selalu kotor, pahit tidak semestinya sedih. Secangkir kopi sempurna kerana rasa pahit. Tanpa dugaan, hidup tidak akan bermakna. Tanpa ujian, hidup akan kurang erti.
Pada Pahitnya Secawan Kopi mengisahkan tentang kisah hidup Intan yang tak mampu untuk melahirkan zuriat. Intan ialah seorang penggemar kopi dan dia mempunyai perniagaan sendiri dan juga Intan ialah seorang barista.
Pada permulaan cerita, saya sudah berasa kagum apabila penulis memperkenalkan tentang sindrom MRKH (gangguan penyakit yang menjejaskan sistem pembiakan wanita). Penulis juga menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah kopi, jenis-jenis kopi dan sepertinya penulis memang mempunyai banyak ilmu tentang kopi.
Akan tetapi, sepanjang pembacaan buku ni, saya rasa buku ni hanyalah mendatar sahaja. Tiada apa yang menarik bagi saya melainkan tentang soal sindrom MRKH dan kopi. Soal jodoh dalam buku ni, saya rasa seakan-akan terlalu difokuskan sehingga topik tentang sindrom MRKH jadi tenggelam. Mungkin perlu lebihkan kisah mengenai sindrom ni. (Pada pendapat saya lah).
Watak-watak dalam buku ni pun, seorang pun tiada yang bagi saya rasa kagum. Kekurangan watak yang 'power'. Walaupun ada Intan, tapi saya berharap Intan ni lebih tegas dalam soal jodoh. Sibuk maknya dan kawan baiknya nak jodoh-jodohkan dia. Kalau saya dah naik angin dah.
Penggunaan kata nama pun seperti bertukar-tukar macam tak konsisten. Jadi, nampak kurang real. Mungkin bukan masalah besar kepada semua, tapi saya rasa main peranan juga dalam pembinaan frasa nama. Ada satu babak antara Intan dan seorang perempuan (stranger) bersamanya anak lelakinya yang masih kecil dan agak berisi badannya, yang saya rasakan dialognya sedikit off. Tapi saya ketepikan rasa tu mungkin sebab buku ini ditulis oleh penulis lelaki. Jadi percakapan tu agak berbeza sedikit.
Secara keseluruhannya, buku ni tak berat pun walaupun ada topik yang agak berat dan sensitif. Boleh dibuat sebagai bacaan santai sambil minum kopi petang-petang.
Genre: Slice of life. Diselitkan trivia tentang kopi dan cara penyediaannya. Penulis juga ada menceritakan tentang buku "Before The Coffee Gets Cold - Toshikazu Kawaguchi" dalam babak perbualan antara Zarif dan Intan. Menarik dan rasa nak baca buku tu. Kreatif betul penulis kaitkan segala elemen tentang kopi dalam naskahnya.
Konflik diantara Intan dengan ibunya cukup menyesakkan. Tersepit diantara perasaan sendiri dan kemahuan ibu tercinta amat menyukarkan bagi Intan.
Suka dengan hubungan akrab antara Intan dan Hanis. Persahabatan yg tulus dan mahal. Bukan senang nak ada sahabat sejati yg ada dengan kita susah dan senang. Banyak nilai yang kita boleh dapat melalui perbuatan dan tingkah Hanis kepada Intan.
The ending is a bit loose end. I need moreeeeee .....
1. Mengisahkan struggle pesakit MRKH syndrome and how it affects her life.
2. Seriously aku tak faham kenapa mak dia sibuk nak suruh kahwin. Anak kau is a very successful person. She can take of herself, she doesn't need anyone. Trauma kot dah la pernah kena reject sebab penyakit, nak bagi zuriat pun tak boleh habis tu kalau kahwin 2,3 tahun suami nak kahwin lain atas alasan nak anak macam mana?
3. Actually aku happy ending dia tak end up dengan siapa2. She deserves so much. Biar la dia silap faham dengan si doktor tu pun. Aku tak rasa kahwin boleh selesaikan masalah. Lagi tambah masalah mungkin.
4. Karya Aidil Ghazali aku suka salah satu sebab there's so much food in it! Kalau dulu pastry sekarang coffee ☕🤤
Harga diri seorang wanita tak terletak semata-mata hanya pada rahim. Jangan cuba ubah perkara yang dah ditentukan, tapi tukar cara kau berfikir. Diri kau jauh lebih bernilai.
Aku suka dengan kata-kata Hanis dan disebabkan kata-kata ini juga Intan lebih bersikap terbuka. Lebih kasih dengan diri sendiri. Tapi sayangnya kisah percintaan Intan tergantung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Walaupun novel ini perlahan dan mengantuk, saya ingin berterima kasih kepada penulis kerana berkongsi ilmu tentang kopi dan MRKH. Baru saya tahu beza americano dan long black. Baru saya tahu ada lagi kopi yang lebih 'geli' berbanding kopi luwak. Namanya black ivory - biji kopi yang dikumpul dari tahi gajah.
Tentang cerita - jujur saya cakap - baca buku teka sejarah lebih menyeronokkan. Permulaan cerita perlahan dan melankolik. Buku dengan plot perlahan dan agak regular bukan citarasa saya. Bosan sangat dengan diskripsi kehidupan Intan dan orang sekeliling, sikap ibu yang tak habis-habis mendesak agar Intan kahwin, dan penerangan yang teliti terhadap persekitaran berbanding membina plot.
Rasanya kalau bukan sebab nak mengangkat isu kesihatan MRKH novel ini absolutely nothing. Hal-hal mak paksa kahwin, hal-hal pening fasal jodoh dan hal-hal mesin kopi dan biji kopi.
Bahasa dalam novel ini okay, kemas tapi bab dialog adoi macam baca skrip pementasan drama. Sempit sungguh dengan naratif dan monolog. Luas pula dengan kerajinan melabel jenama baju, kereta, hospital dan paling best anduh bayi pun nak beritahu jenama apa 😩...
Watak lelaki yg konon jodoh untuk Intan, suspicious betul yang mana satu. Ingatkan ada adegan bertumbuk Dr. Farid dan Zarif. Rupanya Zarif hilang begitu sahaja nak jadi penulis pula. Alahai..datang tidak diundang, pergi tidak dipedulikan.
Hal salah faham antara Dr. Farid dan Intan amat menjengkelkan. Cepat betul kamu melatah Intan. Haa..sama juga ketika "body shaming" Lisa..suka hati kamu jer Intan.. patutlah Mak Cik Mariam tak sudah-sudah susah hati dengan kamu.
Saya faham penulis rasa bertanggungjawab nak cipta awareness tentang MRKH. Jujur dari saya, lebih baik baca artikel sebab story telling menghampakan. Banyak yang longgar..peratusan info tentang MRKH amat sedikit berbanding info-info kopi.
Saya tidaklah banyak baca novel dari IMAN. Cuma apa yang saya kerap perasan..editor IMAN buat apa ya? Kredibiliti editor IMAN buat saya tertanya-tanya..
3.5/5⭐ - Sebenarnya keliru sama ada nak bagi 3 ke 4 bintang. Bukan lah tak best tapi macammm hmmm....cepat sangat habisnya. Ending buku ni pun macam tergantung je for me and it's not that enjoyable. Apa yang saya suka tentang buku ni ofcourse the quotes, the coffee, & pendedahan tentang penyakit MRKH which is really unique to me. Manakala dari segi plot dan jalan ceritanya pula bole tahan tapi saya rasa penulis kena improve lagilah cara untuk 'hook' minat pembaca
Intan pemilik sebuah cafe yang sangat sukakan kopi. Dari luar fizikalnya sempurna tetapi tidak di dalam tubuhnya.
Intan tersepit. Ibunya yang mendesak untuk Intan mencari pasangan dan sakit yang sedang dihidapinya. Akhirnya, Intan berjaya keluar daripada rasa rendah dirinya. Dia semakin kuat dan yakin dengan dirinya.
Cintailah diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain, itulah intipati utama untuk buku Pada Pahitnya Secawan Kopi oleh Aidil Ghazali ini.
Hendak dinyatakan bahawa resensi ini adalah pendapat peribadi saya sendiri, sentiasa ada yang tidak sesuai dan sebaliknya, boleh ambil yang jernih manakala yang keruh boleh jauhkan sebab pendapat saya tidak semestinya betul semuanya.
Kisah hidup Intan yang tidak berupaya melahirkan dan kerjayanya sebagai seorang barista bukan hanya memberi kesan kepada dunia wanita, tapi juga kepada si penggemar kopi. Onak duri yang dijalani terasa begitu dekat dengan hati dan perasaan kerana ada sahaja stigma masyarakat buat mana-mana wanita. Bujang salah, berkahwin pun salah, ada anak salah, takda anak lagilah salah. Haish.
Fokus utama dalam buku ini adalah kehidupan Intan sebagai seorang wanita yang menghidap MRKH, disulami dengan stigma masyarakat both kepada penyakit dan kerjaya Intan sebagai seoang pemilik kafe. Saya bukan peminat coffee (sila jangan kecam) tapi saya takjub dengan info dan pendedahan yang penulis sampaikan tentang coffee di dalam buku ini. Job well done Aidil!
Namun begitu bagi saya soal jodoh di dalam buku ini terasa meleret dengan jalan cerita yang singkat dan sedikit tergantung. Development untuk keluar dari overthinking Intan belum terjawab sepenuhnya dan 'turning point' yang dihadapi tidak cukup (bagi saya) untuk membahas pilihan hidup Intan. Pada pendapat peribadi, saya rasa buku ini kekurangan ‘role model’ yang sesuai, iaitu wanita yang bahagia biarpun tanpa suami. Semua bicara Intan tentang 'peduli apa dengan umur meningkat dan belum berkahwin' sedikit sebanyak terasa macam omong kosong yang balik-balik diulang tanpa solusi yang selayaknya. Kawan baik Intan juga tidak berapa memainkan peranan, sama sahaja dengan mak Intan, asyik nak kenenkan orang, kita faham niatnya baik, tapi agak-agaklah pun. Mungkin juga saya lebih menyukai sisi feminin yang wanita juga boleh kuat dan dapat berdiri dengan sendirinya asalkan meletakkan penuh pengharapan kepada Allah.
Satu-satunya adegan yang buat saya rasa puas sedikit dikala Intan berdepan dengan Farid dan juga Puan Maryam. Biarpun nampak tergesa tapi itulah sikap manusia, panas baran dan lebih baik berundur cepat sebelum perkara itu berlarutan. Tindakan Intan yang ‘keluar’ dari masalah ketika bertegang urat adalah sesuatu yang baik dan mengelakkan benda yang lebih buruk berlaku.
Tapi saya faham apa yang penulis cuba sampaikan, kerana di akhirnya penulis memberi ruang kepada pembaca untuk memilih Intan yang 'bagaimana kita mahukan', ternyata saya lebih suka Intan yang berani untuk memeluk kebahagiaannya sendiri tanpa perlu berfikir banyak soal manusia lain yang suka mengambil kesempatan. Errgh, memang rasa tergantungnya, sebab keputusan Intan tidak ada root yang benar-benar memasakkan peribadinya. Namun begitu, pengajaran disebalik cerita ini juga tidak boleh dipandang enteng, biarpun masih rapuh, Intan berjaya menjadi versi dia yang lebih baik bila dibandingkan dengan Intan yang masih belajar untuk mencari jalan keluar. Satu naskhah yang baik dari segi penulisan yang disulami ‘doodle’ quotes yang comel.
Satu penghargaan juga buat penulis kerana mendedahkan isu penyakit puan di dalam buku ini yang menyedarkan kita meskipun kita berjuang dalam perjuangan sendiri kita juga memerlukan tempat, pakar dan komuniti sebagai tempat sokongan.
Saya rekomen buku ini kepada: 1. Si peminat kopi 2. yang nak healing 3. atau sahaja yang mencari sebuah buku yang santai tapi masih memberi impact.
Akhir kata, syabas buat Aidil Ghazali untuk karya ini. Tahniah juga buat Iman Publication kerana kualiti buku baru ini terasa lebih selesa di pandang mata dan juga apabila naskhah dipegang.
I do like this at first. I do like the conflict, ilmu tentang MRKH disease yang diselit and ilmu tentang kopi. It was getting interesting and for sure i biasanya akan rasa kesian yang teramat sangat towards the fl but something spoiled it. It was the fl characters that get more annoying.
Okay, I do understand the frustration living with a controlling asian mom and having a rare disease but girl you need to chill out and stop assuming things. Listen to the explanation sampai habis. Also, you dah jumpa the man banyak kali so what’s stopping you from telling the truth if you don’t want him? She was portray as an independent woman who owns a cafe with her own money but all i see is a childish behaviour lady who tak berpendirian.
I was frustrated with her characters lagi-lagi hujung hujung punya scene and what’s up with the second lead’s ending? I rasa macam ada something tak lengkap and their conflicts were hanging? When i read about his closure, i macam oh okay just like that? Macam tak ada point kewujudan dia and his feelings lmao.
Lastly, I rasa something was not clear sebab we didn’t get the proper ending for sesetengah chapter like it was cut. What happened when both men met? Dia tergantung. I wanna know so bad tentang her answer and their reaction. But then nope.
Do i enjoy this? AT FIRST, definitely yes. But i was okay with her ending and turning point. I hope she changes her behaviour and be more mature seiring dengan umur dia.
Oh another thing I nearly forgot, the fl bodyshame her bakal adik ipar. My reaction was speechless 🧍🏻♀️ and dia pun macam tangguh her answer memang aku annoyinglah. She expects people to respect her sensitivity tapi mulut main lepas bila nampak chubby person. The world doesn’t evolve around you girl sebab tu kena dengar apa orang nak cakap sampai habis smh.
Buku yang bergenrekan slice of life tak perlu perlahan dalam penceritaannya. Ayat dan babak yang berulang-ulang membuatkan aku terpaksa meneguk beberapa cawan espresso untuk memahami apa yang penulis cuba sampaikan.
1. Kaji topik novel, tolong. Semua info yang diberi adalah dari google, saya faham. Tapi tak bermakna semuanya perlu dilonggokkan di dalam penceritaan. Pilih info yang sesuai dengan babak dan haluskan dengan gaya sendiri supaya ianya lebih menarik untuk dibaca, bukannya macam buku teks sekolah. MRKH adalah sejenis penyakit yang masih perlu dikaji secara mendalam, masih tak banyak research papers yang dikeluarkan tentangnya tapi sekurang-kurangnya permudahkan pengenalan topik ni di awal babak cerita. (It's 1 in every 4,500 women btw, not 1 in 5,000 women. Awak tak boleh bundarkan statistik sesuka hati ya?)
2. Pembentukan watak-watak sangat kucar-kacir. Dr Rashid yang sepatutnya dijadikan male lead tiba-tiba jadi macam side character. Asyik muncul kat rumah, kat kafe kemudian menghilang. Sewaktu dia muncul, tak ada satu pun maklumat tentang dia disampaikan kepada pembaca. Naratif penulis sangat penting bila novel diceritakan dalam 3rd POV. Dan saya tahu Intan secara idealnya nak dijadikan satu watak yang kuat, tapi saya tak nampak apa keputusan yang dibuat intan sendiri untuk jadi "kuat" selain daripada dia mengikut saja aliran penceritaan (go with the flow). Belum lagi tentang adik ipar Intan yang kononnya serba-serbi sempurna tapi naratif penulis guna ayat2 dengan negative connotations seperti "menunjuk rajin" dsbg.
3. Bab-bab yang macam tak siap. Masa Zarif datang jenguk intan dan Rashid baru sampai, bukan ke ada sedikit perselisihan/konflik di situ? Kenapa kemudiannya tak ada langsung imbasan tentang apa yang terjadi seterusnya?
4. Kooooopi. Ye saya tahu dia certified barista, penggemar kopi. Tapi bila 2/3 dari buku ni hanyalah penjelasan teknikal tentang espresso, mesin-mesinnya, jenis-jenisnya tanpa ada kaitan dengan jalan cerita, is it really a novel anymore? Tolong, cari keseimbangan dalam merancang isi novel. Bila tak cukup page nak dikembangkan tentang plot, nak susun konflik ke klimaks pun jadi cacuk.
Sedikit selingan ringkas, hampir separuh dialog antara intan dan rashid cuma ulang benda sama dari awal sampai akhir novel - "saya nak awak" "tak boleh saya tak sempurna" "saya doktor saya faham" "tapi awak mesti nak anak nanti saya tak sempurna" "tapi saya suka awak" sampai mampus ye. Dialog dengan mak dia pun sama asyik nak timbulkan soal yang si Intan ni tak boleh jaga diri sendiri sebab dia sakit.
Nak tanya lah, ini memang pendapat penulis sendiri ke? Yang perempuan cuma berguna bila dia ada rahim yang berfungsi?
Lagi satu, bila penulis buat naratif filler pasal kopi, bunyinya sangatlah mansplaining kadang-kadang, buat saya rasa nak berhenti membaca beberapa kali.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Sebagai seorang barista, hidupnya jauh lebih pahit berbanding secawan espreso."
Dalam Pada Pahitnya Secawan Kopi, kita mengikuti kehidupan Intan yang menginjak umur 30-an, memiliki sebuah kafe dan juga sebuah kehidupan yang dikatakan pahit seperti secawan kopi. Kenapa? Kerana dirinya tidak seperti wanita lain. Intan mengidap sindrom MRKH, yang menjadikan Intan tidak memiliki rahim. Oleh kerana itu, Intan pernah kecewa dan ini menjadikan dia memilih untuk tidak mahu mendekatkan diri dengan mana-mana lelaki. Namun, ada dua orang lelaki yang mahu menyunting dirinya sebagai isteri.
Pertama sekali, tahniah diucapkan buat penulis kerana memberi pendedahan kondisi perubatan MRKH yang sangat jarang diperkatakan. Juga ada diselitkan juga mengenai vaginismus (faraj terkunci) yang juga kurang dibincangkan. Tambahan lagi, banyak info mengenai kopi dalam buku ini. Dan aku sebagai peminat kopi sangat menyukainya. Rasa nak order long black la lepas ni :)
Namun, ada beberapa perkara yang menyekat kesukaan aku sepenuhnya untuk buku ini: 📖 Alangkah bagusnya jika penulis lebih membicarakan mengenai sindrom MRKH daripada soal jodoh Intan. Boleh dikatakan 70% cerita hanya berkisarkan jodoh Intan yang menjadikan cerita ini agak lewah dan mendatar. 📖 Ketiadaan watak yang cukup menarik. Aku tidak menyukai watak utama, Intan. Aku faham situasi Intan cuma bagiku, dia terlalu merintih. Adakah mungkin kerana penulisan yang tidak mampu membuatkan aku empati pada Intan atau sikap Intan sendiri yang menjengkelkan? Suka buat andaian sendiri dan tidak memberi peluang untuk penjelasan. Aku paling geram dengan sikap Intan apabila dia sukar memberi kata putus untuk adiknya. Fikiran dan tindakan Intan tidak selari.
"Sayangi diri kau. Tak perlu segan dengan tubuh sendiri. Tubuh kita adalah amanah daripada Tuhan." - Finally, someone said it! 🫡
Bagaimana Intan mahu berdamai dengan diri sendiri jika dia menganggap sindrom MRKH sebagai satu kecelakaan hidup? Inilah jawapan kepada sikap Intan yang menjengkelkan. Namun, 20% ke pengakhiran cerita, kita dapat melihat perubahan positif Intan 🌻
Ending 👍🏻 . Kita terbuka untuk memilih tindakan Ianjut Intan mengenai jodoh. Yang pasti, dirinya sudah belajar dari kesilapan dan berjanji akan terus bersinar dan menerima sindrom MRKH sebagai satu anugerah. Ingatlah, harga diri wanita tidak sepenuhnya terletak pada rahim.
Blurb ; Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti.
Review; Jalan cerita buku ni best. Suka baca. Kuatnya intan sebagai seorang wanita. Kalau saya ditempat dia, rasanya saya tak kuat nak hadapi dugaan macam tu. Dah la ada penyakit macam tu - nak kena terima, kena kuat semangat, lepas tu ditekan tekan pulak oleh orang sekeliling. Hmm pedih + sedih 😌
Macam mana nak cakap eh, kadang kesian jugak kat Dr Farid tu bila Intan buat camtu kat dia. Orang tu macam ikhlas je kan nak kat dia, tapi tula tu, Intan pun ada masalah kan, tak berapa nak yakin dengan diri sendiri, takut dengan risiko akan datang, so sebenarnya ia sangat complicated.Bila baca rasa macam sangat sangat simpati dengan Intan. Strugglenya dia nak menghadapi semua ketentuan Tuhan. Struggle dengan penyakit, dengan family, dengan kerja.
Sumpah bila baca buku ni rasa macam eh bestnya kalau ada kopi kat sebelah. Sedapnya minum kopi plus makan kek pulak. Aiishh baca buku ni buat Yan rasa lapar je HAHAHA ! Tiber rasa nak macam nak order kopi dengan kek kat Foodpanda HAHAHA! Weh suka la semua info pasal kopi tu. Wow sangat rasa - boleh tambah ilmu 😍❤️
Cumanya satu je, kenapa ending dia macam tu? Nak sambungan please 👉👈 Sekian review 🦋
"Hitam tidak selalu kotor, pahit tidak semestinya sedih. Secangkir kopi sempurna kerana rasa pahit. Tanpa dugaan, hidup tidak akan bermakna. Tanpa ujian, hidup akan kurang erti."
Pada Pahitnya Secawan Kopi mengisahkan mengenai Intan, seorang gadis yang dikurniakan sindrom MRKH, yang mana penghidapnya dilahirkan tidak mempunyai uterus dan tidak dapat melahirkan zuriat sehingga ke akhir hayatnya. Ibunya terus-terusan mendesaknya supaya Intan berkahwin dengan alasan ada seseorang akan menjaganya di masa hadapan.
Sejujurnya aku suka dengan buku ini. Banyak info menarik mengenai jenis-jenis kopi dan sedikit sebanyak mengenai sindrom MRKH turut diceritakan. Cuma, lebih separuh buku dah aku baca jalan cerita dia mendatar dan sama. Maknya Intan ni mendesak-desak dia kahwin dan si Intan ni pula duk berlengah-lengah dan dia sendiri pun tak berterus-terang mengenai keadaan dirinya pada Farid dan Zarif. Begitulah ceritanya sampai lebih separuh buku.
Kalau Intan berterus-terang awal-awal dan tak panjangkan cerita, tak perlulah dia berada dalam situasi ini. Maknya pula mendesak-desak sampai tak nak dengar dah pilihan hidup anaknya. Anak dia mahu ke tak mahu kahwin, bahagia ke tak bahagia, letak tepi, yang penting mesti kahwin. Jujur aku menyirap betul baca buku ni haha.
PS: Aku nak katalah kan, dalam bahasa lembutnya, maknya Intan ni tak sabar, tak cerdik dan tiada empati. Tapi aku suka cara penulis menamatkan novel ni. Aku TEAM ZARIF haha 😂
I feel like the book focuses too much on her "jodoh" and marriage issues. It's such a missed opportunity to dive deeper into such a rare genetic disease, MRKH. Not to say that the story totally glosses over the matter, but I just feel like there's so much more potential.
On top of that, I also feel like the plot is kinda static. Aside from the mc having MRKH, and the occasional coffee brewing info (which was nice, I'm sure coffee lovers would love it), there's nothing that left an impact on me.
Because of the writing and the plot, I didn't really feel attached to any of the characters (which sucked cause the mc had potential). I would love to get to know Intan more personally, live in her mind to see how she feels. Not to say that since she has MRKH, that's the only lens she views life with, but it would be nice to see more of her approach in mundane activities in life (especially since the plot isn't focusing on anything bombastic/theatrical). For me, Intan's voice isn't as prominent as she could be in the story, I guess that's why the story feels like it lacks something.
To conclude, I'm not saying this is a bad book. It's not. I just think this book could be more.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Telah hampir 2 minggu selesai membaca buku ni. Tapi baru hari ni rajin nak share di sini 🤭
Pada Pahitnya Secawan Kopi ialah sebuah buku yang santai dibaca. Tidak terlalu berat penceritaannya, walaupun watak utamanya menanggung penderitaan yang berat.
Penulis mendedahkan tentang sindrom MRKH — merujuk kepada perempuan yang dilahirkan tanpa organ rahim yang sempurna. Ternyata sedih hidup Intan yang sentiasa menganggap dirinya sebagai perempuan yang tidak sempurna. Namun akhirnya, Intan kuat dan bangkit untuk mensyukuri setiap apa yang dia ada.
Penulis juga banyak mendedahkan tentang kopi. Pembikinannya, jenisnya, rasanya dll. Saya bukan peminat kopi, tapi rasa style betul baca passal kopi ni hehe....
Flow cerita yang teratur dan seronok utk dibaca. Ayat yang tersusun dengan baik serta plot yg tak dijangka. Kemungkinan penulis ni suka memerhati gelagat org perempuan sebab apa yang intan ni rasa, lakukan mcm org perempuan lain selalu fikir walhal penulis nyer lelaki.
Sambil baca buku ni kena minum kopi br feel. Tak kisah lah kopi mahal atau murah, kopi hipster atau kampung. Tak sangka dpt ilmu pasal kopi sbb kita ni suka kopi kampung jer.
Cuma buat penulis yg perlu digilap adalah permainan emosi yg agak kurang. Orang lelaki ni kedekut emosi. Sedih tu tak berapa. Kalau ikutkn jalan cerita blh meraung.
Ending agak lemah. Bukanlah sad ending sepenuhnya tp seperti tergantung dgn hubungan antara intan dan dr.farid. Penceritaan zarif yang seperti tanda tanya. Mula2 nampak mcm ada perasaan, lps tu mcm kawan biasa. I is fenin bila membacanya part zarif ni.
Jika ada sambungan pls buat happy ending untuk intan.
Lack of consistency on story. First few pages it’s stated that her friendship with Hanis semakin renggang but later we learn that they always meet (?). And then, Intan totally fine with Imran langkah bendul but when Imran announce they going to kelantan to bertunang suddenly Intan sedih (?). We also learn that Farid is a Dr. and have a hard time to even eat his lunch, tapi ada masa saja saja went to Intan house many times (?). so many inconsistencies
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah perjuangan seorang wanita untuk menerima kekurangan diri. Bagaimana menghadapi dan menyakinkan diri meneruskan kehidupan tanpa memandang rendah pada diri sendiri disebabkan kekurangan itu.
Well, basically buku ni tema full dia adalah tentang penyakit MRKH yang dihidapi oleh Intan; watak utama dalam cerita ini & bagaimana penulis mahu memperkenalkan pada penulis tentang penyakit ini.
Ending dia yang tak menyebelahi memana pihak Zarif atau Farid bagi aku, adalah penamat yang baik sebenarnya. Sebab jarang cerita akan mempunyai ending sebegini. Haha.
Tapi aku bagi 4 per 5 sebab novel ni buat aku bersyukur sebab masalah aku tak lah besar mana pun selama ni kalau nak dibandingkan dengan mempunyai penyakit yang menyebabkan kau tak boleh mempunyai zuriat sampai bila-bila pun.
Novel ni tak berat sangat. Boleh nampak tujuan penulis menulis novel ini adalah untuk memberi pengetahuan terhadap pembaca. Dengan ini, syabas penulis 👍🏻
Semoga lebih banyak penulis & penulisan berkisar tentang pendedahan sebegini lagi dalam masa akan datang nanti.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Light reading. Conflix kehidupan yang boleh dijangka, but it is interesting to read MRKH patient daily life. Farid punya life story pun macam dah hagak sis. First dia reveal tu sis dah macam, ni mesti mmmm mmm. Gitu spoilers.
In terms of coffee terms mmg menarik dia betul detail dan precise. Tapi disebabkan maybe too focus on coffee terms, so perkembangan watak rasa macam biasa je.. so aku boleh category light reading..
So readers saying that it is refreshing to see ML tak pilih mana-mana calon, but honestly who are you kidding? Of course la si dia walaupun author tak specifically bagitahu. Overall, okay la 3/5.