'Tiada hari tanpa diuji kerana hidup dan mati kita harus mengikut aturan yang tertulis.'
Ujian mereka bermula bila terjadinya sebuah perkahwinan segera di usia yang tersangat muda. Perkahwinan bersyarat yang akhirnya melukakan mereka.
"Bila kita berpisah nanti, awak rindu saya tak?" - Diya
Dan perpisahan berlaku tanpa Zeeqri sempat menjawab soalan tersebut.
Lebih 13 tahun, mereka ditemukan kembali dengan hati yang penuh dendam.
"Kenapa nak rumitkan keadaan, Zeeqri? Tak susah pun untuk lafaz ceriai tu." - Diya
"Kalau berbelas tahun dulu I tak pernah berniat untuk lepaskan you, tak ada sebab untuk I lepaskan you sekarang." - Zeeqri
Di mata Diya, Zeeqri adalah pesalah. Di mata Zeeqri pula, yang bersalahnya adalah Diya. Dan mereka saling menyakiti.
Bila punca pada segala-galanya terbongkar satu persatu, ada pesalah lain yang harus dihukum. Dan Zeeqri perlu membuat pilihan.
"Jangan paksa I pilih sesuatu yang I tak mahu, Yaya." - Zeeqri
Berputus asa tak pernah berlakudalam hidup seorang Diya. Derita yang dilaluinya sudah seperti makanan yang harus dihadam. Tapi Zeeqri tak pernah tahu, dendam di hati Diya itu bukan hanya sebab mereka terpisah. Ada yang lebih kejam daripada perpisahan itu dan Diya mahukan sebuah pembalasan.
Bila kata dua keluar dari bibir Diya, mampukah Zeeqri menjadi air yang menyejukkan hati seorang isteri?
Semua persoalan dah terjawab. Bukan Datin Haslina seorang yang melakukan sesuatu yang keji kepada Diya. Dia tak diterima sebagai menantu. Bukan itu sahaja malah menerima lebih daripada itu bila Diya diculik dan dikurung. Banyak lagi penderitaan yang dihadapi Diya seorang diri.
Zeeqri yang dulunya beku dan tak ambil kisah dengan keadaan sekeliling kini dah berubah matang seiring dengan usia. Hanya Diya seorang cinta hatinya. Jangan sesiapa pun usik. Segala salah faham diperbetulkan.
Carilah kebahagian mereka dengan cara yang tersendiri. Tak perlu ayat bunga-bunga dari si lelaki cukup dengan tingkah laku seorang suami untuk mempertahankan sebuah rumah tangga yang pernah dulu ditinggalkan.
Beli hardcopy sebab senang nak baca terus ebook edition. Sekali harung dengan sambungan ke novel. Lama terperap bukan sebab tak best tapi memang cerita ini disimpan untuk mengembalikan mood membaca yang tiba² off. Hardcopy ini memang ceritanya sangat tebal jika dibandingkan dengan novel hani yang terdahulu.
Untuk pertama kali saya rasa sakit yang berpanjangan bila membaca kisah Yaya. Sebenarnya Yaya dan Zeeqri keduanya terluka teruk angkara seseorang yang mahu menjauhkan mereka berdua. Mungkin niat orang itu adalah baik untuk hidup Zeeqri. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang digunakan sangat kejam.
Tak tahu bagaimana Yaya boleh tempuh segala penderitaannya sendirian. Jika saya jadi Yaya mungkin sudah lama saya minta fasakh. Bukan tidak ada rasa cinta lagi terhadap suami tetapi berbelas tahun lamanya satu jangka masa yang terlalu panjang untuk kita stuck dalam sebuah situasi. Mungkin Yaya boleh berubah dari lembik kepada tegas dan keras. Tetapi sebenarnya dia masih boleh move on dengan hidupnya yang dulu. Ini bukan soal kesetiaan tetapi ini soal sampai bila mahu hidup lebih baik jika hubungan tersebut menimbulkan api dendam yang menyala!
Sebenarnya watak Firhat itu tidak mendatangkan kesan emosi yang dalam kepada pembaca. Firhat itu sekadar angin lalu yang mahu mengisi slot kedukaan yang dilalui oleh Yaya. Jika watak Firhat itu diluaskan lagi sudah tentu kehilangan dia boleh menjadikan pembaca lebih rasa kesan emosi sedih yang pernah Yaya hadapi sebelum ini. Mungkin akan bertambah muka surat jika watak Firhad diperluas tetapi saya rasa banyak adegan sweet yang berulang kali itu boleh sahaja cut dan digantikan dengan plot yang lebih penting.
Lagi satu watak penting yang menjadikan cerita ini sakit adalah Tan Sri dan juga Abang Idrus. Ermm. Walau mereka ini tunjang pada kesengsaraan Yaya dan Zeeqri tetapi watak mereka yang simple itu tidak mendatangkan kesan juga pada pembaca. Tak rasa pun nak marah berbanding watak Datin Sri. Cuma apa yang saya nampak Hani terlalu fokus pada Yaya dan Zeeqri sehingga terlupa untuk memasukkan elemen emosi yang meluap pada watak Tan Sri dan juga Abang Idrus.
Overall saya suka dengan cerita Hani. Cuma untuk cerita ini sakit berpanjangan yang saya rasa hanya untuk watak Yaya dan Zeeqri. Untuk watak lain yang sepatutnya lebih menyakitkan hati ianya tidak terkesan di hati saya🫰
Mula² baca tu macam annoying sikit dengan watak Zeeqri ni. Tapi, mungkin masa tu dia muda lagi, kurang matang. Lepas dah matang tu, Zeeqri dah pandai nak ambil hati Diya. Sabar sungguh Zeeqri walaupun Diya banyak kali tolak dia. Sis kagum dengan Zeeqri yang matang ni. Dan lagi kagum dengan Diya yang versi matang. Baru nampak perempuan yang kental, ada matlamat, ada pendirian, baru orang tak buli.
Another awesome book dri kak hani . Start follow kak hani dri zaman u lg . Mmg tk pernah mengecewakan . Kali ni kak hani bawak kita kenal dgn zeeqri & yaya .. awl2 mmg mcm nk hempuk zeeqri . Sudah laa kerek hati batu pulak tuh. Dh tuh balik malaysia baru hengeh2 nk siasat .. eii stress . Nasib lps dh tahu dia berubah nk dkt yaya sungguh2 .. padan laa muka yaya tknk dia . Spe suruh buat yaya mcm tuh . Utk yaya pula . Aduhh . Kenapa begitu skli kak hani buat dia .. patut laa yaya yg dlu bukan yaya yg skrg .. kesian sungguh kt yaya . Mmg patut dia mrh zeeqri . Cuma plot twist tuh mmg sy dh syak tp cuma nk tahu kenapa . And i got sense masa first time yaya jumpa firhat . And its truee 😔 .. sumpah sedih masa ni . But overall mmg best buku kak hani kali ni . Berbeza sangatt dgn yg sblm2 ni . Tahniah kat hani
Lepas Zeeqri pegi UK, Diya pun kene halau.. Ayh Zeeqri dpt tau, die culik n kurung Diya… bgi mkn mcm biasa.. sampai laa Diya bersalin, die lari kn diri.. tp tk sorg pn tau ayh Zeeqri yg rancang.. Diya igt kn mak Zeeqri yg buat..
Lepas 13thun.. rupe nya Diya keje kt company Zeeqri.. actually die buat rancangan dgn Fadhil utk jatuh kn company Zeeqri..
Dorg jumpe balik, ermm mmg Zeeqri tk keruan laa tgk Diya kn.. sket² smue nye terbongkar.. Diya igt kn ank die mati, rupe nye hidup.. bila dpt tau, anak die bru lepas kemalangan dan meninggal.. mmg dorg tk sempat jumpe n kenal ngn ank die..
Nnt smue kejahatan Fadhil, Zeeqri dpt tau and Zeeqri korek smue ape yg bole di kait kn dgn Fadhil.. bru laa lepas tu Fadhil diam..
Tak sangka cerita ni agak pain.Cik N tak suka betul dengan mulut si hero ni,tak habis2 dengan ayat "dah berapa lelaki sentuh tubuh you?" Yg si heroin ni pulak sekejap keras,sekejap lembik.Entah laa dik..