Walau ditinggalkan wanita yang dirasakan cinta hati, Taqrees masih percaya yang cinta sejati itu ada untuknya. Satu hari nanti, takdir akan bawa wanita itu di depan mata.
Biarlah dikata cinta itu satu kebahagiaan, Ayla hanya percaya cinta hanya membawa derita. Dia tidak perlukan sesiapa dalam hidupnya kerana dia tahu hanya dirinya sahaja yang tahu menjaga hati sendiri.
Dua insan itu bertemu dan berpisah. Meninggalkan kekesalan yang bukan sedikit di hati masing-masing. Ayla menutup segala jejak. Pergi menutup kisah hitam yang tidak terpadamkan. Taqrees terus asa menjejaki. Tidak hanya kerana budi.
Kisah yang diyakinkan hanya satu episod itu, rupa-rupanya menjadi siri yang masih panjang.
Pencarian Taqrees berakhir bila Ayla muncul di depan mata. Tapi, wanita itu kini bergelar ibu. Berkali dia menafi, perasaan yang sejak sekian lama ini tak mampu dibohongi biarpun dia tahu, cinta Ayla adalah milik satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup wanita itu kini.
Lelah mendakap hati culas Ayla, Taqrees pujuk diri untuk terima segala penafian. Namun, yang culas itu tiba-tiba jinak. Ayla hadir di depannya, menyerah diri. Merayu Taqrees akur untuk satu pernikahan.
Hidup berdua dalam ikatan bersyarat, tidaklah semudah yang disangka tapi Taqrees masih berusaha. Namun, apakan daya… Ayla kini berdiri di tebing yang curam. Memilih Taqrees bermakna melepaskan Amar, anak yang disayang. Dengan hati yang reda, Taqrees melepaskan Ayla pergi bersama Amsyar, ayah kandung Amar. Walaupun, dia juga tahu cinta di hati Ayla ada untuknya. Sejak sekian lama.
“Kalau awak sedih lagi sebab saya, saya harap awak ingat yang saya pernah beri bahagia pada awak…” – Ayla
“Abang ingatkan abang minum madu. Siapa sangka… abang teguk racun. Manisnya hingga abang tak boleh nak beza langsung…” - Taqrees
Bersama atau sebaliknya, Taqrees dan Ayla berharap mereka akur mendakap takdir dengan erat.
Bukan RM lah nak bagi senang² hero heroin dia bahagia. Hadap dulu segala musibah then baru happily ever after. Haha. Hero kalini rasa macam terlalu soft. Macam kembar dia lah kot. Entah. Lupa dah. Nak kena reread balik Sumpah. Ada perasan RM beberapa kali tertukar nama watak. Itulah padahnya kalau nama watak semua nak hampir sama. Pasal watak cameo— Maliki ni walau orang lain je duk sebut nama dia, tetap terasa vibe possessive dia tu ya. Kuca pulak alahaiii lawaklah dia.
Pada hari itulah, takdir telah membawa seorang gadis bertemu dengan Taqrees walaupun pertemuan mereka tidak seindah pasangan lain. Datang seperti petir, perginya seperti angin.
Ayla yang pergi dan menghilangkan diri tanpa dia sedar, meninggalkan kesan dan perasaan asing dalam diri Taqrees. Walaupun Taqrees mahu putus asa tapi dia tak nafikan bahawa dia masih menaruh harapan untuk bertemu semula dengan Ayla.
Bacalah!! Tolonglahh!! Diantara hijau yang terpaling hijau kehijauan mixed dengan berbunga taman flora tau 😩 the way Taqrees give all of his to Ayla sangat fuh *chefs kiss 💋
Cara Taqrees yang memang tahu Ayla satu-satunya untuk dia buatkan zu makin terjatuh suka pada Taqrees. Semuanya Ayla, apa yang Ayla minta dia akan tunaikan tanpa sebarang syarat. Hanya Taqrees seorang sahaja yang mampu bahagiakan Ayla ❤️🩹
Tulus, ni nak kata pain sangat tu tak, nak kata sweet sangat pun tak. Balance je! Conflictnya boleh agak dari permulaan baca dengan apa yang dah terjadi. Ayla sangat kuat orangnya. Katanya mahu fokus pada kebahagiaan diri sendiri tapi hatinya sering kali beri perhatian lebih pada orang lain sampaikan dia hilang rasa untuk diri sendiri 🥺
Tak tahulah bilanya tak emosi baca RM punya novel 🤧 Penat dengan sikap Ayla tapi fahamlah kenapa Ayla macam tu, siapa tak sayang anak kan? Tapi cubalah bawa berbincang apa gunanya ada suami sebaik sehijau hutan amazon mcm Taqrees?!!! Taqrees yang terlampau & terlebih baik pun haishh ishh geram absdhdjdhbd!! Tapi apa nak dikata kalau dah sayang tu sanggup kulepaskan asalkan engkau bahagia tapi menderita ja lebih… Amsyar?!!! Apeniiii tiba datang tiba buat ‘scene’ macam tu?!
Berkali² dada F sakit sebab sebak, sedih apa yang Alya alami
Disaat Ayla benci seorang lelaki.. Allah datangkan Amar padanya. Amar itulah penyembuh luka Ayla. Biar pun orang tuduh Alya ada anak tanpa berkahwin, Alya diam je.
F tak suka watak Amsyar. Selfish.. fikir diri sendiri je. Sedap je ko cakap kat parents.. dia jatuh cinta kat Ayla. Habis tu gan Ayna tak jatuh cinta ke sampai ada anak? Nyampah lak F spesis jantan cam Amsyar.
F bengang giler bila Ayla minta lepaskan.. dia choose Amsyar sebab Amar. Arrgghh sakitnya hati F
Pain la cerita ini. Taqrees ni penyabar.. apa sahaja kemahuan Ayla dia ikuti. Asalkan Ayla bahagia, Taqrees reda berpisah.
Nak sampai ending nangis² F. Karya adikberadik T ni memang selalu bikin F melalak.
Plot kalini takde yang complicated pun, semua straight-forward. Takde yang nak solve apa-apa, lebih kepada perasaan penyesalan. Besides, I do support Ayla in everything. Sebab Ayla ada hak. Saya tak puas hati sebenarnya dengan keluarga Ayla sebenarnya, mungkin sebab saya pun bukanlah orang yang baik dan penyabar but I'll do the same macam Ayla jugak. Ayla ni membesar dalam keluarga yang sangat daif. Hanya mak dia je yang keluar meniaga untuk cari duit. Ayah dia? heh hilang, bila takde duit balik rumah mintak duit pukul-pukul mak dia lepastu hilang balik. Kakak dia, Ayna? Kahwin lari ikut lelaki kaya, lepas 2 tahun balik bila dah kena buang. Ayla, masih bersekolah. Semua start dari ayah Ayla ni mengamuk nak duit and pukul mak dia, Ayla tak tahan sangat, dia pukul bapak dia balik. pffft I'm gonna do the same. Dah la tak membantu lepastu mintak duit. Paling sakit bapak dia salahkan Ayla ni punca diorang susah.
Lepas halau bapak dia, apa Ayla dapat? kena lempang dengan mak dia. Sebab mak dia percaya bapak dia akan berubah. Plssss women out there, lelaki ni takkan berubah sebab kita, manusia takkan berubah sebab orang lain. Its temporarily. Manusia akan berubah kalau dia sendiri nak berubah. So jangan la aniaya diri sendiri sebab kan orang yang tak menghargai.
Tetiba Ayna pulak datang balik, Ayla ada hak ye untuk marah. Ayna dah la harapan keluarga tapi tinggalkan keluarga bertahun sebab nak kahwin dengan orang kaya, bila kena buang, reti pula nak balik rumah. Masalahnya play victim. Katanya lari rumah sebab nak ubah kehidupan apa semua. Habis where do you end up now? Ayla ni kena halau dengan mak dia sebab dia tak suka Ayna duduk serumah. HAHAHHAA WHAT A JOKE. So Ayla ni bawak diri [as she should].
Kerja as rider, hantar makanan ke office Taqrees, eh first time jumpa customer handsome gila hahaha but tu la end up dia terselematkan Taqrees dari dibunuh. Mula lah kisah Taqrees mencari Ayla beberapa tahun. Taqrees lagi straight forward berbanding Thaqeef jenis soft gila. Dia hormat je keputusan Ayla selagi dia rasa apa Ayla buat tu berpada.
I tak salahkan Ayla tau kalau dia pilih Amsyar sebabkan Amar sebab tu I feel disgusted gila dengan Amsyar. I faham kalau dia nak make up balik apa dia buat kat Ayna but fall in love dekat Ayla is disgusting af. Macam mana kau boleh fall for adik ex wife kau. I tak faham macam mana dia boleh fikir dia boleh bahagiakan Ayla sedangkan Ayna pun terseksa dengan dia. This type of men is so f sick and twisted. Everything start from him and Zalikha.
Zalikha ni pulak adoii sakit hati la nak hurai kisah dia ni, bacalah. Terlampau princess treatment sangat. Ada lelaki yang sempurna pergi tinggalkan. Okay I faham kalau dia tinggalkan Taqrees sebab Taqrees pun koma macam takde harapan. But kahwin dengan orang lain dalam masa singkat? it's either curang or rebound. I just don't get it how people can find another love after breaking up from 5 years relationship. Don't you just feel tired or need time for yourself first?
Ingatkan Thaqeef dah soft tapi Taqrees ni lagi soft rupanyaaaaa. Mungkin sebab Taqrees la satu-satunya hero dalam series bestfriend ni yang tak buat masalah, instead dia yang tolong settle kan masalah orang. Anyway Lukman dalam ni agak kelakar ye, kemain kutuk Maliki. Sekali kena batang hidung HAHAHAHA
1. Dalam buku Tulus ni aku banyak mengucap panjang dengan female leadnya, Ayla. Dia punya keras hati tu masyaallah, tak boleh bawak bincang. But I love her. She's a normal human being. She made mistakes.
2. *spoiler* Aku cuma geram gila bila dia buat keputusan nak tinggalkan Taqrees to be with Amsyar just for the sake of Amar? Dah la kau mintak orang tu lepaskan kau masa dia tengah fefeeling bahagia. Kejam jugak kau ni kan.
3. *spoiler* Part yang aku rasa tak berapa logik Amsyar in love dengan Ayla? Dia macam tiberr. Kau baru je kot jumpa bekas adik ipar kau tu. Pastu sibuk nak caras Taqrees. Eehh. Nasib baik kau pandai sedar lepas tu.
Personal rating: 🌟🌟🌟.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bnyk watak dari novel2 RM sebelum ni..cerita ni psl Taqrees dan Ayla..sedih sangat kisah Ayla ni..berkorban utk org yg dia sayang..rasa mcm geram juga dgn manusia mcm ni...watak Taqrees yg sngt handsome dan setia sayang kat Ayla..happy ending as always..
"Saya serahkan diri saya sebagai bayaran hutang saya pada awak."
Kuatkan mental, emosi kerana sakitnya cuma tahap biasa-biasa😌
Ayla - disebabkan satu insiden, dia nekad untuk tidak mempercayai lelaki. Baginya, cinta dan kasih sayang hanya mendatangkan derita. Dia berubah menjadi manusia yg berhati dingin.
Ahmad Taqrees - ehem, lama kan tggu dia sedar dari koma. Bangun-bangun saja terus dilanda dugaan hati. Cinta tak berbalas. Si gadis yg samar-samar wajahnya dicari dan dinanti. Ada hutang yg belum terlangsai. Dua kali, hutang nyawa masih belum terbayar.
Pengakuan yg Ayla mempunyai seorang anak mengejutkan Taqrees. Namun, apa nak dikata, bila hati sudah cinta pandang dari jauh pun dah rasa bahagia. Apatah lagi, di sisi Ayla ada seorang lelaki yg mengaku ayah kpd anaknya. Hancur hati saya bagai dilapah-lapah melihat Taqrees yg kecewa.
Konflik hati berterusan bagai tiada penghujung. Kemunculan seekor dua langau sebagai penambah perisa berjaya menimbulkan rasa jengkel. Apalah kesudahan merpati dua sejoli ini? Mampukah Taqrees melihat Ayla bahagia bersama lelaki lain? TULUSkah hatinya mencintai seorang wanita hanya dari jauh?
Halaa halaaa...Pain ke? Bergantung kepada macamana korang membaca buku ini. Kalau terbawa dgn emosi, bergenanglah juga kelopak mata. Aku sebak sikitlah, terutama bila Ayla memujuk Amar, nmpk kasih sayang tak berbelah bagi. Bertambah sebak dgn keputusan Ayla yg tak disangka-sangka😭. Bertambah-tambah lagi sebak sebab Rees tu greeeeennnnnn sgt🥺
Aku sukaaaaa sgt watak Ayla. Apa yg dia alami tu adalah gelodak jiwa remaja yg inginkan keluarga bahagia. Silapnya cuma kurang rasa sabar. Kehilangan dan perasaan bersalah serta menyesal yg buat wataknya jd kuat, lagi2 dgn kewujudan Amar.
Taqrees, tak nak cerita banyak. Wataknya hijau sehijau air perahan daun pandan bak kata kak penulis. Wataknya smooth, santun, molek tapi bila senyum boleh buat hati jatuh tergolek-golek. Dia dah macam pencinta setia, angau & gila bayang dalam versi sopan.
Di mana ada Taqrees, haruslah ada Thaqeef. Bila bertemu, gamat suasana dgn lawak si kembar.
Err...tak tipu bila aku rate 💯🌟. * Broken FL & Green flag ML
karya kak rehan kebanyakkan memang start terus dah masuk scene sedih hm. Kisah dia pasal ayla ada broken family. Bertahan dan kuat hanya untuk mak dia sahaja. Tapi alih alih dia yang rasa kecewa. Dia buat keputusan untuk cari kebahagiaan sendiri. ‘Kebahagiaan’ yg dia ada takde la bahagia mana, dtg lagi ujian utk dia menggalas tanggungjawab. Masa berlalu dia pun redha. Taqrees dalam masa yg sama percaya cinta masih ada. Hujan adalah pertemuan mereka berdua. Cinta atau membalas jasa? Ayla tahu taqrees dah dapat cairkan hati dia tpi ujian lagi sekali dtg.
Bukan nak kata apa.kesiannya ayla.susah sangat nak bahagia.geram juga dengan mak dia.tpi aku masih tertanya juga kenapa ayh dia tak bgitau perkara sebenar masa doc check dia. maybe rasa bersalah/insaf kot. Lepastu bila dah start masuk watak taqrees, haih jdi lagi kesian. Bukan apa si adik dia thaqeef pun sggup amik tanggungjawab yg memang bukan sbb dia hnya utk deen. Si taqrees ni pun sama juga dgn adik dia huhu.ini lah yg dikatakan cinta. Lpstu boleh pula ex dtg balik ye tak malu bethol dah la dah tinggalkan ada hati nam getback. Dtg juga amsyar lagi muka tak tahu malu dah buat salah. Nak tebus tu boleh tpi tak payahlah cara mcm tu.dah dpt kakak nak adik pula bnyk songeh engko. Geram sikit la dgn ayla sbb bgi bahagia smntara dkt rees even bersbb. Taqrees ni pun greenflag betull.sedih sedih bahagia sikit sedih sakit hati bahagia selamanya. ok la itu je.btw kak rehan, dlm ni ada beberapa typo juga terganggu sikit.sikit jela tapi hehe
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak disangka hujan yang menjadi titik pertemuan buat mereka & hujan juga yang membuatkan Taqrees terhutang budi dengan Ayla. Taqrees percaya cinta sejati masih wujud walaupon dia pernah ditinggalkan, tapi sebaliknya buat Ayla. Ayla tak percaya cinta dari seorang lelaki mampu menjaga hatinya sendiri melainkan dirinya saja. Apa penyebab Ayla jadi keras? Mampu ke hati tulus Taqrees jinakkan hati Ayla?
Bagi Ad, Tulus ni tak terlalu pain & tak terlalu sweet. Seimbang sahaja. Tapi sakitnya masih terasa & manisnya masih mampu buat kita sengih. Ad geram dengan watak Ayla, tapi geram yang faham. Faham kenapa dia jadi sedemikian.
Okay kalau Zu fall dengan si adik, Thaqeef. Ad sebaliknya. Kita lurve dengan si abang, Taqrees 🙈 hijau dooh Rees ni. The way dia setia dengan perasaan dia terhadap Ayla, sanggup ikut segala kehendak Ayla tanpa syarat, always cuba sehabis baik tolong Ayla & sayang sangat kat Ayla 🙆🏻♀️
Seperti biasa… RM memang padu. Apa nak kata kan… sebab Taqrees ni kembar Thaqeef dalam sumpah. Jadinya, nature lembut sopan tu, memang sama ^_^ . Nak kata pain tak sangat. Cuma bila baca rasa sebu aje. Ada sikit typo harap RM dan team editor lebih peka lepas ni sebab saya tahu memang so RM lah nama nak dekat sama. Apapun, tahniah RM. Tak sabar untuk buku seterusnya. Nak request Taufiq bff Qadr lah.
Ada sebab kenapa ALLAH uji kita kerana DIA sayang kita dan nak tengok sejauh mana kesabaran, ketaatan dan keimanan kita terhadapNYA.
Jika hari ini kita sedang diuji dengan kesulitan, percayalah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kemudahan, kesenangan ataupun hikmah yang lebih besar maknanya untuk diri kita. Sabarlah dan percayalah pada janji ALLAH. Kerana pada setiap kesusahan ada kesenangan di kemudian hari kelak insya Allah.
Dari prolog sehinggalah ke epilog, tumpuan diikat dengan kuat. Susah nak letak. Kisah Taqrees dan Ayla. Watak2 lain dalam buku ini sentiasa mengingatkan kita pada buku2 dia yang sebelumnya. Memanggil kita untuk mengingati kisah2 terdahulu yang juga sama indah dan tersendiri. Syabas!
Cerita RM, macam biasa, main dengan emosi. Berapa kali dah menitik air mata sis baca cerita ni. Berat beban si Ayla ni. Tapi, kadang² jadi geram dengan Ayla ni sebab jual mahal sangat dengan Thaqrees. Mujur si Thaqrees ni bersabar.
Cerita ni nak kata slow burn romance hmm tak tahulah tapi yg pasti angst, melodrama. Seksa betul nak tgk MC bahagia pun 😭😭. Awal penceritaan yg mungkin sesetengah orang akan beranggapan slow paced tapi just nice sbb penulis bagi kita faham kisah Ayla dan kisah Rees tapi sejujurnya byk kisah Ayla sebab hidup dia bahagia tu bila dia dgn Rees, selain tu menderita je banyak 🥹
Mungkin boleh kata cerita cinta klise sbb jatuh cinta pandang pertama & jodoh yg telah ditakdirkan utk Ayla dan Rees. Dua kali Ayla selamatkan Rees dan Rees sendiri berjanji tidak akan hilang lagi penyelamat dia.
Ayla ni seorang perempuan yg sangat kuat, tabah, cekal. Dia ni mmg betul betul strong. Tapi mmg dia takde pilihan pun selain kuat 🥹. Disebabkan perjalanan hidup dia yg sangat teruji, perasaan dia sangat sukar ditebak, muka dia stone je memanjang. Orang pun tak boleh nak faham dia tapi saya sebagai pembaca faham sbb yelah bertahun hidup sendiri tanpa bercerita, mana mungkin dia mampu utk meluahkan apa yg dirasa dgn mudah. Yang dia tahu dia perlu kuat utk Amar terutamanya. Semua yg dia buat demi Amar, dia sanggup ketepikan kebahagiaan dia demi Amar 😭😭
Hampir menangis part Amar tu 😭 ujian hidup Ayla tu sendiri dah tak tertahan sakitnya tambah pulak dgn kehadiran Amar. Tapi jujur cakap sedih sangat bila Amar tu dgn sendirinya dtg dkt Ayla, panggil Ayla mama 🥹 geram dkt amsyar tu jelah, dia tu mmg meminta dimaki. Tapi tekaanku tepat sbb akhirnya dia mengalah demi kebahagiaan Ayla. Nasib baik sedar diri amsyar tu.
Taqrees pula tak usah nak cakap apa lah sebab dia mmg baik yg mmg diciptakan utk perempuan yg baik seperti Ayla. Ayla yg tak pernah mengidam tu bila buat pertama kalinya dia mengidam dia boleh menangis & rasa bersalah atas permintaan dia 😭😭 mmg baik sungguh Ayla ni. Sesuai sangat dgn Rees yg terpaling green flag & husband material ni. Rees ni haih tak tahulah nak cakap mcm mana baik dia ni sbb dia sanggup kawin dgn Ayla walaupun dia tahu syarat Ayla tu berat sebelah. Tapi apa nak kata, takde siapa yg mampu memaksa dia untuk menerima atau menolak kalau itu lah kata hatinya.
Semua dalam buku ni cukup sempurna, hubungan kekeluargaan, persahabatan mmg kalau boleh semua ml kak rehan nak letak dalam ni 🤣 yg pasti semua ml tu gila, gila dgn bini sendiri termasuk Rees. Sukaaa dgn hubungan adik beradik Rees dgn Qeef. Ish comel betul walaupun dua dua tu dah tua bangka pun tapi sbb diorang ni kembar jadi ikatan diorang tu sangat rapat. Qeef tu pandang mata Rees pun dah boleh faham Rees. Sampai mama abah terpaksa ugut diorang jangan buat tindakan sendiri hahahaahahah. Qeef & Rees sentiasa menyimpan rahsia satu sama lain bahkan ada benda yg Qeef rahsiakan dari Deen. Comel betul dua beradik tua bangka ni 🥹
Rees pun termasuk jugak dgn geng tak sengaja. Beria mengata Qeef tapi end up dia pun sama. Tapi tulah nak buat mcm mana sayang bini kan 🤣 buku ni walaupun byk pain sbb kak rehan kan mestilah ada pain 🥹 tapi tetap ada humor dua beradik tu hahahahahaah ada jelah dua org tu. Recommended utk yg sukakan ml green flag yg tak cringe tapi manis. Manis tu subtle tapi cukup 🥹🫶🏻
Antara semua novel Rehan Makhtar yg dah aku baca aku boleh katakan memang TULUS lah paling mendapat tempat di hati aku. Sebab apa? Of course la sebab Taqress pujaan hatiku. Hahahaha.
Mungkin aku dah banyak sangat baca novel yg watak utama lelakinya yg sangat red flag yg ampun. Tapi bila aku baca novel ni aku lega sangat-sangat sebab Taqress ni memang green sangat-sangat. Sangat penyabar orangnya.
Pertemuan antara Ayla dan Taqress pon aku suka sangat-sangat. Bagi aku cerita ni sangat fresh. Dah lama aku tak baca novel romance yg sangat best mcm ni. Nak pulak tulisan Rehan Makhtar ni memang kena dengan selera aku.
Lepas aku baca novel ni baru la aku tau rupanya sambungan dari novel Sumpah. Sepatutnya aku baca kisah Thaqeef dgn Deen dulu. Tak pasal spoiler. Hmmmm Tapi nak buat mcm mana dah baca pon. Nak meyesal pon tak guna. Haha