Temasya Tinta mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 11 cerpen mengenai dunia kewartawanan (sebelum perkataan ‘media’ digunakan).
A. Samad Ismail (lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad) sangat sinonim dengan akhbar, dan buku ini hanya dapat dihasilkan oleh seorang yang bergelut dengan berita. Kita sendiri dapat menghidu dakwat dan rokok, mendengar ketikan typewriter dan gegaran mesin cetak, dan merasakan peluh di tubuh pemberita yang berhempas-pulas di lapangan dan di ruang ofis yang sempit. Tak termasuk berdepan dengan editor garang, politikus beragenda dan persaingan daripada syarikat lain.
Sisi nakalnya: Ada wartawan yang bukan sahaja mengejar deadline tetapi mengejar perempuan, wiski dan bir. Sama ada sisi ini benar atau sekadar rekaan: Wallahu-alam!
Beliau dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Anak ke-8 daripada 16 adik-beradik. Bapanya Ismail Shairazi dan ibunya Aida Abdul Majid, keturunan Jawa, Indonesia. Bapanya merupakan guru besar di sekolah Melayu Singapura , penulis pelbagai artikel berbahasa Melayu .
Kartunis Lat menggambarkan beliau sebagai tokoh bermisai tebal dan bercermin mata serta menghisap rokok.
Isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan juga merupakan bekas pemberita di Singapura. Anaknya Nuraina Samad merupakan penulis blog yang terkenal dan pernah bersemuka dalam program Blog di RTM1. Anaknya Maria turut terlibat dalam dunia kewartawanan.
Pak Samad merupakan antara tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan hak dan kebebasan orang Melayu 1950-an. Beliau juga aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.
1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.
Ogos 1981 beliau dilantik menjadi penasihat akhbar The Star. November 1982 menjadi penasihat editorial New Straits Times. 1988 beliau bersara dari dunia kewartawanan .
Novel beliau yang diterbitkan ialah 'Patah Sayap, Terbang Jua' dan 'Tembok Tidak Tinggi' iaitu kisah pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun.
Pertama kali baca naskhah tulisan A. Samad Ismail dalam koleksi cerpen yang ditulisnya sewaktu bertugas sebagai wartawan, editor dan aktivis politik sekitar tahun 60an. Waktu baca 4 cerpen awalnya aku terus rasa nak bagi 5 bintang sebab sedap sangat penceritaan dan tema-temanya; latar setiapnya di sekitar dunia wartawan dan media (lapangan pensuratkhabaran) sewaktu pra dan pasca merdeka— berkaitan kerjaya, persahabatan, keluarga, perhubungan, sikap individu, hal tanggungjawab, politik dan juga semangat nasionalisme.
Kritik sinis tentang hal sosial dan moralitinya agak tajam tapi penyampaiannya sangat berlapik— kemas dan ada mesej, gaya humornya pun aku suka. Kisah-kisahnya tak jemu dibaca, karakterisasi dan watak penceritanya menarik dan tenang saja mengolah perspektif dan alur plot walau kadang ceriteranya bermain emosi, intens dan sarat dengan konflik harian dan isu kewartawanan. Ada babak di beberapa cerpen semacam repetitif tapi penulis sangat pandai meragam cerita dan karangan naratifnya supaya tak bosan atau meleret.
Suka dengan hampir kesemua cerpen tapi yang paling aku seronok baca— Belajar Agama, Soal Kereta, Hussein Zet, ‘Ahli Bahasa’ dan Edisi Pagi. Di bahagian pengenalan, penulis ada menyebut dia menulis koleksi ini sewaktu sedang bercuti sebulan dan karakter-karakter dan situasi ceritanya semata fiksyen atau dia mimpikan saja (“…dalam cuti sebulan itu saya banyak tidur siang dan banyak mengigau.”) namun banyak plotnya berkait hal pergolakan politik dan impaknya di kalangan rakyat dan negara pada waktu itu, barangkali masih dicedok daripada pengalaman dan perjuangan penulis sendiri yang juga seorang nasionalis Melayu kiri dan aktif dalam ber’parti’.
Koleksi yang bagus kalau nak baca fiksyen gaya hidup, budaya dan kehidupan masyarakat setempat dalam refleksi sejarah dan dunia pemberita di era pembentukan Malaysia. Agak santai tapi sangat menarik dan menghiburkan bagi aku. 5 bintang untuk naskhah ini!
Cerpen-cerpen yang asyik, dengan latar watak-wataknya dalam dunia kewartawanan. Bagaimana setiap watak berdepan lingkaran hidup dan menyelasaikannya, dan bagaimana pengarang menyusun naratif, adalah kekuatan buku ini.
11 cerpen dalam buku ini, dan terlalu susah untuk dipilih mana satu yang paling digemari. Cerpen pertama buat saya terhibur dan terkagum. Cerpen kedua buat saya terkejut. Cerpen ketiga buat saya tersentap sendiri. Cerpen keempat buat saya tersenyum. Cerpen kelima dan keenam buat saya terangguk angguk. Cerpen ketujuh, kelapan dan kesembilan buat saya tergeleng geleng. Dan cerpen kesepuluh dan sebelas buat saya sayu.
Buku ini bagus. Aku suka membacanya. Hanya kerana ketiadaan rasa ingin membaca apa-apa yang membuatkan aku mengambil masa lama untuk menghabiskannya. Oh ya, dan juga kerana aku perlu buat carian google mengenai istilah dan peralatan di kantor penerbitan surat khabar yang tidak pernah aku dengar.
Kegemaran aku Belajar Agama,Ruangan Wanita, Impian Haji Tarmimi dan Hussien Zet.
Kesemua cerpen yang ada dalam buku ini sudah pernah dibaca kerana semua cerpen itu ada dalam kumpulan cerpen Ingin Jadi Pujangga yang dibaca pada tahun 2016. Cerpen Soal Kereta tu lawak betul 😄
It seems funny that orang2 dulu sama je rupanya macam orang sekarang. The book was a compilation of cerpen from A. Samad Ismail written back in 1993. Walaupun fiksyen but it is believed that they were written based on his life as a journalist. Tema utama dalam buku ni all I can say is women where all men as journalists gilakan perempuan. Sikit2 nak main perempuan je and they like to objectify women so much sampai naik rimas and geli baca pon ada. Not to forget they like to drink and mabuk. But at the same time the polemik kaum muda vs kaum tua still ada and mentioned dalam buku. Not to forget perangai and sikap orang Melayu itu sendiri pon jelas diceritakan oleh A. Samad Ismail and masih lagi relevan until today. I also enjoyed a bit knowing how kehidupan bidang kewartanan pada zaman dahulu which is now has so much changed. I think siapa yang kerja dalam media will enjoy more reading this book.
Cerpen awal aku rasa seronok baca. Setting masa haruslah pada zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Yalah, penulis pun dari zaman itu.
Cuma aku kesal setiap cerpen ada saja tentang arak, perempuan. Arak. Perempuan. Arak. Perempuan. Terbukak jugak lah mata aku, begitu rupanya kisah kehidupan penulis2 zaman dahulu. Dalam satu pejabat tu, ada seorang sahaja lah yang setia. Yang lain semua kaki botol, kaki perempuan.
Punya lah banyak cerita pasal arak dan perempuan sampai apa yang nak disampaikan penulis tu aku tak dapat. Kesusahan tu aku boleh rasa, tapi terganggu pada kisah perempuan dan arak. Bila dah cerpen terakhir tu, aku macam skimmed trough saja sebab aku dah bosan dengar cerita pasal nak lunaskan nafsu saja.
Tapi tetap lah jugak menarik untuk dibaca. Baru lah aku tahu dalam mencipta satu surat khabar tu, berapa ramai orang terlibat.
Overall okay, tapi untuk aku, malas lah sikit sikit perempuan. Sikit sikit perempuan. Jadi sesuailah dengan muka depan tu. Gambar perempuan sebesar alam.
Temasya Tinta. Himpunan cerpen yang membawa kita menyelami tangis tawa kehidupan mereka yang bergelar wartawan, ditulis berlatar belakang zaman emas dunia kewartawanan- sebelum kemerdekaan/awal kemerdekaan, di mana mereka ini adalah manusia penting satu satunya sumber maklumat sebelum wujudnya internet. Memang membawa ke dunia lain, dunia yang asing untuk kita harini. Buatkan kita hargai insan insan yang bergelar wartawan- mereka bukan sahaja pelapor tapi juga pejuang.
Ada pelbagai cerpen dalam 1 buku. Ada berat untuk difahami ada ringan. Semuanya ragam mengenai kerjaya bidang percetakan & kewartawanan. Latar belakang tahun 60 &70an
Dengan hias kulit menawan karya Ronasina, anak anak alaf baharu terus berteka teki. Naim Al-Kalantani memberikan kata pengantar jelas tentang latar belakang karya asal yang telah dicetak pada tahun 1967.
Membariskan 10 cerpen dengan latar kewartawanan dan lokasi cetak manual, A. Samad Ismail terus berkisah penuh perasaan suka duka dunianya tanpa sebarang hajat mengada ngada. Anak kelahiran Singapura 1924 telah menjalin segala latar watak, kejadian dan lokasi (yang dikatakan hanya fiksi) penuh realistik.
Sesekali tampil begitu terperinci sekali. Membacanya di zaman ini menjadikan pembaca tidak dapat tidak, berfikir akan suasana dan budaya di zaman sebelum dan selepas perang dunia ke 2. Lokasi yang seringnya di Singapura dan di Malaya ketika perlu. Selalunya kisah gaji cukup makan, pembinaan hidup, tekanan kerjaya, gaya hiburan (kabaret, rumah urut, minuman keras, pekerja seks) dan sikap manusia (resahnya sama sahaja seperti di zaman ini).
Dalam banyak buku-buku retro Melayu yang dibaca, saya fikir ini antara gaya penulisan yang sangat menyenangkan (sesekali meleweh TETAPI tidak seleweh para karyawan retro yang pernah dibaca sebelum ini). Pengalaman luas di dunia pemberitaan menjadikan beliau nyaman berkisah tentang wartawan yang berhimpun di Singapura – hadir dari Indonesia, pernah menyertai partai perjuangan Indonesia, kehidupan di Malaya dan teknik pengumpulan berita dan tidak lupa kerja kerja terjemahan berita dari luar negara termasuk padangan mata sebelah pihak British yang ketika itu masih menjajah sebelum tahun 1957.
A Samad Ismail terus santai bercerita penuh lancar tentang Isteri yang ciwi beragama, gangguan syahwat dari wartawan perempuan, wartawan pemalas gemar merungut, sosok Anwar penjuang yang ditahan, budget kereta syarikat, editor tua bersara, rakan bakat berlebihan, pencinta bahasa sastera, kekalutan wartawan edisi pagi dan lain lain. Penamat bagi setiap penceritaan dilakukan penuh santai tanpa dramatik berat (meminta fikir di pihak sang pembaca).
Temasya Tinta saya fikir tajuk yang bersesuaian kerana berada di lingkung persuratkhabaran Melayu – berlegar pada watak-watak wartawan yang juga manusia berhias cabaran masing masing selain dari tugas pemberitaan yang disandang. Mereka menggunakan ‘Typewriter’, Dakwat Lino, Pakar Setting dan punya waktu yang perlu dikejar.
I am very pleased to chance upon this piece. It’s a JOY to read, to imagine yesteryears.
Kumcer ini menghimpunkan 11 cerpen yang berlatarkan dunia akhbar sebelum istilah “media” menjadi arus perdana. Ia adalah cerita tentang wartawan, dan dorang ini juga manusia yang bergelut dengan deadline, idealisme, tekanan politik, dan godaan duniawi.
Aku dibawa ke ruang sempit bilik berita, dihujani bunyi ketikan mesin taip, bau dakwat dan rokok, serta gegaran mesin cetak. Dalam cerpen "Edisi Pagi", "Impian Haji Tamini" dan "Kisah Cinta di Kota Bharu", Pak Samad memperlihatkan pelbagai sisi wartawan - ada yang idealis, ada yang oportunis, ada yang nakal dan ada yang kecewa. Dunia kewartawanan digambarkan sebagai gelanggang manusiawi yang penuh cacat dan celanya. Ini cukup menarik bagi aku, sebab menjadi guru atau wartawan adalah cita - cita aku yang tercapai.
Tiada wira dalam kumcer ini. Semuanya adalah manusia biasa yang bergelut dengan tekanan kerja, konflik peribadi dan dilema moral. Ada yang mengejar berita, ada yang mengejar perempuan dan wiski. A. Samad Ismail tak judge, tapi beliau biarkan kita yang judge. Watak seperti Hussein Zet dan Haji Tamini, misalnya, memperlihatkan bagaimana cita - cita dan realiti sering kali bertembung dalam dunia yang tak memberi ruang kepada idealisme. Aku melihat pendekatan ini sebagai kekuatan utama kuncer ini - tak memuliakan profesyen wartawan, tapi memperlihatkan sisi manusia yang sebenar.
Gaya bahasa A. Samad Ismail adalah gaya seorang wartawan yang telah mencapai kematangan sastera - bersahaja tapi tajam, penuh sindiran halus dan humor yang menggigit. Beliau menulis dengan kejelasan yang bebas, tak terikat kepada gaya sastera tinggi tapi tetap mempunyai nilai estetik yang mendalam. Naratifnya bergerak dengan ritma yang selari dengan dunia akhbar - cepat, padat, dan penuh tekanan. Walaupun padat, beliau sempat menyisipkan renungan tentang makna kerja, maruah manusia dan harga sebuah kebenaran.
Keseluruhan kumcer ini ialah tentang pertentangan antara idealisme dan realiti. Dunia kewartawanan, adalah dunia yang menuntut kompromi, tapi juga membuka ruang untuk keberanian. Dalam dunia yang dikawal oleh politikus, editor garang dan syarikat yang bersaing, wartawan tetap ada pilihan - untuk tunduk atau untuk menulis dengan jujur. Kumcer ini juga mengangkat persoalan tentang integriti, tentang bagaimana manusia boleh kekal waras dan bermaruah dalam sistem yang korup dan menekan.
Dari segi penceritaan sememangnya menarik. Buku ini mengisahkan tentang asam garam dunia kewartawanan. Perangai wartawan, pengarang, penyunting semua ada dalam ni. Dapat lihat bagaimana surat khabar dihasilkan juga. Saya suka sebab kebanyakan cerpen dalam ni mesej dia tak direct. Banyak yang tersirat berbanding yang tersurat. Tapi itulah... itulah... ada part yang macam kurang manis untuk dibaca. Arak, wanita macam mainan dalam dunia kewartawanan ni. Budak sekolah tak payah bacalah, walaupun karya sasterawan negara. Sekian....
kumpulan cerpen yang menarik. ada masa aku teruja, ada masa aku menguap. hahaha. tapi begitulah karya a.samad ismail. beliau tulis apa yang dia tahu. dunia kewartawanan yang kita dapat bayangkan betapa 'payah'nya mereka mahu menyampaikan berita ketika sebelum dan selepas merdeka.
Zaman dulu-dulu macam tu la kan. Arak dan perempuan. Zaman dulu mana kenal Gundam, gajet, atau apa-apa hobi macam sekarang. Seronok la tapi baca setiap cerpen. Watak paling tak suka : Shamsuddin, Basri, Wak Ha! Ha! Cerpen paling seronok : Belajar Agama.