Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sonata

Rate this book
Selepas bertahun-tahun melarikan diri, Adi Zikri terpaksa berdepan kembali dengan masa lalunya. Sang Maestro, Datuk Latiff Saari yang baru menghembuskan nafas terakhir telah meninggalkan amanat buat tiga anak muridnya. Dia mahu Adi Zikri, Rauf Arman dan Elisa Sarah bergabung di atas pentas untuk satu konsert bersama.

Hubungan yang sudah retak bertahun-tahun akibat rasa cemburu dan tersisih seperti mustahil akan terjalin semula. Adi juga sudah lama melupakan keinginannya bergelar pemuzik terkenal selepas dia merasakan Latiff tidak pernah memberi dia peluang untuk menunjukkan bakatnya.

Rahsia yang tersimpan akhirnya bakal terbongkar jua. Berjayakah Adi melawan kenangan dan masa lalu untuk merealisasikan mimpinya? Adakah perjalanannya akan setenang Le Onde, atau sendu dan berliku seperti Winterreise?

304 pages, Paperback

First published March 1, 2023

5 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Iqbal Rafiuddin

16 books41 followers
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (38%)
4 stars
19 (36%)
3 stars
11 (21%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
January 29, 2024
Jarang jarang nak dapat cerita begini dari penulis. Ceritanya sangat annoying mula mula. Tengahnya sangat interesting. Hujungnya sangat wowwwww! Plot twist tak sikit sikit ye kat hujung. Cerita ni awal awal banyak sangat drama rasa nak humban je MC masuk gaung. Dia macam, 'small small dont die, big big trouble people'. Haaaaa gitu.

Sonata ni selain vibe yang lain, signature writing penulis pun tak semua ada. Tak macam tulisan penulis yang lain. Yang ada elemen kedepan-kebelakang (past-present) dan elemen terkejut yang haaaaa tiber kauuuuu.

Details untuk cerita kalini sangat sangat amazing. Saya percaya researchnya pun pasti sangat melelahkan sebab aturan dunia muzik yang penulis bawakan sangat hidup. Tak terlalu nampak gah sombong tapi cukup sekadar menimbulkan kagum.

Last but not least, we stand by authors yang tulis powerful character development. MC having superb character development ni dah biasa, tapi cerita ni bukan MC je yang nampak jelas character developmentnya, character sampingan pun ada character development yang sangat menarik.

Tahniah bergunung gunung buat penulis untuk karya kalini. Tak sesia ya layan drama MC entah apa apa dari awal. Memang rasa nak hempuk je drama konflik kalah konflik drama melayu tv3 pukul 7. And the best thing is, ENDING TAK SANGKUT gaisssssss. Tahniahhhhhh.

For those yang suka cerita pasal muzik and drama boleh start pinjam or beli buku ni and baca.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
July 10, 2024
Aku menghabiskan bacaan Sonata sambil duduk didalam LRT, telinga pula mendengar lagu-lagu Sleeping At Last dari album Atlas mereka. Walaupun genrenya tiada langsung persamaan (bukan klasikal ya!), tetapi ia membantu aku membayangkan betapa hebatnya 3 beradik angkat itu bermain musik, lagi-lagi ketika lagu Moon, Saturn dan Atlantic berputar. Aku tak ingat adakah ini bacaan pertama aku yang bermain dengan musik, sesuatu yang agak lain dari yang lain. Banyak definisi musik yang baru sahaja didengari diperkenalkan. Dan plot twistnya bukan sedikit!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 28, 2023
“𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒊𝒔𝒌𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏. 𝑰𝒕𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂. 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒃𝒆𝒏𝒅𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉, 𝒊𝒂𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉.”

Dari kulit buku sehingga permulaan cerita Sonata menimbulkan satu perasaan yang agak skeptikal pada mulanya. Apa hubungkait dan penyudahan bagi jalan cerita ini yang paling ditunggukan.

Bagi yang berminat dan ingin mendalami dengan lebih lanjut mengenai Orkestra ataupun yang suka membaca novel yang mengetengahkan perihal muzikal klasik dan segala tentangnya, ini merupakan novel yang tepat untuk dibaca. Mengisahkan Adi Zikri, Rauf Arman dan Elisa Sarah yang diambil oleh Datuk Latiff atau lebih mesra dipanggil Cikgu oleh ketiga-tiga anak muridnya. Mereka dilatih secara khas dalam menguasai instrumen muzik oleh seorang Maestro terkenal, Datuk Latif Saari.

Selepas kematian Datuk Latif Saari, pelbagai insiden dan perkara yang tidak pernah didendangkan mengenai kisah sebenar Datuk Latif Saari muncul satu persatu. Seolah-olah ia merupakan kepingan puzzle yang perlu dilengkapkan oleh Rauf, Adi dan Sarah untuk menyelesaikan amanat Datuk Latif Saari sekaligus mengetahui hakikat sebenar kisahnya. Kemunculan Datuk Suhaimi menimbulkan 1001 persoalan yang perlu dicari jawapannya.

Setelah selesai membaca novel Sonata ini, kebisingan di dalam kepala dalam memproses segala plot twist yang dihamparkan oleh penulis begitu menarik dan menakjubkan. Boleh dibahagikan plot twist di dalam buku ini sebagai plot twist kecil dan plot twist besar. Plot twist kecil yang boleh diteka dan diagak kesudahannya manakala plot twist besar yang langsung diluar jangkaan.

Mengikut pengamatan akhir, rasanya 2 cerita berlainan daripada penulis digabungkan menjadi 1 novel ataupun ini hanya tekaan liar sahaja. Namun, kekurangan pada watak antagonisnya, Datuk Suhaimi yang rasanya agak sedikit ceritanya dan tergantung beberapa perkara lebih lanjut hubung kait antara Datuk Suhaimi, Datuk Latif Saari dan Robert.

Secara keseluruhannya, aku rasa Sonata ini begitu menarik. Daripada temanya mengetengahkan perihal muzikal teater sehingga perkara-perkara lain. Pengalaman membaca novel Sonata ini ibarat menggembara dalam sebuah penggembaraan seperti ‘Amazing Race’ versi novel di mana pembaca tertunggu-tunggu klu seterusnya apa yang akan berlaku, apa situasi yang penulis mahu sampaikan.
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews5 followers
August 20, 2023
"Orang miskin memang tak ada pilihan. Itu kenyataannya. Sebab hanya ada satu benda yang mereka kena pilih, iaitu mereka perlu berubah."

Sonata, sebuah novel bergenre cinta/misteri, mengisahkan Adi Zikri, salah seorang bekas anak murid maestro terkenal Malaysia iaitu Datuk Latiff Saari. Sekian lama dia menghilang, kini dia dan dua lagi bekas murid yang lain diamanahkan untuk mengadakan konsert bersama, tetapi satu per satu masalah timbul menjadikan konsert itu hampir mustahil untuk diadakan. Dalam keresahan tersebut, ada sebuah rahsia yang disimpan oleh bekas gurunya selama ini bakal terungkap dan akan mengubah tanggapan Adi Zikri terhadap gurunya.

Novel ini bermula dengan perspektif Adi Zikri yang terpanggil untuk memberi penghormatan terakhir kepada gurunya walaupun selama ini dia rasa dipinggirkan. Pertemuannya semula dengan dua bekas anak murid yang lain iaitu Elisa Sarah dan terutamanya Rauf Arman yang juga memusuhinya sejak kecil berjaya menambah rencam sepanjang plot yang berkembang dengan baik. Penulis kemudian mengfokuskan pada kepayahan Adi Zakri dalam mengatasi traumanya yang mengganggu usahanya untuk kembali pada prestasi dulu. Cara bagaimana penulis menjadikan trauma tersebut sebagai antagonis berjaya menyerlahkan lagi perwatakan watak utama secara tak langsung menyumbang kepada pengembangan watak yang baik. Kekurangan ketara pada novel ini boleh dikatakan tiada, tetapi perihal watak antagonis seperti Datuk Suhaimi tidak dapat dirasakan ancamannya walau penulis telahpun memberi cerita latar yang dapat menyokong motifnya. Namun mungkin penulis ingin memberikan fokus lebih pada elemen cinta dan elemen misteri yang disulam dengan baik yang mana pembongkaran di klimaks bakal membuatkan pembaca terkesima. Antara perihal yang disentuh ialah kepentingan kesihatan mental dan kesan layanan berbeza darjat.

Secara keseluruhannya, novel ini berjaya menyampaikan sebuah kisah cinta yang romantis berlatarkan dunia muzik lantas menjadikan novel ini ada keunikannya. Pujian harus diberikan kepada penulis akan usahanya menyelitkan istilah-istilah muzik yang sebati dengan cerita tanpa membuatkan pembaca bosan. Walaupun penulis gemar mencabar dirinya untuk menulis pelbagai genre, boleh dikatakan setakat ini tiada satupun yang gagal.

4.25🌟/5🌟
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
July 9, 2023
Alhamdulillah khalas dh bacaan ini. Kisah yg sungguh aku tidak terduga. Aku tidak meminati muzik, tapi cerita ini buat aku dpt merasai sedikit sebanyak "perasaan muzik" itu sendiri. Barangkali selepas ini aku melihat okestra dgn sisi lain, pandangan lain, yg lebih memahami. Pergolakan perasaan Adi cukup dekat di hati, membuatkan aku sendiri rasa emosi tambahan pula apabila berkaitan menghadapi trauma dan ketakutan kerana aku sendiri mempunyai konflik kehidupan sebegitu.

Kisah Adi dan muzik membawa kepada persahabatan, kekeluargaan, dan pengkhianatan. Mujur bahasanya santai, jd tidak terlalu "depress" membacanya. Ya, santai pd permulaan dan di tutupi dengan kejutan yg membuatkan diri ini menangis dan termenung serta tidak tahu bagaimana utk MARAH, ya sepatutnya MARAH tapi yg hadir hanya la KASIHANNYA, KASIHAN SEMUA YG TERLIBAT. Oh lupa, bacaan ini mmg utk pembaca matang, dan aku tidak matang maka itu yg aku kurang gemar. Preference aku shj.

Oleh kerana itu 4.5/5 cerita ini utk aku. Emosinya mmg 5/5, bacaan ini terbawa bawa emosinya ke luar oleh itu sepatutnya 5/5 la kan, tapi hanya kerana aku bkn pembaca matang maka kurang la 0.5. Mungkin jika baca melalui naskhah fizikal lebih umphhh gitu 😆 cuma seronok baca kt Cereka ni scroll je, tau2 eh sudah habis, eh sudah terjatuh air mata di pipi, eh itu eh ini 😆
Profile Image for Iryani .
54 reviews
November 26, 2023
This has been one hell of a ride. It's like watching an unfolding telenovela! You'll have to pay close attention or you'll miss on the clues. Iqbal Rafiuddin masterfully weaved a web of intriguing story, from one place to another, from one character to another and from one time to another. Interestingly, it flowed smoothly like water dancing through a boulderless stream.

You'll be kept wondering the significance of each scene. Like why should I care about these two? Like why is this dude so nasty and rude? It may seem a lot at first, what with multiple characters being thrown at you one after another but at the blazing speed it happened, it doesn't feel dragging at all. Just pay attention and you're golden.

My favorite characters got to be Ismail and Abang Chopin. These two lightens up the story nicely. I love the bit about Ashraff on the island. Liyana's heart wrenching fate. Also, why is Rahimah so forgiving? I would've pulled a Lorena Bobbitt long ago. Okay, maybe that's too much. A julap in his tea would be nice. Heh.

I'm glad I've picked Sonata as my first ever title from Iqbal Rafiuddin. Will catch up with his other books too! Give Sonata a read, and see if you'll agree with me how awesome it is.
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
June 28, 2024
Novel ni saya ambil masa lama untuk habiskan kerana saya sudah bermula semester baru . Jadi , segala hobi saya terpaksa dihentikan buat seketika 🤣

Saya sebagai pelajar muzik yang sedang belajar music performance , would like to say that im impressed ! Pretty sure penulis banyak study pasal muzik dan dunia muzik classical . Or sebenarnya penulis ni juga ahli muzik .... 👀

Anyways , saya suka ceritanya . Cumanya bahagian2 yang di mana situasi menunjukkan di luar negara , character yang bukan malay bercakap bahasa melayu (penulis translatekan terus i guess) rasa macam tidak logik pula di London cakap malay dengan orang2 sana 😅 kalau ada berdialog in english , baru dapat rasa vibe2 kat London or other places luar negara Malaysia yang terlibat dalam novel ni . Giteww
Profile Image for AzeeraY.
31 reviews5 followers
May 6, 2023
Sonata ni boleh habis baca in one sitting 👍🏻✨
Profile Image for Amar Jue.
21 reviews
August 18, 2025
Resensi Buku #13

Tajuk: Sonata
Penulis: Iqbal Rafiuddin
Penerbit: FIXI
Ketebalan: 304 muka surat
Harga : RM24.90 (percuma honorarium Cukaria)

Alhamdulillah. Selesai baca buku kedua daripada enam buah buku yang kuterima sebagai honorarium Cukaria. Ini adalah Novel bahasa Malaysia terbitan FIXI yang kelima yang aku baca selepas Gantung, Musketeers, Ilusaniti, dan Bidan.

Selepas membaca lima buku dan lebih 2 ribu muka surat persembahan penulis FIXI, secara dasarnya aku kategorikan penulis FIXI kepada 2 kategori: 1 penulis yang betul-betul terjun dan menyelam dalam falsafah Buku FIXI seperti Adib Zaini dan Nadia Khan, dan kategori kedua ialah yang baru nak celup-celup ke dalam falsafah FIXI. Jadi buku Sonata ni masuk kategori mana? Jom teruskan membaca resensi ini.

Tajuk Sonata ni mengingatkan aku kepada Sonata Musim Salju, lagu adaptasi dari Winter Sonata, drama Korea pertama meletup di Malaysia pada tahun 2002. Masa tu aku dekat asrama di kaki Bukit Larut sedang bersiap-siaga menghadapi SPM, jadi aku tak berapa ambik port pasal drama korea itu. Tapi aku rasa novel ni ada kaitan dengan muziklah.

***awas spoiler di hadapan**

Ternyata telahanku benar belaka, Novel ni memang cerita pasal muzik. Ia mengisahkan Adi Zikri, seorang pemuda yang juga prodigi muzik "woodwind". Dia dan adik-beradik angkatnya, Abdul Rauf dan Elisa Sarah, dibela sejak kecil oleh maestro terunggul negara, Batt Latiff, eh silap, Saari Amri, eh silap lagi, Datuk Latiff Saari.

Yang aku puji dalam buku ini ialah penulisnya telah membuat research yang aku kira, sebagai rakyat marhaen yang pengajian muzik format terakhir ialah semasa darjah 6, agak mendalam tentang muzik. Beliau menggunakan beberapa terma-terma seperti virtuoso, maestro, trench, dan beberapa lagu-lagu classical yang ada aku pernah dengar (Beethoven Moonlight Sonata, Vivaldi Winter) tapi kebanyakannya aku tak pernah dengar.

Kalau aku dalam mood rajin, mungkin aku akan cari lagu-lagu tu di Youtube. Tapi memandangkan aku nak cepat-cepat habiskan buku ni, maka lagu-lagu classical tu tinggal sekadar aksara tanpa atma di atas helaian kertas.

Malangnya, tu je kot yang aku boleh puji pasal novel ni. Plot ceritanya ada dua fasa: fasa build up yang sangat draggy (bab 1-19) dan fasa nak perabihkan cerita dengan terlalu pantas walaupun loose end bercambah (bab 20-24).

Aku puji cubaan penulis buku ni yang cuba lari dari tema cliche novel jiwang iaitu hero miskin bercinta dengan heroin anak orang kaya. Tapi cara dia olah tu menimbulkan lagi banyak loose end. Contohnya, Adi couple dengan seorang awek nama Maisarah, dan famili Maisarah menentang sungguh-sungguh sebab Adi miskin. Ok fine. Cliche kan? Jadi penulis cuba lari dengan memperkenalkan plot yang kekaboom penuh dengan bom atom: Adi tak boleh couple dengan Maisarah sebab mereka adik-beradik seibu tapi tak sebapa. What??!!

Nak loose end lagi? Kita diperkenalkan seorang watak nama Jamali, seorang pianist berbangsa Malayu yang terulung dan sedang belajar di London. Dia couple dengan Grace, seorang anak hartawan yang meminati muzik beliau. Abang Grace seorang penganut Kristian protestan tegar telah menghalang percintaan mereka, dan Jamali yang patah hati pun pulang ke tanahair dan berkahwin dengan gadis Melayu. Tiba-tiba Grace mengandung dan melahirkan anak lelaki mereka berdua, dan Jamali hantar anak tu ke rumah anak yatim untuk hilangkan anak itu dari radar keluarga Grace. Loose endnya, tup-tup Grace boleh kawin pulak dengan hartawan Melayu dan dapat lagi seorang anak nama Maisarah. Eh, bukan ke abang dia tak bagi dia kahwin dengan Muslim dan ugut nak bunuh kenapa senang-senang dia boleh kahwin? Dan plot-twist yang aku lebih rasa menjengkelkan daripada rasa nak kagum ialah Jamali tu sebenarnya Latiff Saari? Whatt the??!!

Tak rencam la cerita kalau tak ada antagonis kan? Okla, kita ada antagonis, namanya Dato Suhaimi. Tapi untuk menjadi antagonis yang epic, kau kena ada motif yang kuat. Contoh macam Thanos, dia menghapuskan separuh makhluk di alam semesta untuk mengekalkan keseimbangan dan kelestarian alam kerana sumber alam yang semakin terhad. Sama juga Ra's Al Ghul bercita-cita membersihkan dunia dari korupsi ahli politik dan birokrat dengan caranya yang tersendiri. Antagonis yang kuat kena ada cita-cita yang besar. Jadi apa dendam Dato Suhaimi dekat Jamali (Dato Latiff Saari)? Dendam dia cuma Dato Latiff Saari pandai main piano daripada dia? What the hee??!! Dato S! Kau ni darjah berapa? Kalau kau tak pandai, kau praktis lah sampai pandai. Tu pun aku nak ajar ke?

Akhirul kalam, Sonata ialah satu novel cinta yang harus dipuji kerana cuba lari dari plot klise drama pukul 7. Namun begitu, pacing plotnya yang terlalu draggy pada 19 bab pertama tetapi memecut 100 meter pada 5 bab terakhir amat melelahkan. Lebih-lebih lagi, banyak loose end yang tidak diikat dengan kemas menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Rating: 2.5/5
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
May 21, 2024
[eBOOK 35]

Sonata by Iqbal Rafiuddin.
.

Aku pernah baca buku penulis yang bertajuk Terperangkap Di Anteseden, dan aku suka.
.

Itu yang bila baca review, katanya buku ni best, so, tanpa membuang masa, kita pun baca la.
.

Kisahnya bila Adi bersama-sama Rauf dan Sarah, ialah anak angkat Datuk Latif Saari, belajar muzik dengan tokoh muzik yang hebat tersebut.
.

Walaupun Adi ni mahir dalam alatan muziknya, Adi masih tidak dibenarkan untuk bermain di atas pentas. Itu yang buatkan hati remajanya memberontak dan seterusnya lari dari rumah.
.

Beberapa tahun berlalu.
.

Datuk Latif Saari sudah meninggal dunia. Maka, Adi kembali untuk memberikan penghormatan terakhirnya. Dan ada wasiatnya yang meminta Adi, Rauf dan Sarah untuk bersama-sama di atas pentas membuat persembahan.
.

Mampukah mereka? Sedangkan Rauf masih marah dengan Adi. Adi juga sudah lama tinggalkan alat muziknya.
.

Baca buku ni macam tengok KDrama la kot. Penuh dengan emosi dan dramanya. Bila dah hujung-hujung cerita, dengan plot twistnya lagi.
.

Overall, aku rasa buku ni buku yang berilmiah. Banyak benda baru tentang muzik yang aku belajar. Karakter Adi pun strong. Nampaklah character development tu. Cumanya watak Latif Saari tu yang menjadi punca masalah ni terjadi.
Author 11 books12 followers
March 31, 2023
Ada suatu kelainan dalam karya Iqbal Rafiuddin kali ini, Sonata. Ia mengingatkan saya pada novel awalnya Monokromatik, walaupun jalan cerita dan genre dua buku ini berbeza. Berbanding Galat, Sonata ada rough edges yang saya amat suka. Ada ayat-ayat yang membuat saya nikmati lugunya.

Cerita dalam Sonata berpangkalkan kekesalan. Penulis pandai meletakkan mood yang menjiwa. Sebagai pembaca yang punya latar muzik dan tahu perangai ahli muzik, bagi saya watak maestro dalam Sonata agak jinak. Mungkin sebab saya pernah melihat concert master menghempas komputer kerana line up violin ada masalah. Watak utama pula membawa elemen sedih kerana dia dibawa penulis untuk menerima bahawa dunia ini tidak sempurna. Kita takkan dapat kesemua yang dicita, dan adakalanya, yang cita-cita tak kesampaian itulah paling merenggut jiwa. Namun Adi, si watak utama tetap survive dan tidak putus asa mencari bahagia.
Sebagai peminat Iqbal Rafiuddin, Sonata termasuk dalam senarai wajib baca.
Profile Image for Yumi Teavee.
90 reviews1 follower
May 24, 2024
Buku ini adalah buku kelapan saya baca dari buku fixi and this story blown my mind. Bila tengok tajuk dia, saya teringat dengan lagu maestro dari group seventeen korean group pop yang berkait dengan jalan cerita maestro ini iaitu Datuk Latif bersama anak muridnya Elise Sarah, Rauf Arman dan Adi Zikri yang menjadi anak didik maestro. Cerita pada mulanya pening sebab kejap Sarah, kejap Rauf, kejap Adi. Tapi bila nak masa ending, gabung tiga karakter tu membuahkan plot twist yang sangat besar. Sebab saya tak expect ending dia camtu, satisfied sebenarnya. Jadi, sesiapa yang minat dengan buku yang berkait dengan muzik. Saya syorkan anda untuk baca buku sonata. Sebab buku ini adalah buku first saya baca genre muzik dalam buku fixi yang masih baru dengan genre seperti sonata.
Profile Image for Hanz Jamaludin.
Author 4 books17 followers
June 13, 2023
Terima kasih letak nama Chopin sebagai salah satu watak. - Hanz Jamaludin

GALAT adalah novel pertama Iqbal yang saya baca dan ternyata amat berbeza dengan pendekatan cerita Iqbal kali ini menerusi SONATA.
Melodramatik dan romantis sehingga saya berpendapat antagonis sebenar dalam cerita ini bukanlah datang daripada luar.
Tetapi pergelutan dalaman antara dua watak utama dalam zaman yang berbeza.
Plot twist memang sukar diramal. Termenung kejap usai membaca.
Thumbs up, penulis!
Profile Image for Aqilah Ramli.
25 reviews3 followers
August 12, 2023
What a good book.

Ya, itulah yang aku post bila dah habis baca buku ini. Aku terlalu suka novel ini. Cara penulis terangkan tentang muzik, kaitkan dengan perasaan, melankolik dan romantis. Cukup rencah dan rasa.

Setiap watak ada kisah mereka sendiri, cuba mencapai apa yang mereka mahu. Plot twist? Tak dijangka ya. Kebenaran yang disua dimuka Adi Zikri tu serba sedikit, aku juga merasa tempias sedih-kecewa.

Tahniah penulis, anda berjaya menulis cerita sebegini.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
July 19, 2023


"tanda sayang itu terletak pada kesanggupan kita untuk mengurangkan bahagian diri kita agar sama-rata dengan orang yang kita sayang"

Tema nya cukup menarik. Plot-twist dan watak Jamali mampu menimbulkan tanda tanya.
1 review
October 16, 2024
Sangat jarang kita nak jumpa kisah tentang muzik yang quite detail especially dalam Malaysia. Jadi teringat novel Konserto terakhir.Kudos to the writer
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.