Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Hanya kerana dia merupakan adik Scar, dia diculik dan dikurung. Pada insan itu, dia hanyalah umpan. Tetapi insan itu tersilap kira. Dia bukannya perempuan lemah yang hanya akan berdiam diri!

"Kau tu sendiri, Althea... You're different. You're too fearless to be someone who has nothing to do with Scar." -CHRONOS

"I'm trying my best to survive, kalau aku tak nak hidup aku jahanam sekelip mata."- ALTHEA

Awalnya, Althea hanyalah dilihat sebagai umpannya. Chronos tahu itu cara paling mudah untuk dia tundukkan Scar dan seterusnya dia akan menguasai Underland. Dia akan jadi raja dunia kelab malam di dunia bawah tanah itu!

Namun lama-lama, Chronos sedar sesuatu. Wanita itu telah berjaya mencuri sekeping hatinya.

"Kita sepatutnya bencikan satu sama lain tapi... Can I not let go of your hand?" - CHRONOS

"Stop it, Chronos. Game apa lagi yang kau tengah mainkan?" - ALTHEA

Dalam pada dua jiwa bergelut dengan perasaan sendiri, ada insan yang sedang memburu nyawa seseorang. Ada dendam yang perlu dia lunaskan.

"I find pleasure in other people's pain too." - SCARLET

Satu demi satu nyawa melayang. Satu demi satu kebenaran terbongkar. Ternyata di antara Althea dan Chronos, bukan cuma ada cinta. Tetapi darah juga.

Akan bertahankah rasa itu, atau dendam akan menghapuskan segalanya?

"Tergamak kau bayangkan perpisahan sedangkan aku bertahan dengan segalanya, demi kita."

659 pages, Paperback

First published February 1, 2023

2 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books224 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (53%)
4 stars
23 (35%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 14, 2023
What can i say about this 'queen'?

Tapi betul la yg syu nyatakan bahawasanya Scarlet ni more to romance berbanding action. Aku setuju. Sebab kan, dalam ni korang akan nampak jalan cerita tu lebih fokus pada hubungan ML dan FL
.

Althea, dia diculik oleh Chronos sebab dia adik Scarlet. Althea seorang gadis yang innocent. Tujuan utama Chronos menculik Althea adalah demi mendapatkan 'Underland' milik Scarlet. Tah pape Chronos, nak hak orang😂
.

But it went wrong bile, timbul satu perasaan dalam diri Chronos terhadap Althea
.

"Chronos menadah tgn utk melihat telapaknya. Tgn inilah yg tadinya mengusap pipi Althea dan seka titisan air mata wanita itu. Tgn yg selama ini menyentuh wanita kerana nafsu, ttp bukan td. Sedikit pun dia tak merasakan yg tidak2. Tika itu, dia hanya ingin mengesat air mata yg telah mencemari pipi Althea krn dia benci melihatnya"
.

Tapi kan. Kalau ikut tajuk tu, Scarlet. I wish aku boleh baca more about Scarlet. Tapi banyak kisah Althea berbanding Scarlet sendiri. Scarlet pon hanya muncul utk part tertentu je. Tapi aku rasa, Syu ada sebab tersendiri untuk hal ni
.

Disamping Chronos, ada Kris yang sentiasa ada. Aura Kris tu aku rasa lagi menyerlah dr Chronos. Sikap die. Buat aku melting. Harapnya next queen, Kris jadi hero ye🤣🤣
.

Dari awal aku meletakkan satu expectation. Dan ape yg aku jangka tu betul. Tapi rupanya Syu buat pulak plot twist lain diakhir2 cerita. Korang akan rasa berdebar2 dengan part aksi dihujung2 cerita
.

Aku suka 1 kata2 Loki, kawan Scarlet di page 555, tp aku tak boleh nak share. Spoiler utk korang yg belom baca😬
.

Mesti korang nak tau kan, siapa nama sebenar Chronos. Serius name die best gile. Baca, dan korang jumpe. Nanti share tau🤭
.

Satu yang aku belajar dlm novel ni, jangan mudah percayakan orang walaupon dia dah bertahun2 dengan kita. Hati ni, tak siapa yg tahu bile die nak berubah. Jadi sentiasa berhati2 dan letak satu benteng. Bukan tak percaya kawan, tp lebih kpd mengelakkan perkara yg tak diingini
.

Tahniah syuuuuuu.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
July 5, 2023
Satu yang harus dipuji sikap heroin ni adalah walaupun kau hidup dalam dark life, kau tetap bertutup litup ya. 💁🏼‍♀️ Ok bye!
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
March 20, 2023
Untuk Scarlet boleh dikatakan action 40%, romance 60% pastu a bit dark. Dah separuh buku dibaca aku banyak berteka teki cause I'm not so good with guessing 🤣. Hero dikatakan berumur hampir 40an tapi kenapa action, cara percakapan rasa macam hujung 20an awal 30an saja tapi tak menganggu pembacaan aku pun cuma tu lah tuu. Heroin pulak okayy OMGee badass.

Untuk jalan cerita, plot memang I give you my respectlah walaupun aku dah boleh agak dekat penghujung cerita tapi tetap chef kiss. Tapi apa yang aku perasan ada scene yang lebih kurang mcm Yuki (Queen Series 1) cuma bertukar orang & lebih intense sikit.

Apepun tahniah Syu & cepatlah keluarkan Queen Series #3 ekkee. ohh, untuk yang sukakan action romance tersangatlah recommended untuk baca Queen Series okay.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 10, 2024
dark romance, mystery. hmm boleh la, try to convince myself to like this book but i cant. draggy bagi aku sbb dari awal dah boleh agak identiti Scarlet tu so nak sampai dekat part bongkarkan tu sangat melelahkan🙂 and some parts yang cringe idk maybe it just me

gaduh berebut kelab malam. rupanya ada rahsia itu ini
Profile Image for Mslvoe.
2,073 reviews200 followers
March 15, 2025
Tiba² F rasa lelah baca buku ni. Tu pun F cuba paksa tapi lemau rasanya. Oklah bye
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews15 followers
June 16, 2024
So I guess this is twisted tales of Alice in wonderland?

I feel that I will like everything that had happened if I was a lot younger but now I'm older, guess my taste in books also had changed.

As someone yang dh baca almost all of author's works, I was expecting more actually.
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
March 20, 2023
TAJUK : SCARLET by SYU ARIANI
•••
📌 4 ⭐️
📌 PAGES : 659
📌 TROPE : enemies to lovers
•••
Althea, diculik dan dikurung kerana dia merupakan adik kepada Scar, pemilik Underworld. Sebuah kelab malam yg merupakan pesaing terbesar Time, kelab malam kepunyaan Chronos.

Chronos mahukan Underland. Makna kata, Chronos mahukan segalanya milik Scar.. Itu juga bermaksud..

Althea ialah umpanya..

Chronos tahu itu cara paling mudah untuk dia tundukkan Scar dan seterusnya menguasai Underland yg merupakan raja dunia kelab malam di dunia bawah tanah itu. .

Baginya, Althea cuma umpan , tapi lama kelamaan, tujuan Chronos mula terpesong. Daripada mahu menakluki Underland, bertukar menjadi mahu memiliki hati Althea. Daripada menculik dan mengurung Althea, bertukar menjadi melindungi Althea. Sanggup melindungi Althea dgn nyawanya sendiri.

Chronos juga mula tersedar sesuatu.. wanita itu telah berjaya mencuri sekeping hatinya.. Kemanakah hala tuju hubungan mereka ? Mampukah Chronos memiliki Althea ? Dan mampukah persengketaan antara Chronos dan Scar terlerai ?

“𝗞𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻, 𝘁𝗮𝗽𝗶.. 𝗖𝗮𝗻 𝗜 𝗻𝗼𝘁 𝗹𝗲𝘁 𝗴𝗼 𝗼𝗳 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗵𝗮𝗻𝗱 ?” - 𝗖𝗵𝗿𝗼𝗻𝗼𝘀

♡ I DO LOVE CHRONOS BUT KRIS ?? Weh pembantu Chronos tu kan menarik betul lah 🤣 dia cam benci semua perempuan tapi dia mcm ada soft spot dekat Althea 🫶🏻 kesian dia, suka Althea tapi bos dia suka Althea jugak 🤣

♡ Dalam ni kan ada cameo watak2 novel prev syuariani tauu !! Rsa excited je bila sebut nama nama yg familiar 🤣
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
August 14, 2023
Nasihat zu untuk you guys yang nak buku ni, kena tenang fikiran & kosongkan minda anda 😌 this will be a long journey for you.

Chronos yang menjadikan Althea sebagai umpan dengan harapan dia dapat menguasai Underland. Hanya kerana Althea itu adik Scar, dia yakin Scar akan datang untuk selamatkan adiknya. Tapi Chronos silap, Scar itu manusia yang tiada hati perut, ruthless. Kau nak ambil adik dia? Ambillah.

Jauh di sudut hatinya inginkan kehidupan seperti manusia biasa. Terlalu banyak perkara yang dia tempuhi sehingga dia leka & mengambil jalan yang salah. Althea sedar dia sepatutnya bencikan Chronos, tapi hati yang degil macam tuannya tetap menyalakan perasaan itu.

⋆。゚♡。⋆。 ゚

𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂...

𝗬𝗼𝘂 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗹𝘆 𝗱𝗶𝗱? 𝗞𝗮𝘂 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹-𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂?

𝗔𝗸𝘂 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂. 𝗦𝗼 𝗺𝘂𝗰𝗵. 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗮𝗸𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶. 𝗘𝘃𝗲𝗿𝘆𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝗺𝗲 𝗶𝘀𝗻’𝘁 𝗺𝗶𝗻𝗲 𝗮𝗻𝘆𝗺𝗼𝗿𝗲. 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗮𝘂, 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗮𝗸𝘂.

SABAR GAIS SABAR! Zu literally tutup buku & menjerit bila zu dapat tahu nama Chronos 😳 like… wow, sangat kacak & menusuk ke hati jantungku sungguh nama itu, saya approve ✅

⋆。゚♡。⋆。 ゚

Pada awalnya zu kind of tak dapat nak ikut rentak how the flow of storyline will be, mungkin dah lama tak baca buku kak syu. Tapi bila dah sampai ‘that’ part, zu memang tak boleh nak letak buku ni sampai dalam kereta pun zu sanggup baca. Mind blowing weh! 🤯

Tercengang zu bila dah habis baca. Knowing gaya penulisan syu ariani, zu memang get ready dah jadi detective. Sekali plot twist yang dihadiahkan buat zu terduduk terus. Ending villain zu puas ☝🏻

The moment bila Yuki muncul, WOW! Zu rasa readers yang baca buku syu ariani, mesti akan suka side characters 🤣 Kris & Loki macam mana ya? 👀 Sila baca untuk tahu apa yang jadi, best!

⋆。゚♡。⋆。 ゚

𝘛𝘸𝘰 𝘸𝘰𝘶𝘯𝘥𝘦𝘥 𝘴𝘰𝘶𝘭𝘴.
𝘉𝘦𝘦𝘯 𝘭𝘪𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘥𝘢𝘳𝘬 𝘧𝘰𝘳 𝘴𝘰 𝘭𝘰𝘯𝘨.
𝘠𝘦𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘺 𝘧𝘪𝘯𝘥 𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵𝘴 𝘪𝘯 𝘦𝘢𝘤𝘩 𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳'𝘴 𝘱𝘳𝘦𝘴𝘦𝘯𝘤𝘦.
Profile Image for Diniy Qistina.
159 reviews5 followers
January 2, 2025
Pada awal dan pertengahan cerita agak 'lelah' sikit membacanya. Most of the time rasa annoying/naif dengan Athelea. Kejap sok innocent kejap macam ada pendirian tegas. Chronos centulah. Stok-stok hero dingin berhati beku tapi dalam hati ada taman. 😌

Berbanding kisah Athelea-Chronos, kita lagi suka part Scarlet. Memang paling tunggu part dia je. Suka dia punya ruthless tu 🙂☝🏼. Sebab Athelea-Chronos ni asyik main tarik tali je. Sepanjang pembacaan asyik terfikir je kenapa tajuk cerita ni Scarlet ek sedangkan Scarlet tu watak dia macam villain je. Dahlah kejap-kejap je 'keluar' part dia. Bukan ke patut dia jadi watak utama? Memang tak boleh nak 'braining' mula-mula tu. Dah masuk pertengahan cerita pun masih tak faham apa sebenarnya yang terjadi ni? Apa motif ni? Siapa yang paling jahat di antara yang jahat tu?

Macam biasa, cerita kak Syu pastinya wajib ada plot twists after plot twists. Tapi plot twist selepas muka surat 500 something tu buat kita termenung kejap 😧. Sumpah tak expect! Memang rasa nak je reread dari awal balik. Rasa macam banyak betul hint yang dah terlepas pandang rupanya. 😮‍💨

At the end, paling kesian dan curious dengan kesinambungan kisah Kris. Tapi kena sabar. Kisah dia ada kat buku nombor 4. Kita nak kena jumpa Noah-Hilde dulu baru boleh jumpa Kris-Malika. 😌
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
June 3, 2023
✨Scarlet by Syu Ariani✨
Dia... Wanita yang mencintai Chronos sepenuh hati walau darah menjadi ganti.
.
A super-lengthy review without giving too much spoilers😉
.
Scarlet adalah buku kedua karya Syu Ariani dalam siri The Twisted Tales of Queen. Saya rasa kalau tak baca buku pertama(Yuki) pun tak apa sebab tak ganggu jalan cerita langsung (cuba positifkan diri sebab tak baca Yuki lagi😂).

So I guess my reading experience with Scarlet was okay. The story itself didn't have any major surprises, but there were still a few parts that kept me reading till the very end. Definitely Syu Ariani's style, and I enjoyed how she manages to keep the reader on the edge with action scenes and mystery despite the fact that we can all guess where the story is going to go.
.
I just want to add that I really like how the writer used the name from Greek mythology and the story of Alice in Wonderland in this novel before getting into more detail.

To be honest, my understanding of the names of the main characters may differ from the writer's intended meaning, but what I took away from Scarlet was that their names perfectly complemented their personalities. For instance, Althea, is the Greek for "healer".

Althea digambarkan oleh watak-watak lain sebagai 'bukan perempuan tipikal'. Kalau perempuan lain kena culik mungkin akan menangis,meraung dan merayu minta dilepaskan. Tapi tindakan Althea di luar jangkaan. Interaksi dia dengan karakter lain secara tak langsung memberi 'comfort' terutama pada mereka yang ada trauma atau kisah silam yang menyakitkan macam Chronos. Her unthinkable acts may be excessive but at the end it helps Chronos in putting his past to rest. In a sense, he is healed by her.

Dari awal lagi penulis dah bagitau Scarlet dipenuhi oleh karakter-karakter tak bermoral. Kalau nak cari karakter yang semenggah sikit rasanya kena tunggu sampai habis cerita😂. Sebab setting novel ni berlatar belakangkan kehidupan kelab malam, jadi boleh bayangkan la macam mana kehidupan mereka yang terpesong jauh. Chronos dan Kris awal-awal dah tunjuk red flag pada Althea.

Ingat lepas habis fasa red flag Chronos dgn Kris dah boleh bertenang, tapi ada pulak yang lain yang lebih teruk. Babak-babak kekejaman Scar pada mangsanya memang menggerunkan. Walaupun kebanyakkan masanya dia tak menggunakan tangan sendiri, tapi idea dan manipulasi yang dia buat untuk jayakan plan dia tu memang sesuai dengan tajuk siri ni.. twisted mind!
.
Althea and Chronos love story is in no way like a typical boy meets girl story. Pertama kali jumpa Althea selepas diculik, Chronos terus jatuh cinta tapi tidak pada Althea. Dia benci Chronos yang kaki perempuan dan suka menyakitkan diri dia. Mula-mula ingat yang Althea akan jatuh cinta pada Kris. Kris pun red flag juga tapi dia 10 kali lebih baik daripada Chronos.
.
Dendam dan pengkhianatan pada saya adalah elemen utama yang menggerakkan jalan cerita ni. Sebab watak Chronos dan Scar masing-masing ada dendam yang sama pada pembunuh Hazel dan dikhianati oleh orang kepercayaan mereka sendiri.
.
♥️he fell first, she fell harder
♥️revenge
♥️betrayal
♥️t/w: gruesome murder, abuse
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
April 1, 2023
Scarlet ni antara novel yang aku sangat nantikan. Dan sesungguhnya, aku berpuas hati sangat dengan ceritanya. Unlike romantik thriller penulis yang lain, novel kalini, seperti yang dah penulis warn siap-siap, memang sangat tidak bermoral ya. Apatah lagi watak utama, hero dan heroin ni terikat dengan dunia kelab malam yang memang spot maksiat. Belah mana moralnya kan? Dan maybe disebabkan nilah aku take time sikit nak habiskan bacaan. Need time to adjust gituuu.

Chronos si hero ni mula-mula jumpa Althea dah tunjuk perangai tak bermoral dia tu. Suka hati dia je main kiss orang. Dia ingat dia siapa?! Ish geram ni geram. Sidekick dia, si Kris pulak main naik penampar. Eeeee geram betul aku dengan dua ketul ni mula-mula. Nasib baiklah lain mereka tu Althea, yang memang bukan perempuan tipikal. Dia, Althea, adik Scar. But then, makin cerita berkembang, makin aku nampak yang Chronos ni taklah takde moral langsung. Ada, cuma hidden well. Samalah dengan si Kris ni.

Speaking of dua ketul ni kan, walaupun aku dah boleh agak siapa hero untuk novel Scarlet ni, tetap muncul second lead syndrome yang selalunya muncul kalau aku tengok k-drama. Kalini, dalam novel pulak, setelah sekian lama. I is so badly want Kris with Althea ish. Tapi tapi kenooottt sebab Althea is so much better with Chronos. Storylinenya, dengan misteri pembunuhan pekerja Chronos satu ketika dulu, bayang-bayang Scar yang tak memunculkan diri, tarik tali antara Chronos dan Althea dan segala insiden yang berlaku sepanjang Althea jadi tahanan Chronos sangat menarik-narik perhatian aku ya.

Cerita yang mulanya aku sangka simple, berkisarkan perebutan title 'pemilik kelab malam nombor satu' rupanya lebih mendalam daripada tu. Nothing is a coincidence. Sangat berselirat dan cerita mereka ni, sangat memedihkan. Kalau mulanya ada putik-putik cinta, ada gelak tawa, hujung-hujung haih, derita! All those betrayals! Tak tahula berapa banyak air mata aku yang berjaya kaksyu tumpahkan. Dan Kris! Sedih betul aku dengan watak dia ni. Agaknya ada tak dalam plan untuk kisah Kris pulak?

Selain cameo Yuki, Hud, Noah dan baby Yuki-Hud, yang beraksi menolong Althea, ada jugak nama Beast yang disebut-sebut. Haih, rindu pulak dengan dia. Dr. Erwan pun. Walaupun tak ada kisah dia secara detail, tapi dia sentiasa muncul dalam aksi-romantik karya kaksyu dari JA lagi. So, bila dia muncul lagi dalam Scarlet, terasa macam 'hello batchmate yang tak rapat!' gituu. Overall, aku enjoy gila cerita Scarlet ni dan aku berani kata novel ni top 3 aku daripada genre ni yang kaksyu tulis.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
June 7, 2023
“𝒪𝓊𝓇 𝓁𝑜𝓋𝑒 𝒾𝓈 𝓉𝒾𝓂𝑒𝓁𝑒𝓈𝓈. 𝒴𝑜𝓊 𝒽𝒶𝓋𝑒 𝓂𝓎 𝓌𝑜𝓇𝒹𝓈” -𝒞𝒽𝓇𝑜𝓃𝑜𝓈

𝒞𝒽𝓇𝑜𝓃𝑜𝓈 🤍 𝒜𝓁𝓉𝒽𝑒𝒶
5/5 💫

Althea diculik dan dikurung Chronos kerana dia ‘adik Scar’. Chronos jadikan Althea umpan untuk dia miliki Underland kepunyaan Scar. Setiap hari tunggu Scar datang jadi sia-sia, Scar dan Althea tak rapat macam yang Chronos sangka.

Chronos simpan Althea dekat Kelab malam Time miliknya. Bagi Althea, dah okay sangat tinggal kat situ walaupun tempat hiburan maksiat tapi at least elok daripada tempat kurungannya sebelum ni. Althea selesa sampailah satu berita tentang Hazel membuatkan darah milik Althea menitik.

Misi pertama untuk tunggu Scar datang, tapi tak sangka yang datang adalah perasaan. Chronos terbuka hati untuk Althea, seseorang yang dia tak patut jatuh hati kerana dia ‘adik Scar’. Althea juga bingung dengan perasaan sendiri.

Dalam diam, ada yang memburu nyawa seseorang kerana dendam. Dia mahu darah dibalas darah 🩸dan di Time titik permulaannya >> Kenapa Scar tak datang selamatkan Althea? Siapa Hazel? Nyawa siapakah yang akan terkorban? Adakah Chronos mampu takluki Underland? ha nak tau pi baca

🪄 SCARLET WAS SO DAMN GOOD!!! Gempak gilaa storylinee literally goosebumps and speechless 😭 Jeha punya confident masa baca konon boleh target what’s next tu masuk gaung je la sebab plot twist 🤯 Tak terfikir langsung (ha semua benda tak sempat nak fikir dah), penceritaan yang buat kita confused like EH SRSLAAAA APANII?!

🪄 Sebelum baca mesti macam boleh agak tau tapi masa baca i bet kita semua telah dimainkan ilusi oleh kaksyu! Macam tu je digula-gulakan 🥲Dengan Chronos-Althea yang nak play hard pulakkk! ish geram tapi suka! 😝

🪄 Scarlet memang slay tau korang! Dia boleh buat semua benda like literally dia own everything. Kisah disebalik Scarlet pun boleh tahan sebakk jugak 🥹

🫧 Issa recommended guys! JEHA REPEAT! ISSA RECOMMENDED! Sumpahh Chronos ni lain sikit walaupun awal tu dah nak masuk geng 🚩 tapi jeha pejamkan sebelah mata sebab dia hawt 🫣
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
April 9, 2024
SPOILER ALERTTTTT!!!!

As an Alice in Wonderland punya hardfans, saya sukaaaa!!!! At first sis macam eh kenapa nama-nama dalam Scarlet ni macam familiar rupanya dari AIW but to be more accurate, from Alice Through The Looking Glass. Kalau siapa dah layan dedua series Alice in Wonderland ni mesti aware Red Queen ni antagonis kan, tapi bila tengok ATTLG, rupanya Red Queen ni baik and cuma nak kasih sayang dari keluarga dia. Same like Scarlet. Scarlet ni cuma nak kasih sayang family sampai dia jadi owner kepada Underland pun masih tak di notice oleh family dia.

Chronos pula ada company called "Time", if tengok dalam ATTLG, Time ialah love interest kepada Red Queen, and Chronosphere tu ibarat tickling bomb. So dalam series ni, kita dapat twisted tales which Time and Red Queen (Chronos and Scarlet) become together. Chronos culik adik Scar kononnya sebab nakkan Underland. Kurung punya kurung alih-alih each other fall in love. Dari nak cari gaduh dengan Scar, terus cari cara nak minta restu Scar supaya boleh bersama adik dia.

For me, walaupun Scarlet tak sekental Yuki tapi sekurang-kurangnya she willing to do everything for her love. Sedih la jugak sampai Scarlet kena minta tolong Yuki untuk selamatkan suaminya. Apa pun lurveee fl and ml punya character, sebab tak ego. Once love terus confess je takde nak berdalih-dalih. Chronos punya character unexpectedly bagus sangat. Walaupun dia di view as someone yang perlu digeruni and all. Tapi Chronos ni mudah ada rasa empati dan jujur. Dia tak kesah pun untuk orang tahu apa dia rasa time tu, kalau dia sedih, dia tunjuk dia sedih kat staff-staff dia. Dia pulak menjaga semua staff dia. lurveee. Kris pulak wowww kinda hoping the last series gonna be kisah Kris
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
January 8, 2024
My thoughts?


1.  Wow this book is something else. Setting place dan watak luar dari kebiasaan. Aku macam, betul ke tengah baca novel Melayu ni? 😂 Hero heroin dua2 tokey night club? I think I like Scarlet better than Yuki.


2. Cerita ni banyak trigger warning. Kidnapping, sexual assault, sexual abuse, death, brutal murder, violence, alcohol etc. If you can't handle it, please don't read this book.


2. The characters:


• Althea/Scarlet - my favourite! Dua2 side dia pun aku suka. Jadi Althea she's very bold & mulut lancang. Jadi Scarlet pulak, dia sangat psycho 😂


• Chronos - awal2 nampak macam perangai buaya darat. Aku macam eii kenapa hero macam ciss haha. Tapi nasib baik lepas tu tak. Kalau tak cancel Chronos 😂


• Kris - he's my ultimate favourite! Aku suka Kris  berbanding Chronos, sorry 😂 aku tak tahu kenapa aku asyik suka 2nd lead haha. Awal2 dia macam cannot stand Althea tapi lepas tu dia pulak yang care. Aku suka cara dia. Why bukan kau yang male lead??? I demand a whole book about him!


3. Aku ni kan geram betul dengan Chronos. Althea tu memang tak boleh cakap dengan sape2 eh? dengan semua orang dia nak jealous amende siaa 😂 Tak padan dengan tokan night club yang semua orang takut. 


4. Plot twist buku ni kan memang another level. Awal2 tu kau tak dapat agak pun yang Althea tu sebenarnya siapa. Hujung2 tu baru terbongkar habis. Aku mati2 ingat Scar tu memang abang si Althea. Kena tipu hidup2 😂


5. Overall, aku enjoy baca buku ni. Laju je baca sampai habis. Tak bosan dan tak dragging tu yang penting. Ending dia macam lawak sikit la tiber buka bakery I cannot lah! 😂
Profile Image for zulaika.
45 reviews
March 25, 2023
Halfway through the book, I thought I had figured out everything, but I was proven wrong with the unexpected twist at the end👀

I was a little unsure of whether I would like to book at the start because of the setting of the story, and there were some hinted mature elements.

But nonetheless, the plot was interesting and scarlet, ugh, I love her. Ngl, I was #teamkris. Mungkin the next queen's series male lead is kris? 👀

Also, the crossover at the end of the book is so gooddddddddddd. I was so excited when I saw yuki 🥲💕
75 reviews16 followers
July 2, 2023
Cerita mengenai Chronos nak kan Underland
Diculiknya Athelia , adiknya Scar

Then, ada Kriss, Qaiser, Sean n Loki
N Yuki, Hud n Noah

Cerita ni xde yg mengejutkan, mgkn sbb dh biasa baca cerita mcm ni n dpt agak knp dan siapa ataupun penulis tak berjaya mengelirukan aku

Jln cerita dan olahan yg best, 2 hari je dh hbs baca.
Xde rse part yg membosankan , good job penulis.
3 reviews
May 4, 2023
3.45/5✰★✰

Scarlet?? Sy x sure apa yg di twisted tales kan d sebalik nama scarlet, pointless gila..

just another typical story, from syu ariani..

So far yuki & scarlet, overall rating dia 3/5
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.