Jump to ratings and reviews
Rate this book

Catatan

Rate this book
BERMULA DARI TENGAH
Segala Catataku ini kumulai dari tengah, bukan dari awal atau pangkal supaya aku bisa mundar-mandir di dalamnya - menoleh ke kiri ke kanan, melihat ke atas ke bawah, atau melompat; berjalan di sekitar pusatnya. Kalau terkurang, kutambahi; jika terputus, kusambung; yang tersimpul, kuungkai.

Demikianlah, Catatanku ini kudekati dan kulangkaui; kuasak, kuperah, kutebarkan hingga menguncup, mengembang. Kadangkala...kusebat, kukritik; kuselongkar minda sendiri.

BUKAN SENI SAMBILAN
Padaku, menulis Catatan ini bukan suatu seni sambilan, melainkan suatu seni utama. Meskipun kukerjakan dalam keadaan dan waktu tenang, tak perlu kucoret dengan kalimat yang panjang atau dalam susunan ayat yang sempurna; tak perlu siap atau kusiapkan.

SEBUAH BUKU CATATAN
Sebatang pena, sebuah buku Catatan; selebihnya ialah keresahan.

KAWAN DAN TEMAN
Kalau sketsaku itu kawan akrab lukisan, maka Catatanku ini ialah teman karib tulisan.

KEPADA DIRI SENDIRI
Catatanku - semua ini - seperti bercakap kepada diri sendiri, sambil mengingati detik waktu dan ruang yang tidak akan kembali

397 pages, Paperback

First published January 1, 2010

6 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Latiff Mohidin

23 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (33%)
4 stars
16 (59%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
January 31, 2016
Susah untuk merumuskan siapa pak Latiff Mohidin daripada Catatannya ini. Penulis sajak/penterjemah/karyawan tamu/pelukis/pekerja seni/bidan?
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
December 2, 2011
Buku yang mengumpulkan himpunan tulisan penulis berupa catatan-catatan pendek, ringkas tetapi padat dan bernas. Membaca buku ini terasa seperti membaca sattus Facebook atau Twitter. Pendek dan ringkas. Apa yang membezakannya ialah jarak masa catatan-catatan ini ditulis iaitu dari seawal tahun 50an, 60an dan banyak yang ditulis dalam tahun 70an. Mungkin juga himpunan tulisan ini adalah kumpulan catatan peribadi penulis yang diambil dari Buku Harian peribadi beliau.

Himpunan catatan ini dibahagikan mengikut sub topik seperti dunia satera, dunia arca lukisan, teater dan seni.

Sebuah karya masterpiece. Buku yang akan saya baca berulang-ulang kali dan setiap kali pembacaan akan mendatangkan kesan yang berlainan, bergantung kepada sudut mana yang dipandang.

`Akhirnya yang akan dikenang oleh pembaca ialah kesan daripada isi sesuatu karya; bukan gaya, bukan teknik. Akhirnya yang akan sampai ke hati ialah getaran kata daripada benda yang biasa, (tetapi terasa aneh, terasa luar biasa)' - Catatan oleh Latiff Mohidin(halaman 342)


Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
July 3, 2012
Pernah ada seorang kawan yang baru meminati dunia sastera bertanya saya, "buku apa yang patut kubeli dulu untuk mengerti tentang sastera?"

Dan aku bisik pada telinganya, "Catatan Latiff Mohideen. Senantiasa membaca Catatan Latiff Mohideen..."

Catatan Latiff Mohideen adalah sebuah kitab sakral yang penting buat pemahaman saya terhadap sastera di Malaysia. Walaupun ia dicerita didalam bentuk diari, namun ia mudah difaham, ringas, serta padat dengan erti. Membacanya berulang kali langsung tidak membosankan, malah seolah-olah ada ilmu baru yang merasuk kita saat itu.

Disini beliau bercerita tentang Chairil, tentang Neruda, tentang pemuisi-pemuisi luar negara dan seni-seni, tentang etika dan moral, dan sebagainya yang berlingkaran pada usia beliau. Jika anda meminati sastera, maka buku ini sangat disyorkan kepada anda.



Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.