Detik-detik yang lewat berdetak, sedang memujuk aku untuk bersedia mendepani fasa-fasa menuju dewasa. Hari-hari yang seolah ditunda, ternyata punya sebabnya yang munasabah. Sejauh itu, semesta mengajarkanku cara menghargai setiap bab dalam kisah hidupku. Menjadi dewasa bererti siap menerima apa jua yang mendatang. Biar ia sepahit kopi, semanis gula atau semasam cuka sekalipun. Kita teguk dan jalaninya. Luni Liya mengajak kita membuka jiwa menuju dunia dewasa, walau terkadang rasa gentar dan gusar kuat menguasai dada.
Sejujurnya, aku bukanlah penggemar puisi. But this author ayat dia tersusun rapi, kemas digarap menjadi puisi melontar rasa-rasa di hati, menuntut pembaca turut merasai.
Banyak perkataan baru yang aku jumpa dalam ni. Baru aku tahu betapa lemahnya pengetahuan aku dalam bahasa aku sendiri. Antaranya:
1) Andai aku sudah tidak ingin berbicara soal kelmarin. Ketahuilah bahawa aku telah berada di helaian yang baharu.
2) Seperti yang kamu lihat, ruang hati ini kemas. Tanpa seorang tetamu.
3) Jangan pernah membenci mereka yang melukaimu. Kerana mereka adalah kiriman Tuhan untuk mendewasakan kamu.
Buat Penulis, Luna Liya, I really hope you make another book, buku cerita. Cause I think you'd be a great story teller. I love your pendahuluan & penutup bicara. Please write more story books. Ouh tak lupa, terima kasih juga ajar banyak perkataan baru dalam buku ni.
Beli buku ni (dan Hello karya Tere Liye) sebab dah masuk reruai Jiwa dan rasa bersalah kalau keluar tapi tak beli apa-apa. Satu lagi, sebab penulis sendiri ada kat reruai, boleh minta autograf terus. Tapi, ternyata, buku ini tidak mengecewakan.
Puisi-puisi yang dikarang, ada yang terasa dekat dengan jiwa dan sangat aku gemari, seperti Takdir Tidak Pandai Membunuh dan Adakah Aku Sedang Membuang Waktu. Pemilihan kata dalam buku ini juga sangat menarik, banyak menggunakan istilah-istilah yang jarang diketengahkan seperti welahar, giris dan rasian.
Cuma, buku ni nipis sangat. Jadi tak puas membacanya.
Teruskan menulis, biar karyamu menjadi asbab dunia yang lebih positif, asbab tersebarnya 1001 kebaikan buat para pembaca.
Buku ini ialah sebuah buku puisi yang mengajarkan kita menjadi dewasa. Ada 3 fasa semuanya, masa lalu, takdir dan waktu. Buku ini bersifat memujuk dan juga memberikan motivasi, bagi sesiapa yang mempunyai apa saja masalah. Cinta? Ujian? Cabaran? Takdir? Hampir semua puisinya mempunyai unsur-unsur tersebut. Menurut kefahaman saya, saya suka bila pengarang menyatakan terdapat banyak cara untuk berjaya, maka jangan berputus asa jika hanya gagal satu dari banyak cara tersebut. Buku puisi ini sesuai untuk semua peminat puisi dan bagus juga untuk menambah kosa kata baru.
Nipis tapi padat. Many Malaysian publication tried poetry collection but finally I've found Jiwa that actually attempts to write a good poetry than some simplistic Tumblr quotes. *cough* Nukilan *cough* Biruni *cough*
Sejujurnya saya bukanlah seorang pengemar puisi tetapi Selamat Datang Hari telah membuka serba sedikit rasa ingin tahu saya pada puisi. Bahasa yang indah dinukilkan oleh pengkarya sangat puitis dan menerkam jiwa. Telah berjaya menerpa masuk ke dalam relung hati ini dengan setiap bait-bait perkataan.
Puisi ini banyak bercerita perihal perjalanan menuju dewasa dimana sangat berkait dengan diri ini. Ada beberapa potongan ayat yang buat saya terfikir panjang. Misalnya, tentang sepi. Perjalanan menuju dewasa itu sepi dan sunyi. Ini telah membuatkan saya lebih banyak merenungi, refleksi dan ambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku dalam kehidupan. Sunyi dan sendirian buatkan kita lebih muhasabah diri.
“Hanya kerana sepi, tidak bererti penghuninya telah mati.”
Banyak patah perkataan yang saya baru tahu. Salah satunya, nuraga bermaksud timbang rasa atau simpati. Terasa kerdil diri ini kerana kurangnya ilmu mengenai bahasa ibunda sendiri. Bahasa Melayu ini indah cuma kita sendiri yang kurang terokainya.
Suka dengan pembuka bicara dan penutup kata dalam puisi yang ditulis oleh penulis. Terima kasih kerana telah berkongsi rasa kepada pembaca.