Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kata-kata untuk Orang Berduka

Rate this book
Awan makin sarat apabila air ditanggung. Tatkala beban terlalu berat, awan melepaskannya sebagai hujan - air berjatuhan sehingga tiada lagi yang tersisa. Begitulah hati manusia, apabila kesedihan sudah terlalu, tidak salah melepaskannya melalui air mata. Relakanlah tangisan itu sehingga kering air mata. Ketika hujan telah reda, langit akan kembali cerah. Bumi yang basah akan subur kembali. Begitu juga hati, apabila tangisan berhenti, jiwa akan kuat kembali. Langkah kehidupan pun diteruskan lagi. Kata-kata untuk Orang Berduka ialah sebuah naskah yang sarat dengan rasa. Ditulis dari hati paling dalam, kata-katanya menusuk jauh ke dalam jiwa kita sehingga tumbuh kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

180 pages, Paperback

Published January 1, 2023

8 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Pahrol M. Juoi

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (47%)
4 stars
18 (40%)
3 stars
5 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
June 20, 2023
Membaca buku ini mengingatkan aku kembali bagaimana aku mula membaca pada awal tahun 2020 yang mana aku telah mencabar diri sendiri membaca 100 buah buku untuk "mengalih perhatian" dan dalam fasa menyembuhkan diri.

Berbalik kepada buku ini, jika melihat kepada pemilihan judul mungkin ramai merasakan tidak perlu membaca buku ini. Namun, percayalah buku ini merupakan makanan rohani yang sangat berbaloi dilaburkan wang untuknya kerana selepas tamat bacaan, dalam kepala aku telah berkira-kira untuk mengulang baca buku ini kembali yakni dibaca pada waktu yang lebih tenang dan tenteram.

Sama seperti penulis, aku turut menghayati kata-kata Sayidina Ali r.a : "Aku telah hidup sekian lama dan telah merasai pelbagai kepahitan. Tetapi tidak ada yang lebih pahit berbanding mengharap kepada manusia."

Terima kasih dan tahniah ke atas rumah penerbitan Jiwa atas makanan rohani yang enak ini khasnya buat manusia-manusia yang membaca untuk sembuh.
Profile Image for Qayiem Razali.
888 reviews85 followers
November 11, 2023
25-2023

Kata-kata untuk Orang Berduka - Pahrol M. Juoi

Saya suka dengan buku ini. Tidak hanya berfokus kepa cinta dan hidup semata-mata. Penulis banyak menekankan yang kita seorang hamba. Walau apa jua duka yang melanda, sentiasa ingat kita ini hamba. Jadinya, apa tugas seorang hamba? Sentiasa merapatkan diri dengan Tuhan. Jangan pernah menyerah. Tuhan itu ada. Tuhan sentiasa mendengar.
Profile Image for Erin95.
148 reviews5 followers
May 3, 2023
Buku untuk orang yang berduka.
4 key points untuk rawat kesedihan adalah:
1) Solat
2) Al-Quran
3) Selawat
4) Istighfar

"Begitulah tipu daya dunia.
Memburunya lesu, menggenggamnya jemu."

Antara kata-kata yang dipetik dari buku kecil ini:

a) Kehidupan bergerak seperti roda. Allah SWT menggilirkan keadaan seiring dengan ujian yang pelbagai, supaya dengannya ada syukur ketika mudah, ada sabar ketika payah. Dunia ini sementara, begitulah jua dengan susah dan senangnya.

b) Terbanglah tinggi-tinggi. Namun pastikan dahi tetap sujud ke bumi, hati tetap membesarkan Illahi.

c) "Sungguh pahit mendidik kita lebih baik daripada manis."

d) "Istighfar itu memohon keampunan daripada Allah SWT. Jika berduka, istighfarlah. Jika terluka, beristighfarlah. Istighfar juga membuka pintu keampunan, limpahan rezeki, menghilangkan rasa malas, mengubat kesedihan dan memudahkan urusan."

e) "Jangan melihat ujian, tetapi telitilah siapa yang mengujinya. Cerita kita sudah tertulis, namun yakinlah penulisnya ialah Yang Maha Kasih."

f) "Jangan cuba menjadi hakim, kerana kita hanyalah hamba yang akan didakwa."

g) "Yang memberi luka itu bukan Tuhan, tetapi harapanmu terhadap dunia dan insan. Dunia itu menipu. Insan itu lemah. Meletakkan harapan kepada 'si penipu' dan 'si lemah' akan mengundang gundah. Itu pasti."

h) "Apabila kau ambil dunia lebih daripada keperluan, memberilah. Jika tidak, nescaya kau akan merana kerana mengambil lebih daripada yang diperlukan. Kelak kau hanya memiliki, tetapi tidak menikmati.
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
June 2, 2025
"Duka itu hanyalah mahar sebuah kebahagiaan".

Tidak dapat tidak, dalam hidup ini, kita akan sentiasa dihambat oleh ujian. Bukan tanda Allah menghukum atau membenci, tetapi ianya merupakan salah satu cara Allah menyayangi hamba-Nya. Salah satu cara supaya kita kembali kepada-Nya. Dengan ujian, kita akan bersedih, berduka. Perasaan yang ada kalanya kita tidak dapat menguruskannya dengan baik.

Oleh itu, dititipkan pesanan daripada penulis bagaimana kita boleh menguruskan duka ini dengan baik.

Yang pertama, dengan solat. Baiki kualiti solat kita dan sentiasa memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT. Dikala saya sendiri dihambat oleh ujian dan kedukaan, maka...saya akan teringat ayat ini,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ
dan ayat ini jugalah yang saya titipkan buat mereka yang butuh nasihat saya.

Yang kedua ialah al-Quran. Yang bukan sekadar untuk dibaca huruf-hurufnya, namun memahami dan mendalami setiap maksud dan makna yang ingin disampaikan. Dan yang lebih utama, mengamalkan apa yang dipesan oleh al-Quran. Yang ketiga, lazimilah zikir. Ianya nampak mudah namun terkadang kita leka oleh masa. Momen seharian diisi oleh sesuatu yang melekakan dan kita menyalahkan ujian yang memberi kita kedukaan, sedangkan 'ubat'nya ialah mengingati Tuhan.

Sebuah buku pesanan yang ringkas namun penuh dengan pengajaran dan peringatan-peringatan untuk kita menjalani kehidupan dengan berlandaskan ajaran Tuhan dan al-Quran.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
November 14, 2023
Ada banyak perbezaan buku 'healing' untuk raikan perasaan dengan buku 'healing' untuk pandu arah. Ini antara salah satu asbab saya lebih memilih nukilan Ustaz Pahrol dalam pengembaraan sembuh.

Nukilan beliau kali ini dapat dirasai keikhlasannya. Setiap bait kata beliau tak ada satupun yang sekadar meluahkan perasaan. Sedari muka surat 1 hingga ke 180 sangat sarat dengan pemberian cadangan arah tuju, bagai menyuruh pembaca untuk putuskan sendiri jalan apa yang ingin diambil. Arah yang beliau cadang bukanlah sekadar arah untuk 'move on' tetapi lebih kepada arah mendekati Tuhan & menjadi insan yang terbaik.

Buku yang sangat kecil saiznya, tetapi ilmunya seluas lautan. Terima kasih Ustaz Pahrol.
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews4 followers
August 10, 2023
Bacaan tepat pada waktu yang tepat! Kebetulan memang jiwa sedang berduka Ketika itu dan memang tak mahu jumpa orang. Buku ini pula adik yang beli, kita pun menumpang baca. Terima kasih Adik, sebab beli buku yang baik ini.

Bukunya ringkas sahaja, mengandungi ‘quote’ dan tulisan ringkas daripada Ustaz Pahrol M. Juoi untuk mengubat hati orang yang sedang berduka. Pendahuluan pun dah mantap! Kata Ustaz Pahrol, beliau disiplinkan diri untuk menulis yang baik-baik atas dua dorongan. Pertama, untuk melatih diri agar menjadi orang yang baik. Dan kedua, agar beliau dapat ‘bersedekah’ setiap hari dengan kata-kata yang baik.

“Apabila kita hendak mengubat duka, bermulalah dengan membaiki solat.”
“Ubat duka seterusnya ialah Al-Quran.”
“Ubat duka yang ketiga adalah melazimi lidah kita dengan berselawat.”
“Setelah berselawat, jangan lupa beristighfar.”

Bacalah, moga terubat dukamu itu.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
December 4, 2023
Ulasan ini mungkin ada bias kerana saya peminat tulisan ust Pahrol. Buku yang sangat bagus untuk dibaca. Buku ini bukan untuk orang berduka sahaja tapi untuk setiap orang yang tidak berduka. Tapi bila difikirkan balik, siapa saja yang tak berduka kerana hidup ini memang sentiasa diselang seli dengan duka dan gembira.

Buku healing terbaik daripada jiwa. Lebih2 lagi bila diselitkan dengan agama. Kerana hidup ini pastinya tidak lengkap tanpa ruh beragama dalam diri kita.
37 reviews2 followers
September 16, 2025
Dah lama rasa nya tak baca buku Tuan Pahrol.

Seronok sangat dapat baca buku yang baik ini. Kata kata, nasihat tuan Pahrol sangat mendamai di hati.

"ingatlah wahai hati, sukar itu berpunca daripada Syukur yang dilupakan"

Banyak kata katanya yang menyentap hati.

untuk yang dalam fasa reading slump, buku ni sesuai juga untuk ada. buku yang ringkas dan padat. love 😭
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
287 reviews5 followers
June 3, 2025
Buku yang sangat membantu untuk refleksi, muhasabah diri dan "Self-resilience".

Kata-kata untuk Orang Berduka oleh Ustaz Pahrol M. Juoi menyentuh hati dengan kata-kata yang penuh makna, boleh membantu pembaca menghadapi kesedihan dengan ketenangan.

Buku ini bukan sekadar tulisan, tetapi pelukan buat jiwa yang sedang berduka, seperti sahabat yang hadir ketika dunia terasa sunyi, menenangkan tanpa memaksa, dan menguatkan tanpa menghakimi, dan ia juga alat bantuan yang hadir ketika diperlukan. Untuk kita yang sedang melalui saat-saat sukar, mungkin kata-kata dan bait-bait di sini boleh membantu melegakan.

Bacaan yang digalakkan untuk makanan jiwa.




Profile Image for Ayda Razak.
389 reviews24 followers
March 30, 2023
Best!

“Jika hati tidak gembira dengan apa-apa yang telah ada dalam dakapannya, usah harapkan ia akan gembira dengan apa-apa yang akan diterima.”
Profile Image for Gadis Menara.
9 reviews1 follower
July 31, 2024
buku ni banyak kata2 islamik. penuh dengan rasa. kata kata yg boleh menusuk hati untuk buat kita terus kuat di hari seterus seterusnya
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 9, 2025
Buku healing.
Tentang sentiasa ada ruang untuk kembali kepada Allah tidak kira sebanyak mana kita berdosa.
Solat, membaca Quran, berselawat dan berzikir adalah pengubat duka.
Bersedekah.
Memaafkan.
Sentiasa berusaha menambahbaik iman.
Dan semua nasihat-nasihat yang biasa ditemui di dalam buku healing.

Yang uniknya buku ini diselitkan dengan beberapa lakaran yang cantik.
Nasihat-nasihat yang diberikan tersusun indah.
Buat den yang jarang hendak serasi dengan buku healing jatuh rasa suka membaca buku ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.