Jump to ratings and reviews
Rate this book

Si Mangkuk Tingkat [Versi Manes]

Rate this book
Impiannya satu dalam seribu.

“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”

Huh?

“Budak perempuan tu.”

“Yang tadi? Jadi?”

“Dia pakai baju kurung la.”

Eh, haah la!

“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil, kan?”

Senyap.

“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”

Geleng.

“Mangkuk tingkat.”

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!

Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???

“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”

“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.

“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”

Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka. Adakah bahagia milik mereka, buat selamanya?

***

Meski Si Mangkuk Tingkat bukanlah kisah cinta semanis madu, namun membacanya tetap membuat bibir mengukir senyum malu dan hati rasa berbunga. Penulisan yang santai tapi tetap ada info-info yang berguna mengenai dunia penerbangan. – Habibah, Editor

378 pages, Paperback

First published February 1, 2012

25 people are currently reading
254 people want to read

About the author

Faziela

3 books24 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
167 (34%)
4 stars
184 (37%)
3 stars
105 (21%)
2 stars
25 (5%)
1 star
8 (1%)
Displaying 1 - 30 of 85 reviews
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
April 10, 2023
Aku suka je cerita ni plot santai, cliche & tak memberatkan kepala & boleh tambah ilmu sikit tentang aviation dan environmental. Cumanya, macam kurang 'berjiwa', mendatar like something missing.

Asyraf si mulut manis & Edryna si bengkeng (kadang-kadang aku tak faham kenapa semua benda dia nak marah?) yang pantang berjumpa mesti akan bergaduh ditakdirkan berjodoh dengan aturan keluarga. And the rest is cara si Asyraf cuba untuk mencairkan hati seorang isteri & berkisarkan kisah kesibukkan harian manusia. Dan dihujung cerita barulah diselitkan sedikit dengan watak penganggu.

Btw, cantilah cover! Pandai betul team Manes ni pilih!
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
April 10, 2023
Such a cute story! Mereka dipertemukan dengan keadaan yang mereka saling bercakaran. Cam anjing dan kucing. Ada je issue tak puas hati.

Last² dijodohkan oleh keluarga. F tak tahu la F suka sangat dengan watak Ashraff. Sweet talker sampai F rasa terbuai².. alahai comel sungguh en co-pilot ni.

Sangat² sabar melayani sikap Edryna yang jenis acuh tak acuh.

Btw cantik cover terbitan Manes 💙💜
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 17, 2013
Kisah Ashraff, si co-pilot yang dah tertarik hati dengan gadis yang dilanggarnya secara tak sengaja waktu keluar dari tandas pada hari pertama dia bekerja. Mana taknya, susah oh nak jumpa perempuan muda berbaju kurung di tengah airport. Siap bawa mangkuk tingkat lagi. Yang dia tahu gadis pujaannya bernama Edryna. Itu pun kebetulan diketahui namanya daripada 'boarding pass' yang tercicir masa 'kemalangan' tu.

Edryna pula seorang anti-lelaki disebabkan suatu peristiwa yang dialaminya waktu belajar dulu. Hanya si abang dan kawan baiknya, Sofiya saja yang tau trauma yang dihadapinya ni.

Kemudian, tak sangka pulak kedua-dua buah keluarga ni dah bercadang nak menjodohkan mereka berdua. Edryna memang dah tentulah menolak cadangan ni. Lagi pulak dia dah pernah bergaduh dua kali dengan Ashraf sebelum ni. Tapi Ashraff? Umpama orang mengantuk disorongkan bantal la. Hehe. Syarat Ashraff kalau nak menolak, Edryna kena beritahu sendiri penolakan tu dengan keluarga diorang. Ashraff tak mahu masuk campur. Yelah, pujaan hati dah dalam genggaman, takkan nak menolak kan?

Ashraff ni sangatlah penyabar. Walaupun Edryna tu dok acuh tak acuh je melayan dia sebagai suami, sabar je dia layan kerenah Edryna tu sampailah hati Edryna sedikit demi sedikit lembut dengan layanan yang diterima daripada Ashraff. Paling kantoi bila satu family mengusik Edryna yang nampak angau bila Ashraff on duty masa hari raya. Haha.

Biasalah kan, bila tengah bergembira ada je yang dengki. Edryna ditimpa kemalangan angkara manusia dari masa lalunya. Menyedari yang dia tak mampu berjalan dan bakal menyusahkan Ashraff, dia mintak Ashraff lepaskan dia untuk hidup sendiri. Adakah Ashraff bakal melepaskan Edryna? Macam mana pula dengan si pendengki dari masa lalu Edryna tu?

M/s: 123

"Mungkin takde sesiapa yang tahu apa yang saya buat dekat luar tu tapi saya tahu yang dekat bahu kanan dan kiri ni tak pernah gagal mencatat dan yang Di Atas tu tak pernah gagal melihat" - Ashraff

*melting inside* :)

Komen saya: Walaupun saya dah pernah baca keseluruhan kisah ni di blog dulu, saya tetap membeli buku ni sebagai koleksi peribadi sebab dah jatuh hati dengan enche' pilot ni. Haha. Tapi rasanya versi cetak ni lebih lengkap sebab ada juga bahagian yang agak tergantung di blog dulu. Tahniah Faziela! Lepas ni kalau nak sambung kisah Amsyar dan Sofiya pun bagus juga. Hehe. =)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 22, 2012
Aku suka cerita ini yang simple and sweet. Aku suka bahasa santai yang digunakan yang memudahkan aku membacanya dalam masa satu malam. Aku suka cerita yang walaupun agak cliché tetapi tiada konflik yang berjela-jela dan meleret. Aku suka bila aku tak perlu mengetap bibir kerana geram dan sakit hati. Wah! Banyaknya ‘suka’ kih5 :P Senang cerita aku suka dengan Faziela and definitely she is one of my new favourite authors.

Tak dapat dinafikan tajuk novelnya yang agak catchy berjaya menarik perhatian aku untuk mencapainya di rak. Dan saat mula membacanya, aku setia mengulitnya hingga ke dinihari hanya kerana sayang mahu meninggalkan ceritanya sekerat jalan. Lebih elok tidur bermimpikan cerita yang indah-indah dari tertanya-tanya pengakhiran kisah Edryna dan Ashraff *wink*

Edryna akan dijodohkan dengan Ashraff hanya kerana bapanya risaukan anak gadisnya yang masih tidak berkahwin. Apa lagi setelah abang Edryna bakal menamatkan zaman bujangnya. Bapa mereka kemudiannya menetapkan yang Edryna sekurang-kurangya perlu bertunang di hari perkahwinan abangnya.

Ashraf akur dengan kehendak keluarga sementelah mengetahui yang Edryna adalah gadis yang ditemuinya berbaju kurung dan membawa mangkut tingkat di tengah-tengah hiruk-pikuk airport KLIA. Mana lagi nak mencari gadis zaman ini yang masih mahu berbuat sedemikian kan? Cuma sayangnya pertemuan mereka tak seindah yang diharapkan. Mereka berdua saling bercakaran dan menjunjung ego setinggi gunung.

Namun kerana permintaan keluarga masing-masing, mereka tetap dikahwinkan. Ya, aku tahu cerita yang memang cliché, kan aku dah bilang awal-awal tadi? :P Tetapi apa yang aku suka adalah cara penulis mengolahnya. Edryna misalnya bukanlah benci sangat dengan Ashraff tu, cuma perasaan menyampahnya mungkin sudah menutup pintu rasanya yang lain. Jadi aku suka cara Ashraff yang melayan karenah panas baran Edryna dengan penuh sabar termasuk insiden-insiden yang berlaku yang merapatkan hubungan renggang mereka. Dan pastinya kata-kata Ashraff yang sememangnya sweet talker itu bukan saja bisa mencarikan hati Edryna malah hatiku jua... eceh!

Berjayakah Asharff melembutkan hati isteri yang dipujanya? Apakah Edryna berjaya memadamkan ‘bayangan silam’ tentang lelaki yang didendamnya itu? Hanya SMT ada jawapannya.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
March 5, 2012
Apa yang membuatkan saya suka tentang buku ini adalah kerana ceritanya yang simple and yet so sweet. Dengan bahasa yang santai dan mudah dihadam membuatkan saya dapat menghabiskan buku ini dalam masa tak sampai satu hari. Ini bacaan santai yang tidak memerlukan saya mengusung rasa debar. Ya, saya membaca hanya untuk menikmati rasa aman.

Si Mangkuk Tingkat kisah tentang Nur Edryna Mohd Shah si pencinta alam sekitar yang masih belum berteman sedangkan usianya makin meningkat. Apabila si abang yang sering menjadi pelindungnya bakal menamatkan zaman bujang, bapa mereka yang menetapkan bahawa Edryna harus bertunang di hari perkahwinan abangnya membuatkan Edryna kalut. Sementelah pula si ayah sudahpun punya calon menantu. Tambah parah abahnya telahpun bersetuju dengan risikan daripada pihak lelaki.

Kisah tentang Muhammad Ashraff Mohd. Ariffin yang jatuh cinta pada si dia yang berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat di tengah-tengah keriuhan airport KLIA. Namun pertemuan kedua mereka tidak seindah yang diimpikan. Ketika seorang demi seorang sahabatnya menamatkan zaman bujang, si ibu juga mula kalut mencarikan pasangan untuknya. Dan calonnya adalah anak kenalan ayahnya.

Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Ashraff akur sedangkan Edryna tidak suka. Dia ada sebab kenapa dia tidak boleh terima Ashraff. Dia punya sejarah hitam dengan lelaki. Padanya semua lelaki (kecuali abang dan ayahnya) adalah manusia yang tidak boleh dipercayai!

Berjayakah Ashraff menghapuskan bayangan 'lelaki jahat' yang dilabelkan oleh Edryna? Bahagiakah mereka bila di hati masih ada rasa lain selain rasa cinta? Mampukah Ashraff menawan hati Edryna yang terkenal dengan barannya bila berhadapan dengan lelaki yang namanya seakan nama lelaki yang dia dendam itu?

Mungkin ada yang beranggapan yang Si Mangkuk Tingkat ini sebuah lagi naskhah yang mengangkat isu 'kahwin paksa’ di mana akhirnya pasangan tersebut jatuh cinta dan hidup bahagia. YA, tidak dinafikan itulah antara apa yang berlaku. TAPI yang membuatkan saya sukakan karya ini, bagaimana penulis mengolah cerita klise sebegitu menjadi menarik pada pembacaan sayalah.

Pada saya ini bukanlah kisah si hero dan heroin yang di'paksa' kahwin oleh ahli keluarga mereka. Mereka diberi peluang bertemu sebelum ikatan dimeterai. Mereka diberi sepenuh kebebasan untuk membuat keputusan. Apa yang mengikat saya untuk baca dan terus baca naskhah ini adalah insiden-insiden yang berlaku di antara mereka. Bagaimana Ashraff menangani karenah Edryna yang 'macam-macam'. Sebagaimana sweet talk dan tindak tanduk Ashraff bisa mencairkan hati Edryna yang beku, hati saya cair sama... ahaks!

Saya sukakan 'Ashraff'. Dia tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya. Dia bijak mengawal situasi, dia bijak menangani setiap masalah yang berlaku dalam hubungannya dengan isterinya.

Watak Edryna, di luar rumah dia dilihat sebagai wanita yang tegas dan berkeyakinan tinggi. Di rumah dia seorang anak & adik yang manja. Dan dia neutral dengan suaminya, dia tidak membenci tapi dia masih belum cinta pada suaminya di awal-awal cerita. Tapi dengan kebijaksanaan Ashraff mengambil peluang membuatkan kisah ini menjadi menarik.

Dan saya menoktahkan bacaan ini dengan senyuman yang penuh di pipi. Sayang nak padamkan rasa yang berbunga di hati ini walaupun ceritanya dah habis dibaca... :)
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
May 23, 2024
Aku suka Epilog dan Bonus Chapter sebab both comel gila ❤️

Mengisahkan Edryna dan Ashraff yang telah disatukan atas aturan keluarga. Pertemuan pertama berlaku beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka di mana pada ketika itu, Edryna dizahirkan sebagai seorang yang manis dan sopan santun. Namun, akibat kisah silam Edryna, dia telah berubah menjadi super garang dan sungguh benci pada semua lelaki bernama Ashraff. Ashraff yang sudah terpaut hatinya pada Edryna sejak kali pertama berjumpa wanita idaman berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat, berusaha untuk menyelidik sebab perubahan sikap Edryna dan seterusnya memiliki cinta Edryna.

Jalan cerita smooth je, konflik pun tak berat. Aku suka baca kisah cinta selepas kahwin sebab bagi aku manis sekali. Suka cara Ashraff memikat hati isterinya, dan suka part kena ikut suami pergi kerja. Kalau aku pun, ON ! Haha. Adalah babak orang ketiga tapi sekejap je. Berjaya ditepis dengan jayanya oleh Ashraff 😂 ❦ : no space for third party : ❦

Watak sampingan pun nice juga. Aku suka babak di antara Ashraff dan kawan-kawan lelakinya. Menghiburkan. Suka juga dengan kisah percintaan Amsyar dan Sofiya. Menambahkan perencah dalam cerita ini.

Selain itu, ada juga ilmu baru daripada Si Mangkuk Tingkat. Belajar sesuatu mengenai alam sekitar daripada kerja Edryna dan penerbangan daripada kerja Ashraff. 👍🏻

Sebenarnya kan, aku tak suka Edryna! Haha! Annoying doh dia ni. Kau punya sikap marah dan garang tu melampau sangat sampai kadang-kadang aku tak boleh brain apa yang kau beriya marah. Dan lepas aku tahu what happened to Edryna kan, lagilah aku bertambah tak faham. Bukan ke kau patut berubah jangan jadi garang sebab disebabkan sikap garang kau tu lah menjadikan orang nak balas dendam?

Ashraff, boleh diletakkan dalam kategori lelaki idaman. GREEN FLAG ye! Sabar dan tenang je melayan sikap Edryna. Edryna yang garang (tak bertempat) pun boleh cair dengan sikap Ashraff. Mana tidaknya, suami sangat helok budi pekerti, ditambah pula dengan pakej handsome, pilot, duit berkepuk. Siapa je yang tak cair kan?

Pendek kata, kalau korang suka cerita ringan, bolehlah baca Si Mangkuk Tingkat. The character development in this book is satisfactory! The sweet romance and lively friendships among the characters make it a truly worthwhile read. I'd give it a solid 3.5 ★!
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 21, 2022
Quite an enjoyable and cute story. It's about a couple in arranged marriage, yet they had a bit of past bad incidents before. I'd say it's basically a slice of life that touches on the marriage life itself, how they try to be friends and care for one another, although how they act pretty much like tired old married couples. On the side, the author included and really go in detail about the MCs occupation, which I really dig and did learn a lot throughout the story. It really is just a simple comfy past-paced santai story overall. The MCs and the side characters were also quite nice to read.

The story telling, I would say, is kinda similar to a detailed journaling style, where there are lots of very large time skips and focuses more on bigger plot of the story, although yes, again I'd say that it's a slice of life everyday story between two people, so there's not much of crisis going on. The time skips could get confusing at first, but it wasn't that confusing (?) haha, it's just a really comfy story to begin with.

I'm not a fan of the ending though. I personally think it's a bit cliche and quite abrupt over how sudden and short the time span on everything that happened. Also, one may not really into Erd's personality at first due to overly feisty she is, but overtime, I think it's fine since I could see the couple's relationship is similar to close friends (although Ash is her husband lol).

Overall, just a very nice, comfy and cute romance infused slice of life story.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
April 10, 2023
Dulu pernah baca Si Mangkuk Tingkat versi JS. Tapi dah lupa terus dah jalan cerita 😂 Bila baca versi Manes ni rasa macam baca buku baharu balik.

Apa yang saya suka sangat dengan SMT ni. Karakter Ashraff. Mana nak cari laki macam ni sorang buat suami ya? Penyabar tahap dewa, sweet namati dan penyayang. Kelakar dan annoying jugak kadang.

Bila baca novel ni rasa susah nak berhenti. Salah satu sebab nak tahu kenapa Ard tak boleh terima Ashraff dalam hidup dia mula2. Rupanya ada sejarah silam yang pahit untuk ditelan. Nasib Ashraff pandai ambik hati Ard. Akhirnya, dia cair jugak. Hehehe... Tak dinafikan banyak sangat moment indah antara Ard dgn Ashraff yang unik dan sweet. Suka part epilog dalam novel ni jugak. Comel je family diorang. ❤️

Rugi siapa tak baca or ulang baca balik versi Manes ni.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
May 29, 2023
Cute romcom story. Konflik tak berat sangat sesuai untuk bacaan santai taknak kepala serabut2. Not my favourite from Manes but it's an okay read for me.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 31, 2012
Simple dan sedikit tipikal tetapi masih akan membuat kita tersenyum-senyum :-). Itulah yang hamba rasakan tentang Si Mangkuk Tingkat secara keseluruhannya.

Manisnya dan comelnya kisah mereka – kisah Ashraff dan Edryna yang dijodohkan oleh ibu bapa. Walaupun plotnya agak klise tetapi penulis berjaya menjadikan kisah ini tetap enak untuk dinikmati. Paling tidak kita akan tersengih-sengih sendiri ketika membacanya (^-^).

Siapalah yang tak sengih bila Ashraff bawa Edryna tengok sunrise dengan kapal terbang. Bila Ashraff kejar Edryna ke Kota Bahru sebab tak sempat bagi kata-kata semangat. Bila Ashraff sanggup nak berhenti kerja untuk jaga Edryna. Cair jugalah (sedikit :-P) hati ini dibuatnya. Hehe.

Sesuatu lagi yang hamba suka tentang Si Mangkuk Tingkat ialah betapa kelihatan effortless-nya tulisan Faziela. Sepertinya dia tidak trying too hard untuk menulis dan itu bagus. Dia menulis sesuatu yang dia tahu, biasa dan dengan gaya bahasa yang mudah. Tidak perlu berlebih-lebih dan tidak perlu meleret-leret.

Namun, hamba sejujurnya mengharap sesuatu dari plot novel ini. Sesuatu yang membezakannya dari novel-novel lain. Sesuatu yang boleh dan akan membuat hamba mempunyai ingatan khusus untuk Si Mangkuk Tingkat. Mungkin lain kali ya, penulis? ;-)

Selain itu, poin paling penting, hamba rasa Amsyar sangat sweet! (hamba tak nak puji Ashraff sebab hamba rasa dia terlebih manis - hehe)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. Pm je....

Cover novel ni mmg catchy....cute sesangat!

Tapi, ntahlah...... something missing....

Senyum masa baca, tersengih2 dengan si Ard + Ashraff... tapi bila sampai ke helaian terakhir = dah x boleh recall apa yang dibaca. Mcm kurang 'jiwa'.

Yet, rasa mcm menelaah jurnal penerbangan + environmental handsout.....banyak informasi yang penulis cuba kongsi hingga ada kalanya menenggelamkan watak2 yang cuba diolahkan.

Anyway, one thing really disturbing me.... kenapa bila plot Amsyar + Sofiya, rasa mcm sama rasa dengan dunia Ard + Ashraff (cuma nama watak yang ditukar). Sama gaya bahasa, sama dialog. Something yang penulis perlu polish for her next product. Novel x sama mcm drama di tv. Penonton boleh rasa 'jiwa' yang berlainan pada watak yang berbeza sbb semua depan mata. Tapi untuk novel, penulis yang perlu membezakan 'dunia' watak2 ciptaannya.....

Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
March 17, 2025
Edryna ni garang betul la. Sabar je Ashraff ni melayan.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
February 12, 2024
"𝘼𝙨 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙖𝙨 𝙄'𝙢 𝙤𝙣 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙨𝙞𝙙𝙚, 𝙄'𝙡𝙡 𝙢𝙖𝙠𝙚 𝙨𝙪𝙧𝙚 𝙮𝙤𝙪'𝙡𝙡 𝙗𝙚 𝙤𝙠𝙖𝙮."

Bermula dengan insiden terlanggar dengan gadis berbaju Melayu yang sedang membawa mangkuk tingkat, Ashraff terus terpaut hati dengan Edryna. Tapi tak sangka, pertemuan kedua mereka berlaku dengan perang mulut dan ketidakpuasan hati sebab hampir terlanggar. Lagi Edryna dan Ashraff tak sangka, mereka dijodohkan oleh ibu bapa sendiri.

Ya Tuhanku, macam mana ya aku nak cakap pasal buku ni? Buku ni best sangat! Edryna si isteri yang grumpy dan garang dan Ashraff si suami sweet talker dan penyabar.

Aku suka jalan cerita buku ni. Smooth je. Tak rasa meleret pun sebab pada awal-awal buku ni, bagi aku, penulis menggunakan pendekatan mengenalkan karakteristik Edryna dan Ashraff. Jadi, tak bosan langsung.

Ada part yang buatkan aku berdekah gelak. Penulis berjaya buatkan aku makin bertambah jatuh suka untuk lanjutkan pembacaan buku yang satu ini.

Sesungguhnya, aku sangat cemburu dengan Edryna, ya? Di manalah dan macam manalah aku nak cari suami kerja pilot yang penyabar dan setia macam Ashraff, ya? Betul-betul satu dalam sejuta betul! Effort Ashraff nak buatkan Edryna jatuh suka dengan dia itu memang patut dapat dijulang tinggi!

Bagi aku, watak Edryna ni kinda relatable lah. Apa yang berlaku dekat masa lampau dia sampaikan dia boleh tak suka juga dengan Ashraff tu betul-betul je ada berlaku kat real life, ya? And bila Ashraff dapat tahu pasal kisah yang meninggalkan kesan trauma pada Edryna tu, dia terus-terusan juga cuba membuatkan Edryna tu rasa disayangi dan dilindungi. Memang tip toplah Ashraff ni!

Banyak juga ilmu-ilmu baharu yang aku belajar daripada Si Mangkut Tingkat. Baru aku tahu pasal environment kita dengan lebih mendalam and so on. Dan sebagai seorang gadis yang membesar dengan airport, aku memang suka gilalah dengan buku ni! Rasa macam nak pergi lepak airport setiap hari pula lepas baca buku ni. Mana tahu sangkut dengan Encik Pilot macam Ashraff kita ni ehek!

Si Mangkuk Tingkat dengan rasminya menjadi salah satu buku from Manes Wordsworks kegemaran aku! Yeay!
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
May 23, 2023
Alahai, sweet sour sungguhlah perjalanan cinta si Ashraff dengan Edryna ni! Walaupun mereka kahwin kerana aturan keluarga masing-masing tapi sampai anak-anak dah masuk sekolah berasrama penuh pun, diorang masih dalam honeymoon mood. Ini memang hero idaman kalbulah kalau hubsbaby keje pilot. Tapi lepas tu, time fly kena tinggal berhari-hari tak nampak muka. Dah emosi jadinya.

Ashraff ni bercita-cita nak kahwin dengan perempuan berbaju kurung yang bawak mangkuk tingkat yang dia terlanggar masa kat airport. Yang Edryna ni pulak alergi bila dengar nama Acap sebab mamat ni psyco tau! Dah orang tak berminat nak kenal, lagi nak terhegeh-hegeh kejar sampai kaki tangan naik ke muka. Apadaa.. siap nak balas dendam bila orang diam tak layan!

Suka juga dengan kisah Amsyar dengan Sofiya. Dua-dua kecewa dengan kisah cinta pertama yang tak kesampaian. Penulis kata dia masih lagi dalam mode hibernasi. Alaa.. kalau dapat, sambunglah lagi kisah mereka dalam novel yang seterusnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zuraimah Ismail.
31 reviews6 followers
May 26, 2012
Cute....sweet....funny...selamba....cool....:)

Learn new things here:

1. The Pilot's world
2. The environmental checks --> respect la sapa yg works in this area...you really save the nature and world kan..

Ashraff, seorang pilot yang tiba-tiba terpikat dengan seorang gadis yang membawa bekalan dalam mangkuk tingkat. Sempat tahu nama je sebab si gadis tercicir boarding pass, lepas tu tak jumpa-jumpa dah...

Edryna, si gadis yg sayangkan environmet. Sanggup bawa bekalan dalam mangkuk tingkat. Pernah kene pukul sebab menolak cinta seorang lelaki. Kemudian terpaksa kahwin dengan Ashraff, yang kebetulan sama nama dengan lelaki yang die reject dulu..

Awal cerita quite membosankan tapi towards the end especially bila dashraff n edryna dah kawin, baru start best...:)
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
April 22, 2012
Kerajinan berkadar langsung dengan keterujaan untuk mengkhatamkan karya ini. Tahniah buat penulis muda ini yang pasti akan terus menghasilkan karya-karya yang lebih pada masa depan jika terus diasuh dan digilap bakatnya.

Sungguh tenang dan enjoy menyelami rencah kehidupan Edrina dan Ahsraff selain bersama Ashraff menerokai bidang aviation yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Ohhhh...rasa macam nak pergi lepak di airport sebab nak cuci mata dengan aviator yang segak-segak tu...:)
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
May 20, 2014
Suka baca buku ni sebab Asraff tu pilot. Tak tahu apa signifikannya, tapi, itulah perasaan ku... boleh? Hahahahaha....
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
April 28, 2019
Having my reading slump for 5 days. And start baca buku ni sebab rasa dah banyak hari tersadai atas katil. And...

Suka gilaaa. I love it so much. Simple. Bahasa santai. So mudah hadam. And no heavy conflicts. Light and easy read. Very smooth.

Paling best sebab the hero is a pilot 👨‍✈️. Oh how smart and sweet. Ekekeke 🤣
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
July 1, 2017
I've lost count on how many times I've been re-reading this. It's like what? The nth time?! Seriously recommended!

Aku tertarik dgn cerita ni sbb aku dgn penulis pernah punya impian yang sama suatu ketika dulu. Sama sama nak jadi pilot tapi tak cukup tinggi. ;P

Kisah Ashraff yg jatuh hati dgn seorang perempuan bernama Edrynna yg dia jumpa masa first day dia duty. Perempuan berbaju kurung yg dilanggar tu bawa mangkuk tingkat kat airport?! How unique is that?

Jodoh menemukan mereka. Now the real story has begin. Dekat sini memang banyak scene yg bakal buat readers sengih-senyum-tak-sedar-diri. Tak ada scene yg sweet-overdose-sampai-sakit-gigi pun cuma watak Ashraff yg kaki mengusik tu memang boleh buat kita senyum ja.

Kalau dah namanya novel, takda konflik tu kira pelik la kan? Cumanya, konflik yg ditekankan penulis tak terlalu berat sampai kita rasa nak hentuk kepala kat meja. Just so nice.

And oh, ending triplets tu memang berjaya buat aku sengih. :D This kind of book will surely let you feel how Post Book Depression would feels like.

Overall, 5/5*. Cannot resist!
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
Read
June 29, 2024
I was trying my best to finish this book but sadly after they got married, everything turns boring.. Yes ashraff is green flag but idk, their life is boring. Si isterinya asyik nak marah, si suaminya pula gitu je. Tbh, i am quite tertarik dengan pekerjaan Edryna. Tajuk buku pun macam tak berapa ada kaitan dengan jalan cerita kecuali tunjuk Edryna suka guna mangkuk tingkat saja. I believe author is great writer cuma this book plain heheheh maybe not my cup of tea? I will recommeds this book for those who just finished read any tragic books? love author 🥹
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 21, 2013
Jalan cerita yang simple dgn bahasa yang santai. Yang ilmiahnya citer pasal pilot. Yang Cik Pah suka binatang-berbulu-terlebih-berat @ bebola berbulu bergerak yang Ashraff jeles sgt2 dapat perhatian lebih dari isterinya Edryna
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
July 3, 2023
Bonus chapter comel!!
Tak sangka dapat jumpa Ard n Ashraff versi mak bapak yang sedih anak masuk sekolah asrama haha
Profile Image for シティ.
264 reviews
April 5, 2018
eBook PNM,
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Penerangan santai tentang pekerjaan / tugas.

Dialog/nukilan yang menarik...

Pilot Responsibilities

“Orang banyak bercakap yang kerja macam aku ni, fun. Boleh explore banyak tempat dalam dunia, tak payah keluar duit. Lepas tu skandal keliling pinggang. Tukar perempuan macam tukar baju. Enjoy memanjang. Yup, it’s true yang hidup orang yang macam aku ni fun. Tapi, tanggungjawab akusangat besar. Dengan nyawa hundreds of people in my hand, sebetulnya aku cuak. Memang aku bukan Tuhan yang nak tetapkan hidup mati orang, bukan Izrail tukang cabut nyawa orang, tapi aku ni macam perantara. Up there, you can’t trust anyone except the pilots. I control everything and if something happened, aku yang kena bertanggungjawab. If they die, they die in my hand. When the plane landed safely, aku rasa relief. Rasa semua beban dekat bahu terlepas."

And one more thing, bukan semua juruterbang yang tiap-tiap malam tukar perempuan macam tukar baju. I’m not one of them and I’m not like that. Aku dah cukup penat dengan tanggungjawab aku dan aku nak habiskan masa senggang aku dengan benda-benda yang takkan serabutkan otak sebab aku tahu kalau aku buat perangai macam tu, end up benda tu akan serabutkan masa senggang aku. Plus, kalau aku menyorok macam mana sekalipun, Allah itu sentiasa melihat dan yang di kiri dan kanan ni tak pernah gagal mencatat.”

😘
It takes a thousand sweet efforts to built a great relationship.

Yet one stupid error can destroy everything that you have started.

A relationship doesn’t have any promises, terms and conditions.

It just needs two wonderful people:

One who can trust and one who can understand.

🤔Accident


Edryna masih tunduk. Sesungguhnya dia mahu lari daripada situasi ini. Dia kemudiannya memandang kaki yang berbalut. “I can’t walk.”

“You can. Kan doktor cakap benda ni temporary.”

“Tapi bila? Bulan depan? Tahun depan? Sepuluh tahun akan datang? Itu semua tak pasti.”

“Kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah. Allah tengah menguji Ard, tengah menguji kita. Jangan jadi umat yang cepat mengalah. Ard mesti kuat.”

Edryna menggeleng. Dia tak ada semangat untuk itu. Sesungguhnya, saat dirinya melayang di udara sebaik dirempuh dua minggu lepas, sebahagian besar kekuatan dirinya turut hilang. Terbang menghilang entah ke mana. Di saat itu yang terlintas di fikirannya hanya mati.

Apabila dia tersedar kembali, dia terasakan bagaikan mimpi. Syukur alhamdulillah dilafazkan saat itu apabila dia diberi ‘peluang kedua’ untuk terus hidup. Untuk bertemu insan-insan yang disayangi. 

Tapi, apabila dia tahu yang kakinya bermasalah, dia terasa macam dia patut mati saja saat itu. Tapi itu kata-kata orang yang tak ada pegangan. 

Edryna melepaskan nafas. “Semangat dah hilang.” Tak tahu kenapa semangatnya terlalu lambat untuk datang kembali, mengambil masa yang sangat lama untuk recharge.

"Sebab tu abang ada dekat sini, untuk tolong tambahkan semangat. Ard ada famili, ada kawan-kawan yang sedia menolong.”

Edryna mengangkat wajah. Cuba memandang pada Ashraff yang sedang duduk di sebelahnya.

"You will be able to walk again, trust me.”

🤔Recovery

"See the leg la.” Edryna tergelak. Dia seharusnya berterima kasih pada keluarga yang banyak memberi sokongan padanya. Tak sangka, dalam masa tiga bulan dia boleh berjalan kembali. Fikir positif dan berusaha itu yang penting. Tak lupa, berdoa pada Allah.

Dan syukur, akhirnya dia kembali pulih. Tak dapat dibayangkan macam mana keadaan orang yang tak dapat berjalan sepanjang hayatnya. Kesian, kan?
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
June 6, 2012
Naskhah santai yang dipinjam dari Ct Zuraimah ini tidak mengecewakan aku walaupun plotnya masih agak klise - kahwin paksa. Saya suka dengan olahan penulis tentang pekerjaan juruterbang, begitu juga environmental matters yang dipaparkan. Banyak menambah ilmu baru.

Si Ashraff dan Edryna, barangkali itulah dikatakan jodoh, sentiasa bertemu, dan akhirnya disatukan di dalam sebuah hubungan yang halal. Mereka sendiri pun pernah berjumpa sebelum disatukan, maka bagi saya tidaklah tipikal seperti kisah lain di situ. Ashraff pula barangkali ibarat gadis idaman berada di hadapan mata, terus bersetuju. Edryna pula tidaklah suka mahupun benci kepada Ashraff.

Bahasa yang digunakan santai, penceritaan yang tidak berat ini, mampu membuatkan saya terus membacanya.

Yang saya rasa kurang dari plotnya ialah kisah Edryna berdendam itu, barangkali agak melampau sehingga dilayangkan sebuah kasut terkena muka si lelaki yang merendahkannya. Bagi saya, seorang lelaki dimaki pun barangkali sudah menimbulkan dendam. Kemudian, kisah akhirnya, entahlah, barangkali tiada klimaks yang mampu membuatkan saya teruja di penghujung cerita.

Membaca cerita ini seperti menonton filem Hindustan yang semuanya bahagia, dan klimaks hanya pada penghujung cerita. Itupun tidak menggetarkan saya.

Rating keseluruhan barangkali 3.5 kerana saya suka gaya penulis menulis :)
Profile Image for Zehan Ilyana.
82 reviews15 followers
May 5, 2012
ini cerita cliche...aku beli sebab org tu suggest..diorang kata ini cerita santai.. ini cerita gelak-gelak..tapi, boleh ku kira berapa kali aku gelak.
mula2 ceritanya mendatar..kahwin atas pilihan org tua. dan blablabla..
tapi ada yang menarik minat aku..
aku suka cerita tentang ashraff si pilot, hero cerita ini. aku suka membaca fakta mengenai pilot. tiba2 aku berangan nak jadi pilot.
aku suka adryna si heroin, sebab dia menjaga alam sekitar. sebab dia pencinta haiwan.

bagi aku cerita ini okay. untuk bacaan santai. bacaan yang tidak memberatkan kepala. aku suka cerita ini tapi, aku hanya mampu beri 2 bintang..
aku suka cerita ini, sebab ini kisah kehidupan harian. kisah kesibukan jadual manusia.
tapi, cerita ini sangat cliche. sekian.

dan tipu....orang tu kata cerita ini cerita humor, tapi, aku tak ketawa sangat pun.. aku bajet baca cerita ini boleh buat aku ketawa dari mula sampai habis. *ok ini melampau* haha.
Profile Image for Arif Haziq.
Author 2 books9 followers
March 18, 2024
Bila baca cerita ni, teringin pulak nak jadi pilot. Hahaha. Boleh pergi mana-mana aje sesuka hati. Tapi bila tengok schedule tu, ma sya Allah kena fikir dua juta kali sebelum nak signup jadi pilot. Overall, its a great journey.

Thank you to the author for this sweeeet and funnnnny novel. I love it so much. Ashraff is a good and charming character, while Edryna is an easy-to-melt person (bila dah akhir-akhir tu). Tak sangka batu yang keras pun boleh jadi lekuk dan akhirnya musnah juga kan. 😆
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 10, 2015
haih finally berjaya abiskan ..kisah kahwin aturan keluarga but sorry to say .
very slow la perjalanan rumahtangga antara Ashraff dan Edryna ..nothing happens , balik2 ulang2 fly sana fly sini adeiii , tetibe dah last baru nk masukkan watak jahat Acap tu ish macam tak kena betul
Profile Image for Nuraina Abdul Razak.
300 reviews2 followers
June 27, 2023
This book was so slooooow and didn’t actually feel like it was based in reality. DNF at 70% in because the banter between the two leads felt too repetitive.
Displaying 1 - 30 of 85 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.