Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seharum Kasih

Rate this book
Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah.

Sayang sekali...gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza?

459 pages, Paperback

First published January 1, 2004

21 people are currently reading
185 people want to read

About the author

Aina Emir

22 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (40%)
4 stars
48 (27%)
3 stars
39 (22%)
2 stars
10 (5%)
1 star
7 (4%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
February 8, 2013
Basically cerita dia macam ini:

"You sayang I tak?"
"I sayang you. I sangat sayang you. You dah tak sayang I lagi ke?"
"I sayang you. Kenapa you tak percaya cakap I? Sayang you tak sedalam sayang I ke?"
"Bukan tak percaya. I takut. I sayang you."
"I sayang you sangat. Tapi you..."

You get the drift.

Nak kata tak best, boleh lar jugak layan. Tapi tahap best tak consistent.

Mula-mula sweet and comel.

 photo manja_zps8546d73f.gif

Pastu jadi bosan and frustrated dengan character Rasya. Macam nak ketuk jer kepala dia kat tembok.

 photo PO_zps62ee32ab.gif

Pastu jadi best balik.

 photo happy-1_zps5c81969b.gif

But after that the excitement went down again.

 photo sleepy-1_zpseb9e1ca0.gif

A few chapters before the ending, the story jadi best sikit followed by a mediocre ending. Payah jugak lar nak habiskan satu buku ni sebab skejap jalan citer dia best, skejap lagi boring.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
drmuslimah.blogspot.com


Tajuk buku : Seharum Kasih.
Penulis : Aina Emir
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 454 m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Rasya dan Reeza. Perkenalan awal mereka hanyalah melalui SMS. Tanpa kenal suara mahupun wajah, mereka seakan berkongsi rasa. Dari hanya SMS, naik pangkat ke bercakap telefon. Dari asyik berdalih tidak mahu berjumpa, akhirnya mereka terjumpa secara kebetulan di majlis perkahwinan salah seorang sahabat mereka di Pahang.

Dalam perjalanan pulang dari Pahang, Rasya terdengar fitnah mengenai Reeza. Tanpa soal selidik, dia terus percaya dan terus buat endah tidak endah pada Reeza. Berkat kesabaran Reeza, mereka berbaik semula. Namun tidak lama selepas itu, fitnah kembali bertamu. Dan sekali lagi tanpa soal selidik, Rasya membuat keputusan drastik meninggalkan Reeza dan memilih Fahmi.

Reeza kecewa dan membawa diri jauh ke Bandung, Indonesia. Di saat itu, dia berkenalan dengan Hilda. Hilda jatuh hati pada Reeza namun kasihnya bertepuk sebelah tangan.

Setelah lama tidak bersua, akhirnya secara kebetulan mereka berjumpa kembali. Saat itu, Rasya sudah berpisah dengan Fahmi manakala Reeza sudah bertunang dengan Hilda.

Kasih kembali bertamu. Namun ada rasa serba salah yang muncul dalam hati Rasya kerana ingin merampas Reeza daripada Hilda lalu dia memberi cadangan. Dia sanggup berkongsi kasih dengan Hilda.

Bahagiakah dia di saat dia menerima kasih Reeza yang terpaksa dikongsi bersama Hilda?



Komen Ain Sabrina :

Saya beli buku ini sebab muka depan bukunya sangat menarik. Kombinasi gambar dan warna, menarik saya untuk beli buku ini.

Permulaan cerita ini agak lambat prosesnya. Dari satu kisah ke satu kisah kesinambungannya agak lewat. Ini membuatkan perasaan bosan bermaharajalela. Terasa lambat untuk menghabiskan setiap helain novel ini.

Kisahnya juga agak berat. Asyik bertingkah dan salah sangka. Ini semua kerana watak Rasya yang agak menyakitkan hati. Dia asyik bertindak tanpa usul periksa, tanpa fikir panjang. Geram saya sebagai pembaca. Kalau saya jadi watak Reeza, dah lama saya tinggalkan Rasya. ^^

Watak Reeza memang mengkagumkan, kesabarannya melayan kerenah Rasya yang bagi saya agak manja dan mengada-ngada. Wataknya yang sangat setia dan kasih pada Rasya seakan terlalu melampau, seakan tidak berpijak pada dunia yang nyata.

Dalam sakit hati saya pada watak Rasya ini, saya cuba memahami wataknya dalam perspektif positif. Rasya, anak yang lahir dari keluarga yang berpecah-belah. Ibu bapanya bercerai di saat dia masih kecil dan dipelihari nenek sejak kecil. Ini menjadikan dia seorang yang tidak berkeyakinan dan seakan tidak percaya pada diri sendiri juga pada orang lain. Mungkin sebab itu, dia menjadi seorang yang seakan lari dari masalah.

Jika dapat diulangtayangkan kembali, semua pembaca pasti berharap Rasya membuat soal selidik sebelum mempercayai fitnah orang dan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Saya juga jatuh kasihan pada watak Fahmi. Dia seakan mangsa keadaan disebabkan keputusan Rasya yang melulu. Juga watak Hilda yang jatuh hati pada orang yang salah, mungkin jika Hilda berjumpa dengan Reeza sebelum Rasya, mungkin akan termetrai kasih Reeza buat Hilda.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
March 11, 2015
Masa baca novel ni I form 5. Sekarang dah 24 tahun. Tapi sampai sekarang bila dengar lagu Menghitung Hari mesti teringat Rasya Aleeya. :D
1 review
Read
March 30, 2021
why
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Beatrice.
1 review
May 6, 2020
the best damn story ever.... repeat baca xpernah bosan♥️
Profile Image for Atina.
24 reviews4 followers
March 25, 2013
oh. ini ceria klise. cerita tipikal melayu. aku baca ni waktu aku form 1. boleh tahan laa ceritany. it was ok i>test
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
DNF 75%

Nombor talian peribadi Reesya telah diberikan oleh rakan serumahnya kepada seorang kenalan yang akhirnya turut memberikan nombor tersebut kepada kenalan lain. Main passing nombor phone pula ya. Sejak itulah Reesya menerima SMS dari seorang jejaka bergelar Reeza. Kedua-duanya sudah terpikat walaupun hanya dengan SMS. Dari SMS, bertukar ke panggilan telefon dan akhirnya bertemu ketika majlis pernikahan kenalan mereka.

Tetapi Reesya takut diabaikan dek kerana perceraian yang terjadi antara ibu bapanya sehingga dia ditinggalkan di kampung untuk dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Wajah kacukannya turut menjadikan Reesya bahan ejekan budak-budak kampung. (Terkenang rakan sepermainan yang berdarah kacukan Jepun-Melayu. Bila kena ejek, lancang mulut dia membalas. Reesya kena belajar dengan rakan saya tu.)

Hubungan yang baru mula nak kukuh menjadi sedikit huru-hara dek gosip kononnya Reeza ni playboy dan Reesya pula percaya bulat-bulat. Nenek di kampung yang ingin menjodohkan Reesya dengan sepupunya, Fahmi, turut mengeruhkan keadaan. Tetapi atas pujukan Reeza, Reesya kembali ke pangkuannya.

Demi menjaga hubungan kekeluargaan, Reesya sanggup keluar dengan Fahmi tanpa meluahkan yang hatinya telah dimiliki insan lain. Acapkali diterangkan kepada Reeza yang dia dan Fahmi hanya sepupu. Tapi bila Reeza mencadangkan untuk keluar dengan rakan wanitanya dengan alasan yang mereka hanya kawan, Reesya melenting.

Di sinilah saya ambil keputusan untuk berhenti. Meluat dengan sikap Reesya yang pakai teori dia boleh buat tapi orang lain tak boleh. Saya pantang sungguh dengan manusia yang tidak lokek meluahkan I love you tapi tak boleh commit dengan ucapan tu. Lepas tu dari awal lagi nampak sangat yang Reesya ni memilih yang handsome saja. Buatnya si Reeza tu muka macam pecah rumah, takdenya dia nak menggedik. Tapi marah pula bila lelaki pilih dia kerana paras rupanya. Hipokrit sungguh.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.