Seronoknya melihat rama-rama terbang tinggi... sesekali turun menggigit jari. Sesekali hinggap di bunga berduri. Ditangkap lari. Dikejar terbang tinggi. Seronok lagi bila anak dara menteri itu akhirnya meronta-ronta manja di dalam pelukan lelaki gagah macam aku ini. Bahagianya usah ditanya. Gembiranya susah hendak dicerita...yang pasti aku tidak ingin terkejar-kejar macam dulu lagi. Dia sudah diam macam kucing Siam. Dan aku sudah tidak sabar hendak berbini...
--
"Aku sendiri pun tak fahamlah macam mana aku boleh berkenan pada dia. Perasaan itu datang secara mendadak." "Bukan kerana simpati sebab aku tinggalkan dia?" "Tidak, tidak ada kena-mengena langsung dengan simpati. Kalau nak ikutkan simpati, dah jenuh awek engkau aku kutip buat bini."