Jump to ratings and reviews
Rate this book

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

Rate this book
Voltaire pernah berkata bahwa fakta-fakta sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang-barang angkutan merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau
dibebani fakta-fakta yang berunchit itu nischaya akan tertindislah ia.

Meskipun tilikan fakta-fakta yang terpenchil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah, maka fakta-fakta itu menjadi palsu pula dan merupakan seakan-akan antinomi dalam falsafah sejarah. Kita harus menganggap fakta-fakta yang sedemikian itu sebagai perkataan yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya hanya berdasarkan pada giliran huruf hurufnya dalam abjad, bukan pada mempersangkut-pautkan konsep-konsep dan perkataan penting yang dapat menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu. Maka ibaratnya samalah seperti kiasan yang pernah digunakan oleh Macaulay peri pengalaman pengembara Gulliver di negeri Brobdingnag yang didiami
oleh manusia-manusia tinggi-besar seperti raksasa.

90 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 1972

55 people are currently reading
826 people want to read

About the author

Syed Muhammad Naquib al-Attas

37 books590 followers
Syed Muhammad Naquib al-Attas, born September 5, 1931 in Bogor, Java, is a prominent contemporary Muslim thinker. He is one of the few contemporary scholars who is thoroughly rooted in the traditional Islamic sciences and who is equally competent in theology, philosophy, metaphysics, history, and literature. His thought is integrated, multifaceted and creative. Al-Attas’ philosophy and methodology of education have one goal: Islamization of the mind, body and soul and its effects on the personal and collective life on Muslims as well as others, including the spiritual and physical non-human environment. He is the author of twenty-seven authoritative works on various aspects of Islamic thought and civilization, particularly on Sufism, cosmology, metaphysics, philosophy and Malay language and literature.



Al-Attas was born into a family with a history of illustrious ancestors, saints, and scholars. He received a thorough education in Islamic sciences, Malay language, literature and culture. His formal primary education began at age 5 in Johor, Malaysia, but during the Japanese occupation of Malaysia, he went to school in Java, in Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa, studying in Arabic. After World War II in 1946 he returned to Johor to complete his secondary education. He was exposed to Malay literature, history, religion, and western classics in English, and in a cultured social atmosphere developed a keen aesthetic sensitivity. This nurtured in al-Attas an exquisite style and precise vocabulary that were unique to his Malay writings and language. After al-Attas finished secondary school in 1951, he entered the Malay Regiment as cadet officer no. 6675. There he was selected to study at Eton Hall, Chester, Wales and later at the Royal Military Academy, Sandhurst, England (952 -55). This gave him insight into the spirit and style of British society. During this time he was drawn to the metaphysics of the Sufis, especially works of Jami, which he found in the library of the Academy. He traveled widely, drawn especially to Spain and North Africa where Islamic heritage had a profound influence on him. Al-Attas felt the need to study, and voluntarily resigned from the King’s Commission to serve in the Royal Malay Regiment, in order to pursue studies at the University of Malaya in Singapore 1957-59. While undergraduate at University of Malay, he wrote Rangkaian Ruba`iyat, a literary work, and Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. He was awarded the Canada Council Fellowship for three years of study at the Institute of Islamic Studies at McGill University in Montreal. He received the M.A. degree with distinction in Islamic philosophy in 1962, with his thesis “Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh” . Al-Attas went on to the School of Oriental and African Studies, University of London where he worked with Professor A. J. Arberry of Cambridge and Dr. Martin Lings. His doctoral thesis (1962) was a two-volume work on the mysticism of Hamzah Fansuri.



In 1965, Dr. al-Attas returned to Malaysia and became Head of the Division of Literature in the Department of Malay Studies at the University of Malay, Kuala Lumpur. He was Dean of the Faculty of Arts from 1968-70. Thereafter he moved to the new National University of Malaysia, as Head of the Department of Malay Language and Literature and then Dean of the Faculty of Arts. He strongly advocated the use of Malay as the language of instruction at the university level and proposed an integrated method of studying Malay language, literature and culture so that the role and influence of Islam and its relationship with other languages and cultures would be studied with clarity. He founded and directed the Institute of Malay Language, Literature, and Culture (IBKKM) at the National University of Malaysia in 1973 to carry out his vision.



In 1987, with al-Attas as founder and director, the International Institute of Islamic Thought a

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
150 (60%)
4 stars
57 (22%)
3 stars
29 (11%)
2 stars
8 (3%)
1 star
5 (2%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
February 14, 2015
terasa ringan, dibaca berat.
aku tak mampu nak bagi 5 bintang, sebab sejujurnya, aku tak dapat garap sepenuhnya isi buku ini.

lepas ni perlu biasakan diri baca buku-buku ilmiah kot.


apapun, buku ini sangat bagus.
buku terbitan ABIM ini asalnya adalah syarahan pengukuhan ketika penulis dilantik menjadi profesor Bahasa & Kesusasteraan Melayu di UKM.

Antara yang menarik di dalam buku ini adalah bagaimana penulis menjelaskan, bagaimana dengan kehadiran Islam, bukan sahaja telah memuliakan manusia, bahkan memuliakan bahasa.

Bahasa arab yang dahulunya hanya diangkat kerana keindahan dan lunak, selepas kedatangan Islam berubah menjadi bahasa yang saintifik, memerlukan fikiran yang tajam, dan ya, semakin indah. Ini terbukti dengan penurunan Al-Quran yang bisa mengalahkan bahasa penyair-penyair Mekah ketika itu, dalam masa yang sama mempunyai maksud tersirat yang masih boleh dikaji dan diperhalusi maknanya sehingga ke hari ini.
Subhanallah. Satu mukjizat sepanjang zaman.

Begitu juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan Islam sangat akrab sehingga Bahasa Melayu adalah bahasa 'pilihan' dalam penyebaran agama Islam di rantau ini. Malah, sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu tidak dilihat penting dan hanya digunakan sekadar untuk perniagaan dan tutur harian sahaja.


Terhutang budinya Melayu pada Islam, sehingga pemisahan Islam dari sejarah Melayu adalah satu bentuk pencabulan intelektual (suka hati aku je), kerana sebelum kedatangan Islam, bangsa Melayu dan bahasanya tidak signifikan.


teringat kata-kata Umar,
"aku hanya seorang Umar. Kemuliaanku kerana Islam.."

Dalam dunia yang tergopoh-gopoh mengejar kebaratan, ayuh kita kembali mencari Islam.
Profile Image for ❀ Hana.
176 reviews85 followers
February 3, 2012
Buku ini asalnya dipersembahkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai syarahan pengukuhan pelantikan pada jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di UKM pada 24 Januari 1972.

Pada saya, ia sebuah tulisan yang sangat mencerahkan. Ia mengesahkan beberapa perkara yang saya fikirkan (wujudnya potongan mozek besar yang hilang di dalam pengkajian sejarah falsafah kesusasteraan Melayu-Indonesia) dan pada yang sama memperbetulkan tanggapan salah saya mengenai konsep dan falsafah seni selama ini.

Sungguhpun begitu, kesalahan dan kesilapan ejaan serta tatabahasa yang sangat berleluasa di dalam buku ini menjadikan saya begitu sedih dan terkilan. Edisi yang saya miliki dan baca merupakan edisi cetakan ketiga tahun 2011, diterbit dan dicetak oleh Penerbit UKM. Jarak masa selama 39 tahun sejak cetakan awal pada tahun 1972 menimbulkan tanda tanya mengapa kesilapan dan kesalahan serupa ini masih terus berlaku.

Salah satu kesilapan yang paling membuatkan saya terkilan adalah pada muka surat 59, selepas baris angka roman V, perenggan pertama:

Para Hadhirian yang dihormati sekalian! Dalam sharahan ini saya bertujuan mengingatkan dengan tegas bertapa pentingnya kita mengkaji sejarah lampu - khususnya sejarah Islam dalam kehidupan masharakat kita. Jangan hendaknya kita sanggup mengabaikan sejarah; mengeji yang lampau sebab terlihat buruk pada pandangan sekarang.


Saya menaruh rasa hormat yang tinggi terhadap hasil tulisan sebegini. Justeru jenaka spontan (akibat kesilapan ketika mencetak dan sebagainya) yang tiba-tiba muncul seumpama ini adalah amat tidak dialu-alukan.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
October 21, 2014
Salah satu teori sejarah penting mengenai pembentukan Eropah adalah perubahan besar yang dibawa oleh pengaruh Islam, yang mengubah corak politik dan hubungan kebudayaan Eropah.

Namun kenapa di Nusantara kita yang Islam, teori sejarah tiba2 lenyap dari memperkatakan peranan Islam yang begitu besar yang telah mengubah jiwa manusianya hingga ke akar umbi.

Peranan Islam begitu besar sehingga mampu mencipta sebuah bahasa baru yang dikenali sebagai bahasa Jawi (bukan bahasa Rumi yang membunuh Jawi yang lebih mendekatkan kita dengan peradaban Islam), mencipta dunia kesusasteraan baharu (bukan Abdullah Munsyi yang hanya jadi moden selepas berkhidmat untuk Raffles, tapi Hamzah Fansuri dengan syair2 sufinya), dan mewujudkan kesatuan serantau atas nilai agama. Namun semua ini disenyapkan oleh teori2 sejarah Barat yang bagi pengarang buku ini tidak cukup berjejak ke kenyataan hakiki.

Sejarah yang tersembunyi ini jika disingkap akan mampu memulihkan maruah kita yang selama ini sering berasa lemah dan malu oleh hanya sebahagian kecil sejarah yang ditafsir pula secara tidak tepat. Saya merasainya sepanjang belajar sejarah di sekolah dulu, jadi saya terlalu mengalu2kan singkapan dan pengertian baru ini. Saya juga dapat rasakan hembusan kekuatan tafsiran baru ini mampu menolak saya jauh ke depan melihat tanah air dan bangsa ini dengan lebih bermakna. Tafsiran yang dicadangkan buku ini saya percaya lebih dekat dengan kebenaran, kerana begitu sepatutnya Islam, datang dan meninggalkan bukti kehebatannya.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
November 2, 2014
Selesai membaca Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu; oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Suatu Mukaddimah mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusteraan Melayu.

Ni baru kali pertama aku nak baca SN Al-Attas. Actually nak cari buku Syed Husein Al-Attas; Intelektual Masyarakat Membangun. Tapi jumpa buku ni dulu.

SN Al-Attas dalam buku ini ada menyatakan; Abdullah Munsyi yang telah dianggap sebagai 'Bapak Kesusteraan Melayu Baru' itu sebenarnya pendapat yg kurang betul. Tetapi title itu dipegang oleh Hamzah Fansuri. Aliran yang baru membawa kesan pengaruh Hamzah Fansuri itu mulai timbul pada abad ke-16 dan ke-17. Dan selepas itulah baru Shamsudin Pasai hingga Abdul Rauf Singkel (abad ke-17) dapat pengaruh Hamzah Fansuri. Dan abad ke-20 ini ialah tulisan Amir Hamzah. Penggunaan bahasa dan tulisan Amir Hamzah itu dari aliran yang berasal dari Hamzah Fansuri.

Seterusnya SN Al-Attas ada menyatakan; jika Barat mengkaji Shakespeare dalam kesusteraan; dan Aristotle dan Plato dalam kebudayaan; maka kita kena kaji dan mempelajari sumber-sumber pemikiran para sasterawan agung kita, para penyair dan penulis sastera Melayu Lama yg telah mencapai kemurnian budi dan daya.
Seperti karya-karya Ibn Arabi dan al-Jili; al-Hallaj dan al-Ghazzali; 'Attar dan Rumi; 'Iraqi, Sa'di, Shabistari dan Jami. Karya-karya mereka seperti Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam, Al-Insanul Kamil, Kitabul Tawasin, Ihya Ulumuddin, Tahafutul Falasifah, Miskatul Anwar, Kimiyai Sa'adat, Sawanih, Mantiqul Tayr, Tadhkiratul Awliya, Mathnawi, Lama'at, Gulistan, Gulshani Razi, Lawa'ih dan lain-lain lagi.
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews44 followers
October 22, 2012
Karya yang benar-benar meruntun jiwa seorang Melayu yang Muslim. Bagaimana agama Islam yang mulia ini telah memartabatkan suatu bangsa yang dahulunya lalai lagi lena dengan faham-faham estetika, sibuk dengan logika gharib Animisme-Hindu-Buddha, lantas sahaja bangkit menjadi suatu bangsa mulia yang kaya dengan faham-faham saintifik, mengisi bahasa bangsa ini sehinggakan sarat dengan pemahaman metafisik dan logik, lalu menuntut bangsa ini agar menggunakan daya akliah dan rasional untuk mengenal Pencipta Rabbul Jalil.

Buku ini yang padahalnya merupakan syarahan Prof Syed Naquib al-Attas, sangatlah mengajak kita untuk menginsafi perihal kita masa ini. Jahil dengan sejarah bangsa, bahasa dan agama sendiri. Sibuknya kita mengejar bayang-bayang Barat yang semakin jauh meninggalkan kita, sampai melupakan yang manakah sebenarnya Gelap, yang manakah sebenarnya Cahaya. Di hujung makalah ini juga diturukan sekali saranan yang maha penting oleh Prof al-Attas di dalam kita menggarap suatu identiti murni sesama rantau Asia Tenggara yang majmuk ini, tanpa perlu kita berpaling kepada bisikan waswas Barat yang hanya akan mengelirukan kita semua.
Profile Image for Dianna Dinno.
25 reviews8 followers
September 22, 2024
Nak bagi 4.5 bintang tapi takpe la bundarkan je. -0.5 bintang sebab serabut sikit format, nak cari rujukan pun agak susah, dan tiada alihan ejaan kepada BM moden. mungkin agak susah sikit nak faham utk noob mcm saya tapi kalau bayangkan Prof ada di depan utk syarahannya, insyaAllah dipermudahkan untuk faham. sorry review mcm shopee.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
September 29, 2018
Ulang baca 2018.

Membaca buku ini dapat membantu kita mengenal apa erti itu islam dan melayu.dan bagaimana melayu dan islam itu sangat berkaita rapat untuk meluaskan pengaruhnya di kepulauan melayu indonesia.
Profile Image for 'Izzat Radzi.
149 reviews65 followers
Read
March 24, 2022
Buku ini adalah dari ucapan prof dalam syarahan pengukuhan lantikan beliau di UKM. Bersesuaian dengan harapan beliau bagi pengukuhan pengkajian bahasa Melayu -yang akan akhirnya disatukan di muara (di bahagian v)- hal-hal bersangkutan dari pelbagai sungai disiplin dari hulu dibereskan terlebih dahulu supaya hasil akhir di hilir itu terarah lagi jernih.

Nota pendek di bawah adalah sebagai rujukan saya (dan rakan) pada masa hadapan.

Hal pertama mengenai 'bacaan' sejarah. Saya sedikit kesal kerana tidak menjadikan buku ini buku pertama sebelum memulakan apa-apa bacaan sejarah. Tetapi tidak mengapa, hal ini akan dijadikan tauladan untuk lebih cerewet memilih bacaan di masa hadapan.

Hal kedua mengenai bahasa dan pengapungan konsep yang dibahaskan di Bahagian iii. Melihatkan dakwah Islami oleh para tabligh kurun 16/17, yang memilih penggunaan bahasa Melayu sebagai medium, yang pengutaraannya lebih 'jernih' (untuk sebuah konsep baru ke dalam wacana masyarakat) berbanding dengan bahasa Jawa yang telah lebih terasimilasi dengan tamdun Hindu-Buddha, dapat dilihat balikan sejarah sama pertembungan (masyarakat setempat) Jepun dengan mubaligh Kristian dalam konsep ketuhanan.

Lagi di bahagian iii, singgungan Prof terhadap penumpuan kajian ketamadunan terhadap aspek seni/astetika (binaan, seni tampak dsb), terlihat beberapa sisi tersebut secara 'real' baru-baru ini (awal tahun lalu) dalam dokumentari sejarawan klasik Mary Beard terbitan BBC One.

Perlu mencari makalah/tulisan yang mengkritik teori atau menghurai buah isi yang disebutkan dalam ucapan buku ini.
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
May 10, 2023
Saya terasa sayu tentang kemolekan Islam yang mengembalikan kebebasan intelektual dan peribadi pada masyarakat Melayu.

Bacaan ringkas yang diambil dari syarahan Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas membahaskan kedangkalan sarjana Barat yang melemahkan identiti Islam dalam sejarah lama kepulauan Melayu-Indonesia.

"𝙆𝙚𝙨𝙪𝙨𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙗𝙖𝙣, 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙡𝙚𝙠"

Nasihat Prof. Syed Muhammad Naquib untuk kita melahirkan rasa cinta pada sejarah ialah dengan mempelajari bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dunia bahasa meliputi segalanya dari segi agama, falsafah, sejarah, kesenian dan lain-lain.

"𝙋𝙖𝙙𝙖𝙝𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙗𝙪𝙙𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙟𝙪𝙨𝙩𝙧𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖.."

Jelas dalam buku ini, Bahasa Melayu adalah kunci bagi menyingkap bukti-bukti peradaban bangsa tanah ini. Terutamanya dalam penyebaran dan penerimaan Islam, kerana dari agama suci ini ia menaiktaraf sosial masyarakat. Bahkan akar umbi kemewahan Bahasa Melayu itu berasal dari pinjaman Bahasa Arab.

Tak sangka buku yang saya ambil sebagai bacaan ringan mencetus rasa cinta pada agama dari sudut yang berbeza. Sesungguhnya Islam itulah yang menyempurnakan keperibadian Melayu.
_____________________
Profile Image for Nurshafira Noh.
28 reviews14 followers
December 19, 2015
Sekurangnya untuk bacaan kali pertama (yang habis), ada dua hal peribadi yang disuguh ke dalam kepala:
1. Tentang kehampaan ilmu. Kehampaan ilmu tentang Islam dan peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan (apa ya beza budaya dan kebudayaan, sebetulnya?) kita sendiri yang lalu membawa kita menderita, sebab sejarah yang selama ini diberikan kepada kita tentang budaya kita adalah banyak tentang kelemahan bangsa.

Satu hal tentang kehampaan ilmu ni, nyata memang satu kesedihan; sebab setelah kita hampa dengan sejarah sendiri, tidak kurang yang akhirnya meniru bangsa dan kebudayaan bangsa lain. Lalu di dalam tulisan Prof Syed Naquib al-Attas ini, dinyatakan dengan tegas bahawa Islam tidak serendah ini dan 'harus dilihat sebagai lain daripada yang biasa dilihat'.

2. Dua perkataan yang melekat dalam ingatan:
- Masyarakat perpinggiran
- Sifat persendirian bangsa
1 review
Read
September 17, 2011
this book important in my university
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
April 16, 2019


Seingat saya sepanjang saya bergelumang dengan buku, tulisan Syed Naquib al-Attas mungkin boleh diletakkan di antara buku yang paling memenatkan saya untuk faham. Beberapa kali saya terpaksa mengulangi pembacaan dari awal dan mengulanginya beberapa kali, sekurang-kurangnya dapat sedikit apa yang ingin penulis sampaikan.

Buku ini merupakan syarahan penulis sempena perlantikan jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di UKM. Pada hemat saya, isi utama yang ingin disampaikan kepada pembaca adalah berkenaan peranan penting Islam satu ketika dahulu dalam mencorakkan sejarah dan cara hidup orang Melayu. Peranan ini sering diperkecilkan dan adakalanya peranan tersebut seolah-olah tidak pernah wujud dalam sejarah (datang ke kepulauan Melayu) disebabkan pandangan masyarakat telah ditutupi dengan pandangan pemikir Barat yang mengatakan seolah-olah Hindu sahajalah yang mempengaruhi cara hidup orang Melayu.

Penulis menegaskan bahawa kedatangan Islam telah membawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua terbesar Islam selepas Bahasa Arab, hasil daripada fungsinya dalam penyebaran agama berbeza fungsi sebelumnya yang hanya sekadar digunakan dalam pertuturan dan urusan perniagaan sahaja.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
March 19, 2023
Sewaktu belek buku ini, dalam fikiran cuma terfikir sama ada saya pernah membacanya satu ketika dahulu atau belum. Jadi, saya menyiapkan diri sebagai pembaca baru bagi naskhah ini.

Buku ini merupakan Syarahan Pengukuhan pelantikan beliau sebagai Professor di UKM pada tahun 1972 dan bagi saya merupakan pengukuhan serta lanjutan dari buku beliau yang berjudul Preliminary Statement On A General Theory Of The Islamization Of The Malay-Indonesian Archipelago.

Secara asasnya, hujahan Prof. Al-Attas berkenaan pengislaman bahasa agak kontroversi dikalangan ahli bahasa tapi mendasar hujahannya. Perlu diakui bahawa kedatangan Islam telah mengubah cara pandang masyarakat Alam Melayu ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, maksud puasa, syurga, neraka, pahala, dosa dan sembahyang. Kesemua istilah ini telah diubah konsepnya sesuai dengan kefahaman Islam dan juga digunakan sebaiknya oleh masyarakat.

Berkenaan pengaruh Hindu-Buddha di Alam Melayu, Kobkua di dalam bukunya Asia Tenggara Hubungan Tradisi Serantau berhujah dengan mengatakan Asia Tenggara tidak menerima secara bulat-bulat akan sosiobudaya dan sistem politik India bahkan masyarakat sini menyesuaikannya dengan budaya tempatan. Maka, tidak menjadi satu perkara yang mengejutkan jika para pengkaji tidak menjumpai penulisan yang terus membincangkan falsafah dan ajaran Hindu-Buddha di sini kecuali dapatan di bekas pusat pemerintahan Sriwijaya contohnya.

Saya kira, kefahaman tentang ajaran Buddha yang bertapak di sini sedikit-sebanyak menyediakan akan akal masyarakat di sini untuk menerima perbahasan yang tinggi seperti Islam dan memudahkan mereka memeluk agama ini. Ya, hal ini perlulah dibaca bacaan lain yang berkaitan dengan perkembangan ajaran Buddha di Alam Melayu.

Perkara yang menarik perhatian saya ialah falsafah dan harapan Prof. terhadap Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kini bernama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Walaupun buku ini menghujah asas negara dan bangsa ini perlu berdiri atas kefahaman agama Islam dan Melayu, beliau menekankan peri pentingnya orang-orang di dalam ini menguasai akan falsafah Hindu-Buddha, bahasa Sanskrit bahkan menguasai akan falsafah dan bahasa Jawa kuno dan terkini untuk memahami akan tamadun Alam Melayu sebelum Islam.

Saya memetik kembali kata-kata beliau di akhir buku ini,

"Institut ini juga harus menyambut dan mendahului kehendak ujian zaman dengan bersedia sanggup untuk mengkaji pada peringkat ilmiah tertinggi falsafah-falsafah agama-agama teragung di dunia yang semuanya terdapati hidup bertumpu di Malaysia. Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini di Malaysia janganlah hendaknya kita anggap sebagai satu kelemahan besar, satu sumber bibit percheraian masharakat kita;

kita harus menganggapnya sebagai satu keistimewaan dan kebesaran kita di dunia; kita harus tahu bahwa dalam pandangan hidup agama-agama ini semua lebih banyak terdapat titik pertemuan daripada yang terdapat dalam ideoloji2 politik, bahwa dalam keluhuran falsafah2 agama2 Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan ajaran2 Lao Tzu dan Kung Fu Tzu ada terdapat kesejajaran fahaman dalam bidang2 penting yang tentu akan dapat membantu ke arah memupuk suatu faham keperibadian Malaysia."

Saya terfikir, takkanlah sejak beliau keluar hingga kini ATMA dipenuhi orang-orang dangkal tiada dibuat langsung akan kajian seperti di atas. Jika dilihat, yang menjuarai akan tahu bahasa Sanskrit ialah seorang pensyarah dari USM sahaja. Mungkin mereka perlu tepuk tembolok tanya akal akan sumbangan ATMA dalam memupuk dan memberi faham akan keperibadian Malaysia. Yang mendokong agenda Pengislaman juga sepertinya jauh seperti wawasan IBKKM ini.

Bacaan lanjut akan hal Alam Melayu, mungkin kita boleh cuba membaca buku lain seperti Islam Comes To Malaysia oleh SQ Fatimi, Bahasa Melayu sebelum dan sesudah menjadi Lingua Franca oleh Zuber Usman, History Of Sumatera oleh Marsden, karya2 Slamet Muljana, A. Hasjmy, Braginsky , OW Walters, kajian-kajian terkini berkenaan kerajaan Pra-Islam atau Islam dan sebagainya untuk memahami dengan lebih bermakna akan makna hidup di Alam Melayu khususnya Malaysia.
93 reviews2 followers
February 14, 2015
Aku suka bab kedua terakhirnya, apabila Prof. S.M.N. Al-Attas mengajak kita untuk mengkaji semula keluhuran yang ditinggalkan oleh peradaban Islam di Nusantara, dan untuk memerdekakan semula naratif sejarah yang selama ini telah dijajah oleh para orientalis dalam usaha mereka untuk memperkecilkan Islam.

Naskhah nipis ini merupakan syarahan Prof. A-Attas tentang peranan Islam dalam kebudayaan Melayu. Seharusnya, selepas membaca syarahan ini, pembaca patut menelaah bibilografi padat yang diselit pada akhir buku untuk memahami dengan lebih mendalam lagi. Let's do it!
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
October 15, 2015
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan buku kedua yang aku baca hasil penulisan Syed Naquib. Usai aku membacanya, mengubah pandangan aku dalam melihat sejarah, khususnya sejarah Islam masyarkat Melayu-Malaysia. Kehilangan atau kehampaan tentang sejarah bilanya terbit pemikiran moden dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia-Indonesia aku rasa menyebabkan kita masih lagi meraba-raba mencari jati diri. Sekali lagi, buku ini bagus untuk menyegarkan lagi fikrah dan membuka mata pembaca yang menelaah penulisan Syed Naquib
16 reviews3 followers
March 4, 2014
Teks syarahan tahun 1972 ini sangat bermakna dari segi mempersembah pada yang tidak mengetahui, kelompongan dalam pengkajian dan pemahaman sejarah Melayu dan kepulauan Melayu-Indonesia yang sangat berkait rapat dengan kebudayaan dan agama Islam.

Tetapi, pada hemat saya, gaya bahasa al-Attas agak sukar diikuti dan difahami yang memungkinkan sebahagian pembaca terputus niat untuk menghabiskan teks yang penting ini.
Profile Image for Syed Mohammad Daniel al-Habsyi.
24 reviews1 follower
April 13, 2016
It was a fact that Islam had heavily affected the nature of Malay culture historically, and we cannot deny the strong relationship between Islam and Malay till this very moment.

Tan Sri had immaculately put every historical detail in the speech and it will the most comprehensive Malay history piece for the future.
Profile Image for Risna.
44 reviews12 followers
May 30, 2015
Hmm... I need to read this more than once.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alina Abdullah.
Author 9 books12 followers
September 30, 2015
Ada beberapa ruang yang boleh diperbincangkan lagi terutama tentang kesenian.
Profile Image for Ira Nadhirah.
601 reviews
March 23, 2016
Bukan pembaca non-fiction yang baik. Hilang fokus most of the time. Will oral review with dak abang. Maybe discussion will be better.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
October 26, 2024
Buku ini merupakan sharahan pengukuhan jawatan Prof di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1972. Kendatipun sudah berlalu 50 tahun sharahan ini, segala intisari yang terkandung dalamnya masih bermanafaat untuk dicermati semula, terutamanya berhubung hal-hal persejarahan dan kesusasteraan Melayu.

Bahagian mukaddimah, Prof Syed Naguib al-Attas menolak sejarah bersifat runchitan, yakni menulis semborono – tanpa menapis atau memilih, apakah yang harus dichatatkan. Usah difahami pula perkataan ini dengan sejarah itu perlu bersifat “pilih bulu” atau harus ditulis mengikut necara perasaan sendiri, namun yang dimaksudkan ialah ia perlu merumuskan atau memberi gambaran keseluruhan terhadap hakikat sesuatu; menyaring mana yang perlu.

Bertitik daripada penegasan ini, Prof mengemukakan hujah dan tafsiran baharu terhadap teori proses Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia, kebudayaan dan tamaddun Melayu serta persejarahan secara umum. Bawaan hujah Prof yang paling utama dalam sharahan ini ialah beliau menyangkal pandangan-pandangan sarjana yang berpendapat bahawa Islam yang dianuti oleh masharakat Melayu-Indonesia itu bersifat kulitan sahaja – yakni hanya memenuhi struktur zahir masharakat.

Adalah demikian salahnya kefahaman ini kerana sebahagian besar sarjana Barat-Belanda yang mengkaji persejarahan menilai tamaddun itu berdasarkan unsur ‘zahir’ sahaja, misalnya chara-chara berpakaian dan tinggalan seni bina yang kaya dengan estetika. Mereka seharusnya meninjau chiri-chiri kesan sesuatu itu pada perkara yang lebih tersembunyi seperti “pemikiran sesuatu bangsa yang biasa terkandung dalam bahasa” (h. 26).

Chara pandang kemasukan Islam ke dalam gugugan Kepulauan Melayu-Indonesia haruslah menggunakan kerangka pandang yang sama Islam ke bangsa Eropah. Islam itu bersendikan saintifik; menjunjung tinggi sifat akliah dan pembicharaan rasional – chiri-chiri yang menyinari kekelaman Eropah inilah yang turut dirasai di Kepulauan Melayu-Indonesia apabila Islam menggantikan Hindu-Buddha-Animisme.

---

Bahagian awal sharahan banyak menumpukan sanggahan kepada persejarahan yang berlaku. Bahagian seterusnya pula (Bahagian VI, h. 57), Prof menimbulkan keinsafan kepada diri saya apabila membicharakan dengan halus peranan Islam dan pengaruhnya kepada kesusasteraan Melayu. Dengan hujah-hujah tuntas dan pencherahan berhubung konsepsi ilmiah yang tulen, Prof menyatakan kehampaan terhadap kekeliruan yang dialami sebahagian besar para sarjana dalam bidang ini.

Harusnya kesusasteraan Melayu dan pengkajian bahasa itu meliputi: (1) agama orang Melayu, (2) falsafah orang Melayu, (3) sejarah orang Melayu, (4) kesenian orang-orang Melayu dan perkara-perkara lain yang bersangkut-paut dengannya (adat-istiadat, hukum-hukum dan kesenian). Sebaliknya, yang sering menjadi perhatian mereka hanyalah perkara-perkara kesenian dan estetika sahaja, sehingga apabila dicabut akan perkara ini, yang tinggal hanyalah hampasnya belaka.

Pada bahagian akhir sharahan, Prof membayangkan agar dayachipta pandangan ilmiah para sarjana lebih luas terangkum berhubung tamaddun dan kebudayaan Melayu. Membaca saranan Prof akan bidang-bidang yang mesti dikuasai untuk menghasilkan pandangan yang luas ini – falsafah dan agama Hindu Buddha (karya-karya seperti Mahabrata, Ramayana dan Upaishad) dan kebudayaan Jawa Kuno (kesenian, bahasa dan kesusilaan); memberi dua kesedaran kepada saya.

Pertama, memahami satu-satu ilmu itu mestilah dengan sebenar-benarnya, tidaklah mencukupi mengetahui hanya satu-dua perkara dan bersifat luaran sahaja.

Kedua, hujah-hujah Prof di dalam sharahan ini, beserta anjuran bidang yang perlu dikuasai memperingatkan saya bahawa kita perlu bersikap adil dalam pengkajian ilmiah. Lihatlah bagaimana, biarpun dalam penghujahan Prof yang menjunjung tinggi peranan Islam dalam proses persejarahan Kepulauan Melayu-Indonesia, Prof turut meneliti dan menelusuri sumber-sumber Hindu-Buddha dan Jawa. Hanyasanya selepas menilai hujah-hujah daripada semua sumber, barulah pertimbangan dibuat. Semoga sikap ini dijadikan pegangan oleh semua talibul ‘ilm.

Prof turut menambah senarai lagi bidang-bidang yang perlu dikaji yakni pemikiran awalli Islam sedari zaman Mukhtazilah (Abul-Hudhayl), merentasi golongan Mutakallimun (al-Ash’ari) dan falasifah (dari al-Kindi hingga al-Ghazzali). Bersangkut-paut dengan bidang ini, sejarah pemikiran falsafah Yunani Kuno dari Thalles hingga Neo-Platonisme juga perlu difahami. Panjang lagi senarai yang Prof anjurkan untuk dikuasai, maka, seharusnya sharahan -buku- ini dibaca oleh kalian sendiri.

Perkara yang paling menyenangkan saya kala membaca sharahan ini pula ialah langgam penulisan dan bahasa Prof yang begitu murni – saya takjub terpesona olehnya.
2 reviews
March 7, 2021
Secara peribadi, idea penulis telah membawa diri ini menyelusuri sejarah Melayu Islam dari sudut pandangan yang berbeza. Jika di Zaman Kegelapan Eropah agama Kristian dilihat mengongkong kebebasan rakyat jelata di mana setiap hal perlu dikaitkan dengan agama, atau lebih dikenali sebagai ajaran gereja khususnya. Perkembangan ilmu amatlah perlahan kerana apa sahaja ilmu baharu yang muncul dianggap bertentangan dengan ajaran agama pada zaman itu.

Kebangkitan idea sekularisma yang dipelopori oleh golongan cerdik pandai telah berjaya membebaskan jiwa mereka dari kepompong agama yang dilihat menjadi faktor utama kemerosotan bangsa. Agama yang sebelum ini menjadi peneman hidup manusia telah dijadikan sebagai ancaman dalam kehidupan rakyat.

Berbeza pula dengan kesan kehadiran agama Islam dalam masyarakat Melayu, agama yang berasal dari Tanah Arab ini dengan jayanya berupaya mengangkat makna kehidupan beragama kepada satu posisi yang lebih tinggi dari sebelumnya. Jika agama yang datang sebelum ini lebih memberi kesan kepada dasar luaran sahaja, Islam telah berhasil menyentuh dasar luaran dan dalaman masyarakat Melayu-Indonesia itu sendiri sehinggalah melahirkan satu identiti baharu di Kepulauan ini.

Jika menurut masyarakat Eropah erti “liberating” ialah pembebasan diri dari ajaran agama, bagi masyarakat Melayu pula agamalah yang telah memberi makna ‘kebebasan’ yang baru dalam hidup mereka.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aainaa.
2 reviews
January 1, 2024
“Sebagaimana Laila cintakan Majnun, teguh dan jujur laksana Bintang Utara; menyorotkan cinta yang benar yang dapat menembusi cacat pandangan zahir menuju tepat pada hakikat batin, begitulah para sarjana masyarakat Islam harus memandang sejarahnya meskipun ditampakkan sejarah itu seolah-olah buruk belaka.” (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, p.61)

Reading through gives a unique literary journey, a mix of historical erudition with almost a poetic experience, with malay language felt empowered with proper nouns indicated in translated malay language such as Laut Tengah, kaum biadab, imperatur, Faranji dan Ostrogoth. Prof Al-Attas's thinking indicates critical systematic philosphical approach that may be ahead of his times, one may sometimes forgets that this is truly a piece of the early 1970s Malaysia. His outlook is not state-centric, encompassing the whole malay archipelago although spotlights largely falls on Malaysia and Indonesia and his intellectual valour in challenging established theory is commendable. At times, his disapproval of western thought may seem overstated but a closer revisit may manifest its validity. Al-Attas's reasoning throughout the lecture though may not be easily followed, speculating perhaps the different “tone” of malay language in use, it is still, ultimately convincing.
Profile Image for Eka Damia.
7 reviews
February 26, 2025
Sejarah Islam di Alam Melayu ternyata tidak sesederhana seperti apa yang dipelajari dalam Sejarah yang diajarkan semasa sekolah. Pandangan Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas yang menceritakan sejarah Islam di Alam melayu membuka point of view yang baru. Sejarah yang selama ini diceritahan hanya mengagungkan Kerajaan Hindu Budha yang sebatas peninggalan artefak, menjadi pilihan sebagai jati diri bangsa. Inilah nativisasi yang dibuat oleh para sarjana Belanda. Dalam buku tersebut dituliskan bahwa sudah ada Islam yang telah ratusan tahun membentuk peradaban masyarakan Alam melayu. Dibuktikan dengan adanya tulisan jawi yang menjadi aksara masyarakat alam Melayu ratusan tahun sebelum Penjajah datang. Islam hadir meluruskan kekeliruan dari hal-hal mistis yang tidak benar kepada ajaran Tauhid. Peradaban Islam merubah paradigma pemikiran dari hal-hal tersebut menuju peradaban berpikir yang maju, yang hari ini telah diteruskan, yang disebut-sebut Ilmiah dan logis. Hal ini ditunjukkan dari kemajuan sastra yang telah maju, yaitu dengan lahirnya buku-buku berkualitas karya para Ulama-Ulama Indonesia terdahulu.
Namun sayangnya kerangka berpikir itu telah tercemari oleh sekularisme yang dibawa oleh Barat, sehingga berubah haluan dari tujuan yang sebenarnya.
Profile Image for Ramadhan Sutan.
5 reviews3 followers
October 6, 2019
Buku ini mempersembahkan perspektif alternatif dalam melihat sejarah kepulauan Nusantara yakni dari sudut pandang Islam. Buku ini menegaskan bahwa penting untuk memahami sejarah Islam di Nusantara secara keseluruhan, dengan menyinggung dimensi zahiriyyah dan batiniyyah di saat bersamaan..


Namun buku ini terlalu singkat, dan tidak menjelaskan secara lebih rinci mengenai bagaimana Islam mempengaruhi rasionalisme dan filsafat masyarakat Nusantara., dan apa konsekuensi dari tersebarnya pemikiran Islam di Nusantara.

Jawaban-jawaban untuk soalan-soalan dimaksud, hanya dapat diperoleh dari bacaan-bacaan lebih lanjut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin AsSumatrani, serta Pemikir-pemikir Islam Nusantara lainnya.
Profile Image for Rahmi.
2 reviews4 followers
March 11, 2018
as a muslim born in West Sumatera, I can somewhat identify my self with the issues discuss in this book, as Minangkabau culture is also considered similar with Malay. Some curiosities and doubtfulness of mine since a long time ago seem like they have been responded by this book, though many questions still come up later.
Profile Image for nalnalaaa.
34 reviews
February 13, 2022
Buku yg sangat ringkas namun komprehensif, ekspektasi awal Saya pada buku ini adalah mendapat wawasan singkat tentang sejarah Islam khususnya di Melayu-Indonesia. Namun selesai membaca, tak hanya wawasan namun renungan, pandangan, dan harapan tentang sejarah serta keberlangsungan Islam yang Saya dapatkan.
Review lengkap menyusul!
1 review
April 20, 2024
Menurut saya pribadi, penyajian beliau terhadap bagaimana memandang sejarah dan literatur Melayu sebagai sebuah jalan masuknya Islam dalam Kebudayaan Melayu ini menarik untuk dibaca, meski menurut saya buku ini bukan untuk orang yang awam, bahkan perlu dibaca berkali-kali hingga memahami kata demi kata dan konteks dalam buku ini.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.